bab 3 - um students' repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_tesis_bab_3.pdf · dakwah...

42
BAB 3

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

56

BAB 3

Page 2: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

57

BAB 3: PENGAJARAN BAHASA ARAB DAN METODOLOGI KAJIAN.

3.0 PENDAHULUAN.

Perkara berkaitan pengajaran BA di lokasi kajian dan metodologi kajian yang

digunakan oleh penulis disusun di dalam bab ini. Bab ini bermula dengan penerangan

berkaitan BA dan silibus pengajaran di institusi tersebut dimuatkan di dalam ruangan ini.

Seterusnya penulis menempatkan metod yang digunakan dalam kajian serta instrumen-

instrumen yang telah diaplikasikan bagi menyiapkan disertasi ini.

3.1 PENGAJARAN BAHASA ARAB.

3.1.1 Bahasa Arab Di Malaysia.

BA telah menjadi bahasa yang tidak asing di kalangan masyarakat melayu di

Malaysia. Ini adalah kerana majoriti dari kalangan masyarakat melayu di Malaysia

beragama Islam. Walaupun begitu terdapat bangsa lain yang bukan beragama Islam tidak

berasa asing dengan bahasa ini. BA adalah bahasa yang sinonim dengan Islam kerana

bahasa ini merupakan bahasa yang digunakan di dalam al-Quran yang mulia iaitu sebagai

sumber primer bagi masyarakat Islam mengetahui ilmu-ilmu Islam. Selain itu ia juga

merupakan bahasa pertuturan atau bahasa bagi utusan yang menyampaikan ajaran Islam

iaitu Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa bahasa ini

juga adalah bahasa ibadah dan juga bahasa kebudayaan Islam sepanjang zaman.

Bahasa ini mula mendapat tempat di Tanah Melayu apabila pedagang-pedagang

Arab datang berhijrah ke Tanah Melayu atas urusan perniagaan di samping menyampaikan

dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar

menganut agama lain seperti Hindu. Kejayaan pedagang- pedagang ini telah memberi kesan

Page 3: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

58

yang besar terhadap sistem penulisan dalam kalangan masyarakat melayu sehingga lahirnya

satu bentuk tulisan yang dinamakan dengan tulisan jawi. Ini jelas menurut Hashim Haji

Musa 1999, tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke Kepulauan

Melayu bersama-sama dengan kedatangan agama Islam.

Keindahan Islam menarik perhatian sebahagian penduduk tempatan. Minat yang

tinggi terhadap pengetahuan agama Islam mendorong beberapa masyarakat muda

melanjutkan pengajian Islam di negara-negara Timur Tengah. Menurut Abdul Rahman Hj

Abdullah, 1990, hasil dari kemajuan perkapalan, semakin ramai penganut Islam dari Alam

Melayu pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebahagiannya pula telah bermastautin di

sana untuk mendalami ilmu agama. Ini menunjukkan pada tahap ini Islam telah tersebar

secara meluas di Alam Melayu sehingga penduduk tempatan mampu berperanan sebagai

pengembang dakwah Islam (Hashim Haji Musa 1999).

Sekembali penduduk tempatan ini dari rantau tempat mereka menimba ilmu maka

kebanyakan dari mereka mengasaskan beberapa institusi pendidikan Islam dan BA. Antara

sekolah atau institusi yang diperkenalkan di waktu itu adalah pengajian pondok iaitu pusat

pengajian yang dibina dalam satu kawasan dan para pelajar yang belajar di tempat tersebut

menginap di pondok-pondok. Di mana para pelajar dapat mempelajari ilmu Islam di sini

dan memahami kaedah-kaedah BA.

Pengajaran BA secara rasmi jelas dapat dilihat dalam masyarakat melayu khususnya

semasa kemunculan pusat-pusat pengajian Islam yang berbentuk pondok pada abad ke-18M

(Abdullah Jusuh, 1989).

Page 4: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

59

Disini pembelajaran kaedah BA dititikberatkan kerana sebahagian besar dari bahan

bacaan atau kitab-kitab ilmu Islam menggunakan BA sebagai bahasa pengantar berbanding

kitab yang menggunakan Bahasa Melayu (Rosni Samah, 2009).

Kaedah-kaedah BA adalah matapelajaran yang penting disini, ia amat diperlukan

bagi para pelajar memahami dengan baik nas-nas Islam yang dipelajari. Pada peringkat

permulaannya mereka belajar al-Quran dan al-Hadith, sehingga mereka mampu membaca

kitab-kitab Tafsir dan Feqah di dalam BA.

Selaras dengan perkembangan semasa, sekolah yang kecil ini kemudiannya

berkembang menjadi semakin besar, dikenali dengan nama Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Sekolah-sekolah ini terus berkembang sehingga pihak kerajaan mengambil alih sebahagian

daripadanya menjadikan sekolah-sekolah ini sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

(SABK) iaitu dibiayai oleh kerajaan di samping Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA) sebagai sebuah institusi pendidikan agama Islam dan BA dibawah kelolaan

kerajaan pusat.

Tujuan pihak kerajaan adalah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

sentiasa dipertingkatkan, kerajaan telah melaksanakan langkah proaktif dengan

mendaftarkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh

negara sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). (Unit Komunikasi Korporat,

2012).

Maka lahirlah pelajar-pelajar yang keluar daripada sekolah ini menyambung

kesinambungan pelajar-pelajar terdahulu iaitu melanjutkan pelajaran mereka di negara-

negara Arab di timur tengah selain di negara jiran di nusantara dan pusat pengajian tinggi

tempatan.

Page 5: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

60

BA merupakan salah satu bahasa yang penting di dunia. Bahasa yang menduduki

tempat keenam di dunia dengan anggaran 186 milion penutur ini telah dinobatkan sebagai

salah satu bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). BA juga berkembang

sebagai bahasa dunia dalam arus pendidikan global. Penubuhan unit dan institusi-institusi

pengajian di negara-negara selain negara Arab seperti di Amerika, Britain, termasuk

Malaysia membuktikan penerimaan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Antara institusi

luar Tanah Arabyang menawarkanprogram BA ialah Universiti of London menerusi The

School of Oriental and African studies, Heriot-Watt University, Edinburgh, Universiti

Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (Wan Azura

Wan Ahmad et. al, 2006).

3.2 PENGAJARAN BA DI KOLEJ ISLAM DARUL RIDZUAN.

Kolej Islam Darul Ridzuan menawarkan subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah bagi

pelajar-pelajar yang mengambil kursus Usuluddin dan Syariah Islamiyyah. Subjek yang

ditawarkan merupakan subjek major yang perlu diambil oleh setiap pelajar bagi

membolehkan mereka melengkapkan subjek-subjek di dalam program tersebut. Subjek ini

juga adalah subjek yang telah diluluskan oleh ‘Malaysia Qualīfied Association’ sebagai

salah satu matapelajaran wajib bagi pelajar-pelajar ini untuk memperolehi sijil diploma

bagi kursus atau program masing-masing.

Bagi USL dan SYA, pelajar-pelajarnya ditawarkan 3 subjek berkaitan BA iaitu al-

Lughah al-‘Arabiyyah I (LA I) dalam semester 1, al-Lughah al-‘Arabiyyah II (LA II) dalam

semester 2 manakala al-Lughah al-‘Arabiyyah III (LA III) dalam semester 3. Di dalam

pelajaran ini pelajar-pelajar didedahkan dengan perkara-perkara berkaitan BA termasuk di

dalamnya ilmu nahu, ilmu ṣaraf dan balaghah.

Page 6: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

61

Berdasarkan tajuk bagi tesis ini, penulis membuat kajian terhadap pelajar yang telah

lulus semua subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah sebagai responden kerana di dalam subjek ini

pelajar mempelajari tajuk yang berkaitan dengan tajuk tesis ini iaitu ‘maṣdar’.

Di Kolej Islam Darul Ridzuan pelajar diperkenalkan tajuk ini berdasarkan buku teks

yang dipilih oleh pensyarah mengikut silibus yang telah ditetapkan bagi matapelajaran ini.

Para pelajar diperkenalkan dengan definisi maṣdar itu sendiri iaitu ia merupakan kata

terbitan bagi sesuatu fi‘l yang tidak menunjukkan masa.

