langkah-langkah kontraktor mengurangkan ......di malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang...

106
LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN RISIKO DALAM KONTRAK “LUMP SUM” MUHAMAD NURHAFIZ BIN ZULKAFLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

Upload: others

Post on 30-Nov-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN RISIKO

DALAM KONTRAK “LUMP SUM”

MUHAMAD NURHAFIZ BIN ZULKAFLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALYSIA

Page 2: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang
Page 3: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

i

LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN RISIKO DALAM

KONTRAK “LUMP SUM”

MUHAMAD NURHAFIZ BIN ZULKAFLI

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MEI,2016

Page 4: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………….....

Nama Penulis : Muhamad NurHafiz

Bin Zulkafli

Tarikh : …………………….

Page 5: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

iii

Khas buat Ayahnda dan Bonda tersayang, Zulkafli bin Jaafar dan Norizan binti

Othman semua adik-beradik dan insan tercinta Noor Aqilah binti Kamarunzaman,

Pensyarah Fakulti Alam Bina,

Dan Guru-guru Sekolah Ku,

“Terima Kasih di atas segala perhatian dan kasih sayang yang telah kalian berikan”

Page 6: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya,

akhirnya penyelidikan ini dapat disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Penyelia Projek Sarjana Muda

ini, Puan Nurshikin Binti Mohamad Shukery di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,

teguran, bantuan, dan perbincangan bersama beliau sepanjang tempoh perlaksanaan

projek ini. Budi baik dan kesungguhan beliau akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada responden-responden dari

organisasi-organisasi pembinaan yang memberikan kerjasama dengan menjawab

soalan soal selidik. Kesudian mereka meluangkan masa walaupun sibuk dengan

tugas-tugas harian amat dihargai.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyarah di Fakulti Alam

Bina, Universiti Teknologi Malaysia yang tidak jemu mendidik, membimbing,

membantu, serta memberikan ilmu dalam bidang yang berkaitan sepanjang

pengajian. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakat yang turut sama memberikan

dorongan dalam menyiapkan projek ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak

terhingga buat mak dan ayah tercinta, keluarga tersayang

Page 7: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

v

ABSTRAK

Kontrak merupakan elemen yang sangat penting dalam industri pembinaan

kerana terdapat proses kerjasama antara klien dan kontraktor bagi mewujudkan

persetujuan yang dipersetujui. Di Malaysia, terdapat empat jenis kontrak yang biasa

diamalkan iaitu kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak Measure and Value (Ukur

Nilai), kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti) dan Kontrak Turnkey.

Namun begitu, setiap kontrak mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang

tersendiri. Di Malaysia, kontrak lump sum agak popular dilaksanakan terutamanya

bagi kerja-kerja yang memerlukan tempoh masa cepat siap. Namun begitu, terdapat

risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam menguruskan kontrak lump sum ini

hingga mengakibatkan kerugian kepada pihak kontraktor. Justeru itu kontraktor perlu

mengenal pasti risiko yang dihadapi dalam perlaksanaan kontrak lump sum ini

seterusnya menyediakan langkah-langkah bagi mengatasi risiko dalam kontrak ini.

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontrakor

dalam kontrak lump sum dan kaedah kontraktor mengatasi risiko tersebut. Data yang

dikumpul menggunakan kaedah temubual berstruktur kepada kontraktor bagi

mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Responden kajian ini adalah kontraktor di

sekitar Johor Bahru. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapat perbezaan risiko yang

dihadapi oleh kontrak lump sum yang dilaksanakan secara kaedah reka dan bina dan

kaedah konvesional. Meskipun kontrak lump sum terdapat banyak risiko yang hadir,

namun hasil dapatan kajian mendapati pelbagai kaedah mengurangkan risiko yang

boleh dilaksanakan oleh kontraktor dalam Menangani risiko yang dihadapi.

Ketepatan kaedah menguruskan risiko membantu kontraktor untuk mengurangkan

kerugian seterusnya membantu meningkatkan keuntungan kepada kontraktor.

Kesimpulannnya, kontraktor dapat mengurangkan risiko yang dalam kontrak lump

sum jika melaksanakan kaedah pengurusan risko yang baik dan efisyen.

Page 8: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

vi

ABSTRACT

The contract is a very important element in the construction industry because

there is a process of cooperation between the client and the contractor agreed to

establish consent. In Malaysia, there are four types of contracts commonly practiced,

there are Lump Sum contract Measure and Value contract , Cost Reimbursement

contract and Turnkey contract. However, each contract has its own advantages and

disadvantages. In Malaysia, the lump sum contract executed quite popular especially

for works that require fast time frame for completion. Lump sum contracts could be

implemented using two methods, there are design and build methods and

conventional methods. However, there is a risk faced by contractors in managing the

lump sum contract, that will causing losses to the contractor. Therefore, the

contractor must identify the risks involved in the implementation of the lump sum

contract to measure the risk in the contract. This study was undertaken to identify

the risks faced by contractors in lump sum contracts and the method use by

contractor to overcome these risks. Data were collected using a structured interview

to the contractor to get the information in the study. The survey respondents were are

contractor in Johor Bahru. This study shows that there is a risk faced by lump sum

contract undertaken for design and built methods and conventional methods. Even,

there are many risks that are present in lump sum contracts, but the findings have

found various ways to reduce the risks that can be executed by the contractor in

handling risks. The accuracy of the method in risk management will help the

contractors to reduce further losses and increased the profit to contractors. The

conclusion is , contractors can reduce risk in lump sum if they implemented an

efficient risk management for these contract.

Page 9: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 2

1.3 Persoalan Kajian 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Skop Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 5

1.7 Metodologi Kajian 6

1.7.1 Peringkat Awalan 6

1.7.2 Kajian Literatur 7

1.7.2.1 Instrumen Kajian 7

1.7.3 Pengumpulan Data 7

Page 10: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

viii

1.7.4 Analisis Data 8

1.7.5 Peringkat Kesimpulan Dan Cadangan 8

1.8 Organisasi Bab 9

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 11

2.2 Jenis Kontrak 12

2.2.1 Kontrak Cost Reimbursement 13

2.2.2 Kontrak Turnkey 14

2.2.3 Kontrak Measure and Value 15

2.2.4 Kontrak Lump Sum 16

2.2.4.1 Kontrak Fixed Price 17

2.2.4.2 Kontrak Firm Price 18

2.3 Definisi Risiko 20

2.3.1 Komponen Risiko 21

2.3.1.1 Ketidakpastian 21

2.3.1.2 Tahap Risiko 21

2.3.1.3 Punca Risiko 23

2.3.2 Klasifikasi Risiko 24

2.3.3 Pengurusan Risiko 27

2.3.3.1 Tindak Balas Risiko 28

2.4 Risiko Dalam Pembinaan 31

Page 11: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

ix

2.4.1 Risiko Kontrak Lump Sum 32

2.4.1.1 Risiko Harga 33

2.4.1.2 Risiko Ekonomi 34

2.4.1.3 Risiko Rekabentuk 34

2.4.1.2 Risiko Tapak Bina 35

2.4.1.3 Risiko Perubahan Kerja 36

2.4.1.5 Risiko Kaedah Kerja 37

2.4.1.5 Risiko Pembayaran 37

2.4.1.6 Risiko Kerosakan Kerja 38

2.4.1.7 Risiko Kelewatan 39

2.5 Rumusan Bab 41

3 METODOLOGI KAJIAN 42

3.1 Pengenalan 42

3.2 Kaedah Kajian 43

3.3 Pengumpulan Data 44

3.3.1 Instrumen Kajian 44

3.3.2 Proses Pengumpulan Data 46

3.4 Analisis Data 48

3.5 Kesimpulan Hasil Kajian 48

4 ANALISIS DATA 49

4.1 Pengenalan 49

4.2 Latar Belakang Respondan 50

4.3 Risiko-Risiko Kontrak Lump Sum 50

Page 12: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

x

4.3.1 Risiko Harga 52

4.3.2 Risiko Ekonomi 54

4.3.3 Risiko Rekabentuk 55

4.3.4 Risiko Tapak Bina 56

4.3.5 Risiko Perubahan Kerja 58

4.3.6 Risiko Kaedah Kerja 59

4.3.7 Risiko Pembayaran 62

4.3.8 Risiko Kerosakan Kerja 63

4.3.9 Risiko Kelewatan 65

4.3.10 Kesimpulan Analisis Risiko 67

4.4 Langkah-Langkah Menangani Risiko 69

4.4.1 Langkah-Langkah Menangani Risiko Harga 69

4.4.2 Langkah-Langkah Menangani Risiko Ekonomi 70

4.4.3 Langkah-Langkah Menangani Risiko Rekabentuk 71

4.4.4 Langkah-Langkah Menangani Risiko Tapak Bina 72

4.4.5 Langkah-Langkah Menangani Risiko Perubahan Kerja 73

4.4.6 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kaedah Kerja 74

4.4.7 Langkah-Langkah Menangani Risiko Pembayaran 75

4.4.8 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kerosakan Kerja 76

4.4.9 Langkah-Langkah Menangani Risiko Kelewatan 77

4.4.10 Kesimpulan Langkah-langkah Menangani Risiko 79

5 Kesimpulan 85

5.1 Pengenalan 85

Page 13: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

xi

5.2 Rumusan Kajian 86

5.2.1 Rumusan Objektif 1 86

5.2.2 Rumusan Objektif 2 87

5.3 Batasan dan Halangan 88

5.4 Cadangan Kajian 89

Rujukan 90

Lampiran 93

Page 14: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 10

Page 15: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Senarai Soalan dan Data Yang Diperlukan 46

Jadual 4.1 Senarai Responden dan Projek Kontrak Lump Sum 52

Jadual 4.2 Jenis-Jenis Risiko Yang Dihadapi Oleh Kontraktor 68

Jadual 4:3 Kaedah Menangani Risiko 80

Jadual 4:4 Kaedah Menangani Risiko 83

Page 16: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

xiv

Page 17: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan

produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang membangun,

Malaysia telah menyedari bahawa sektor pembinaan bukan sahaja penting dalam

pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat

Malaysia. Sejak dua dekad lalu, sektor pembinaan telah menyumbangkan 3 hingga 5

peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lonjakan perkembangan

sektor pembinaan di Malaysia bermula pada awal 1990-an, selepas pelancaran

Wawasan 2020 (Raza, 2013). Secara amnya, sektor pembinaan diterajui oleh dua

pihak iaitu klien dan kontraktor. Klien merupakan pihak yang membiayai sesuatu

projek manakala kontraktor pula adalah pihak yang menjalankan atau menyiapkan

projek tersebut. Klien juga merupakan pihak yang akan memilih kontraktor untuk

menjayakan sesuatu projek pembinaan.

Dalam sektor pembinaan di Malaysia, telah menjadi amalan di mana

kontraktor-kontraktor akan bersaing menyerahkan tender yang paling baik dalam

mendapatkan projek yang telah ditawarkan oleh klien dan keputusan dalam

pemilihan kontraktor yang layak untuk mendapatkan projek yang di tawarkan adalah

Page 18: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

2

terletak pada keputusan klien itu sendiri. Tender ialah suatu kenyataan yang di

keluarkan kepada seseorang untuk melakukan kerja disamping mendapatkan

persetujuan daripada pihak yang berkenaan (Saidin,1998). Secara umumnya, tender

merupakan proses pemilihan kontraktor yang layak berdasarkan perbandingan harga

yang dikemukan kontraktor dan masa pembinaan. Selain itu, reputasi dan

pengalaman kontraktor itu juga turut diambil kira dalam proses pemilihan kontraktor

yang layak bagi menjalankan projek yang telah ditawarkan. Apabila tender daripada

sesebuah kontraktor itu diterima oleh klien, maka akan wujudlah satu ikatan kontrak

antara kontraktor dan klien.

Menurut Saidin (1998), kontrak adalah satu perjanjian yang terjalin apabila

satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain. Kontrak

merupakan satu bentuk perjanjian bertulis yang mengikat pihak yang berkontrak dan

perjanjian ini boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Kontrak merupakan

elemen yang sangat penting dalam industri pembinaan kerana terdapat proses

kerjasama antara klien dan kontraktor bagi mewujudkan persetujuan yang

dipersetujui. Di Malaysia, terdapat empat jenis kontrak yang biasa diamalkan iaitu

kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak Measure and Value (Ukur Nilai), kontrak

Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti) dan Kontrak Turnkey.

Kesimpulannya, dalam sektor pembinaan terdapat banyak jenis kontrak yang boleh

diamalkan oleh pihak kontraktor dan klien. Namun begitu, setiap kontrak

mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dalam bab seterusnya

akan mebincangkan isu berkenaan kontrak lump sum yang diamalkan oleh

kontraktor.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam bab ini akan mebincangkan secara lebih mendalam mengenai isu

kontrak lump sum yang diamalkan oleh pihak kontraktor. Menurut Mattwan (2011),

Page 19: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

3

kontrak lump sum juga dikenali sebagai kontrak harga tetap di mana syarat asas

perjanjian kontraktor meletakkan harga sekaligus yang tetap untuk mengambil alih

kerja-kerja yang terkandung dalam kontrak dan pihak pemilik pula bersetuju untuk

membayar dengan jumlah tersebut setelah penyiapan kerja. Dalam kontrak ini juga

pihak kontraktor akan membida sesuatu projek pembinaan dengan memasukkan

sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam harga mereka berdasarkan penilaian

risiko dan kesukaran projek tersebut.

Namun begitu, terdapat beberapa risiko kepada kontraktor dalam kontrak

lump sum dimana pihak kontraktor perlu menjalankan kerja yang telah dipersetujui

dalam kontrak tersebut dan hasilnya terdapat banyak kesukaran yang dihadapi pihak

kontraktor. Menurut Mattwan (2011), pihak kontraktor akan membida sesuatu projek

pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam

harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek tersebut. Anggaran

nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada

nilai projek. Tambahnya lagi, pihak kontraktor menanggung sebahagian besar risiko

dari segi naik turun kos buruh dan bahan binaan. Hal ini secara amalannya, apabila

berlaku kos melebihi anggaran yang teralu banyak, iannya akan menyebabkan

pertikaian terhadap skop kerja dan juga penggantian bahan-bahan binaan yang lebih

murah berbanding mengikut spesifikasi yang dinyatakan.

Selain itu, terdapat risiko-risiko lain yang akan dihadapi oleh kontraktor

dalam perletakan harga tender lump sum. Antara risiko yang akan di hadapi oleh

kontraktor adalah bidaan harga tidak seimbang, perubahan arahan, perubahan reka

bentuk dan penyiapan awal projek (Saidin,1998). Kesimpulannya di sini, terdapat

banyak masalah dan kesukaran yang bakal dihadapi oleh pihak kontraktor dalam

perletakan harga tender kontrak Lump Sum. Justeru itu, pihak kontraktor hendaklah

mengenal pasti apakah risiko yang bakal dihadapi dalam kontrak Lump Sum dan

mengenal pasti apakah langkah-langkah yang dapat digunakan dalam mengurangkan

risiko dalam kontrak ini. Dalam bab seterusnya akan mebincangkan mengenai

persoalan kajian dan objektif kajian ini dijalankan.

Page 20: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

4

1.3 Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Apakah risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum?

ii. Apakah langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak

lump sum ?

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan kajian tersebut, dua objektif telah dibentuk seperti yang

berikut:

i. Mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak

lump sum.

ii. Mengenal pasti langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam

kontrak lump sum.

Page 21: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

5

1.5 Skop Kajian

Skop kajian dijalankan seperti berikut:

i. Kajian ini tertumpu kepada firma kontraktor G6 dan G7.

ii. Kajian ini tertumpu di kawasan Johor Bahru.

1.6 Kepentingan Kajian

Di harap kajian ini akan memberi manfaat kepada pihak kontraktor dalam

mengenalpasti apakah risiko yang bakal dihadapi oleh kontraktor dalam perletakan

harga lump sum dalam kontrak yang ditender mereka. Kajian ini dijalankan adalah

untuk memberi gambaran yang jelas mengenai bentuk masalah dan risiko yang

dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum, dan secara langsungnya pihak

kontraktor dapat menyiapkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang

dihadapi oleh mereka. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan risiko kepada pihak

kontraktor dan seterusnya dapat mengelakkkan kerugian kepada pihak kontraktor.

Selain itu juga, pihak klien juga akan mendapat manfaat secara tidak

langsung dimana apabila pihak kontraktor tidak mempunyai masalah dalam kontrak

yang dipersetujui, pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti

yang dipersetujui dalam perjanjian dengan menepati tempoh masa kontrak dan harga

kontrak. Hal ini, akan menjadi salah satu faktor kejayaan penyiapan sesuatu projek

itu mengikut masa yang ditetapkan dan ini seterusnya akan menguntungkan klien itu

sendiri.

Page 22: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

6

1.7 Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dimana perolehan data

untuk kajian ini adalah secara temubual berstruktur. Untuk memastikan kajian ini

berjalan dengan lancar, pengurusan metodologi kajian ini perlulah mengikut turutan

dan dilakukan secara teliti.untuk memastikan kajiaan ini mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Metodologi kajian ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu

peringkat kajian awalan, kajian literatur, pengumpulan data dan analisis data.

1.7.1 Peringkat Kajian Awalan

Dalam peringkat awalan kajian, pencarian maklumat bengenai isu dan

masalah yang berlaku dalam industri pembinaan banyak dijalankan. Dalam kajian

awalan ini juga, banyak aktiviti pembacaan artikel dan jurnal yang dijalankan dalam

mencari maklumat ringkas berkaitan dengan kajian dan isu-isu yang berkaitan

dengan kajian. Melalui pembacaan ini, satu isu berkaitan dengan risiko yang

dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum telah dipilih sebagai tajuk kajian.

Pemilihan isu dan masalah yang berlaku dalam kontrak lump sum ini telah

membentuk dua objektif bagi mentukan hala tuju kenapa kajian ini di jalankan. Bagi

memastikan penyelidikan ini berjalan mengikut objektif yang di tetapkan, kerja

merangka perjalanan kajian dilakukan. Pencarian buku-buku rujukan, jurnal dan

artikel berkenaan juga dicari sebagai bahan pembacaan dan rujukan

Page 23: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

7

1.7.2 Kajian Literatur

Kajian literatur yang diperolehi melalui hasil rujukan bahan bacaan seperti

jurnal-jurnal, buku, keratan akhbar dan tesis-tesis yang lepas. Hasil rujukan ini dapat

membantu dalam meningkatkan lagi pemahaman terhadap tajuk kajian itu sendiri

dan seterusnya mencapai objektif kajian.

1.7.3 Pengumpulan data

Data yang ingin di perolehi daripada kajian ini adalah apakah risiko yang

dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum dan bagaimanakah cara

kontraktor Menangani risiko yang dihadapi dalam masalah tersebut. Oleh sebab

kajian ini didapati berbentuk kualitatif, maka pengumpulan data yang sesuai

digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual.

1.7.3.1 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini ini adalah soalan temubual berstruktur yang akan

diajukan kepada pihak kontraktor untuk untuk mendapatkan maklumat daripada

meraka. Soalan temubual berstruktur ini di bentuk berpandukan persoalan kajian agar

dapatan kajian yang di perolehi menepati objektif yang diinginkan dalam kajian ini.

Page 24: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

8

1.7.4 Analisis Data

Data yang diperolehi hasil daripada soal selidik terhadap kontraktor akan

dianalisis untuk mendapatkan rumusan pada peringkat yang seterusnya. Kaedah

analisis data yang digunakan adalah kaedah analisis kandungan ataupun dikenali

sebagai content analysis. Dalam kaedah content analysis ini data yang diperolehi

akan di kodkan kepada dua jenis iaitu risiko yang dihadapi oleh kontrak dan

bagaimana kontraktor mengatasi masalah tersebut. Analisis data yang diperoleh akan

disusun, disemak di proses dan dinilai sebelum dipersembahkan dalam bentuk yang

mudah di fahami. Dengan menggunakan kaedah ini, proses penganalisis data dapat

disampaikan dengan sistematik dan tersusun dan memudahkan pembaca.

