BAB 4
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG
DI TAPAK PEMBINAAN
4.0 Pengenalan
Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan seharusnya memainkan
peranan mereka dengan lebih efektif di dalam melaksanakan aspek keselamatan.
Pihak berkuasa seperti NIOSH dan CIDB, pihak pemaju, jurutera perunding,
kontraktor dan pekerja industri pembinaan mempunyai peranan masing-masing begi
memastikan aspek keselamatan dijalankan mengikut akta dan undang-undang yang
telah ada.
4.1 Pihak Berkuasa
Pihak berkuasa mempunyai peranan yang penting dengan memantau dan
mengawal selia di semua tapak pembinaan supaya mereka mematuhi undang-undang
dan akta yang digubal bagi memastikan tapak pembinaan menjadi satu persekitaran
kerja yang selamat.
4.1.1 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) atau
Department of Safety and Health (DOSH)
Dengan berkuatkuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(AKKP) 1994, maka tertubuhlah Jabatan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP) yang mengambilalih Jabatan Kilang dan Jentera. Sungguh pun Akta Kilang
dan Jentera 1967 masih berkuatkuasa, namun Jabatan Kilang dan Jentera telah
ditukar namanya kepada JKKP. JKKP ditubuhkan di peringkat Pusat iaitu beribu
pejabat di Kuala Lumpur dan di setiap negeri.
JKKP ditubuhkan dengan beberapa objektif:
(1) Menggubal dan mengkaji dasar, undang-undang, peraturan,
tataamalan dan garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Tugas ini dijalankan oleh Unit Kajian Dasar dan Perundangan.
(2) Memastikan majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, pereka
bentuk, pembekal, pengimpot sentiasa mengamalkan budaya kerja
yang sihat dan selamat serta mematuhi undang-undang, peraturan,
tataamalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Objektif ini dicapai melalui cara promosi dan
penguatkuasaan.
(3) Membantu dan memberi khidmat kepakaran, galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidekan oleh agensi Kerajaan,
organisasi bukan Kerajaan dan majikan supaya dapat meninggikan
taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
19
Aktiviti Utama Jabatan adalah:
(1) Menguruskan pentadbiran dan memberi maklumat kepada Majlis
Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
(2) Mengkaji, mengenal pasti, merangka dasar, peraturan, tataamalan dan
garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
(3) Membuat analisa teknikal dan mengenal pasti langkah-langkah bagi
mengawal bahaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat
kerja.
(4) Menyemak dan memperaku rekabentuk jentera seperti dandang stim,
pengandung tekanan dan mesin angkut.
(5) Menyemak dan memperaku rekabentuk peralatan yang berkaitan
dengan penggunaan bahan petroleum dan kelengkapan pelindung diri
seperti penutup telinga dan mesin pengukur bunyi.
(6) Menyemak dan memperaku rekabentuk penstoran, penghantaran dan
penggunaan bahan petroleum kimia.
(7) Menyediakan sukatan pemeriksaan dan penilaian serta mengendalikan
peperiksaan tahap kecekapan firma dan organisasi berkebolehan.
20
(8) Mengenal pasti, menyemak laporan keselamatan dan pelan tindakan
kecemasan serta membuat pemeriksaan dan audit ke atas instalasi-
instalasi bahaya besar.
(9) Membuat pemeriksaan berkala dan audit keselamatan dan kesihatan
pekerjaan ke atas kilang, jentera dan tempat kerja. Pemeriksaan dibuat
setiap lima belas bulan sekali.
(10) Membuat pemantauan bahaya-bahaya kesihatan di tempat kerja.
(11) Menyemak laporan pemantauan bahaya kesihatan
(12) Menyiasat kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan dan
kejadian bahaya yang berlaku di tempat kerja.
(13) Menganjur dan memberi ceranah serta latihan berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
(14) Memberi khidmat nasihat mengenai keselamatan dan kesihatan
pekerjaaan kepada agensi awam dan swasta serta persatuan-persatuan.
(15) Mengumpul dan menyediakan bahan dan maklumat berhubung
dengan keselamtan dan kesihatan pekerjaan. Perpustakaan ditubuhkan
di Jabatan.
