bab d

41
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) BAB ‘D’ 1993 dan (PINDAAN) 2002 Program In-House Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan Jengka 19 8 NOVEMBER 2003 oleh Hamzah Mohamed

Upload: hamzah-mohamed

Post on 07-Jun-2015

1.741 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Program Perkembangan Staf:Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)Bab D 1993 dan (Pindaan) 2003

TRANSCRIPT

Page 1: Bab D

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) BAB ‘D’ 1993 dan (PINDAAN) 2002

Program In-House

Perkembangan Staf

Sekolah Kebangsaan Jengka 19

8 NOVEMBER 2003 oleh

Hamzah Mohamed

Page 2: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 2

OBJEKTIF IN-HOUSE INIMengetahui apa itu Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan (Pindaan) 2002

Mengenalpasti isu-isu pelanggaran tatatertib di bawah P.A. Bab ‘D’ 1993 dan (Pindaan) 2002

Membentuk diri,sikap dan pemikiran agar menjadi anggota perkhidmatan awam yang berdisiplin, berketrampilan, berkualiti dan cemerlang dalam kerjaya perguruan.

Page 3: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 3

Kawalan Tatatertib

Merupakan salah satu fungsi pengurusan kakitangan yang penting.

Matlamatnya bagi membentuk sikap yang positif dan mencegah penyelewengan.

Melahirkan kakitangan yang bermotivasi dan berdisiplin.

Page 4: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 4

Perkara 144, Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan

Satu daripada tugas SPA menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua peringkat pegawai dalam Kumpulan A hingga Kumpulan D dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan boleh mengenakan semua jenis hukuman daripada ‘amaran’ sehingga kepada ‘buang kerja’.

Page 5: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 5

Pindaan: Fasal (5B) Tahun 1966Fasal (5B) kepada Perkara 144

Perlembagaan Persekutuan dalam tahun 1966; SPBYDP Agong melantik suatu Lembaga bagi menjalankan apa-apa kuasa dan tugas SPA, Malaysia selain daripada kuasa membuat perlantikan pertama bagi jawatan tetap dan berpencen.

Page 6: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 6

Peraturan Lembaga Tatatertib 1972

Selaras dengan Perkara 144(5B) itu, perubahan pelaksanaan tatatertib dibuat melalui Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, P.U.(A) 48, berkuatkuasa pada 1.1.1972 maka Lembaga-Lembaga Tatatertib telah diwujudkan seluruh negara bagi menjalankan kawalan tatatertib.

Page 7: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 7

3 Dokumen PentingPerintah-perintah Am Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980;

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1972, Pindaan 1979 dan Pindaan 1980; dan

Panduan Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib.

Page 8: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 8

Peraturan Baru 1993Berkuatkuasa mulai 15.12.1993 dua

peraturan baru telah diwartakan bagi menggantikan Perintah-Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980, P.U.(A) 203/80 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1972, P.U. (A) 48/72.

Page 9: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 9

Peraturan Baru SekarangPeraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, P.U.(A) 395/93; dan

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993, P.U.(A) 396/93.

Tarikh kuatkuasa : 15.12.1993

Page 10: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 10

Peraturan Terkini (Pindaan) 2002 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002. Mula berkuatkuasa pada 20 JUN 2002.

melalui

WARTA KERAJAAN

P.U.(A) 246

Jilid 46 Tambahan No.62

No. 13 Perundangan (A)

Page 11: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 11

Tarikh KuatkuasaPeraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mula berkuatkuasa pada 15 Disember 1993.

{P.U. (A) 395/93}Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan Dan Tatatertib) (PINDAAN) 2002 mula berkuatkuasa pada 20 JUN 2002. {P.U.(A) 246}

Page 12: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 12

Pindaan Baru

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memotong sub-peraturan 2(2).

Page 13: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 13

Bahagian baru IA dan IB “Bahagian IA” Kewajipan Mematuhi

Peraturan-Peraturan

3A.(1) Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

Page 14: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 14

Bahagian baru IA … samb. 3B.(1) Seseorang pegawai yang gagal

memberi akujanji sebagaimana yang diperuntukkan dalam perintah am 23A, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, setelah dikehendaki berbuat demikian oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau Ketua Jabatannya, melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Pertaturan-Peraturan ini.

Page 15: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 15

Bahagian baru IA …samb.

(2) Tanpa menjejaskan subperaturan 3A(2) seseorang pegawai yang, setelah diberikan aku janji yang dirujuk dalam subperaturan (1), gagal mematuhi terma-terma aku janji itu melakukan suatu pelanggaran tatatertib dan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan ini.

Page 16: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 16

“BAHAGIAN IB” Tugas Kawalan Dan Pengawasan

Tatatertib3C. (1) Maka menjadi tugas tiap-tiap

pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya, dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

Page 17: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 17

Bahagian IB…samb.

(2) Seseorang pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan ke atas pegawai bawahannya, atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Page 18: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 18

Bahagian IB…samb.

