bab 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/bab 9... · web view... (jkkp) yang...

24
BAB 4 PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DI TAPAK PEMBINAAN 4.0 Pengenalan Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan peranan mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan. Pihak berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding, kontraktor dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang telah ada.

Upload: tranphuc

Post on 18-Mar-2018

231 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

BAB 4

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG

DI TAPAK PEMBINAAN

4.0 Pengenalan

Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan

peranan mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan.

Pihak berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding,

kontraktor dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi

memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang

telah ada.

4.1 Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan

mengawal selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang

dan akta yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran

kerja yang selamat.

Page 2: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

4.1.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau

Department of Safety and Health (DOSH)

Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(AKKP) 1994, maka tertubuhlah Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang

dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa, namun Jabatan Kilang dan Jentera telah

ditukar namanya kepada JKKP. JKKP ditubuhkan di peringkat Pusat iaitu beribu

pejabat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri.

JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif:

(1) Menggubal dan mengkaji dasar, undang-undang, peraturan,

tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian Dasar dan Perundangan.

(2) Memastikan majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, pereka

bentuk, pembekal, pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja

yang sihat dan selamat serta mematuhi undang-undang, peraturan,

tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan

penguatkuasaan.

(3) Membantu dan memberi khidmat kepakaran, galakan, latihan,

penyebaran maklumat dan penyelidekan oleh agensi Kerajaan,

organisasi bukan Kerajaan dan majikan supaya dapat meninggikan

taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

19

Page 3: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

Aktiviti Utama Jabatan adalah:

(1) Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis

Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

(2) Mengkaji, mengenal pasti, merangka dasar, peraturan, tataamalan dan

garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(3) Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi

mengawal bahaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat

kerja.

(4) Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim,

pengandung tekanan dan mesin angkut.

(5) Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan

dengan penggunaan bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri

seperti penutup telinga dan mesin pengukur bunyi.

(6) Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran, penghantaran dan

penggunaan bahan petroleum kimia.

(7) Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan

peperiksaan tahap kecekapan firma dan organisasi berkebolehan.

20

Page 4: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(8) Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan

kecemasan serta membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasi-

instalasi bahaya besar.

(9) Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan

pekerjaan ke atas kilang, jentera dan tempat kerja. Pemeriksaan dibuat

setiap lima belas bulan sekali.

(10) Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja.

(11) Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan

(12) Menyiasat kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan dan

kejadian bahaya yang berlaku di tempat kerja.

(13) Menganjur dan memberi ceranah serta latihan berkaitan dengan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(14) Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan

pekerjaaan kepada agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan.

(15) Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung

dengan keselamtan dan kesihatan pekerjaan. Perpustakaan ditubuhkan

di Jabatan.

(16) Melakukan kerja-kerja pendakwaan.

21

Page 5: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

4.1.2 Majlis Negara bagi Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan

Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP.

Tugas-tugas Majlis ini adalah:

(1) Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan

apa-apa perkara yang berhubung dengan tujuan akta ini.

(2) Mengubah perkara yang dianggap wajar erhadap perundangan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(3) Memajukan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

(4) Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan

dengan buruh tentang keselamtan dan kesihatan pekerjaan serta

kebajikan orang yang sedang bekerja.

(5) Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan

golongan-golongan lain di dalam masyarakat.

(6) Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri

kimia di tempat kerja.

22

Page 6: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(7) Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang

berkaitan dengan pekerjaan.

(8) Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.

(9) Menggalakkan pembangunan dan penerimaam melalui undang-

undang akan tataamalan industri yang berkaitan dengan keselamatan,

kesihatan dan kebajikan pekerjaan.

(10) Membangunkan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk

membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.

4.1.3 Intitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat

Malaysia 1965 untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Misi utama penubuhan NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health

(OSH) di Malaysia.

Fungsi NIOSH adalah untuk:

(1) Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKP melalui

pembangunan kurikulum dan program latihan kepada pekerja dan

majikan

23

Page 7: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(2) Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah

yang bersankutan dengan KKP

(3) Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP

dengan informasi terkini di dalam KKP di luar negara

(4) Menganjurkan kajian samada janka pendek atau jangka panjang ke

atas KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia

(5) Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu

kesihatan di dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi

pihak Institut dan menjadi pusat rujukan.

NIOSH mempunyai komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab di dalam

memastikan semua pekerjanya bekerja di dalam persekitaran yang sihat dan selamat.

Selain itu, polisi NIOSH adalah mematuhi semua undang-undang dan peraturan

keselamatan dan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghindari

pekerjaan yang bersangkutan dengan kecederaan dan penyakit.

Objektif penubuhan NIOSH adalah untuk:

(1) Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua

pekerja, peserta kursus, kontraktor dan pelawat.

(2) Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan

kepada pekerja

24

Page 8: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(3) Memastikan setiap pengurus dipertanggungjawabkan keatas keselamatan dan

kesihatan yang didirikan.

Setiap pekerja adalah aspek utama program keselamatan dan kesihatan dan

adalah dijangka mereka akan komited dengan objektif di atas.

Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga turut mempunyai peranan di dalam

memastikan setiap projek pembinaan di bawah seliaan mereka mematuhi undang-

undang dan akta yang ada di dalam aspek keselamatan di tapak pembinaan. Mereka

semestinya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau enggan

mematuhi aspek keselamatan sebagaimana termaktub di dalam undang-undang dan

akta.

4.2 Pemaju

Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek

mereka mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta

yang ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. Ini bagi memastikan

semua kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap

mengikut jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak. Sekiranya

kemalangan berlaku, ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan

ini akan menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah

ditetapkan

Menurut Zairo Alias (1997)[9], pemilik diperlukan di dalam aspek

pengawasan ke atas kontraktor. Pemilik tidak berhak untuk membuat arahan kerja

yang dilakukan tetapi boleh diutarakan kepada pihak kontraktor untuk tindakan.

25

Page 9: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

Samelson and Levitt (1982) [10], di dalam kajian mereka, telah mengenal

pasti bahawa kaedah yang digunakan oleh pemilik di dalam memilih kontraktor yang

selamat di mana pemilik yang terlibat secara langsung di dalam memilih dan

mengawasi program keselamatan kontraktor akan memberi impak kepada penurunan

kadar kemalangan di tapak projek. Selain itu, penggunaan permit jangka pendek di

dalam pengendalian operasi yang berbahaya, penekanan keselamatan semasa lawatan

awal tapak, keperluan keselamatan secara terperinci di dalam spesifikasi dan

pemeriksaan tapak, simpanan rekod keselamatan, menetapkan matlamat keselamatan

ke atas kontraktor dan menjadikan aspek keselamatan sebagai syarat dan kriteria

pemilihan kontraktor.

Menyediakan orientasi keselamatan dan latihan kepada pekerja dan

pengawasan ke atas operasi berbahaya serta menyediakan kakitangan keselamatan

sendiri yang mempunyai kepakaran dan mahir di dalam bidang keselamatan dan

kesihatan.

Penekanan ke atas kontraktor oleh pemilik atau pemaju supaya menyediakan

aspek keselamatan dan latihan kepada kakitangan di tapak pembinaan, melakukan

pemeriksaan ke atas mensyuarat keselamatan di tapak dan kedua-dua belah pihak

iaitu pemilik dan kontraktor melakukan penyiasatan bersama sekiranya berlaku

kemalangan di tapak pembinaan.

4.3 Jurutera Perunding

Jurutera seharusnya menjalankan tugas bagi pihak pemaju dengan

memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam

26

Page 10: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

kontrak. Mereka seharusnya memastikan pihak kontraktor mengadakan dan

mematuhi setiap pelan keselamatan yang telah dirangka bagi memastikan tapak

pembinaan adalah selamat dan projek dapat dijalankan mengikut jadual.

Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], pihak jurutera perunding adalah

antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan yang

bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja binaan.

Aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, dasar

kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan dan pengetahuan yang

cukup amatlah diperlukan dan ianya perlu ada pada setiap jurutera perunding projek.

4.4 Kontraktor

Pihak kontraktor adalah pihak yang paling utama di dalam memastikan aspek

keselamatan dilaksanakan kerana merekalah yang menjalankan kerja di tapak

pembinaan.

Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerja (KKP)1994, menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab

dan tugas majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-

pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang

selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat

serta suasana kerja yang selamat. Secara khususnya, menurut seksyen 15(1) AKKP

1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak pembinaan)

merangkumi:

27

Page 11: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(1) penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem

kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;

(2) Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera

dan alatan itu adalah selamat;

(3) Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai

kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;

(4) Penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa

selamat;

(5) Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.

Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyediakan peralatan

keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan

berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama di dalam kes Wong Soon San

melawan Malayan United Industrial Co. Ltd. (1967 ).

Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons (1981), “Kontrak di

antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan pihak majikan itu

kewajipan untuk mengambil langkah-langkah berhati-hati yang munasabah… yang

mana pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu

terdedah kepada risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyediakan perkakas yang

sesuai dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja”. Jika majikan gagal

mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga

keselamatan pekerjanya, maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai

(Abdul Aziz Hussin, 2000, m.s. 20-25)

28

Page 12: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

Di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. Melawan Naigai Nitto Singapore Ltd.

(1991), majikan telah didapaticuai kerana gagal mengambil langkah-langkah

keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan

gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan

baik. Mahkamah juaga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-

jaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk

kegunaan pekerja-pekerjanya dan menyelenggaranya supaya senantiasa dalam

keadaan baik.

Sistem kerja yang selamat dan yang tidak mendedahkan risiko

kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan di dalam kes Mohd. Sainudin b.

Ahmad melawan Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi (1978).

Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang

keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan

penggunaannya boleh mengakibatkan majikan (kontraktor) didakwa cuai, kes Chong

Fah Lin melawan United Engineers (M) Sd. Bhd. (1978).

Menurut Zairo Alias (1997) [9], pihak kontraktor bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap keadaan dan perjalanan kerja di tapak pembinaan. Mereka

bertanggungjawab mengawasi kerja pembinaan, menganal pasti masalah yang

mungkin timbul dan mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul.

