bab satu

3
BAB SATU PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Muzik boleh dianggap sebagai sejenis bahasa sebab ia berupaya mewujudkan komunikasi antara manusia. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran melalui teori muzik. Ia dapat memberi pendedahan awal pengetahuan asas tentang muzik secara sistematik Muzik juga boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan meredakan emosi yang tegang ( Swanwick K. & Taylor D, 1982 ). Apakah itu rekorder? Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari. Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling. Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque.Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian, kematian dan perkahwinan. Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahun 3.

Upload: adang30

Post on 10-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian 1

TRANSCRIPT

BAB SATUPENDAHULUAN

1.1Pengenalan Muzik boleh dianggap sebagai sejenis bahasa sebab ia berupaya mewujudkan komunikasi antara manusia. Program pembelajaran Pendidikan Muzik sekolah rendah memberi penekanan pada pemerolehan ilmu pengetahuan tentang muzik dan membina kemahiran melalui teori muzik. Ia dapat memberi pendedahan awal pengetahuan asas tentang muzik secara sistematik Muzik juga boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan meredakan emosi yang tegang ( Swanwick K. & Taylor D, 1982 ).Apakah itu rekorder? Rekorder adalah sejenis alat muzik yang ditiup menggunakan mulut dan mempunyai tujuh lubang yang ditutup dengan jari. Rekorder terletak dalam keluarga yang sama dengan seruling. Rekorder sangat terkenal semasa abad ke-18 atau dikenali sebagai era Baroque.Rekorder selalu dimainkan dalam acara seperti keramaian, kematian dan perkahwinan. Sekarang, di Malaysia muzik mula diterapkan dalam pembelajaran sekolah rendah dan di sekolah menengah disediakan kelas khas untuk kelas pelajar muzik.Murid sekolah rendah juga mula diajar bermain rekorder semasa mereka berada di tahun 3.

1.2REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEPASPengkaji telah ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Muzik untuk tahun 5 dan dalam masa yang sama juga, pengkali ditugaskan untuk mengajar muzik untuk murid tahap1, iaitu murid tahun 1, 2 dan 3. Untuk penulisan proposal kajian tindakan saya pada kali ini, pengkaji akan membuat kajian terhadap tahun 5 Mutiara bagaimana Sistem Penjarian Bernombor dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain rekoder. Murid-murid kelas 5 Mutiara merupakan kelas yang paling lemah ( tercorot ) dan ini memberikan pengkaji cabaran dalam menjalankan kajian pada kali ini.Penguasaan permainan rekoder di dalam kelas amat merisaukan kerana mereka bukan sahaja tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat meniup rekoder mengikut tempo dengan betul. Salah satu puncanya ialah kurangnya amali dan juga teori tentang penjarian serta amali sewaktu mereka di tahun 4 dahulu. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan guru yang mengajar muzik di sekolah rendah bukanlah guru opsyen muzik. Jika ada pun, guru-guru yang opsyen muzik mungkin ditugaskan untuk mengajar subjek-subjek teras seperti Bahasa Melayu, Matematik dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana matapelajaran muzik ini sering diambil remeh dan dianak tirikan di sekolah. Selain itu faktor persekitaran juga dilihat sebagai penyebab yang menyumbang kepada kemerosotan kemahiran murid dalam permainan rekoder ini.Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, kesemua murid dalam Tahun 5 Mutiara amat meminati Pendidikan Muzik. Sekiranya murid diminta untuk meniup rekorder, murid amat memberi komitment dalam pembelajarannya. Masalah yang timbul ialah murid tidak dapat meniup rekorder dengan betul dan membuat penjarian yang salah pada lubang rekorder. Oleh kerana itu, objektif P&P tidak akan dapat dicapai. Oleh yang demikian, apakah langkah yang perlu saya ambil untuk memastikan agar objektif pengajaran dan pembelajaran untuk pelajaran berkenaan permainan rekorder ini tercapai?Hal yang kita ketahui bahawa setiap murid mempunyai tahap penguasaan yang berbeza Antara satu sama lain. Ada diantara murid yang boleh menguasai dengan hanya mendengar walaupun sekali di ajar dan ada di antaranya memerlukan latih tubi dan bimbingan berulangkali untuk mencapai dan menguasai sesuatu pelajaran ataupun kemahiran.

Oleh yang demikian, di dalam penulisan proposal kajian tindakan pada kali ini, saya akan mencari punca yang menyebabkan murid Tahun 5 Mutiara, SK Seri Binjai ini tidak dapat menguasai dan mengaplikasikan penjarian rekorder dengan betul semasa P&P di jalankan di dalam kelas. Kajian yang dijalankan merujuk kepada mata pelajaran muzik di kalangan murid Tahap 2 untuk Tahun 5 Mutiara.