3.2.1 Pihak Berwajib Menawarkan Pengajaran BA Di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Pengajaran BA di Kolej Islam Darul Ridzuan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1) Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA).

2) Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (CELFOS).

3.2.1.0. Sejarah ringkas:

Bahasa dan Kesusasteraan Arab atau akronimnya adalah BKA. Merupakan salah

satu fakulti yang terawal ditawarkan bagi pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan. Fakulti ini

telah mula beroperasi semenjak di awal penubuhan institusi pengajian tersebut. Ia

diperkenalkan pada mula pembukaan kolej bersama dua fakulti lain iaitu fakulti Syariah

Islamiyah dan Usuluddin pada tahun 1999.

Namun begitu pada peringkat awal fakulti ini lebih dikenali dengan Kursus Bahasa

dan Kesusasteraan Arab. Pada peringkat ini Kursus ini menawarkan subjek-subjek

berkaitan pembelajaran BA kepada kursus-kursus yang lain. Setiap pelajar diwajibkan

Page 7: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

62

mengambil subjek-subjek khas yang ditawarkan kepada kursus masing-masing iaitu sama

ada kursus diploma Syariah Islamiyyah dan Kursus diploma Usuluddin.

Pada tahun 2005 kursus ini dirombak dengan menjadi salah satu unit yang berada di

bawah Pusat Bahasa. Terdapat dua unit di bawah kawalan Pusat Bahasa iaitu Unit BA dan

Unit Pengajian Asasi. Pengajaran BA diletakkan dibawah unit BA manakala subjek lain

seperti Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan lain-lain diletakkan

dibawah Unit Bahasa dan Pengajian Asasi.

Pada tahun 2008 sekali rombakan dilakukan untuk melicinkan struktur pentadbiran.

Pusat Bahasa ketika itu dipisahkan kepada Unit BA dengan mewujudkan organisasi yang

baru iaitu Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi. Pusat ini diwujudkan untuk menawarkan

pelajaran berkaitan bahasa kepada fakulti-fakulti yang lain. Manakala Unit BA pula

bertukar membentuk BKA.

Pada peringkat ini BKA hanya menawarkan subjek BA tertumpu kepada pelajar-

pelajar yang mengambil kursus tersebut. Ia tidak terlibat secara langsung dalam penawaran

subjek BA kepada fakulti lain. Walaupun begitu fakulti ini sedia menawarkan

perkhidmatan pensyarah bagi pengajaran BA di fakulti lain.

3.2.1.1. Pusat Bahasa dan Pengajian Asasi (CELFOS).

Pusat ini telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008 setelah Unit BA

menjadi sebuah Fakulti yang menawarkan program Diploma Bahasa dan Kesusasteraan

Arab. Pusat ini bertanggungjawab untuk menawarkan subjek-subjek yang berkaitan BA

kepada semua pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan. Penawaran ini melibatkan beberapa

keperluan pengajaran termasuk tenaga pengajar serta penyediaan silibus pengajian.

Page 8: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

63

Pusat ini diselia oleh dekan CELFOS yang juga merupakan tenaga pengajar bagi

pusat tersebut. Bermula dengan bantuan dua orang pensyarah, pusat berkenaan berkembang

kepada sebelas orang pensyarah. Pengajaran berkaitan BA seramai enam orang tenaga

pengajar mengajar subjek-subjek BA bagi kesemua pelajar kolej. Manakala tiga orang

bertanggungjawab mengajar subjek Bahasa Inggeris dan dua orang ditugaskan mengajar

subjek Pengajian Malaysia dan Bahasa Kebangsaan.

A) Pengajaran yang disediakan CELFOS berkaitan BA.

Sebagai pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pengajaran

BA kepada pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan, pusat tersebut telah membahagikan

kepada dua bentuk disiplin pengajian mengikut bahasa pengantar bagi satu satu

program. Ini adalah kerana terdapat lima fakulti yang menjalankan pengajaran di

kolej tersebut. Fakulti-fakulti tersebut adalah:

i) Fakulti Syariah Islamiyyah.

ii) Fakulti Usuluddin.

iii) Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Arab.

iv) Fakulti Pengurusan.

v) Fakulti Teknologi Maklumat.

Walaupun terdapat sebelas program diploma yang ditawarkan kepada pelajar

namun hanya 3 program diploma sahaja yang menggunakan BA sebagai bahasa

pengantar iaitu Diploma Syariah Islamiyyah, Diploma Usuluddin dan Diploma

Bahasa dan Kesusasteraan Arab. Selain dari tiga program diploma tersebut

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Page 9: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

64

Pembahagian disiplin tersebut bermaksud penyediaan silibus pembelajaran

BA bagi program-program diploma berbeza mengikut kesesuaian setiap program.

Oleh yang demikian pembahagian disiplin ilmu ini perlu bagi mengikut keperluan

dan tahap pelajar di dalam memperolehi diploma bagi setiap fakulti.

B) Pengajaran Bahasa Arab bagi Program Diploma.

Secara keseluruhan CELFOS menawarkan pengajian BA kepada sepuluh

program diploma. Sepuluh program tersebut adalah seperti yang telah dilampirkan

oleh penulis di atas melainkan program diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab.

Ini adalah kerana program itu dijalankan sendiri oleh fakulti tersebut dengan tenaga

pengajar yang telah disediakan khas bagi BKA.

Terdapat tiga program diploma iaitu diploma Syariah Islamiyyah, diploma

Usuluddin dan diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab yang menggunakan BA

sebagai bahasa pengantar yang bermaksud setiap bahan yang digunakan di dalam

pengajaran menggunakan BA.

Contoh bagi diploma Syariah Islamiyyah setiap pelajaran yang berkaitan

dengan disiplin ilmu Syariah menggunakan sumber primer dalam BA. Antara

subjek-subjek yang menggunakan BA adalah fiqh ibadat, usul fiqh dan sebagainya.

Penggunaan BA meliputi kitab, bahan bacaan dan juga bahasa pengantar yang

digunakan di dalam kelas.

Walaupun terdapat tiga program diploma yang menggunakan BA sebagai

bahasa pengantar namun penulis hanya menumpukan kepada pelajar yang

mengambil program diploma Syariah Islamiyyah dan diploma Usuluddin sahaja. Ini

Page 10: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

65

adalah kerana CELFOS menawarkan subjek BA pada kedua diploma tersebut.

Penawaran bermaksud pusat bahasa bertanggungjawab menyediakan segala

keperluan bagi pembelajaran dan pengajaran BA.

C) Subjek-subjek yang ditawarkan.

Pelajar yang ingin mengambil program diploma Syariah Islamiyyah,

diploma Usuluddin dan Bahasa dan Kesusasteraan Arab perlu menduduki Ujian

Penempatan BA (APT) sebelum ditawarkan untuk mengambil program diploma

tersebut. Pihak CELFOS bertanggungjawab untuk menyediakan ujian ini. Ujian

tersebut dilakukan untuk melihat kemampuan pelajar di dalam penguasaan BA

sebelum menduduki mana-mana program diploma yang disebut.

Terdapat dua peringkat yang disediakan oleh pusat ini bagi pelajar dalam

mempelajari BA. Peringkat tersebut adalah:

i) Peringkat Asasi.

ii) Peringkat Diploma.

Peringkat ini ditentukan berdasarkan keputusan markah ujian penempatan

yang telah diduduki oleh pelajar di awal kemasukan ke kolej. Bagi peringkat asasi,

pusat ini telah menetapkan kepada dua tahap iaitu fondasi pertama dan fondasi

kedua. Oleh yang demikian pelajar yang mengambil ujian tersebut akan diletakkan

mengikut tahap yang sesuai dengan markah yang diperolehi. Pembahagian markah

adalah seperti berikut:

Page 11: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

66

Jadual 3.2.1.1.1: Pembahagian markah

Bil Peringkat Markah

1 Kursus Fondasi BA 1 0-49

2 Kursus Fondasi BA 2 50-79

3 Diploma 80-100

i) Peringkat fondasi.

a. Kursus Fondasi BA 1.

Pada peringkat ini pusat bahasa menawarkan kepada pelajar yang

mendapat 0 hingga ke 49 markah bagi keputusan APT. Kursus ini

ditawarkan bagi pelajar yang dianggap lemah dalam penguasaan BA. Para

pelajar fondasi akan didedahkan dengan asas-asas BA.

