bab 6 peranti-peranti rangkaian

Upload: nur-rossyy

Post on 13-Jan-2016

290 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ICT

TRANSCRIPT

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

[SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN]2012

BAB 6 : KEPERLUAN PERKAKASAN RANGKAIAN

6.1 Peranti-Peranti Rangkaian6.2 Media Rangkaian

6.1PERANTI- PERANTI RANGKAIAN

HASIL PEMBELAJARANPelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peranti rangkaian beserta fungsinya.Pelajar dapat menyatakan dua jenis fail pelayan.Pelajar dapat membezakan fungsi sekurang-kurangnya dua peranti rangkaian

6.1 PERANTI-PERANTI RANGKAIANPeranti-peranti rangkaian juga dikenali sebagai komponen-komponen atau perkakasan rangkaian. Peranti-peranti rangkaian merangkumi pelayan komputer, komputer kerangka utama, pengkalan komputer, periferal, kad antaramuka dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara peranti-peranti yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah :a. Fail pelayanb. Stesen kerjac. Kad antara muka rangkaiand. Concentrators / hube. Switchf. Pengulang / repeatersg. Jambatan / bridgesh. Routersi. Modemj. Multiplexer

A. FAIL PELAYANFail pelayan dikenali juga sebagai fail server atau komputer server di dalam sistem rangkaian dan merupakan nadi yang menghidupkan keseluruhan rangkaian pelanggan-pelayan. Pelayan merupakan fail pelayan dan pelanggan pula adalah stesen kerja.Fail pelayan merupakan sebuah komputer berkuasa tinggi , mempunyai jumlah memori dan ruang storan yang besar dan kad rangkaian yang laju. Sistem Operasi Rangkaian (networking operating system Nos contohnya : microsoft windows NT server) dipasang pada fail pelayan beserta dengan perisian aplikasi dan fail-fail data yang perlu dikongsi oleh stesen kerja.Fungsi Fail PelayanFail pelayan berfungsi untuk mengawal-selia semua komunikasi data di antara nod dalam rangkaian.Nod ialah peranti-peranti seperti komputer,pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Fail pelayan memerlukan komputer berkuasa tinggi yang berupaya menyimpan maklumat dan membolehkan perkongsian sumber dan maklumat dengan cepat. Spesifikasi komputer untuk fail pelayan bergantung kepada fungsi fail pelayan itu sendiri. Ciri-Ciri Fail Fail PelayanFail pelayan seharusnya mempunyai ciri-ciri yang berikut:I. Mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro(pentium,power pc).II. Cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 gigabait.III. Kad antaramuka yang pantasIV. Sekurang-kurangnya 32 MB RAM

Jenis-Jenis Fail PelayanJenis-jenis fail pelayan bergantung kepada fungsinya. Fail pelayan digunakan bergantung kepada keperluan pengguna. Terdapat banyak jenis fail pelayan, diantaranya adalah seperti berikut:A. Enterprise Server

Enterprise Server adalah sebuah server yang melaksanakan tugas tugas penting dalam organisasi yang besar. kegunaannya adalah seperti web server, server untuk mencetak dan juga pangkalan data untuk syarikat.

Keupayaan iaitu :1. Enterprise server berupaya untuk melakukan lebih dari satu tugas.2. Enterprise server berupaya untuk melakukan aplikasi jenis OLTP (online transaction processing). Contohnya seperti pembelajaran atas talian, E-Dagang dan E-Perbankan.2. Network Computer Server

Peer to peer bermaksud membolehkan pengguna untuk menyambungkan dua atau lebih komputer untuk berkongsi sumber. Sumber daipada individu seperti CD rom, cakera keras, pengimbas dan pencetak ditukarkan menjadi sumber yang boleh dikongsi bersama-sama dalam satu rangkaian.kegunaannya membolehkan perkongsian sumber. Ianya beroperasi dimana setiap komputer boleh bertindak sebagai server atau fail pelayan dan client atau pelanggan atau stesen kerja bagi mencapai sesuatu sumber. Sumber tersebut dihantar secara terus tanpa memerlukan server-server atau fail pelayan yang lain bagi bertindak sebagai perantaraan.

