akta 139 akta kilang dan jentera 1967

Upload: adam-haida-co

Post on 10-Apr-2018

610 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    1/50

    UNDANG-UNDANGMALAYSIA

    CETAKAN SEMULA

    Akta 139

    AKTA KILANG DAN JENTERA1967

    Mengandungi segala pindaan sehingga 1 Januari 2006

    Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Factories and Machinery Act 1967. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan1963/67 [ Akta 32 ] , teks ini bukan perundangan.

    DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

    DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

    PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    2/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 1392

    AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

    Pertama kali diperbuat 1967 (Akta No. 64 tahun1967)

    Disemak 1974 (Akta 139 m.b.p.1 Julai 1974)

    Teks bahasa Inggeris sahih P.U. 31/1968

    C ETAKAN S EMULA Y ANG T ERDAHULU

    Cetakan Pertama 1997 Cetakan Kedua 2000

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    3/50

    Kilang dan Jentera 3

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 139

    AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

    SUSUNAN SEKSYEN

    BAHAGIAN I

    PERMULAAN

    Seksyen

    1. Tajuk ringkas

    2. Tafsiran kilang

    3. Tafsiran: am

    4. Pelantikan pegawai

    5. Pengawasan pegawai

    6. Pegawai ialah pekhidmat awam

    7. Kuasa seseorang Pemeriksa

    8. Halangan suatu kesalahan

    9. Orang yang tidak boleh mendedahkan rahsia

    BAHAGIAN II

    KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

    10. Peruntukan yang berhubungan dengan keselamatan, dsb.

    11. Orang yang terdedah kepada bahan letupan, mudah terbakar, dsb.

    12. Mengangkat benda berat

    13. Persediaan terhadap kebakaran

    14. Pembinaan jentera

    15. Bahagian jentera yang berbahaya

    16. Bahan yang mengunjur

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    4/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 1394

    Seksyen

    17. Jentera untuk disewa atau dijual mestilah mematuhi peraturan-peraturan

    18. Jentera yang dibuat atau dibaiki mestilah mematuhi peraturan-peraturan

    19. Perakuan kelayakan

    20. Kewajipan orang yang diambil kerja

    21. Kewajipan penghuni

    22. Peruntukan yang berhubungan dengan kesihatan

    23. Pendedahan kepada unsur

    24. Pakaian dan alat perlindungan diri

    25. Peruntukan yang berhubungan dengan kebajikan

    BAHAGIAN III

    ORANG YANG MENJAGA DAN PERAKUANKEKOMPETENAN

    26. Latihan dan pengawasan pekerja yang tidak berpengalaman

    27. Ketua Pemeriksa boleh membuat perintah dalam hal keadaan tertentu

    28. Orang muda

    29. Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yangdiperakukan

    30. Panel Pemeriksa dan Lembaga Rayuan

    BAHAGIAN IV

    PEMBERITAHUAN KEMALANGAN, KEJADIANBERBAHAYA DAN PENYAKIT BERBAHAYA

    31. Kemalangan dan kejadian berbahaya hendaklah dilaporkan

    32. Pemberitahuan penyakit industri

    33. Penyiasatan dan siasatan

    BAHAGIAN V

    NOTIS MENDUDUKI KILANG, DAN PENDAFTARANDAN PENGGUNAAN JENTERA

    34. Pengendalian ki lang

    35. Pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    5/50

    Kilang dan Jentera 5

    Seksyen

    36. Pemasangan jentera, dsb.

    37. Permohonan untuk pendaftaran

    38. Daftar

    39. Perpindahan atau pengubahan atau penambahan kepada jentera hendaklahdiluluskan

    40. Pemeriksaan berkala

    41. Soalan untuk diputuskan oleh seseorang Pemeriksa dan rayuan daripadakeputusan itu

    42. Laporan tentang pertukaran, dsb.

    43. Jentera atau kilang yang tidak lagi digunakan

    44. Notis penjualan, penyewaan atau pindah hakmilik

    45. Salinan laporan siasatan boleh dibekalkan

    46. Kuasa Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa Kanan semasa siasatan

    BAHAGIAN VI

    AM

    47. Liabiliti jenayah atau sivil tidak tersentuh48. Fi

    49. Kuasa Ketua Pemeriksa

    50. Kesalahan

    51. Penalti

    52. Pendakwaan

    52 A. Kuasa untuk mengkompaun

    53. Kuasa untuk mengubah suai perjanjian

    54. Kuasa untuk mengumpukkan perbelanjaan

    55. Pengecualian

    56. Peraturan-peraturan

    57. Pengawasan perubatan

    58. Pemansuhan

    59. Pindaan Jadual

    JADUAL PERTAMA

    JADUAL KEDUA

    JADUAL KETIGA

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    6/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 1396http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    7/50

    Kilang dan Jentera 7

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 139

    AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

    Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan kilangberkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan,kesihatan dan kebajikan orang di dalamnya, pendaftaran danpemeriksaan jentera dan bagi perkara-perkara yang berkaitandengannya.

    [1 Februari 1970, P.U. (B) 5/1970 ]

    BAHAGIAN I

    PERMULAAN

    Tajuk ringkas

    1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kilang dan Jentera 1967.

    (2) ( Ditinggalkan ).

    (3) Menteri boleh dengan perintah menggantung* kuat kuasakesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini dalam mana-manaNegeri dan boleh pada bila-bila masa kemudiannya membatalkanpenggantungan itu.

    Takrif kilang

    2. (1) Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain, kilang ertinya mana-mana premis atau sebahagiandaripada premis yang

    (a) di dalam lingkungan atau halaman atau pekarangan premisatau sebahagian daripada premis itu orang diambilkerja dalam kerja kasar dalam apa-apa proses bagi atauberkaitan dengan atau bersampingan dengan membuat,mengubah, membaiki, menghias, mengisih, mengemaskan,

    *CATATAN Kuat kuasa Akta di Sabah dan Sarawak digantung lihat [P.U. (B) 6/1970 ].Penggantungan dibatalkan berkenaan dengan Sabah dan Sarawak m.b.p. 1 Julai 1980 lihat [P.U. (B) 321/1980 ].

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    8/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 1398

    membersihkan, membasuh, memecahkan, meruntuhkan,membina, membina semula, memasang, memasang semula,menyelaraskan atau menyesuaikan apa-apa benda atau

    sebahagian daripadanya; dan(b) kerja tersebut dijalankan dengan cara perdagangan bagi

    maksud mendapat laba atau yang bersampingan denganapa-apa urusan yang dijalankan sedemikian,

    dan (sama ada atau tidak ia merupakan kilang oleh sebab takrif yang terdahulu itu) ungkapan kilang juga termasuk premis yangberikut yang di dalamnya orang diambil kerja dalam kerja kasar:

    (i) mana-mana limbungan atau dok kering (termasuk pekarangannya) yang di dalamnya kapal atau vesel dibina,dibina semula, dibaiki, dipasang semula, dikemaskan ataudiruntuhkan;

    (ii) mana-mana premis yang di dalamnya urusan membasuhatau mengisi botol atau bekas atau membungkus bendadijalankan secara bersampingan dengan maksud mana-mana kilang;

    (iii) mana-mana premis yang di dalamnya urusan mencangkuk,memintal, melipat, menghias atau membungkus yan ataukain dijalankan;

    (iv) mana-mana tempat mendobi yang dijalankan sebagaitambahan kepada urusan lain atau yang bersampingandengan maksud mana-mana institusi awam;

    (v) mana-mana premis yang di dalamnya pembinaan,pembinaan semula atau pembaikan lokomotif, kenderaanatau loji lain untuk digunakan bagi maksud pengangkutan

    dijalankan bersampingan dengan suatu perusahaanpengangkutan atau perusahaan perindustrian atau komersiallain;

    (vi) mana-mana premis yang di dalamnya pencetakan dengancetak timbul, litograf, fotoukiran, atau proses serupa lainatau penjilidan buku dijalankan secara perdagangan ataubagi maksud mendapat laba atau yang bersampingan denganurusan lain yang dijalankan;

    (vii) mana-mana premis yang di dalamnya pengeluaran filemsinematograf dijalankan secara perdagangan atau bagimaksud mendapat laba;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    9/50

    Kilang dan Jentera 9

    (viii) mana-mana premis yang di dalamnya buruh kasar diambilkerja dan kuasa mekanik digunakan berkaitan denganpembuatan atau pembaikan apa-apa benda logam atau

    kayu yang bersampingan dengan apa-apa urusan yangdijalankan secara perdagangan atau bagi maksud mendapatlaba;

    (ix) mana-mana premis yang digunakan untuk menyimpangas dalam suatu bekas gas yang mempunyai keupayaanmenyimpan tidak kurang daripada lima ribu kaki padu;

    (x) mana-mana premis, tempat atau ruang yang apa-apapengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraandijalankan; dan

    (xi) mana-mana premis yang dipunyai atau diduduki olehKerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeriatau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa awam lain yang sepatutnya menjadi suatu kilangmengikut pengertian Akta ini jika tidak keranaperenggan (b) ,

    tetapi tidak termasuk

    (i) mana-mana premis yang digunakan bagi maksudmenyimpan lokomotif atau kenderaan jika hanyapencucian, pembasuhan, pembaikan atau penyelarasankecil dijalankan; atau

    (ii) mana-mana premis yang lima orang atau kurangmenjalankan apa-apa kerja yang di dalamnya jentera tidak digunakan walaupun premis itu, oleh sebab kerja itusepatutnya menjadi suatu kilang mengikut pengertianseksyen ini.

    (2) Mana-mana landasan atau sisian yang digunakan berkaitandengan dan bagi maksud sesuatu kilang, hendaklah disifatkan menjadisebahagian daripada kilang itu.