(16) Melakukan kerja-kerja pendakwaan.
21
4.1.2 Majlis Negara bagi Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan
Majlis Negara Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah di bawah AKKP.
Tugas-tugas Majlis ini adalah:
(1) Menyiasat dan membuat laporan serta syor kepada Menteri dengan
apa-apa perkara yang berhubung dengan tujuan akta ini.
(2) Mengubah perkara yang dianggap wajar erhadap perundangan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
(3) Memajukan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
(4) Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pengurusan
dengan buruh tentang keselamtan dan kesihatan pekerjaan serta
kebajikan orang yang sedang bekerja.
(5) Menangani masalah-masalah khusus berkenaan dengan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerjaan wanita, orang-orang cacat dan
golongan-golongan lain di dalam masyarakat.
(6) Menubuhkan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi industri
kimia di tempat kerja.
22
(7) Mengaanalisa statistik mengenai kematian dan kecederaan yang
berkaitan dengan pekerjaan.
(8) Mengadakan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja.
(9) Menggalakkan pembangunan dan penerimaam melalui undang-
undang akan tataamalan industri yang berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerjaan.
(10) Membangunkan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk
membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja.
4.1.3 Intitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Institut ini ditubuhkan pada 1 hb. Disember 1992 di bawah Akta Syarikat
Malaysia 1965 untuk memacu budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Misi utama penubuhan NIOSH adalah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepada
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) atau Occupational Safety and Health
(OSH) di Malaysia.
Fungsi NIOSH adalah untuk:
(1) Menyumbang ke arah usaha-usaha menaiktaraf KKP melalui
pembangunan kurikulum dan program latihan kepada pekerja dan
majikan
23
(2) Menolong industri, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah
yang bersankutan dengan KKP
(3) Membantu mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP
dengan informasi terkini di dalam KKP di luar negara
(4) Menganjurkan kajian samada janka pendek atau jangka panjang ke
atas KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia
(5) Dissem inate informasi tentang kajian dan penemuan KKP dan isu
kesihatan di dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi
pihak Institut dan menjadi pusat rujukan.
NIOSH mempunyai komitmen yang tinggi dan bertanggungjawab di dalam
memastikan semua pekerjanya bekerja di dalam persekitaran yang sihat dan selamat.
Selain itu, polisi NIOSH adalah mematuhi semua undang-undang dan peraturan
keselamatan dan kesihatan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menghindari
pekerjaan yang bersangkutan dengan kecederaan dan penyakit.
Objektif penubuhan NIOSH adalah untuk:
(1) Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua
pekerja, peserta kursus, kontraktor dan pelawat.
(2) Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan
kepada pekerja
24
(3) Memastikan setiap pengurus dipertanggungjawabkan keatas keselamatan dan
kesihatan yang didirikan.
Setiap pekerja adalah aspek utama program keselamatan dan kesihatan dan
adalah dijangka mereka akan komited dengan objektif di atas.
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan juga turut mempunyai peranan di dalam
memastikan setiap projek pembinaan di bawah seliaan mereka mematuhi undang-
undang dan akta yang ada di dalam aspek keselamatan di tapak pembinaan. Mereka
semestinya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar atau enggan
mematuhi aspek keselamatan sebagaimana termaktub di dalam undang-undang dan
akta.
4.2 Pemaju
Pihak pemaju mestilah meminta setiap kontraktor yang melakukan projek
mereka mengadakan satu pelan keselamatan yang lengkap dan mematuhi semua akta
yang ada sebelum pihak kontraktor memulakan kerja mereka. Ini bagi memastikan
semua kerja yang dijalankan dapat mengikut jadual yang telah ditetapkan dan siap
mengikut jangka waktu yang telah dimeterai oleh semua pihak. Sekiranya
kemalangan berlaku, ini akan menyebabkan banyak masa terbuang bagi siasatan dan
ini akan menyebabkan projek tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah
ditetapkan
Menurut Zairo Alias (1997)[9], pemilik diperlukan di dalam aspek
pengawasan ke atas kontraktor. Pemilik tidak berhak untuk membuat arahan kerja
yang dilakukan tetapi boleh diutarakan kepada pihak kontraktor untuk tindakan.