1.7.5 Peringkat Kesimpulan dan Cadangan

Dalam peringkat ini semua data yang terkumpul telah dianalisis dan

disampaikan dalam bentuk yang mudah di fahami. Berdasarkan analisis data yang di

perolehi maka kesimpulan dan rumusan dapat di bentuk bagi menyampaikan dapatan

kajian. Berdasarkan dapatan kajian ini juga, maka beberapa cadangan penyelesaian

masalah di bentuk bagi membantu pembaca mendapatkan penyelesaian terhadap

masalah yang berkaitan dengan kajian yang di jalankan ini.

1.8 Organisasi Bab

Dalam bab 1, pengenalan mengenai industri pembinaan dan perkaitan dengan

kontrak di terangkan. Seterusnya pembentukan persoalan kajian di bentuk bagi

Page 25: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

9

mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam isu.kontrak lump sum ini.

Objektif kajian ini telah dibentuk bagi menentukan hala tuju kajian ini. Seterusnya

metodologi kajian di bentuk bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik. Rajah

1.1 menunjukan reka bentuk kajian ini dijalankan.

Page 26: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

10

Rajah 1.1 Carta Alir Metodologi Kajian

Pemilihan Tajuk dan Penentuan Masalah

Penyataan Masalah

1) Masalah dan kesukaran yang di hadapi oleh pihak kontraktor yang bakal dihadapi dalam kontrakkontrak Lump Sum

Kenalpasti Objektif

1 )Mengenal pasti risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum.

2) Mengenal pasti langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak lump sum

Kajian Literatur

Data Sekunder:

Buku

Artikel

Jurnal

Tesis lepas

Pengumpulan Data

Data Primer:

Temubual

1) Kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum

2) Langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam kontrak lump sum

Analisis Data

1) Menggunakan kaedah analis kandungan

Cadangan dan Kesimpulan

Page 27: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

11

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan menerangkan definisi kontrak dalam pembinaan. Kontrak

merupakan satu perjanjian yang boleh dilaksanakan atau pun tidak boleh

dilaksanakan. Sesuatu kontrak itu akan terlaksana apabila kedua-dua pihak yang

terlibat mempersetujui syarat dan terma yang terkandung dalam kontrak itu. Sesuatu

kontrak pembinaan itu terlaksana sepenuhnya apabila pihak kontraktor Berjaya

menyiapakan sepenuhnya kerja pembinaan mengikut dokumen kontrak, dan pihak

pemilik pula telah membayar kepada kontraktor berdasarkan kerja yang di jalankan

oleh kontraktor tersebut (Hinze, 2011).

Kontrak bertulis adalah wajib dalam sektor pembinaaan pada masa kini.

Dokumen kontrak ini di bentuk untuk menetapkan tanggungjawab dan liabiliti setiap

pihak yang akan terlibat dalam proses pembinaan iaitu perka bentuk professional ,

kontraktor, dan juga pemilik (Stokes & L.Finuf, 1986). Dalam sektor pembinaan,

sebelum ikatan antara klien dan kontraktor itu terjalin, proses menender sesuatu

kontrak akan dijalankan dimana iannya melibatkan proses dokumentasi, penilaian

kontraktor dalam menetukan harga kontrak terbaik yang boleh dipersetujui serta

masa penyiapan yang paling optimum untuk menyiapkan projek pembinaan

(Mohamed, 2002).

Page 28: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

12

Kesimpulannnya di sini, tender merupakan sebagai satu sistem untuk memilih

kontraktor yang layak bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan. Pemilihan

kontraktor yang layak akan mewujudkan satu ikatan perjanjian antara klien dan

kontraktor yang dikenali sebagai kontrak apabila kedua-dua pihak mempersetujui

perjanjian tersebut. Namun begitu terdapat pelbagai jenis kontrak yang diamalkan

dalam industri pembinaan. Jenis-jenis kontrak akan dibincangkan secara mendalam

dalam bab yang seterusnya.

2.2 Jenis-jenis kontrak

Bab yang lepas telah membincangkan, mengenai definisi kontrak dan

bagaimanakah wujudnya sesuatu kontrak. Dalam bab ini pula, akan membincangkan

jenis-jenis kontrak secara mendalam. Dalam memutuskan sesuatu kontrak

pembinaan, pihak pemilik hendaklah menentukan jenis kontrak yang hendak di

gunakan. Dalam rundingan perjanjian harga dengan kontraktor, pihak pemilik

hendaklah mengutamakan objektif berkenaan kos, masa dan kualiti kerana penentuan

harga akan menghasilkan keseimbangan antara objektif yang diutamakan oleh

pemilik (Stokes & L.Finuf, 1986).Secara amnya, di Malaysia terdapat empat jenis

kontrak yang biasa diamalkan iaitu kontrak Lump Sum (Harga Pukal), kontrak

Measure and Value (Ukur Nilai), kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran

Ganti) dan Kontrak Turnkey.Setiap jenis kontrak ini mempunyai kelebihan dan

kekurangannya sendiri.

Page 29: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

13

2.2.1 Kontrak Cost Reimbursement (Kos Pembayaran Ganti)

Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), dua definisi yang perlu di

titik berat dalam kontrak cost reimbursement iaitu yang kos boleh dituntut dan kos

bukan tuntutan. Kos tuntutan adalah kos yang melibatkan perbelanjaan dalam kerja

pembinaan itu sendiri antaranya ialah gaji, faedah sampingan, kos bahan binaan, dan

peralatan yang melibatkan kerja tersebut. Manakala bayaran pengangkutan, bayaran

sub kontraktor, gaji pekerja kontraktor yang bertugas di pejabat kontraktor tersebut,

makanan, perbelanjaan penginapan dan hotel, insuran, permit, dan perbelanjaan kecil

lain seperti bil talefon dan kos kemudahan semntara tapak bina adalah dibawah

tanggungjawab kontraktor itu sendiri dan bukannya pemilik.

Tambahnya lagi, dalam kontrak ini pihak pemilik akan membayar semua

perbelanjaan yang perlu dan munasabah yang digunakan dalam pembinaan ditambah

jumlah keuntungan dan kos overhead pihak kontraktor. Kaedah kontrak ini

menunjukkan kelebihan yang ketara kepada pihak kontraktor dimana pihak pemilik

menganggap peningkatan kepada kos adalah sebagai keseluruhan risiko. Penurunan

tahap risiko ini akan memberi kelebihan kepda pihak kontraktor untuk mendapat

lebihan margin keuntungan.

Kontrak jenis ini biasanya berguna kepada pemilik yang ingin memulakan

sesuatu projek pembinaan secara segera tanpa pelan dan spesifikasi yang terperinci.

Kontrak cost reimbursement memerlukan kedua-dua pihak iaitu pemilik dan

kontraktor untuk memainkan peranan dalam proses pembinaan yang sebenar. Pihak

pemilik melantik pihak pengurusan dan penyelia persendirian bagi memantau kerja

pembinaan dan mengawal kos projek tersebut.

Menurut Saidin (1998), kontrak Cost Reimbursement dikenali sebagai

Kontrak Cost Plus. Secara umumnya kontrak ini terbahagi kepada 3 kategori utama

iaitu :

Page 30: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

14

i. Wang Kos Prima + Yuran Tetap

ii. Wang Kos Prima + Peratus Yuran

iii. Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Yuran yang dimaksudkan adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan

pengurusan manakala Wang Kos Prima adalah kos yang melibatkan kos bahan,

pekerja peralatan dan juga jentera yang digunakan dalam projek berkenaan.

Kebiasaanya, kos pengurusan dan keuntungan sesuatu projek telah dipersetujui

terlebih dahulu dalam bentuk peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan

kos peralatan. Kontrak jenis ini sesuai digunakan untuk projek-projek yang kompleks

dan memerlukan tempoh masa yang cepat untuk menyiapkannnya.

Yuran sasaran pula adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh

kontraktor dengan jurukur bahan sebelum sesuatu perjanjian kontrak dipersetujui.

Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor

tersebut menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dalam

kontrak (Saidin, 1998). Hal ini secara tidak langsung dapat mendorong kontraktor

meningkatkan usaha dalam menyiapkan projek dengan lebih cepat.

2.2.2 Kontrak Turnkey (Tukar Milik)

Kontrak Turnkey pula adalah kontrak yang dimana pihak klien akan

menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab dalam menyiapkan projek kepada

kontraktor. Kontrak Turnkey biasanya diguna pakai dalam projek yang besar seperti

pembinaan hospital, jambatan, empangan dan lebuhraya. Menjadi amalan dalam

pembinaan dimana sesuatu organisai kontraktor mendapat tanggungjawab ini untuk

mengurus, merekabentuk, serta mengendalikan projek sehingga siap mengikut

Page 31: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

15

masa,harga dan arahan klien. Kebiasaannya pihak klien yang menggunakan kontrak

ini adalah pihak kerajaan yang menawarkan projek yang besar.

Kebaikan kegunaan kontrak turnkey ini dapat dilihat dimana kurangnya

penglibatan klien secara langsung mengenai hal-hal berkaitan masalah teknikal,

kecepatan dan pengawalan kos pembinaan secara keseluruhan.

2.2.3 Kontrak Measure and Value (Ukur Dan Nilai)

Kontrak measure and value pula kebiasaannya digunakan dalam projek yang

melibatkan pembinaan bangunan yang besar dan perlu dirahsiakan maklumat

mengenai kedudukan bahagian tertentu dalam bangunan tersebut atas faktor

keselamatan. Projek yang biasa menggunakan kontrak jenis ini adalah biasanya

melibatkan projek yang sulit seperti penjara ataupun institusi kewangan. Pembinaan

projek yang menggunakan kontrak jenis ini dilakukan dengan cepat di mana tiada

penyediaan lukisan spesifikasi yang setara dan senarai bahan binaan bagi tujuan

pelaksanaan.

Masalah yang biasa di dalam kontrak ini adalah dari segi aspek menentukan

harga perbelanjaan sebenar khususnya pada peringkat permulaan kerja. Tawaran

projek adalah sementara atau juga dikenali sebagai provisional. Bayaran hanya

dibuat setelah kontraktor yang terlibat memulakan kerja pembinaan berdasarkan

pengukuran dan kerja yang telah disiapkan. Pembayaran dibuat berdasarkan dua

aspek iaitu lukisan, spesifikasi kerja dan jadual kadar harga dimana pembayaran

dilakukan mengikut jadual yang telah dipersetujui terlebih dahulu antara pihak klien

dan kontraktor. Aspek yang kedua adalah berdasarkan lukisan,analisis kos dan

spesifikasi kerja di mana pembayaran bagi projek adalah berpandukan pada projek-

Page 32: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

16

projek lain yang setara iaitu mepunyai fungsi dan bentuk fizikal yang agak sama

(Saidin, 1998).

2.2.4 Kontrak Lump Sump (Harga Pukal)

Menurut Mattwan (2011), kontrak lump sum juga dikenali sebagai kontrak

stipulated sum di mana syarat asas perjanjian kontraktor meletakkan harga sekaligus

yang tetap untuk mengambil alih kerja-kerja yang terkandung dalam kontrak dan

pihak pemilik pula bersetuju untuk mebayar dengan jumlah tersebut setelah

penyiapan kerja. Tambahnya lagi. Dalam kontrak ini pihak kontraktor akan membida

sesuatu projek pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan

overhead dalam harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek

tersebut. Anggaran nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15

peratus daripada nilai projek. Dalam kontrak ini, jadual kadar harga boleh disediakan

oleh pihak majikan tetapi kuantiti kerja adalah terikat kepada lukisan dan spesifikasi

kontrak. Jadual kadar harga ini boleh digunakan untuk tujuan pembayaran terhadap

perubahan reka bentuk dan kerja-kerja yang berubah semasa dalam proses

pembinaan.

Menurut Saidin (1998), kontrak lump sum boleh dilaksanakan dalam tiga

cara. Yang pertama berdasarkan lukisan spesifikasi yang disertakan dengan

spesifikasi. Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan tempoh

masa yang cepat dalam penyiapannya. Lukisan spesifikasi yang disertakan juga

adalah kurang memuaskan untuk mendapat pengukuran yang tepat. Hal ini akan

menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.

Cara yang kedua pula adalah kontrak lump sum berdasarkan lukisan dan

senarai bahan yang digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM1 juta.

Page 33: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

17

Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang

disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak ini

juga memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan kerja–kerja ubahsuai (Saidin,

1998).

Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada kerja lukisan dan jadual kadar harga

pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen

lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang telah ditetapkan kontraktor.

Menurut Saidin (1998), kontrak lump sum jenis ini juga telah diubahsuai secara

umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu kontrak fixed price dan kontrak

firm price. Kontrak fixed price merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di

dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh di ubah setelah di tandatangan.

Kontrak firm price pula boleh dibuat perubahan harga tetapi tidak boleh mengubah

jumlah besar kontrak tersebut.

2.2.4.1 Kontrak Fixed price (Harga Tetap)

Secara umumnya , kontrak fixed prices tidak menetapkan kuantiti kerja yang

perlu di jalankan pihak kontraktor Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf

(1986), pihak kontraktor secara lazimnya hendaklah “ melakukan apa yang patut”

untuk menyiapkan projek tambahnya lagi, dalam terma kontrak, pihak kontraktor

haruslah menggarkan risiko kerugian projek itu. Dalam kontrak fixed price, pihak

kontraktor bersetuju untuk menjalankan kerja seperti yang dinyatakan dalam kontrak

secara lump sum. Secara umumnya perbelanjaan untuk lump sum tidak akan berubah

meskipun perbelanjaan untuk projek tersebut meningkat atau menurun. Secara

umumnya, kontrak fixed price dianggap memindahkan risiko peningkatan kos

kepada kontraktor agar pihak kontraktor bertanggungjawab untuk menyiapkan projek

mengikut bajet yang ditetapkan.

Page 34: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

18

Walau bagaimanapun, ia tidak mengahalang kontraktor untuk mendapatkan

pelarasan yang saksama kepada kontrak apabila berlakunya peningkatan kos

disebabkan perubahan dalam keperluan pembinaan, risiko yang tidak dijangka,

kelewatan ataupun tindakan pemilik itu sendiri. Dalam apa jua keadaan, dengan

menggunakan kaedah ini pihak pemilik telah memindahkan semua risiko

peningkatan kos kepada pihak kontraktor (Stokes & L.Finuf, 1986)

Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), pihak pemilik haruslah

menyediakan secukupnya dokumen kontrak yang terperinci termasuk pelan, lukisan

dan spesifikasi yang meliputi keseluruhan projek. Harga kontraktor bergantung

kepada kelengkapan dokumen kontrak kerana kontraktor menanggung risiko kerja

yang tidak dijangka tetapi dilindungi oleh dokumen kontrak. Dalam kontak fixed

price, pihak kontraktor akan menanggung kesemua risiko yang akan menyebabkan

peningkatan dalam kos kontrak tersebut. Meskipun jelas tentang kelebihan pihak

pemilik namun begitu masih ada kekurangan yang wujud. Oleh kerana pihak

kontraktor menanggung risiko yang datang dari banyak faktor di luar kawalannya,

pihak kontraktor akan meletakakn harga luar jangkaan bagi membendung risiko-

risiko tersebut. Oleh itu, pihak pemilik akan membayar jumlah yang lebih meskipun

tidak jelas peningkatan kos meningkat mahupun tidak (Stokes & L.Finuf, 1986).

2.2.2 Kontrak Firm Prices (Harga Firma)

Menurut Keith Collier (1974) menyatakan di Amerika Utara, kontak jenis ini

kebiasaanya kerap di gunakan dalam pembinaan berat dan pembinaan jalan raya

berbanding pembinaan bangunan. Manakala di Britain dan negara-negara Komonwel

seperti Australia, New Zealand, dan kebanyakan negara di Afrika dan Asia kontrak

jenis ini banyak digunakan untuk pembinaan bangunan. Di negara ini juga profesion

ukur bahan teguh di mana “kaedah kuantiti” pembidaan di gunakan secara meluas

untuk pembinaan bangunan (Collier, 1974).

Page 35: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

19

Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), kontrak firm prices

berbeza dengan kontak fixed price dimana dalam kontrak firm price ,pihak pemilik

itu sendiri yang harus menganggarkan risiko keseluruhan projek tersebut. Dalam

kontrak ini kerja-kerja pembinaan di bahagikan dalam bentuk kuantiti. Dalam unit

perletakan harga, nilai yang tetap di bayar bagi setiap unit kerja. Tambahnya pula,

menurut kontrak unit price pembayaran tidak merangkumi pembayaran keseluruhan

projek tetapi pembayaran di buat berdasarkan jumlah kerja sebenar yang telah

dijalankan (Stokes & L.Finuf, 1986).

Dalam kontrak tersebut haruslah dinyatakan kepada kerja apakah unit harga

tersebut dikenakan, terutamanya adakah pihak kontraktor di bayar dengan cara

normal perniagaan. Menurutnya lagi, penyataan dalam kontrak yang menyatakan

kontrak tersebut adalah amalan perniagaan normal adalah satu amalan yang bagus

terhadap pihak kontraktor untuk mengelakkan sebarang pembacaan literal kontrak

yang tidak wajar bagi mengelakkan keputusan yang di buat hanya pada bahasa

kontrak literal. Hal ini dapat menjelaskan tanggungjawab kontraktor ataupun

peruntukan kontrak yang samar-samar

Menurut McNeill Stokes dan Judith L.Finuf (1986), pihak pemilik pula akan

menanggung risiko atas kepelbagaian kuantiti kerja. Walaubagaimanpun pihak

kontraktor pula akan menanggung risiko terhadap peningkatan kos bagi setiap unit

kerja.

Page 36: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

20

2.3 Definisi Risiko

Perkataan risiko sebenarnya telah mula digunakan sejak pertengahan kurun

ke 18 dalam urusan transaksi insuran. Amnya risiko boleh didefinasikan sebagai

sesuatu kemungkinan berlakunya kejadian buruk atau ketidakpastian tentang

kerugian. Risiko sebenarnya boleh memberi pelbagai maksud mengikut masa dan

keadaan dimana ia digunakan (Greaves ,1983).

Tambahnya lagi risiko juga boleh ditakrifkan sebagai kemungkinan atau

kebarangkalian tidak mencapai hasil yang diharapkan atau hasilnya tidak seperti

yang diingini. Jangkaan kepada hasil ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan.

Oleh itu, risiko merupakan satu perbezaan di antara hasil sebenar dan yang

dijangkakan yang merupakan fungsi pengetahuan. Risiko sebagai perubahan di

dalam keputusan-keputusan yang berlaku di dalam suatu jangkamasa dan situasi

tertentu (Greaves ,1983).

Risiko juga di definisikan sebagai akibat yang negatif yang tidak diperlukan

dalam sesuatu keadaan. Akibat yang wujud itu biasanya boleh diramal dan

dikenalpasti. Kebiasaannya risiko ini memungkinkan berlakunya kerugian.

Berdasarkan definisi-definisi yang telah dinyatakan, dapat disimpulkan bahawa

risiko merupakan suatu keadaan di mana kejadiannya tidak dapat dipastikan dengan

tepat dan ia merupakan satu kebarangkalian keputusan yang berbeza dari apa yang

dijangkakan. Kewujudannya juga boleh menyebabkan kesan negatif seperti kerugian

atau kemusnahan.

Page 37: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

21

2.3.1 Komponen Risiko

Dari definisi-definisi yang telah diberikan, didapati risiko itu mempunyai

unsur ketidakpastian terhadap jangkaan keputusan serta kesan terhadap sesuatu

kejadian. Menurut Lim Chee Chee (2003), terdapat tiga (3) komponen penting dalam

risiko, iaitu ketidakpastian, tahap risiko dan punca risiko.

2.3.1.1 Ketidakpastian

Ketidakpastian wujud apabila maklumat yang lengkap tentang apa yang

berlaku pada masa depan tidak diperolehi. Ini menjadikan ketidakpastian itu sesuatu

yang tidak diketahui tentang kejadiannya. Jika kita mengetahui apa yang akan

berlaku pada masa akan datang, maka risiko tidak wujud. Dengan itu, ketidakpastian

adalah merujuk kepada keraguan terhadap masa depan (Greaves ,1983).

2.3.1.2 Tahap risiko

Tidak semua risiko mempunyai kecenderungan yang sama dari segi

kejadiannya. Sesetangah risiko berlaku lebih kerap manakala sesetengah daripadanya

jarang berlaku. Untuk mengetahui tahap risiko, terdapat dua (2) konsep yang boleh

diikuti, iaitu:

a. Kombinasi kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian

Kekerapan kerugian adalah merujuk kepada berapa kali kerugian akan

berlaku dalam suatu jangkamasa tertentu. Bagi ketenatan kerugian pula merujuk

kepada kepada berapa banyak kos yang perlu ditanggung jika berlaku kerugian. Kos

Page 38: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

22

yang perlu ditanggung sama ada kos dari segi fizikal, emosi ataupun kewangan.

