bab 6(peranti elektronik kuasa)

Upload: muhamad-shahir

Post on 29-May-2018

620 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    1/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Peranti Elektronik Kuasa

    Pengenalan

    Peranti elektronik kuasa adalah peranti elektronik yang bertindak sebagai suis dan boleh

    dikendalikan pada kadaran kuasa yang tinggi. Antara peranti-peranti yang akan

    dibincangkan dalam bab ini ialah seperti :

    Penerus terkawal silicon (Silicon controlled rectifier)

    Triak

    GTO (Gate turn off)

    Diod kuasa dan

    Transistor kuasa

    Penerus Terkawal Silikon (SCR)

    Rajah 6.1 di bawah menunjukkan struktur binaan dan rupabentuk fizikal tiristor yang

    lazim digunakan. Manakala rajah 6.2 merupakan rajah simbol tiristor

    Rajah 6.1 : Struktur binaan tiristor (SCR)

    61

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    2/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Rajah 6.2 : Simbol Tiristor (SCR)

    Struktur dan Simbol Tiristor (SCR)

    SCR adalah peranti separa pengalir empat lapis seperti yang ditunjukkan pada rajah 6.1

    dan rajah 6.2. Terdapat tiga Terminal yang dipanggil Anod, Katod dan Get.

    Anod adalah Terminal positif peranti manakala katod adalah Terminal negatif

    peranti

    Get merupakan terminal yang akan menerima voltan picuan yang digunakan untuk

    mengawal ON/OFF peranti

    Peranti ini adalah peranti satu arah yang mana ia akan membenarkan arus mengalir

    pada satu arah sahaja

    Pemicuan SCR

    SCR hanya akan dihidupkan (ON) apabila satu denyut arus positif dikenakan di terminal

    getnya dan pada masa yang sama terminal anod adalah lebih positif berbanding katod.

    Picuan ini akan menyebabkan arus pincang hadapan (forward current) mengalir dari

    anod ke katod. Pada masa ini terminal anod-katod berada dalam keadaan litar pintas.

    Arus pincang hadapan ini akan terus mengalir walaupun voltan picuan pada getdihentikan. Operasi SCR ini boleh dihentikan beroperasi dengan salah satu cara berikut:

    a. Arus yang mengalir dikurangkan dari nilai arus pegang peranti (IH) yang boleh

    didapati dari helaian data pembuat

    b. Pintaskan anod dan katod

    c. Arus mengalir dari arah yang bertentangan

    62

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    3/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Rajah 6.3 menunjukkan bagaimana SCR dapat dihidupkan pada sumber bekalan a.t.

    dengan cara memberikan voltan picuan pada terminal getnya.

    Rajah 6.3 : Menghidupkan SCR pada sumber bekalan a.t

    Ketika S1 dibuka tiada arus yang mengalir pada beban RL(lampu) seperti yang

    ditunjukkan di rajah 6.3 (a) dan (b). Apabila suis S1 ditutup maka terminal get akan

    menerima arus dan memicu SCR. Picuan ini menyebabkan arus mengalir dari anod ke

    katod SCR dan lampu akan menyala. Apabila suis S1 dibuka arus masih mengalir ke

    beban atau lampu masih menyala.

    63

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    4/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Untuk mematikan SCR, terdapat tiga kaedah boleh dilakukan iaitu, dengan cara

    memintaskan terminal anod-katod, memutuskan bekalan arus ke anod ataupan

    menterbalikkan punca bekalan voltan supaya arus songsang mengalir dari katod ke

    anod.

    Rajah 6.4 menunjukkan bagaimana SCR dimatikan dengan cara memintaskan anod

    dengan katod. Dengan ini tiada arus akan mengalir dari anod ke katod. Kaedah lain

    untuk mematikan SCR adalah dengan meletakkan suis S2 seperti Rajah 6.5. Apabila

    suis S2 dibuka maka tiada arus dapat mengalir dari anod ke katod atau arus pincang

    hadapan adalah sifar iaitu kurang daripada Ih.

    Untuk menghidupkan SCR ini maka kedua-dua suis S1 dan S2 perlu ditutup. Pada

    keadaan normal SCR tidak akan hidup jika arus mengalir dari katod atau pada arah yang

    bertentangan.

    Kebaikan SCR yang nyata adalah dengan arus picuan yang kecil ia dapat mengawal arus

    beban yang tinggi. Selain daripada itu SCR adalah sebagai peranti pensuisan yang laju.

    Dengan hanya satu denyut lazimnya hanya satu mikrosaat hingga dua mikrosaat pada

    get ia dapat menghidupkan SCR.

