bab 3-jentera bomba

25
BAB 3 : JENTERA BOMBA 3.1 Pengenalan Kenderaan bomba adalah sejenis kenderaan yang diisi dengan buih Bachert dan mempunyai rekabentuk khas yang sesuai untuk operasi memadam api di lapangan terbang. Pengubahsuaian kenderaan ini sejajar dengan peraturan ICAO dan sesuai untuk operasi yang lasak. Secara umumnya, jentera bomba mengandungi 7000 liter air, 1000 liter sebatian buih, Pam Pemadam Api, pemasangan Pencampuran Buih seperti operasi untuk menguji air dan buih. Pemasangan ini membolehkan beberapa operasi dapat dilakukan seperti: a) Menyedut keluar sumber air terbuka. 29

Upload: robotjahat

Post on 12-Jun-2015

1.378 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3-Jentera Bomba

BAB 3 : JENTERA BOMBA

3.1 Pengenalan

Kenderaan bomba adalah sejenis kenderaan yang diisi dengan buih ‘Bachert’

dan mempunyai rekabentuk khas yang sesuai untuk operasi memadam api di

lapangan terbang. Pengubahsuaian kenderaan ini sejajar dengan peraturan ICAO dan

sesuai untuk operasi yang lasak. Secara umumnya, jentera bomba mengandungi

7000 liter air, 1000 liter sebatian buih, Pam Pemadam Api, pemasangan

Pencampuran Buih seperti operasi untuk menguji air dan buih. Pemasangan ini

membolehkan beberapa operasi dapat dilakukan seperti:

a) Menyedut keluar sumber air terbuka.

b) Menyedut keluar air dari tangki air.

29

Page 2: Bab 3-Jentera Bomba

c) Menyedut keluar dari tangki air dimana sebatian buih boleh mengalir

daripada tangki sebatian buih melalui pemasangan pencampuran buih.

Dengan cabang paip buih yang normal dan menggunakan sebatian buih yang

berat, nisbah buih 10-12 boleh diperolehi.

Semua pemasangan pemadam api boleh dikawal dari monitor di bawah

cermin depan kabin jentera yang mengandungi pelbagai alat kawalan. Monitor ini

dilengkapi dengan bantuan hidraulik. Semua injap yang tidak berfungsi telah

dilengkapi dengan kawalan secara menual seandainya kawalan automatik sistem

tidak dapat berfungsi atau gagal beroperasi.

3.2 Kelengkapan Dalam Jentera Bomba

3.2.1 Pancutan Pam Pemadam Api

Jenis : FP 38/10, 2-stage, batang pam dengan dua kedudukan radial yang boleh

ditukar.

Bahan :Badan pam dan bahagian dalam diperbuat daripada aluminium yang kalis

air, batang dan saluran air keluar diperbuat daripada keluli.

Kawalan : Dikawal daripada peti kawalan yang terletak di bahagian pemandu yang

diatur secara automatik.

Perlaksanaan pam : Pada 3.0m tinggi sedutan dari muka bumi pada 1013 merkuri

dengan sedutan masuk sebanyak 100NW.

30

Page 3: Bab 3-Jentera Bomba

a) Daripada anggaran 3.0m, 2500ℓ pada 10bar jumlah tekanan manometer.

b) Daripada anggaran 7.5m, 1000ℓ pada 10bar jumlah tekanan manometer.

c) Daripada anggaran tangki air, 4200ℓ/min pada 8bar dan 3800ℓ/min dari

jumlah tekanan manometer.

Rajah 3.1 : Rajah menunjukan pancutan pam pemadam api.

1 ‘Operation Rod’ 4 ‘Manual/hydraulic Operation’

2 ‘Oil Pressure Gage’ 5 ‘Barrel Control’

3 ‘Monitor Open/Close’ 6 ‘Sistem Pengrisan Automatik’

31

1

2

3 4

5

6

Page 4: Bab 3-Jentera Bomba

3.2.2 Kawalan Pada Bahagian Pemandu

Alat kawalan untuk operasi pemadaman adalah sesuai diletakkan diantara

tempat duduk pemandu dan pembantu pemandu dibahagian kanan.