Berdasarkan kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian, risiko risiko dapat

dikelaskan kepada empat (4) kategori, iaitu

i. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan kerugian yang rendah

ii. kekerapan kerugian yang tinggi dan ketenatan yang kerugian yang tinggi

iii. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang rendah

iv. kekerapan kerugian yang rendah dan ketenatan kerugian yang tinggi.

b. Konsep utiliti

Berdasarkan konsep utiliti, tahap risiko dilihat sebagai satu ukuran tunggal

yang telah mengambil kira kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian. Di mana

tahap risiko merupakan fungsi kepada kekerapan kerugian dan ketenatan kerugian,

iaitu;

Tahap Risiko = f (kekerapan kerugian, ketenatan kerugian)

Ini menunjukkan individu atau organisasi berlainan mempunyai persepsi

berlainan terhadap sesuatu situasi risiko yang hampir sama. Hal ini kerana individu

berkenaan menilai sesuatu situasi berisiko berdasarkan kekerapan kerugian dan

ketenatan kerugian sebagai satu ukuran tunggal secara relatif kepada jumlah

keseluruhan kekayaan mereka (Greaves ,1983).

Page 39: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

23

2.3.1.3 Punca risiko

Menurut Lim Chee Chee (2003), bagi menganggarkan risiko yang akan

dihadapi, punca atau sumber kepada risiko perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

Terdapat dua (2) aspek yang boleh dijadikan panduan dalam melihat punca kerugian,

iaitu;

a. Peril

Peril merupakan punca utama yang mengakibatkan kerugian. Antara peril

yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kerugian harta benda terdiri daripada api,

kilat, hujan kecurian, letupan dan sebagainya. Contohnya jika rumah Ali terbakar

kerana api, api merupakan punca utama yang mengakibatkan kerugian. Bermaksud

api ialah peril dalam kes ini (Greaves ,1983).

b. Bahaya

Menurut Greaves (1983), bahaya merujuk kepada faktor atau keadaan yang

boleh mempengaruhi suatu kejadian. Ia bukan punca utama yang mengakibatkan

kerugian tetapi sebagai suatu faktor atau keadaan yang boleh meningkatkan atau

mengurangakn kekerapan berlakunya kejadian buruk yang dialami oleh individu.

Terdapat tiga (3) jenis bahaya yang utama, iaitu;

i. Bahaya fizikal

Page 40: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

24

Bahaya ini berkait rapat dengan ciri-ciri fizikal yang terdapat pada risiko.

Misalnya dalam pembinaan, kaedah pembinaan akan mempengaruhi kekerapan

berlakunya sesuatu kejadian (Greaves ,1983).

ii. Bahaya moral

Bahaya ini mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusian. Ia merujuk

kepada sikap individu atau organisasi sama ada mereka jujur atau tidak. Contoh

bahaya moral yang mungkin dihadapi oleh syarikat insurans ialah pemegang polisi

yang mungkin memalsukan suatu kemalangan untuk menuntut wang insurans

(Greaves ,1983).

iii. Bahaya morel

Bahaya morel mempunyai kaitan rapat dengan aspek kemanusiaan. Namun,

bahaya morel ini merujuk kepada kecuaian atau sikap tidak ambil peduli seseorang

individu atau organisasi. Contohnya, kecuaian individu tidak memakai topi

keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan. Sikap ini akan

meningkatkan risiko kemalangan atau kematian (Greaves ,1983).

2.3.2 Klasifikasi risiko

Terdapat pelbagai cara yang telah digunakan oleh penulis-penulis sebelum ini

bagi mengklasifikasikan risiko. Lim Chee Chee (2003), yang telah mengkelaskan

risiko kepada tiga (3) kategori utama, iaitu; risiko kewangan dan risiko bukan

Page 41: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

25

kewangan, risiko tulen dan risiko spekulatif dan risiko fundamental dan risiko

tertentu

Risiko kewangan merujuk kepada kerugian yang boleh dikuantifikasikan

dalam bentuk wang ringgit. Bermaksud, kerugian yang dialami boleh diukur dari segi

kewangan. Contohnya kerosakan bangunan, kecurian harta dan kehilangan

keuntungan perniagaan akibat kebakaran. Risiko ini boleh diinsuranskan kerana

kerugian yang berlaku boleh ditentukan dengan tepat oleh syarikat insurans (Greaves

,1983).

Manakala risiko bukan kewangan merujuk kepada kerugian yang tidak boleh

dikuantifikasikan dalam bentuk wang ringgit tetapi dikaitkan dengan perasaan yang

dialami seperti perasaan bimbang, ketakutan, sakit atau sedih. Contohnya, individu

itu mungkin menghadapi risiko akibat termakan makanan tidak bersih semasa

menikmati makanan di tepi jalan. Risiko ini biasanya tidak boleh diinsuranskan

kerana syarikat insurans tidak boleh menentukan berapa banyak pampasan yang

harus dibayar (Greaves ,1983).

Risiko tulen merujuk kepada keadaan tidak pasti di mana individu atau

organisasi mungkin mengalami kerugian atau tidak mengalami apa-apa dan terus

berada dalam keadaan yang sama. Risiko ini boleh dinyatakan sebagai peluang untuk

mendapat kerugian dan tidak ada peluang keuntungan. Contohnya risiko kemalangan

jalanraya semasa menuju sesuatu destinasi, pemandunya mungkin tercedera dalam

perjalanan menuju destinasi tersebut atau dia akan sampai kedestinasinya dengan

selamat (Greaves ,1983).

Risiko spekulatif pula merujuk kepada keadaan tidak pasti yang boleh

menyebabkan kemungkinan memperolehi keuntungan, mengalami kerugian ataupun

tidak memperolehi apa-apa keuntungan atau kerugian. Contohnya risiko yang

dihadapi oleh pelabur yang melabur dalam pasaran saham. Pelabur menghadapi

Page 42: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

26

kemungkinan memperoleh keuntungan modal sekiranya harga saham yang dibeli

naik, mengalami kerugian modal jika harga saham yang dibeli jatuh ataupun tidak

memperolehi apa-apa kerugian atau keuntungan sekiranya harga saham yang dibeli

tidak berubah (Greaves ,1983).

Risiko fundamental adalah merujuk kepada risiko yang puncanya tidak boleh

dikawal oleh sesebuah organisasi atau individu. Kesan terhadap risiko itu pula akan

dialami oleh penduduk atau rakyat di sesebuah negara. Contohnya keadaan inflasi,

bencana alam, krisis ekonomi dan ketidakstabilan politik (Greaves ,1983).

Risiko tertentu pula merujuk kepada risiko yang berpunca daripada tindakan

individu atau organisasi tertentu dan kesannya hanya dialami oleh sekumpulan kecil

sahaja. Contohnya, rumah Ali terbakar akibat tindakan jirannya membakar sampah

sehingga menyebabkan kebakaran (Greaves ,1983).

Ralph dan Irwin (1997) juga telah mengklasifikasikan beberapa bentuk risiko,

iaitu; risiko yang boleh diterima dan yang tidak boleh diterima, risiko negatif dan

positif dan risiko dalaman dan luaran

Risiko yang boleh diterima adalah risiko yang masih boleh ditanggung jika ia

berlaku dan tidak menyebabkan projek perlu dihentikan. Contohnya, sesuatu berlaku

pada aktiviti kerja pembinaan tetapi tidak menganggu laluan genting projek

pembinaan.

Risiko yang tidak boleh diterima adalah apabila sesuatu yang berlaku itu

memberi amaran yang projek patut diberhentikan. Contohnya, sesuatu berlaku pada

aktiviti pembinaan dan menyentuh laluan genting.

Page 43: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

27

Risiko jangka pendek adalah risiko yang memberi kesan serta merta kepada

projek apabila ia berlaku. Risiko jangka panjang pula adalah risiko yang berlaku dan

memberi kesan yang berterusan pada masa hadapan. Kedua-dua risiko ini memberi

kesan kepada proses membuat keputusan.

Risiko yang terjadi kadangkala boleh membantu projek selain sifatnya yang

boleh mengancam projek. Contohnya, penjadualan semula aktiviti tidak kritikal

kadangkala membantu penyiapan aktiviti kritikal dalam projek. Risiko ini dikenali

sebagai risiko positif, manakala risiko negatif adalah sebaliknya.

Risiko yang mampu diurus dan yang tidak mampu diurus. Risiko yang

berlaku disebabkan tekanan yang berlebihan dari luar merupakan risiko yang tidak

mampu ditanggung oleh organisasi. Risiko dalaman adalah sesuatu yang unik bagi

projek dan ia berlaku dalam sempadan projek. Risiko luaran adalah risiko yang

disebabkan oleh faktor luaran dan tidak boleh dikawal oleh organisasi projek.

2.3.3 Pengurusan Risiko

Pengurusan projek di definisikan sebagai proses perancangan, kordinasi dan

kawal selia sesuatu projek dari peringkat idea hingga siap mewakili klien berdsarkan

kehendak klien tersebut. Obejktif pengurusan projek seharusnya memenuhi syarat

dari segi quality, fungsi dan kos yang telah dirancang (Walker, 2007).

Menurut Laster (2006), pula mendefinisikan pengurusan projek meliputi set

aktiviti yang dikawal selia dan dan dikordinasi mengikut pelaksanan tarikh

permulaan dan akhir projek, bertujuan untuk mencapai objektif berdasarkan

keperluan khusus. Pegurusan risiko pula adalah proses sistematik bagi merancang,

Page 44: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

28

mengenalpasti, bertindak balas dan memantau risiko projek (Caltrans, 2007). Selain

itu, pengurusan risiko juga adalah proses yang positif dan proaktif bertujuan

mengurangkan akibat yang tidak memeuaskan kepada projek diperingkat yang

berbeza (Rohaninejad & Beghapour, 2013).

Terdapat pelbagai definisi dan konsep mengenai pengurusan risiko yang

diperkenalkan, semua pendekatan pengurusan risiko adalah sama iaitu untuk

memaksimumkan kecekapan dan keberkesanan bagi mengurus sesuatu projek.

Namun terdapat (3) bahagian penting dalam pengurusan projek iaitu pengenalpastian

risiko, analisis dan tindak balas terhadap risiko (Erick dan Richard, 2003). Daripada

definisi-definisi yang diberikan dapat disimpulkan bahawa pengurusan risiko

merupakan proses bermula dari mengenalpasti risiko dan seterusnya menentukan

tindakan yang sesuai untuk mengawasi risiko. Risiko boleh hadir di pelbagai

peringkat kitar hayat projek, dari awal permulaan projek hingga peringkat terakhir

sesebuah projek.

2.3.1.1 Tindak Balas Risiko

Tindak balas risiko juga adalah proses membangunkan pilihan, dan

menentukan tindakan untuk meningkatkan peluang-peluang dan mengurangkan

ancaman terhadap objektif projek. Ia memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang

berisiko tinggi yang dinilai dalam analisis risiko kualitatif atau kuantitatif (Caltrans,

2007). Selepas risiko telah dikenal pasti dan dinilai, pasukan projek membangunkan

pelan pengurangan risiko, yang merupakan pelan untuk mengurangkan kesan

daripada peristiwa yang tidak dijangka. Menurut Amado (2012), pasukan projek

dapat mengurangkan risiko dalam cara yang berikut:

Page 45: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

29

i. Risk Avoidance (Pengelakkan Risiko)

Kaedah ini biasanya melibatkan pembangunkan satu strategi alternatif yang

mempunyai kebarangkalian kejayaan yang tinggi tetapi biasanya pada kos lebih

tinggi. Risiko dapat dielakkan dengan menukar pelan projek, bagi menghapuskan

risiko atau keadaan dan melindungi objektif projek daripada kesan risiko tersebut

(Caltrans, 2007). Penukaran pelan projek jelas menunjukkan kaedah ini memerlukan

kos yang tinggi. Namun begitu pasukan projek tidak boleh menghapuskan semua

kemungkinan risiko tetapi beberapa risiko tertentu akan dapat dielakkan.

Beberapa peristiwa risiko yang timbul awal dalam projek boleh diuruskan

dengan memperjelaskan keperluan projek, mendapatkan maklumat, meningkatkan

komunikasi, atau memperoleh kepakaran. Mengurangkan skop untuk mengelakkan

aktiviti yang berisiko tinggi, menambah sumber atau masa, menggunakan

pendekatan yang biasa dan bukan sesuatu yang inovatif, juga merupakan kaedah

‘Risk Avoidance’ (Caltrans, 2007).

ii. Risk Sharing (Perkongsian Risiko)

Kaedah ini melibatkan perkongsian risiko dengan pihak lain, tanggungjawab

bagi menguruskan aktiviti-aktiviti yang berisiko akan diagihkan dengan pihak yang

terlibat. Bekerjasama dengan syarikat lain untuk berkongsi risiko yang dikaitkan

dengan sebahagian daripada projek adalah berfaedah apabila pihak yang mempunyai

kepakaran dan pengalaman untuk menguruskan risiko tersebut terlibat sama. Jika

kejadian berisiko dan tidak diingini berlaku, maka syarikat yang menjalankan usaha

sama akan menyerap sebahagian atau semua kesan negatif daripada peristiwa

tersebut. Syarikat itu juga akan mendapat sebahagian daripada keuntungan atau

faedah yang diperolehi daripada projek (Caltrans, 2007).

Page 46: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

30

iii. Risk Mitigation (Mitigasi Risiko)

Mitigasi atau pegurangan risiko bertujuan untuk mengurangkan

kebarangkalian atau akibat daripada risiko buruk ke aras risiko yang boleh diterima.

Mengambil tindakan awal bagi mengurangkan kebarangkalian risiko berlaku adalah

lebih berkesan daripada cuba untuk membaiki kesan selepas ia berlaku. Pengurangan

risiko juga merupakan pelaburan dana untuk mengurangkan risiko projek. Seorang

pengurus projek boleh mengupah pakar untuk mengkaji semula pelan teknikal atau

anggaran kos pada satu projek untuk meningkatkan keyakinan dalam pelan tersebut,

seterusnya mengurangkan risiko projek. Menetapkan kakitangan projek yang

berkemahiran untuk menguruskan aktiviti-aktiviti berisiko tinggi adalah salah satu

kaedah pengurangan risiko (Caltrans, 2007).

iv. Risk Transfer ( Pemindahan Risiko)

Pemindahan risiko adalah kaedah mengalihkan risiko dari projek ke pihak

yang lain. Sebagai contoh sebagai contoh pembelian insurans atas barang-barang

tertentu bagi mengurangkan kos kerugian. Risiko ini dipindahkan daripada projek

kepada syarikat insurans. Pemindahan risiko membolehkan pemohon untuk

mengalihkan akibat risiko kepada pihak ketiga (Caltrans, 2007).

Pemindahan risiko selalunya melibatkan pembayaran premium risiko kepada

pihak yang mengambil risiko. Ia merangkumi penggunaan insurans, bon

pelaksanaan, jaminan, dan jaminan. Kontrak boleh digunakan untuk memindahkan

liabiliti bagi risiko-risiko tertentu kepada pihak lain. Penggunaan kontrak harga tetap

boleh memindahkan risiko kepada penjual jika terdapat perubahan pada pertengahan

projek yang melibatkan faktor dari klien (Caltrans, 2007).

Page 47: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

31

v. Contigency plan ( Perancangan Luar Jangka)

Pasukan projek membangunkan satu kaedah alternatif untuk mencapai

matlamat projek apabila peristiwa risiko yang dikenal pasti berlaku dan mampu

menggagalkan pencapaian matlamat projek tersebut. Rancangan-rancangan ini

dipanggil rancangan luar jangka. Sebagai contoh risiko pemandu trak gagal

menghantar bahan binaan boleh dikurangkan dengan pelan kontingensi yang

menggunakan kereta api untuk mengangkut peralatan yang diperlukan untuk projek

tersebut (Amado, 2012).

2.4 Risiko Dalam Pembinaan

Menurut Kwayke (1997), beliau telah menggariskan Sembilan risiko yang wujud

dalam projek pembinaan. Risiko-risiko itu adalah:-

a) Risiko fizikal : Risiko ini adalah risiko yang berkaitan dengan peperangan,

banjir, sinar radioaktif atau gempa bumi

b) Risiko pembinaan :Risiko ini melibatkan kekurangan tenaga buruh dalam

pembinaan, kelewatan pelaksanaan projek, reka bentuk yang tidak efektif,

kelewatan penerimaan tapak, pembatalan aktiviti di tapak bina, kehendak

dokumen kontrak dan produktiviti kontraktor dan penaju yang berlainan.

c) Risiko undang-undang :Risiko apabila berlaku kemalangan yang

menyebabkan kecederaan kepada pekerja dan kemusnahan bahan yang perlu

dilindungi dan di bayar dengan pampasan.

Page 48: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

32

d) Risiko harga : Penentuan harga yang disebabkan oleh kesilapan semasa

pengiraan, kesilapan perubahan kerja, ketidaktepatan penaksiran projek dan

saluran sumber maklumat yang tidak tepat.

e) Risiko pelaksanaan :Risiko ini melibatkan produktivi pekerja yang kurang,

ketiadaan moral untuk melaksanakan kerja dengan lebih tekun, pergaduhan di

kalangan pekerja, pengurusan yang lemah dan operasi kerja yang kompleks

dan susah difahami.

f) Risiko ekonomi : Penurunan nilai wang, kadar faedah yang tinggi, inflasi dan

lebihan belanjawan merupakan risiko ekonomi

g) Risiko politik : Risiko ini berkaitan dengan isu alam sekitar, bantahan

daripada organisasi tertentu, perubahan kepimpinan kerajaan dan perubahan

cukai yang mendadak

h) Risiko komersial : Kemerosotan pasaran, tiada permintaan dan tuntutan

pemaju

i) Risiko kontrak : Kelewatan pembayaran balik, kawalan yang lemah terhadap

kontrak, kekurangan penglibatan pihak-pihak terbabit, tuntutan kontrak dan

kelewatan kerja pembinaan

2.4.1 Risiko Kontrak Lump Sum

Dalam melaksanakan sesuatu projek pembinaan terutamanya dalam kontrak

lump sum kontraktor utama tidak terlepas daripada risiko yang wujud dalam kontrak

ini. Penggunaan kaedah kontrak lump sum dalam pembinaan juga mempunyai risiko

yang tersendiri sama ada semasa proses tender, reka bentuk ataupun semasa

pembinaan. Dalam mengkaji risiko yang terdapat dalam kontrak lump sum, pelbagai

cara boleh digunakan. Antaranya ialah melihat amalan mengurus kontrak oleh

kontraktor di Malaysia berpandukan JKR 203A, PAM 1998 . Dalam melaksanakan

Page 49: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

33

peranan sebagai kontraktor, seseorang kontraktor itu perlu tahu akan tanggungjawab,

hak-hak, liabiliti dan penalti yang dikenakan ke atas mereka untuk meminimakan

risiko yang mereka tempuhi seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak. Ini

kerana, pengurusan kontrak yang baik adalah pengurusan yang dapat mengawal

risiko-risiko yang lazim berlaku didalam suatu projek pembinaan (Gilbreath, 1949).

Diantara risiko kontrak lump sum yang ditanggung oleh kontraktor ialah:-

i. Risiko harga

ii. Risiko ekonomi

iii. Risiko rekabentuk

iv. Risiko tapak bina

v. Risiko perubahan kerja

vi. Risiko kaedah kerja

vii. Risiko pembayaran

viii. Risiko kerosakan

ix. Risiko kelewatan

2.4.1.1 Risiko harga

Menurut JKR 203B, kontraktor yang menandatangani kontrak ini telah

bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat- Syarat Kontrak dan Senarai

Kuantiti yang terletak harganya dan/atau Spesifikasi tersebut dan bersetuju bahawa

sebelum surat setuju terima tender dikeluarkan, harga atau kadar harga dalam

senarai kuantiti hendaklah diteliti dan diselaraskan oleh pegawai penguasa dengan

memastikan kemunasabahannya tanpa mengubah amaun yang dinyatakan di dalam

Borang Tender. Hal ini, menyatakan bahawa kontraktor hendaklah menyiapkan

Page 50: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

34

kerja mengikut tarikh dan harga yang telah dipersetujui tanpa mengubah harga.