Terdapat lima subjek yang ditawarkan kepada pelajar yang meliputi

asas kemahiran dan asas nahu BA. Subjek-subjek yang ditawarkan adalah

seperti jadual dibawah:

Jadual 3.2.1.1.2: Subjek-subjek yang fondasi I .

Bil Subjek Tempoh

1 Maharah al-Kalam I 1 semester

2 Maharah al-Kitabah I 1 semester

3 Maharah al-Qiraah I 1 semester

4 Maharah al-Istima’ I 1 semester

5 Qowaid al-Arabiyyah I 1 semester

Pelajar yang lulus di dalam peperiksaan akhir bagi salah satu subjek

ini dibenarkan melanjutkan pelajaran ke fondasi yang berikutnya mengikut

subjek yang lulus sahaja. Pelajar dikehendaki mengulang semula subjek

yang mereka gagal dalam tempoh satu semester. Sebagai contoh pelajar

Page 12: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

67

yang lulus subjek Maharah al-Kalam I sahaja yang dibenarkan untuk

mendaftar subjek Maharah al-Kalam II untuk semester berikutnya manakala

bagi yang gagal pelajar tersebut perlu untuk mendaftar semula Maharah al-

Kalam 1 untuk satu semester.

b. Kursus Fondasi BA 2.

Pelajar yang berjaya mendapat markah sekitar 50 hingga ke 79 dalam

APT layak untuk menduduki kursus ini. Pelajar ini dianggap sederhana di

dalam penguasaan BA. Bagi tahap ini pelajar diberi pendedahan peringkat

pertengahan asas BA. Sepertimana kursus fondasi BA I, fondasi tahap ini

juga menawarkan lima subjek berkaitan BA. Subjek-subjek tersebut adalah

kesinambungan dari subjek-subjek kursus fondasi yang pertama. Tahap

pembelajaran yang lebih tinggi ini diterapkan di dalam subjek-subjek seperti

jadual dibawah:

Jadual 3.2.1.1.3: Subjek-subjek yang fondasi II

Bil Subjek Tempoh

1 Maharah al-Kalam II 1 semester

2 Maharah al-Kitabah II 1 semester

3 Maharah al-Qiraah II 1 semester

4 Maharah al-Istima’ II 1 semester

5 Qawaid al-Arabiyyah II 1 semester

Pada tahap ini pelajar yang berjaya lulus dalam semua subjek sahaja

yang dibenarkan untuk mengambil subjek yang berikutnya iaitu subjek yang

dipelajari di dalam pengajian diploma. Subjek pertama yang wajib didaftar

Page 13: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

68

oleh pelajar setelah selesai menduduki fondasi pertama atau fondasi kedua

atau kedua-duanya sekali adalah subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I.

ii) Peringkat diploma.

Adalah pelajar yang mencapai markah sekitar tahap 80 hingga 100

dalam APT. Pelajar yang memperolehi markah di dalam lingkungan ini

dibenarkan untuk memasuki pengajian diploma secara terus tanpa

menduduki kelas pengajian Kursus Fondasi BA I dan Kursus Fondasi BA II.

Pada peringkat ini pelajar ditawarkan dengan subjek mengikut tiga

tahap iaitu seperti jadual dibawah:

Jadual 3.2.1.1.4: Subjek Bahasa Arab untuk diploma.

Bil Subjek Tahap Tempoh

1 Al-Lughah al-‘Arabiyyah I Permulaan 1 semester

2 Al-Lughah al-‘Arabiyyah II Pertengahan 1 semester

3 Al-Lughah al-‘Arabiyyah III Lanjutan 1 semester

Setiap pelajar diwajibkan untuk mendaftar semua subjek sebelum

memperolehi sijil diploma bagi setiap program diploma yang diduduki.

Pelajar yang gagal menyempurnakan semua subjek yang ditetapkan tidak

dibenarkan untuk memperolehi sijil diploma.

a) Tahap permulaan.

Pada tahap ini pelajar dikehendaki mendaftar subjek al-Lughah

al-‘Arabiyyah I bagi tempoh satu semester. Pelajar yang lulus dan

mencapai tahap yang ditetapkan oleh tenaga pengajar subjek tersebut

sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar kepada subjek yang berikutnya

iaitu al-Lughah al-‘Arabiyyah II.

Page 14: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

69

Objektif subjek ini ditawarkan adalah untuk memastikan pelajar

memperolehi kemahiran komunikasi dan mampu menganalisis teks dari

segi kosa kata, kefahaman dan tatabahasa di dalam BA. Ini amat penting

kerana kemahiran tersebut menjadi alat untuk pelajar memahami teks-

teks dan kitab-kitab Arab di dalam pembelajaran di kelas dan luar kelas.

Silibus yang ditetapkan di dalam subjek ini membantu pelajar

untuk memahami dan mengaplikasi kaedah-kaedah nahu arab yang

berkaitan di dalam pembentukan kalam, jumlah ismīyah dan jumlah

fi‘līyah . Menguasai kemahiran mengenal isim, fi‘l dan ḥarf membantu

pelajar memberikan maksud yang lebih tepat dalam penterjemahan

bahan bacaan.

Tajuk-tajuk silibus yang telah ditetapkan memenuhi syarat

Malaysian Qualīfications Agency (MQA) adalah seperti jadual di bawah:

i) Pendahuluan

a. Kalām dan pembentukannya.

b. Mu‘rab dan Mabnī.

c. Nakirah dan Ma‘rifah.

ii) Jumlah Ismīyah:

a. Mubtada’ dan Khabar.

b. Kāna dan Akhawātnya – Huruf yang menyamai Laysa.

c. Inna dan Akhawātnya – Lā Nafiah li al-jins.

iii) Jumlah Fi‘līyah:

a. I‘rab fi‘l – Nawāsib – Jawāzim .

Page 15: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

70

b. Law, Amma, Law Lā dan Law Mā.

c. Dua jenis Nūn Tawkīd.

d. Fi‘l Muta‘addi dan Lāzim.

e. Fā‘il – Nā’ib Fā‘il.

f. Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar.

g. Tugas Ism Fā‘il, Sighah Mubālaghah dan Isim Maf‘ūl.

h. Af‘al Muqārabah.

i. Ẓanna dan Akhawātnya – ‘Alama dan Arā.

j. Ishtighāl – Tanāzu‘.

iv) Perkara-Perkara Yang Berhubung Dengan Kedua-Dua Jumlah:

a. Maf‘ūl Muṭlaq - Maf‘ūl Lah – Maf‘ūl Fīh – Maf‘ūl Ma‘ah.

b. Istithnā’ – Hāl – Tamyīz.

c. Ḥarf al-Jar – Iḍāfah.

d. Na‘t – Tawkīd – ‘Ataf – Badal.

e. Mamnū‘ Min al- Ṣarf.

f. ‘Adad.

g. Ikhbār dengan Alladhi dan Alīf dan Lām.

h. Hikāyah.

i. Asmā’ al-Fi‘l dan Aswat .

b) Tahap Pertengahan

Subjek yang menjadi kesinambungan bagi subjek al-Lughah

al-‘Arabiyyah I adalah subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Subjek al-

Lughah al-‘Arabiyyah I merupakan prasyarat bagi pelajar sebelum

mendaftar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Subjek ini secara

Page 16: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

71

umumnya ditawarkan bagi pelajar yang memasuki semester kedua

dengan maksud pelajar tersebut telah lulus di dalam subjek al-

Lughah al-‘Arabiyyah I.

Pelajar yang mengambil subjek ini dianggap mempelajari BA

pada tahap pertengahan. Di mana kandungan silibus pembelajaran

BA lebih mendalam berbanding yang sebelumnya. Pada tahap ini

pelajar diterapkan untuk menguasai teori - teori dan aplikasi kaedah-

kaedah tatabahasa BA yang meliputi gaya bahasa atau uslub nahu,

pembelajaran tasrif yang melibatkan ilmu ṣarf, pembentukan maṣdar

dan beberapa isim musytaq, dan pemahaman terhadap nun tawkīd.

