bab 5 projek akhir perbincangan

Upload: sathia-ariel-ahmad

Post on 08-Jul-2015

808 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

87

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian daripada hasil analisis data dalam bab 4. sebaliknya. Hasil dapatan kajian ini dapat menentukan objektif tercapai atau

5.2

PERBINCANGAN

Daripada analisis data, perbincangan hasil kajian akan dibuat berdasarkan kepada 3 bahagian iaitu:i) Punca-punca berlakunya kemalangan di tapak bina

ii) Tahap pengaplikasian program latihan keselamatan dan kesihatan di tapak bina iii) Implikasi akibat pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina

88 Keputusan yang diperolehi dikaji samada ia dapat mencapai objektif kajian atau tidak.

5.3

PUNCA PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan daripada maklumbalas kebanyakkan responden bersetuju bahawa kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja itu sendiri dan responden juga bersetuju bahawa suasana di tempat kerja perlulah berada dalam keadaan selamat bagi menghindar sebarang kemalangan dan jangkitan berlaku. Di samping itu, kurangnya latihan dan kemahiran kerja juga merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan di tapak bina. Kemalangan juga berlaku disebabkan oleh pekerja tidak mempunyai

komitmen dan tidak bersungguh-sungguh semasa manjalankan kerja di tapak bina. Kebanyakkan responden juga bersetuju bahawa kemalangan berpunca daripada sikap sambil lewa,pekerja, tidak berdisiplin dan bertindak melulu semasa menjalankan kerja. Selain itu, kurangnya pengawasan daripada penyelia tapak dan golongan yang berkuasa juga akan mengundang situasi yang berbahaya kepada pekerja semasa menjalankan kerja. Berdasarkan teori daripada Bird dan Loftus ( 1976 ) dan Vincolli ( 1994 ) serta Heinrich ( awalan tahun 1930-an ), apabila dianalisis kembali teori-teori yang digunakan untuk menerangkan sebab munasabah berlakunya kemalangan dan elemen-elemen yang terlibat didapati bahawa sebab primer berlakunya hampir semua kemalangankemalangan di tapak bina adalah disebabkan pekerja tidak mempunyai kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tapak bina, dimana pekerja menganggap pematuhan peraturan keselamatan dan kesihatan adalah perkara yang remeh temeh.

89 Selain itu, kurangnya pengawasan daripada pihak pengurusan seperti penyelia tapak dan kontraktor juga menyebebkan kemalangan tersebut berlaku. Ini disebabkan oleh sikap kurang peka dan tidak bertanggungjawab segelintir pihak pengurusan dalam pengawasan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina.

5.4

PENGAPLIKASIAN PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan keputusan daripada responden, kajian mendapati bahawa program latihan keselamatan dan kesihatan di tapak bina memberi kesan dalam mengurangkan masalah keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Keberkesanan program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan adalah hasil daripada usaha kerjasama semua pihak pengurusan yang membuktikan bahawa soal keselamatan pekerja merupakan bahagian yang penting untuk semua pihak. Setiap pengurus di dalam organisasi perlu

bertanggungjawab untuk mengenal pasti risiko, bahaya atau situasi amalan yang selamat dengan tujuan untuk mengambil langkah-lanhkah awal pencegahan agar pekerja dapat bekerja dengan selamat. Penilaian ke atas aspek keselamatan dan kesihatan bukan sahaja memberi faedah kepada organisasi dari segi mengurangkan berlakunya kemalangan tetapi juga membolehkan organisasi mengurangkan kos kemalangan. Dengan adanya pelbagai

program keselamatan, secara tidak langsung organisasi dapat mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan akibat kecederaan. Penilaian yang dilakukan juga penting bagi melihat tahap kualiti kerja yang dicapai oleh pekerja. Ia digunakan sebagai alat untuk mengetahui keperluan latihan, pampas an, kenaikan pangkat dan lain-lain.

90 Hasil kajian ini menyamai hasil kajian yang dibuat oleh Mohd Asrul Bin Rafiin @ Shafien. Latihan keselamatan adalah penting untuk pekerja mahir,separuh mahir,atau kurang mahir. Latihan pengukuhan diperlukan bagi semua pekerja bagi memastikan segala prosedur dan kebenaran kerja dapat diikuti sepenuhnya. Antara latihan yang diberi termasuk penggunaan peralatan, perlindungan diri, prosedur ketika berlaku kecemasan dan juga pengendalian jentera atau mesin. Latihan keselamatan yang turut disertai oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB ).

5.5

IMPLIKASI

AKIBAT

PENGABAIAN

KESELAMATAN

DAN

KESIHATAN DI TAPAK BINA

Berdasarkan maklumbalas daripada responden, implikasi akibat daripada pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina telah menyebabkan penyiapan projek tidak dilaksanakan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan. Hal ini akan menyebabkan projek akan mengalami sedikit perubahan masa dalam penyiapan projek tersebut. Selain itu, implikasi akibat pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina juga menyebabkan organisasi mengalami kadar lantik henti yang tinggi menurunkan produktiviti syarikat, dan menjejaskan prestasi syarikat. Oleh itu, denda ataupun tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja ataupun pihak syarikat melakukan pengabaian keselamatan dan kesihatan di tapak bina. Selain

daripada denda oleh pihak berkuasa, denda juga akan diberikan oleh pihak syarikat bergantung kepada kesalahan yang telah dilakukan oleh pekerja tersebut. Berdasarkan daripada lampiran di bawah menunjukkan denda-denda yang dikenakan oleh pihak syarikat Enhance View Sdn Bhd kepada pekerjanya.

91 Hasil kajian ini menyamai hasil kajian yang dibuat oleh Roslan Bin Amirudin, 2005 dalam kajiannya yang bertajuk Sisitem Pengurusan Keselamatan Pembinaan Bersepadu : Pendekatan Sistem Berasaskan Pengetahuan. Kemalangan telah menyebabkan kerugian besar kepada negara. Dalam tahun 2000, kos yang ditanggung oleh negara akibat daripada kemalangan dianggarkan bernilai RM2.4 billion. Dalam tahun yang sama SOCSO telah membuat bayaran sejumlah RM608 juta ke atas pelbagai tuntutan akibat kemalangan yang telah dikemukakan oleh ahlinya disebabkan kecacatan sementara atau kekal, pampasan kepada waris, kos pnegkebumian dan perubatan serta pencen. Selain daripada menanggung kos pembayaran pampasan, industri di negara ini juga menanggung kerugian akibat kehilangan masa disebabkan kemalangan ( lost time injuries ). Bancian yang telah dilaksanakan ke atas kehilangan masa disebabkan kemalangan mendapati nilainya telah meningkat dari 1.1jam dalam tahun 1994 kepada 1.4jam dalam tahun 1995.