Keupayaan iaitu :1. Tidak memerlukan pengendali rangkaian.2. Rangkaian yang laju dan tidak mahal untuk dikendalikan.3. Setiap komputer boleh melakukan backup copy sendiri untuk tujuan sekuriti.4. Peer to peer kebanyakan digunakan dalam kawasan pejabat atau pun rumah.3. Web-Based Application Server

Sebuah program komputer yang bertanggungjawab menerima permintaan HTTP dari client atau pelanggan(seperti web browser), dan membalas semula respons HTTP dan juga kandungan data yang mana biasanya ialah halaman web seperti dokumen HTML . Server tersebut digunakan sebagai satu tapak bagi pengguna untuk membangunkan laman web yang membolehkan pengguna lain mendapat capaian keatasnya.

Keupayaan iaitu :Web server dapat menyimpan segala fail-fail penting yang terdapat pada sesuatu laman web. Contohnya,kod pengaturcaraan bagi membangunkan sebuah laman web. Setelah perhubungan dilakukan, browser akan meminta data daripada web server dengan menggunakan HTTP ataupun alamat URL, server itu akan menghantar kembali data kepada browser tersebut. Browser itu akan menukar format daripada bahasa mesin ke bahasa yang difahami untuk dipaparkan ke browser tersebut. Contoh browser seperti google chrome, internet explorer dan mozilla.

Rajah 1:Contoh fail pelayan dalam sistem rangkaian:

Rajah 2: contoh-contoh fail pelayanB. STESEN KERJAKesemua komputer yang dirangkaikan dengan fail pelayan dikenali sebagai stesen kerja. Satu stesen kerja yang tipikal merupakan sebuah komputer yang dilengkapi dengan kad antaramuka rangkaian (Network Interface Card) , perisian rangkaian dan kabel-kabel yang tertentu. Stesen kerja tidak semestinya mempunyai storan cakera liut atau storan cakera keras kerana fail akan disimpan di dalam fail pelayan. Hampir semua komputer berupaya berfungsi sebagai stesen kerja.Rajah 3: Contoh stesen kerja / workstation dalam rangkaian:

C. KAD ANTARA MUKA RANGKAIANKad antara muka rangkaianmerupakan peranti yang digunakan olehkomputeruntuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer dengan kabel rangkaian.Kad antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan kebanyakannya bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot dalam papan induk komputer. Komputer riba biasanya menggunakan adapter LAN secara luaran yang disambungkan secara luaran ke port selari atau kad rangkaian yang dimuatkan ke slot PCMCIAKad antara muka rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepadabyte yang difahami olehunit pemprosesan pusatkomputer.

Fungsi Kad Antara Muka Rangkaian Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian. Menghantar data ke komputer yang lain. Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung.

Slot PCMCIA pada komputer ribaKad antara muka rangkaian untuk komputer pelangganKad antara muka rangkaian untuk komputer ribaPemasangan kad antara muka rangkaian pada papan induk

Rajah 4:Contoh kad antara muka rangkaian:

D. CONCENTRATORS / HUBConcentrators ataupun Hub merupakan peranti yang membolehkan peranti-peranti lain seperti komputer, pencetak dan peranti storan dihubungkan kepada fail pelayan dan bertindak sebagai central connecting point bagi kabel-kabel yang disambungkan kepada fail pelayan untuk setiap peranti dalam rangkaian. Concentrator / hub selalunya didatangkan dengan switch kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama. Hub dikatakan sebagai tempat di mana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal dan kemudiannya switch yang akan menentukan bagaimana dan di mana ia akan dihantar. Di dalam sesebuah topologi rangkaian, hub merupakan tulang belakang rangkaian itu. Beberapa concentrator adalah pasif di mana ia membenarkan isyarat melepasi satu komputer ke komputer yang lain tanpa ada perubahan. Kebanyakan concentrator adalah aktif di mana ia mengenali isyarat dan mengesahkan kehadiran isyarat itu semasa isyarat itu berlegar dari satu peranti ke peranti yang lain.Concentrator yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu.