Pihak Pusat Bahasa menyasarkan agar pelajar yang lulus

subjek ini berupaya untuk menggunakan uslub-uslub nahu di dalam

penulisan dan percakapan. Pemahaman terhadap pola-pola fi‘l

mujarrad dan mazīd seterusnya menguasai pola-pola maṣdar, isim

fā‘il , isim maf‘ūl dan sifat mushābaḥah.

Sasaran kepada hasil ini adalah berdasarkan silibus yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej sepertimana subjek yang lepas. Berikut

adalah jadual tajuk-tajuk tersebut:

i) Asālīb al-Nahw:

a. Uslūb al-Ta‘ajjub.

b. Uslūb al-Madh dan al-Dham.

c. Uslūb al-Tafḍīl.

d. Uslūb al-Nidā’

e. Uslūb al-Istighāthah.

f. Uslūb al-Nudbah.

Page 17: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

72

g. Uslūb al-Tarkhīm.

h. Uslūb al-Ikhtiṣāṣ.

i. Uslūb al-Ighra’ dan al-Tahḍir.

j. Uslūb al-Sharṭ.

ii) al-Taṣrīf:

a. al-Taṣrīf.

b. Mujarrad dan Mazīd daripada Isim.

c. Mujarrad dan Mazīd daripada Fi‘l.

iii) Binaan Maṣdar:

a. Maṣdar Thulāthī dan Ghayr Thulāthī .

b. Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah.

iv) Binaan Ism Fā‘il, Maf‘ūl Dan Ṣifah Musyābahah:

a. Bentuk Ism Fā‘il dan Ism Maf‘ūl.

b. Bentuk Ṣifah Musyābahah.

v) Dua Jenis Nūn Tawkīd:

a. Fi‘l-fi‘l yang boleh ditawkidkan.

b. Keadaan Fi‘l bersama Nūn al-Tawkīd.

c. Hukum-hukum khas bagi Nūn Tawkīd al-Khafīfah.

c) Tahap Lanjutan

Seperti yang telah diterangkan pada subjek yang lepas.

Pendaftaran subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah III ini hanya dibenarkan

kepada pelajar yang melepasi dua prasyarat iaitu lulus di dalam al-

Page 18: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

73

Lughah al-‘Arabiyyah I dan al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Ia

merupakan lanjutan dari kedua-dua subjek tersebut.

Pada tahap ini pelajar dianggap telah memahami sebahagian

dari pembelajaran BA peringkat diploma. Lanjutan dari itu

pembelajaran pada peringkat ini lebih meluas dan mendalam. Ini

kerana tajuk-tajuk yang dipilih untuk ditawarkan dalam subjek ini

lebih sukar dan mencabar. Ianya meliputi beberapa tajuk seperti

ta’nīth, mamdūd dan maqṣūr, taṣghīr, nasab, waqaf, imālah, ibdāl,

i‘lāl dan idghām.

Objektif subjek ini ditawarkan adalah supaya pelajar dapat

menguasai tajuk-tajuk yang dipelajari serta kaedah-kaedahnya

dengan tepat dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam berbagai

segi ketika menggunakan BA.

Oleh yang demikian, di akhir pembelajaran subjek ini pelajar

berupaya memahami tanda-tanda yang terdapat berkaitan ta’nīth,

mamdūd dan maqsūr serta berkeupayaan menggunakan bentuk-

bentuk atau pola bagi tajuk-tajuk yang telah dipelajari dalam

penulisan dan pertuturan.

Tajuk-tajuk yang dipelajari mengikut silibus yang ditetapkan

adalah seperti jadual di bawah.

i) al-Ta’nīth:

Page 19: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

74

a. al-Ta’nīth – perkara yang serupa pada Mudhakkar dan

Mu’annath.

b. Wazan-wazan Alīf al-Ta’nith al-Maqṣūrah dan al-

Mamdūdah.

ii) al-Maqṣūr dan al-Mamdūd:

a. Isim Maqṣūr al-Qiyāsī – Isim Mamdūd al-Qiyāsī – al-

Mamdūd dan al-Maqṣūr al-Samā‘ī.

b. Memendekkan al-Mamdūd dan memanjangkan al-Maqṣūr

– Tathniyah al-Maqṣūr dan al-Mamdūd.

c. Jam‘ al-Maqṣūr dan al-Mamdūd – Baris al-‘Ayn pada

Jam‘ al-Mu’annath al-Sālim.

iii) Jam‘ Takthīr:

a. Jam‘ al-Q’illah – Jam‘ al-Kathrah .

iv) al-Taṣghīr:

a. Kaedah Taṣghīr dan Wazan-wazannya – Hukum-hukum

khas bagi al- Taṣghīr.

v) al-Nasb:

a. Yā al-Nasb – Perkara yang dibuang daripada al-Mansūb

Ilayh – Huraian tentang al-Nasab – al-Nasab tanpa

menggunakan Yā al-Nasb.

vi) al-Waqf:.

a. al-Waqf ke atas isim yang bertanwīn, Hā al- Ḍamīr dan

al-Manqūṣ.

Page 20: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

75

b. al-Waqf ke atas yang berbaris di akhir kalimah – al-Waqf

ke atas perkataan yang diakhiri dengan Tā’ al-Ta’nīth.

c. al-Waqf dengan Hā’ al-Sakt – Memberikan kepada al-

Waṣl dengan hukum al-Waqf.

vii) al-Imālah:

a. Imalah Alīf yang dihujung – Imālah Alīf – Imalah yang

dilarang.

b. Imalah bagi tujuan al-Tanāsub – Imālah al-Fathaḥ.

viii) al-Ibdāl, al-‘I‘lāl dan al-Idghām:

a. Huruf-huruf Ibdāl.

b. ‘I‘lāl dengan al-Qalb, dengan al-Taskīn, dengan al-

Naql, dan dengan al-Hadhf.

c. al-Idghām.

Secara keseluruhannya dalam pembelajaran BA di Kolej Islam Darul

Ridzuan meliputi pembelajaran kaedah-kaedah nahu dan ṣarf dalam BA.

Pembelajaran adalah berteraskan kepada keupayaan pelajar untuk menguasai empat

kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Pemilihan tajuk-

tajuk dalam pembelajaran adalah mengikut keperluan pelajar bagi memperolehi

diploma.

Kerangka atau jadual pembelajaran BA secara keseluruhan adalah seperti di

bawah:

Page 21: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

76

CARTA ALIRAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

DIPLOMA USULUDDIN (USL), SYARIAH (SYA) DAN BAHASA &

KESUSASTERAAN ARAB (BKA)

Rajah 3.2.1.1.5 : Carta Aliran Pembelajaran Bahasa Arab

UJIAN

PENEMPATAN

BAHASA ARAB

MARKAH 0-49 KURSUS FONDASI BAHASA

ARAB 1 (SATU SEMESTER)

MARKAH 50-79 KURSUS FONDASI BAHASA

ARAB 2 (SATU SEMESTER)

MARKAH 80-100 DIPLOMA

(3 TAHUN/6 SEMESTER)

1. MAHARAH AL-KALAM I 2. MAHARAH AL-KITABAH I 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ I

(SEMESTER 1) 4. MAHARAH AL-QIRAAH I 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH I

\

1. MAHARAH AL-KALAM II 2. MAHARAH AL-KITABAH II 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ II

(SEMESTER 1) 4. MAHARAH AL-QIRAAH II 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH II

1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 1) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 2) 3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 3)

1. MAHARAH AL-KALAM II 2. MAHARAH AL-KITABAH II 3. MAHARAH AL-ISTIMA’ II

(SEMESTER 2) 4. MAHARAH AL-QIRAAH II 5. AL-QAWAID AL-ARABIYYAH II

1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 3) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 4)

3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 5)

1.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH I (SEMESTER 2) 2.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH II (SEMESTER 3) 3.AL-LUGHAH AL-ARABIYYAH III (SEMESTER 4)

KURSUS

FONDASI

BAHASA

ARAB 2

DIPLOMA

DIPLOMA

Page 22: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

77

3.2.2 Pembelajaran Maṣdar Di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Topik ini membicarakan sukatan pelajaran bagi pembelajaran topik maṣdar yang

telah ditetapkan oleh pihak Kolej Islam Darul Ridzuan. Topik dipelajari mengikut bahan

rujukan yang disediakan dan kitab-kitab atau nota yang dipilih sendiri oleh pensyarah yang

terlibat di dalam proses pengajaran tersebut. Walaupun pihak kolej telah menentukan kitab

yang akan menjadi bahan rujukan pelajar selaras dengan penyediaan silibus yang dihantar

kepada MQA.

