bacaan ilmiah - disiplin penentu kejayaan

2
Yang saya hormati, tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah ‘Disiplin Penentu Kejayaan’. Rakan-rakan sekalian, Untuk mencapai kejayaan, kita sebagai murid mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini, membolehkan kita membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Justeru itu, murid-murid mampu mengawal diri mereka daripada ancaman pengaruh negatif yang merosakkan. Selain itu, kita juga akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malahan, kita juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti minum arak, merokok, menghisap gam dan lumba haram. Rakan-rakan sekalian, Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri. Oleh itu, kita sepatutnya

Upload: sadai-lasan

Post on 23-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Bacaan Ilmiah

TRANSCRIPT

Yang saya hormati, tuan guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah Disiplin Penentu Kejayaan.

Rakan-rakan sekalian,

Untuk mencapai kejayaan, kita sebagai murid mestilah memiliki disiplin yang tinggi. Hal ini, membolehkan kita membina sahsiah yang baik dan sentiasa patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Justeru itu, murid-murid mampu mengawal diri mereka daripada ancaman pengaruh negatif yang merosakkan.

Selain itu, kita juga akan terdorong untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Malahan, kita juga tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang negatif seperti minum arak, merokok, menghisap gam dan lumba haram.

Rakan-rakan sekalian,

Pemupukan aspek disiplin perlu disertai dengan keyakinan dan kekuatan diri. Oleh itu, kita sepatutnya memperkasakan diri dengan ajaran agama, dan menghindari sebarang bentuk aktiviti yang tidak sihat.

Rakan-rakan sekalian,

Sekian sahaja ucapan saya pada pagi ini. Sekian, terima kasih.