Sebarang peningkatan kos dalam pembinaan adalah dibawah tanggung jawab

kontraktor.

2.4.1.2 Risiko ekonomi atau perubahan harga bahan

Menurut Mattwan (2011), pihak kontraktor akan membida sesuatu projek

pembinaan dengan memasukkan sekali jumlah keuntungan dan overhead dalam

harga mereka berdasarkan penilaian risiko dan kesukaran projek tersebut. Anggaran

nilai keuntungan dan overhead ini adalah sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada

nilai projek. Tambahnya lagi, pihak kontraktor menanggung sebahagian besar risiko

dari segi naik turun kos buruh dan bahan binaan.

2.4.1.3 Risiko rekabentuk

Risiko reka bentuk ini banyak melibatkan liabiliti kontraktor dalam

memastikan reka bentuk adalah selamat dan boleh digunakan. Kegagalan kontraktor

bagi memaklumkan kerosakkan atau kecacatan reka bentuk kepada pihak majikan

boleh mengakibatkan reka bentuk tidak stabil dan runtuh selepas pembinaan. Oleh

Page 51: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

35

itu, kerjasama diantara kontraktor dengan pasukan reka bentuk adalah sangat penting

dalam memastikan bahawa reka bentuk tersebut adalah efisyen dan sesuai untuk

sesuatu projek pembinaan.

Bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak Reka dan Bina adalah

bertanggungjawab sepenuhnya terhadap reka bentuk yang di laksanakan. Kegagalan

kontraktor untuk melaksanakan reka bentuk tersebut adalah salah satu daripada

pelanggaran kontrak. Kontraktor hendaklah memastikan bahawa reka bentuk tersebut

adalah sesuai dengan pembinaan tersebut dan tiada sebarang kecacatan di dalam

rekabentuk tersebut. Jika pihak kontraktor melantik sub kontraktor bagi

melaksanakan reka bentuk tersebut, kontraktor utama masih lagi menanggung risiko

reka bentuk tersebut dan pihak kontraktor perlu menampung kerugian tersebut

sebelum menuntut kembali kerugian tersebut daripada pihak sub kontraktor.

2.4.1.2 Risiko Tapak Bina

Berdasarkan JKR 203A, Fasal 15, kontraktor bertanggungjawab seperti yang

tedapat di dalam peruntukan di atas untuk memeriksa dan meneliti tapak bina dan

sekitarnya dan berpuas hati dengan sendirinya sebelum menyerahkan harga tender

mereka kepada. Perkara-perkara yang perlu diperiksa ada diterangkan di dalam

peruntukan terbabit.

Page 52: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

36

2.4.1.3 Risiko perubahan kerja

Berdasarkan JKR 203A, Fasal 5 dan PAM 1998,Fasal2.0, apabila Arkitek

atau Pegawai Penguasa (PP) mengeluarkan arahan perubahan, fasal-fasal seperti

diatas terpakai bagai menerangkan tanggungjawab atau perkara-perkara yang perlu

dilakukan oleh kontraktor. Takrif perubahan kerja bergantung kepada terma kontrak.

Secara amnya, istilah tersebut bermaksud perubahan terhadap sifat atau takat kerja

kontrak (reka bentuk, kualiti dan kuantiti) atau terhadap keadaan kerja (seperti ruang

dan waktu bekerja) yang telah dipersetujui bagi perlaksanaan kontrak. Kontraktor

bertanggungjawab untuk melaksanakan perubahan tersebut sekiranya Arkitek atau

PP mengesahkan secara bertulis akan arahan perubahan tersebut. Dan sekiranya

arahan tersebut dinyatakan secara lisan, menjadi tanggungjawab kontraktor untuk

memberi notis secara bertulis kepada Arkitek atau PP supaya arahan perubahan

tersebut disahkan.

Antara sebab perubahan dilakukan adalah seperti dibawah:-

a) Maklumat rekabentuk yang tidak sempurna atau tidak mencukupi.

b) Kelambatan bahan binaan atau peralatan binaan oleh pemilik.

c) Perubahan dalam keperluan.

d) Perubahan keadaan tapak bina yang tidak dijangka.

e) Impak kerja-kerja pembinaan lain yang sedang dilaksanakan pada masa yang

sama oleh kontraktor yang lain.

f) Bahasa kontrak dan pemahaman kontrak yang samar-samar.

Page 53: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

37

2.4.1.5 Risiko kaedah kerja

Risiko kaedah kerja merupakan satu risiko yang melibatkan pelaksanaan

kerja kontraktor semasa melaksanakan kontrak Reka dan Bina. Kegagalan pihak

kontraktor untuk melaksanakan kaedah kerja sepertimana yang telah dipersetujui di

dalam kontrak adalah satu pelanggaran kontrak. Dalam hal ini, kontraktor perlu

memastikan bahawa pihaknya berkemampuan untuk melaksanakan kaedah kerja

tersebut sebelum mencadangkannya kepada majikan. Sebarang perubahan kaedah

kerja semasa pembinaan adalah di tanggung oleh kontraktor dan pihak majikan

adalah tidak bertanggungjawab terhadap perubahan tersebut. Kos bagi perubahan

kerja tersebut di tanggung sepenuhnya oleh kontraktor utama tanpa sebarang bayaran

daripada majikan.

2.4.1.5 Risiko pembayaran

Dalam senario di Malaysia, kebanyakan pembayaran dibuat adalah

berdasarkan kemajuan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor (work done) di

tapak bina. Ini adalah kerana pembayaran berdasarkan kemajuan kerja-kerja

kontraktor ini dilihat lebih adil kepada kedua-dua pihak yang berkontrak.

Berdasarkan JKR 203A dan PAM 1998, memperuntukkan klien atau pemilik untuk

menunaikan bayaran kepada kontraktor dalam tempoh tertentu selepas perakuan

dikeluarkan. Kegagalan klien atau pemilik berbuat demikian adalah merupakan satu

kemungkiran kontrak dan kontraktor berhak untuk memberi notis untuk menamatkan

pengambilan kerjanya di bawah peruntukan kontrak.

Page 54: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

38

Selain dari itu, menjadi hak kontraktor untuk diperakukan dengan perakuan

muktamad yang dikeluarkan oleh arkitek dalam tempoh yang tertentu selepas

berakhirnya tempoh liabiliti kecacatan. Selain itu, hendaklah dinyatakan jumlaj

bayaran yang perlu dibayar bagi penyelesaian kontrak. Dalam erti kata lain,

perakuan muktamad adalah satu penyataan yang Arkitek atau PP bahawa dia berpuas

hati bahawa kerja tersebut telah menpati kehendak kontrak.

2.4.1.6 Risiko kerosakan kerja

Berdasarkan JKR 203A,Fasal 4, Fasal 9 (a) dan PAM 1998,Fasal 1.0, Fasal

6.1, selain dari melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja seperti yang ditetapkan

dalam dokumen kontrak, kontraktor juga perlu menyiapkan kerja termasuk membaiki

apa-apa kecacatan atau kerosakan yang timbul sebelum tarikh penyiapan. Kontraktor

bertanggungjawab membaiki kecacatan yang ternampak semasa tempoh liabiliti

kecacatan akibat dari mutu kerja atau bahan yang tidak menepati kontrak.

Kontraktor bertanggungjawab untuk memaklumkan dengan memberi notis

secara bertulis kepada Arkitek atau Pegawai Penguasa (PP) sekiranya terdapat

percanggahan di antara elemen di dalam dokumen kontrak.Kontraktor

bertanggungjawab dalam menentukan mutu bahan-bahan dan mutu kerja seperti yang

dinyatakan dalam lukisan-lukisan, spesifikasi dan senarai kuantiti. Secara

tersiratnya, bahan-bahan yang dibekalkan adalah layak untuk maksud ianya hendak

Page 55: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

39

digunakan dan berkualiti boleh dagang. Sekiranya terdapat kecacatan berlaku akibat

mutu bahan yang tidak baik, kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya terhadap

kerugian yang berlaku akibat kecacatan tersebut. Kontraktor juga bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap kerja-kerja subkontraktor, menyelia kemajuan dan perancangan

subkontraktor. Kontraktor wajib memberi segala maklumat yang diperlukan oleh

Arkitek atau PP berkenaan dengan program kerja, tuntutan bayaran, tuntutan lanjutan

masa dan tuntutan kerugian dan perbelanjaan. Dalam erti kata lain, memberi

kerjasama sepenuhnya kepada Arkitek atau PP.

2.4.1.7 Risiko kelewatan

Berdasarkan JKR 203A, Fasal 40 dan PAM 1998, Fasal 22.0, kontrak binaan

lazimnya menetapkan tarikh bagi penyiapan kerja. Sekiranya kontraktor gagal

menyiapkan kerja dalam atau pada masa yang ditetapkan itu, dia dianggap telah

memungkiri kontrak. Oleh itu kontraktor perlu membayar suatu jumlah wang kepada

klien atau pemilik mengikut kadar yang telah ditetapkan. Perakuan yang dikeluarkan

di di bawah peruntukan ini disebut “Perakuan Kerja Tidak Siap”.

Peruntukan ganti rugi tertentu dan ditetapkan adalah bagi membolehkan

majikan mendapat balik kerugian yang dialami akibat kegagalan kontraktor

menyiapkan kerja pada tarikh siap atau apa-apa tarikh lanjutan. Sekiranya kontraktor

gagal menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan, Arkitek atau PP hendaklah

mengeluarkan satu perakuan menyatakan perkara tersebut bagi membolehkan klien

Page 56: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

40

atau pemilik menolak amaun ganti rugi tertentu dari mana wang yang perlu dibayar

kepada kontraktor.

Berdasarkan JKR 203,Fasal 38 dan PAM 1998,Fasal 21.0 menyatakan, dari

segi lanjutan masa pula, menjadi kewajipan kontraktor untuk menyiapkan kerja pada

atau sebelum tarikh penyiapan. Di dalam JKR 203A dan PAM 1998 terdapat

peruntukan untuk Arkitek atau PP memberi lanjutan masa di atas sebab-sebab

tertentu. Pemberian lanjutan masa ini melepaskan kontraktor daripada liabilitinya

membayar amaun ganti rugi tertentu bermula dari tarikh yang dinyatakan di dalam

kontrak.

Contoh-contoh peristiwa yang membolehkan lanjutan masa diberikan adalah

perkara-perkara di luar kawalan klien atau kontraktor. Contohnya seperti:-

a) Force majeure

b) Keburukan cuaca yang luar biasa.

c) Rusuhan awam dan sebagainya.

d) Kekurangan bahan atau tenaga buruh diseluruh negara atau kawasan

setempat.

e) Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh bencana-bencana tertentu

contonya kebakaran.

Perkara-perkara yang berpunca daripada tanggungjawab klien atau ejennya

juga membolehkan kontraktor diberi lanjutannya. Contohnya seperti:-

a) Mematuhi arahan-arahan sah Arkitek atau PP mengenai percanggahan

dokumen, perubahan kerja atau penangguhan.

b) Kelambatan dalam memberi maklumat.

Page 57: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

41

c) Kelambatan dipihak subkontraktor atau pembekal dinamakan.

d) Kelambatan dipihak orang-orang lain yang diupah oleh klien.

e) Mendedahkan apa-apa kerja tertutup dan membaikinya semula untuk

pemeriksaan atau pengujian sekiranya kerja tersebut didapati telah mematuhi

kehendak kontrak.

f) Kelambatan atau kegagalan majikan membekalkan bahan atau barangan yang

dia telah setuju membekalkan.

2.5.1 Rumusan

Rumusannya di sini adalah, dalam memastikan sesuatu projek pembinaan itu

berjalan dengan lancar, pihak kontraktor haruslah mengenapasti setiap risiko yang

hadir dalam sesuatu projek yang diambil itu sendiri, antara kaedah dalam

mengenalpasti risiko yang hadir dalam sesuatu projek itu, pihak kontraktor boleh

meneliti risiko yang hadir dalam dokumen kontrak itu sendiri. Hal ini kerana,

pengurusan risiko dalam kontrak yang baik akan mengurangkan liabiliti yang akan

ditanggung oleh kontraktor seterusnya mengurangkan kerugian pihak kontraktor itu

sendiri. Dengan berpandukan JKR 203A, PAM 1998, 9 senarai risiko dalam kontrak

lump sum telah dikenal pasti, iaitu, risiko harga, risiko ekonomi, risiko reka bentuk,

risiko sub surface, risiko perubahan kerja, risiko pembayaran, risiko kerosakan dan

risiko kelewatan Berdasarkan 9 risiko utama ini, pihak kontraktor dapat menilai

apakah faktor yang hadir dalam risiko ini, seterusnya menyediakan langkah-langkah

untuk mengurangkan risiko yang ditanggung bagi mengelakkan kerugian bagi pihak

kontraktor.

Page 58: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

42

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan kaedah bagaimanakah kajian ini

dijalankan. Kajian metodologi merupakan elemen yang penting kerana merupakan

keperluan untuk menjalankan kajian sebagai panduan kepada pengkaji untuk

mencapai matlamat dan objektif kajian. Objektif utama penyelidikan ini dilakukan

adalah untuk mengenalpasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam

kontrak lump sum dan langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam

kontrak harga lump sum. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

langkah-langkah kontraktor mengurangkan risiko dalam perletakan harga lump sum

Oleh demikian, penyelidikan ini haruslah memastikan objektif seperti di atas dapat

dicapai bagi memenuhi kehendak penyelidikan.

Page 59: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

43

3.2 Kaedah Kajian

Menurut Noraiani (2013), kaedah kajian terdapat dalam dua pendekatan iaitu

kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Dari segi falsafah kaedah penyelidikan

kuantitatif menekankan objektif kajian dalam pengumpulan data berdasarkan setiap

fenomena dalam kehidupan dapat diterangkan dengan mengukur elemen-elemen

yang terlibat dalam fenomena berkenaan. Pengukuran ini akan memberikan data

yang berbentuk kuantitatif. Data-data yang dikumpul berbentuk nombor ataupun

kuantiti dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan statistik. Penyelidikan

kuantitatif boleh berbentuk eksperimen atau bukan eksperimen seperti kajian

tinjauan, penyelidikan kolerasi dan penyelidikan perbandingan penyebab.

Manakala penyelidikan kualitatif merupakan usaha menjawab perkara-

perkara yang tidak mungkin akan dijawab menerusi penyelidikan kuntitatif serta

memberi gambaran dari segi perspektif yang tidak dapat diukur secara kuantiti. Para

penyelidik kualitatif percaya bahawa dunia manusia tidak stabil mahupun seragam

untuk memberi makna kepada sesuatu fenomena berdasarkan pengukuran yang

dibuat keatas elemen-elemen yang terlibat. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti

perasaan, sikap dan tingkah laku manusia berbeza dalmsituasi yang berlainan dan

oleh itu unsur subjektiviti diambil kira dalam pendekatan kualitatif, dimana para

penyelidik percaya bahawa maklumat yang berbeza diperoleh dalam konteks dan

situasi yang berbeza. Penyelidikan kualitatif boleh dikelaskan kepada kajian kes,

penyelidikan etrografi, kajian sejarah dan kajian tindakan (Noraini, 2013). Oleh

kerana kajian ini berunsur subjektif maka bentuk kajian yang sesuai dijalankan adlah

berbentuk kualitatif.

Page 60: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

44

3.3 Pengumpulan Data

Data yang ingin di perolehi daripada kajian ini adalah apakah risiko yang

dihadapi pihak kontraktor dalam kontrak lump sum dan bagaimanakah cara

kontraktor Menangani risiko yang dihadapi dalam masalah tersebut. Oleh sebab

kajian ini didapati berbentuk kualitatif, maka pengumpulan data yang sesuai

digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur.

3.3.1 Instrumen Kajian

Instrumen yang sesuai untuk kajian ini adalah temu bual berstruktur. Menurut

Chua (2003), Temubual berstruktur adalah temu bual yang dijalankan secara formal,

dirancang dengan teliti dan dilaksanakan mengikut satu senarai soalan yang perlu

dijawab oleh semua responden yang terlibat. Untuk memastikan temubual dilakukan

dengan keadaaan yang baik, soalan-soalan yang akan dibina mestilah berupaya untuk

mengumpulkan maklumat yang mencerminkan konsep variable dalam kajian.

Soalan-soalan yang akan ditemubual juga mesti selaras dengan objektif kajian. Tiga

andaian asas pembentukan soalan temu bual berstruktur adalah semua responden

mempunyai laras bahasa yang sama, soalan-soalan dibina dengan bahasa yang

mudah difahami dengan jelas oleh setiap responden dan responden memahami setiap

soalan kajian iaitu soalan yang membawa maksud yang sama (Chua ,2003).

Page 61: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

45

Instrumen kajian ini ini adalah soalan temubual berstruktur yang akan

diajukan kepada pihak kontraktor untuk untuk mendapatkan maklumat daripada

mereka. Soalan temubual berstruktur ini di bentuk berpandukan persoalan kajian agar

dapatan kajian yang di perolehi menepati objektif yang diinginkan dalam kajian ini.

Berdasarkan jadual 3.1 di bawah, dapat dilihat perkaitan soalan dengan data yang

diperlukan daripada responden semasa temubual dijalankan.

Soalan Data yang Diperlukan

Bahagian A : Maklumat Responden

1. Nama, jawatan dan nama syarikat

responden

Untuk mengetahui latar belakang responden,

jawatan dan peranan responden dalam syarikat.

Bahagian B : Latar Belakang Responden

2. Bolehkah encik ceritakan serba sedikit

mengenai latar belakang projek yang

telah encik lakukan dan siapakah

pemilik projek tersebut?

Untuk mengetahui latar belakang projek dari segi

kos , tempoh masa dan pemilik projek tersebut.

Bahagian C : Maklumat Kajian

3. Apakah projek yang menggunakan

kaedah kontrak lump sum yang telah

encik laksanakan?

Untuk mengetahui kaedah perlaksanaan kontrak

lump sum yang responden gunakan.

4. Apakah kelebihan dan kekurangan

kontrak lump sum berbanding kontrak

jenis lain?

Untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan

yang dihadapi dalam kontrak lump sum

5. Apakah risiko-risiko yang dihadapi oleh

kontraktor dalam perlaksanaan kontrak

lump sum?

Untuk mengetahui risiko yang dihadapi oleh

kontraktor dalam kontrak lump sum

6. Apakah langkah-langkah yang

digunakan oleh kontraktor dalam

Menangani risiko kontrak lump sum?

Untuk mengetahui kaedah dan langkah-langkah

yang digunakan bagi mengatasi risiko dalam

kontrak lump sum

Jadual 3.1 Senarai Soalan dan Data Yang Diperlukan

Page 62: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

46

3.3.2 Proses Pengumpulan Data

Dalam mendapatkan data bagi menjalankan kajian ini, instrumen kajian yang

digunakan adalah dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Dalam

menjalankan kaedah temubual terdapat beberapa proses yang perlu dijalani bagi

memastikan proses temubual berjalan dengan sempurna. Menurut (Noraini, 2013)

proses temubual melibatkan pelbagai aktiviti yang boleh dipecahkan kepada tiga

fasa, iaitu sebelum temubual dijalankan, semasa temubual dijalankan dan selepas

temubual dijalankan.

Dalam kajian ini sebelum temubual dijalankan, perkara yang paling penting

adalah untuk mendapatkan kebenaran ataupun kepercayaan pihak yang bakal

ditemubual. Setelah itu, penjelasan mengenai tujuan penyelidikan dijalankan kepada

pihak yang bakal ditemubual dilakuka. Hal ini adalah untuk memastikan pihak yang

bakal ditemubual memahami kepentingan penyelidikan serta peranan mereka. Selain

daripada menjelaskan aspek tujuan kajian, aspek kerahsiaan dalam penyelidikan ini

dijelaskan bagi memaklumkan pihak yang ditemubual bahawa respon yang

diperolehi semasa temubual akan kekal sebagai rahsia seperti yang digariskan dalam

etika penyelidikan. Setelah pihak yang bakal ditemubual jelas mengenai kehendak

penyelidikan, kebenaran bertulis bagi mendapatkan kebenaran pihak yang bakal

ditemubual diserahkan kepada mereka untuk mengesahkan persetujuan mereka untuk

ditemubual. Aspek terakhir yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan sesi

temu bual ialah senarai semak barang atau bahan yang perlu dibawa semasa

temubual seperti borang biodata peserta penyelidikan, alat rakaman, instrumen

pengumpulan data seperti soalan temubual, soalan tambahan dan borang soal selidik.