.

Rajah 3.2 : Rajah menunjukan kawalan pada bahagian pemandu.

1 ‘Coolant’ 7 ‘Pump Pressure’

2 ‘Engine Oil’ 8 ‘Emergency Button’

3 ‘Tran’s Oil’ 9 ‘Nozzle Button’

4 ‘Water Level’ 10 ‘Hand Line Button’

5 ‘Foam Level’ 11 ‘Joystick’

6 ‘Pressure Control’

32

11

1

23 4

5

6

7

891

0

Page 5: Bab 3-Jentera Bomba

3.2.3 Tempat Kawalan Disebelah Kiri Hadapan Pemandu

Rajah 3.3 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kiri hadapan pemandu.

1 ‘Panel Illumination’ 6 ‘Delivery Hose’

2 ‘Suction Pressure’ 7 ‘Long Line’

3 ‘Pump Pressure’ 8 ‘Suction Outlet’

4 ‘Hand Throttle’ 9 ‘Foam Making Branch Pipe

(FMB)’

5 ‘Jumper’ 10 ‘Side Line’

33

910

1

2 3 4

8

5

76

Page 6: Bab 3-Jentera Bomba

3.2.4 Tempat Kawalan Disebelah Kiri Belakang Pemandu

Rajah 3.4 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kiri belakang pemandu.

1 ‘Foam Filling Pump’ 4 ‘To Foam Tank’

2 ‘Foam Drain Bar’ 5 ‘Hose Reel’

3 ‘Foam Suction’

34

23 4 5

1

Page 7: Bab 3-Jentera Bomba

3.2.5 Tempat Kawalan Disebelah Kanan Hadapan Pemandu

Rajah 3.5 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kanan hadapan pemandu.

1 ‘Double Outlet Standby’ 5 ‘Foam Making Branch Pipe (FMB 10/10)’

2 ‘Suction Hose’ 6 ‘Water Level’

3 ‘Hydrant Outlet’ 7 ‘Nozzle’

4 ‘First Aid Outlet’ 8 ‘Delivery Hose’

35

87 5

12 3

4

6

Page 8: Bab 3-Jentera Bomba

3.2.6 Tempat Kawalan Disebelah Kanan Belakang Pemandu

Rajah 3.6 : Rajah menunjukan tempat kawalan disebelah kanan belakang pemandu.

1 ‘Search Light Cable’

2 ‘Grander’

3 ‘Power Saw’

3.3 Penyenggaraan

Walaupun setiap mesin atau benda mempunyai jangka hayatnya tersendiri,

tetapi tidak semestinya apabila jangka hayatnya telah lanjut sesuatu benda tersebut

tidak dapat digunakan lagi. Maka setiap komponen terutamanya komponen

mekanikal haruslah diselenggara untuk menjamin jangka hayat yang lama. Oleh itu,

untuk jentera bomba telah diservis dan diselenggara mengikut masa yang telah

ditetapkan iaitu pemeriksaan minguan, bulanan dan tahunan.

36

1 2 3

Page 9: Bab 3-Jentera Bomba

Seperti yang telah di ketahui, jentera bomba amat memainkan peranan yang

penting dalam industri penerbangan ini kerana ia melibatkan keselamatan

penerbangan dan keselamatan penumpang. Maka jentera perlulah sentiasa berada

dalam keadaan yang baik dan sentiasa bersedia beroperasi. Oleh itu, juruteknik

tertentu telah ditugaskan untuk melakukan pemeriksaan keatas setiap komponen

jentera bomba ini. Diantara kerja yang terdapat dalam pemeriksaan ialah pengrissan,

minyak enjin, PTO, ‘Gearbox’ dan lain-lain.

3.3.1 Penyenggaraan Enjin Diesel

i. Mengatur tegangan Tali Sawat dan geserannya

Rajah 3.7 : Tali Sawat.

ii. Memeriksa Pam Minyak dan Enjin Jentera.

37

Page 10: Bab 3-Jentera Bomba

iii. Memeriksa kandungan Minyak Enjin.