    Tafsiran: am

    3. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain

    bejana tekanan tidak berapi ertinya mana-mana bejana tertutupdi bawah tekanan yang lebih kuat daripada tekanan atmosfera oleh

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    10/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13910

    apa-apa gas atau campuran atau gabungan gas dan termasuklahmana-mana bejana di bawah tekanan stim di luar dandang stim danmana-mana bejana yang di bawah tekanan cecair atau gas atau

    kedua-duanya, dan mana-mana bejana yang secara dalamannyatertakluk kepada suatu tekanan yang kurang daripada tekananatmosfera tetapi tidak termasuk silinder gas;

    bekas gas ertinya apa-apa struktur berbentuk loceng yangterapung di dalam tangki berisi air, yang di dalamnya gas dikumpulkanuntuk pengedaran;

    benda ertinya apa-apa pepejal, cecair atau gas atau apa-apagabungannya dan termasuklah juga tenaga elektrik;

    bilik bawah tanah ertinya apa-apa bilik yang, atau mana-manabahagiannya yang letaknya sekurang-kurangnya setengah daripadaukuran tingginya yang diukur dari lantai ke siling, adalah di bawahpermukaan tanah yang bersebelahan dengan bilik itu;

    dandang stim ertinya apa-apa bejana tertutup yang bagi apa-apa maksud stim dijanakan di bawah tekanan yang lebih tinggidaripada tekanan atmosfera, dan termasuk mana-mana penjimatyang digunakan untuk memanaskan air yang disalurkan kepadabejana itu, dan mana-mana pemanas lampau yang digunakan untuk memanasan stim, dan mana-mana paip dan pepasangan yangbersambung dengannya;

    ditetapkan ertinya yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanyang dibuat di bawah Akta ini;

    drebar ertinya seseorang yang memegang suatu perakuankekompetenan drebar enjin yang dikeluarkan di bawah seksyen30;

    jentera termasuklah dandang stim, bejana tekanan tidak berapi,penggerak utama, silinder gas, bekas gas, mesin angkat dan takal,

    jentera penghantaran, jentera dipacu, dan apa-apa kelengkapanuntuk menuang, mengimpal atau mengelektroenapan logam danuntuk menyembur dengan cara tekanan gas atau udara logam ataubahan lain, tetapi tidaklah termasuk

    (a) apa-apa jentera yang digunakan bagi menggerakkankenderaan selain dandang stim atau enjin stim;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    11/50

    Kilang dan Jentera 11

    (b) apa-apa jentera yang dijalankan dengan tenaga manusiaselain mesin angkat;

    (c) apa-apa jentera yang digunakan semata-mata bagi maksud

    persendirian dan domestik; atau(d) mesin pejabat;

    jentera dipacu termasuklah apa-apa mesin atau alat yanggerakannya diperoleh daripada jentera penghantaran;

    jentera penghantaran ertinya tiap-tiap aci, roda, gelendong,kapi, sistem kapi dipasang mati dan boleh ditanggalkan, gandingan,cekam, tali pemacu atau peranti lain yang dengannya gerakansesuatu penggerak utama atau sumber kuasa mekanik lain dipindahkankepada atau diterima oleh mana-mana mesin atau alat;

    jurutera ertinya seseorang yang memegang suatu perakuankekompetenan jurutera yang dikeluarkan di bawah seksyen 30;

    kacau-ganggu ertinya apa-apa perbuatan, peninggalan atauperkara yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan,kegusaran, kesalahan, kecelakaan, bahaya atau kerosakan terhadapderia lihat, bau atau dengar, yang mencederakan atau yang mungkinmencederakan atau membahayakan kesihatan atau harta;

    kapal korek ertinya suatu struktur terapung yang digunakanuntuk memperoleh bijih timah, untuk mengorek sungai dan jalanair atau bagi maksud penebusan tanah, dan termasuklah kapalkorek jenis sauk dan kapal korek jenis pemotong penyedut;

    kecederaan badan termasuklah kecederaan kepada kesihatan;

    kecederaan badan yang teruk ertinya mana-mana kecederaanyang disenaraikan dalam Jadual Kedua;

    kejadian berbahaya ertinya apa-apa kejadian dalam mana-manakelas yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;

    keluasan lantai kerjaertinya kawasan yang diliputi oleh premisdan segala perkarangan, halaman dan laman kilang yang didapatidaripada pelan atau pelan kasar yang dikemukakan pada masapemberitahuan termasuk semua keluasan lantai di atas dan di bawahparas bumi:

    Dengan syarat bahawa titian samping, tangga dan apa-apa akseslain kepada jentera tidak boleh diambil kira apabila menghitungkeluasan lantai kerja;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    12/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13912

    kemudahan kebersihan termasuklah tempat membuang air kecil,tandas pam, tandas tanah, tandas jenis lubang kapur dan kemudahanyang seumpamanya;

    kerja binaan kejuruteraan ertinya pembinaan mana-manalandasan atau sisian kereta api, dan pembinaan, pengubahan strukturatau pembaikan (termasuk pengubahan atur semula batu bata, danpengecatan semula) atau perobohan mana-mana dok, pelabuhan,pelayaran pedalaman, terowong, jambatan, jejambat, kerja air ataubekas gas, dan hendaklah termasuk apa-apa kerja lain yang dinyatakanoleh Menteri melalui perintah;

    ketua kapal korek ertinya seseorang yang memegang suatu

    perakuan kekompetenan ketua kapal korek yang dikeluarkan dibawah seksyen 30;

    Ketua Pemeriksa, Timbalan Ketua Pemeriksa, PemeriksaKanan dan Pemeriksa masing-masing ertinya Ketua PemeriksaKilang dan Jentera, Timbalan Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera,Pemeriksa Kanan Kilang dan Jentera dan Pemeriksa Kilang danJentera yang dilantik di bawah seksyen 4;

    lif ertinya suatu alat yang direka bentuk untuk mengangkutpenumpang atau barang atau kedua-duanya di antara dua parasatau lebih mengikut arah tegak dengan menggunakan lif kar ataupelantar yang bergandar yang dalamnya gerakan lif kar atau pelantaritu didapati melalui suatu motor elektrik yang dipasang pada alatmengangkat, dan termasuklah jentera, tali gantung, penghentak hidro, topang dan lengkongan yang dikehendaki yang berkaitandengannya, dan termasuklah lif elektrik atau hidraulik dan lif paternoster atau lif selanjar, tetapi tidak termasuk sangkar lombongsebagaimana yang digunakan di lombong bawah tanah;

    menyenggara ertinya menyenggara dalam keadaan cekap, bolehdigunakan dengan cekap dan tidak rosak;

    mesin angkat ertinya suatu lif, tangga gerak, pesawat angkat,kren, tupang kaki, gin, sawat kepit, win, jenkaut, tigel, landasan,pengangkut atau kerangka cerucuk dan kelengkapan yang berkaitandengannya;

    mesin pejabat ertinya mesin yang biasanya digunakan untuk

    menjalankan fungsi perkeranian dan fungsi yang berkaitan dengannyadan termasuklah mesin taip elektrik, mesin kira dan mesin akaundan komputer;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    13/50

    Kilang dan Jentera 13

    orang muda ertinya mana-mana orang yang belum genap umurenam belas tahun;

    pagar ertinya apa-apa bentuk peranti pelindung yang direkabentuk untuk mencegah kecederaan badan yang teruk atau kecederaanbadan kepada mana-mana orang dan termasuklah suatu pengadangdan suatu rel pengadang;

    Panel ertinya Panel Pemeriksa yang dilantik di bawahseksyen 30;

    Pemeriksa termasuklah Ketua Pemeriksa, Timbalan Ketua

    Pemeriksa dan Pemeriksa Kanan yang dilantik di bawahseksyen 4;

    pemunya ertinya orang yang pada masa ini menerima sewaatau keuntungan daripada premis atau jentera yang berkaitandengannya perkataan itu digunakan, sama ada bagi pihak dirinyasendiri atau sebagai ejen atau pemegang amanah bagi mana-manaorang lain atau orang yang patut menerima sewa atau keuntunganitu jika premis atau jentera dipajakkan;

    pengendalian bangunan ertinya pembinaan, pengubahan struktur,pembaikan atau penyenggaraan sesuatu bangunan (termasuk pengubahatur semula batu bata, menghias semula dan pembersihan luaranstruktur), perobohan sesuatu bangunan, dan penyediaan bagi danpeletakan asas sesuatu bangunan yang dicadangkan tetapi tidak termasuk apa-apa pengendalian yang merupakan kerja binaankejuruteraan mengikut pengertian Akta ini;

    penghuni, berhubung dengan sesuatu kilang, ertinya seseorangyang menduduki atau menggunakan mana-mana premis sebagaikilang;

    pengadang ertinya suatu lengkongan yang penuh atau seperti jaring (sama ada kesemua atau sebahagiannya) dibuat daripadalogam atau bahan-bahan lain yang ditopang sebahagian besarnyadan dibina dengan kukuh;

    pengendali termasuklah mana-mana orang yang diambil kerjadalam apa-apa perkhidmatan yang melibatkan pengurusan ataupengendalian , atau penjagaan, apa-apa jentera;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    14/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13914

    penggerak utama ertinya tiap-tiap enjin, motor atau alat lainyang membekalkan tenaga mekanik yang diperoleh daripada udara,stim, air, angin, tenaga elektrik, pembakaran bahan api atau sumber

    lain;

    perakuan kekompetenan ertinya suatu perakuan yang diberikandi bawah Akta ini oleh Ketua Pemeriksa yang memperakui bahawapemegang itu berkelayakan dengan sewajarnya untuk menjaga jenterayang dimaksudkan oleh perakuan kekompetenan itu;

    perakuan kelayakan ertinya suatu perakuan yang diberikan dibawah Akta ini yang memperakui bahawa jentera yang diperihalkandalamnya itu telah diperiksa, dan pada masa pemeriksaan itu telahmemenuhi kehendak Akta ini dan bahawa jentera itu boleh digunaatau dikendalikan;

    pesawat angkat ertinya suatu mesin pengangkat selain lif samaada dijalankan dengan kuasa mekanik atau tidak dengan suatupelantar pembawa atau sangkar yang arah pergeraknya dihadkanoleh suatu atau beberapa gandar;

    premis termasuklah mana-mana bangunan, tempat, atau binaanterapung;

    rel pengadang ertinya suatu rel logam atau kayu, ditopangdengan jerjak yang kuat yang dibina dengan baik;

    silinder gas ertinya suatu silinder atau botol keluli yang digunakanuntuk menyimpan dan mengangkut gas mampat, larut atau cair;

    takal pengangkat termasuklah suatu rantai atau anduh tali,

    gelang, penyambung, cangkuk, belenggu, swivel, bolt tindik, rantai,tali, blok kapi dan blok rantai;

    wasap termasuklah gas dan wap.

    Pelantikan pegawai

    4. (1) Seseorang pegawai yang digelar Ketua Pemeriksa Kilangdan Jentera hendaklah dilantik dan apa-apa bilangan Timbalan

    Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, Pemeriksa Kanan Kilang danJentera dan Pemeriksa Kilang dan Jentera dan Pemeriksa Kilangdan Jentera sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    15/50

    Kilang dan Jentera 15

    (2) Hendaklah dilantik mana-mana pegawai lain sebagaimanayang suai manfaat bagi melaksanakan apa-apa kewajipan sebagaimanayang ditetapkan di bawah Akta ini.

    Pengawasan pegawai

    5. (1) Semua Timbalan Ketua Pemeriksa, Pemeriksa Kanan danPemeriksa dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen4(2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan pengawasan KetuaPemeriksa.

    (2) Seseorang Pemeriksa Kanan hendaklah mempunyai danboleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak oleh Akta inipada Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa dan seseorang TimbalanKetua Pemeriksa hendaklah mempunyai dan boleh menjalankansemua kuasa yang terletak hak pada Pemeriksa Kanan atau Pemeriksa.

    Pegawai ialah pekhidmat awam

    6. Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4 hendaklahdisifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian KanunKeseksaan [ Akta 574 ].