Fungsi Concentrator / HubDi dalam topologi bintang, kabel berpasangan berpintal disambungkan dari setiap stesen kerja ke titik tengah concentrator. Hub adalah concentrator yang pelbagai di mana kad yang pelbagai siri boleh disambungkan bagi menambahkan akses tambahan apabila rangkaian semakin berkembang saiznya.Ciri-Ciri Concentrator / HubI. Berpasangan dengan 8,12 atau 24 RJ-45 port.II. Biasanya digunakan di dalam Topologi Bintang atau Bintang Cecincin.III. Dijual dengan perisian khas bagi pengurusan litar.IV. Biasanya dimasukkan / dinstall di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem, jambatan dan router.

Rajah 5 : Contoh penggunaan concetrator/ hub dalam rangkaian topologi jenis bintang.

Rajah 6: Contoh-contoh peranti Concentrator / hub:

E. SWITCHSwitch merupakan peranti rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ianya turut dimuatkan fungsi router iaitu peranti atau perisian yang menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router.Fungsi SwitchSwitch digunakan pada peringkat rangkaian gateway dimana satu rangkaian disambungkan dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang berlainan. Dalam rangkaian yang kecil pula, switch tidak digunakan . sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bas di mana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri.Switch juga merupakan peranti rangkaian yang menyediakan cenctral connection point untuk penyambungan kabel daripada setiap stesen kerja, fail pelayan/server,pencetak dan peranti rangkaian yang lain yang berkaitan.

Rajah7: Contoh penggunaan peranti switch dalam sistem rangkaian:

Rajah 8: Contoh-contoh peranti switchF. PENGULANG / REPEATERSPengulang ataupun repeater merupakan peranti yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Pengulang akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, kemudian memperkuatkan isyarat tersebut sebelum menghantar kepada rangakain LAN yang seterusnya. Dengan erti kata lain, pengulang juga adalah peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, kemudian memperkuatkan isyarat tersebut sebelum menghantarkannya semula melalui laluan yang seterusnya. Satu siri pengulang boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh.Pengulang yang digunakan dalam sistem kabel boleh terdiri dariapada litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Manakala dalam sistem komunikasi tanpa wayar, pengulang terdiri daripada penerima radio, amplifier, transmitter, isolator dan dua antenna. Gentian optik pula, pengulang terdiri daripada photocell, amplifier dan light-emitting diode (LED).Fungsi Pengulang /Repeaters Pengulang digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkain kawasan setempat atau LAN. Pengulang juga turut digunakan untukmemperkuatkan dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah WAN melalui media wayar dan tanpa wayar.Kebaikan Pengulang / RepeatersPengulang boleh mengelakkan isyarat yang lemah bila tiba pada destinasiKeburukan Pengulang / RepeatersMasa tambahan diperlukan bagi proses penghantaran kerana pengulang akan memperkuatkan semula isyarat yang lemah.:

Rajah 9: Contoh penggunaan pengulang/ repeaters dalam sistem rangkaian

Rajah 10: Contoh-contoh peranti pengulang/ repeatersG. JAMBATAN / BRIDGEJambatan / bridges merupakan peranti yang menghubungkan satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut mestilah menggunakan protokol yang sama (contohnya penggunaan kad antaramuka rangkaian yang sama). Jambatan juga merupakan kombinasi perkakasan dan perisian yang mampu mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket atau pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep rangkaian LAN yang menggunakan banyak komputer antara jambatan. Melalui jambatan, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam linkungan rangkaian yang terbabit sahaja.Fungsi Jambatan / Bridges Sebuah jambatan berfungsi membenarkan sebuah rangkaian yang besar dibahagikan kepada dua buah rangkaian yang kecil. Jambatan boleh mengawal laluan informasi daripada kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ianya dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta. Kebanyakan jambatan boleh mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Jambatan juga turut memeriksa setiap pesanan yang dihantar. Jambatan boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis, namun begitu protokol yang digunakan hendaklah sama.Kebaikan Jambatan / BridgesJambatan membolehkan suatu rangkaian yang mengalami kekangan geografi akan boleh dihubungkan antara satu sama lain. Jambatan juga boleh menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi yang tidak sepatutnya.Keburukan Jambatan / BridgesJambatan akan melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar kepada semua alamat dalam rangkaian walaupun alamat destinasi telah ditetapkan.

