bab 4 ustad

12
BAB 4 ANALISIS DATA 4.0 PENDAHULUAN Bab ini akan membincangkan tentang mengenai hasil analisis data dan interpretasi data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada 3 orang murid tahun 1 di sekolah saya. Data yang diperolehi dan dibincangkan ialah daripada ujian pra dan ujian pos, pemerhatian, dan juga daripada soal selidik yang telah dijalankan. 4.1 ANALISIS PERBEZAAN DATA MIN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden menggunakan set soalan sedikit berbeza berdasarkan objektif yang dinyatakan pada Bab 1. Perlaksanaan ujian pra dan ujian pos ialah untuk menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama malaikat dan tugasnya dalam bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos adalah seperti yang berikut: Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Bil Responden Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

Upload: educhi-rzen

Post on 23-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 ustad

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang mengenai hasil analisis data dan interpretasi

data berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada 3 orang murid tahun 1 di

sekolah saya. Data yang diperolehi dan dibincangkan ialah daripada ujian pra dan

ujian pos, pemerhatian, dan juga daripada soal selidik yang telah dijalankan.

4.1 ANALISIS PERBEZAAN DATA MIN ANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Pengkaji telah menjalankan ujian pra dan ujian pos ke atas responden menggunakan

set soalan sedikit berbeza berdasarkan objektif yang dinyatakan pada Bab 1.

Perlaksanaan ujian pra dan ujian pos ialah untuk menilai sejauhmana peningkatan

kemahiran mengingat responden bagi nama-nama malaikat dan tugasnya dalam

bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos adalah seperti yang

berikut:

Jadual 1: Perbandingan Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Bil Responden Ujian Pra

(%)

Ujian Pos

(%)

1 R1 35 77

2 R2 47 92

3 R3 25 84

Min 35.7 84.3

Jadual 1 menunjukkan dapatan perbandingan pencapaian murid dalam ujian Pra dan

Ujian Pos yang telah dijalankan. Berdasarkan jadual tersebut, pengkaji mendapati

peratus markah responden dalam ujian Pos adalah tidak pada tahap memuaskan

Page 2: BAB 4 ustad

kerana markah ketiga-tiga responden di bawah 50%. Setelah rawatan dijalankan

dengan menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran topik

wuduk, dapatan menunjukkan peningkatan peratusan markah pencapaian dalam

kalangan responden pada ujian Pos.

Rajah 1: Graf Perbandingan Min Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian Pra Ujian Pos

Min 35.7 84.3

5

15

25

35

45

55

65

75

85

Axis

Title

Berdasarkan perbandingan pada Rajah 1, pengkaji juga dapati purata atau min markah

kedua-dua ujian tersebut meningkat dari 35.7% pada ujian Pra dan mencapai purata

peningkatan markah 84.3% pada ujian Pra. Peningkatan nilai min markah selepas

ujian Pos dijalankan adalah sebanyak 48.6%.

Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian bagi semua responden

setelah rawatan menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran

topik Wuduk dilaksanakan terhadap responden.

Page 3: BAB 4 ustad

Rajah 2: Graf Perbandingan Peratusan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

R1 R2 R31 2 3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

35

47

25

77

92

84

Ujian Pra (%) Ujian Pos (%)

Berdasarkan dapatan pada Rajah 2 di atas, kesemua responden menunjukkan

peningkatan prestasi dari segi markah ujian selepas ujian Pra dilakukan. Peningkatan

markah yang paling banyak adalah sebanyak 59% oleh Responden 3. Responden 3

hanya memperolehi 25% pada ujian Pra. Tetapi setelah rawatan dijalankan,

Responden 3 memperolehi markah sebanyak 84%.

Peningkatan kedua tertinggi ialah Responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak

45% iaitu daripada 47% markah pada ujian Pra lalu melonjak kepada 92% pada ujian

Pos. Manakala Responden 1 pula menunjukkan peningkatan markah yang paling

sedikit iaitu sebanyak 42%. Namun begitu, Responden 1 berjaya meningkatkan

markah daripada 35% pada ujian Pra kepada 77% pada ujian Pos.

Keseluruhannya, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa setelah rawatan

menggunakan kaedah nyanyian dalam pengajaran topik Wuduk dilaksanakan terhadap

responden, pencapaian mereka berjaya ditingkatkan pada ujian Pos. Peningkatan ini

Page 4: BAB 4 ustad

ialah berdasarkan nilai min yang telah dinyatakan dalam Jadual 1 iaitu markah min

pada ujian Pra ialah 35.7% dan pada ujian Pos ianya meningkat kepada 84.3%.

Analisis data pada Rajah 2 juga menunjukkan peningkatan markah pada ujian Pos

bagi semua responden.

4.2 ANALISIS KEMAHIRAN MENGINGAT MURID DAN MENINGKATKAN

MINAT MURID DALAM MENGINGAT CARA-CARA BERWUDUK

MELALUI KAEDAH NYANYIAN.

4.2.1 Pemerhatian

Pengkaji menggunakan instrument pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung bagi melihat peningkatan ingatan dan minat serta tingkahlaku responden.

Pemerhatian yang dilakukan adalah secara berstruktur iaitu dengan menggunakan

borang senarai semak pemerhatian bagi merekod bilangan kekerapan bagi setiap

fokus pemerhatian yang diperhatikan. Pemerhatian ini dilaksanakan semasa minggu

kelima kajian.

Jadual 2: Analisis Data Instrumen Pemerhatian

Bil. Fokus Pemerhatian Kekerapan Peratus

Kekerapan (%)

1. Beri perhatian sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

2 66.7%

2. Mengambil bahagian dalam aktiviti

nyanyian

3 100%

3. Menunjukkan minat dalam kaedah

nyanyian

3 100%

4. Dapat mengingat lirik nyanyian cara-

cara berwuduk dengan betul

2 66.7%

5. Dapat menunjukkan cara-cara

berwuduk yang betul

3 100%

6. Dapat menjawab soalan-soalan

berkaitan dengan cara-cara berwuduk

2 66.7%

Page 5: BAB 4 ustad

Berdasarkan Jadual 2 di atas, dapat diperhatikan hanya 2 orang responden memberi

perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan peratus

kekerapan sebanyak 66.7%. Manakala seorang responden kurang memberi perhatian

dengan peratus kekerapan, 33.3%. Seterusnya, semua responden iaitu dengan peratus

kekerapan 100% telah berjaya mengambil bahagian dalam aktiviti nyanyian cara-cara

berwuduk dan kesemuanya juga turut menunjukkan minat melalui tingkahlaku iaitu

berasa seronok dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh mereka.

Walaupun begitu, hanya 2 daripada 3 orang responden berjaya mengingat lirik

nyanyian cara-cara berwuduk dengan baik dengan peratusan kekerapan ialah 66.7%.

Seorang responden kelihatan sukar untuk mengingat dengan baik keseluruhan lirik

lagu. Namun demikian, kesemua responden berjaya menunjukkan cara-cara berwuduk

dengan betul sewaktu menyanyikan lagu tersebut dengan peratusan 100%. Analisis

juga menunjukkan hanya 2 orang responden dapat menjawab soalan-soalan berkaitan

dengan cara-cara berwuduk dengan cepat dan betul. Seorang lagi Responden masih

lagi lambat dan mengingat-ingat ketika menjawab soalan.

Jadual 3: Analisis Pemerhatian Terhadap Aspek Tingkah Laku dan Lisan

Kod Aspek Kekerapan Peratus Kekerapan

(%)

1,2,3,5 Tingkah Laku 11/12 91.7%

4,6 Lisan 4/6 66.7%

Keseluruhannya, dari aspek tingkah laku seperti yang dirumuskan dalam Jadual 3,

para responden menunjukkan penglibatan dan minat yang baik sewaktu pengajaran

dan pembelajaran cara-cara berwuduk menggunakan kaedah nyanyian dijalankan iaitu

dengan kekerapan 91.7%. Dari aspek lisan pula, peratus kekerapan adalah lebih

rendah berbanding dengan aspek tingkah laku iaitu 66.7%. Ini disebabkan terdapat

lagi responden yang tidak begitu mengingati lirik lagu dan masih lambat serta masih

salah bila menjawab soalan-soalan berkaitan wuduk yang diajukan oleh pengkaji.

4.2.2 Soal Selidik

Page 6: BAB 4 ustad

Pengkaji juga telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk

mengetahui peningkatan minat responden dalam mengingat cara-cara mengambil

Wuduk dengan betul melalui kaedah nyanyian sebelum dan selepas rawatan

dilaksanakan. Soalan yang dibina adalah mengikut aras kefahaman responden iaitu

soalan yang mudah difahami dan bersesuaian bagi peringkat umur responden.

Soalan yang dibina mengandungi lapan soalan yang menjurus kepada minat

responden terhadap kajian yang dilakukan terhadap mereka. Pilihan jawapan diberi

adalah berdasarkan Ya atau Tidak. Data daripada soal selidik yang dilakukan oleh

pengkaji telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan

pemahaman dan pentafsiran data. Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan

peratusan analisis soal selidik selepas rawatan.

Jadual 4: Taburan Kekerapan dan Peratusan Analisis Soal Selidik

Item Pernyataan Ya

Bil (%)

Tidak

Bil (%)

1. Saya meminati matapelajaran Pendidikan Agama

Islam

1 (33.3%) 2 (66.7%)

2. Saya gemar menyanyi lagu 2 (66.7%) 1 (33.3%)

3. Saya gemar mendengar lagu 2 (66.7%) 1 (33.3%)

4. Saya seronok belajar menggunakan kaedah

nyanyian

3 (100%) 0 (0%)

5. Saya suka mengingat sesuatu perkara 2 (66.7%) 1 (33.3%)

6. Cara-cara berwuduk sukar diingati 2 (66.7%) 1 (33.3%)

7. Saya dapat mengingat cara-cara berwuduk

melalui kaedah nyanyian

3 (100%) 0 (0%)

8. Saya gembira dapat mengingati cara-cara

berwuduk

3 (100%) 0 (0%)

Jadual 4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan data soal selidik untuk

mengetahui minat reponden terhadap kaedah nyanyian cara-cara berwuduk yang betul

yang diperkenalkan oleh pengkaji. Analisis soal selidik ini dilakukan terhadap

responden setelah melalui proses rawatan melalui kaedah nyanyian bagi mengingat

Page 7: BAB 4 ustad

cara-cara berwuduk yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah.

Bagi item 1 iaitu merujuk pernyataan ‘Saya meminati matapelajaran Pendidikan

Agama Islam’, hanya 1 orang responden menyatakan Ya dan 2 orang responden lagi

menyatakan Tidak. Item ini disoal bertujuan untuk mengetahui bilangan responden

yang meminati bidang Pendidikan Agama Islam.

Bagi Item 2 pula yang merujuk kepada pernyataan ‘Saya gemar menyanyi lagu’. 2

orang responden bersamaan dengan 66.7% suka menyanyi lagu dengan menjawab Ya

dan 33.3% yang mewakili seorang responden tidak suka menyanyi lagu dengan

menjawab Tidak. Item ini akan pengkaji gunakan sebagai rujukan kepada pengkaji

adakah nyanyian dapat merangsang minat murid dalam aktiviti mengingat fakta.

Item 3 pula lebih menjurus kepada ingin mengetahui minat responden dalam

mendengar lagu. 2 daripada 3 orang responden yang membawa kekerapan peratusan

sebanyak 66.7% gemar mendengar lagu. Seorang lagi responden menjawab Tidak

kerana tidak gemar mendengar lagu.

Pernyataan yang keempat ialah ‘Saya seronok belajar menggunakan kaedah

nyanyian’. Item ini ditanyakan bertujuan untuk mengetahui samada responden suka

belajar menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dalam bilik darjah. Analisis menunjukkan 100% jumlah responden menyatakan Ya

iaitu mereka seronok ketika belajar dengan menggunakan kaedah nyanyian.

Seterusnya ialah item 5 yang menyatakan ‘saya suka mengingat sesuatu perkara’.

Item ini bertujuan untuk mengetahui sama ada wujudnya minat responden untuk

mengingat sesuatu perkara. Daripada 3 orng responden, seramai 2 orang responden

menyatakan Ya dan hanya seorang menyatakan Tidak.

Item ke-6 dari senarai item-item pernyataan dalam borang soal selidik ialah ‘Cara-

cara berwuduk sukar diingati’. Seramai 2 orang responden menyatakan Ya bagi

pernyataan ini dan seorang responden menyatakan Tidak. Item ini dirangka bertujuan

untuk mengetahui adakah selepas rawatan terdapat perubahan yang berlaku bagi

mengingat cara-cara berwuduk yang betul.

Page 8: BAB 4 ustad

Manakala item 7 pula ialah ‘Saya dapat mengingat cara-cara berwuduk melalui

kaedah nyanyian’. Analisis jawapan menunjukkan, kesemua responden menjawab Ya.

Pengkaji menggunakan item ini bertujuan untuk mengetahui adakah responden dapat

mengingat cara-cara berwuduk dengan betul setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke

atas mereka.

Item terakhir dalam borang soal selidik yang diberikan ialah ‘Saya gembira dapat

mengingati cara-cara berwuduk’. Kesemua responden menyatakan Ya bagi

pernyataan item ini iaitu seramai 3 orang responden dan tiada seorang responden pun

menyatakan Tidak bagi pernyataan item ini. Item ini bertujuan untuk mengetahui

sama ada responden gembira atau tidak setelah mampu meningat cara-cara berwuduk

dengan betul. Dapatan-dapatan ini turut disokong oleh pemerhatian yang telah

direkod oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.