    64

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    5/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Ciri-ciri SCR

    Dengan mengalirnya IG iaitu arus yang disebabkan oleh voltan positif pada get seperti

    Rajah 6.6 (IG2), voltan pecahtebat hadapan akan berlaku lebih awal (lihat VBRF2). Takat

    VBRF boleh direndahkan lagi dengan menambah nilai IG. Begitulah seterusnya sehingga

    IG dilaras kepada satu nilai yang cukup tinggi, SCR akan berfungsi seperti diod biasa

    Sewaktu SCR dipincang belakang (VR), SCR tidak akan mengalirkan arus kecuali sedikit

    arus bocor (arus sekat songsang). Jika VR terlalu tinggi sehingga ke takat voltan

    pecahtebat songsang, SCR akan mengalir arus dari katod ke anod (arus ini dikenali

    sebagai arus pecah tebat songsang), namun kemungkinan SCR akan mengalami

    kerpsakan adalah sangat tinggi. Untuk memastikan SCR tidak akan mengalami

    kerosakan semasa pecah tebat songsang (Reverse Breakover voltage, VRBO). Nilai

    VRBO bagi sesuatu SCR boleh diperolehi daripada helaian data yang dikeluarkan oleh

    pengeluar SCR tersebut. Arus Pegang (Holding current) ialah paras dimana arus SCR

    berpindah daripada keadaan OFF kepada keadaan ON.

    65

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    6/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Kegunaan SCR

    Peranti ini sangat popular digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam sistem pengawal

    kuasa tinggi. Ia boleh beroperasi dengan voltan yang bernilai sehingga 1000 volt dan

    beroperasi pada nilai arus sehingga kepada 1000 Amp. Jika dibandingkan dengan

    peranti diod biasa. Oleh kerana ia dinamakan penerus terkawal silikon maka ia banyak

    terlibat dalam penukaran voltan dan arus au kepada voltan dan arus at. Ia juga

    berfungsi untuk mengawal magnitud-magnitud gelombang keluaran ini. SCR juga

    membolehkan pensuisan voltan dan arus beban yang besar dari sumber arus dan voltan

    pensuisan yang kecil. Contoh penggunaannya adalah seperti Litar Kawalan Statik yang

    boleh digunakan dalam Litar Sistem Amaran Penceroboh seperti yang ditunjukkan pada

    rajah 6.7

    66

    RESET

    R1 SCR

    S1 BEBANDC

    S2

    Rajah 6.7 : Litar Kawalan Statik

    Suis-suis S1 dan S2 adalah suis yang sentiasa tertutup. Jika salah satu suis terbukaSCR akan dihidupkan dan jika beban adalah mentol maka ia akan menyala. Apabila S1

    atau S2 ditutup semula SCR masih berfungsi.

    Untuk mematikan SCR suis RESET perlu dibuka semula ini menyebabkan arus yang

    mengalir dari anod ke katod kurang dari Ih.

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    7/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    SCR juga boleh digunakan sebagai penerus terkawal di mana voltan keluaran a.t. purata

    dapat dikawal kepada nilai-nilai tertentu. Rajah 6.8 di bawah menunjukkan bagaimana

    SCR digunakan pada sumber voltan a.u. untuk menghasilkan voltan keluaran a.t. yang

    boleh dikawal pada beban RL. Manakala Rajah 6.9 pula menunjukkan bentuk gelombang

    voltan merentasi beban RL, voltan picuan pada terminal get dan juga voltan sumber

    bekalan Vs. Perhatikan voltan keluaran merentasi RL adalah merupakan voltan a.t dan

    nilai puratanya boleh dikawal dengan mengawal sudut picuan (iaitu dengan melaraskan

    nilai perintang bolehubah RV)

    67

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    8/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Triak

    Triak merupakan peranti dwi arah iaitu ia boleh beroperasi ketika masukan positif

    mahupun negatif. Triak adalah peranti tiga terminal dan boleh dianggapkan dua SCR

    yang disambung depan belakang.

    Struktur dan Simbol

    Triak mempunyai lapisan NPNP selari dengan lapisan PNPN. Jika keseluruhan struktur

    PN triak diteliti, arus dilihat boleh melalui lapisan PNPN atau NPNP. Oleh kerana triak

    boleh mengalirkan arus dalam kedua-dua hala, simbol triak mengandungi dua diod yang

    bersemuka dalam arah yang berlawanan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.10

    68

    MT1 MT1

    N

    P

    N

    P

    GATE

    N N GATE

    MT2 MT2

    Rajah 6.10 : Struktur dan simbol Triak

    Ciri-ciri Triak

    Rajah 6.11 : Graf ciri volt-ampiar untuk triak

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    9/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Graf dalam rajah 6.11 mewakili pengendalian triak yang lazim tanpa pembekalan arus

    get. Apabila voltan mara bertambah, arus kecil mengalir dalam triak. Arus yang kecil ini

    ialah arus bocor. Apabila voltan mara mencapai titk pecah lampau, arus pada triak mula

    mengalir. Perhatikan voltan telah jatuh melintangi triak. Voltan ini dibekalkan kepada

    beban.

