bab+3 metodologi kajian

Upload: afaizomar8700

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    1/8

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 PENDAHULUAN

    Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi

    merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin kaedah yangdigunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah

    yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian.

    Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan

    penyelidikan (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul

    Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang

    digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang

    dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumen

    kajian, prosedur kajian dan cara menganalisis data.

    3.2 REKABENTUK KAJIAN

    Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Rekabentuk

    kajian kes ini dipilih untuk membolehkan penyelidik memahami secara mendalam

    mengapa pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris gagal

    dilaksanakan dan menyebabkan kerajaan memutuskan untuk memansuhkan dasar

    PPSMI.

    Rekabentuk kajian kes melibatkan pengumpulan maklumat secara sistematik dan

    mendalam mengenai tingkah laku individu tertentu, keadaan sosial atau peristiwa

    khusus untuk mengetahui bagaimana tingkah laku individu atau perubahan keadaan

    sosial berlaku. Kajian kes boleh dilakukan untuk menyelidik satu peristiwa pada

    perspektif yang luas dan khusus (Chua Yan Piaw, 2006).

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    2/8

    18

    3.3 RESPONDEN KAJIAN

    Responden kajian adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Lima dan guru-guru

    yang mengajar Matematik di sekolah rendah di kawasan Gemencheh, Negeri

    Sembilan. Tujuan pemilihan murid-murid Tahun Lima adalah kerana mereka telah

    menjalani pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris selama

    lima tahun dan bakal menduduki peperiksaan UPSR. Guru-guru pula dipilih di

    kalangan guru-guru yang mengajar Matematik kerana mereka terlibat secara langsung

    dalam menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan pengajaran Matematik dalam

    Bahasa Inggeris. Laporan Eksekutif Kajian PEMBINA menunjukkan prestasi murid

    PPSMI semakin menurun dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dan guru-guru pula

    kekok berbahasa Inggeris, kurang yakin dalam penyampaian dan pedagogi mereka

    tidak berkesan serta hambar (Laporan Eksekutif Kajian Pembina : Tamatkan PPSMI,

    2009).

    3.4 LOKASI KAJIAN

    Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah rendah di kawasan Gemencheh, Negeri

    Sembilan. Ia melibatkan sembilan buah Sekolah Kebangsaan (SK), empat buah

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan

    Tamil (SJKT). Sekolah-sekolah tersebut ialah :

    a. SK Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.

    b. SK Bukit Jalor, Gemencheh, NS.c. SK Bukit Rokan, Gemencheh, NS.

    d. SK Bukit Rokan Utara, Gemencheh, NS.

    e. SK Datuk Abdullah, Gemencheh, NS.

    f. SK Gedok, Gemencheh, NS.

    g. SK Rokan, Gemencheh, NS.

    h. SK Sungai Dua, Gemencheh, NS.

    i. SK Sungai Jerneh, Gemencheh, NS.

    j. SJK (C) Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    3/8

    19

    k. SJK (C) Ladang Bukit Kledek, Gemencheh, NS.

    l. SJK (C) Ladang Regent, Gemencheh, NS.

    m. SJK (C) Sin Min, Gemencheh, NS.

    n. SJK (T) Air Kuning Selatan, Gemencheh, NS.

    o. SJK (T) Ladang Bukit Kledek, Gemencheh, NS.

    p. SJK (T) Ladang Regent, Gemencheh, NS.

    Lokasi kajian ini dipilih kerana semua sekolah rendah di kawasan ini adalah dalam

    kategori sekolah luar bandar. Keberkesanan pelaksanaan program PPSMI adalah

    bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti tahap pendidikan dan ekonomi

    keluarga pelajar, lokasi sesebuah sekolah dan bahasa pertuturan seharian (Che Wan

    Jazimah, Nor Azmi Noor, Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya).

    3.5 INSTRUMEN KAJIAN

    Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data kajian ini adalah terdiri daripada

    analisis dokumen dan soal selidik.

    3.5.1 Data latar belakang sosio-ekonomi keluarga

    Data ini diperoleh daripada analisis dokumen Sistem Maklumat Murid dan

    Borang Maklumat Murid yang memang digunapakai di semua sekolah di

    seluruh Malaysia. Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Borang Maklumat

    Murid (BMM) dihasilkan daripada aplikasi Microsoft Access. Keluarga yang

    terlibat adalah terdiri daripada keluarga murid-murid Tahun Lima.

    3.5.2 Data pencapaian Matematik dan Bahasa Inggeris

    Data ini diperoleh daripada analisis dokumen Sistem Analisa Peperiksaan

    Setengah Tahun dan Akhir Tahun. Data yang dikumpul adalah berbentuk

    peratus dan gred markah yang diperoleh murid bagi matapelajaran Matematik

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    4/8

    20

    dan Bahasa Inggeris Tahun Lima untuk melihat perkembangan pencapaian

    murid dalam kedua-dua matapelajaran berkenaan.