    Kuasa seseorang Pemeriksa

    7. (1) Seseorang Pemeriksa hendaklah, bagi menjalankan maksudAkta ini mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

    (a) untuk memasuki, memeriksa dan meneliti, pada waktusiang atau malam mana-mana kilang, dan tiap-tiap bahagian

    apabila dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa kerja atau proses sedangdijalankan di dalamnya, dan untuk memasuki, memeriksadan meneliti pada waktu siang, mana-mana tempat yangdia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayaisebagai suatu kilang dan mana-mana bahagian daripadamana-mana bangunan yang suatu kilang menjadisebahagiannya dan yang dalamnya dia mempunyai sebabmunasabah untuk mempercayai bahawa bahan letupanatau mudah terbakar disimpan atau digunakan dan untuk menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang perlu untuk memeriksa dan meneliti mana-mana jentera, loji, alatatau pemasangan di dalamnya;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    16/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13916

    (b) untuk menghendaki pengemukakan rekod, perakuan, notisdan dokumen kilang yang disimpan menurut Akta ini danuntuk memeriksa, meneliti dan menyalin mana-mana

    daripadanya;(c) untuk membuat apa-apa pemeriksaan dan penyiasatan

    sebagaimana yang perlu untuk memastikan sama adaperuntukan Akta ini telah dipatuhi, setakat yang berkenaandengan kilang atau mana-mana orang yang diambil kerjadi dalamnya;

    (d) untuk menghendaki mana-mana orang yang ditemuinyadalam suatu kilang untuk memberikan apa-apa maklumatsebagaimana yang dalam kuasanya untuk memberimengenai siapakah pemunya kilang itu;

    (e) dalam hal Pemeriksa yang merupakan seorang pengamalperubatan berdaftar, untuk menjalankan pemeriksaanperubatan yang perlu bagi maksud kewajipannya di bawahAkta ini;

    (f) untuk mengambil sampel apa-apa bahan sama ada pepejal,

    cecair, gas atau wap yang dikeluarkan di dalam atau darisuatu kilang; dan

    (g) untuk memberhentikan pengendalian mengikut Akta ini,mana-mana jentera yang tidak mematuhi Akta ini, denganmelekatkan suatu meterai, atau dengan apa-apa cara lainyang disifatkannya paling sesuai bagi maksud itu.

    (2) Apabila dikehendaki oleh seseorang Pemeriksa, penghunitiap-tiap kilang hendaklah mengadakan cara yang perlu untuk masuk,memeriksa, meneliti, menyiasat, mengambil sampel atau selainnyabagi menjalankan kuasanya di bawah Akta ini berhubung dengankilang itu.

    (3) Seorang Pemeriksa yang hendak memasuki mana-mana premisdi bawah kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1) hendaklahmengemukakan apabila diminta, suatu kad pengenalan rasmimengikut bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun bolehdipaksa untuk membenarkan masuk ke dalam premisnya mana-mana orang yang mendakwa dirinya Pemeriksa kecuali apabiladikemukakan kad pengenalan sedemikian.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    17/50

    Kilang dan Jentera 17

    Halangan suatu kesalahan

    8. Mana-mana orang yang

    (a) dengan sengaja melengah-lengahkan seseorang Pemeriksadalam menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Aktaini;

    (b) tidak mematuhi mana-mana perintah yang diberikan secarasah oleh seorang Pemeriksa pada menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini; atau

    (c) dengan sengaja enggan memberikan apa-apa maklumattentang siapakah penghuni atau pemunya mana-mana kilangatau jentera atau menyembunyikan atau menghalang atau

    cuba menyembunyikan atau menghalang seseorang daripadahadir di hadapan atau diperiksa oleh seorang Pemeriksa,atau menghalang Pemeriksa dalam apa cara jua pun,

    melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Orang yang tidak boleh mendedahkan rahsia

    9. Mana-mana orang yang selain melaksanakan kewajipannyamendedahkan apa-apa rahsia pengeluaran atau perdagangan yangboleh pada bila-bila masa diketahuinya pada menjalankan apa-apakuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan di bawah Akta iniadalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didendatidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    BAHAGIAN II

    KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

    Peruntukan yang berhubungan dengan keselamatan, dsb.

    10. Tanpa menyentuh mana-mana undang-undang berkenaan denganpihak berkuasa tempatan, berkenaan dengan mana-mana kilang,peruntukan yang berikut yang berhubungan dengan keselamatanhendaklah terpakai:

    (a) asas dan lantai hendaklah cukup kuat untuk menahanbeban-beban yang baginya direka bentuk; dan tiada asasatau lantai boleh dibeban lebih;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    18/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13918

    (b) bumbung hendaklah cukup kuat untuk menampung jikaperlu beban terampai;

    (c) semua lantai, lantai kerja, platform, dek, tangga lorong,laluan, titi sambung, tangga dan anak tangga hendaklahdibina dengan selamat untuk mencegah risiko orangdaripada jatuh dan dengan struktur yang baik untuk mencegah risiko keruntuhan, dan hendaklah disenggaradan dijaga dengan sewajarnya, setakat yangsemunasabahnya dapat dilaksanakan, bebas dari apa-apabahan yang longgar dan tidak dalam keadaan licin;

    (d) apa-apa cara yang semunasabahnya dapat dilaksanakan,

    hendaklah diadakan, disenggarakan dan digunakan untuk memastikan akses yang selamat ke mana-mana tempatyang mana-mana orang akan bekerja pada bila-bila masa;

    (e) tiap-tiap bukaan, takungan bahan buangan, lubang ataubejana yang dilekatkan pada lantai atau lantai kerjahendaklah ditutup dengan selamat atau dipagar denganselamat untuk mencegah risiko orang daripada jatuh; dan

    (f) semua barang, benda dan bahan yang disimpan atau disusunhendaklah ditempatkan atau disusun

    (a) mengikut cara yang boleh memastikan kestabilanyang terbaik dan mencegah apa-apa keruntuhanbarang, benda atau bahan atau sokongannya; dan

    (b) mengikut cara sedemikian supaya tidak mengganggupembahagian cahaya yang mencukupi, pengalihanudara yang mencukupi, pengendalian jentera yangsempurna, penggunaan laluan atau titi sambung yang

    tidak tempat dihalang dan pengendalian ataupenggunaan kelengkapan pemadam api yangberkesan.

    Orang yang terdedah kepada bahan letupan, mudah terbakar,dsb.

    11. Di dalam tiap-tiap kilang yang orang terdedah kepada risikokecederaan badan daripada bahan letupan, mudah terbakar, beracunatau menghakis atau pancaran ion, langkah-langkah yang ditetapkanhendaklah diambil bagi menghapuskan risiko itu.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    19/50

    Kilang dan Jentera 19

    Mengangkat benda berat

    12. Tiada seorang pun boleh diambil kerja untuk mengangkat,

    membawa atau memindahkan apa-apa beban yang begitu beratsehingga mungkin menyebabkan kecederaan badan kepadanya.

    Persediaan terhadap kebakaran

    13. Tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang berkenaandengan pihak berkuasa tempatan, di dalam tiap-tiap kilang hendaklahdiambil langkah berjaga-jaga terhadap kebakaran, dan hendaklahdisediakan dan disenggarakan, apa-apa kemudahan untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran selain kemudahanpintu keluar dalam penggunaan biasa, dan apa-apa cara memadamkanapi sebagaimana yang ditetapkan.

    Pembinaan jentera

    14. Semua jentera dan tiap-tiap bahagiannya termasuk semuapepasangan dan lekapan hendaklah dibina dengan selamat dandaripada bahan yang bebas daripada kecacatan dan sesuai bagimaksud itu dan hendaklah disenggara dengan sewajarnya.

    Bahagian jentera yang berbahaya

    15. Tiap-tiap bahagian jentera yang berbahaya hendaklah dipagardengan selamat melainkan jika bahagian itu berada dalam kedudukanatau dibina dengan cara yang selamat kepada tiap-tiap orang yangdiambil kerja atau yang sedang bekerja atau yang memasuki premisitu sebagaimana ia akan selamat jika bahagian itu dipagar denganselamat:

    Dengan syarat bahawa setakat yang keselamatan bahagian yangberbahaya bagi mana-mana jentera tidak boleh dengan sebab keadaanpengendalian dijamin dengan cara pengadang tetap, kehendak seksyenini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika suatu peranti disediakanyang secara automatik menghalang pengendali daripada bersentuhanatau menyebabkan tersentuh dengan bahagian itu.

    Bahan yang mengunjur

    16. Berkenaan dengan apa-apa jentera sebagaimana yang ditetapkan,mana-mana bahagian daripada mana-mana bahan yang dibawa oleh

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    20/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13920

    jentera itu semasa ia berjalan yang mengunjur melebihi mana-mana bahagian jentera itu hendaklah dipagar dengan berkesanmelainkan jika ia berada dalam suatu kedudukan yang selamat

    kepada mana-mana orang yang diambil kerja atau yang sedangbekerja atau yang memasuki premis itu.

    Jentera untuk disewa atau dijual mestilah mematuhi peraturan-peraturan

    17. Tiada seorang pun boleh menjual atau membenarkan disewamana-mana jentera selain jentera penghantaran yang tidak mematuhimana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai

    bagi jentera itu.

    Jentera yang dibuat atau dibaiki mestilah mematuhi peraturan-peraturan

    18. (1) Tiada seorang pun boleh membuat, membaiki atau memasang jentera mengikut cara sedemikian yang tidak mematuhi peruntukanAkta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yangterpakai kepada jentera itu.

    (2) Tiada seorang pun boleh mengimport apa-apa jentera selain jentera penghantaran yang tidak mematuhi mana-mana peraturanyang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai bagi jentera itu.

    Perakuan kelayakan

    19. (1) Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkanatau membenarkan supaya dikendalikan apa-apa jentera yangberkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan melainkan

    jika ada berkuat kuasa berhubung dengan pengendalian jentera itusuatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan di bawahAkta ini.

    (2) Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1) seseorangPemeriksa hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepadaorang yang disebut dahulu suatu notis secara bertulis yangmelarang pengendalian jentera itu atau boleh menyebabkan jenteraitu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu masa apabila perakuankelayakan yang sah dikeluarkan.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    21/50

    Kilang dan Jentera 21

    (3) Perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah Akta inihendaklah masing-masing mengikut bentuk yang ditetapkan danhendaklah sah tertakluk kepada Akta ini, bagi apa-apa tempoh

    yang ditetapkan.Kewajipan orang yang diambil kerja

    20. (1) Tiada seorang pun yang diambil kerja di dalam mana-mana kilang atau di mana-mana tempat yang apa-apa jentera dipasangboleh dengan sengaja mengganggu atau menyalahgunakan apa-apacara, alat, kemudahan atau benda lain yang diperuntukkan menurutAkta ini bagi menjamin keselamatan, kesihatan atau kebajikanorang yang diambil kerja di kilang atau di tempat yang jentera itu

    dipasang; dan jika apa-apa cara atau alat bagi menjamin keselamatan,kesihatan atau kebajikan disediakan untuk kegunaan orang di bawahAkta ini, dia hendaklah menggunakan cara atau alat itu.