25
Samelson and Levitt (1982) [10], di dalam kajian mereka, telah mengenal
pasti bahawa kaedah yang digunakan oleh pemilik di dalam memilih kontraktor yang
selamat di mana pemilik yang terlibat secara langsung di dalam memilih dan
mengawasi program keselamatan kontraktor akan memberi impak kepada penurunan
kadar kemalangan di tapak projek. Selain itu, penggunaan permit jangka pendek di
dalam pengendalian operasi yang berbahaya, penekanan keselamatan semasa lawatan
awal tapak, keperluan keselamatan secara terperinci di dalam spesifikasi dan
pemeriksaan tapak, simpanan rekod keselamatan, menetapkan matlamat keselamatan
ke atas kontraktor dan menjadikan aspek keselamatan sebagai syarat dan kriteria
pemilihan kontraktor.
Menyediakan orientasi keselamatan dan latihan kepada pekerja dan
pengawasan ke atas operasi berbahaya serta menyediakan kakitangan keselamatan
sendiri yang mempunyai kepakaran dan mahir di dalam bidang keselamatan dan
kesihatan.
Penekanan ke atas kontraktor oleh pemilik atau pemaju supaya menyediakan
aspek keselamatan dan latihan kepada kakitangan di tapak pembinaan, melakukan
pemeriksaan ke atas mensyuarat keselamatan di tapak dan kedua-dua belah pihak
iaitu pemilik dan kontraktor melakukan penyiasatan bersama sekiranya berlaku
kemalangan di tapak pembinaan.
4.3 Jurutera Perunding
Jurutera seharusnya menjalankan tugas bagi pihak pemaju dengan
memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam
26
kontrak. Mereka seharusnya memastikan pihak kontraktor mengadakan dan
mematuhi setiap pelan keselamatan yang telah dirangka bagi memastikan tapak
pembinaan adalah selamat dan projek dapat dijalankan mengikut jadual.
Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], pihak jurutera perunding adalah
antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung di tapak pembinaan yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan pekerja binaan.
Aspek-aspek penerapan dan pematuhan undang-undang dan polisi, dasar
kerja yang proaktif dan fasilitatif dalam hal keselamatan dan pengetahuan yang
cukup amatlah diperlukan dan ianya perlu ada pada setiap jurutera perunding projek.
4.4 Kontraktor
Pihak kontraktor adalah pihak yang paling utama di dalam memastikan aspek
keselamatan dilaksanakan kerana merekalah yang menjalankan kerja di tapak
pembinaan.
Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di dalam seksyen 15 Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja (KKP)1994, menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab
dan tugas majikan mempastikan seberapa yang boleh, keselamatan pekerja-
pekerjanya, di mana ini termasuklah soal-soal sistem dan prosedur kerja yang
selamat, peralatan yang selamat (diguna atau atas kewujudannya di situ) dan tempat
serta suasana kerja yang selamat. Secara khususnya, menurut seksyen 15(1) AKKP
1994, tugas menjaga keselamatan pekerja (termasuk di tapak pembinaan)
merangkumi:
27
(1) penyediaan dan penyelenggaraan mesin jentera dan alatan, dan sistem
kerja yang selamat, dan tidak memberi risiko kesihatan;
(2) Diwujudkan dan dipastikan pengoperasian dan penggunaan jentera
dan alatan itu adalah selamat;
(3) Memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan yang sesuai
kepada pekerja berkaitan keselamatan mereka semasa bekerja;
(4) Penyelenggaraan tempat kerja dan keadaan kerja supaya sentiasa
selamat;
(5) Suasana kerja itu juga selamat pada keseluruhannya kepada pekerja.
Perkara-perkara mengenai tanggungjawab majikan (menyediakan peralatan
keselamatan) dan tanggungjawab pekerja (memakai atau mengguna peralatan
berkenaan) pernah menjadi isu perbincangan utama di dalam kes Wong Soon San
melawan Malayan United Industrial Co. Ltd. (1967 ).