Senarai bab-bab yang dipelajari oleh pelajar di dalam kelas berkaitan tajuk maṣdar

adalah seperti jadual dibawah:

Jadual 3.2.2.1: Topik berkaitan maṣdar mengikut silibus

Bil Subjek Topik berkaitan maṣdar Jam

Pertemuan

1 al-Lughah

al-‘Arabiyyah I

Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar 1 jam

2 al-Lughah

al-‘Arabiyyah II

Binaan Maṣdar:

a. Maṣdar Thulāthī dan Ghayr Thulāthī .

b. Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah.

4 jam

3 al-Lughah

al-‘Arabiyyah III

Tiada tajuk berkaitan maṣdar. 0 jam

Berdasarkan jadual yang dilampirkan di atas menunjukkan pelajar mempelajari

tajuk maṣdar selama dua semester iaitu semester satu dan dua, manakala semester ketiga

tajuk maṣdar tidak termasuk dalam silibus yang telah ditetapkan.

Page 23: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

78

Bagi pembelajaran topik maṣdar dalam semester pertama bagi subjek al-Lughah al-

‘Arabiyyah I, pelajar diperkenalkan secara umum berkaitan maṣdar. Iaitu ia berkaitan

definisi maṣdar sebagai kata terbitan serta tugasnya. Perbincangan berkaitan tajuk ini tidak

ditekankan secara mendalam oleh pensyarah dalam semester ini. Contoh-contoh maṣdar

yang diambil kebanyakannya diambil dari kalimah fi‘l thulāthī mujarrad. Dalam semester

ini juga pelajar tidak diperkenalkan berkaitan pembinaan maṣdar. Setiap maṣdar yang

diperolehi berpandukan kamus terutama maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad.

Bagi semester berikutnya iaitu semester kedua pelajar dihidangkan dengan

pembelajaran maṣdar yang lebih mendalam dan terperinci. Dalam semester ini pelajar

diperkenalkan dengan binaan maṣdar yang terdiri dari fi‘l thulāthī mujarrad dan thulāthī

mazīd serta beberapa wazan maṣdar yang lain. Di sini penulis nukilkan sukatan

pembelajaran maṣdar dalam subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II yang dipelajari oleh pelajar

yang mengambil subjek ini.

3.2.2.1. Sukatan Pembelajaran.

Pembelajaran Maṣdar di lokasi kajian berdasarkan sukatan pengajaran yang telah

ditetapkan oleh pihak kolej. Di sini penulis memperincikan beberapa topik berkaitan

maṣdar yang dipelajari berdasarkan nota yang telah digunakan oleh pensyarah dalam kelas.

Topik-topik yang dipelajari di dalam kelas adalah seperti berikut:

Jadual 3.2.2.1.1 : Topik dipelajari di dalam kelas.

Bil. Topik Tempoh

1 Tugas Maṣdar dan Isim Maṣdar

Pengenalan

Difinisi Maṣdar

1 jam

Page 24: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

79

Contoh-contoh Maṣdar

2 Binaan Maṣdar:

a. Maṣdar Thulāthī.

Bentuk-bentuk Maṣdar Thulāthī Mujarrad.

Himpunan wazan simā‘ī.

b. Ghayr Thulāthī.

Bentuk-bentuk Maṣdar Thulāthī Mazīd.

Maṣdar Thulāthī Mazīd satu huruf.

Maṣdar Thulāthī Mazīd dua huruf.

Maṣdar Thulāthī Mazīd tiga huruf.

Maṣdar dari sudut semantik.

Penggunaan Maṣdar.

c. Maṣdar al- Mīmī

Definisi Maṣdar al- Mīmī

Bentuk Maṣdar al- Mīmī

Maksud dan penggunaan.

d. Maṣdar al-Marrah

Definisi Maṣdar al-Marrah.

Bentuk Maṣdar al-Marrah.

Maksud dan penggunaan.

e. Maṣdar Hay’ah

Definisi Maṣdar Hay’ah.

Bentuk Maṣdar Hay’ah.

Maksud dan penggunaan.

f. Maṣdar Ṣinā‘ī

Definisi Maṣdar Ṣinā‘ī.

Bentuk Maṣdar Ṣinā‘ī.

Maksud dan penggunaan.

4 jam

Walaupun dalam silibus yang ditetapkan untuk pelajar tersebut mengurangkan

beberapa topik dalam maṣdar namun dalam nota pensyarah pelajar diperkenalkan beberapa

bentuk maṣdar yang lain seperti Maṣdar al- Mīmī, Maṣdar Ṣinā‘ī untuk memberikan

kefahaman yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada silibus sahaja.

Page 25: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

80

3.2.2.2 Jam Pertemuan.

Berdasarkan Jadual 3.2.2.1. penulis dapat melihat bahawa jam pertemuan untuk

memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan maṣdar mengikut silibus yang tetapkan

amat terhad. Pembelajaran maṣdar pada peringkat permulaan atau pengenalan kepada topik

ini disediakan dalam subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I. Tempoh yang diberikan mengikut

format sukatan pelajaran yang disediakan untuk MQA bagi pengajaran dan pembelajaran

topik ini selama satu jam bagi semester pertama.

Setelah pelajar lulus subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, pelajar diwajibkan untuk

mendaftar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah II. Dalam subjek ini pengajar diberikan tempoh

4 jam untuk menyelesaikan topik-topik berkaitan Maṣdar. Mengikut silibus yang

dilampirkan (Lampiran D) pelajar akan mempelajari Maṣdar Thulāthī dan Ghayru Thulāthī

selama 2 jam dan Maṣdar al-Marrah dan al-Hay’ah selama 2 jam. Waktu pengajaran secara

keseluruhan meliputi subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I dan II adalah selama 5 jam.

Page 26: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

81

3.3 METODOLOGI KAJIAN.

3.3.1 Pengenalan.

Bahagian ini membincangkan berkaitan metodologi kajian yang dilakukan oleh

penulis untuk menyiapkan disertasi ini. Penulis menyenaraikan kaedah kajian yang telah

digunakan dalam mencari jawapan bagi soalan kajian secara terperinci dalam topik ini.

Metodologi adalah sejumlah peraturan, kegiatan dan prosedur yang digunakan

oleh pelaku suatu disiplin ilmu untuk menghasilkan dapatan kajian. Ia merupakan salah

satu cabang ilmu logika yang berkaitan dengan prinsip umum pembentukan pengetahuan.

Ia juga boleh disamaertikan dengan cara, teknik atau prosedur yang perlu dipatuhi bagi

memperolehi maklumat yang diperlukan. Penggunaan metodologi yang tersusun dan

terancang menjadikan sesuatu kajian itu dapat mencapai matlamat yang diharapkan sejajar

dengan objektif kajian.

Berdasarkan penyataan di atas, di dalam bab ini penulis menerangkan metodologi

yang digunakan bagi menjalankan disertasi ini. Beberapa aturcara dan strategi yang

digunakan oleh penulis sebagai metod untuk memperolehi data dan maklumat yang

berkaitan akan diterangkan di dalam bab ini.

Beberapa pendekatan dan kaedah yang dilakukan. Namun begitu terdapat beberapa

perkara penting yang akan dibincangkan secara terperinci adalah:

1. Kajian perpustakaan

2. Populasi dan persampelan.

3. Instrumen kajian.

Page 27: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

82

4. Prosedur pengumpulan data.

5. Teknik penganalisis data.

Metodologi kajian dan strategi yang disusun untuk mendapatkan maklumat dan data

untuk mencapai objektif dan matlamat kajian seperti yang dijelaskan dalam rajah 3.1

berikut.

CARTA ALIR PROSES KAJIAN

Jadual 3.3.1.1: Carta alir proses kajian I

1 • Kajian Awal

2 • Kajian Pertengahan

3 • Kajian Data

4 • Akhir

Page 28: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

83

Kajian Awal

Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian.

•Permasalahan adalah berkaitan pencapaian pelajar berkaitan topik maṣdar

•Penulis memilih untuk mengkaji penggunaan maṣdar di kalangan pelajar di lokasi kajian.