    Aplikasi Triak

    Triak sesuai digunakan untuk mengawal litar yang menggunakan arus a.u. SCR adalah

    merupakan peranti satu arah sahaja oleh itu ia hanya boleh beroperasi bagi separuh kitar

    sahaja manakala triak, boleh beroperasi dalam kedua-dua kitar iaitu pada kitar positif dan

    kita negatif. Rajah 6.12 menunjukkan salah satu contoh sambungan litar penggunaan

    Triak untuk mengawal kuasa atau voltan a.u. pada beban RL. Sekiranya perintang RL

    digantikan dengan lampu, maka kecerahan lampu boleh dikawal dengan melaraskan

    perintang bolehubah R2.

    VB(a.u) R2

    R3

    C1

    R1

    RL

    Rajah 6.12 : Litar penggunaan Triak sebagai litar kawalan a.u

    69

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    10/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Instrumentasi 1/2010

    70

    Gabungan kapasitorC1 dan perintang bolehubah R1 akan menyebabkan voltan get akan

    terlengah (delayed) sebanyak darjah daripada voltan masukan. Pada separuh kitaran

    positif, triak akan dipicu pada sudut manakala pada separuh kitaran negatif triak akandipicu pada sudut ( + ). Nilai ini boleh diubah dengan melaraskan nilai perintang

    bolehubah R2. Voltan keluaran r.m.s. merentangi beban akan berubah berkadar

    songsang dengan nilai sudut picuan di mana semakin besar nilai sudut picuan maka

    semakin kecil nilai r.m.s. keluaran. Rupabentuk gelombang bagi voltan masukan VS,

    voltan picuan Vgdan voltan keluaran pada beban RL, VRL adalah seperti yang ditunjukkan

    pada rajah 6.13di atas.

    GTO SCR (Gate Turn-off SCR)

    GTO-SCR adalah satu peranti elektronik kuasa uni-kutub. Ia memerlukan picuan positif

    pada terminal get untuk ON. Apabila terminal get dikenakan isyarat picuan negatif ia

    akan bertukar kepada keadaan OFF. Sifat ini merupakan satu kelebihan bagi GTO-SCR

    berbanding dengan SCR.

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    11/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Simbol dan ciri-ciri GTO-SCR

    Rajah 6.13 menunjukkan simbol GTO-SCR manakala rajah 6.14 pula menunjukkan

    lengkung ciri I-V nya

    71

    K

    iAA

    iG

    G

    +

    _

    VAK

    Rajah 6.13 : Simbol GTO

    Rajah 6.14: Ciri-ciri i-v GTO

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    12/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    GTO boleh dihidupkan dengan memberikan denyut positif kepada kaki get. GTO

    akan terus berfungsi walaupun tanpa denyut positif. GTO boleh dimatikan dengan

    memberikan denyut negatif kepada kaki get dan ini menyebabkan Ig negatif mengalir

    dalam jumlah yang banyak. Ig negatif ini akan mengalir dalam beberapa mikrosaat

    sahaja. Kedua-dua keadaan ini dikawal oleh arus get ( Ig).

    Apabila Ig mencapai nilai maksimun, arus pada anod mula mengalami kejatuhan

    manakala voltan, VAK yang melalui peranti ini mula meningkat. Keadaan ini boleh dilihat

    pada ciri-ciri i-v dalam gambarajah 6.12.

    Applikasi GTO-SCR

    GTO juga berfungsi seperti SCR yang digunakan dalam pensuisan kuasa dan dalam

    sistem pengawal kuasa tinggi. Ia mempunyai beberapa kelebihan jika dibandingkan

    dengan SCR.

    72

    Instrumentasi 1/2010

  • 8/9/2019 BAB 6(Peranti Elektronik Kuasa)

    13/13

    Unit 6 Peranti Elektronik Kuasa

    Latihan :

    1. Lukiskan simbol triak.

    2. Lukiskan struktur binaan bagi Triak.

    3. Terangkan bagaimana Triak boleh dipicukan.

    4. Lakarkan graf lengkuk ciri bagi Triak.

    5. Lukiskan simbol bagi GTO-SCR serta jelaskan struktur binaannya.

    6. Lakarkan lengkung ciri i-vbagi GTO.

    7. Apakah kegunaan GTO-SCR.

    8. Dengan bantuan gambarajah, jelaskan aplikasi triak.

    9. Nyatakan perbezaan simbol di antara Triak dengan GTO-SCR dengan melukiskan

    gambarajah bagi kedua-dua peranti tersebut.

    10. Terangkan ciri-ciri GTO-SCR.

    11. Lakarkan simbol bagi SCR.

    12. Terangkan dengan jelas bagaimana SCR boleh dipicukan.

    13. Nyatakan tiga cara untuk menghentikan pengoperasian SCR.

    14. Terangkan 2 kegunaan SCR.

    15. Lakarkan graf lengkuk ciri-ciri SCR.

    16. Lukiskan struktur binaan bagi tiristor ( SCR ).

    17. Lukiskan litar kawalan statik dan terangkan kegunaannya.

    73

    Instrumentasi 1/2010