Page 63: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

47

Semasa temubual dijalankan pula, kebenaran lisan daripada pihak yang

ditemubual turut diminta untuk membolehkan proses temubual dirakam. Dalam

merakam sesi temubual yang dijalankan, alat yang akan digunakan adalah perakam

suara digital dimana rakaman yang dibuat dapat memudahkan proses transkripsi

kerana rakaman boleh diulang semuala dan boleh dipindahkan kedalam komputer

dan kemudian diarkibkan kedalam cakera padat yang lebih tahan lasak.

Selepas sesi temubual pula, penyedian transkripsi hendaklah dijalankan bagi

mengeluarkan maklumat dan respon yang disampaikan oleh responden melalui

rakaman yang telah dibuat. Dalam proses transkripsi ini, semua makluamat yang

disampaikan oleh responden akan dicatat dan direkodkan dlam bentuk bertulis

kemudiannya akan dikodkan ataupun diasingkan berdasarkan kriteria yang

diinginkan.

3.4 Analisis Data

Kaedah analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah analisis

kandungan ataupun content analysis. Teknik ini digunakan bagi menentukan hasil-

hasil analisis bagi temubual yang dilakukan. Bagi kajian ini, data-data yang

diperolehi hasil temubual berstruktur yang telah dijalankan akan dikumpul,

diasingkan dan dianalisis dengan menggunakan kaedah “coding” yang mana ianya

dianalisis menerusi penganalisaan kualitatif dimana iannya akan dicorak dalam

bentuk jadual dan carta pai bagi mengenalpasti corak jawapan daripada responden.

Page 64: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

48

3.5 Rumusan Bab

Kesimpulannya, bab ini membincangkan mengenai metodologi atau kajian

yang telah digunakan oleh penyelidik bagi menumpul data-data untuk mencapai

objektif kajian. Metodologi kajian yang dirangka secara tersusun adalah untuk

memudahkan penyelidik mencapai objektif kajian. Dengan adanya rangka yang

tersusun dan jelas, penyelidik telah mengetahui secara keseluruhan data-data atau

maklumat yang diperlukan. Oleh itu, ianya dapat digunakan sebagai panduan bagi

memastikan data-data yang penting diperolehi.

Page 65: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

49

BAB 4

ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan analisis ke atas data-data yang diperolehi daripada

temubual yang telah dijalankan. Kajian ini akan menganalisis hasil jawapan oleh

responden dalam mengenal pasti risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam

kontrak lump sum dan langkah dalam mengatasi masalah tersebut.

Secara keseluruhannya, analisis di laksanakan mengikut dua (2) bahagian

iaitu: A), risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum. B)

langkah-langkah dalam mengatasi risiko kontrak lump sum.

Bahagian A, menerangkan tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh kontraktor

dalam kontrak lump sum. Bahagian B, berdasarkan kepada data risiko-risiko kontrak

lump sum yang dihadapi oleh kontraktor,langkah-langkah untuk mengatasi masalah

tersebut juga akan dianalisis dalam bahagian ini akan dianalisis untuk mengenal pasti

Page 66: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

50

langkah-langkah kontraktor Menangani risiko dalam kontrak lump sum. Analisis ini

akan disokong dengan transkrip yang telah dibuat berdasarkan temubual terhadap

responden berkenaan dan dianalisa dengan memberi keutamaan kepada fakta risiko

kontrak lump sum. Risiko kontrak lump sum yang dianalisis adalah berdasarkan

kajian literatur yang dibuat pada Bab 2 lepas, iaitu:

i. Risiko harga

ii. Risiko ekonomi

iii. Risiko reka bentuk

iv. Risiko tapak bina

v. Risiko perubahan kerja

vi. Risiko kaedah kerja

vii. Risiko pembayaran

viii. Risiko kelewatan

ix. Risiko kerosakan

4.2 Latar Belakang Responden

Sebanyak 10 responden dari syarikat berlainan telah di temubual. Lima orang

daripadanya dari syarikat kontraktor G7 dan lima orang lagi daripada syarikat

kontraktor G6 di Johor Bahru. Kesemua responden yang telah ditemubual adalah

pernah mempunyai pengalaman dalam menguruskan kontrak lump sum. Berdasarkan

Jadual 4.1, seramai 6 responden yang melaksanakan kontrak lump sum yang

menggunakan kaedah secara reka dan bina manakala 4 responden melaksanakan

kaedah konvesional.

Page 67: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

51

Responden Jawatan dan nama

syarikat

Senarai projek

lump sum dan kos

Jenis kontrak

A Ir Hj Saniman b. Mail

Managing Director

(BJP ENG. & CONST.

SDN .BHD)

MRV gas tech,

fakulti ibnu

sinar(RM 9 juta)

Reka dan bina

B En. Shahvarein bin Sulong

Managing Director

(Rosha Dynamic Sdn Bhd)

Kerja pembinaan

jalan raya di

pengerang,johor

(RM 400ribu)

Konvensional

C Hafizi bin Mohamed

Contract Managing & QS

(GSR Construction Sdn.

Bhd)

Warehouse projek

dipasir gudang ,

(RM3.5 juta )

Reka dan bina

D Ridzuan B Yahaya

Construction Manager

(Seri Impian Construction)

Projek kilang

struktur keluli di

Johor, Taman

Teknologi Senai.

(RM2.4 juta)

Reka dan bina

E Chris Ng

Construction Manager

(Prosmier Construction)

Projek pembinaan

jalan , Estet Sime

Darby (RM

4million)

Konvensional

F Masliza bt Zakaria

Project Engineer & Project

Manager

(Tanjung Emas

Construction

Johor port crusher

run , parking lori

(RM 2.2 juta)

Konvensional

G Mohd Shahril

Project Manager

Masjid (RM

2.5juta)

Konvensional

Page 68: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

52

(Impian Shazai)

H Mr. Tay Chin Kee

Project Contract Manager

(Windsor Aims)

Kilang steel

structure di Kulai

(RM4juta)

Reka dan bina

I Project Manager

(Alaf Pentawaris Sdn Bhd)

Warehouse Sime

Darby di Pasir

Gudang (RM5juta)

Reka dan bina

J Project Manager

(Jurustra Sdn. Bhd)

Kilang memproses

makanan dan

minuman, steel

structure (RM3.5)

Reka dan bina

Jadual 4.1 : Senarai Responden dan Projek Kontrak Lump Sum

4.2 Risiko-risiko Kontrak Lump Sum

Kontrak lump sum juga sama seperti kontrak lain dimana kontrak lump sum

juga mempunyai risiko yang tersendiri. Berdasarkan kajian literatur yang dibuat pada

Bab 2, antara risiko yang wujud dalam kontrak lump sum adalah risiko harga, risiko

ekonomi, risiko reka bentuk, risiko tapak bina, risiko perubahan kerja, risiko kaedah

kerja, risiko pembayaran, risiko kerosakan dan risiko kelewatan.

Page 69: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

53

4.2.1 Risiko harga

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina, responden A, menyatakan bahawa perletakan harga adalah satu risiko

yang besar hal ini adalah kerana bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak lump

sum melalui kaedah reka bentuk, haruslah menyiapkan kerja kontrak yang telah

dipersetujui meskipun terdapat peningkatan kos. Responden C pula menyatakan

risiko harga berlaku apabila bidaan harga dalam kontrak tersebut tidak seimbang

dimana harga yang dibida adalah lebih rendah berbanding harga kos untuk penyiapan

projek. Bagi responden D pula menyatakan bahawa dalam kontrak lump sum,

kesilapan memasukkan harga akan mengakibatkan kerugian yang besar kepada pihak

kontraktor. Begitu juga dengan responden H, menyatakan pendapat yang sama

dimana kesilapan memasukkan harga tender akan memberi kerugian yang besar

kepada kontraktor. Bagi responden J pula, menyatakan bahawa kontraktor yang

mengambil kontrak lump sum, perlu menyiapkan kerja tersebut mengikut harga

kontrak tersebut dan sebarang penambahan kerja adalah bawah tanggungjawab

kontraktor dan bukan tanggungjawab klien.

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional

juga turut menyatakan bahawa risiko harga hadir dalam kontrak lump sum. Hal ini

telah dinyatakan oleh responden B, bahawa kesilapan dalam perletakan harga akan

mengakibatkan kontraktor tiada keuntungan. Responden E, pula menyatakan bahawa

kontraktor, mengalami masalah kemasukan harga kerana, kontrak lump sum secara

konvesional, kekurangan detail dan spesifikasi yang lengkap dan akhirnya akan

berlaku kesilapan oleh kontraktor dalam memasukkan harga seterusnya

mengakibatkan kerugian kepada kontraktor. Begitu juga dengan responden F dan G

yang menyatakan bahawa kesilapan memasukkan harga adalah risiko utama dalam

kontrak lump sum, kerana sebarang peningkatan kos binaan adalah dibawah

tanggungjawab kontraktor.

Page 70: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

54

4.2.2 Risiko ekonomi

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina, responden A menyatakan, risiko ekonomi akan memberi kesan kepada

peningkatan harga bahan. Berdasarkan pendapat responden A, menyatakan risiko

contoh risiko ekonomi yang berlaku adalah peningkatan harga minyak akan

meningkatkan kos dalam penggunaan bahan api, dan seterusnya meningkatkan kos

pengangkutan dan jentera. Manakala responden C dan D pula menyatakan pendapat

yang sama bahawa, risiko ekonomi akan memberi kesan kepada perubahan harga

bahan yang tidak menentu dan pihak klien tidak bertanggungjawab terhadap

peningkatan tersebut. Begitu juga dengan responden H, I dan J menyatakan bahawa,

peningkatan harga bahan yang tidak menentu dan sentiasa berubah-ubah, akan

memeberi impak yang besar dalam kos pembinaan dimana pihak kontraktor itu

sendiri yang akan menanggung kos tersebut.

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum konsep konvesional

pula, turut menyatakan bahawa risiko ekonomi juga memberi kesan dalam

peningkatan kos. Hal ini kerana sebarang peningkatan kos bahan yang.berlaku adalah

dibawah tanggungan kontraktor kerana dalam kontrak lump sum tidak boleh

membuat pelarasan harga semula setelah kontrak dipersetujui. Hal ini telah

dinyatakan oleh responden B dan G. Manakala responden E, menyatakan risiko

ekonomi selalu berkaitan dengan peningkatan harga minyak, hal ini akan memberi

impak yang besar bagi kerja pembinaan jalan raya, dimana peningkatan harga

minyak akan meningkatkan kos bahan utama iaitu bitumen hal ini secara tidak

langsung akan meningkatkan kos bahan dan perlu ditanggung oleh kontraktor. Begitu

juga dengan responden F, menyatakan risiko ekonomi akan memberi impak kepada

peningkatan kos bahan dan akan ditanggung oleh kontraktor.

Page 71: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

55

4.2.3 Risiko reka bentuk

Bagi risiko reka bentuk, kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum

kaedah reka bina menyatakan risiko reka bentuk adalah dibawah tanggungjawab

kontraktor, hal ini adalah kontraktor tersebut telah mengambil tanggungjawab untuk

mereka bentuk dan membina sesuatu projek yang telah di tender. Hal ini dinyatakan

oleh responden A, C dan D bahawa jika terdapat kerja tambahan di sebabkan salah

reka bentuk, kontraktor tidak boleh mebuat apa-apa tuntutan kerja tambahan.

Menurut pendapat responden A, kontraktor yang yang melaksanakan kontrak lump

sum kaedah reka, klien bagi kontrak tersebut tidak mahu menanggung sebarang kos

kerja tamabahan dimana pihak kontraktor perlu menanggung keseluruhan risiko

peningkatatn kos tersebut jika terdapat sebarang penambahan disebabkan oleh

kesilapan reka bentuk. Pada pendapat responden C pula, kontraktor

bertanggungjawab dalam menyiapkan reka bentuk sesuatu projek yang diambil, jika

terdapat kesilapan reka bentuk, kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya dalam

menanggung kos tersebut. Begitu juga dengan responden D, menyatakan pendapat

yang sama dimana tanggungjawab dalam mereka bentuk adalah dibawah tanggungan

kontraktor sepenuhnya. Sebarang penambahan kerja adalah dibawah tanggungjawab

kontraktor sepenuhnya dan pihak klien tidak akan menanggung sebarang kos

tersebut. Manakala responden H dan J pula menyatakan bahawa kesilapan reka

bentuk adalah dibawah tanggungjawab kontraktor dan kontraktor perlu mengahadapi

risiko tersebut kerana kontraktor yang bertanggungjawab mereka bentuk.

Menurut responden B, E dan F, mereka menyatakan bahawa kontraktor yang

melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah konvesional, pihak

kontraktor tidak mengalami risiko reka bentuk, hal ini adalah kerana tanggungjawab

terhadap reka bentuk adalah dibawah tanggungjawab arkitek atau konsultan. Risiko

ini adalah dibawah tanggungjawab klien jika terdapat sebarang peningkatan kos

terhadap perubahan reka bentuk. Namun begitu, responden G, menyatakan bahawa,

Page 72: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

56

risiko reka bentuk kadang kala hadir dimana, terdapat kesukaran pada kaedah kerja

dalam membina reka bentuk yang sukar, dan hal ini meningkatkan kos pada kaedah

kerja dimana kos kaedah kerja adalah bukan tanggungjawab klien, tetapi

tanggungjawab kontraktor.

4.2.4 Risiko tapak bina

Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum

menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa terdapat risiko tapak bina

dimana risiko ini akan mempengaruhi kaedah kerja. Jika kontraktor tidak, menyiasat

tapak terlebih dahulu maka akan terdapat kesulitan dalam kaedah kerja dan

seterusnya meningkatkan kos terhadap kaedah kerja dan perlu ditanggung oleh

kontraktor. Pada pendapat responden A, berpendapat bahawa kontraktor perlu

mengetahui keadaan tapak bagi sebelum meletakkan harga sesuatu tender, hal ini

adalah kerana keadaan tapak akan mempengaruhi sesuatu kaedah kerja dimana akan

berlakunya peningkatan kos pada kaedah kerja dan penggunaan bahan. Contoh yang

dinyatakan oleh responden A, adalah kerja pengorekkan di kawasan tanah yang tidak

stabil memerlukan penambahan kos bagi kaedah kerja dimana “sheet pile”

diperlukan bagi mengelakkan tanah runtuh. Jika kontraktor tidak meletakkkan kos

tersebut, maka kontraktor perlu menanggung kos tersebut. Responden C pula

berpendapat bahawa, menyatakan kontraktor perlu membuat lawatan tapak bagi

mengetahui keadaan tapak bagi mengelakkan sebarang penambahan kerja berlaku

bagi menggelakkan peningkatan kos kerana kontrakator perlu mengganggung

peningkatan kos kerja tambahan . Hal ini adalah disebabkan pihak klien tidak akan

menaggung peningkatan kos akibat penambahan kerja dalam kontrak yang

dilaksanakan menggunakan kaedah reka dan bina. Responden D pula, menyatakan

risiko tapak bina wujud dimana keadaan bawah tanah bagi tapak bina yang sukar

diramal keadaannya akan mendatangkan kesulitan pada kontraktor. Menurut

pendapat responden D, menyatakan contoh kerja cerucuk adalah kerja dalam tanah

Page 73: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

57

yang tidak dapat dijangka berapakah kedalam yang perlu ditanam cerucuk, jika

siasatan tapak tidak dibuat, maka akan berlaku kesilapan dalam perletakan bilangan

kuantiti cerucuk yang akan ditanam. Tambahnya lagi, pihak kontraktor akan

menanggung kos tersebut jika kontrak tersebut dilaksanakan secara lump sum kerana

pihak kontraktor perlu melaksanakan kerja tersebut mengikut harga yang telah

diletakkan dalam kontrak. Responden H, I dan J, pula berpendapat bahawa risiko

tapak selalunya akan mempengaruhi kos. Hal ini adalah disebabkan keadaan struktur

tapak bina bukan sahaja akan mempengaruhi kaedah kerja, tetapi juga akan

mempengaruhi kuantiti dan spesifikasi Sesutu bahan binaan. Menurut pendapat

responden H, menyatakan jika projek dilaksanakan dikawasan tapak paya bakau,

kerja penambakkan tanah diperlukan dan jika pihak kontraktor tidak mengira kuantiti

tanah yang perlu ditambak dengan betul kontraktor akan menanggung kos tersebut.

Kesemua responden melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

konvesional, menyatakan bahawa terdapat risiko tapak bina dimana risiko ini akan

mempengaruhi kaedah kerja. Menurut responden B,E,F and G, jika kontraktor tidak,

menyiasat tapak terlebih dahulu maka akan terdapat kesulitan dalam kaedah kerja

dan seterusnya meningkatkan kos terhadap kaedah kerja dan perlu ditanggung oleh

kontraktor. Pada pendapat responden B, keadaan tapak bina akan mempengaruhi

kaedah kerja dimana akan berlaku akan berlaku peningkatan kos dan jika kontraktor

tidak memasukkan kos kaedah kerja yang betul, pihak kontraktor akan menanggung

kos tersebut. Pada pendapat responden E, pula berpendapat bahawa selain

peningkatan kos kaedah kerja, tapak bina juga kan mempengaruhi keselamatan

pekerja, dimana keadaan tapak bina yang berbahaya contohya pembinaan di lereng

bukit adalah berbahaya dan akan mendatangkan risiko kepada pekerja. Justeru itu,

pihak kontraktor perlu menyediakan kaedah kerja yang sesuai bagi mengurangkan

risiko keselamatan kepada pekerja. Responden F, pula menyatakan bahawa risiko

tapak bina akan memeberi kesan kepada penggunaan jentera, contohnya kerja

pengorekkan dimana pihak kontraktor haruslah menggunakan jentera yang

bersesuaian, jika kontraktor hanya meletakan harga bagi penggunaan jentera yang

tidak sesuai, maka kontraktor akan menanggung kos tersebut. Responden G, pula

Page 74: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

58

menyatakan pendapat yang sama dimana keadaan tapak bina akan mendatangkan

risiko kepada kaedah kerja dalam penggunaan jentera. Pemilihan jentera yang

bersesuaian dengan keadaan tapak bina adalah dibawah tanggungjawab kontraktor,

dan jika terdapat sebarang penambahan kos dalam dalam perubahan penggunaan

jentera adalah dibawah tanggung jawab kontraktor.

4.2.5 Risiko perubahan kerja

Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum

menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam

perubahan kerja oleh majikan hal ini adalah kerana, perubahan kerja oleh majikan

boleh dituntut sebagai kerja tamabahan. Menurut responden A, jika terdapat

keperluan oleh klien dalam penambahan kerja atas kehendak klien itu sendiri, pihak

kontraktor tidak mendapat sebarang risiko kerana kerja tersebut boleh dimasukkan

sebagai kerja tambahan atau kos tambahan yang akan ditanggung oleh pihak klien.

Pada pendapat responden C pula, menyatakan pendapat yang sama dimana, kerja

tambahan yang diminta oleh klien akan diklasifikasikan sebagai kerja tambahan

dimana pihak klien akan menagggung kos bahan dan kerja tersebut. Pihak kontraktor

juga boleh membuat tuntutan kerja lebih masa atas faktor penambahan kerja yang

diminta oleh pihak klien. Responden D menyatakan bahawa kerja tamabahan yang

diminta oleh pihak klien boleh dilaksanakan tanpa sebarang masalah jika pihak klien

bersetuju untuk menanggung kos kerja tamabahan tersebut. Contohnya projek yang

telah dilaksanakan oleh responden D, dimana pihak klien meminta penukaran lampu

LED terhadap semua lampu biasa dan kos tersebut akan ditanggung oleh pihak klien.

Responden I dan J pula menyatakan pendapat yang sama, dimana penambahan kerja

oleh klien akan mendatangkan peningkatan kos dan penamabahan masa dalam

sesuatu kerja, namun begitu masalah tersebut adalah ditanggung oleh pihak klien

dengan syarat pihak klien telah mepersetujui untuk menanggung kos penambahan

kerja dan masa.