Rajah 3.8 : Minyak Enjin.

iv. Memeriksa kelengkapan Sistem Operasi Enjin

Rajah 3.9 : Sistem Operasi Enjin.

v. Membuat pelinciran pada aci pendorong

38

Page 11: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.10 : Rajah menunjukan kerja pelinciran sedang dilakukan.

3.3.2 Penyenggaraan Transmisi

i. Memeriksa Minyak Transmisi.

ii. Memeriksa kandungan minyak sementara ‘Gearbox’.

39

Page 12: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.11 : Mengisi Minyak ‘Gearbox’.

iii. Memeriksa kandungan Minyak PTO.

Rajah 3.12 : Tangki Minyak PTO.

iv. Memeriksa kandungan minyak di Aci Transmisi dan Hon.

3.3.3 Penyenggaraan Sistem Penyejukan

i. Memeriksa kandungan Cecair Penyejuk (Coolent)

40

Page 13: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.13 : Tangki Minyak Penyejuk.

ii. Memeriksa takungan dan keadaan hos.

iii. Memeriksa kandungan Minyak Hidraulik Pemacu Kipas.

iv. Memeriksa Tudung Radiator.

3.3.4 Penyenggaraan Luaran

i. Memeriksa Pengikat Gandar (Axle) dan Gasket.

41

Page 14: Bab 3-Jentera Bomba

ii. Memeriksa elemen Penapis Gander.

iii. Memeriksa Nat Pengikat Tayar.

Rajah 3.14 : Memeriksa Bunga Tayar dan Nat.

iv. Memeriksa keadaan tayar.

3.3.5 Penyenggaraan Sistem Pneumatik

i. Memeriksa operasi tekanan (8 bar).

ii. Memeriksa sistem komponen udara.

42

Page 15: Bab 3-Jentera Bomba

3.3.6 Penyenggaraan Sistem Stereng

i. Memeriksa kandungan Minyak Stereng.

3.3.7 Penyenggaraan Sistem Brek

i. Memeriksa kandungan Minyak Brek.

3.3.8 Penyenggaraan Elektrik

i. Memeriksa keadaan bateri.

ii. Memeriksa sistem cas bateri.

iii. Memeriksa lampu utama, lampu isyarat, pengilap cermin.

iv. Memeriksa lampu brek.

v. Memeriksa siren kecemasan.

43

Page 16: Bab 3-Jentera Bomba

3.4 Proses Kerja Yang Dilakukan (Pemasangan Pam Yang Telah Dibaiki)

Kerja–kerja pembaikian dan pemasangan pam air bomba haruslah dilakukan

dengan segera supaya ia tidak akan menganggu operasi jentera bomba yang

melibatkan keselamatan syarikat penerbangan. Masalah pam ini dibaiki dahulu

adalah kerana terdapat kebocoran pada pam air dan ia perlu dibuka dan dipasang

gasket baru untuk mencegah kebocoran pada pam air.

3.4.1 Peralatan Yang Digunakan Ketika Kerja Penyenggaraan

Antara peralatan dan bahan yang digunakan ketika kerja pemasangan pam :

Rajah 3.15 : ‘Common Ring’

44

Page 17: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.16 : Soket nombor 8mm, 10mm dan 14mm

Rajah 3.17 : Ricet

Rajah 3.18 : Pemutar Skru

45

Page 18: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.19 : Pelayar Muncung Tirus

Rajah 3.20 : Gam Gasket dan Gasket

3.4.2 Langkah-langkah Kerja

i. Kawasan kerja dipastikan dalam keadaan terang dan selamat untuk

bekerja.

ii. Peralatan kerja disediakan.

iii. Punca masalah pada pam dikenalpasti. (Pam didapati bocor)

46

Page 19: Bab 3-Jentera Bomba

iv. Pelindung kipas radiator dibuka bagi memudahkan kerja

mengeluarkan pam.

Rajah 3.21 : Rajah menunjukan Hos Kecil, Pam, Hos Besar dan ‘Belting’.

v. ‘Belting’ dan Hos yang menghubungkan pam dengan enjin dibuka.

