bab 7 kesimpulan

3
BAB 7 KESIMPULAN Kesimpulannya ialah bahawa latihan industri ini adalah merupakan suatu proses atau kaedah latihan praktikal dan intelek ke arah membina dan membantu pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terlatih. Daripada itu pelajar juga turut memperolehi kemahiran dan berperanan penting dalam membangunkan industri masa kini yang mana melibatkan pelbagai jenis kemahiran dan kerja. Di samping itu, perasaan yang akan dihadapi oleh setiap pelajar ialah akan mengalami masalah sama ada dari 92

Upload: zul-hairey

Post on 13-Jun-2015

4.485 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7 Kesimpulan

BAB 7

KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah bahawa latihan industri ini adalah merupakan suatu

proses atau kaedah latihan praktikal dan intelek ke arah membina dan membantu

pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terlatih. Daripada itu

pelajar juga turut memperolehi kemahiran dan berperanan penting dalam

membangunkan industri masa kini yang mana melibatkan pelbagai jenis kemahiran

dan kerja.

Di samping itu, perasaan yang akan dihadapi oleh setiap pelajar ialah akan

mengalami masalah sama ada dari segi kerja, tempat kerja dan pergaulan. Namun

dalam keadaan ini, lama-kelamaan pelajar akan terbiasa dengan cara dan penumpuan

terhadap kerja. Kebiasaannya jika pelajar tidak memahami sesuatu kerja yang

hendak dilakukan, pelajar akan meminta penyelia mereka untuk membantu

menerangkan dan menyelesaikan masalah tersebut. Selalunya setiap kerja yang

92

Page 2: Bab 7 Kesimpulan

dilakukan, keselamatan semasa bekerja haruslah dititikberatkan supaya sebarang

kemalangan dapat dielakkan,

Selain itu, dengan mempelajari mengenai praktikal dan keadaan teknikal ini

memberi satu anjakan paradigma untuk pelajar agar mempelajarinya dengan

bersungguh-sungguh. Oleh itu, objektif bagi latihan industri ini adalah tertumpu

dengan mendedahkan pelajar-pelajar kepada situasi pekerjaan. Sambil itu, pelajar-

pelajar turut dapat menanam sifat bekerjasama dan mengamalkan sikap toleransi

sesama sendiri dan membolehkan pelajar mendapat pencapaian dalam bidang

pekerjaan yang diceburinya. Akhir sekali, keyakinan diri pelajar untuk memupuk

semangat amanah dan bertanggungjawab akan terhasil.

Oleh yang demikian, praktikal dan teori yang kesinambungan daripada latihan

industri ini mampu memberi kebaikan kepada pelajar itu sendiri. Usaha dan

pencapaian setiap pelajar hanya dapat dilakukan dengan adanya pengalaman dan

dapat menyesuaikan diri dengan optimis dalam bidang yang diambil.

93