Rajah 11:Contoh rangkaian yang dihubungkan dengan peranti jambatan:

Rajah 12:Contoh-contoh peranti jambatanH. ROUTER Dalam persekitaran internet, router boleh wujud dalam bentuk perisian ataupun perkakasan yang akan menentukan titik rangkaian yang seterusnya yang harus dihantar ke destinasinya. Router akan dihubungkan sekurang-kurangnya pada dua rangkaian dan akan menentukan laluan manakah yang harus dilalui.Router berupaya untuk menghalakan trafik dalam rangkaian ke mana-mana bahagian dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan untuk mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan komunikasi berlaku. Router akan memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan berpandukan kepada alamat yang asal.Fungsi Router Router berfungsi dalam mengenalpasti laluan yang terbaik di antara dua rangkaian sedangkan jambatan tidak dapat mengenalpasti laluan yang terbaik. Router mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas.Kebaikan RouterPenghantaran paket akan mengambil masa yang lebih singkat kerana router akan menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.Keburukan RouterFungsi router dan switch adalah hampir sama dan akan mengelirukan pengguna yang kurang arif tentangnya yang ingin membuat penyambungan lebih daripada satu rangkaian.

Rajah 13: Contoh penggunaan router dalam sistem rangkaian:

Rajah 14:Contoh-contoh peranti router:I. MODEMModem adalah peranti yang digunakan untuk menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat bergantung kepada kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56kbps mampu membawa data pada kadar maksima 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan kepada rangkaian internet. Walaupun mempunyai pada kadar maksima 56kbps, namun faktor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata di antara pengguna yang lain. Fungsi ModemModem berfungsi menukarkan isyarat digital dari komputer kepada isyarat analog apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan isyarat analog tersebut kepada isyarat digital semula agar difahami oleh komputer.Jenis-Jenis Modem Modem internalModem ini berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk di slot PCI yang kosong. Modem ExternalModem ini akan dipasang secara standalone di mana modem ini boleh di on dan off tanpa bergantung kepada komputer. Modem ini dipasang bergantung kepada jenisnya. Antara port yang boleh dipasang seperti serial port, usb port dan fire wire port.Kebaikan ModemPengguna boleh mencapai data dan maklumat pada internet melalui modem.Keburukan ModemModem akan dipasangkan pada talian telefon, sekiranya talian telefon di sambar petir, kemungkinan besar modem tersebut akan turut disambar petir melainkan modem tersebut dimuatkan ciri-ciri keselamatan tertentu.

Rajah 15: Contoh penggunaan peranti modem dalam sistem rangkaian:

Rajah 16:Contoh contoh peranti modem:J. MULTIPLEXERMultiplexer merupakan peranti yang akan meningkatkan keberkesanan komunikasi. Peranti ini akan membenarkan beberapa terminal berkongsi satu talian komunikasi. Selain itu, ia akan menerima isyarat daripada pelbagai peralatan komputer, memampatkan isyarat ke dalam satu aliran data dan seterusnya menghantar melalui satu talian komunikasi.Kebaikan MultiplexerMeningkatkan keberkesanan komunikasi dengan memampatkan data yang dihantar melalui satu talian. Keburukan MultiplexerProses penyelenggaraan dan pengemaskinian haruslah dikendalikan oleh mereka yang pakar sahaja.