    3.5.3 Data tahap penguasaan Bahasa Inggeris guru yang mengajar Matematik

    Data ini diperoleh berdasarkan kepada keputusan Bahasa Inggeris di peringkat

    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada Penilaian Tahap Profisiensi Guru

    dalam Bahasa Inggeris. Guru-guru yang terlibat adalah guru-guru yang

    mengajar Matematik Tahun 5. Penilaian Tahap Profisiensi ini menguji guru-

    guru PPSMI dalam tiga kemahiran iaitu kemahiran menulis, kemahiran

    mendengar dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Keputusan

    penilaian ini adalah berdasarkan Tahap 1 hingga Tahap 5 (Band 1 hingga Band

    5).

    3.5.4 Data tahap kemahiran komputer di kalangan guru yang mengajar

    Matematik

    Data ini diperoleh daripada soal selidik yang akan diberikan kepada guru-guru

    yang mengajar Matematik Tahun Lima. Item-item yang dibina dalam soal

    selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kemahiran

    menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Power Point, Publisher,

    Access) untuk menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran Matematik, kemahiran menggunakan internet,

    kemahiran menggunakan CD pembelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian

    Pelajaran dan kemahiran mengendalikan alatan komputer lain seperti LCDProjektor, Scanner, Laptop dan Printer. Penggunaan komputer dan internet

    diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari

    yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self

    directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah

    bestari, untuk melahirkan modal insan yang berketrampilan, kreatif, inovatif

    serta berakhlak mulia (Tengku Zawawi, 1999).

    3.6 TATACARA PEMEROLEHAN DATA

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    5/8

    21

    Data-data kajian diperoleh daripada analisis dokumen dan soal selidik.

    Dokumen seperti data Sistem Maklumat Murid dan Borang Maklumat Murid,

    data pencapaian Bahasa Inggeris di peringkat SPM, data Penilaian Tahap

    Profisiensi Bahasa Inggeris Guru PPSMI, data analisa markah Matematik dan

    Bahasa Inggeris dalam peperiksaan setengah tahun dan akhir tahun murid-

    murid Tahun Lima diperoleh daripada sekolah-sekolah yang terlibat dan

    Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Borang-borang soal selidik akan diberikan

    oleh penyelidik kepada guru-guru yang berkenaan.

    3.7 TATACARA PENGANALISISAN DATA

    Data daripada analisis dokumen dan soal selidik akan dianalisa menggunakan .

    perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) bagi membantu

    menganalisis data.

    BIBLIOGRAFI

  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    6/8

    22

    Aini Hassan, Wan Hasmah, Wan Mamat. 2007. Mengajar di luar bidang

    pengkhususan : Sejauh manakah seriusnya masalah ini di Malaysia.Jurnal

    Pendidikan 27(1). Universiti Malaya. hlm. 149-163

    Abdullah Mohd Noor. 2005. Pencapaian Bahasa Inggeris dan Matematik serta kaitan

    dengan latar belakang sosial murid: Perspektif sosiologikal. Studies inEducation 9(1): 97-107

    Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim

    Hamdan. 2009. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan : Teori, analisis

    dan interpretasi data. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    Bernama. 2009.Dedahlaporan pencapaian murid merosot. Utusan Malaysia, 10

    Februari. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.ht

    m&arc=hive

    Clara Chooi. 2009.PPSMI not good for rural kids. The Star, 19 Julai

    Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi, Nor Azmi Noor. 2005. Penggunaan Bahasa

    Inggeris dalam Sains dan Matematik : Pelaksanaan dan cabaran.JurnalPendidikan, Universiti Malaya.http://myais.fsktm.um.edu.my/5388/1/2.pdf

    Chong Chee Keong, Sharaf Horani & Jacob Daniel. 2005. A study on the use of ICT

    in Mathematics teaching. Malaysian Online Journal of InstructionalTechnology 2(3): 43-51.http://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-

    %20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdf

    Dasar pengajaran dan pembelajaran Universiti Kebangsaan Malaysia.

    http://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan

    %20pembelajaran.pdf

    Dr. Mahathir Mohamad. 2009.Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

    dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html

    Dr. Paul Lau Ngee Kiong, Hwa Tee Yong, Lau Sie Hoe. 2005.An exploratory study

    on the effect of teaching and learning Mathematics using English. Universiti

    Teknologi MARA Sarawak.

    http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/hwaUITM.pdf

    Jimadie Shah Othman. 2009. GMP bidas media perkecil kempen mansuh PPSMI. 12

    Februari. http://www.malaysiakini.com/news/98162

    Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010.