    (2) Tiada seorang pun yang diambil kerja di dalam mana-manakilang atau di mana-mana tempat yang apa-apa jentera dipasang,boleh dengan sengaja dan tanpa sebab yang munasabah bertindak dalam apa-apa cara yang menyebabkan atau mungkin menyebabkankecederaan badan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lainatau kerosakan kepada apa-apa jentera atau harta lain.

    Kewajipan penghuni

    21. Penghuni hendaklah pada setiap masa menyenggara semuaalat keselamatan dan jentera.

    Peruntukan yang berhubungan dengan kesihatan

    22. (1) Tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang yangberhubungan dengan kesihatan awam, berkenaan dengan mana-mana kilang, peruntukan yang berikut yang berhubungan dengankesihatan orang hendaklah terpakai:

    (a) tiap-tiap kilang hendaklah dijaga dalam keadaan bersihdan bebas dari bau busuk yang timbul daripada mana-mana parit, kemudahan kebersihan atau sumber lain danhendaklah dibersihkan pada masa dan dengan cara yangditetapkan dan cara ini bolehlah termasuk menyapu kapur

    atau menyapu warna, mengecat, memvarnis, membubuhubat mencegah kuman atau mencegah bau;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    22/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13922

    (b) bilangan maksimum orang yang diambil kerja pada bila-bila masa di dalam mana-mana bilik kerja dalam mana-mana kilang hendaklah sebegitu rupa sehingga amaun

    ruang kaki padu dan permukaan kaki kawasan lantai yangdibenarkan dalam bilik kerja bagi setiap orang itu adalahtidak kurang daripada amaun ruang kaki padu danpermukaan kaki kawasan lantai yang ditetapkan samaada secara am atau bagi kelas kerja tertentu yang dijalankandi dalam bilik kerja itu;

    (c) (i) peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuatbagi menjamin dan menyenggara pengalihan udarayang mencukupi melalui peredaran udara segar dalamtiap-tiap bahagian kilang dan bagi menjadikan tidak berbahaya setakat yang dapat dilaksanakan, semuagas, wasap, habuk dan kekotoran lain yang bolehmemudaratkan kesihatan yang berbangkit dalamperjalanan apa-apa proses atau kerja yang dijalankandi dalam sesuatu kilang;

    (ii) Menteri boleh menetapkan suatu standard pengalihanudara yang mencukupi dan cara yang melalui standarditu boleh dicapai, bagi kilang atau bagi mana-manakelas atau perihalan kilang atau bahagiannya;

    (d) (i) peruntukan yang berkesan dan sesuai hendaklah dibuatbagi menjamin dan menyenggara suatu suhu yangakan memastikan keadaan keselesaan yang munasabahdan mencegah daripada kecederaan badan kepadamana-mana orang yang diambil kerja di dalam sesuatukilang;

    (ii) Menteri boleh bagi kilang atau bagi mana-mana kelaskilang atau bahagiannya, menetapkan suatu standard

    suhu yang munasabah dan melarang penggunaan apa-apa kaedah bagi menyenggara suatu suhu yangmunasabah yang pada pendapatnya mungkinmemudaratkan orang yang diambil kerja danmengarahkan supaya jangka suhu disediakan dandisenggarakan di tempat dan kedudukan yangdinayatakan;

    (e) (i) peruntukan yang berkesan hendaklah dibuat bagimenjamin dan menyenggara pencahayaan yang

    mencukupi dan sesuai, sama ada secara semula jadiatau tiruan, di tiap-tiap bahagian kilang yang orangitu sedang bekerja atau lalu;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    23/50

    Kilang dan Jentera 23

    (ii) Menteri boleh menetapkan suatu standard pencahayaanyang mencukupi dan sesuai bagi kilang atau bagimana-mana kelas atau perihalan kilang atau

    bahagiannya atau bagi apa-apa proses; dan

    (f) kemudahan kebersihan yang mencukupi dan sesuai yangditetapkan, hendaklah disediakan dan disenggarakan untuk kegunaan orang di dalam sesuatu kilang.

    (2) (a) Apabila ternyata pada seseorang Pemeriksa bahawa apa-apa proses dalam mana-mana kilang mungkin memudaratkankesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya atau

    orang awam, dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secarabertulis kepada Ketua Pemeriksa yang boleh dengan itu menjalankanpenyiasatan yang dia fikirkan perlu.

    (b) Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati

    (i) bahawa proses itu mungkin memudaratkan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalam kilang atauorang awam; dan

    (ii) bahawa proses itu boleh diubah suai atau cara disediakanuntuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan kepadakesihatan orang itu atau kesihatan orang awam sepertiyang disebut terdahulu,

    dia hendaklah, setelah menimbangkan apa-apa representasi yangdibuat oleh penghuni kilang itu, memerintahkan supaya proses itudiubah suai mengikut cara atau cara yang disediakan itu yangdiarahkan olehnya untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratan

    kepada kesihatan orang itu atau orang awam.

    (c) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah yang dibuatdi bawah perenggan (b) boleh dalam tempoh dua puluh satu haridari penerimaan perintah itu merayu kepada Menteri yang hendaklahmembuat perintah yang difikirkannya patut.

    (d) Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati

    (i) bahawa proses sedemikian mungkin memudaratkankesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamkilang atau orang awam; dan

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    24/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13924

    (ii) bahawa proses itu tidak boleh diubah suai atau caradisediakan untuk mengurangkan kemungkinan kemudaratankepada kesihatan orang itu atau orang awam yang disebut

    terdahulu,dia hendaklah melaporkan hal keadaan itu secara bertulis kepadaMenteri.

    (e) Menteri boleh apabila menerima laporan itu sama ada

    (i) membuat apa-apa peraturan bagi mengawal seliaatau melarang penggunaan proses itu sebagaimanayang difikirkan munasabah; atau

    (ii) selepas menimbangkan apa-apa representasi yangdibuat oleh mana-mana orang yang mungkin terjejasolehnya melalui tulisan yang ditandatangani sendirimelarang penjalanan proses itu sama ada secaramutlak atau bersyarat atau penggunaan apa-apa bendaatau bahan yang berkaitan dengannya.

    (f) Bagi maksud membolehkan mana-mana penghuni sesuatukilang atau orang lain membuat representasi berkenaan dengansesuatu perintah atau larangan yang dicadangkan di bawah perenggan

    (b) atau (e) , Ketua Pemeriksa atau Menteri, mengikut mana-manayang berkenaan, hendaklah menyebabkan disampaikan kepadapenghuni atau orang lain suatu notis yang menyatakan tempohyang representasi itu boleh dibuat dan yang mengandungi apa-apabutir sebagaimana yang dianggap oleh Ketua Pemeriksa atau Menteri,mengikut mana-mana yang berkenaan, mencukupi dalam hal keadaanitu.

    (3) Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki mana-mana orangyang diambil kerja di dalam mana-mana kilang yang penyakityang dinamakan dalam Jadual Ketiga telah berlaku, atau mungkinberlaku supaya dikenakan pemeriksaan perubatan.

    Pendedahan kepada unsur

    23. Peruntukan yang berkesan hendaklah dibuat bagi menjamindan menyenggara cara yang mencukupi dan sesuai untuk melindungimana-mana orang yang diambil kerja daripada terdedah kepadaunsur, dan cara-cara itu boleh termasuk bumbung atap dan adangangin yang masing-masingnya bagi pelindungan terhadap hujandan angin.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    25/50

    Kilang dan Jentera 25

    Pakaian dan alat perlindungan diri

    24. Jika di dalam mana-mana kilang, orang terdedah kepada proses

    yang basah atau berdebu, bising, berhaba atau kepada apa-apabahan beracun, mengakis atau memudaratkan yang bolehmenyebabkan kecederaan badan kepada orang itu, Menteri bolehmenetapkan peruntukan dan penyenggaraan bagi kegunaan orangitu pakaian dan alat perlindungan diri yang mencukupi dan sesuaitermasuklah, jika perlu pelindung mata, sarung tangan, sarungkaki, topi, alas kaki dan salap atau losyen pelindung.

    Peruntukan yang berhubungan dengan kebajikan

    25. (1) Berkenaan dengan mana-mana kilang, peruntukan yangberikut yang berhubungan dengan kebajikan orang hendaklahterpakai:

    (a) hendaklah disediakan dan disenggarakan bagi kegunaanorang yang diambil kerja di dalamnya

    (i) tempat yang mencukupi dan sesuai untuk pakaianyang tidak dipakai semasa waktu kerja; dan

    (ii) apa-apa perkiraan yang semunasabahnya dapatdilaksanakan bagi mengeringkan pakaian itu;

    (b) hendaklah disediakan dan disenggarakan di tempat yangsesuai yang mudah diperolehi secara munasabah olehsemua orang yang diambil kerja di dalamnya

    (i) bekalan air minum yang mencukupi yang selamatdan berkhasiat; dan

    (ii) kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk membasuh yang hendaklah disimpan dalam keadaanyang bersih; dan

    (c) hendaklah disediakan dan disenggarakan suatu peti ataualmari pertolongan cemas yang akses kepadanya mudahmengikut standard yang ditetapkan dan apabila lebihdaripada seratus lima puluh orang diambil kerja padasatu masa, suatu bilik pertolongan cemas yang sesuai

    mengikut standard yang ditetapkan hendaklah jugadisediakan dan disenggarakan.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    26/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13926

    (2) Menteri boleh bagi kilang atau bagi mana-mana kelas kilangatau bahagiannya menetapkan standard untuk dipatuhi berkenaandengan semua peruntukan dalam subseksyen yang terdahulu

    berhubungan dengan kebajikan orang yang diambil kerja.

    BAHAGIAN III

    ORANG YANG MENJAGA DAN PERAKUANKEKOMPETENAN

    Latihan dan pengawasan pekerja yang tidak berpengalaman

    26. Tiada seorang pun boleh diambil kerja pada mana-mana mesinatau dalam apa-apa proses, yang merupakan mesin atau prosesyang boleh menyebabkan kecederaan badan, melainkan jika diatelah diberi arahan sepenuhnya tentang bahaya yang mungkinberbangkit berkaitan dengannya dan langkah-langkah untuk dipatuhi,dan

    (a) telah menerima arahan yang mencukupi tentang kerjapada mesin atau proses itu; atau

    (b) di bawah pengawasan yang mencukupi oleh seseorang

    yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentangmesin atau proses itu.

    Ketua Pemeriksa boleh membuat perintah dalam hal keadaantertentu

    27. (1) Ketua Pemeriksa boleh membuat perintah khas bagi kelakuandan panduan orang yang diambil kerja dalam mana-manaperkhidmatan yang melibatkan pengurusan atau pengendalian, ataupenjagaan, atau kedekatan dengan mana-mana jentera atau prosesyang dijalankan di dalam mana-mana kilang yang ternyata padanyaperlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka.

    (2) Penghuni hendaklah memastikan dengan segala cara yangmunasabah bahawa orang yang terdedah kepada bahaya sedar akanmana-mana perintah khas yang dibuat di bawah subseksyen (1)dan orang itu hendaklah mematuhi perintah khas tersebut.

    (3) Bagi maksud subseksyen (2), suatu salinan perintah khas

    Ketua Pemeriksa yang dicetak atau ditulis dalam bahasa yangsesuai dan ditampalkan di tempat yang mudah dilihat yangberhampiran dengan jentera atau proses yang dimaksudkan oleh

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    27/50

    Kilang dan Jentera 27

    perintah khas tersebut, supaya semua orang yang disebut itumempunyai akses dan peluang yang bebas untuk membaca perintahkhas itu, hendaklah disifatkan menjadi cara yang munasabah.

    Orang muda

    28. (1) Tiada seorang pun orang muda boleh menjalankan kerjayang melibatkan pengurusan, atau penjagaan, atau kedekatan dengan,mana-mana jentera.

    (2) Hendaklah menjadi kewajipan pemunya atau penghuni untuk memastikan bahawa subseksyen (1) dipatuhi.

    (3) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi orang muda yangberumur tidak kurang daripada empat belas tahun yang menjalanikursus pengajaran di sekolah teknik Kerajaan atau institusi pendidikanlain atau yang berumur tidak kurang dari lima belas tahun sekiranyasedang menjalani perantisan yang diiktiraf.

    (4) Seseorang Pemeriksa boleh menghendaki seseorang pemunyaatau penghuni untuk membuat perkiraan yang sesuai dan berkesanuntuk mencegah kemasukan orang muda ke dalam premis ataumana-mana bahagiannya yang jentera dipasang:

    Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi lawatanke kilang yang diaturkan bagi maksud pendidikan yang dalam halyang demikian segala langkah berjaga-jaga hendaklah diambil untuk memastikan keselamatan orang muda itu.

    Jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitanganyang diperakukan

    29. (1) Tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jenterayang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketuakapal korek atau drebar yang berperakuan tidak dikendalikan kecualidi bawah jagaan jurutera ketua kapal korek atau drebar itu, mengikutmana-mana yang berkenaan.

    (2) Tiada seorang pun boleh menjaga mana-mana jentera yangditetapkan di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan, mengikut mana-mana yang berkenaan,melainkan jika

    (a) dia memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar; atau

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    28/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13928

    (b) dia mempunyai suatu kuasa bertulis yang dikeluarkanoleh Ketua Pemeriksa.

    (3) Tiap-tiap orang yang memegang suatu perakuan kekompetenanyang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah mengeluarkan danmembenarkan perakuan itu diperiksa pada bila-bila masa yangdikehendaki untuk berbuat demikian oleh Pemeriksa.

    Panel Pemeriksa dan Lembaga Rayuan

    30. (1) Bagi maksud Bahagian ini, hendaklah dilantik suatu PanelPemeriksa yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan mana-manaorang yang ditetapkan.

    (2) Panel hendaklah mengadakan apa-apa peperiksaansebagaimana yang ditetapkan dan membuat syor kepada KetuaPemeriksa pemberian kepada calon yang berjaya dalam peperiksaanitu, perakuan kekompetenan dalam borang yang ditetapkan.

    (3) Peperiksaan hendaklah dijalankan mengikut arahan KetuaPemeriksa berkenaan dengan masa dan tempat peperiksaan hendak diadakan, bentuk dan kandungannya dan cara yang peperiksaan ituakan dijalankan.

    (4) Tiap-tiap perkara yang dirujuk kepada Panel hendaklahditimbang dan diputuskan oleh Pengerusi dan sekurang-kurangnyaseorang anggota Panelnya:

    Dengan syarat bahawa Pengerusi boleh membenarkan peperiksaanbagi drebar enjin dijalankan oleh seorang anggota.

    (5) Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan

    Panel boleh merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklahmengadakan suatu Lembaga Rayuan yang terdiri daripada orangyang ditetapkan.

    BAHAGIAN IV

    PEMBERITAHUAN KEMALANGAN, KEJADIANBERBAHAYA DAN PENYAKIT BERBAHAYA

    Kemalangan dan kejadian berbahaya hendaklah dilaporkan

    31. Bilamana mana-mana kemalangan yang sama ada

    (a) menyebabkan kehilangan nyawa kepada mana-mana orang;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    29/50

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    30/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13930

    laporan yang selanjutnya itu yang dianggapnya perlu dan hendaklahmemberitahu Majistret itu sama ada dicadangkan atau tidak untuk mengadakan suatu siasatan di bawah subseksyen (2).

    (2) (a) Jika setelah menimbangkan laporan yang disebut dalamsubseksyen (1), ternyata pada Ketua Pemeriksa bahawa suatu siasatanpatut diadakan mengenai sifat dan sebab kemalangan atau kejadianberbahaya atau penyakit industri itu, dia boleh menyebabkan suatusiasatan diadakan oleh Pemeriksa Kanan.

    (b) Apabila tamatnya siasatan itu Pemeriksa Kanan hendaklahmengemukakan kepada Ketua Pemeriksa suatu salinan keteranganyang diambil dari siasatan itu, bersama-sama dengan dapatannyatentang siasatan itu, dan laporan selanjutnya yang dianggap perluoleh Pemeriksa Kanan.

    (c) Jika Ketua Pemeriksa berpendapat bahawa prosiding jenayahpatut dimulakan terhadap mana-mana orang berkaitan dengankemalangan atau kejadian berbahaya atau penyakit industri itu, diahendaklah mengemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya suatusalinan keterangan, dapatan dan laporan yang dikemukakan mengikutperenggan (b) .

    (3) Jika kemalangan atau kejadian berbahaya yang disebut dalamseksyen 31 menyebabkan kematian mana-mana orang atau kecederaanbadan yang teruk kepada mana-mana orang atau kerosakan yangteruk kepada jentera atau harta lain, tiada pengubahan ataupenambahan boleh dibuat kepada mana-mana jentera yang bolehmenyebabkan kemalangan atau kejadian berbahaya tanpa keizinanbertulis Pemeriksa dan begitu juga tiada apa-apa pengubahan bolehdibuat tanpa keizinan bertulis itu mengenai tempat kemalanganatau kejadian berbahaya sehingga Pemeriksa telah menamatkanpenyiasatannya itu:

    Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalamsubseksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengganggu kerjamenyelamat atau kerja yang perlu untuk keselamatan nyawa atauharta.

    (4) (a) Pemeriksa Kanan boleh melantik seorang atau lebihdalam bidang kejuruteraan, perubatan atau kemahiran khas lainyang sesuai untuk membantu sebagai pengapit dalam mana-manasiasatan yang diadakan di bawah subseksyen (2).

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    31/50

    Kilang dan Jentera 31

    (b) Tiap-tiap orang yang bukan pegawai awam yang berkhidmatsebagai pengapit dalam mana-mana siasatan berhak menerimadaripada wang awam saraan yang ditetapkan.

    (5) Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh

    (a) disifatkan menghendaki suatu siasatan diadakan sebelummendakwa mana-mana orang bagi apa-apa perlanggaranAkta ini atau bagi kegagalan untuk mematuhi apa-apaperintah sah yang diberikan oleh Pemeriksa; atau

    (b) menyentuh mana-mana undang-undang berhubungandengan siasatan ke atas kematian mana-mana orang.

    BAHAGIAN V

    NOTIS MENDUDUKI KILANG, DAN PENDAFTARANDAN PENGGUNAAN JENTERA

    Pengendalian kilang

    34. (1) Tiap-tiap orang yang pada mula kuat kuasa Akta ini

    menduduki atau mengguna mana-mana premis sebagai suatu kilanghendaklah

    (a) dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu mengemukakankepada Ketua Pemeriksa apa-apa butir sebagaimana yangboleh ditetapkan; dan selepas itu;

    (b) dalam tempoh enam bulan apabila dikehendaki berbuatdemikian oleh Ketua Pemeriksa mengemukakan apa-apabutir lanjut sebagaimana yang ditetapkan.

    (2) (a) Tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulisPemeriksa, mula menggunakan mana-mana premis sebagai kilangsehingga satu bulan selepas dia menyampaikan kepada Pemeriksasuatu notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.

    (b) Subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yangmengambil alih sesuatu kilang daripada orang lain jika tiadaperubahan dalam sifat kerja yang dijalankan di dalam kilang itudengan syarat bahawa orang pertama itu hendaklah dalam tempoh

    satu bulan dari pengambilalihan itu menyampaikan kepada Pemeriksanotis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    32/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13932

    (3) Seksyen ini tidaklah terpakai bagi pengendalian bangunandan kerja binaan kejuruteraan.

    Pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan

    35. (1) Tiap-tiap orang yang menjalankan apa-apa pengendalianbangunan atau kerja binaan kejuruteraan hendaklah tidak lewatdari tujuh hari dari bermulanya pengendalian itu menyampaikankepada Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.

    (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi

    (a) pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan

    yang penjalanannya tidak melibatkan penggunaan jenteradan orang yang menjalankannya mempunyai alasan untuk mempercayai kerja itu boleh disiapkan dalam tempohkurang dari enam minggu; dan

    (b) seseorang yang menjalankan apa-apa pengendalian dalamsuatu tempat yang pengendalian bangunan atau kerja binaankejuruteraan sedang dijalankan yang berkenaan dengannotis telah diberikan di bawah subseksyen (1).

    Pemasangan jentera, dsb.

    36. (1) Tiada seorang pun boleh memasang atau menyebabkansupaya dipasang apa-apa jentera kecuali dengan kelulusan bertulisPemeriksa dan bagi maksud mendapatkan kelulusan itu makahendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa apa-apa butir sebagaimanayang ditetapkan.

    (2) Apabila mana-mana jentera yang berkenaan dengannya suatu

    perakuan kelayakan ditetapkan telah dipasang, notis bertulishendaklah disampaikan kepada Pemeriksa yang hendaklah denganseberapa segera yang boleh membuat suatu pemeriksaan ke atasnyadan, jika jentera itu mematuhi Akta ini, mengeluarkan suatu perakuankelayakan mengikut bentuk yang ditetapkan apabila dibayar fiyang ditetapkan.

    (3) Notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan itu hendaklahdisampaikan kepada Pemeriksa sebelum mana-mana jentera selain

    jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakanditetapkan atau yang telah dinyatakan dalam mana-mana notisbertulis yang disampaikan kepada Pemeriksa menurut seksyen 34mula-mula digunakan di dalam suatu kilang dan tiada jentera boleh,

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    33/50

    Kilang dan Jentera 33

    kecuali dengan kebenaran bertulis Pemeriksa, digunakan sehinggahabis tempoh satu bulan selepas penyampaian notis bertulis dibawah subseksyen ini.

    Permohonan untuk pendaftaran

    37. Tiap-tiap orang yang mendapat milikan mana-mana jenterayang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan,hendaklah menghantar kepada Pemeriksa apa-apa butir mengikutapa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

    Daftar

    38. (1) Hendaklah disimpan di tiap-tiap kilang suatu daftar mengikutbentuk yang ditetapkan yang dikenali sebagai daftar am dan hendaklahdicatatkan ke dalam atau dilampirkan kepada daftar itu semuabutir yang ditetapkan.

    (2) Penghuni tiap-tiap kilang hendaklah menghantar kepadaPemeriksa cabutan daripada daftar am yang dikehendaki olehPemeriksa itu dari semasa ke semasa bagi maksud melaksanakankewajipannya di bawah Akta ini.

    (3) Daftar am dan tiap-tiap daftar lain atau rekod atau perakuanyang disimpan menurut Akta ini hendaklah dipelihara dan hendaklahtersedia ada bagi pemeriksaan oleh mana-mana Pemeriksa untuk sekurang-kurangnya dua tahun atau apa-apa tempoh lain sebagaimanayang ditetapkan bagi apa-apa kelas atau perihalan daftar atau rekod,selepas tarikh catatan terakhir dalam daftar atau rekod.

    Perpindahan atau pengubahan atau penambahan kepada jenterahendaklah diluluskan

    39. (1) Tiada seorang pun boleh memindahkan, mengubah ataumenambahkan kepada atau menyebabkan supaya dipindahkan, diubahatau ditambahkan kepada, mana-mana jentera yang dipasang untuk digunakan jika keberkesanan apa-apa pagar atau mana-mana alatkeselamatan terjejas oleh perpindahan, pengubahan atau penambahanitu, melainkan jika dia telah menerima kelulusan secara bertulismengenainya daripada Pemeriksa. Bagi maksud kelulusan itu,

    hendaklah dikemukakan kepada Pemeriksa butir-butir mengenaiperpindahan, pengubahan atau penambahan yang dicadangkan itudan mengenai pengubahsuaian yang dicadangkan kepada pagar

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    34/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13934

    dan alat keselamatan bersama-sama dengan nama dan alamat orangyang akan menjalankan perpindahan, pengubahan atau penambahantersebut dan suatu lakaran yang menunjukkan butiran pengubahsuaian

    itu.

    (2) Penghuni kilang itu hendaklah memberitahu Pemeriksa secarabertulis sebaik sahaja perpindahan, pengubahan atau penambahanyang disebut dalam subseksyen (1) telah diselesaikan.

    (3) Jika jentera itu tidak mematuhi kehendak Akta ini, Pemeriksahendaklah melalui notis secara bertulis menyampaikan kepadapenghuni atau jika ini tidak dapat dilaksanakan, menampalkan

    notis itu pada premis tempat jentera yang dimaksudkan dalamnotis berkaitan dipasang, menghendaki apa-apa kerosakansebagaimana yang dinyatakan olehnya dibaiki atau dihapuskandalam tempoh yang dinyatakan olehnya dalam notis itu dan jenteraitu tidak boleh dikendalikan selepas habis tempoh itu melainkan

    jika kerosakan itu telah dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskanhati Pemeriksa yang hendaklah selepas itu, apabila dibayar fi yangditetapkan, membenarkan penggunaannya dan jika berkenaanmengendors perakuan kelayakan itu:

    Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa berpendapat bahawakerosakan itu mungkin menyebabkan bahaya serta-merta kepadanyawa atau harta, dia hendaklah melalui notis yang disampaikanatau ditampalkan seperti yang disebut terdahulu melarangpengendalian jentera itu sehingga kerosakan itu dibaiki ataudihapuskan, dan dalam hal itu jentera itu tidak boleh dikendalikanselagi larangan itu tidak dibatalkan:

    Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pemeriksa boleh dalamhal sedemikian menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikanmelalui apa-apa cara yang disifatkannya paling sesuai bagi maksuditu.

    Pemeriksaan berkala

    40. (1) Semua jentera dan kilang hendaklah diperiksa oleh seorangPemeriksa atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diluluskan

    secara bertulis oleh Menteri, pada mana-mana tempoh itu danmengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    35/50

    Kilang dan Jentera 35

    (2) Tiap-tiap penghuni sesuatu kilang hendaklah memberiPemeriksa segala kemudahan yang munasabah bagi pemeriksaandan segala maklumat yang semunasabahnya dikehendaki yangberkaitan dengannya.

    (3) Tiap-tiap jurutera dan ketua kapal korek yang menjaga mana-mana jentera dan tiap-tiap penghuni sesuatu kilang, hendaklahsebaik sahaja dia menyedari tentang apa-apa kerosakan dalam kilangitu yang mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta, membaikiatau menghapuskan kerosakan yang dinyatakan itu, dan jika jurutera,ketua kapal korek atau penghuni itu tidak boleh membaiki ataumenghapuskan kerosakan tersebut dia hendaklah berhenti

    mengendalikan jentera itu atau menggunakan bahagian atau bahagian-bahagian daripada kilang itu dan dengan serta-merta membuatlaporan mengenainya kepada seseorang Pemeriksa.

    (4) Jika pada pendapat seseorang Pemeriksa penggunaan mana-mana bahagian daripada laluan atau tempat kerja di dalam sesuatukilang, atau jentera, sama ada suatu perakuan kelayakan ditetapkanatau tidak ditetapkan berkenaan dengan jentera itu, mungkinmenyebabkan kecederaan badan kepada mana-mana orang ataukerosakan kepada mana-mana harta, dia hendaklah melalui notis

    bertulis menyampaikan kepada penghuni atau jika ini tidak dapatdilaksanakan, menampalkan notis itu pada premis tempat jenterayang dimaksudkan dalam notis dipasang menghendaki kerosakanitu dibaiki atau dihapuskan dalam tempoh yang hendaklah dinyatakanolehnya dalam notis itu dan dalam tiap-tiap hal itu bahagian daripadalaluan atau tempat kerja dalam kilang itu tidak boleh digunakanatau jentera itu tidak boleh dikendalikan selepas habis tempoh itumelainkan jika kerosakan itu telah dibaiki atau dihapuskan hinggamemuaskan hati Pemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:

    Dengan syarat bahawa jika Pemeriksa berpendapat bahawakerosakan itu mungkin menyebabkan bahaya serta-merta kepadanyawa atau harta, dia hendaklah melalui notis menyampaikan ataumenampalkan notis itu seperti yang disebut terdahulu dengan segeramelarang pengendalian dan penggunaan jentera tersebut sehinggakerosakan itu dibaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hatiPemeriksa yang dinyatakan secara bertulis:

    Dan dengan syarat selanjutnya bahawa Pemeriksa boleh dalamhal sedemikian menyebabkan jentera itu tidak boleh dikendalikanmelalui apa-apa cara yang disifatkannya paling sesuai bagi maksuditu.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    36/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13936

    Soalan untuk diputuskan oleh Pemeriksa dan rayuan daripadakeputusan itu

    41. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan mana-mana perintahyang dibuat oleh Pemeriksa di bawah Akta ini boleh dalam tempohdua puluh satu hari dari tarikh perintah itu merayu kepada seseorangPemeriksa Kanan yang boleh selepas menimbangkan apa-aparepresentasi yang dibuat oleh orang itu melalui perintah secarabertulis mengesahkan, membatalkan atau mengubah perintah itu.

    (2) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintahyang dibuat oleh Pemeriksa Kanan di bawah subseksyen (1) atauselainnya di bawah Akta ini boleh dalam masa dua puluh satu haridari tarikh perintah merayu kepada Ketua Pemeriksa yang hendaklahmerujuknya kepada suatu Lembaga Rayuan yang ditubuhkan dibawah seksyen ini.

    (3) Lembaga Rayuan boleh selepas mendengar apa-apa keterangansebagaimana yang difikirkannya perlu dan menimbangkan apa-aparepresentasi yang dibuat mengesahkan, membatalkankan ataumengubah perintah yang dibuat oleh Pemeriksa Kanan.

    (4) (a) Bagi maksud seksyen ini, Menteri hendaklah melantik suatu panel yang terdiri daripada orang yang pakar dalam kejuruteraandan kepakaran lain yang sesuai untuk berkhidmat dalam LembagaRayuan yang ditubuhkan di bawah seksyen ini.

    (b) Suatu Lembaga Rayuan hendaklah terdiri daripada KetuaPemeriksa atau Timbalan Ketua Pemeriksa yang dinamakan olehnyasebagai Pengerusi dan dua anggota yang dipilih daripada panelyang dilantik di bawah perenggan (a) .

    (c) Semua soalan yang menghendaki keputusan oleh LembagaRayuan hendaklah diputuskan mengikut suara terbanyak Lembagaitu.

    (d) Suatu salinan keputusan Lembaga Rayuan, mengenai suaturayuan yang dirujuk kepadanya, yang diperakukan oleh Pengerusi,hendaklah disampaikan tanpa kelengahan kepada orang yangmembuat rayuan itu.

    (e) Anggota panel boleh dibayar saraan sebagaimana yangditetapkan.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    37/50

    Kilang dan Jentera 37

    (5) Pemeriksa Kanan dalam hal suatu rayuan di bawahsubseksyen (1) atau Ketua Pemeriksa dalam hal suatu rayuan dibawah subseksyen (2) boleh mengarahkan supaya perintah yang

    terhadapnya rayuan dibuat digantung sementara menunggu keputusanrayuan itu.

    Laporan tentang pertukaran, dsb.

    42. Adalah menjadi tugas penghuni mana-mana kilang untuk melaporkan kepada Pemeriksa apa-apa perubahan binaan di dalamkilang atau apa-apa perubahan nama kilang atau jenis kerja yangdijalankan dalamnya.

    Jentera atau kilang yang tidak lagi digunakan

    43. Adalah menjadi kewajipan mana-mana penghuni yang berhentimenggunakan mana-mana premis sebagai suatu kilang atau apa-apa jentera untuk memberitahu Pemeriksa mengenai pemberhentianitu dalam masa tiga puluh hari.

    Notis penjualan, penyewaan atau pindah hakmilik

    44. (1) Mana-mana pemunya yang hendak menjual, menyewakanatau memindah hakmilik apa-apa jentera secara tetap atau sementarakepada mana-mana orang yang baginya suatu perakuan kelayakantelah dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh sepuluh hari selepaspenjualan, penyewaan atau pemindahan hakmilik itu, memberinotis secara bertulis mengenainya kepada seseorang Pemeriksa.