Rajah 17: Contoh penggunaan peranti multiplexer dalam sistem rangkaian:

Rajah 18:Contoh-contoh peranti multiplexer:

K. WIRELESS ACCESS POINTWireless Access Point adalah peranti yang digunakan untuk menyambungkan alat-alat wireless ke sebuah rangkaian yang berkabel seperti menggunakan wifi dan bluetooth. Wireless access point digunakan untuk membuat jaringan WLAN (wireless local area network)dan juga untuk memperbesarkan jaringan wifi yang tersedia ada (menggunakan mode jambatan).Fungsi Wireless Access PointWireless access point digunakan untuk menghubungkan wireless client seperti komputer riba dan komputer dengan wireless card ke dalam sebuah jaringan rangkaian LAN. Wireless access point biasanya berfungsi sebagai DHCP Relay yang tugasnya memberi IP Address dari fail pelayan ke wireless client sehingga ianya boleh disambungkan kepada rangkaian.Wireless access point juga dilengkapi dengan fungsi-fungsi tambahan yang lain seperti routing dan firewall. Ianya merupakan titik tengah pusat jaringan rangkaian dan memancarkan frekuensi radio untuk mengirim dan menerima data. Fungsinya lebih kurang sama dengan hub dan switch dalam jaringan rangkaian berkabel yang membolehkan ramai pelanggan atau pengguna berhubung dengan rangkaian.

Rajah 19 : contoh penggunaan wireless access point dalam sistem rangkaian:

Rajah 20: Contoh-contoh peranti wireless access point :

6.1MEDIA RANGKAIAN ATAU MEDIA PENGHANTARAN

HASIL PEMBELAJARANPelajar dapat memberi definisi Media Penghantaran.Pelajar dapat menyatakan jenis Media Penghantaran Pelajar dapat membezakan antara Kabel Pasangan Terpiuh Tanpa Pelindung Dengan Kabel Pasangan Terpiuh Tidak Pelindung

Penghantar ialah bahagian suatu sistem dimana isyarat maklumat dihasilkan, diproses dan dipancarkan. Contoh isyarat maklumat ialah isyarat audio, video, isyarat bercetak, isyarat terkod dan lain-lain.

Penerima ialah suatu peralatan yang boleh melakukan pengesanan pembawa danmenghasilkan semula isyarat asal.

Media penghantaran merupakan penghubung secara fizikal antara penghantar dan penerima maklumat. Dalam sistem penghantaran data, ianya merupakan satu laluan yang akan membawa isyarat dari penghantar ke pada penerima bagi menghantar data binari, setiap elemen di dalamnya perlu ditukar ke bentuk isyarat elektrik. Isyarat elektrik yang dihantar memerlukan satu media penghantaran untuk dijadikan laluan penghantaran. Jenis media penghantaran adalah sangat penting kerana ia menentukan bilangan bit maksimum (digit binari) yang boleh dihantar dalam masa satu saat.

PENERIMAMEDIA PENGHANTARAN

PENGHANTAR

Rajah 21: Media Penghantaran

Media penghantaran data boleh terbahagi kepada iaitu Media Terarah(Guided Media) Media Tidak Terarah (Unguided Media)

Rajah 22: JenisJenis Media Penghantaran

6.1.1MEDIA TERARAHMedia terarah bererti media itu disambung secara fizikal dari satu titik ke satu titik yang lain atau membawa data melalui saluran fizikal yang dapat dilihat. Biasa dikenali sebagai media berwayar.Jenis media penghantaran terarah terdiri daripadai. Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)ii. Coaxial Cable (Kabel Sepaksi)iii. Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)

A)Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)Kabel ini terdiri daripada dua pasang atau lebih kabel kuprum iaitu kabel yang dipiuh kan dalam bentuk lingkaran (spiral) Kabel ini digunakan sebagai bahantara saluran penghantaran isyarat bagi sistem rangkaian kawasan setempat.

Rajah 23 : Twisted Pair Cable (Kabel Pasangan Terpiuh)

Kabel pasangan terpiuh merupakan media yang selalu digunakan untuk menghantar data yang berbentuk denyutan elektronik. Setiap satu pasangan kabel mewujudkan satu laluan komunikasi bagi menghantar isyarat elektromagnet. Oleh kerana keadaannya terpiuh, setiap pasangan kabel boleh membatalkan gangguan elektromagnetik dari kembar wayar yang lain.Kabel ini boleh membawa data jenis analog dan digital. Ia banyak digunakan sebagai tulang belakang sistem telefon. Bagi isyarat analog, amplifier diperlukan bagi menguatkan semula isyarat disetiap 5 hingga 6 km manakala bagi isyarat digital setiap 2 hingga 3km.Kabel pasangan terpiuh murah dan mudah diperolehi tetapi kabel jenis ini mempunyai jarak, lebar jalur serta kadar penghantaran data yang terhadKabel ini boleh dikategori kepada 2 jenis iaitu:a. Shielded Twisted Pair Cabel (STP)b. Unshielded Twisted Pair Cabel (USTP)