Page 75: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

59

Menurut responden B dan E, risiko ini akan wujud dimana terdapat banyak

perubahan kerja yang diminta oleh klien dan akan menyebabkan kelewatan kerja.

Menurut pendapat responden B, risiko penambahan kerja akan memeberi kesan pada

peningkatan kos. Meskipun peningkatan kos tersebut ditanggung oleh pihak klien,

terdapat kesukaran dimana terdapat kesulitan dalam kaedah kerja dan seterusnya

melewatkan masa penyiapan projek dan pihak kontraktor perlu mebuat tuntutan

penamabahan tempoh masa bagi kerja tambahan tersebut. Responden E, pula

berpendapat bahawa, mesikipun pihak klien bersetuju untuk menanaggung kos kerja

tambhan tersebut, namaun realitinya pihak klien sukar untuk membayar kos kerja

tamabahan tersebut secara bayaran penuh. Hal ini, akan menyebabkan pihak

kontraktor terpaksa menanggung kos lebihan tersebut. Namun begitu, responden F

dan G menyatakan tiada risiko ini kerana, perubahan kerja yang diminta oleh klien

adalah dibawah tanggungjawab klien dan bukannya kontraktor. Menurut pendapat

responden F dan G penamabahan kerja yang diminta oleh klien adalah disebabkan

permintaan klien itu sendiri, dan pihak klien haruslah menanggung kos kerja

tamabahan tersebut setelah memepersetujui untuk menanggung kos tersebut.

4.2.6 Risiko kaedah kerja

Responden A,,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum menggunakan

kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam kaedah kerja Menurut

responden A, kontraktor yang melaksanakan kontrak reka dan bina, sudah

mengetahui kaedah pembinaan yang sesuai diguna pakai kerana kontraktor sendiri

yang mereka bentuk sesuatu reka bentuk dan menjadi kepakaran mereka untuk

mengetahui teknologi pembinaan apa yang sesuai dipakai. Tambahnya lagi, pihak

kontraktor tidak akan mengalami risiko dalam kaedah kerja jika mereka sudah

memasukkan sekali harga bagi kaedah kerja yang bersesuaian dengan kerja bagi

projek tersebut. Menurut responden D pula, menyatakan bahawa kontraktor yang

menagambil kontrak secara reka dan bina, bahawa tiada risiko dalam kaedah kerja

Page 76: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

60

kerana kontraktor yang melaksanakan kontrak tersebut telah mendapat persetujuaan

oleh klien dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah dikemukakan pada awal

proses tahap pembinaan lagi. Tambahnya lagi, kontraktor yang merekabina berkuasa

menetukan kaedah kerja yang sesuai mengikut kerja mereka dan dikemeukan kepada

klien untuk dipersetujui dengan kaedah kerja tersebut. Pihak kontraktor semestinya

sudah menambah kos bagi kaedah kerja tersebut dalam perletakkan harga dan tidak

akan timbul masalah bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kaedah kerja yang

telah dipersetujui. Begitu juga dengan responden H, I dan J yang turut menyatakan

kontraktor yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina, mereka tidak

mengalami masalah dalam kaedah kerja kerana mereka telah meletakkan kos bagi

kaedah kerja yang bersesuian dengan kerja yang akan dijalankan dan ini tidak

mendatangkan risiko bagi kontraktor. Namun begitu, responden C menyatakan,

meskipun kontraktor telah meletakkan harga bagi setiap kos kaedah kerja yang telah

dipersetujui oleh klien, tetapi jika terdapat sebarang perubahan terhadap kaedah

kerja, pihak klien tidak akan menanggung kos tersebut, dan ini mendatangkan risiko

perubahan kaedah kerja kepada kontraktor dimana pihak kontraktor yang akan

menganggung kos tersebut.

Kesemua responden melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

konvesional, menyatakan bahawa terdapat risiko kaedah kerja dimana risiko ini akan

mempengaruhi kaedah kos dalam pembinaan tersebut. Menurut responden B,E,F and

G, menyatakan bahawa perubahan kaedah kerja adalah dibawah tanggungjawab

kontraktor. Kontraktor perlu mengetahui kaedah kerja yang sesuai bagi mengelakkan

peningkatan kos kerana peningkatan kos ini akan ditangggung oleh pihak kontraktor.

Menurut pendapat responden B, pihak kontraktor sudah meletakan harga bagi setiap

kerja termasuk kos bahan, kos upah dan kos kaedah kerja dalam sesuatu tender

secara pukal dalam kontrak lump sum. Jika pihak kontraktor ketinggalan dalam

meletakkan harga bagi sesuatu unit atau elemen bagi kaedah kerja yang merumitkan

contohnya, pembinaan jalan yang sepatutnya perlu ada kawalan lalulintas, tetapi

pihak kontraktor tidak meletakkan harga bagi kerja tersebut, pihak kontraktor yang

perlu menanggung kos kerja tersebut kerana kerja tersebut telah termasuk dalam

Page 77: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

61

kaedah kerja yang telah dipersetujui pada awal kontrak. Menurut responden E pula,

menyatakan bahawa risiko kaedah kerja hadir apabila pihak kontraktor terpaksa

menukar kaedah kerja yang digunakan dalam pembinaan dan kos tersebut adalah

ditanggung oleh pihak kontraktor. Contohnya, kerja pengorekkan yang sepatutnya

menggunakan jentera penggali hidraulik, tetapi kontraktor memasukkan harga bagi

kaedah kerja menggunakan jengkaut biasa, pihak kontraktor perlu menanggung kos

penukaran kaedah kerja ini jika pengorekkan tersebut sukar untuk dilakukan

menggunakan jengkaut biasa itu. Tambahnya lagi, pihak klien tidak akan

menanggung sebarang kos terhadap perubahan kaedah kerja yang dilakukan oleh

pihak kontraktor. Menurut responden F pula, berpendapat bahawa risiko kaedah

kerja semamangnya ada dimana pihak kontraktor terpaksa menanggung risiko ini

kerana, dalam kontrak lum sum pihak klien telah mempersetujui kos dan kaedah

kerja yang dinyatakan awal oleh kontraktor dalam kontrak, dan sebarang perubahan

kaedah kerja oleh kontraktor itu sendiri adalah dibawah tanggunggan kontraktor.

Menurut responden G pula, menyatakan bahawa risiko perubahan kaedah kerja akan

berlaku dimana kaedah kerja yang disediakan oleh pihak kontraktor tidak

bersesuaian dengan keadaan tapak bina. Contoh yang dinyatakan oleh responden G,

adalah berkenaan penggunaan jentera yang bersesuaian dengan kawasan dan kerja

ditapak bina, jika pihak kontraktor tersilap menyatakan penggunaan jentera yang

bersesuaian dengan kaedah kerja tersebut pihak kontraktor akan menanggung kos

perubahan kaedah kerja tersebut kerana dalam kontrak lump sum, pihak kontraktor

perlu menjalankan kerja yang dipersetujui mengikut harga yang diletakkan oleh

pihak kontraktor itu sendiri.

4.2.7 Risiko pembayaran

Kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak lump sum

menggunakan kaedah reka dan bina, menyatakan bahawa tiada risiko dalam

pembayaran. Menurut responden A, menyatakan bahawa pihak kontraktor tidak

Page 78: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

62

mengalami masalah dalam pembayaran oleh klien kerana pihak kontraktor akan

membuat tuntutan pembayaran mengikut peratusan kerja siap dan tidak mempunyai

masalah dengan klien untuk mendapat tuntutan tersebut. Begitu juga dengan

responden C,D,H dan J yang menyatakan pendapat yang sama dimana pihak klien

tidak mempunyai masalah untuk membayar kepada kontraktor asalkan kerja yang

dilakukan siap mengikut kehendak klien. Selalunya tuntutan pembayaran yang

diamalkan oleh kontraktor adalah berdasarkan kemajuan kerja atau peratusan kerja

siap. Tambah responden D, menyatakan bahawa meskipun terdapat kesulitan dalam

tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan yang diminta oleh klien, namun kesulitan

itu tidak merumitkan keadaan dan bukanlah satu risiko kerana, tuntutan tersebut

boleh dituntut kerana kerja tersebut telah dipersetujui oleh pihak klien untuk

menanggungnya.

Menurut responden B dan E menyatakan bahawa kontraktor mengalami

masalah untuk membuat tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan. Menurut

responden B, kaedah kontrak lump sum secara konvesional selalunya akan banyak

kerja tambahan dimana akan medatangkan risiko kepada pihak kontraktor dalam

membuat tuntutan kerja tambahan. Tambahnya lagi, meskipun kerja tambahan itu

dipersetujui oleh Pegawai Penguatkuasa ataupun Arkitek, namun begitu secara

realitinya terdapat kesukaran bagi pihak kontraktor untuk mendapat bayaran penuh

bagi kerja tambahan tersebut. Menurut pendapat responden E pula, menyatakan

bahawa tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan selalunya akan mengalami

kesukaran dimana pemabayaran bagi tuntutan kerja tambahan selalunya dibayar pada

peringkat akhir projek dan ini serba sedikit akan menimbul kesulitan bagi pihak

kontraktor untuk melaksakan kerja yang sepatutnya berjalan pada tempoh masa

tersebut. Namun begitu, responden G dan F menyatakan bahawa pihak kontraktor

tidak mengalami masalah dalam pembayaran dimana pihak kontraktor selalunya

akan membuat tuntutan pemabyaran mengikut peratusan kerja siap dan kemajuan

kerja. Tamabahnya lagi, bagi tuntutan kerja tamabahan pihak kontraktor tidak

mengalami masalah kerana pihak klien bersetuju untuk menanggung kos tersebut.

Page 79: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

63

4.2.8 Risiko kerosakan kerja

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina, responden A memyatakan, sebarang kecacatan atau kerosakkan lain

yang wujud semasa tempoh liabiliti kecacatan, pihak kontraktor perlu membaiki

kerosakkan tersebut tanpa sebarang kos daripada pihak majikan. Meskipun menjadi

tanggungjawab kepada pihak kontraktor untuk menanggung kos kerosakkan tersebut,

ia bukanlah menjadi risiko kepada pihak kontraktor kerana pihak kontraktor

seharusnya menjalankan kerja dengan cekap diman menggunakan spesifikasi bahan

yang betul dan memastikan pekerja yang melaksanakan kerja tersebut adalah pekerja

yang berkemahiran. Menurut responden C pula, kontraktor perlu menanggung risiko

kerosakkan jika kerosakkan tersebut adalah dibuat oleh kontraktor itu sendiri, namun

jika kerosakkan tersebut dibuat oleh kontraktor lain contohnya sub kontraktor yang

dilantik oleh klien itu sendiri, maka kos kerosakan tersebut menjadi tanggungjawab

pihak klien yang akan dialihkan risiko tersebut kepada pihak sub kontraktor tersebut.

Menurut responden D, risiko kerosakan selalunya ada dalam mana-mana pembinaan,

contohnya keretakan pada mana-mana struktur bangunan tersebut dan ini menjadi

tanggungjawab bagi kontraktor untuk membaiki dan menyelesaikan masalah

tersebut. Tambahnya lagi, pihak kontraktor yang melaksanakan kontrak secara reka

dan bina bertanggungjawab sepenuhnya tehadap reka bentuk sesuatu bangunan, jika

terdapat masalah dalam salah reka bentuk yang menyebabkan kecacatan menjadi

tanggungjawab kontraktor untuk menanggung risiko tersebut dalam menyelesaikan

masalah tersebut. Begitu juga dengan pendapat responden H,I dan J yang

menyatakan pendapat yang sama dimana pihak kontraktor yang melaksanakan

kontrak lump sum secra kaedah reka dan bina mempunyai banyak risiko dalam

kerosakan atau kecacatan bangunan. Menurut responden H dan J menyatakan

bahawa, kecacatan bangunan selalunya berlaku akibat salah dalam reka bentuk dan

akan terdapat banyak kecacacatan pada strukur bangunan seperti saiz ruang yang

tidak dipersetujui klien, strukutur bangunan yang tidak selamat dimana ada keretakan

pada bangunan dan penggunaan bahan yang berlainan dengan permintaan klien. Hal

ini akan menjadi risiko kepada kerosakan sesuatu bangunan yang dibina oleh

Page 80: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

64

kontraktor itu. Menurut responden I pula risiko kerosakan selalunya wujud dimana

penggunaan bahan yang tidak mengikut spesifikasi dan pekerja yang tidak mahir

melakukan sesuatu kerja akan menyebakan kerosakan atau kecacatan sesuatu

bangunan atau struktur itu. Hal ini menjadi tanggungjawab kepada kontraktor untuk

melaksanakan sesuatu kerja itu dengan sempurna.

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

konvesional, responden B, menyatakan risiko kerosakan wujud dimana terdapat

kecacatan pada sesuatu struktur atau bangunan yang dibina seperti keretakan,

kesilapan penggunaan bahan dan penggunaan kaedah kerja ynag tidak bersesuaian

dengan kerja yang dilakukan. Tambahnya lagi, risiko kerosakan sentiasa wujud

dalam projek pembinaan diman pihak kontraktor perlu menanggung kos mebaikpulih

kerosakkkan tersebut. Menurutnya lagi, risiko kerosakan menjadi risiko kepada

kontraktor jika pihak kontraktor tidak menguruskan dengan cekap dari segi kaedah

kerja , dimana pihak kontraktor perlu bertanggungjawab membaik pulih kerosakan

atau kecacacatan dalam tempoh liabiliti kecacatan tersebut dimana akan ditanggung

oleh kontraktor. Menurut responden E, pula menyatakan bahawa risiko kerosakan

menjadi satu bebanan kepada pihak kontraktor dimana pihak kontraktor perlu

menanggung kos membaik pulih bangunan ataupun kerja-kerja yang rosak tersebut

tanpa melibatkan kos daripada klien. Menurut responden F dan G menyatakan

bahawa, risiko kerosakan menjadi satu risiko kepada kontraktor dimana pihak

kontraktor perlu memastikan tiada kerosakan pada kerja mereka, dimana jika

terdapat kerosakan pada kerja tersebut, pihak kontraktor perlu menanggung kos bagi

kerja membaik pulih kerja yang rosak tersebut. Menurut responden F, menytakan

bahawa akan terdapat banyak tuntutan membaik pulih bangunan oleh klien mahupun

pegawai penguatkuasa dalam tempoh masa liabilti kersakan tersebut. Hal ini tambah

membebankan pihak kontraktor dimana tempoh masa liabiliti kerosakan yang

panjang akan merumitkan lagi masalah kepada kontraktor dimana kontraktor perlu

bersedia untuk menanggung kos dan kerja membaik pulih bahagian kerosakan dalam

tempoh masa yang panjang tersebut. Tambah responden G, menyatakan meskipun

terdapat tempoh masa untuk membaikpulih kerja tersebut, namun kos bagi membaik

pulih kerja tersebut adalah menjadi tanggungan kepada pihak kontraktor.

Page 81: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

65

4.2.9 Risiko kelewatan

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina, menurut responden A,H,I dan J, risiko kelewatan tidak akan berlaku

jika pihak kontraktor cekap meguruskan kerja mengikut jadual kerja yang telah

ditetapkan. Menurut responden A, kontraktor yang melaksanakan kontrak atau projek

menggunakan kaedah reka dan bina, sudah merangcang sesuatu reka bentuk

berdasarkan kos dan tempoh masa yang boleh disiapkan, jadi risiko kelewatan bukan

lah satu bentuk risiko kepada pihak kontraktor, dimana jika kontraktor itu sanggup

menerima kontrak itu bermakna dia mampu untuk melaksanakan mengikut tempoh

masa kontrak dan kos yang telah dipersetujui kedua-dua pihak. Berdasarkan,

pendapat responden I, risiko kelewatan dalam pembinaan tidak akan berlaku jika

mengikut kaedah kerja yang betul iaitu menjalakan setiap kerja mengikut jadual kerja

yang telah dirangcang Risiko kelewatan akan hadir jika masalah atau faktor lain

seperti cuaca, contohnya banjir, tetapi hal ini pihak kontraktor boleh membuat

tuntutan tamabahan masa. Begitu juga dengan pendapat responden J, menyatakan

kontraktor tidak akan mengalami risiko kelewatan jika membuat kerja mengikut

perancangan yang dan jadual kerja dengan betul. Namun begitu, responden C dan D

menyatakan risiko kelewatan juga memberi kesan kepada kontraktor dimana kontrak

lump sum juga sama macam kontrak yang lain, dimana perlu mengikut aturan kerja

dan masa yang di tetapkan. Menurut responden C menyatakan bahawa, kontrak lump

sum secara kaedah reka dan bina digunakan oleh klien yang menginginkan sesuatu

kerja atau projek yang cepat disiapkan. Hal ini, menjadi risiko kepada kontrakor

yang mengambil kontrak tersebut untuk menyiapkan projek tersebut mengikut

tempoh masa yang dipersejui dalam kontrak tersebut. Tambahnya lagi, sesetengah

kontraktor mempersetujui sesuatu kontrak tanpa memikirkan bahawa mereka mampu

melaksanakan kontrak tersebut mengikut tempoh masa yang telah dipersetujui. Hal

ini akan mengakibatkan kontraktor terpaksa menanggung risiko kelewatan tersebut.

Bagi responden D, pula menyatakan bahawa risiko kelewatan hadir apabila

kontraktor tidak dapat menyiapkan sesuatu projek mengikut tempoh masa yang telah

dipersetujui dalam kontrak dan akan mengakibatkan kontraktor terpaksa

Page 82: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

66

menanggung bayaran denda bagi kelewatan tersebut. Hal ini secara tidak langsung

akan mengakibatkan kerugian kepada pihak kontraktor.

Bagi responden yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

konvesional responden B dan G risiko kelewatan akan berlaku apabila banyak

berlakunya perubahan kerja. Menurut pendapat responden B dan G kontraktor akan

menanggung denda akibat kelewatan dalam menyiapkan projek mengikut tempoh

masa yang yang telah ditetapkan dalam kontrak. Menurut responden B, menyatakan

bahawa kontrak lump sum sama seperti kontrak yang lain dimana pihak kontraktor

hendaklah menyiapkan sesuatu kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Tambahnya lagi kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek tersebut mengikut

tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan kerugian kepada pihak klien dan

pihak klien akan mengemukakan denda atau saman kepda kontraktor seterusnya akan

mengakibatkan kerugian kepda kontraktor. Menurut pendapat responden G pula,

menyatakan risiko kelewatan bukan sahaja berpunca daripada perubahan kerja yang

banyak, tetapi boleh disebabkan oleh faktor lain seperti kesukaran mendapat bahan

pembinaan, kelewatan yang dilakukan oleh sub kontraktor dan pembekal dan

sebagainya. Seperti contoh projek yang dilaksanakan oleh responden G, responden

menyatakan bahwa terdapat kesukaran dalam mendapatakan bahan binaan seperti

jubin seramik yang diimport dan mengakibatkan kelewatan dalam menyiapkan

projek tersebut dan pihak kontraktor telah didenda oleh pihak klien. Responden E

dan F pula, menyatakan risiko kelewatan tidak akan berlaku jika mengikut operasi

dan masa dengan betul. Menurut responden E dan F, meskipun terdapat kelewatan

akibat perubahan kerja, pihak kontraktor masih boleh meminta tuntutan kerja lebih

masa jika perubahn kerj aitu bukan berpunca oleh kontraktor, contohnya perubahan

kerja yang diminta oleh klien dan pegawai penguatkuasa. Menurut pendapat

responden E, risiko kelewatan bukan lah satu risiko kepada pihak kontraktor kerana

setiap kontraktor yang mendapat sesuatu tender projek telah mepersetujui dari segi

kos dan tempoh masa untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek itu.

Tamabahnya lagi, jika pihak kontraktor itu telah bersetuju untuk melaksakan kontrak

Page 83: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

67

tersebuat bermakna kontraktor tersebut yakin bahawa mereka dapat melaksanakan

kontrak tersebut mengikut tempoh masa yang dipersetujui.

4.2.10 Kesimpulan Risiko-risiko Yang Dihadapi Oleh Kontraktor

Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil temubual, 10 bentuk risiko telah

yang dihadapi oleh kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum telah dikenal

pasti. Berdasarkan Jadual 4.2 dibawah, risiko harga, risiko ekonomi dan risiko tapak

bina merupakan risiko yang terbanyak dinyatakan oleh responden. Hal ini boleh

dilihat dimana kesepuluh responden menyatakan mengahadapi risiko harga, risiko

ekonomi dan risiko tapak bina. Selain risiko tersebut, kontraktor yang melaksanakan

kontrak lump sum juga turut menghadapi risiko kerosakan dimana 6 responden yang

melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina menyatakan menghadapi risiko

kerosakan dan 4 responden yang melaksanakan kontrak secara kaedah konvesional.