Menurut Hinze and Raboud (1988) [11], telah mengenal pasti langkah-

langkah yang sesuai untuk mencapai atau mengekalkan tahap keselamatan yang di

terima di dalam sesebuah projek besar. Langkah-langkah tersebut adalah:

(1) Mengambil atau melantik seorang pakar keselamatan sepenuh masa

29

Page 13: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(2) Sokongan padu daripada pihak atasan pengurusan tentang aspek keselamatan

(3) Perjumpaan atau mesyuarat keselamatan diwajibkan ke atas penyelia

(4) Mengawasi pencapaian penyelia keselamatan

(5) Melakukan lawatan tapak mengenai aspek keselamatan

(6) Isu-isu keselamatan dimasukkan di dalam minit mesyuarat tapak

(7) Penggunaan teknik-teknik terkini mengurangkan kadar kemalangan

(8) Aspek keselamatan akan berjaya sekiranya wakil dari klien atau klien itu

sendiri menghadiri mesyuarat koordinasi tapak

(9) Tekanan kerja akan mempengaruhi keberkesanan aspek keselamatan

Menurut Syed M. Ahmad et al (2000) [4], pihak kontraktor sewajarnya

diselia mengikut langkah-langkah di bawah di dalam menyediakan pelan

keselamatan tapak yang jelas, terperinci dan praktik di tapak pembinaan:

(1) Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan

syarikat, dan mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang

yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja.

30

Page 14: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

(2) Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan

keselamatan dan kesihatan di tapak

(3) Kontraktor seharusnya memberitahu klien tentang aspek keselamatan

dan kesihatan yang dikehendaki dari mereka

(4) Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran

dari isu keselamatan dan kesihatan

(5) Kontraktor seharusnya memantau aktiviti-aktiviti yang berbahaya

sekiranya perlu

(6) Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan

terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan

keselamatan dan kesihatan

(7) Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang

mempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak

(8) Kontraktor mesti menggunakan dengann sepenuhnya informasi yang

ada dan meneruskan analisis yang teliti supaya dapat membuat pelan

keselamatan tapak yang lengkap dan praktik.

Di dalam seksyen 30 AKKP 1994, setiap majikan tempat kerja yang

mempunyai sekurang-kurangmya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh

Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menubuhkan satu

jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tersebut.

31

Page 15: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

Akta juga mengkehendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam

proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan beliau dan

pekerja-pekerjanya untuk bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakkan,

pembanguynan, dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja.

Jawatankuasa ini adalah bertujuan melaksanakan dasar atau polisi

keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, menggalakkan pihak

pengurusan dan pekerja berunding dan bekerjasama dalam mengenal pasti, menilai

dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di

tempat kerja.

Menurut seksyen 29 AKKP 1994, mengenai perlantikkan pegawai

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, akta mengkehendaki majikan menggaji

seseorang yang berkelayakan iaitu seorang yang berdaftar dengan Ketua Pengarah

Keselamatan dan Kesihatan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja.

4.5 Pekerja Industri Pembinaan

Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam

hasil pengeluaran industri pembinaan. Oleh yang demikian, mereka adalah satu aset

kepada industri ini. Maka, keselamatan dan kesihatan mereka di tapak pembinaan

perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya oleh semua

pihak samada pihak penguatkuasa, klien, konsultan dan kontraktor malah pekerja itu

sendiri.

32

Page 16: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1994 di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut

bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang

selamat. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk

menjaga keselamatan dirinya dan orang lain, memberikan kerjasama kepada pihak

pengurusan dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan termasuk

menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan, serta melaporkan segala

keadaan yang berisiko dan sebarang kemalangan di tempat kerja kepada penyelia

atau pegawai yang bertanggungjawab.

Penglibatan pekerja amat bernilai kerana mereka dapat memberi maklumat

dan maklum balas terhadap risiko yang dihadapi di tempat kerja, terutama pekerjaan

di bahagian teknikal. Justeru, wakil pekerja seeloknya dipilih dari bahagian yang

strategik atau paling tinggi risikonya untuk menganggotai jawatankuasa keselamatan

dan kesihatan di tempat kerja.

Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di pihak pekerja itu sendiri juga

perlulah insaf untuk menjaga keselamatannya sendiri dari risiko

kecederaan/kematian, misalnya berhak semasa kerja termasuk menggunakan

peralatan keselamatan yang disediakan (tali pinggang keselamatan) atau

menggunakan tangga mudah alih dengan betul dan cermat.

Pekerja itu sendiri perlu ada kesedaran dan kesediaan mematuhi undang-

undang, peraturan dan prosedur keselamatan supaya dapat memberi sumbangan

besar di dalam menjamin keselamatan mereka sendiri.

Para pekerja industri pembinaan seharusnya mematuhi setiap aspek

keselamatan yang telah diadakan oleh pihak majikan mereka supaya kemalangan

dapat dielakkan dan menghindari mereka daripada tercedera semasa bekerja. Mereka

33

Page 17: BAB 1author.uthm.edu.my/uthm/www/content/lessons/881/Bab 9... · Web view... (JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa,

seharusnya peka dengan persekitaran bekerja dan sentiasa memakai peralatan

keselamatan yang disediakan.

34