Shielded Twested Pair CabelUnshielded Twisted Pair Cabel

Dikenali sebagai kabel pasangan terpiuh yang mempunyai perlindungan

Rajah 24: Shielded Twested Pair Cabel

Kabel ini mempunyai penghalang logam yang membaluti setiap pasangan pembalut pengalir.

Bingkai logam menghalang penembusan hingar elekromangnetik dan dapat menghapus fenomena yang dinamakan crosstalk.

Kabel l mempunyai kualiti yang sama dengan Unshielded twisted pair cabel. Begitu dengan penyambungnya,bezanya pengalir pelindungnya mesti disambung ke bumi

Kabel ini lebih mahal.

Dikenali sebagai kabel pasangan terpiuh tanpa perlindungan

Rajah 25 : Unshielded Twested Pair Cabel

Kabel ini biasanya digunakan pada sistem telefon. Ini disebabkan julat frekuansinya sesuai untuk penghantaran data dan suara. Kabel ini terdiri daripada dua pengalir, lazimnya kuprum. Setiap utas dibaluti dengan plastik berwarna. Setiap warna mempunyai kod untuk mengenalpasti tugas kabel yang spesifik.

Kebaikan kabel jenis ini adalah murah, fleksibel dan mudah dipasang

B)Coaxial Cable (Kabel Sepaksi)Kabel sepaksi adalah kabel elektrik yang terdiri daripada wayar pengalir bulat, dikelilingi oleh penebat, dikelilingi sarung pengalir silinder, dan biasanya dibalut oleh lapisan akhir penebat.

Rajah26: Kabel SepaksiKabel ini direka bagi membawa isyarat jalur lebar atau berfrekuensi tinggi, seperti dalam talian pemancar berfrekuensi tinggi. Kesan gangguan dan crosstalk berkurangan disebabkan kabel ini dibalut.Disebabkan medan elektromagnetik yang membawa isyarat wujud (secara ideal) hanya antara ruang antara pengalir dalam dan luar, ia tidak mengganggu atau diganggu gangguan daripada medan elektromagnetik luar. Namun prestasi kabel ini mudah terganggu pleh kehadiran attenuation, hingar terma dan intermodulation noise.Kabel jenis ini banyak digunakan sebagai bahan pengantar seperti a. Penghantaran jarak jauh bagi telefon dan televesyenb. Pengagihan siaran televisyenc. Rangkaian kawasan setempat

C)Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)Rajah 27: Optical Fiber Cabel (Kabel Gentian Optik)Kabel gentian optik diperbuat daripada kaca dan plastik. Penghantaran isyarat dibuat dalam bentuk cahaya. Cahaya akan digunakan untuk menghantar isyarat optikal dan kemudian ditukar ke dalam bentuk isyarat elektromagnetik.Gentian optik boleh digunakan sebagai perantaraan (medium) bagi telekomunikasi dan jaringan komputer kerana ia sangat mudah lentur dan boleh diikat sebagai kabel. Walaupun gentian boleh diperbuat daripada plastik lutsinar atau kaca, gentian yang digunakan dalam telekomunikasi jarak jauh hampir selalunya menggunakan kaca, kerana penyerapan optik yang lebih rendah.