Di dalam kes Smith melawan Baker (Charles) & Sons (1981), “Kontrak di
antara majikan dengan orang yang diambil bekerja melibatkan pihak majikan itu
kewajipan untuk mengambil langkah-langkah berhati-hati yang munasabah… yang
mana pada menjalankan operasinya tidaklah menjadikan pekerja-pekerjanya itu
terdedah kepada risiko yang tidak perlu. Ini termasuk menyediakan perkakas yang
sesuai dan tidak mendatangkan risiko kepada pekerja”. Jika majikan gagal
mengambil langkah berjaga-jaga (berhati-hati) yang munasabah dalam menjaga
keselamatan pekerjanya, maka majikan itu (misalnya kontraktor) boleh didakwa cuai
(Abdul Aziz Hussin, 2000, m.s. 20-25)
28
Di dalam kes Ng Kim Cheng Pte. Melawan Naigai Nitto Singapore Ltd.
(1991), majikan telah didapaticuai kerana gagal mengambil langkah-langkah
keselamatan atas keselamatan plaintif (pekerja) dan menyediakan sistem kerja dan
gagal untuk menjaga atau membaiki brek keselamatan jenangkut-susun itu dengan
baik. Mahkamah juaga memutuskan bahawa majikan berkewajipan untuk berjaga-
jaga yang munasabah untuk menyediakan logi dan perkakasan yang selamat untuk
kegunaan pekerja-pekerjanya dan menyelenggaranya supaya senantiasa dalam
keadaan baik.
Sistem kerja yang selamat dan yang tidak mendedahkan risiko
kecederaan/kematian kepada pekerja ditekankan di dalam kes Mohd. Sainudin b.
Ahmad melawan Consolidated Hotels Ltd. & seorang lagi (1978).
Kegagalan menyediakan peralatan keselamatan (misalnya tali pinggang
keselamatan) kepada pekerja dalam jenis-jenis kerja yang memerlukan
penggunaannya boleh mengakibatkan majikan (kontraktor) didakwa cuai, kes Chong
Fah Lin melawan United Engineers (M) Sd. Bhd. (1978).
Menurut Zairo Alias (1997) [9], pihak kontraktor bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keadaan dan perjalanan kerja di tapak pembinaan. Mereka
bertanggungjawab mengawasi kerja pembinaan, menganal pasti masalah yang
mungkin timbul dan mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul.
Menurut Hinze and Raboud (1988) [11], telah mengenal pasti langkah-
langkah yang sesuai untuk mencapai atau mengekalkan tahap keselamatan yang di
terima di dalam sesebuah projek besar. Langkah-langkah tersebut adalah:
(1) Mengambil atau melantik seorang pakar keselamatan sepenuh masa
29
(2) Sokongan padu daripada pihak atasan pengurusan tentang aspek keselamatan
(3) Perjumpaan atau mesyuarat keselamatan diwajibkan ke atas penyelia
(4) Mengawasi pencapaian penyelia keselamatan
(5) Melakukan lawatan tapak mengenai aspek keselamatan
(6) Isu-isu keselamatan dimasukkan di dalam minit mesyuarat tapak
(7) Penggunaan teknik-teknik terkini mengurangkan kadar kemalangan
(8) Aspek keselamatan akan berjaya sekiranya wakil dari klien atau klien itu
sendiri menghadiri mesyuarat koordinasi tapak
(9) Tekanan kerja akan mempengaruhi keberkesanan aspek keselamatan
Menurut Syed M. Ahmad et al (2000) [4], pihak kontraktor sewajarnya
diselia mengikut langkah-langkah di bawah di dalam menyediakan pelan
keselamatan tapak yang jelas, terperinci dan praktik di tapak pembinaan:
(1) Pelan keselamatan tapak seharusnya berdasarkan polisi keselamatan
syarikat, dan mestilah mematuhi garis panduan dan undang-undang
yang sedia ada mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja.