Mengenal pasti populasi dan pensampelan yang sesuai.

•Penulis memilih beberapa orang pelajar yang memenuhi syarat sebagai responden. syarat tersebut ditentukan oleh penulis sendiri berdasarkan populasi di lokasi kajian.

Kajian Pertengahan

Pemilihan dan Penyediaan Instrumen kajian

• Penulis memilih tiga kaedah sebagai instrumen dalam kajian ini.

• Penulis menyediakan borang soalan sebagai bahan yang akan dikemukan kepada responden.

Instrumen kajian

• Pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan di dalam kertas ujian.

• Pelajar dikehendaki melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.

• Temubual dijalankan terhadap tenaga pengajar yang mengajar topik tersebut.

Page 29: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

84

Rajah 3.3.1.2: Carta alir proses kajian II

Kajian Data

Pengumpulan Data

• Data diperolehi dari tiga instrumen yang digunakan

• Data dicatat pada perisian Microsoft Office Excel

Analisis Data

• Hasil dapatan kajian dipamerkan dalam bentuk jadual.

• Penerangan disertakan bagi setiap jadual yang dilampirkan.

Akhir

Rumusan

• Penulis membuat kesimpulan berdasarkan hasil kajian yang diperolehi.

• Punca permasalahan disenaraikan dalam ruangan ini

• Rumusan yang dibuat sejajar dengan objektif dan soalan kajian

Cadangan

•Penulis mengutarakan buah fikiran dan idea bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kajian tersebut.

Page 30: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

85

3.3.2 Kajian perpustakaan.

Pertamanya kajian ini merujuk kepada melihat kajian literatur terdahulu

merangkumi bidang, subjek kajian iaitu responden yang dipilih dari sesuatu institusi dan

bilangannya yang dipilih mengikut disiplin tertentu. Seterusnya melihat kepada instrumen

kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan hasil dapatan dan memastikan

keberkesanan instrumen yang digunapakai bagi menentukan kesahan maklumat yang

diperolehi.

Kajian yang berikutnya adalah kajian terhadap sumber primer bagi sesuatu bidang

di mana di sini penulis telah membuat penelitian terhadap buku-buku dan penulisan yang

berkaitan dengan ilmu nahu BA. Pemerhatian khusus dilakukan terhadap salah satu tajuk

yang dikaji oleh penulis iaitu berkaitan maṣdar.

Penulis mempamerkan dalam disertasi ini maklumat berkaitan maṣdar di dalam

nahu BA. Ia merangkumi secara beberapa topik mengenai maṣdar yang bertepatan silibus

yang ditetapkan oleh institusi pendidikan berkenaan. Berdasarkan silibus yang digunakan,

penulis hanya membuat kajian berdasarkan silibus tersebut dan tidak melangkaui kepada

bahagian yang lebih mendalam dan panjang lebar dimana ia tidak dipelajari oleh responden

atau pelajar di dalam kelas.

3.3.3 Populasi dan persampelan.

Pengkaji telah melihat kepada populasi bagi tempat kajian iaitu di Kolej Islam Darul

Ridzuan. Sebilangan kumpulan pelajar yang mempunyai ciri yang hampir sama membentuk

kepada populasi. Menurut Rohana Yusof, (2004:105), populasi merujuk kepada

sekumpulan individu, objek atau benda kejadian yang mempunyai ciri-ciri yang sama yang

Page 31: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

86

ingin dikaji. Dalam disertasi ini populasi adalah merujuk kepada bilangan pelajar Kolej

Islam Darul Ridzuan yang mendaftar di dalam bidang Pengajian Islam. Termasuk dalam

bidang ini adalah program diploma Syariah Islamiyyah dan program diploma Usuluddin.

Persamaan dapat dilihat di dalam populasi ini adalah kesamaan bidang yang mana kedua-

dua diploma ini menggunakan BA sebagai bahasa pengantar dan diwajibkan mengambil

subjek BA yang sama. Ia diperkecilkan lagi kepada responden atau pelajar yang telah

menamatkan beberapa subjek pengajaran BA iaitu subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, al-

Lughah al-‘Arabiyyah II dan al-Lughah al-‘Arabiyyah III.

Sebahagian dari populasi ini penulis telah memilih secara rawak mudah bagi

dijadikan responden dan membentuk persampelan. Persampelan merupakan pengambilan

sebahagian pecahan daripada suatu populasi sebagai mewakili populasi tersebut.

Setelah pemilihan dibuat penulis telah membuat kajian terhadap 42 orang pelajar

yang mempunyai persamaan dari sudut bidang yang telah dibincangkan di atas. Bilangan

ini terdiri dari semester pembelajaran yang berbeza namun sekaliannya telah menamatkan

pembelajaran nahu BA di institusi tersebut dalam tempoh kajian ini dijalankan. Seramai 11

orang pelajar lelaki dan 31 orang pelajar perempuan menjadi responden kajian ini. Terdapat

perbezaan yang ketara berkaitan jantina di antara responden ini adalah disebabkan

berdasarkan bilangan semasa kajian ini dijalankan. Walaupun subjek BA yang ditawarkan

kepada pelajar mengikut semester namun pihak kolej juga membenarkan pelajar untuk

mendaftar subjek BA tersebut secara terbuka mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Pendaftaran secara terbuka bermaksud pelajar dibenarkan mendaftar subjek ini pada mana-

mana semester dengan mematuhi syarat dan pra-syarat yang telah ditetapkan. Pelajar ini

juga wajib menamatkan ketiga-tiga subjek ini sebelum menamatkan pelajaran. Oleh yang

demikian bilangan pelajar yang telah menyelesaikan ketiga-tiga subjek ini berubah dari

Page 32: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

87

semasa ke semasa. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ia tidak mempengaruhi dapatan

kajian ini kerana penulis ingin mendapatkan hasil kajian berkaitan penguasaan pelajar

secara keseluruhan.

Memandangkan kepada situasi tersebut penulis hanya dapat mengumpul sebilangan

pelajar dari 106 orang pelajar yang telah menyelesaikan ketiga-tiga subjek BA yang

ditawarkan oleh CELFOS bagi peringkat diploma.

Di antara perbezaan yang ketara yang menjadi minat kepada penulis adalah

sebahagian dari pelajar tersebut adalah terdiri dari pelajar yang tidak mendapat sesi

pembelajaran BA di sekolah menengah dan rendah sebelum memasuki kolej tersebut.

Begitu juga sebaliknya iaitu terdapat sebilangan yang lain pernah mempelajari BA sebelum

mendaftar belajar di institusi berkenaan. Kedua jenis responden ini bertemu di dalam satu

kelas apabila sebilangan yang tidak menduduki kelas BA sebelum mendaftar di kolej

diwajibkan memasuki kelas fondasi BA atau dikenali sebagai kelas Maharah selama 2

semester bagi memberi pengenalan seterusnya mengajar kemahiran dan disiplin-disiplin

ilmu nahu BA. Setelah menduduki peperiksaan kedua-dua semester, pelajar tersebut akan

memasuki kelas bertaraf diploma dan mempelajari beberapa subjek berkaitan BA dan

bidang yang dipilih sama ada program diploma Syariah Islamiyyah atau program diploma

Usuluddin. Manakala pelajar yang pernah mempelajari BA sebelum kemasukan mereka ke

institusi berkenaan dikenakan ujian penempatan bagi menilai kebolehan dan kemampuan

pelajar tersebut untuk memasuki kelas diploma.

Secara keseluruhan bidang pengajian Islam yang berkaitan dengan program diploma

Usuluddin dan program diploma Syariah Islamiyyah menggunakan BA sebagai bahasa

pengantar meliputi bahan bacaan dan penerangan serta temubual yang dilakukan oleh

Page 33: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

88

pensyarah. Jadi titik pertemuan diantara dua pihak ini mempelajari subjek-subjek yang

berkaitan nahu BA yang ditawarkan bagi memenuhi syarat untuk keberhasilan diploma di

akhir semester.

3.3.4 Instrumen kajian.

Setelah penulis memilih sempel secara rawak dari bilangan populasi yang

ditetapkan, penulis memilih beberapa instrumen sebagai teknik atau cara untuk

memperolehi dapatan kajian. Penulis telah memilih beberapa instrumen iaitu:

a) Soal selidik

b) Kertas Ujian

c) Temubual.