Kebaikan Dan Keburukan Kabel Gentian Optik

BILKEBAIKANKEBURUKAN

1Dapat mengelakkan hingar- hingar dapat dielakkan kerana penghantaran gentian optik menggunakan cahaya . Kos kabel gentian optik mahal kerana pembuatan teras harus sempurna

2Isyarat attenuation yang rendah-Jarak penghantaran gentian optik lebih jauh dari kabel pasangan terpiuh. Pemasangan dan penyelenggaraan sebarang kecacatan pada kabel meyebabkan kabel tidak dapat menerima cahaya

3Mempunyai jalur lebar yang besar- menyokong lebar jalur dan julat data yang lebih besar.Gentian optik mudah pecah berbanding wayar

HASIL PEMBELAJARANSupaya pelajar dapat mengenalpasti media penghantaran tanpa wayar.Supaya pelajar dapat menyatakan fungsi bagi setiap penghantaran tanpa wayar.6.2MEDIA RANGKAIAN ATAU MEDIA PENGHANTARAN

6.2.1 Media penghantaran tanpa wayar / Wireless transmission1. Inframerah / Infrared

Rajah 28: Infrared Rajah 29: Virtual Keyboard

Rajah 30: Alat Kawalan Jauh TVPenghantaran data dalam bentuk inframerah adalah tanpa melalui wayar. Sesetengah pengeluar membekalkan satu port khas yang dipanggil irda yang membenarkan peranti-peranti seperti rajah di atas berkomunikasi dengan PC. Frekuensinya pula antara 300ghz hingga 400Thz. Penghantaran data menggunakan infrared terhad kepada kawasan yang kecil sahaja iaitu dalam lingkungan 5 meter. Contoh penggunaan infrared adalah seperti alat kawalan jauh TV, virtual keyboard

2. Gelombang Radio / RadiowaveTerbahagi kepada dua iaitu Wireless Fidelity (Wi-Fi) dan Bluetooth.A. WIFI

Rajah 31: Wifia. Wi-Fi merupakan singkatan bagi Wireless Fidelity dimana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA (Wireless Ethernet Compatibility Alliance). b. Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. c. WiFi merupakan sejenis Wireless Local Network (WLAN) yang berasaskan kepada spesifikasi IEEE 802.11 dan berada di bawah pengawasan Institute of Electrical Engineers (IEEE) iaitu institusi antarabangsa yang menetapkan standard protocol teknologi dengan penggunaan sistem nombor.d. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar(broadband), titik capaian (access point) dan k ad Wi-Fi yang diinstal di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

PERBEZAAN ANTARA LAN DAN WLAN

LANWLAN

1.Local area network1.Wireless Local Area Network

2.Menggunakan kabel untuk menghubungkan antara komputer dan hub2.Menggunakan gelombang radio.

3.Kelajuan maksimum 100mbps3.Kelajuan maksimum 100mbps.

4.Menggunakan ruang yang lebih untuk penyambungan kabel.4.Ruang yang sedikit kerana wireless boleh bergerak di udara

5.Gangguan yang kurang.5.Gangguan yang banyak kerana frekuensi radio.

6.Kos yang tinggi kerana perlu menggunakan kabel yang banyak dan panjang 6.Kos yang murah kerana tiada media perhubungan.

7.Had jarak bergantung kepada panjang kabel7.Bergantung kepada jarak antara 75-125m

B. Bluetooth

Rajah 32 : Logo Bluetooth Rajah 33:Bluetooth Headset

Rajah 34 : Penggunaan Bluetooth

Bluetooth merupakan teknologi tanpa wayar (wireless). Ia menggunakan gelombang radio bagi membolehkan peranti-peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluaskan lagi kepada desktop di mana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung.Bluetooth telah dibangunkan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih.Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekaligus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain. Ia juga menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit.Manakala keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.C. Satelit

Rajah 35: SatelitDalam komunikasi satelit, pemindahan isyarat di antara pengirim dan penerima dilakukan dengan bantuan satelit. Dalam proses ini, isyarat yang pada asasnya pancaran gelombang mikro termodulat dihantar ke satelit. Kemudian satelit menguatkan isyarat dan dihantar kembali kepada kehadiran antena penerima pada permukaan bumi. Data dan isyarat yang dibawa oleh satelit adalah berbentuk gelombang mikro (microwaves).Semua pemindahan isyarat berlaku di angkasa lepas. Oleh itu, jenis komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi ruang angkasa.