3D. Maka menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap seseorang pegawai dan dan juga keputusan tindakan itu setelah ia selesai.

Page 19: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 19

“Bahagian II” TATAKELAKUAN

4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan Kerajaan.

Page 20: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 20

P.A.4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh:--

(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;

(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya;

Page 21: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 21

Tidak Boleh …(samb)

(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa

(i) dia membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam; atau

Page 22: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 22

Tidak Boleh …samb

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.(d) Berkelakuan dengan sedemikian cara

sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e)Kurang cekap atau kurang berusaha;(f) Tidak jujur atau tidak amanah;

Page 23: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 23

Tidak Boleh …samb.

(g) Tidak bertanggungjawab;

(h) Membawa atau mencuba apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-aman pegawai lain;

Page 24: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 24

Tidak Boleh ….samb.

(i) Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Page 25: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 25

4A. Gangguan Seksual

4A.(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai itu tidak boleh –

(a) Membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

Page 26: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 26

Gangguan seksual…

(b) Melakukan apa-apa perbuatan bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

Page 27: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 27

Gangguan seksual…

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain –

(a) Termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain;

Page 28: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 28

Gangguan seksual…

(b) Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Page 29: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 29

“Bahagian III”KETAKHADIRAN TANPA CUTI

23. Dalam bahagian ini “tidak hadir”, berhubung dengan seseorang pegawai, termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi perlaksanaan tugas-tugasnya.

Page 30: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 30

Ketidakhadiran Tanpa Cuti

24. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.

Page 31: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 31

Ketidakhadiran Tanpa Cuti25.(1) Jika seseorang pegawai tidak hadir

bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, Ketua Jabatannya hendaklah, seberapa segera yang mungkin, melaporkan hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya berkenaan dengan ketidakhadiran itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Page 32: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 32

Ketidakhadiran Tanpa Cuti26. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir

bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatannya hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu dialamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.

Page 33: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 33

Peraturan 13 ~ Keterhutangan Kewangan Yang Serius

Peraturan 13.(1)Seseorang pegawai tidak boleh boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius.

(8) Seseorang pegawai hendaklah disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika –

(a) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya pada bila-bila masa tertentu melebihi 10 kali emolumen bulanannya;

Page 34: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 34

Peraturan 21.(1) ~ Mengambil Bahagian Dalam Politik Sseseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan

Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik, dan khususnya dia tidak boleh: (a) membuat pernyataan awam; (b) menerbit/mengedar buku,risalah atau makalah berkaitan mana-mana parti politik; (c) merayu undi atau menyokong calon; (d) menjadi ejen pilihanraya atau ejen tempat mengundi; (e) masuk bertanding apa-apa jawatan; atau (f) memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

Page 35: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 35

Peraturan 21.(2) ...(samb.)

Seseorang pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 36: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 36

“Bahagian VI” ~ Hukuman Tatatertib

38.(1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai itu;

(a) amaran; (b) denda; (c) lucuthak emolumen (d) tangguh pergerakan gaji; (e) turun gaji; (f) turun pangkat; atau (g) buang kerja.

Page 37: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 37

Peraturan 39.(1) Denda atau Lucuthak Emolumen

Hukuman ini hendaklah dibuat mengikut subperaturan (2), (3), (4), (5) dan (6).

(2) Apa-apa denda yang boleh dikenakan pada mana-mana suatu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi 7 hari pegawai yang berkenaan.

(3) Jika didenda lebih daripada sekali dalam mana-mana satu bulan kalendar, agregat denda yang dikenakan bulan itu tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan 45% daripada emolumen bulanannya.

Page 38: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 38

Peraturan 40.(1) ~ Tangguh pergerakan gaji

Hukuman “tangguh pergerakan gaji” boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib bagi tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan dan dua belas bulan.

(2)Tarikh kuatkuasa hukuman tersebut adalah pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji yang berikutnya bagi pegawai itu selepas tarikh pengenaan hukuman itu oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan.

Page 39: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 39

Peraturan 41.(1)~ Turun Gaji

Hukuman “turun gaji” boleh dikenakan ke atas seseorang pegawai tidak kira ia telah mencapai gaji maksimum atau tidak. Gajinya boleh diturunkan tidak melebihi tiga pergerakan gaji dalam peringkat yang sama secara mendatar. Tempoh hukuman tidak kurang daripada 12 bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan.

Page 40: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 40

Peraturan 42~ Turun Pangkat Bagi hukuman “turun pangkat” dinyatakan

bahawa Pihakberkuasa Tatatertib boleh menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Akibat penurunan gred itu, gaji pegawai akan diletakkan di mana-mana mata gaji dalam jadual gaji dalam gred yang dia diturunkan pangkat, yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum hukuman dikenakan.

Page 41: Bab D

6/11/03 ©2003Hamzah Mohamed 41

Kerana sudi mendengar

Sila lawati:

http://fakirzamani.freewebpage.org