Manakala 2 responden yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka dan bina tidak

menyatakan yanag bahawa mereka menghadapi risiko kerosakan. Risiko reka bentuk

juga turut dihadapi oleh kontraktor, dimana 7 responden menyatakan menghadapi

risiko rekabentuk dimana kesemua kontraktor yang melaksanakan kontrak secara

reka dan bina menyatakan menghadapi risiko tersebut manakala satu lagi dinyatakan

oleh kontraktor yang mengamabil kontrak secara konvesional. Risiko kelewatan

juaga turut dialami oleh kontraktor dimana 2 responden yang melaksanakan kontrak

secara kaedah reka dan bina menyatakan menghadapi risiko kelewatan manakala 3

responden yang melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional turut

menyatakan pendapat yang sama. Selain itu, risiko kaedah kerja turut dihadapi oleh

responden hal ini dapat dilihat dimana 4 responden yang melaksanakan kontrak lump

sum secara kaedah konvesional menyatakan menghadapi risiko kaedah kerja dan satu

responden yang melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional. Risiko

yang paling sedikit dinyatakan oleh responden adalah risikoperubahan kerja dan

risiko pembayaran dimana kedua-duanya hanya dinyatakan oleh 2 responden

Page 84: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

68

melaksanakan kontrak lump sum kaedah konvesional.

Jadual 4.2: Jenis-jenis risiko yang dihadapi oleh kontraktor

Jenis Risiko/Senarai Responden

Kontrak Lump Sum Kaedah

Reka dan Bina

Kontrak Lump Sum

Kaedah Konvesional

Bilangan Responden

Yang Menghadapi

Risiko Responden RA RC RD RH RI RJ RB RE RF RG

Risiko Harga

/ / / / / / / / / / 10 Risiko Ekonomi

/ / / / / / / / / / 10 Risiko Reka Bentuk

/ / / / / / / 7

Risiko Subsurface

/ / / / / / / / / / 10 Risiko Perubahan Kerja

/ / 2

Risiko Kaedah Kaedah Kerja

/ / / / / 5

Risiko Pembayaran

/ / 2

Risiko Kelewatan

/ / / / /

5 Risiko Kerosakan

/ / / / / / / / / 9

Page 85: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

69

4.1.1 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko

Setelah mengenalpasti risiko yang hadir dalam kontrak lump sum ini, terdapat

pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh kontraktor dalam mengurangkan risiko

kontrak lump sum. Setiap risiko yang dihadapi diuruskan dengan kaedah yang

berbeza-beza oleh setiap kontraktor. Berdasarkan kajian literatur yang dibuat pada

Bab 2, antara kaedah yang digunakan untuk mengatasi risiko adalah, risk avoidance,

risk transfer, risk mitigation, risk sharing dan contingency plan.

4.3.1 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Harga

Bagi mengatasi risiko harga kesemua responden yang yang melaksanakan

kontrak lump sum secara keadah reka dan bina menggunakan pendekatan kaedah

mItigasi risiko atau risk mitigation bagi mengatasi risiko perletakkan harga.

Responden A, menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil tindakan awal

dengan yakin bahawa harga yang diletak sebelum masuk tender dimana pihak

kontraktor haruslah membuat pengukuran yang teliti bagi mengelakkan kesilapan

dalam perletakan harga. Responden C pula menyatakan kontraktor perlu teliti dalam

pengiraan,semak lukisan dengan terperinci dimana setiap item dalam lukisan perlu

dikira dalam perletakan harga. Begitu juga dengan responden D dan H yang

menyatakan, pengiraan yang teliti daripada projek yang lepas dengan memasukkan

harga mengikut kadar semasa bagi mengelakkan bidaan harga tidak seimbang.

Responden I dan J menyatakan pendapat yang sama iaitu membuat pengiraan yang

teliti sebelum meletakkan sesuatu harga hal ini bagi mengelakkan kesilapan dalam

perletakkan harga kontrak dimana mengelakkan kontraktor akan menanggung

kerugian jika tersilap dalam pengiraan.

Page 86: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

70

Bagi mengatasi risiko harga kesemua responden yang yang melaksanakan

kontrak lump sum secara keadah konvesional juga turut menggunakan pendekatan

kaedah risk mitigation. Menurut responden B, pengiraan yang teliti perlu dilakukan

sebelum meletakkan sesuatu harga. Manakala responden E, menyatakan pengiraan

yang teliti perlu dibuat dan kontraktor haruslah memahami konsep lukisan tersebut

bagi mengelakkan peningkatan kos pada kaedah kerja. Responden F pula

menyatakan, kontraktor haruslah membuat penelitian pada lukisan dan dapatkan

contoh kuantiti projek yang hampir sama sebagai rujukan dalam pengiraan. Hal ini

adalah bagi mengelakan kontraktor tersilap memasukkan harga Responden G pula

menyatakan pengiraan yang teliti dan melakukan semakan lebih dari satu kali dalam

mengelakkan kesilapan perletakkan harga.

4.3.2 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Ekonomi

Bagi mengatasi risiko ekonomi pula responden A, I dan J, menggunakan

kaedah risk avoidance Menurut responden A, langkah yang boleh diambil adalah

dengan mengelakkan pembaziran bahan di tapak bina bagi mengurangkan kos akibat

peningkatan harga bahan. Responden I dan J menyatakan, kontraktor haruslah

memastikan kerja berjalan dengan efisyen bagi mengelakkan pembaziran bahan bagi

mengurangkan kos bahan disebabkan harga kos bahan dan kos upah yang semakin

meningkat. Responden C pula menyatakan kaedah yang digunakan adalah mitigasi

risiko atau risk mitigation bagi Menangani harga kos bahan yang semakin meningkat

dan berubah-rubah disebabkan faktor ekonomi yang tidak menentu. Bagi mengatasi

masalah ini, responden C menyatakan pihaknya berusaha untuk mendapatkan senarai

harga bahan daripada pembekal mengikut kadar harga semasa sebelum meletakkan

harga tender Begitu juga dengan responden D yang menggunakan kaedah yang sama

dimana pihaknya akan melakukan perbincangan dengan pihak pembekal bagi

mendapatkan senarai pembekal yang termurah. Responden H pula menggunakan

kaedah diluar jangka atau contigency plan dimana responden H, menyatakan

kontraktor haruslah sentiasa meramal peratusan kenaikan harga bahan bagi

memastikan kontraktor tidak mengalami masalah dalam kenaikan harga bahan

disebabkan faktor ekonomi.

Page 87: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

71

Responden B menggunakan kaedah risk mitigation dimana pihak kontraktor

perlu mendapatkan senarai harga bahan semasa sebagai langkah awalan bagi

mengelakkan kerugian jika berlaku peningkatan kos bahan. Responden E pula

menggunakan kaedah penerimaan risiko atgau risk absorb dimana pihak kontraktor

perlu menanggung kos yang meningkat akibat peningkatan harga bahan disebabkan

faktor ekonomi. Responden F dan G menggunakan kaedah pindahan risiko atau risk

transfer dimana kontraktor haruslah memasukkan harga mengikut kadar semasa dan

memindahkan risiko ini kepada klien dengan meningkatkan kadar peratusan

keuntungan kontraktor bagi mengelakan kontraktor yang menanggung kerugian

tersebut

4.3.3 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Rekabentuk

Bagi mengatasi risiko reka bentuk, responden A menggunakan kaedah risk

mitigation dimana sebagai langkah awalan pihak kontraktor haruslah mereka bentuk

dengan ahli professional yang mempunyai pengalaman dan haruslah fahami

kehendak klien bagi megurangkan kesilapan dalam reka bentuk. Responden C pula

menggunakan kaedah risk mitigation sebagai langkah awalan, dimana kontraktor

haruslah teliti keadaan tapak dan fahami kehendak kontrak bagi mengelakkan

kesilapan dan kesalafahaman kontraktor berkenaan isi kontrak. Hal ini adalah bagi

mengelakkan kontraktor menanggung risiko dalam kesilapan mereka bentuk jika

tidak mengikut kehendak kontrak. Responden D pula menggunakan kaedah risk

mitigation dimana pihak kontraktor haruslah menjalankan siasatan tapak terlebih

dahulu dan membuat siasatan tanah bagi mereka bentuk struktur yang baik. Hal ini

adalah bagi mengelakkan struktur bangunan yang dibuat bersesuaian dengan keadaan

tapak bagi megelakkan masalah dari segi ketahanan struktur. Responden H, I dan J

pula, menggunakan kaedah risk absorb dimana pihak kontraktor haruslah

menanggung segala risiko reka bentuk kerana risiko reka bentuk kerana menjadi

Page 88: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

72

tanggungjawab kontraktor yang melaksanakan kaedah reka dan bina dalam mereka

bentuk sesuatu bangunan atau projek pembinaan.

Bagi kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum secara konvesional

pula, responden B, E, F dan G menyatakan bahawa pihak mereka menggunakan

kaedah risk mitigation dan risk transfer dalam mengatasi risiko reka dan bentuk

Responden B pula menyatakan pihak kontraktor haruslah mendapatkan maklumat

sebanyak mungkin melalui perbincangan dengan penguatkuasa atau arkitek bagi

mengelakkan berlaku kesilapan dalam pembinaan. Responden E, F dan G

menyatakan pendapat yang sama iaitu haruslah mendapatkan lukisan dan spesifikasi

yang terperinci melalui perbincangan dengan pegawai penguatkuasa ataupun arkitek

bagi mengambil tindakan awal dalam mengurangkan risiko yang bakal dihadapi

akibat salah reka bentuk atau perubahan reka bentuk yang dilakukan oleh arkitek.

Menurut responden B, E, F dan G, mereka menyatakan bahawa kontraktor yang

melaksanakan kontrak secara konvesional boleh memindahkan risiko reka bentuk

kepada pihak klien mahupun arkitek kerana kesilapan dalam reka bentuk ataupun

perubahn reka bentuk menjadi tanggungjawab arkitek atau klien dimana mereka

boleh membuat tuntutan bagi kos tersebut.

4.3.4 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Tapak Bina

Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina, kesemua responden A, B, C, D, E, F, G, H dan J menyatakan bahawa

mereka menggunakan kaedah yang sama bagi mengatasi risiko tapak bina iaitu

dengan menggunakan kaedah risk mitigation dimana pihak kontraktor haruslah

mengelak risiko tapak dengan cara membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi

Page 89: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

73

mengenal pasti keadaan tapak dalam meletakkan harga mengikut kos kaedah kerja

yang bersesuaian dengan keadaan tapak bina Hal ini adalah untuk memastikan

mereka mengetahui keadaan tapak dan memasukkan kos kaedah kerja yang berkaitan

dengan keadaan tapak. Pemindahan risiko kepada klien adalah dengan memindahkan

kos bagi kaedah kerja yang bersesuaian dengan keadaan tapak yang akan akan

diamasukkan dalam harga tender .Kaedah risk transfer pula digunakan dimana pihak

kontraktor dan memasukkan kos kaedah kerja yang berkaitan dengan keadaan tapak

untuk dipindahkan risiko bagi kos kaedah kerja berdasarkan keadaan tapak.

4.3.5 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Perubahan Kerja

Kesemua responden A, B, C, D, E, F, G, H dan J menggunakan kaedah risk

mitigation sebagai langkah awalan dimana pihak kontraktor haruslah mendapakan

surat pengesahan terlebih daripada pegawai penguatkuasa atau klien bahawa pihak

mereka bersetuju untuk menambah kos bagi kerja tamabahan tersebut sebelum

melaksanakan kerja tamabahan yang diminta oleh klien. Hal ini adalah sebagi surat

jamainan antara kontraktor dan klien ketika membuat tuntutan pembayaran kerja

tambahan tersebut. Pihak kontraktor juga menggunakan kaedah risk transfer dimana

kontraktor akan memindahkan kos kerja tamabahan kepada pihak klien dan pihak

klien bertanggungawab untuk melaksanakan pemabyaran bagi kerja tamabahan

tersebut kerana perubahan kerja tersebut adalah kehendak klien itu sendiri.

Page 90: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

74

4.3.6 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Kaedah Kerja

Bagi mengatasi risiko kaedah kerja, kaedah yang digunakan oleh responden

A, adalah kaedah risk mitigation dimana kontraktor yang melaksanakan kontrak reka

dan bina, perlu menyediakan kaedah pembinaan yang sesuai diguna pakai kerana

kontraktor sendiri yang mereka bentuk sesuatu reka bentuk dan menjadi kepakaran

mereka untuk mengetahui teknologi pembinaan apa yang sesuai dipakai. Selain itu,

responden A juga menggunakan kaedah risk transfer dimana pihak kontraktor boleh

memindahkan risiko kaedah kerja kepada pihak klien dengan memasukkan sekali

harga bagi kaedah kerja yang bersesuaian bagi projek tersebut. Responden D pula,

menggunakan kaedah perkongsian risiko atau risk sharing diamana pihak klien

bersetuju dengan kos dan kaedah kerja yang dikemukakan oleh kontraktor. Hal ini

adalah kerana pihak kontraktor yang melaksanakan kontrak tersebut perlu

mendapatkan persetujuaan oleh klien dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah

dikemukakan pada awal proses tahap pembinaan lagi.

Kaedah risk transfer juga digunakan oleh responden D, dimana responden

turut menyatakan bahawa kontraktor yang merekabina berkuasa menetukan kaedah

kerja yang sesuai mengikut kerja mereka dan dikemukakan kepada klien untuk

dipersetujui dengan kaedah kerja tersebut. Pihak kontraktor semestinya sudah

menambah kos bagi kaedah kerja tersebut dalam perletakkan harga dan tidak akan

timbul masalah bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kaedah kerja yang telah

dipersetujui. Begitu juga dengan responden C, H, I dan J yang menggunakan kaedah

risk transfer menyatakan kontraktor yang melaksanakan kontrak secara kaedah reka

dan bina, mereka tidak mengalami masalah dalam kaedah kerja kerana mereka telah

meletakkan kos bagi kaedah kerja yang bersesuian dengan kerja yang akan

dijalankan dan ini tidak mendatangkan risiko bagi kontraktor kerana risiko tersebut

telah dipindahkan kepada klien untuk menanggung kos tersebut.

Page 91: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

75

Kesemua responden responden B,E,F and G yang melaksanakan kontrak

lump sum menggunakan kaedah konvesional, menggunakan kaedah risk mitigation

dalam mengurangkan risiko kaedah kerja dimana risiko ini akan mempengaruhi kos

dalam pembinaan tersebut. Menurut responden B, menyatakan bahawa perubahan

kaedah kerja adalah dibawah tanggungjawab kontraktor. Kontraktor perlu

mengetahui kaedah kerja yang sesuai bagi mengelakkan peningkatan kos kerana

peningkatan kos ini akan ditanggung oleh pihak kontraktor. Selain itu responden B,

turut menggunakan kaedah risk transfer dimana menurut pendapat responden B,

pihak kontraktor sudah meletakan harga bagi setiapa kerja termasuk kos bahan, kos

upah dan kos kaedah kerja dalam sesuatu tender secara pukal dalam kontrak lump

sum dan kos tersebut akan ditanggung oleh pihak klien. Responden E, F dan G

menggunakan kaedah risk mitigation sebagai langkah awalan bagi mengelakkan

kontraktor menanggung risiko kaedah kerja yang lebih teruk.Bagi mengatasi risiko

ini konraktor boleh menyediakan pelan penggunaan jentera dan kaedah kerja yang

bersesuaian dengan situasi pembinaan dan keadaan tapak bina

4.3.7 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Pembayaran

Bagi mengatasi risiko pembayaran kesemua responden A,C,D,H,I dan J

melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah reka dan bina, menggunakan

kaedah risk mitigation. Menurut responden A, menyatakan bahawa pihak kontraktor

tidak mengalami masalah dalam pembayaran oleh klien kerana pihak kontraktor akan

membuat tuntutan pembayaran mengikut peratusan kerja siap dan tidak mempunyai

masalah dengan klien untuk mendapat tuntutan tersebut. Begitu juga dengan

responden C,D,H dan J yang menyatakan pendapat yang sama dimana pihak klien

tidak mempunyai masalah untuk membayar kepada kontraktor asalkan kerja yang

dilakukan siap mengikut kehendak klien. Selalunya tuntutan pembayaran yang

diamalkan oleh kontraktor adalah berdasarkan kemajuan kerja atau peratusan kerja

siap.

Page 92: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

76

Menurut responden B dan E menyatakan bahawa kontraktor mengalami

masalah untuk membuat tuntutan pembayaran bagi kerja tambahan. Menurut

responden B, kaedah kontrak lump sum secara konvesional selalunya akan banyak

kerja tambahan dimana akan mendatangkan risiko kepada pihak kontraktor dalam

membuat tuntutan kerja tambahan. Bagi mengurangkan risiko pembayaran kerja

tambahan ini, responden B dan E menggunakan kaedah risk mitigation sebagai

langkah awalan dimana pihak kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bersurat

daripada pihak klien ataupun arkitek bagi kerja tambahan yang dibuat. Hal ini adalah

sebagai langkah kepada pihak kontraktor untuk tidak mengalami risiko penolakan

terhadap tuntutan kerja tambahan yang dijalankan.Responden B dan E juga turut

menggunakan kaedah risk transfer dimana pihak kontraktor akan memindahkan

risiko pembayaran ini kepada klien dimana pihak klien bertanggungjawab untuk

membayar kos bagi tuntuan pembayaran tersebut. Kaedah yanag digunakan oleh

responden G dan F pula adalah kaedah risk mitigation, dimana responden

menyatakan bahawa pihak kontraktor tidak mengalami masalah dalam pembayaran

dimana pihak kontraktor selalunya akan membuat tuntutan pemabayaran mengikut

peratusan kerja siap dan kemajuan kerja dengan menyediakan dokumen tuntutan

pembayaran kerja.

4.3.8 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko Kerosakan Kerja

Bagi Menangani kesemua responden A,C,D,H,I dan J melaksanakan kontrak

lump sum menggunakan kaedah reka dan bina, menggunakan kaedah risk mitigation

dimana mereka membuat persiapan awalan bagi megelakkan berlakunya kerja-kerja

rosak. Antara langkah yang boleh diamabil adalah dengan menggunakan bahan yang

berkualiti dan mengikut spesifikasi. Pihak kontraktor boleh memilih pembekal yang

terbaik agar bahan yang dibekal berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan

menepati masa dalam penghantaran bahan ke tapak. Selain risk mitigation,

responden A dan D juga turut menggunakan risk sharing dimana mereka akan

berkongsi risiko ini dengan pihak lain. Antara langkah yang boleh diambil adalah

Page 93: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

77

dengan melantik sub kontraktor yang berpengalaman dan berkemahiran bagi sesuatu

kerja. Hal ini adalah penting dalam memastikan kualiti dan produktiviti kerja yang

baik bagi mengurangkan risiko kerosakan pada kerja.

4.3.9 Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko kelewatan

Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

reka dan bina,, responden A menggunakan kaedah risk mitigation, dimana pihak

kontraktor yang melaksanakan kontrak atau projek menggunakan kaedah reka dan

bina, perlu membuat perancangan awal terhadap sesuatu reka bentuk berdasarkan kos

dan tempoh masa yang boleh disiapkan, bagi mengelakkan risiko kelewatan berlaku.