    (2) Mana-mana orang yang merupakan seorang yang membeliuntuk dijual semula jentera terpakai yang baginya suatu perakuankelayakan ditetapkan, hendaklah, dalam tempoh sepuluh hari selepaspenjualan semula mana-mana jentera sedemikian, memberikan notissecara bertulis mengenainya kepada seseorang Pemeriksa mengikutcara yang ditetapkan.

    Salinan laporan siasatan boleh dibekalkan

    45. Mana-mana orang yang ada kaitan dengan apa-apa siasatanyang dijalankan di bawah Akta ini, berhak, apabila dibayar fi yangditetapkan, menerima suatu salinan keterangan yang diambil semasa,dan keputusan mengenai, siasatan itu.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    38/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13938

    Kuasa Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa Kanan semasa siasatan

    46. Bagi maksud mengadakan siasatan di bawah Akta ini, Ketua

    Pemeriksa dan Pemeriksa Kanan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah dan ikrar dan hendaklah diletakhakkandengan kuasa Majistret Kelas Pertama untuk memaksa kehadiransaksi, pengemukaan dokumen, pemeliharaan ketenteraman danselainnya untuk menjalankan siasatan tersebut dengan sewajarnya,dan semua orang yang dipanggil untuk menghadiri mana-manasiasatan itu adalah di sisi undang-undang untuk menghadirinya.

    BAHAGIAN VI

    AM

    Liabiliti jenayah atau sivil tidak tersentuh

    47. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana pemunya, penghuni, jurutera, ketua kapalkorek, drebar atau orang lain daripada apa-apa liabiliti sivil atau

    jenayah.

    Fi

    48. Semua fi yang kena dibayar di bawah Akta ini hendaklahdibayar mengikut cara dan dalam tempoh yang ditetapkan.

    Kuasa Ketua Pemeriksa

    49. Jika Ketua Pemeriksa berpuas hati berkenaan dengan mana-mana kilang tertentu atau bahagiannya atau apa-apa proses tertentubahawa apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat dibawah Akta ini tidak perlu, setelah mengambil kira semua halkeadaan, dipatuhi atau pematuhan kepada kehendak itusemunasabahnya tidak dapat dilaksanakan, dia boleh dengan perakuanbertulis, yang dia boleh selepas notis itu sebagaimana yangdianggapnya munasabah dalam hal keadaan itu membatalkan,mengecualikan kilang atau bahagian atau proses daripada mematuhikehendak itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yangdinyatakan dalam perakuan tersebut.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    39/50

    Kilang dan Jentera 39

    Kesalahan

    50. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (4) jika seseorang

    penghuni sesuatu kilang melanggar Akta ini dia melakukan suatukesalahan.

    (2) Jika pelanggaran seperti yang disebut terdahulu ialahpelanggaran yang berkenaan dengan pemunya oleh atau di bawahAkta ini dipertanggungjawabkan, pemunya itu melakukan suatukesalahan.

    (3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), bilamana dibuktikan

    dengan memuaskan hati mahkamah bahawa suatu pelanggaran Aktaini telah dilakukan oleh mana-mana orang selain penghuni ataupemunya kilang atau jentera yang berkenaan dengannya pelanggaranitu telah dilakukan, pemunya atau penghuni, mengikut mana-manayang berkenaan, hendaklah juga bertanggungan bagi pelanggaranitu, dan kepada penalti yang diperuntukkan baginya, melainkan

    jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawapelanggaran itu dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannyadan dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk

    menghalang pelanggaran itu dan untuk menjamin pematuhan Aktaini:

    Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalamseksyen ini boleh disifatkan mengecualikan orang yang mula-muladisebut itu daripada liabiliti berkenaan dengan mana-mana penaltiyang diperuntukkan oleh Akta ini bagi apa-apa perlanggaran yangdibuktikan telah dilakukan olehnya.

    (4) Jika penghuni atau pemunya sesuatu kilang atau jenteramemperoleh mana-mana kecualian yang dibenarkan oleh atau dibawah Akta ini dan gagal untuk mematuhi mana-mana syarat yangdikenakan kepada kecualian itu, dia melakukan suatu kesalahan.

    Penalti

    51. (1) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 19(1), seksyen31, subseksyen 34(1), 36(1), seksyen 37, subsekyen 38(1), 39(1)

    dan 40(3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, bolehdidenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    40/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13940

    (2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukanlain Akta ini yang pelanggarannya tiada penalti diperuntukkansecara nyata, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan

    boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.(3) Jika kesalahan yang mana-mana orang disabitkan ialah

    kesalahan yang berterusan, orang itu hendaklah, sebagai tambahankepada hukuman yang dikenakan berkenaan dengan kesalahan itu,selanjutnya didenda tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiaphari atau sebahagian daripada suatu hari yang kesalahan itu berterusanselepas hari pertama berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.

    Pendakwaan

    52. Adalah kompeten bagi seseorang Pemeriksa untuk menjalankansuatu pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dihadapan mana-mana mahkamah.

    Kuasa untuk mengkompaun

    52 A . (1) Ketua Pemeriksa atau mana-mana Timbalan KetuaPemeriksa boleh menurut budi bicaranya mengkompaun mana-mana kesalahan terhadap Akta ini sebagaimana ditetapkan olehMenteri sebagai kesalahan yang boleh dikompaun oleh KetuaPemeriksa atau mana-mana Timbalan Ketua Pemeriksa denganmemungut daripada orang yang disyaki dengan munasabah telahmelakukan kesalahan itu suatu jumlah wang tidak melebihi saturatus ringgit.

    (2) Menteri boleh membuat kaedah-kaedah * untuk menetapkancara dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.

    Kuasa untuk mengubah suai perjanjian

    53. Jika oleh sebab suatu perjanjian antara pemunya denganpenghuni premis keseluruhan atau mana-mana bahagiannyayang telah disewakan sebagai kilang, pemunya atau penghunitersebut dicegah daripada menjalankan apa-apa perubahan strukturatau perubahan lain di dalam premis itu yang perlu untuk membolehkannya mematuhi Akta ini atau supaya menepati apa-

    *CATATAN Lihat Kaedah-Kaedah Kilang dan Jentera (Mengkompaun Kesalahan) 1978[P.U. (A) 85/1978 ].

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    41/50

    Kilang dan Jentera 41

    apa standard atau kehendak yang dikenakan oleh atau di bawahAkta ini, dia boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi supayaterma perjanjian itu dibatalkan atau diubah suai; dan Mahkamah,

    selepas mendengar pihak-pihak dan mana-mana saksi yang hendak panggil oleh mereka, boleh membuat suatu perintah yangmengetepikan atau mengubah suai terma perjanjian itu sebagaimanayang anggap oleh mahkamah adil dan saksama dalam hal keadaankes itu.

    Kuasa untuk mengumpukkan perbelanjaan

    54. Jika dalam mana-mana premis yang keseluruhan atau mana-

    mana bahagiannya telah disewakan sebagai kilang, apa-apa perubahanstruktur atau perubahan lain dikehendaki untuk mematuhi Akta iniatau untuk menepati apa-apa standard atau kehendak yang dikenakanoleh atau di bawah Akta ini, dan pemunya atau penghuni, mengikutmana-mana yang berkenaan, mengatakan bahawa keseluruhan atausebahagian daripada perbelanjaan perubahan patut ditanggung olehpenghuni atau pemunya, pemunya atau penghuni itu boleh memohonkepada Mahkamah Tinggi supaya perbelanjaan perubahan itudiumpukkan antara mereka; dan Mahkamah, selepas mendengarpihak-pihak dan mana-mana saksi yang hendak panggil oleh mereka,boleh membuat suatu perintah mengenai pengumpukan perbelanjaanitu sebagaimana yang dianggap oleh Mahkamah adil dan saksamadalam hal keadaan kes itu, perhatian hendaklah diberi kepadaterma mana-mana kontrak antara pihak, atau sebagai alternatif,Mahkamah boleh, atas permintaan pemunya atau penghuni itu,menamatkan pajakan itu.

    Pengecualian

    55. (1) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini bolehterpakai bagi

    (a) mana-mana kilang atau jentera yang dikendalikan

    (i) oleh angkatan tentera; atau

    (ii) melalui perjanjian dengan Kerajaan oleh mana-manaangkatan pelawat yang berada secara sah di Malaysia;atau

    (b) mana-mana jentera yang tertakluk kepada undang-undangyang berhubungan dengan perkapalan saudagar.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    42/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13942

    (2) Mana-mana kilang dan jentera yang dikendalikan oleh

    (a) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan tiap-tiap negerihendaklah dikecualikan daripada peruntukan

    (i) keseluruhan seksyen 34, 35, 38, 48; dan

    (ii) seksyen 36, 37, 39, 40, 43, hanya berkenaan dengan jentera selain dandang stim, penerima stim dan lif;dan

    (b) Perbadanan Aset Kereta Api hendaklah dikecualikandaripada peruntukan

    (i) keseluruhan seksyen 34, 35, 38, 48; dan

    (ii) seksyen 36 dan 37, hanya berkenaan dengan jenteraselain lif.

    (3) Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan sama adasecara bersyarat atau mutlak mana-mana kilang atau jentera ataukelas kilang atau jentera daripada semua atau mana-mana peruntukanAkta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya danboleh mengikut cara yang sama membatalkan atau mengubah mana-mana pengecualian itu.

    Peraturan-peraturan

    56. (1) Menteri, boleh membuat peraturan-peraturan berkenaandengan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta inidan khususnya

    (a) menetapkan tugas Ketua Pemeriksa dan mana-manapegawai yang dilantik di bawah seksyen 4;

    (b) menetapkan rekod untuk disimpan berkenaan dengan jenteradan kilang dan berkenaan dengan pemeriksaan, perakuandan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan Aktaini dan bentuknya dan orang yang menyimpan rekod itu;

    (c) menetapkan standard kebersihan yang hendaklah dipatuhidan cara membuang wasap atau debu yang memudaratkandan berbahaya yang berbangkit daripada proses tertentudi dalam kilang, atau kelas atau perihalan kilang dan

    langkah khas yang kena diambil untuk memastikankesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya;

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    43/50

    Kilang dan Jentera 43

    (d) berkenaan dengan apa-apa perkara yang ternyata padaMenteri suai manfaat bagi keselamatan, kesihatan dankebajikan orang yang diambil kerja untuk mengendalikan

    jentera atau diambil untuk bekerja di kilang;(e) menentukan kelas-kelas jentera yang baginya perakuan

    kelayakan diperlukan dan memerintahkan laranganpenggunaan jentera yang diisytiharkan tidak selamat, danpenandaan dan pelupusan jentera yang diisytiharkan tidak selamat;

    (f) menetapkan cara menghitung tekanan kerja yang selamatbagi dandang stim dan bejana tekanan tidak berapi dansilinder gas, kuasa kuda bagi penggerak utama dan beban

    kerja yang selamat bagi mesin angkat dan takal;(g) menetapkan masa dan cara jentera dan kilang hendaklah

    diperiksa, notis (jika ada) yang kena diberi berhubungdengan pemeriksaan dan penyediaan yang kena dibuatbagi pemeriksaan itu;