47

Belting

Hos kecil

Hos Besar

Pam

Page 20: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.22 : Rajah menunjukan Pam dan Nat.

vi. 4 nat yang mengikat pam dengan enjin dibuka dengan Ricet bersaiz

14mm.

vii. Pam dikeluarkan dan kipas pada pam dipisahkan.

viii. Pam dibungkus untuk dihantar kepada pihak mekanik di Kuching bagi

kerja pembaikannya.

ix. Kerja akan disambung selepas pam siap dibaiki.

x. Setelah pam siap dibaiki dan sampai, semua komponen yang telah

dibuka dikumpulkan seperti dalam rajah.

48

Nat

Pam

Page 21: Bab 3-Jentera Bomba

Rajah 3.23 : Rajah menunjukan Penahan Kipas, ‘Belting’, Kipas dan Nat.

xi. Permukaan yang hendak dipasang gasket dibersihkan menggunakan

kertas pasir.

Rajah 3.24 : Rajah menunjukan permukaan yang hendak dipasang gasket dibersihkan

menggunakan kertas pasir.

49

Kipas

Penahan Kipas

Nat

Belting

Page 22: Bab 3-Jentera Bomba

xii. Permukaan yang telah bersih disapu dengan Gam Gasket dan

pemasangan Gasket dilakukan.

Rajah 3.25 : Rajah menunjukan permukaan yang telah bersih disapu dengan gam

Gasket dan pemasangan Gasket dilakukan.

xiii. Pam dipasangkan semula pada kedudukannya dengan berhati-hati.

xiv. Kipas dipasang semula dengan ketat pada pam.

xv. ‘Belting’ dan Hos yang menghubungkan pam dengan enjin dipasang.

xvi. Pelindung Kipas pula dipasang bagi langkah yang terakhir.

xvii. Setelah semua kerja pemasangan selesai, isi air pada radiator. Semasa

pengisian air radiator tersebut, enjin hendaklah dihidupkan sehingga

air penuh.

xviii. Pastikan air dalam tangki simpanan juga tidak melebihi paras penuh.

xix. Jentera dijalankan bagi menguji pam yang baru dipasang.

50

Page 23: Bab 3-Jentera Bomba

xx. Peralatan dan kawasan kerja dibersihkan sebelum besurai.

.

3.5 Komen Dan Cadangan

Pada pandangan saya, semua kerja-kerja membaik pulih jentera bomba

haruslah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas juruteknik syarikat supaya

apabila berlaku sebarang kerosakan terhadap komponen jentera, pihak juruteknik

dapat bertindak segera dan tidak membazir masa untuk menghantar komponen yang

rosak kepada orang yang telah dipertanggungjawabkan oleh syarikat. Hal ini adalah

kerana seperti yang diketahui, semua juruteknik mempunyai pengetahuan yang baik

dalam bidang kerjanya malahan mempunyai pengalaman yang cukup untuk

membaiki komponen tersebut. Maka disini cadangan saya adalah, jika terdapat

kerosakan berlaku pada komponen jentera dan juruteknik mengetahui cara

membaikpulih kerosakan tersebut, mereka haruslah diberi kepercayaan untuk

melakukan proses pembaikian.

3.6 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, peyenggaraan dan penyemakan setiap jentera bomba

amatlah penting kerana jentera ini adalah salah satu aset yang penting dalam

sesebuah lapangan terbang. Hal ini adalah kerana jentera bomba adalah kenderaan

yang berfungsi untuk memadam kebakaran yang berlaku di lapangan terbang. Setiap

51

Page 24: Bab 3-Jentera Bomba

kerosakan yang berlaku perlulah diberi perhatian dan tindakan yang secepat yang

mungkin supaya tidak menganggu operasi jentera bomba.

Setelah mempelajari dan mengikut peyelia melakukan peyenggaraan dan

membantu penyelia melakukan penyemakan keatas jentera bomba ini, banyak benda

yang dapat saya pelajari tentang jentera malahan mempunyai pengalaman sendiri

dalam kerja-kerja yang melibatkan jentera. Ilmu yang telah saya timba dan

pengalaman baru yang saya perolehi tidak akan saya sia-siakan malahan akan saya

praktikkan dimasa akan datang mahupun semasa di politeknik.

52