Menurut responden A dan I, kontraktor boleh membuat perancangan teliti sebelum

memulakan proses pembinaan. Penjadualan kerja yang kompleks digalakkan

menggunakan perisian berkaitan agar perancangan lebih tepat dan mudah

dikemaskini. Proses ini boleh dibuat menggunakan Kaedah Laluan Kritikal atau

Critical Path Method (CPM), link bar chart dan sebagainya yang boleh dibuat

menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft Project dan Primavera. Jadual

perancangan mestilah sesuai dengan tempoh projek. Perancangan ini mestilah

dipantau dan dikemaskini setiap masa terutama apabila berlaku perubahan terhadap

jadual asal. Selain itu, responden I juga turut menggunakan kaedah risk transfer

dengan memindahkan risiko kelewatan yang berlaku kepada klien jika risiko

kelewatan hadir disebabkan masalah atau faktor lain seperti cuaca, contohnya banjir,

dimana pihak kontraktor boleh membuat tuntutan tamabahan masa. Kaedah yang

digunakan oleh responden C dan D pula adalah risk mitigation dimana pihak

kontraktor membuat persiapan awalan bagi mengurangkan risiko kelwatan dengan

cara, menyediakan pengurusan tapak bina yang sistematik melalui proses

pengawalan dan pemantauan kerja. Proses ini sangat penting agar setiap aktiviti

dijalankan mengikut perancangan. Dalam hal ini kontraktor perlu melantik pekerja

yang berpengalaman dan berkebolehan dalam menguruskan tapak bina agar berjalan

lancar. Kaedah risk mitigation yang digunakan oleh responden H pula adlah dengan

Page 94: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

78

cara memastikan setiap sumber mestilah dikawal dan diawasi dengan baik

berdasarkan perancangan yang telah dibuat bagi mengelakkan masalah kelawatan

yang serius pada masa akan datang Pengurusan sumber boleh dilakukan dengan

kaedah resource smoothing atau resource leveling. Sumber yang mencukupi

meningkatkan produktiviti kerja seterusnya menjamin kontrak dapat disiapkan

mengikut tempoh masa kontrak. Responden J juga menggunakan pendekatan kaedah

risk sharing dimana mereka berkongsi risiko ini dengan pihak lain Kontraktor boleh

melantik sub kontraktor yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam bidang

berkenaan bagi menghasilkan mutu kerja yang baik dalam tempoh yang sepatutnya.

Selain itu, kontraktor juga boleh pembekal yang terbaik agar bahan yang dibekal

berkualiti mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menepati masa dalam

penghantaran bahan ke tapak bina.

Bagi respondan yang melaksanakan kontrak lump sum menggunakan kaedah

konvesional, responden B, E, F dan G membuat penyediaan awalan dengan

menggunakan kaedah risk mitigation bagi mengurangkan risiko kelewatan. Antara

langkah yang digunakan adalah dengan membuat penjadualan bagi setiap kerja.

Jadual perancangan mestilah sesuai dengan tempoh projek. Dengan membuat

penjadualan ini kontraktor dapat memantau setiap perjalanan kerja agar mengikut

masa yang ditetapkan agar risiko kelewatan tidak berlaku. Rresponden B dan E juag

turut menggunakan kaedah risk transfer dengan memindahkan risiko kelewatan

kepada pihak klien apabila terdapat banyak perubahan kerja yang dilakukan oleh

pihak klien mahupun arkitek kerana kelewatan ini adalah berpunca dari arkitek

ataupun klien diman pihak kontraktor boleh membuat tuntutan dalam penambahan

tempoh masa penyiapan projek.

Page 95: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

79

4.3.10 Kesimpulan Langkah-langkah Kontraktor Menangani Risiko

Berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil temubual, langkah-langkah

kaedah kontraktor Menangani risiko juga turut dikenal pasti. Jenis langkah-langkah

ini dianalisis berdasarkan risiko yang dihadapi oleh kontraktor. Berdasarkan jadual

4.3, menunjukkan langkah-langkah yang digunakan oleh kontraktor yang

melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah reka dan bina. Bagi risiko harga

kesemua responden A, C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation

mengatasi risiko tersebut. Bagi risiko ekonomi pula, responden A dan J

menggunakan kaedah risk avoidance manakala responden C, D dan I menggunakan

kaedah risk mitigation. Responden I pula menggunakan kaedah contingency plan

bagi Menangani risiko ekonomi. Bagi risiko reka bentuk pula, kesemua responden A,

C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation. Bagi risiko tapak bina dan

perubahan kerja oleh majikan pula, kesemua responden A, C, D, H, I, dan J

menggunakan kaedah risk mitigation.dan risk transfer. Bagi risiko kaedah kerja pula,

respondon A menggunakan kaedah risk mitigation,responden D pula menggunakan

kaedah risk sharing. Bagi mengatasi risiko ini juga, kesemua responden A, C, D, H,

I, dan J menggunakan kaedah risk transfer. Bagi risiko pembayaran pula, kesemua

responden A, C, D, H, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation.Bagi mengatasi

risiko kelewatan, responden A, C, D, I, dan J menggunakan kaedah risk mitigation.

Responden I dan H juga turut menggunakan kaedah risk transfer. Bagi mengatasi

risiko kerosakan, responden A, C dan D menggunakan kaedah risk mitigation

manakala responden I dan J menggunakan kaedah risk transfer. Kaedah risk sharing

juga turut digunakan oleh responden D.

Page 96: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

80

Langkah –

Langkah

Menangani

Risiko

Kontrak Lump Sum Kaedah Reka dan Bina

Responden RA RC RD RH RI RJ

Kaedah A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C A T M S C

Risiko Harga

/ / / / / /

Risiko Ekonomi / / / / / /

Risiko Reka

Bentuk / / / / / /

Risiko Tapak

Bina

/ / / / / / / / / / / /

Risiko Perubahan

Kerja Oleh Majikan

/ / / / / / / / / / / /

Risiko Kaedah Kerja

/ / / / / / / /

Risiko Pembayaran

/ / / / / /

Risiko Kelewatan / / / / / / /

Risiko Kerosakan / / / / / / / /

Jadual 4:3 : Kaedah Menangani Risiko

A= risk avoid T= risk transfer M= risk mitigation S= risk sharing C= cotigency plan

RA= Respondan A RC= Respondan C RD= Respondan D RH= Respondan H RI= Respondan I RJ= Respondan J

Page 97: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

81

Jadual 4.4 dibawah pula, menunjukkan langkah-langkah yang

digunakan oleh kontraktor yang melaksanakan kontrak lump sum secara

kaedah konvesional. Bagi risiko harga kesemua responden B, E, F dan H

menggunakan kaedah risk mitigation. Bagi risiko ekonomi pula responden B

dan E menggunakan kaedah risk mitigation manakala responden F dan H

menggunakan kaedah risk transfer. Bagi risiko reka bentuk, risiko tapak bina

, risiko perubahan kerja dan risiko kerosakan kesemua responden B, E, F dan

H menggunakan kaedah risk mitigation dan risk transfer. Bagi risiko kaedah

kerja pula kesemua responden B, E, F dan H menggunakan kaedah risk

mitigation dan hanya responden B sahaja yang turut menggunakan kaedah

risk transfer. Begitu juga dengan responden B, E, F dan H menggunakan

kaedah risk mitigation mengatasi risiko pembayaran Bagi mengatasi risiko

kelewatan pula, responden B, E, dan H menggunakan kaedah risk mitigation

manakala responden F pula menggunakan kaedah risk transfer.

Page 98: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

82

Jadual 4:3 : Kaedah Menangani Risiko

AV= risk avoid T= risk transfer M= risk mitigation S= risk sharing C= cotigency plan

RB= Respondan B RE= Respondan E RF= Respondan F RH= Respondan H

Langkah –Langkah

Menangani Risiko

Kontrak Lump Sum Kaedah Konvesional

Responden RB RE RF RH

Kaedah AV T M S C AV T M S C AV T M S C AV T M S C

Risiko

Harga / / / /

Risiko Ekonomi / / / /

Risiko Reka Bentuk / / / / / / / /

Risiko Tapak Bina / / / / / / / /

Risiko Perubahan

Kerja Oleh Majikan / / / / / / / /

Risiko Kaedah Kerja / / / / /

Risiko Pembayaran / / / / / /

Risiko Kelewatan / / / / / / /

Risiko Kerosakan / / / /

Page 99: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

83

BAB 5

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan merumuskan semua analisa dan hasil kajian yang terdapat

dalam bab 4 secara tersusun dan sistematik. Segala permasalahan yang berkaitan

dengan kajian ini akan dinyatakan dalam bab ini untuk rujukan masa hadapan. Selain

itu, cadangan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian ini secara mendalam dan skop

yang berbeza turut dinyatakan.

Secara amnya, semua dapatan kajian daripada temubual adalah untuk

mencapai objektif kajian ini dan akan diringkaskan dalam rumusan secara

menyeluruh. Ringkasan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Bahagian A: Ringkasan analisa kajian berserta rumusan

Bahagian B: Perbincangan batasan dan masalah yang berlaku semasa kajian dibuat

Bahagian C: Cadangan dan saranan untuk kajian masa hadapan

Page 100: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

84

5.2 Rumusan Kajian

Objektif kajian yang pertama adalah untuk mengenapasti jenis-jenis risiko

yang dihadapi oleh kontraktor dalam kontrak lump sum. Selain itu, objektif kedua

ialah mengenalpasti kaedah pengurusan risiko yang dilakukan oleh kontraktor baru

dalam menguruskan risiko tersebut.

5.2.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Risiko-risiko yang Dihadapi oleh

Kontraktor dalam Kontrak Lump Sum

Kaedah perlaksanaan kontrak lump sum boleh dilaksanakan melalui dua

kaedah iaitu kaedah secara reka dan bina dan kaedah konvesional. Setiap kaedah

perlaksanaan kontrak mempunyai risiko-risiko yang berbeza antara satu sama lain.

Antara risiko-risiko bagi kontrak lump sum yang dilaksanakan secara kaedah secara

reka dan bina adalah risiko harga, risiko ekonomi, risiko reka bentuk, risiko tapak

bina, risiko kerosakan, risiko kelewatan dan risiko kaedah kerja. Berdasarkan analisis

kajian dalam bab 4, didapati kesemua responden yang melaksanakan kontrak lump

sum secara kaedah reka dan bina menyatakan bahawa risiko harga, risiko ekonomi,

risiko reka bentuk dan risiko tapak bina. Bagi risiko kerosakan pula seramai 4

daripada 6 responden yang menyatakan risiko tersebut hadir. Bagi risiko kelewatan

pula seramai 2 responden yang menyatakannya dan risiko kaedah kerja hanya satu

responden yang menyatakan risiko tersebut.

Bagi kontrak lump sum yang dilaksanakan menggunakan kaedah konvesional

pula terdapat 9 risiko yang dikenal pasti semasa analisis dijalankan. Antara risiko

tersebut adalah, risiko harga,risiko ekonomi, risiko tapak bina, risiko kerosakan,

risiko kaedah kerja risiko kelewatan, risiko perubahan kerja, risiko pembayaran, dan

risiko reka bentuk. Berdasarkan analisis kajian,didapati kesemua responden yang

melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional menyatakan bahawa

risiko harga, risiko ekonomi, risiko tapak bina, risiko kaedah kerja dan risiko

Page 101: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

85

kelewatan wujud dalam kontrak lump sum. Hal ini dapat dilihat berdasarkan jadual

4.2 dalam bab 4, dimana 5 risiko merupakan yang paling banyak dinyatakan oleh

responden yang melaksanakan kontrak lump sum secara kaedah konvesional. Bagi

risiko kelewatan pula 3 responden yang menyatakan risiko tersebut hadir dan 2

responden yang menyatakan risiko perubahan kerja wujud dalam kontrak lump sum.

Manakala hanya satu responden yang menyatakan bahawa risiko reka dan bina

wujud dalam kontrak lump sum.

Secara keseluruhannya, risiko harga, risiko ekonomi dan risiko tapak bina

merupakan risko yang paling banyak dinyatakan oleh responden. Manakala risiko

pembayaran dan risiko perubahan kerja merupakan risiko yang paling sedikit

dinyatakan oleh responden.

5.2.2 Objektif Kedua: Mengenalpasti Kaedah-kaedah yang Digunakan oleh

Kontraktor bagi Mengurangkan Risiko-risiko Tersebut.

Setelah mengetahui jenis-jenis risiko yang wujud dalam kontrak lump sum,

kontraktor perlu membuat kaedah pengurusan risiko bagi memastikan risiko-risiko

tersebut diuruskan dengan baik. Jika risiko-risiko tersebut tidak ditangani dengan

baik ianya akan menjejaskan projek pembinaan dan seterusnya mengakibatkan

kerugian kepada pihak kontraktor. Mengikut pengurusan risiko, terdapat 5 kaedah

untuk menguruskan risiko iaitu risk avoidance, risk transfer, risk mitigation, risk

sharing dan contingency plan. Kelima-lima kaedah ini memberikan kesan yang

berlainan.

Setiap risiko mempunyai kaedah pengurusan risiko yang berlainan. Begitu

juga dengan syarikat-syarikat kontraktor yang tidak sama pengurusan risikonya.

Sesuatu kaedah pengurusan risiko dipilih perlulah dikaji kesesuaian penggunaan

kaedah tersebut. Bagi mengatasi risiko harga, kaedah risk mitigation digunakan oleh

pihak kontraktor dalam mengurangkan risiko harga. Bagi mengurangkan risiko

Page 102: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

86

ekonomi pula, kaedah risk avoidance,risk mitigation dan contingency plan boleh

digunakan oleh kontraktor. Bagi risiko ekonomi pula kaedah risk mitigation dan risk

transfer digunakan oleh pihak kontraktor. Manakala risiko tapak bina dan risiko

perubahan kerja, kaedah risk mitigation dan risk transfer boleh digunakan oleh

kontraktor bagi mengurangkan risiko yang hadir. Bagi risiko kaedah kerja,

kontraktor boleh menggunakan kaedah risk mitigation, risk transfer dan risk sharing.

Begitu juga dengan risiko kelewatan dan kerosakan kontraktor boleh menggunakan

kaedah risk mitigation, risk transfer dan risk sharing bagi mengurangkan risiko

tersebut kepada pihak kontraktor.

5.3 Batasan dan Masalah yang Dihadapi Semasa Kajian Dibuat

Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa batasan dan

masalah yang dihadapi yang menghalang perkembangan kajian. Antara batasan dan

masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:

i. Kesukaran mendapatakan maklumat bagi kajian lieratur menyukarkan kajian

ini dijalankan. Oleh kerana kebanyakkan buku yang dirujuk bagi tujuan penyelidikan

ini adalah buku berbahasa Inggeris, masalah yang dihadapi adalah menterjemah

perkataan-perkataan atau frasa-frasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.

ii. Selain itu, tidak semua kontraktor yang melaksanakan kontrak lump

bersetuju untuk ditemubual dan ini menjadi kesukran bagi mendapatkan data dalam

menjalankan temubual.

iii. Faktor masa yang terhad telah menyukarkan proses pengumpulan data

dilakukan dengan kadar segera. Pengumpulan data untuk kajian ini juga sering kali

terganggu dengan tugasan lain yang memerlukan perhatian dan penyiapan dengan

kadar segera.

Page 103: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

87

5.4 Cadangan untuk Kajian Masa Hadapan

Daripada hasil kajian dan rumusan yang telah dibuat, berikut adalah

beberapa cadangan untuk kajian masa hadapan:

i. Mengkaji kaedah perletakan harga yang terbaik oleh kontraktor

ii. Mengkaji kaedah kontraktor memenangi tender dalam kontrak lump sum

iii. Mengkaji risiko kontrak lump sum yang dihadapi oleh pihak klien

Page 104: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

88

Rujukan

Albert Lester. (2014). Project Management, Planning, and Control 6th edition. Oxford:

Elsevier Ltd.

Amado, M., Ashton, K., Ashton, S., Bostwick, J., Clements, G., Drysdale, J., Francis, J.,

Harrison, B., Nan, V., Nisse, A., Randall, D., Rino, J., Robinson, J., Snyder, A., Wiley,

D., & Anonymous. (2012, August 15). Project Management For Instructional

Designers. Retrieved from pm4id.org: http://pm4id.org/

Anthony Walker. (2002). Project management in construction 4th edition. Maiden, Ma:

Blackwell Sci.

Burtonshaw-Gunn. (2009). Risk And Financial Management in Construction. England: Gower

Publishing Limited.

C.R. Kothari . (2004). Research Methodoogy; Methods and Technique. New Delhi: New Age

International (P) Limited.

Collier, K. (1974). Fundamentals of Construction Estimating and Cost Accounting. In K.

Collier, Fundamentals of Construction Estimating and Cost Accounting (p. 8). British

Columbia Institute of Technology.

Edward R. Fisk. (2006). Construction project administration 8th edition. Upper Saddle River,

N.J: Pearson Prentice Hall.

Ewelina Gajewska, Mikaela Ropel. (2001). Risk Management Practices in a Construction

Project. Master Thesis, Göteborg Sweden: Chalmers University of Technology.

Federick E. Gould. (2003). Construction project management. Upper Saddle River, N.J:

Prentice Hall.

Hinze, J. (2011). Construction Contract (Third ed.). America,New York: The McGraw Hill

Componies.

Idris, N. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. In N. Idris, Penyelidikan Dalam Pendidikan.

Malaysia: McGrawHill.

Interiors, I. B. (2014, October Wednesday). Malaysian construction industry set for double-

digit growth. Retrieved November Sunday, 2015, from

https://www.buildingshows.com/market-insights/insights-malaysia/malaysian-

construction-industry-set-for-double-digit-growth/801754591

Page 105: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

89

Jared Rogers. (2012). Opportunity Lost: Mismanagment of the Closeout Phase of

Construction Projects. College of Technology Masters Theses, 76.

Kleim Ralph L, Ludin Irwin. (1997). Reducing project risk. England : Gower Publishing.

Kwakye, A. A. (1997). Construction Project Administration in Practice. England: Longman,

The Chartered Institute of Building.

Martin Schieg. (2006). Risk management in construction project management . Journal of

Business Economics and Management, 77-83.

Mattwan. (2011, 11 3). Lump Sum Contract. Retrieved 11 24, 2015, from Construction Beta:

http://www.constructiondb.com/wiki/lump_sum_contract

Mohamed A. El-Reedy. (2011). Construction management for industrial projects : a modular

guide for project managers. Hoboken, N.J: Scrivener Publ.

Mok Soon Sang. (2010). Literatur dan kaedah penyelidikan. Puchong, Selangor: Penerbitan

Multimedia.

Ontario Association of Architects (OAA). (2007). A Guide to Project Closeout Procedures .

Ontario Association of Architects: Ontario.

Peter Fewings. (2005). Construction project management : an integrated approach. London

: Taylor & Francis.

Project Management Institute (PMI). (2001). A Guide to Project Management . USA,

Pennsylvania: PMI.

Raza , A. K., Mohd , S. L., & Zulkipli , B. G. (2013). Malaysian Construction Sector. Malaysian

Construction Sector and Malaysia Vision 2020:, 509.

Rodriguez, J. (2014). Retrieved November Sunday, 2015, from Lump Sum: What is Lump

Sum: http://construction.about.com/od/Procurement-Process/a/Lump-Sum-What-

Is-A-Lump-Sum.htm

Rohaninejad, M., & Bagherpour, M. (2013). Application of risk analysis within value

management: A case study in DAM engineering. Journal of Civil Engineering and

Management, 19: 364-374.

Ronald L. Geren, AIA, CSI, CCS, CCCA, SCIP. (2012, September 7). Project Closeout. Retrieved

from specsandcodes.typepad.com:

http://specsandcodes.typepad.com/keynotes/2012/07/project-closeout.html

Saidin. (1998). Kaedah Perolehan Kontrak Di Malaysia. Kontrak Pembinaan Malaysia :

Perolehan Kontrak.

Smith. N.J., Merna, T. and Jobbling P. (2006). Managing Risk in Construction Projects. 2nd

edition. Oxford: Blackwell Publishing.

Page 106: LANGKAH-LANGKAH KONTRAKTOR MENGURANGKAN ......Di Malaysia, sektor pembinaan merupakan sektor yang sangat penting dan produktif dalam membangunkan ekonomi negara. Sebagai negara yang

90

Stokes, M., & L.Finuf, J. (1986). Construction Law For Owners And Builders. New York:

McGraw-Hill Book Compony.

The Federal Transit Administration. (2006). Construction Project Management Handbook.

Washington: FTA.

Uwe Flick. (2007). Desiging Qualitative Research. London: Sage Publications.

Westland J. (2006). Project Management Life Cycle: A Complete Step-by-step Methodology

for Initiating Planning Executing and Closing the Project. Kogan: Page Limited.

Winch. G. (2002). Managing construction projects, an information processing approach.

Oxford: Blackwell Publishing.

Yan, P. C. (2006). Kaedah Penyelidikan. In P. C. Yan, Kaedah Penyelidikan. Malaysia:

McGrawHill.