    (h) menetapkan kelayakan yang hendaklah dipunyai oleh orangsebelum mereka boleh dilantik untuk menjaga atau diberikepercayaan bagi menjaga atau menguruskan jentera yangditetapkan itu;

    (i) menetapkan jenis peperiksaan bagi perakuan kekompetenansebagai jurutera, ketua kapal korek dan drebar, bentuk perakuan itu, cara dan syarat pengeluarannya, dan fi yangkena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan danmenetapkan cara dan hal keadaan yang perakuankekompetenan itu boleh digantung, dikenselkan atau diubah;

    (j) menetapkan fi dan cara yang melaluinya fi hendaklahdibayar berkenaan dengan pemeriksaan kilang dan jentera

    dan pendaftaran jentera yang memerlukan perakuankelayakan bagi pengendalian, perakuan kekompetenandan apa-apa perakuan lain, bentuk perakuan itu, cara dansyarat pengeluarannya, pelanjutan, penggantungan,pembatalannya dan pengkenselannya dan tempoh yangmana-mana perakuan itu hendaklah terus berkuat kuasa;

    (k) menetapkan cara mengadakan siasatan di bawahseksyen 33; dan

    (l) berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang ternyata

    pada Menteri suai manfaat bagi menjalankan Akta inidengan lebih baik.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    44/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13944

    (2) Jika ternyata pada Menteri bahawa memandangkan bilangandan jenis kemalangan yang berlaku dalam mana-mana kilang ataukelas atau perihalan kilang, peruntukan khas patut dibuat di kilang

    itu atau kilang-kilang daripada kelas atau perihalan itu untuk menjamin keselamatan orang di dalamnya, dia boleh membuatperaturan-peraturan khas yang ternyata padanya sebagai munasabahyang menghendaki penghuni itu membuat peruntukan khassedemikian bagi pengawasan berkenaan dengan keselamatan,penyiasatan hal keadaan dan sebab kemalangan dan selainnyasebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

    (3) Jika sebahagian daripada suatu bangunan disewakan sebagaisuatu kilang berasingan, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan

    untuk mengubah suai pemakaian Akta yang menyatakan orang,iaitu pemunya bangunan atau penghuni kilang itu, yang atasnyaapa-apa kewajipan dikenakan, atau hak diberikan, oleh masing-masing peruntukan Akta setakat yang peruntukan itu terpakai, danliabiliti bagi apa-apa pelanggaran terhadapnya.

    Pengawasan perubatan

    57. Jika ternyata pada Menteri bahawa dalam mana-mana kilang

    atau kelas atau perihal kilang(a) kes penyakit telah berlaku yang dia ada sebab untuk

    mempercayai mungkin disebabkan oleh jenis proses ataukeadaan kerja lain;

    (b) kemungkinan ada risiko kemudaratan kepada kesihatanorang yang diambil kerja dalam mana-mana proses; atau

    (c) orang yang berumur di bawah lapan belas tahun adalah,atau hampir diambil kerja dalam kerja yang mungkinmenyebabkan risiko kemudaratan kepada kesihatan,

    dia boleh membuat peraturan-peraturan yang menghendaki perkiraandibuat bagi pengawasan perubatan atau penyediaan rawatan perubatanbersifat pencegahan bagi orang, atau mana-mana kelas orang, yangdiambil kerja di kilang itu atau kelas atau perihalan kilang yangdinyatakan dalam peraturan-peraturan itu.

    Pemansuhan

    58. Ordinan Jentera 1953 [ F.M. Ord 18 of 1953 ] dan OrdinanJentera Negeri Sabah [ Sabah Bab 75 ] dan semua peraturan yangdibuat di bawahnya dengan ini dimansuhkan:

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    45/50

    Kilang dan Jentera 45

    Dengan syarat bahawa

    (a) apa-apa pelantikan yang dibuat dan apa-apa pengecualianyang diberi di bawah Ordinan yang disebut terdahulu

    hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ini,disifatkan telah dibuat atau diberikan oleh Akta ini dan jika terpakai di bawah peruntukan Akta ini, hendaklahterus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikanoleh apa-apa pelantikan atau pengecualian yang dibuat dibawah Akta ini;

    (b) apa-apa perakuan atau permit bertulis untuk mengendalikanmana-mana jentera yang diberikan di bawah Ordinan yangdisebut terdahulu hendaklah terus sah seolah-olah ia telahdiberikan di bawah Akta ini; dan jika berkenaan hendaklahberkuat kuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalamnya:

    Dengan syarat selanjutnya bahawa, berkenaan dengan NegeriSabah, seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa sehinggalah semuaperuntukan Akta ini berkuat kuasa di Negeri itu.

    Pindaan Jadual

    59. Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah, meminda

    mana-mana Jadual.

    JADUAL PERTAMA

    KEJADIAN BERBAHAYA

    [Seksyen 3]

    1. Kepecahan suatu bejana berputar, roda, batu canai atau roda canai yang

    digerakkan oleh kuasa mekanik.2. Keruntuhan atau kegagalan kren, derik, win, pengangkat, kerangka cerucuk atau perkakas lain yang digunakan untuk mengangkat atau menurunkan orangatau barang, atau mana-mana bahagian daripadanya (kecuali putusnya rantaiatau tali anduhan) atau terbaliknya kren.

    3. Letupan atau kebakaran atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatanatau kekuatan mana-mana bilik atau tempat di mana orang diambil kerja, ataukepada mana-mana jentera atau loji yang terkandung di dalamnya.

    4. Letupan atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan

    dandang stim atau bejana tekanan tak berapi, kehilangan air dandang, peleburanpalam boleh lakur dan kepecahan tiub.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    46/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13946

    JADUAL K EDUA

    KECEDERAAN BADAN YANG TERUK

    [Seksyen 3]

    1. Emaskulasi.

    2. Kehilangan kekal penglihatan salah satu mata.

    3. Kehilangan kekal pendengaran salah satu telinga.

    4. Kehilangan mana-mana anggota atau sendi.

    5 Kemusnahan atau kerosakan kekal kekuatan mana-mana anggota atau sendi.

    6 Kecacatan kekal kepala atau muka.

    7. Patah atau terkehel suatu tulang.

    8. Apa-apa kecederaan yang membahayakan nyawa, atau yang menyebabkanbakal pengidap, dalam tempoh dua puluh hari, dalam kesakitan tubuh badanyang teruk, atau tak berupaya menjalankan kerjanya yang biasa.

    JADUAL KETIGA

    PENYAKIT INDUSTRI YANG KENA DIBERITAHU

    [Seksyen 32]

    1. Penyakit debu pada paru-paru:

    (a) Silikosispenyedutan (SiO2) silika yang mengandungi debu;

    (b) Stanosispenyedutan debu timah atau wasap;

    (c) Sidersosis atau sidero-silikosis penyedutan debu mengandungi besi dansilika, hematit;

    (d) Asbestosispenyedutan debu atau serat asbestos;

    (e) Keadaan alergi pernafasan bagi asma atau bronkitis kronik, atau bissinosisakibat daripada penyedutan debu yang berasal daripada tumbuhan sepertikapas, kayu, fleks, jut, sekam padi, gabus, rempah, jerami, sisal, tembakau,teh, tepung dan yang sama dengannya dan debu galian seperti simen,tembaga, zink atau debu binatang seperti tulang atau bulu;

    (f) Penyakit pneumokonioses atau fibrotik lain bagi paru-paru akibat daripadapenyedutan aluminium atau talkum, atau arang batu.

    2. Kemabukan sistematik oleh mana-mana logam yang berikut atau sebatiannya,plumbum, raksa, mangan, fosforus, antimoni, kromium, nikel, berilium.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    47/50

    Kilang dan Jentera 47

    3. Kemabukan akibat daripada penggunaan pelarut seperti benzin dan hidrokarbonaromatik lain, karbon disulfida, hidrokarbon berklorin, dan petroleum danterbitannya.

    4. Gangguan pulmonari akibat daripada penyedutan nitrogen oksida, sulfuroksida, klorin, fosgen, ammonia, dsb.

    5. Kemabukan akibat daripada pengendalian racun serangga, atau racun herba,atau racun kulat sebagai sebatian fosfat organik, sebatian bernitrogen dan berklorin.

    6. Keadaan pada dermatosis pekerjaan akibat daripada pengendalian minyak mineral, asid, alkali, habuk dan perengsa lain.

    7. Jangkitan pekerjaan seperti antraks, kelenjar, dan leptospirosis, tuberkulosis,kusta (jika pendedahan kerana pekerjaan kepada tuberkulosis dan kusta nyata).

    8. Penyakit malignan akibat daripada pengendalian atau penyedutan ataupersentuhan dengan tar karsinogenik, atau debu radioaktif.

    9. Keadaan mata akibat daripada trauma fizikal seperti katarak haba, katarak pencaran dan daripada perengsa.

    10. Jaundis toksik akibat daripada terbitan nitro atau amino daripada benzinatau bahan lain.

    11. Bursitis subkutaneus atau akut pada lutut atau tangan atau pergelangantangan akibat daripada kerja kasar menyebabkan geseran atau tekanan yangkuat atau perpanjangan.

    12. Keadaan akibat daripada pendedahan haba yang kuat seperti kekejanganhaba atau strok haba.

    13. Kehilangan pendengaran disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepadakebisingan industri yang tahap tekanan bunyinya tinggi.

    14. Keadaan akibat daripada pendedahan kepada pancaran pengionan dan tak pengionan.

    15. Penyakit dekompresi (penyakit kaison) dan penyakit akibat daripada bekerjabawah air.

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    48/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13948

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 139

    AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

    SENARAI PINDAAN

    Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

    Akta A199 Akta Kilang dan Jentera (Pindaan) 01-08-1973

    1973

    Akta 160 Akta Matawang Malaysia (Ringgit) 29-08-19751975

    Akta A424 Akta Kilang dan Jentera (Pindaan) 24-03-19781978

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    49/50

    Kilang dan Jentera 49

    UNDANG-UNDANG MALAYSIA

    Akta 139

    AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

    SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

    Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari

    1 Akta A424 24-02-1978

    2 Akta A424 24-02-1978

    3 Akta A424 24-02-1978

    8 Akta 160 29-08-1975

    9 Akta 160 29-08-1975

    22 Akta A424 24-02-1978

    32 Akta A424 24-02-1978

    51 Akta 160 29-08-1975

    52 A Akta A199 01-08-1978Akta 160 29-08-1975

    55 Akta A424 24-02-1978

    56 Akta A424 24-02-1978

    http://perjanjian.org

    Adam Haida & Cohttp://peguam.org

  • 8/8/2019 Akta 139 Akta Kilang Dan Jentera 1967

    50/50

    Undang-Undang Malaysia AKTA 13950http://perjanjian.org