1) Soal selidik.

Soal selidik merupakan instrumen yang sering digunakan oleh para pengkaji

untuk memperolehi data yang berkaitan melalui pilihan jawapan yang disediakan atau

berbentuk subjektif. Dengan menggunakan instrumen ini pengkaji berupaya untuk

membuat berbagai bentuk pilihan jawapan seperti kekerapan, ya atau tidak dan

sebagainya mengikut kesesuaian bidang yang dikaji oleh pengkaji.

Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup.

Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk

memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa

jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135).

Page 34: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

89

Penulis juga memilih instrument ini berdasarkan pengalaman pengkaji lain yang

membuat kajian yang berkaitan dengan disertasi ini iaitu:

1) Noorhayati Hashim. (2009). Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Nahu Bahasa Arab.

2) Mohd Zaki bin Ahmad. (2009). Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Di

Sekolah Menengah Agama.

3 Azlan bin Abd. Rahman. (2003). Penggunaan Masdar Di Kalangan Pelajar

Melayu: Satu Kajian Kes.

Di dalam disertasi ini penulis telah menyiapkan borang soal selidik yang perlu

dijawab oleh responden. Borang soal selidik tersebut terbentuk dari 3 bahagian iaitu

Bahagian A berkaitan latar belakang responden sebanyak 8 soalan, Bahagian B pula

adalah berkaitan responden dengan BA manakala Bahagian C soalan berkaitan

responden dan tajuk maṣdar. Terdapat juga soalan berkaitan cadangan di dalam

bahagian ini untuk melihat kehendak sebenar para responden bagi memudahkan para

pelajar mempelajari dan memahami tajuk ini.

Responden dikumpulkan dan diberikan borang soal selidik.Masa menjawab bagi

mengisi borang ini adalah 20 minit. Sebelum responden dibenarkan menjawab, sedikit

taklimat diberikan kepada responden bagi memastikan kefahaman soalan dan

kelancaran dalam menjawab.

2) Kertas Ujian.

Tamat masa bagi mengisi borang soalselidik yang dibekalkan kepada responden.

Penulis mengeluarkan kertas ujian bagi aktiviti seterusnya. Dalam kertas ini pelajar

Page 35: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

90

disoal berkaitan kemahiran mereka di dalam membentuk maṣdar yang terdiri dari

maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad, fi‘l thulāthī mazīd, fi‘l rubai‘ī mujarrad dan fi‘l

rubai‘ī mazīd. Tujuh soalan besar disediakan dalam ujian tersebut. Setiap pelajar perlu

menyiapkan semua soalan.

Soalan ini dibina berdasarkan silibus yang telah diterangkan oleh penulis di

dalam silibus subjek LA I dan LA II. Soalan kertas ujian ini merangkumi aspek yang

telah dipelajari oleh responden. Penulis merujuk kepada soalan latihan dan peperiksaan

bagi membina soalan tersebut. Soalan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran subjek

ini tidak disertakan.

Soalan terbentuk dari dua jenis iaitu soalan berbentuk objektif dan soalan

subjektif. Soalan berbentuk objektif diberikan adalah untuk melihat kefahaman pelajar

terhadap derivasi kalimah fi‘l yang mempunyai tiga huruf atau lebih seterusnya

memilih maṣdar yang sesuai atau sepadan. Soalan ulangan dilakukan dengan

menukarkan dari bentuk maṣdar kepada bentuk fi‘l asal bagi maṣdar tersebut. Secara

terperinci bagi soalan yang berbentuk objektif menumpukan kepada perkara berikut

iaitu:

i) Perubahan fi‘l kepada maṣdar.

Di dalam soalan ini pelajar dikehendaki memilih maṣdar yang tepat

mengikut fi‘l yang diberikan. Bentuk-bentuk fi‘l yang disoal adalah

seperti berikut:

a) Fi‘l thulāthī mazīd dengan satu huruf

b) Fi‘l thulāthī mazīd dengan dua huruf

c) Fi‘l thulāthī mazīd dengan tiga huruf

Page 36: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

91

ii) Perubahan dari maṣdar kepada fi‘l.

Soalan ini adalah ulangan kepada soalan yang pertama. Namun

begitu bagi soalan ini pelajar dikehendaki menukarkan semula dari

bentuk maṣdar kepada fi‘l yang juga terbina dari maṣdar thulāthī

mazīd satu, dua dan tiga huruf. Walaupun begitu penulis

menggunakan perkataan yang berbeza bagi memastikan pelajar

benar-benar memahami sebelum menjawab dan membuat pilihan

yang tepat. Di sini juga penulis dapat menilai sama ada pelajar

menjawab dengan kefahamannya sendiri atau hanya membuat tekaan

terhadap jawapan yang diberikan.

Soalan kedua yang berbentuk subjektif adalah bertujuan melihat daya

ingatan pelajar terhadap bentuk maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad yang terbentuk di

atas wazan simā‘ī dan adakala dijumpai di atas wazan qiyāsī. Di samping itu juga

penulis ingin melihat kefahaman pelajar terhadap garis panduan yang dilakukan

oleh ahli bahasa terdahulu dalam mengkategorikan maṣdar mengikut timbangan

wazan-wazan yang tertentu bagi fi‘l thulāthī berdasarkan maksud kalimah tersebut.

Soalan pertama bagi ujian subjektif ini adalah berkaitan penukaran fi‘l

thulāthī mujarrad kepada bentuk maṣdarnya yang tersendiri. Penulis memberikan

beberapa fi‘l yang biasa atau lāzim iaitu yang sering ditemui oleh pelajar di dalam

pembelajaran. Ini adalah bertujuan melihat sejauhmana kekerapan atau keluasan

pembacaan pelajar terhadap BA di samping peka terhadap perubahan fi‘l thulāthī

mujarrad kepada maṣdarnya yang tersendiri.

Page 37: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

92

Soalan yang kedua pula pelajar diberikan bentuk-bentuk maṣdar yang sering

ditemui di dalam buku-buku BA. Para pelajar dikehendaki untuk menukar maṣdar

ini kepada bentuk fi‘lnya yang asal. Pelbagai bentuk maṣdar diberikan mencakupi

penggunaan huruf-huruf ṣahīh dan huruf mu‘tal.

Soalan subjektif yang berikutnya adalah pelajar perlu mengeluarkan wazan

bagi maṣdar yang diberikan. Bagi soalan ini penulis telah memilih maṣdar-maṣdar

yang terhasil dari binaan fi‘l ruba‘ī. Beberapa bentuk maṣdar fi‘l ruba‘ī diletakkan

dalam soalan tersebut bagi melihat tahap kemampuan pelajar mengeluarkan wazan-

wazan yang berkaitan bagi menunjukkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan

maṣdar bagi fi‘l ruba‘ī.

Bagi memperolehi data berkaitan kemahiran pelajar dalam menterjemah fi‘l-

fi‘l yang terdiri dari beberapa huruf imbuhan, satu soalan dilakarkan untuk dijawab

oleh pelajar. Beberapa potongan ayat yang terbina dari fi‘l thulāthī mazīd dan ayat

sambungannya. Pelajar dikehendaki hanya menterjemah fi‘l-fi‘l tersebut mengikut

konteks ayat. Soalan berbentuk penterjemahan menunjukkan tahap kefahaman

pelajar terhadap fungsi-fungsi huruf imbuhan yang terdapat di dalam fi‘l.

(Soalan 1.6) Soalan ini dikemukakan kepada pelajar adalah untuk melihat

kefahaman pelajar terhadap maksud perkataan yang diberikan. Kaedah terjemahan

merupakan kaedah yang diwarisi secara tradisi (Mohamad Marwan & Rosni bin

Samah, 2007). Langkah mudah bagi para guru untuk memahamkan pelajarnya

adalah dengan menterjemahkan teks Arab ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan ini

banyak membantu pelajar untuk memahami subjek yang dipelajarinya (Rosni

Samah, 2009).