    LIM, Chap Sam & CHEW, Cheng Meng. 2007. Mathematical communication in

    Malaysian bilingual classrooms.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://myais.fsktm.um.edu.my/5388/1/2.pdfhttp://myais.fsktm.um.edu.my/5388/1/2.pdfhttp://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdfhttp://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdfhttp://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdfhttp://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdfhttp://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdfhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.htmlhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/hwaUITM.pdfhttp://www.malaysiakini.com/news/98162http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0210&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hivehttp://myais.fsktm.um.edu.my/5388/1/2.pdfhttp://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdfhttp://pppjj.usm.my/mojit/articles/pdf/Dec05/06%20-%20A_Study_on_the_Use_of_ICT_in_Mathematics_Teaching-final.pdfhttp://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdfhttp://pkukmweb.ukm.my/ppa/dokumen/Dasar%20Pengajaran%20dan%20pembelajaran.pdfhttp://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.htmlhttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2005/hwaUITM.pdfhttp://www.malaysiakini.com/news/98162
  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    7/8

    23

    http://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChap

    Sam_Malaysia.pdf

    Mas Nida Md. Khambari, Priscilla Moses & Wong Su Luan. 2009. Laptop ownership

    and use among educators : Reflections from school teachers in Malaysia.International Journal of Instruction 2(2): 47-72. http://www.e-

    iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdf

    Noor Azlan Ahmad Zanzali. 1995. Continuing issues in mathematics education : TheMalaysian experience. Universiti Teknologi Malaysia.

    Noor Awanis Muslim, Nora Dato Yahya, Nurazariah Abidin. 2006.Persepsi guru-

    guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. SITMA.

    Noraini Idris, Loh Sau Cheong, Ahmad Zabidi bin Abdul Razak, Vorjoharuddeen

    Mohd Nor, Rahimi Md Saad. 2006. Effective implementation of teachingMathematics and Science in English: A case study. Jurnal Pendidikan,

    Universiti Malaya. hlm. 101-115. http://myais.fsktm.um.edu.my/5352/1/8.pdf

    Naresh Kumar, Raduan Che Rose, Jeffrey Lawrence DSilva. 2008. Teachers

    Readiness to Use Technology in the Classroom: An Empirical Study.

    European Journal of Scientific Research 21(4): 603-616.

    http://www.eurojournals.com/ejsr_21_4_04Naresh.pdf

    Ong Saw Lan, May Tan. 2008. Mathematics and Science in English : Teachers

    experience inside the classroom.Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil.23,

    hlm.141-150. http://www.usm.my/education/publication.

    Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). 2009.Laporan eksekutif tahapkompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

    menggunakan Bahasa Inggeris serta implikasinya terhadap pembangunanmodal insan murid. http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/laporan-eksekutif-kajian-pembina.html

    Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.PPSMI. http://www.moe.gov.my/?

    id=130&lang=my

    Philip ak Pupur. 2006. Antara aku, mereka dan peralatan PPSMI.Jurnal Penyelidikan

    Tindakan 2006, Jilid 1/Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK

    Serian, JPN Sarawak di bawah KPKIPBL : 111-119

    Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. 2009. Mengapa kami bantah!. Ed. ke-2.

    Persatuan Penterjemah Malaysia.

    Rahmad Sukor Ab. Samad, Shahrir Jamaluddin. 2005. Peranan kepimpinan guru

    dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Masalah Pendidikan, hlm. 117-129.Universiti Malaya.

    http://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChapSam_Malaysia.pdfhttp://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChapSam_Malaysia.pdfhttp://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdfhttp://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdfhttp://myais.fsktm.um.edu.my/5352/1/8.pdfhttp://www.eurojournals.com/ejsr_21_4_04Naresh.pdfhttp://www.usm.my/education/publicationhttp://www.usm.my/education/publicationhttp://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChapSam_Malaysia.pdfhttp://www.criced.tsukuba.ac.jp/math/apec/apec2008/papers/PDF/11.LimChapSam_Malaysia.pdfhttp://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdfhttp://www.e-iji.net/dosyalar/iji_2009_2_4.pdfhttp://myais.fsktm.um.edu.my/5352/1/8.pdfhttp://www.eurojournals.com/ejsr_21_4_04Naresh.pdfhttp://www.usm.my/education/publication
  • 8/3/2019 BAB+3 Metodologi Kajian

    8/8

    24

    Seman Salleh. 2005.Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu :Kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul

    Makmur. Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2.

    Trends in international mathematics and science study. 2007.http://www.iea.nl/timss2007.html

    Tuah Ishak, Mohini Mohamed. 2008. Kesan pengajaran dan pembelajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi

    Malaysia. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik.http://eprints.utm.my/7781/1/P43-Tuah%26Mohini.pdf

    Zulkifli Jalil. 2009. Mansuh PPSMI muktamad TPM.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

    y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.

    htm

    http://eprints.utm.my/7781/1/P43-Tuah%26Mohini.pdfhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://eprints.utm.my/7781/1/P43-Tuah%26Mohini.pdfhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm