bab 4 sektor-sektor prioriti dalam...

21
LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012 UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 1 BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011 4.0 PENGENALAN Bab ini membentangkan hasil pengenalpastian sektor-sektor ekonomi yang wajar diberikan prioriti untuk dijadikan asas bagi penekanan di dalam proses pembangunan holistik negeri Selangor. Perbincangan dimulakan dengan merumuskan keadaan ekonomi makro negeri Selangor di tahun 2010 dan 2011 yang telah dibincangkan di dalam Bab 1 hingga Bab 3, sebelum sektor-sektor ekonomi prioriti dikenalpasti berdasarkan kepada sumbangan kepada nilai ditambah keseluruhan negeri. Pengenalpastian ini kemudiannya diikuti oleh penyenaraian cadangan langkah-langkah untuk penumpuan usaha kepada pencapaian pembangunan holistik ke atas golongan sasaran di dalam ekonomi, iaitu, peniaga, penduduk dan pelancong. Penyenaraian ini dibuat mengikut sektor-sektor yang telah dikenalpasti sebagai sektor prioriti. Bab ini diakhiri oleh satu rumusan ringkas. Ekonomi Selangor dianggarkan merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2011 di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar hasil daripada peningkatan di dalam permintaan domestik di dalam suasana eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Momentum pertumbuhan dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh serta pelaksanaan inisiatif polisi ekonomi makro negara yang merangsang penggunaan dan pelaburan swasta. Keyakinan peniaga dan pengguna serta pemulihan ekonomi serantau menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mengaktifkan ekonomi yang juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh. KDNK negeri Selangor dianggar berkembang pada kadar 5.9% bagi keseluruhan 2011 (2010: 10.8%). Pertumbuhan di dalam nilai ditambah sektor-sektor ekonomi negeri adalah menyeluruh. Peratus pertumbuhan tertinggi dicatat oleh sektor Perkhidmatan Kerajaan. Pengeluaran sektor pembuatan dijangka meningkat berikutan permintaan luar yang bagi produk elektrik dan el0ektronik. Peningkatan di dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta dijangka

Upload: doanhuong

Post on 06-Feb-2018

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 1

BAB 4

SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011

4.0 PENGENALAN

Bab ini membentangkan hasil pengenalpastian sektor-sektor ekonomi yang wajar diberikan prioriti untuk dijadikan asas bagi penekanan di dalam proses pembangunan holistik negeri Selangor. Perbincangan dimulakan dengan merumuskan keadaan ekonomi makro negeri Selangor di tahun 2010 dan 2011 yang telah dibincangkan di dalam Bab 1 hingga Bab 3, sebelum sektor-sektor ekonomi prioriti dikenalpasti berdasarkan kepada sumbangan kepada nilai ditambah keseluruhan negeri. Pengenalpastian ini kemudiannya diikuti oleh penyenaraian cadangan langkah-langkah untuk penumpuan usaha kepada pencapaian pembangunan holistik ke atas golongan sasaran di dalam ekonomi, iaitu, peniaga, penduduk dan pelancong. Penyenaraian ini dibuat mengikut sektor-sektor yang telah dikenalpasti sebagai sektor prioriti. Bab ini diakhiri oleh satu rumusan ringkas.

Ekonomi Selangor dianggarkan merekodkan pertumbuhan positif pada tahun 2011 di dalam persekitaran luar yang lebih mencabar hasil daripada peningkatan di dalam permintaan domestik di dalam suasana eksport yang perlahan berikutan prestasi ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang rendah, krisis hutang berdaulat euro, gangguan rantaian bekalan akibat daripada gempa bumi dan tsunami di Jepun serta peningkatan inflasi dunia. Momentum pertumbuhan dijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan swasta yang berdaya tahan dan pelaburan swasta yang kukuh serta pelaksanaan inisiatif polisi ekonomi makro negara yang merangsang penggunaan dan pelaburan swasta. Keyakinan peniaga dan pengguna serta pemulihan ekonomi serantau menyediakan persekitaran yang kondusif untuk mengaktifkan ekonomi yang juga akan disokong oleh projek infrastruktur awam yang rancak serta eksport komoditi dan barangan pembuatan berasaskan sumber yang kekal kukuh. KDNK negeri Selangor dianggar berkembang pada kadar 5.9% bagi keseluruhan 2011 (2010: 10.8%).

Pertumbuhan di dalam nilai ditambah sektor-sektor ekonomi negeri adalah menyeluruh. Peratus pertumbuhan tertinggi dicatat oleh sektor Perkhidmatan Kerajaan. Pengeluaran sektor pembuatan dijangka meningkat berikutan permintaan luar yang bagi produk elektrik dan el0ektronik. Peningkatan di dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta dijangka

Page 2: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 2

merangsang industri berorientasi domestik seperti kelengkapan pengangkutan dan bahan industri pembinaan. Sektor pertanian dijangka terus berkembang dengan dibantu oleh peningkatan pengeluaran dalam subsektor bukan komoditi. Nilai ditambah sektor pembinaan dijangka meningkat berikutan peningkatan permintaan hartanah. Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkhidmatan adalah dipacu oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, komunikasi serta kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan.

4.1 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM EKONOMI NEGERI SELANGOR

Anggaran KDNK negeri Selangor bagi tahun 2010 dan 2011 menunjukkan bahawa sektor perkhidmatan adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri Selangor. Berbanding dengan sektor industri, sektor perkhidmatan adalah merupakan penyumbang yang lebih besar, iaitu dengan sumbangan sekitar 56% berbanding sumbangan 39% sektor industri.

Jadual 4.1 Sumbangan Sektor-Sektor Kepada Ekonomi Negeri Selangor 2009 - 2011

NILAI DITAMBAH (RM JUTA)

SUMBANGAN (%)

2009 2010 2011 2009 2010 2011

SEKTOR UTAMA 2,163 2,282 2,351 1.9% 1.8% 1.7%

Pertanian 1,997 2,114 2,186 1.7% 1.6% 1.6%

Perlombongan & Kuari 166 168 165 0.1% 0.1% 0.1%

SEKTOR PERINDUSTRIAN 42,603 49,884 52,705 37.4% 38.7% 38.6%

Pembuatan 36,731 43,876 46,552 31.6% 34.1% 34.1%

Pembinaan 5,872 6,008 6,152 5.1% 4.7% 4.5%

SEKTOR PERKHIDMATAN 67,827 72,763 76,927 58.4% 56.5% 56.4%

Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi

13,358 14,182 14,863 11.5% 11.0% 10.9%

Perdagangan Borong & Runcit, Penginapan dan Restoran

21,380 22,443 23,965 18.4% 17.4% 17.6%

Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

21,484 23,746 24,983 18.5% 18.4% 18.3%

Perkhidmatan-perkhidmatan Lain

6,056 6,278 6,529 5.2% 4.9% 4.8%

Perkhidmatan Kerajaan 5,548 6,114 6,587 4.8% 4.7% 4.8%

Cukai Import 3,630 3,887 4,460 3.1% 3.0% 3.3%

KDNK (2000 =100) 116,222 128,816 136,442

Sumber: Anggaran Unit Perancang Ekonomi Selangor. Data Nilai Ditambah Bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah dari Jabatan Perangkaan Malaysia

Jelas, bagi negeri Selangor, sebahagian besar daripada langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi perlu ditumpukan kepada meningkatkan tahap

Page 3: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 3

aktiviti dan nilai ditambah sektor-sektor perkhidmatan. Walau bagaimanapun, tumpuan harus juga diberikan untuk pembangunan sektor industri di atas sebab bahawa sekitar 39% daripada nilai ditambah negeri adalah disumbangkan oleh sektor tersebut. Selain itu, oleh kerana sebahagian besar daripada aktiviti pertanian adalah melibatkan kawasan luar bandar, pembangunan sektor pertanian, dengan secara tidak langsung, akan mempertingkatkan ekonomi penduduk luar bandar.

Usaha Meningkatkan Aktiviti Di Dalam Sektor Perkhidmatan

Analisis menghasilkan petunjuk bahawa, di kalangan sektor-sektor perkhidmatan, sektor Kewangan dan Insurans dan sektor Perdagangan Borong dan Runcit adalah di antara sektor penyumbang tertinggi kepada KDNK negeri iaitu masing-masing dianggarkan menyumbang 18.3% dan 17.6% pada tahun 2011. Selain itu sektor Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi telah menyumbang 10.9% manakala sektor Perkhidmatan-perkhidmatan Lain dan sektor Perkhidmatan Kerajaan masing-masing dianggarkan telah menyumbang 4.8% dan 4.8%. Lima sektor ini juga telah menyediakan pekerjaan kepada hampir satu setengah juta tenaga buruh pada tahun 2010.

Jadual 4.2 Anggaran Tenaga Buruh Negeri Selangor Mengikut Sektor, 2010 dan 2011

Sektor Ekonomi

Tenaga Buruh Yang Bekerja Bagi Tahun

2010 2011*

Bilangan (‘000)

% Bilangan (‘000)

%

Sektor Utama 58.3 2.7 51.9 2.4

Pertanian, Perikanan, Haiwan dan Perhutanan

43.3 2.0 38.9 1.8

Perlombongan dan Kuari 15.0 0.7 13.0 0.6

Sektor Perindustrian 624.6 29.3 637.5 29.5

Pembuatan 391.3 18.4 401.9 18.6

Pembinaan 204.9 9.6 211.8 9.8

Sektor Perkhidmatan 1447.8 67.9 1471.5 68.1

Utiliti ( Eletrik, Gas dan Air) 28.4 1.3 23.8 1.1

Perdagangan Borong dan Runcit, Hotel dan Restoren

451.4 21.2 473.3 21.9

Pengangangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

228.7 10.7 233.4 10.8

Kewangan, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

301.1 14.1 304.7 14.1

Perkhidmatan Awam dan Sosial 466.4 21.9 458.1 21.2

Jumlah Penduduk Bekerja ( 15-64) 2130.7 100.0 2160.9 100.0

Kadar Pengangguran 3.0% 3.3%

Sumber: Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia (*) Anggaran UPEN Selangor

Page 4: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 4

Sektor Perdagangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran

Memandangkan sumbangan besar sektor Sektor Perdagangan Borong & Runcit, Hotel & Restoran kepada penyediaan pekerjaan, tumpuan seharusnya diberikan kepada meningkat dan menggalakkan aktiviti sektor ini. Di antara usaha-usaha jangka sederhana dan jangka panjang yang boleh dipertimbangkan ialah,

(i) Meningkatkan tahap “mesra peruncit”, dengan memudahkan prosedur permulaan dan penerusan perniagaan runcit dari segi polisi, peraturan, infrastruktur dan aspek-aspek yang berkaitan.

(ii) Meningkatkan tahap “mesra pembeli”, melalui peningkatan kemudahan kepada pengunjung dan pelancong dari segi pengangkutan awam, tempat berteduh, berehat dan seumpamanya.

(iii) Mewujudkan hubungan “win-win” dengan peruncit di dalam aktiviti-aktiviti promosi jangka pendek/panjang bagi meningkatkan aktiviti perniagaan runcit.

(iv) Mewujudkan kawasan-kawasan peruncitan yang mempunyai daya tarikan kepada pelancong dari negara-negara Islam.

(v) Mempromosi konsep festival “annual shopping trips” bagi kumpulan-kumpulan tertentu dari seluruh negeri, contohnya golongan-golongan pesara, orang tua, kanak-kanak istimewa, dan lain-lain. Ini boleh dilakukan dengan kerjasama jabatan pelancongan negeri.

(vi) Mengenalpasti langkah-langkah untuk menyediakan produk-produk pelancongan inovatif seperti health tourism, educational tourism, sports tourism dan eco tourism.

(vii) meletakkan negeri Selangor di atas peta dunia melalui promosi dan pengwujudan petunjuk-petunjuk kompetitif dunia (world competitive indicators) bagi negeri Selangor seperti yang dikeluarkan oleh IMD Switzerland.

(viii) Usaha jangka sederhana/panjang boleh diadakan untuk tujuan mempromosi penggunaan ruang-ruang hotel di seluruh negeri untuk seminar, pameran, persidangan antarabangsa dan sebagainya melalui kerjasama “win-win” dengan pengusaha-pengusaha hotel dan operator pelancongan.

Kesan dari peningkatan di dalam aktiviti sektor ini akan menjana kesan pendarab (multiplier effect) yang akan melimpah ke sektor ekonomi lain, khususnya sektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan.

Page 5: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 5

Sektor Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan.

Oleh kerana sektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan memberikan sumbangan yang agak tinggi kepada nilai ditambah sektor perkhidmatan dan peluang pekerjaan negeri, usaha harus dijalankan untuk meningkatkan aktiviti sektor ini. Di antara usaha jangka sederhana dan jangka panjang yang boleh dipertimbangkan ialah mengenalpasti langkah-langkah untuk mewujudkan Islamic Financial Hub dalam jangka panjang di Selangor.

Sektor Pertanian

Untuk membawa manfaat kepada penduduk luar bandar usaha di dalam penggalakan aktiviti-aktiviti pertanian perlu dilakukan secara intensif dan meluas:

i) Mengadakan program penggalakan usaha tanaman kontan seperti serai, halia, kunyit, daun-daun herba dan sayuran di celah-celah kebun kelapa dan kelapa sawit atau tanah lapang di sekitar kediaman dengan hasil-hasil dipasarkan secara yang bersistematik.

ii) Mengadakan program latihan dan penggalakan kitaran semula bahan-bahan buangan pertanian untuk menjadi kompos dengan tujuan meningkatkan nilai tambah sektor pertanian.

iii) Mengadakan program latihan dan penggalakan ternakan ayam kampung di sekitar kediaman di luar bandar.

iv) Mengadakan program latihan dan penggalakan pemeliharaan ikan keli, haruan dan ikan-ikan hiasan yang boleh diusahakan secara berkumpulan melalui aktiviti pesatuan peladang atau aktiviti ekonomi qariah masjid dan surau di kawasan-kawasan luar bandar.

v) Menambah bilangan ladang-ladang ternakan kambing dan lembu dengan pengurusan dan pemantauan yang sistematik.

vi) Menggalakkan kawasan kampung tradisi dihiasi dengan bunga yang tahan lama untuk tujuan mengindahkan kampung-kampung tradisi sebagai salah satu langkah penggalakan pelancongan desa.

vii) Mengadakan program latihan dan penggalakan aktiviti pelancong pertanian secara sistematik, konsisten dan berjadual.

viii) Mewujudkan program penjenamaan semula kampung-kampung tradisi atau kampung wawasan untuk tujuan menzahirkan ciri-ciri tradisi untuk menjadi produk pelancongan.

ix) Mengadakan program penanaman pokok-pokok hutan seperti pokok gaharu dan lain-lain di kawasan tanah terbiar, tanah-tanah wakaf terbiar di seluruh negeri.

Page 6: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 6

4.2 PENUMPUAN USAHA KEPADA PENCAPAIAN PEMBANGUNAN HOLISTIK KE ATAS GOLONGAN SASARAN: PENIAGA, PENDUDUK DAN PELANCONG.

Pendekatan kedua yang di dalam usaha mempertingkatkan ekonomi dan kesejahteraan negeri Selangor ialah dengan berusaha untuk merancang dan melaksanakan pembangunan holistik (termasuk di dalam aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan) kepada tiga pihak; peniaga, penduduk dan pelancong. Pencapaian pembangunan holistik di kalangan peniaga, penduduk dan pelancong1 akan dengan sendirinya menghasilkan pencapaian sasaran peningkatan aktiviti dalam sektor-sektor ekonomi. Di dalam pendekatan ini aktiviti-aktiviti yang disasarkan untuk tujuan mencapai pembangunan holistik di kalangan tiga sasaran ini dikenalpasti, dirancang dan dilaksanakan. Cadangan aktiviti-aktiviti berkenaan disenaraikan di Bahagian 4.3.1. Cadangan-cadangan ini perlu diolah menjadi pelan tindakan (action plan) yang lengkap dengan indikator-indikator (KPI) yang menjadi alat untuk memantau perlaksanaannya.

4.3.1 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PEMBINAAN.

P1: PENIAGA

Laksanakan konsep zoning pasaran atau produk.

Laksana pemuliharaan bangunan warisan.

Pengawalan kerja-kerja pembinaan.

Bangunan baru perlu mempunyai rekabentuk bangunan yang sesuai.

Laksanakan peraturan supaya peniaga menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada pekerja.

P2: PENDUDUK

Bina rumah mampu milik dan sewakan dengan konsep ROTO (Rent to Own) kepada penduduk berpendapatan rendah.

Bina apartmen yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik.

Bina apartmen dengan tingkat bawah dikosongkan untuk menjadi pusat komuniti.

Bina apartmen dengan tempat letak kereta bertingkat.

Bangunkan lanskap kawasan perumahan.

Bangunkan semula rumah-rumah pangsa yang usang.

1 Perbincangan dan saranan yang yang dikemukakan di bahagian ini adalah berlandas kepada suatu “premis” bahawa peniaga mewakili sektor pengeluar ekonomi, manakala penduduk dan pelancong mewakili pengguna. Kumpulan peniaga memainkan peranan pengeluar di dalam ekonomi dan merangkumi petani, pengilang, pengedar, peruncit dan pembekal pelbagai perkhidmatan ekonomi. Di sebaliknya kumpulan penduduk dan pelancong memainkan peranan sebagai pengguna di dalam ekonomi.

Page 7: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 7

P3: PELANCONG

Kekalkan bangunan warisan dan bina pangkalan data untuk maklumat mengenai bangunan-bangunan tersebut.

Hebahkan dan bina pangkalan data muzium dan virtual muzium.

Hebahkan dan bina pangkalan data bagi taman tema di sekitar negeri Selangor dan Lembah Kelang.

Perluaskan kerja-keja landskap dan bina taman-taman di sekitar negeri Selangor

4.3.2 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PEMBUATAN.

P1: PENIAGA

Galakan pelaburan di dalam industri-industri “Precision & High End”.

Beri insentif untuk pengekalan dan pembesaran kilang-kilang yang sedia ada.

Wujudkan ”Halal hub” di negeri Selangor

Galakkan pengeluaran Busana Muslim

P2: PENDUDUK

Wujudkan peraturan yang membolehkan kerja-kerja pembuatan yang sesuai dilakukan di tempat-tempat tinggal penduduk sebagai input kepada kilang-kilang.

Wujudkan peraturan yang membolehkan kerja-kerja pembungkusan yang sesuai dilakukan di tempat-tempat tinggal penduduk sebagai input kepada kilang-kilang.

P3: PELANCONG

Wujudkan program penggalakan dan hebahan kewujudan Busana Muslim di kalangan pelancong.

Wujudkan program penggalakan dan hebahan perusahaan seni kraf di kalangan pelancong.

4.3.3 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor UTILITI.

P1: PENIAGA

Mengwujudkan kerjasama di kalangan agensi-agensi penyedia utiliti (air, elektrik) untuk memudahkan peniaga di dalam hal-hal berkaitan dengan permulaan perniagaan dan bekalan utiliti kepada perniagaan (termasuk industri).

P2: PENDUDUK

Mengwujudkan kerjasama di kalangan agensi-agensi penyedia utiliti untuk memudahkan penduduk di dalam hal-hal berkaitan dengan bekalan utiliti kepada perniagaan kepada isirumah.

P3: PELANCONG

Memperkemaskan sistem pembekalan utiliti tanpa gangguan kepada hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan seperti taman tema dan sebagainya.

Page 8: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 8

4.3.4 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PERNIAGAAN BORONG DAN RUNCIT.

P1: PENIAGA

Laksanakan konsep zoning bagi pasaran runcit dan borong mengikut jenis produk.

Wujudkan pasar-pasar ”flea market” sebagai alternatif kepada hyper market yang sedia wujud.

Wujudkan pasar-pasar ”speciality catalog store”, ”mail order store”

Wujudkan pasar-pasar ”halal hub” di setiap kawasan penempatan majoriti Islam di Negeri Selangor.

P2: PENDUDUK

Wujudkan pasar-pasar ”flea market” sebagai alternatif kepada hyper market yang sedia wujud untuk kemudahan penduduk.

Wujudkan pasar-pasar ”specialty catalog store”, ”mail order store” di kawasan kawasan penduduk.

Wujudkan pasar-pasar ”halal hub” di setiap kawasan penempatan majoriti Islam di negeri Selangor.

Wujudkan sistem pembersihan pasar malam, pasar & pasar minggu yang berkesan untuk memberi keselesaan kepada penduduk.

P3: PELANCONG

Wujudkan sistem penguatkuasaan larangan barangan tiruan dan cetak rompak harta intelek.

Wujudkan sistem penggalakan penubuhan kedai-kedai ”speciality shops” di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di seluruh negeri Selangor.

4.3.5 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PELANCONGAN, HOTEL DAN RESTOREN.

P1: PENIAGA

Mewujudkan sistem galakan penubuhan “ budget hotels”, ”home stay” dan ”bed and breakfast” di negeri Selangor.

Mewujudkan sistem galakan penubuhan ”restoran rakyat” di Lembah Kelang.

Menggalakkan penubuhan Pusat Kraft di negeri Selangor

Memudahkan pelaburan di dalam Taman Tema & Taman Rekreasi di negeri Selangor

Menggalakkan pembinaan muzium pelbagai untuk pameran sejarah, perlombongan, kebudayaan, sains dan teknologi.

Page 9: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 9

P2: PENDUDUK

Memperkenal dan menggalakkan restoran berkonsepkan “6 to 11 hrs” yang menyediakan perkhidmatan makanan pagi kepada pekerja-pekerja di bandar-bandar di negeri Selangor.

Menjalankan kempen dan galakan perubahan sikap penduduk mengenai kebesihan kawasan dan tandas.

P3: PELANCONG

Mewujudkan sistem pemantauan kebersihan kawasan dan tandas di pusat-pusat pelancongan dan restoran-restoran untuk keselesaan, kebersihan dan kecantikan negeri Selangor.

Menjalankan kempen dan galakan perubahan sikap penduduk mengenai kebesihan kawasan dan tandas.

Menjalankan pemantauan ketat supaya kawasan-kawasan tumpuan adalah bebas dari penagih dadah dan pengemis.

Menjalankan kempen “Rude-free environment” untuk tujuan pemurnian industri pelancongan negeri Selangor.

Mewujudkan lebih banyak Pusat Maklumat Pelancongan

Mewujudkan dan Mempromosi “Ramadan Carnivals” sebagai produk pelancongan di Selangor.

Mengenalpasti dan memperkenalkan “makanan asli/tradisional” di setiap daerah.

Mewujudkan “info kiosk” di stesyen-stesyen minyak di luar Lembah Klang.

4.3.6 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PENGANGKUTAN.

P1: PENIAGA

Mewujudkan sistem pengangkutan pekerja yang efisyen untuk bandar-bandar di negeri Selangor.

Menggalakkan penggunaan “green buses” di kalangan operator pengangkutan awam di negeri Selangor.

Menggalakkan penggunaan Sistem GPS di kalangan pembekal-pembekal perkhidmatan pengangkutan di Selangor.

P2: PENDUDUK

Merancang dan menubuhkan sistem “Inter-connected public transports”

Merancang dan menubuhkan sistem “Inter-urban public transports” yang mantap.

Page 10: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 10

P3: PELANCONG

Merancang dan menubuhkan sistem “tourist transports” yang efisyen, termasuk sistem “7 to 7 non-stop hop & ride buses”.

4.3.7 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PENYIMPANAN.

P1: PENIAGA

Menggalakkan penubuhan ”zon penyimpanan selamat” di kawasan-kawasan terpilih di sekitar Selangor.

Menggalakkan pelaburan di dalam pusat-pusat borong (wholesale center) bagi barangan elektronik, pakaian, makanan dan sebagainya di sekitar Selangor.

4.3.8 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor KOMUNIKASI.

P1: PENIAGA

Menggalakkan penubuhan syarikat-syarikat ICT dan animasi di negeri Selangor.

P2: PENDUDUK

Menganjurkan atau menggalakkan penganjuran pertandingan rekacipta tahunan di kalangan pelajar sekolah, IPT dan orang awam.

4.3.9 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor KEWANGAN DAN INSURANS.

P1: PENIAGA

Memperkenalkan skim insurans untuk pekerja luar dan pelancong dengan premium yang minimal.

P2: PENDUDUK

Mempromosikan konsep “takaful rakyat”.

4.3.10 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PERKHIDMATAN HARTANAH.

P1: PENIAGA

Pengwujudan kawasan perumahan “New Bumiputra Enclave” untuk mengimbangi perluasan kawasan perumahan bukan bumiputra oleh pemaju perumahan swasta.

Mewujudkan program pemilikan hartanah perniagaan di kalangan Bumiputra di negeri Selangor.

Page 11: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 11

P2: PENDUDUK

Mengwujudkan bank data untuk “property ownership profile” untuk tujuan mengenalpasti profil demografi pemilik hartanah di negeri Selangor.

Mewujudkan sistem pemantauan dan pembangunan tanah-tanah wakaf di sekitar negeri Selangor.

Mewujudkan catatan sejarah setiap kampong tradisi di seluruh Selangor

P3: PELANCONG

Menjalankan promosi berterusan untuk “2nd home ownership” di kalangan pelancong di negeri Selangor.

4.3.11 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PERKHIDMATAN PERNIAGAAN.

P1: PENIAGA

Mengwujudkan satu”investment arm” kerajaan negeri untuk tujuan pelaburan hartanah dan pengambilalihan komersil.

Menggalakkan pelaburan untuk pengwujudkan syarikat-syarikat “Job Street” untuk membantu penduduk yang mencari kerja.

P2: PENDUDUK

Menyediakan “Selangor Directory of service providers” untuk tujuan menyediakan maklumat yang diperlukan oleh penduduk.

Menubuhkan Selangor Business_ Gateway.Com untuk tujuan menyediakan perkhidmatan pengiklanan kecil-kecilan yang percuma untuk penduduk dan peniaga kecil.

4.3.12 Tindakan-Tindakan Untuk Pembangunan Holistik Di Dalam Sektor PERKHIDMATAN SOSIAL.

P1: PENIAGA

Menggalakkan pelaburan di dalam pertubuhan ala “Oxfam” di Negeri Selangor.

Menubuhkan pusat-pusat “Used Books” melalui kerjasama di antara kerajaan negeri dan sektor swasta.

P2: PENDUDUK

Menjalankan program ”poverty eradication” di kalangan penduduk terpilih di negeri Selangor.

Page 12: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 12

Mereka bentuk sistem Sistem Agihan Zakat yang telus untuk penduduk Islam negeri Selangor.

Membentuk sistem sosial untuk membantu remaja bermasalah, Ibu Tunggal, OKU dan warga emas di negeri Selangor

Menubuhkan ”Shelter Homes” untuk kumpulan yang memerlukan di kalangan penduduk dan pengunjung negeri Selangor.

Menyediakan Pusat Kesihatan Komuniti bagi setiap kawasan perumahan rakyat di negeri Selangor

Membina asrama keluarga pesakit di hospital dengan kerjasama di antara kerajaan negeri, Lembaga Zakat dan NGO.

Menyediakan pangkalan data yang lengkap untuk Asnaf.

Mewujudkan perancangan jangka panjang untuk tanah perkuburan di negeri Selangor.

Wujudkan perpustakaan kecil dimasjid-masjid di Seluruh Negeri Selangor.

P3: PELANCONG

Membina sistem pemantauan, kawalan dan pembanterasan aktiviti “Red Light District” dan aktiviti sosial liar pelajar asing di bandar-bandar tertentu di negeri Selangor.

4.4. CADANGAN AKTIVITI EKONOMI MENGIKUT SEKTOR/AKTIVITI

Berikut adalah cadangan-cadangan tindakan mengikut sektor untuk peningkatan nilai ditambah.

4.4.1. Sektor: Perniagaan Borong Dan Runcit

Berdasarkan kepada masalah yang lazim di dalam perniagaan borong dan runcit, cadangan untuk penambahbaikan dan peningkatan aktiviti sektor ini ialah:

(i) Membangunkan Kompleks

Pasar Borong Tekstil yang

juga mempamerkan tekstil.

(ii) Meningkatkan aktiviti industri batik melalui pertunjukkan fesyen bertaraf antarabangsa dengan mengenengahkan rekaan-rekaan batik tempatan serta mewujudkan one-stop agency untuk batik.

(iii) Mewujudkan satu penjenamaan (branding) untuk mencapai kemasyhuran sesuatu produk dari seluruh Malaysia. Contoh: Mengekalkan kesegaran ikan menggunakan cold

Page 13: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 13

blasting sehingga -45 darjah Centigrade dengan tujuan memelihara kesegaran ikan sehingga 2 tahun.

(iv) Mewujudkan satu zon untuk perusahaan packaging yang membungkus barangan yang disumberkan dari seluruh Malaysia untuk mewujudkan suasana seolah-olah produk-produk tersebut dikilang di negeri Selangor. Barang-barang berkenaan boleh dipakejkan sebagai cenderahati. Contoh: Mempakej bungkusan mengkuang dan rotan yang diisi dengan kuih-kuih tradisional yang boleh dijadikan sebagai hadiah.

(v) Mewujudkan satu pusat kraf dengan membawa pelbagai kemahiran membuat kraftangan dan mempamerkan dan menjual produk-produk kraftangan dengan menjadikan negeri Selangor sebagai pusat jualan kraf negara.

(vi) Menjadikan negeri Selangor sebagai hub bagi mempamer dan menjual pelbagai jenis makanan tempatan Malaysia. Contoh: Restoran mamak, nasi dagang Terengganu, masakan lemak Negeri Sembilan, nasi lauk gulai kawah Kedah telur tomtom, laksa shake, ikan bakar Kuala Perlis, ikan terubuk pasar Satok Sarawak.

(vii) Membina kompleks peruncitan yang berkonsepkan Pekan Rabu Alor Setar dan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu untuk menjadikannya tarikan baru di negeri Selangor.

(viii) Mewujudkan Electronic Market yang menjual pelbagai peralatan elektronik terkini. Kedai-kedai di kawasan-kawasan sedia ada dinaik tarafkan dan dijadikan contoh seperti Ikeahabara, Jepun.

4.4.2. Pengangkutan Awam

Berdasarkan kepada gagasan untuk menjadikan bandar-bandar di Negeri Selangor ‘livable cities’, cadangan untuk penambahbaikan dan peningkatan aktiviti sektor ini ialah:

(i) Membina laluan kenderaan rel untuk meliputi kawasan-kawasan pertumbuhan yang baru. (ii) Memantau agar agensi-agensi pelaksana melaksanakan cadangan-cadangan yang terdapat di dalam pelan tempatan negeri Selangor.

(iii) Mewujudkan kemudahan perkhidmatan pengangkutan dari stesen-stesen rel ke tempat-tempat tumpuan awam.

(iv) Mewujudkan kemudahan ’park-n-ride’ untuk kemudahan penduduk dan pengunjung dan mengkaji semula caj letak kereta di pusat bandar. Memperkenalkan pengangkutan percuma di dalam bandar

Page 14: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 14

(v) Merangka semula laluan dan stesen bas di pusat-pusat bandar supaya lebih strategik.

(vi) Membangunkan laluan rangkaian pejalan kaki yang menghubungi tempat-tempat tumpuan serta memasang CCTV untuk tujuan meningkatkan keselamatan di kawasan bandar.

(vii) Mengkaji dan meningkatkan penguatkuasaan sistem letak kereta terutamanya bagi bas-bas pelancongan.

(viii) Menggalakkan penduduk dan pengunjung menggunakan pengangkutan awam.

4.4.3. Komunikasi

Berdasarkan kepada gagasan untuk menjadikan bandar-bandar di negeri Selangor ‘livable

cities’, cadangan untuk penambahbaikan dan peningkatan aktiviti sektor ini ialah:

(i) Merealisasikan visi ’Wireless Negeri Selangor’ di semua kawasan dengan promosi yang

meluas dan penyelenggaraan yang berkesan.

(ii) Mewujudkan infrastruktur sistem yang bersepadu antara sektor dengan jaringan infra telekomunikasi yang lengkap

4.4.4. Kewangan, Insurans, Hartanah Dan Perkhidmatan Perniagaan

Berdasarkan kepada gagasan untuk

menjadikan bandar-bandar di Negeri

Selangor ‘livable cities’, cadangan

untuk penambahbaikan dan

peningkatan aktiviti sektor ini ialah:

(i) Menjalankan promosi ’Selangor

My Second Home’.

(ii) Mewujudkan sistem penyampaian yang efisyen, cepat kepada pelabur-pelabur asing yang bercadang untuk melabur di Negeri Selangor di dalam usaha ke arah suasana’ investor friendly’.

(iii) Membangunkan semula kawasan usang/terbiar/setinggan dengan mempertingkatkan

kualiti persekitaran.

(iv) Mempertingkatkan kualiti bangunan-bangunan yang ’substandard’ di Negeri Selangor

dengan peningkatan fasiliti dan kecantikan bangunan melalui pengwujudan tabung khas

untuk penyelenggaraan bangunan.

Page 15: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 15

(v) Melanjutkan masa perniagaan pusat-pusat membeli belah bagi zon penduduk

antarabangsa ke 24 jam.

(vi) Mewujudkan penguatkuasaan yang efisyen bagi memastikan bandar-bandar yang

komersial dan teratur di dunia.

(vii) Menjalankan ’social impact assessment’ termasuk impak ekonomi ke atas projek yang

akan dijalankan.

(viii) Menyediakan dana yang mencukupi untuk menjana pendapatan yang membolehkan kerja penyelenggaraan bandar dan luar bandar dilaksanakan dengan selesa.

(ix) Mencari idea-idea bagi mengurangkan kos penyelenggaraan pengurusan kawasan.

(x) Menjalankan kajian mengenai kebersihan semua jenis restoran, termasuk restoran-restoran ’India-Muslim’

(xi) Menjalankan kajian kemungkinan penswastaan penyelenggaraan bandar-bandar.

4.4.5. Sosial

Berdasarkan kepada gagasan untuk menjadikan bandar-bandar di negeri Selangor ‘livable cities’, cadangan untuk penambahbaikan dan peningkatan aktiviti sektor ini ialah:

(i) Mencari kaedah untuk

menjadikan bandaraya bersih

dari dadah dan membanteras

gejala sosial.

(ii) Mendidik warga kota supaya cintakan negeri Selangor.

(iii) Mewujudkan bandar raya yang selamat untuk penduduk, peniaga dan pelancong.

(iv) Menanamkan lebih banyak pokok di tepi-tepi sungai dan pokok yang berbunga sepanjang tahun. Mempertingkatkan perkongsian maklumat dengan dan bekerjasama untuk membanteras gejala dadah.

(v) Menguatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membanteras kegiatan jenayah.

(vi) Menambah bilangan pondok polis bertaraf dunia di sekitar negeri Selangor

(vii) Menambah anggota polis terutamanya polis pelancong di sekitar bandaraya.

(viii) Menambah bilangan CCTV di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah

(ix) Meningkatkan penguatkuasaan membanteras pendatang tanpa izin (PATI)

Page 16: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 16

4.4.6 Senitaman & Kawalan Pembersihan Bandar

Wawasan 2020 akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepesatan proses perbandaran, pembangunan ekonomi dan pembentukan masyarakat madani mengikut acuan dan tradisi tersendiri. Untuk menyokong matlamat ini, proses pembangunan lestari telah menjadi tonggak program pembangunan negara. Program ini memberi penekanan terhadap alam sekitar dan pembangunan berterusan. Negeri Selangor sebagai negeri utama dan gateway Malaysia sewajarnya menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia untuk mengungguli peranan ini. Dua perkara utama yang memberi penekanan terhadap pembangunan lestari ialah senitaman dan kebersihan.

Pungutan dan pelupusan sampah merupakan aspek utama penjagaan dan pengawalan kebersihan bandar. Kebersihan adalah salah satu ciri ’livable city’. Ianya melambangkan penghidupan yang harmoni. Bandar utama dunia mempamerkan ciri-ciri seperti tandas awam yang kemas dan bersih, longkang yang bersih, sungai yang mengalir bersih atau sebuah tasik yang permai di tengah bandar raya. Ia menjadi tarikan kepada penduduk dan pelancong untuk bersantai atau beristirehat. Justeru itu Selangor perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tegas mengenai kebersihan yang meliputi kawasan-kawasan rumah kediaman, premis perniagaan, pejabat, tempat ibadat, padang permainan, stesen pengangkutan awam dan tempat-tempat awam.

Untuk tujuan ini Pusat Kitar Semula perlu diwujud dan diselenggarakan dengan teratur di kawasan-kawasan kediaman, kawasan-kawasan pejabat dan komersil serta di tempat awam. Semua pembinaan premis kediaman perlu dilengkapi pusat kitar semula. Penjagaan kebersihan juga boleh dipertingkatkan melalui penyediaan tong sampah yang berkualiti serta pembekalan “trash bag” yang mencukupi kepada semua premis kediaman dan pengusaha kedai runcit, pasar malam dan pasar basah. Pembekalan tong-tong sampah perlu dijadikan mandatori bagi peniaga-peniaga baik dipasar basah atau pasar

malam. Peraturan “Pembelian Tong Sampah Sebelum Lesen Premis Perniagaan” perlu dilaksanakan dengan berkesan. Di samping itu juga penduduk Negeri Selangor perlu digalak mengamalkan budaya kebersihan melalui acara pertandingan kebersihan tahunan. Usaha-usaha menjana sumber kewangan daripada sampah (contohnya mengeluarkan baja organik dari sisa buangan domestik) perlu dimulakan.

4.4.7 Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan

Elemen budaya, seni dan warisan adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira di dalam usaha memajukan sektor pelancongan negara. Pelancongan budaya merangkumi aktiviti-aktiviti lawatan ke muzium, pesta kesenian, kawasan warisan, persembahan budaya dan bangunan-bangunan bersejarah. Tarikan budaya yang bersifat asli (authentic) mampu meningkatkan pengetahuan selain daripada menghiburkan. Strategi yang telah digunapakai di Thailand, Peru,

Page 17: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 17

Itali, Australia, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat telah memberi kejayaan kepada institusi budaya dan warisan negara-negara tersebut untuk menarik minat pelancong luar. Di antara strategi yang dapat menarik pelancong ialah strategi pengembaraan. Strategi ini sesuai digunakan sebagai model kepada aktiviti-aktiviti pelancongan yang berasaskan budaya dan warisan2.

Di seluruh dunia, pelancongan di zaman moden ini adalah industri yang penting. Setiap negara mempromosikan lokasi-lokasi tertentu untuk dikunjungi oleh pelancong asing. Warisan budaya dan pelancongan dianggap saling berkaitan. Pelancongan digunakan sebagai justifikasi ekonomi untuk pengekalan warisan dan budaya. Kemajuan di dalam teknologi maklumat, globalisasi dan peningkatan jangka hayat hidup manusia menjadikan masyarakat hari ini lebih berpeluang untuk menikmati keindahan alam, tarikan sejarah serta aktiviti kebudayaan di serata dunia. Perkembangan ekonomi juga menjadi penyumbang kepada perubahan sifat melancong, iaitu daripada unsur pelarian kepada unsur pengkayaan.

Di Malaysia, kerajaan dan pihak swasta telah mempertingkatkan strategi bagi menyerlahkan imej negara sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Bagi memastikan negeri Selangor mempunyai kelebihan untuk bersaing, strategi pelancongan yang memfokus kepada pembangunan produk pelancongan yang berasaskan budaya dan warisan negara perlu digubal. Peluang untuk mempromosi produk pelancongan yang melibatkan minat istimewa, misalnya pelancongan yang berasaskan arkeologi dan budaya masih terbuka luas. Di antara strategi promosi dan pemasaran yang dicadangkan ialah yang memberi penekanan kepada kumpulan sasaran yang mencari produk yang memberi pengalaman kepada pelancong. Langkah ini adalah selari dengan usaha meningkatkan minat pelancong dalam pengetahuan pendidikan ketika berkunjung.

Pelancongan berasaskan warisan negara adalah fenomena yang berlaku diseluruh negara. Pelancongan ini adalah corak pelancongan yang terkini yang semakin berkembang di dalam industri pelancongan. Pelancong ingin mendapat pengalaman mengenai sesuatu tempat unik yang mempunyai nilai tradisional3 dan sejarah yang tersendiri.

2 Mengikut sejarah, aktiviti-aktiviti pengembaraan telah pun bermula seiring dengan kewujudan manusia dan berlaku dengan

pelbagai tujuan. Di antara sebab-sebab yang mendorong manusia mengembara, merantau dan mengunjungi lokasi-lokasi baru adalah kerana mencari rezeki, berdagang, menakluk dan menguasai wilayah-wilayah baru. Penduduk China dan Benua India telah datang ke Malaya untuk mencari rezeki. Orang Portugis, Belanda dan Inggeris datang,pada mulanya untuk perdagangan rempah-ratus, getah dan bijih timah, tetapi kemudiannya menakluk dan menguasai sebahagian besar di Asia. Apabila masyarakat ini tinggal untuk masa yang lama mereka pula meneruskan adat budaya mereka disamping menyerap budaya dan warisan tempatan. Negara yang menerima kemasukan pelbagai bangsa dengan kepelbagaian adat budaya dapat melahirkan warisan budaya yang kaya dan pelbagai. Kepelbagaian warisan, seni dan budaya kini menjadi tarikan utama pelancongan yang sanggup berbelanja bagi melihat keunikan warisan budaya ini.

3 Terdapat beberapa konjektur bahawa pelancongan kebudayaan menyumbang kepada faedah ekonomi kepada muzium dan tempat-tempat warisan. Ada juga yang mempercayai bahawa terdapat perubahan corak pelancongan dari destinasi ke destinasi, seperti dari pantai peranginan ke lokasi warisan. Negara-negara di Eropah, Asia, Amerika dan Australia telah mula melaksanakan pembangunan pelancongan warisan kerana berpandangan bahawa ia merupakan produk pelancongan popular. World Best Cities

Page 18: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 18

Dengan menggunakan pengalaman serta contoh program yang telah dan sedang dilaksanakan di negara seperti Thailand, Peru, Itali, Australia, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat sebagai tanda aras, Selangor boleh bekerjasama dengan pelbagai agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan budaya dan warisan untuk memajukan serta memperkenalkan warisan budaya kepada masyarakat umum serta pelancong melaui produk-produk baru di dalam pelancongan warisan dan budaya.

4.4.8. Usahawan Strategik: Agensi Awam dan Swasta

Usaha meletakkan budaya seni dan warisan sebagai satu produk pelancongan perlu melibatkan pelbagai agensi yang mempunyai visi yang seiring. Sesuatu institusi, secara tersendiri, mungkin sukar untuk mencapai hasrat tersebut, terutamanya dari segi pemasaran produk secara meluas. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOCAT), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB), agensi pelancongan negeri-negeri, pengusaha-pengusaha hotel, agensi-agensi pelancongan,

Persatuan Sejarah dan agensi-agensi lain yang relevan perlu bergabung tenaga dalam mencapai matlamat untuk mengembangkan satu set produk pelancongan yang bernilai tinggi dan bercirikan budaya serta warisan negara, di antaranya,

(i) Pameran Bersama

Institusi-institusi budaya dan warisan boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti khusus untuk menarik pengunjung melalui kerjasama di dalam menganjurkan pameran koleksi kraf tangan sesuatu kaum atau budaya kehidupan sesebuah masyarakat. Muzium dan galeri boleh menyediakan ruang pameran, sementara arkib menyediakan maklumat tentang kaum dan kraf tangan yang dipamerkan.

(ii) Rakan Seni dan Warisan

Rakan seni dan warisan melibatkan individu, kumpulan, institusi atau kampong angkat yang bergabung bagi memudahkan sesuatu tradisi budaya diketengahkan dan dipersembahkan secara bermusim mengikut peristiwa adat, tradisi dan budaya.

melaporkan 10 bandar utama; Bangkok, Buenos Aires, Cape Town, Sydney, Florence, Cuzco, Ropme, New York, Istanbul dan San Francisco memberi penekanan kepada pelancongan budaya, seni dan warisan. Di Asian, sepuluh bandar; Bangkok, Udaipur, Chiang Mai, Luang Prabang, Jaipur, Kyoto, Hong Kong, Kathmandu, Siem Reap dan Beijing melaporkan bahawa produk niche seperti pelancongan warisan, pelancongan luar bandar dan ekopelancongan adalah corak pelancongan terkini yang perlu diberikan perhatian serius.

Page 19: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 19

(iii) Persekitaran Budaya

Usaha perlu dilakukan untuk mewujudkan suatu persekitaran budaya dan kesenian melalui pameran artifak atau amalan budaya dan kesenian sesebuah kaum secara bergilir mengikut kesesuaian masa penggunaan artifak atau amalan budaya itu dipraktikkan. Contohnya, aktiviti menuai hasil tanaman di lokasi sebenar digabungkan dengan pameran artifak atau kesenian kaum pada waktu yang sama di premis institusi budaya dan warisan dan di tempat-tempat lain yang sesuai.

(iv) Projek-projek Yang Berasaskan Seni Masyarakat (Community-Art-Based Projects)

Institusi budaya boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang membantu komuniti desa yang kaya dengan tradisi dan adat budaya, dengan objektif untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Program ini bukan sahaja dapat mengekalkan tradisi dan budaya, malah dapat menjadi produk pelancongan yang boleh dikomersilkan. Program ini juga secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman serta prihatin pelancong terhadap keunikan dan nilai budaya kehidupan komuniti desa.

(v) Rakan Pelancongan

Konsep ini melibatkan institusi budaya dan warisan bekerjasama dengan muzium, galeri seni, arkib, perpustakaan, badan pelancongan, agen pelancongan dan sebagainya untuk menggalakkan fungsi sebenar budaya dan kesenian dalam kehidupan individu, keluarga dan komuniti. Gabungan ini adalah bermatlamat untuk memajukan budaya serta warisan melalui sebaran maklumat, pendidikan dan media hiburan kepada sebagai produk pelancongan. Usahasama ini dapat membentuk masyarakat untuk prihatin terhadap fungsi budaya dalam kehidupan seharian untuk menjadi “ejen penerangan” kepada pengunjung-pengunjung luar. Kesannya, kewujudan institusi budaya dan warisan dapat diperkukuhkan dan aktiviti pelancongan akan menjadi lebih mapan.

(vi) Informasi Budaya dan Warisan

Bahan terbitan dan sebaran maklumat tentang fungsi budaya boleh dijadikan sebagai produk pelancongan. Ini juga memerlukan usaha sama erat pelbagai agensi, terutamanya pihak media. Kerjasama adalah perlu untuk membantu membina laman sesawang secara bersepadu dengan melibatkan pelbagai agensi yang menyokong aktiviti budaya dan warisan sebagai produk pelancongan.

Page 20: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 20

(vii) Produk Penganjuran Mesyuarat dan Konferens

Negeri Selangor, yang mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf dunia, sewajarnya dipromosikan dengan gigih sebagai tempat yang paling sesuai untuk penganjuran mesyuarat dan konferens betaraf dunia seperti CHOGM, APEC, OIC serta acara sukan seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Komenwel, dan Sukan Asia.

4.4.9 Keselamatan Dan Penguatkuasaan

Menurut The Economist mengenai World Best Cities, di antara ciri utama sesebuah bandaraya unggul ialah wujudnya keselamatan dan perasaan selamat di

kalangan penghuni dan pengunjungnya. Negeri Selangor perlu menyerapkan aspek-aspek keselamatan di dalam program pembangunannya. Keselamatan berkait rapat dengan perkara-perkara yang berhubung dengan penguatkuasaan. Keselamatan dan penguatkuasaan adalah melibatkan penduduk (termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan), peniaga, pelancong, harta benda dan infrastruktur. Pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan bidang tugas keselamatan dan penguasaan perlu dilindungi dari segi keselamatan diri mereka, dan perlu profesional semasa menjalankan tugas; tidak berat sebelah dan tidak kelihatan berat sebelah, tetapi menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

Di dalam usaha untuk menjalankan fungsi keselamatan dan penguatkuasaan dengan baik, Selangor perlu dilengkapkan dengan sistem pengurusan keselamatan dan penguatkuasaan yang berkesan yang dibekalkan dengan kelengkapan, peralatan dan kemudahan yang baik dan mencukupi. Ini akan membolehkan perlaksanaan penguatkuasaan undang-undang dijalankan dengan berkesan. Disamping itu, program-program penerangan mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan hendaklah sentiasa dijalankan supaya penduduk tidak ketinggalan di dalam menerima sebarang perubahan dan peraturan yang digubal.

4.4.10 Pembangunan Komuniti

Komuniti di negeri Selangor adalah unik dan bersifat heterogenous dengan pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama, mempunyai latar belakang sosial yang berbeza di samping menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza. Mereka juga tinggal di kediaman yang berbeza sesuai dengan pendidikan dan latar belakang sosial masing-masing. Untuk merencanakan komuniti supaya bergerak di dalam arus pembangunan nasional, aspek-aspek pembangunan komuniti perlu dijadikan tonggak perancangan pembangunan.

Pembangunan komuniti merupakan asas kepada pembentukan sebuah negeri yang maju. Komuniti yang baik mampu melahirkan generasi yang baik. Kemantapan komuniti adalah ’hasil tambah’ kemantapan institusi keluarga, badan sosial, rumah ibadat, jabatan-jabatan kerajaan, organisasi-organisasi swasta yang berupaya memainkan peranan penting di dalam pembangunan bandaraya. Pembangunan komuniti yang berkesan boleh dibantu oleh penglibatan komuniti di dalam program-program yang bertujuan untuk melahirkan kehidupan

Page 21: BAB 4 SEKTOR-SEKTOR PRIORITI DALAM …upen.selangor.gov.my/wp-content/uploads/2013/04/LENS2011_Bab_4.… · laporan ekonomi negeri selangor 2011/2012 unit perancang ekonomi negeri

LAPORAN EKONOMI NEGERI SELANGOR 2011/2012

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI SELANGOR 4 - 21

yang aman dan tenteram. Justeru itu, program pembangunan komuniti yang efektif perlu mengandungi program-program modal insan, program meningkatkan kemahiran4 dan jatidiri penduduk di dalam komuniti. Pembangunan komuniti juga perlu menitikberatkan program membasmi kemiskinan seperti penyediaan perumahan yang sesuai bagi yang tidak mempunyai rumah. Program meningkatkan kemahiran dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk juga merupakan program pembangunan komuniti.

Di dalam setiap komuniti akan ada golongan yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, orang kurang upaya, warga tua, warga termiskin dan pengemis jalanan. Pembangunan komuniti perlu mengambil kira permasalah yang berkaitan dengan kumpulan ini. Justeru itu pembangunan komuniti perlu menitikberatkan penyediaan kemudahan serta peralatan yang sewajar, disamping menyediakan peluang bagi golongan ini terus hidup dan menjalankan kegiatan ekonomi dengan tenang.

4.5 RUMUSAN

Bab ini, selain dari merumuskan perkara-perkara yang telah diperihalkan di dalam Bab-Bab 1, 2 dan 3, juga menyenaraikan cadangan-cadangan yang relevan kepada pembangunan holistik negeri Selangor. Bagi Negeri Selangor, sektor perkhidmatan adalah penyumbang yang paling besar kepada ekonomi. Fenomena ini adalah lazim bagi negeri yang sebahagian besar dari kawasannya adalah bersifat metropolitan seperti negeri Selangor.

Negeri Selangor juga perlu menumpukan usaha untuk mencapai keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan ke atas tiga pihak; perniagaan, penduduk dan pelancong. Di dalam pendekatan ini usaha-usaha untuk menyediakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kepada pihak perniagaan, penduduk dan pelancong akan dengan sendirinya menghasilkan pencapaian sasaran yang sama seperti sasaran kepada usaha meningkatkan aktiviti di dalam sektor-sektor perkhidmatan. Di dalam pendekatan ini aktiviti-aktiviti di setiap sektor ekonomi yang disasarkan untuk tujuan mencapai pembangunan holistik ke atas peniaga, penduduk dan pelancong telah disenaraikan.

4 Satu program yang memerlukan perhatian serius ialah pembinaan lebih banyak institusi-institusi pengajian lepasan SPM yang memberikan pengajian kemahiran teknikal bersifat “hands-on” seperti yang sedang dijalankan di Institut-Institut Kemahiran MARA.