Page 38: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

93

Soalan terakhir berbentuk subjektif yang perlu di jawab oleh pelajar adalah

soalan berkaitan pembinaan maṣdar Mīmī. Walaupun tajuk ini tidak termasuk di

dalam silibus yang ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan berkenaan tetapi

penulis ingin melihat sejauhmana kemampuan pelajar memahami kesemua aspek

dan topik di dalam tajuk maṣdar. Dalam bahagian ini pelajar diarahkan untuk

menukarkan maṣdar-maṣdar kepada maṣdar Mīmī mengikut kaedah perubahan

yang betul. Dengan demikian penulis berupaya mengetahui kemahiran dan

kebolehan pelajar di dalam menentukan maṣdar tersebut penulis juga dapat melihat

tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk maṣdar dan jenis-jenis maṣdar yang mudah

difahami dan diingati.

3) Temubual.

Setelah kajian dijalankan kepada pelajar yang merupakan responden kepada

populasi tersebut, penulis menjalankan sesi temubual terhadap para pengajar di

institusi berkenaan berkaitan beberapa perkara yang dianggap penting oleh penulis

untuk menyiapkan kajian disertasi tersebut.

Instrumen ini digunakan oleh penulis adalah untuk melihat bagaimana latar

belakang tenaga pengajar yang berkaitan dengan pengalaman dan kemahiran.

Penulis juga cuba mendapatkan melalui instrumen ini maklumat berkaitan alat-alat

yang digunakan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan seterusnya

meminta cadangan dan saranan dari pengajar untuk membantu dalam melancarkan

sistem pengajian BA.

Page 39: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

94

3.3.5. Prosedur Pengumpulan Data.

Sebelum penulis dapat mengumpul data beberapa prosedur perlu dibuat bagi

memastikan perjalanan membuat kajian berjalan dengan lancar. Antara prosedur yang perlu

dilakukan oleh penulis adalah mendapatkan maklumat pelajar yang merupakan responden

bagi kajian ini. Setiap responden perlu mematuhi beberapa prosedur yang ditetapkan oleh

penulis iaitu setiap responden adalah pelajar yang telah menamatkan tiga subjek BA yang

ditawarkan oleh fakulti masing-masing. Pelajar yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan

tidak layak untuk dipilih sebagai responden.

Penulis tidak perlu meminta kebenaran dari pusat pengurusan pentadbiran bagi

menjalankan kajian di institusi berkenaan disebabkan penulis merupakan salah seorang dari

tenaga pengajar di institusi berkenaan. Namun begitu bagi memperolehi data atau silibus

berkaitan pembelajaran BA penulis perlu merujuk kepada Dekan BKA. Ini adalah fakulti

yang bertanggung jawab menyediakan silibus pembelajaran BA dan menyediakan tenaga

pengajar bagi mengajar subjek tersebut. Manakala penulis mendapat maklumat dari Jabatan

Akademik dan Jabatan Teknologi Maklumat Kolej Islam Darul Ridzuan berkaitan bilangan

pelajar yang tamat dalam ketiga-tiga subjek BA yang disediakan oleh Pusat Bahasa kolej

tersebut. Maklumat yang diperolehi dapat membantu penulis memilih responden sebagai

persampelan dari bilangan populasi yang disebutkan sebentar tadi.

Setelah segala data dan maklumat diperolehi penulis memulakan dengan

mengumpul responden di dalam sebuah bilik bagi menjalankan kajian. Setiap responden

diberikan taklimat ringkas berkaitan matlamat borang soal selidik diedarkan dan kertas

ujian yang akan dijalankan. Disamping itu juga responden diberi penerangan berkaitan

soalan dan kehendak soalan berdasarkan arahan yang diberikan. Responden dibenarkan

Page 40: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

95

mengutarakan soalan sekiranya terdapat soalan rencam atau kekeliruan yang timbul.

Tempoh mengisi borang soal selidik diberikan selama dua puluh minit.

Apabila selesai sesi pertama berkaitan borang soal selidik pelajar terus diberikan

soalan berkaitan ujian yang telah diterangkan di atas. Bagi menjawab kertas ujian ini

responden diberikan penerangan terlebih dahulu dan diberi tempoh 40 minit untuk

menjawab soalan tersebut. Kadar masa yang diambil bagi menjalankan kajian terhadap

pelajar ini secara keseluruhannya adalah selama enam puluh minit.

Seterusnya penulis mengadakan sesi temubual bersama pensyarah yang mengajar

berkaitan tajuk kajian di dalam kelas. Pensyarah-pensyarah tersebut terdiri dari 4 orang

yang bertanggungjawab mengajar subjek al-Lughah al-‘Arabiyyah I, al-Lughah al-

‘Arabiyyah II dan al-Lughah al-‘Arabiyyah III di dalam kelas.

Terdapat beberapa topik yang diutarakan oleh penulis kepada responden ini. Topik-

topik tersebut berkaitan maklumat yang ingin diperolehi oleh penulis dalam mengumpul

data yang diperlukan. Topik tersebut adalah meliputi beberapa perkara dibawah:

i) Latar belakang pensyarah berkaitan pengalaman pembelajaran dan

pengajaran BA.

ii) Teknik atau pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran.

iii) Permasalahan yang timbul ketika sesi pengajaran di dalam kelas

iv) Faktor dan punca permasalahan yang berlaku di kalangan pelajar

v) Cadangan untuk memperbaiki kelemahan yang ada meliputi segala aspek.

Page 41: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

96

3.3.6 Teknik Penganalisis Data.

Penulis mengumpul data yang diperolehi dari borang soal selidik dan kertas ujian

setelah sesi pertemuan bersama responden dijalankan.Segala maklumat yang diperolehi

dimasukkan kedalam sebuah program computer yang dikenali dengan Microsoft Excel.

Dengan menggunakan perisian ini penulis berupaya mencapai maklumat yang tepat dimana

segala data dimasukkan di dalam perisian ini dan dipamerkan dalam bentuk jadual. Penulis

mengisi data yang diperolehi dari borang soal selidik berkaitan latarbelakang pelajar

sehingga kefahaman pelajar terhadap BA.

Bagi soalan yang berbentuk subjektif penulis mengkategorikan setiap

kebarangkalian jawapan kepada beberapa bahagian contohnya soalan berkaitan pendapatan

bapa penulis membahagikan kepada empat bahagian iaitu bermula dengan tahap pendapat

yang rendah hingga ke tahap pendapatan yang tinggi. Kategori tersebut ditentukan

mengikut keperluan soalan yang diberikan.

Hasil dari pembahagian tersebut penulis berupaya memasukkan data tersebut

kedalam perisian Microsoft Excell untuk memperolehi data yang tepat dan melihat

hubungkait data tersebut dengan prestasi pelajar. Selepas penulis memperolehi segala data

yang diperlukan. Penulis membuat analisis dan pengiraan dengan menggunakan perisian

ini. Di samping menganalisis perisian ini juga berupaya membentuk graf dan rajah bagi

mempamerkan data dalam bentuk visual dan mudah difahami.

Setelah selesai mengisi data yang diperolehi dari borang soal selidik, sekali lagi

penulis menggunakan perisian yang sama untuk mengisi keputusan ujian yang diperolehi

dari kertas ujian yang diedarkan. Disebabkan perisian tersebut tidak menerima maklumat

yang diperolehi di dalam BA, penulis telah menukar jawapan-jawapan tersebut kepada

Page 42: BAB 3 - UM Students' Repositorystudentsrepo.um.edu.my/5499/14/13)_TESIS_BAB_3.pdf · dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat melayu yang ketika itu sebahagian besar menganut agama

97

bentuk nombor yang boleh dimasukkan kedalam perisian tersebut. Nombor-nombor ini

menunjukkan responden yang berjaya menjawab dan tidak berjaya. Soalan-soalan tersebut

dikategorikan mengikut jenis sebagai contoh soalan berkaitan fi‘l mazīd dengan satu huruf

imbuhan dikumpulkan membentuk satu jenis. Begitu juga dilakukan bagi setiap soalan.

Kaedah demikian dilakukan bagi setiap soalan samaada soalan berbentuk objektif ataupun

subjektif.

Maklumat yang diperolehi hasil dari temubual yang dijalankan kepada pensyarah

dikumpul dan dikategorikan kepada beberapa bahagian. Setiap jawapan yang diterima dari

responden ini dikumpul di dalam satu topik yang berkenaan dan dirumus oleh penulis

merangkumi jawapan bagi kesemua responden. Setiap topik adalah seperti yang telah

diterangkan oleh penulis dalam sub topik yang lepas.