30
(2) Kontraktor seharusnya mengambil kira kehendak pembinaan dan
keselamatan dan kesihatan di tapak
(3) Kontraktor seharusnya memberitahu klien tentang aspek keselamatan
dan kesihatan yang dikehendaki dari mereka
(4) Kontraktor seharusnya dapat melihat bahaya yang mungkin ekoran
dari isu keselamatan dan kesihatan
(5) Kontraktor seharusnya memantau aktiviti-aktiviti yang berbahaya
sekiranya perlu
(6) Kontraktor wajar melakukan penyiasatan keadaan tapak dengan
terperinci dan mengambil semua informasi yang bersangkutan
keselamatan dan kesihatan
(7) Pihak kontraktor mesti mengadakan rundingan dengan mereka yang
mempunyai pengalaman berkaitan dan tahu dengan keadaan tapak
(8) Kontraktor mesti menggunakan dengann sepenuhnya informasi yang
ada dan meneruskan analisis yang teliti supaya dapat membuat pelan
keselamatan tapak yang lengkap dan praktik.
Di dalam seksyen 30 AKKP 1994, setiap majikan tempat kerja yang
mempunyai sekurang-kurangmya 40 orang pekerja atau sekiranya diarahkan oleh
Ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menubuhkan satu
jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja tersebut.
31
Akta juga mengkehendaki majikan berunding dengan jawatankuasa dalam
proses membuat dan melaksanakan perkiraan yang akan membolehkan beliau dan
pekerja-pekerjanya untuk bekerjasama dengan berkesan dalam penggalakkan,
pembanguynan, dan penilaian keberkesanan langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja.
Jawatankuasa ini adalah bertujuan melaksanakan dasar atau polisi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, menggalakkan pihak
pengurusan dan pekerja berunding dan bekerjasama dalam mengenal pasti, menilai
dan mengambil tindakan ke atas masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
tempat kerja.
Menurut seksyen 29 AKKP 1994, mengenai perlantikkan pegawai
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, akta mengkehendaki majikan menggaji
seseorang yang berkelayakan iaitu seorang yang berdaftar dengan Ketua Pengarah
Keselamatan dan Kesihatan sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.
4.5 Pekerja Industri Pembinaan
Pekerja di tapak pembinaan adalah salah satu komponen terpenting dalam
hasil pengeluaran industri pembinaan. Oleh yang demikian, mereka adalah satu aset
kepada industri ini. Maka, keselamatan dan kesihatan mereka di tapak pembinaan
perlu menjadi perkara utama yang mesti diambil tindakan sewajarnya oleh semua
pihak samada pihak penguatkuasa, klien, konsultan dan kontraktor malah pekerja itu
sendiri.
32
Peruntukkan-peruntukkan Utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 di dalam Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ada menyebut
bahawa tanggungjawab dan peranan pekerja dalam mewujudkan tempat kerja yang
selamat. Pihak pekerja hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka untuk
menjaga keselamatan dirinya dan orang lain, memberikan kerjasama kepada pihak
pengurusan dalam melaksanakan program keselamatan dan kesihatan termasuk
menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan, serta melaporkan segala
keadaan yang berisiko dan sebarang kemalangan di tempat kerja kepada penyelia
atau pegawai yang bertanggungjawab.
Penglibatan pekerja amat bernilai kerana mereka dapat memberi maklumat
dan maklum balas terhadap risiko yang dihadapi di tempat kerja, terutama pekerjaan
di bahagian teknikal. Justeru, wakil pekerja seeloknya dipilih dari bahagian yang
strategik atau paling tinggi risikonya untuk menganggotai jawatankuasa keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja.
Menurut Abdul Aziz Hussin (2004) [3], di pihak pekerja itu sendiri juga
perlulah insaf untuk menjaga keselamatannya sendiri dari risiko
kecederaan/kematian, misalnya berhak semasa kerja termasuk menggunakan
peralatan keselamatan yang disediakan (tali pinggang keselamatan) atau
menggunakan tangga mudah alih dengan betul dan cermat.
Pekerja itu sendiri perlu ada kesedaran dan kesediaan mematuhi undang-
undang, peraturan dan prosedur keselamatan supaya dapat memberi sumbangan
besar di dalam menjamin keselamatan mereka sendiri.
Para pekerja industri pembinaan seharusnya mematuhi setiap aspek
keselamatan yang telah diadakan oleh pihak majikan mereka supaya kemalangan
dapat dielakkan dan menghindari mereka daripada tercedera semasa bekerja. Mereka
33
seharusnya peka dengan persekitaran bekerja dan sentiasa memakai peralatan
keselamatan yang disediakan.
34