surat pemberitahuan pejabat suruhanjaya … documents/arkib iklan/2018/8. ogos 2018/tarikh... ·...

5
PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a) Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam. GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam. (C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana- mana daerah di negara ini. SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 52/07/18

Upload: lenhu

Post on 16-Jun-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA … Documents/Arkib Iklan/2018/8. Ogos 2018/Tarikh... · GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)

Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan

kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara

Brunei Darussalam.

GURU (G.8)

JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Syarat-Syarat Am:

(A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam.

(B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam,

adat istiadat, kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan

politik Negara Brunei Darussalam.

(C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja

biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti

awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-

mana daerah di negara ini.

SURAT PEMBERITAHUAN

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 52/07/18

Page 2: SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA … Documents/Arkib Iklan/2018/8. Ogos 2018/Tarikh... · GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian III

Untuk mengelakkan permohonan awda ditolak, sila pastikan maklumat-maklumat berikut

hendaklah lengkap dan di muat naik ke dalam Profil awda sebelum menekan butang

‘Apply’;

Kad pengenalan dan Lesen Memandu (jika berkenaan).

SIJIL Higher National Diploma/Advanced Diploma/ Degree (Diploma Tertinggi

Kebangsaan/Diploma Lanjutan/ Ijazah Sarjana Muda) serta KELULUSAN

TRANSKRIP dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN kelulusan (MKPK) bagi

kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri.

Page 3: SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA … Documents/Arkib Iklan/2018/8. Ogos 2018/Tarikh... · GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, memastikan mempunyai

pengalaman sebagaimana kehendak skim.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan pastikan di dalam profil awda

terdapat ruangan “Current Government Employee”/”Warga Perkhidmatan Awam

Negara Brunei Darussalam”. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah

memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC (Kementerian

/Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).

Page 4: SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA … Documents/Arkib Iklan/2018/8. Ogos 2018/Tarikh... · GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam

bidang Pendidikan / Sport Sciences / Pendidikan Jasmani / Kesenian dan Kebudayaan / Kerohanian / keagamaan / Kemasyarakatan / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Pentadbiran dan Kewangan atau bidang bersesuaian.

Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut adalah kelebihan.

ATAU

b) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai tenaga pengajar

sepenuh masa dalam tanggagaji G.7 atau sebanding selama tidak kurang dari 5 tahun.

2. Mempunyai Diploma Pendidikan / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.

Bagi pemohon yang bukan mengikuti Program Pendidikan atau belum mempunyai Sijil Latihan Perguruan / Diploma Pendidikan, sekiranya dilantik ke jawatan ini adalah dikehendaki untuk mengikuti latihan perguruan bagi mendapatkan Sijil Pendidikan Lepasan Ijazah / Diploma Pendidikan / Sijil Latihan Perguruan dalam tempoh percubaan 3 tahun mulai tarikh dilantik ke jawatan ini.

3. Keupayaan dan kebolehan dalam berdikir, bertausyeh dan yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan / kerohanian.

4. Keupayaan dan kebolehan dalam menyusun dan menyelia kegiatan luar di Sekolah

/ Maktab. 5. Keupayaan dalam menyelaras kejohanan / peraduan kegiatan luar dan aktiviti. 6. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan

baik.

1. GURU

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN

G.8 ($1,600 -$3,260 SEBULAN) KEKOSONGAN = SATU (01)

Page 5: SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA … Documents/Arkib Iklan/2018/8. Ogos 2018/Tarikh... · GURU (G.8) JABATANPENDIDIKAN KOKURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 1. Membantu menyusun dan menyelia perlaksanaan kegiatan luar / aktiviti

kokurikulum. 2. Membantu menyelaras segala aktiviti kegiatan luar / aktiviti kokurikulum yang

akan dilaksanakan mengikut jadual. 3. Membantu memastikan segala kegiatan luar / aktiviti kokurikulum dilaksanakan

seperti yang dirancang. 4. Membantu memantau Sekolah / Maktab dalam memajukan perlaksanaan kegiatan

luar / aktiviti kokurikulum di Sekolah / Maktab yang dilawat. 5. Membantu dalam menyediakan dan menghadapkan laporan kepada Penyelia

Kegiatan Luar. 6. Melaksanakan lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah

dan pegawai atasan dari semasa ke semasa.