bab 3 (konflik arab-israel 1948)

7
BAB 3 KONFLIK ARAB- ISRAEL 1948

Upload: fizharon

Post on 17-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BAB 3

TRANSCRIPT

  • BAB 3KONFLIK ARAB-ISRAEL 1948

  • Serangan 15 Mei10 Jun 1948

  • Tarikh :November 1947Mac 1949TempatTimur TengahHasil :Perjanjian Gencatan Senjata 1949Pihak bersengketaIsrael,Mesir,Syria,Transjordan,Lubnan,Iraq,Saudi Arabia,Yaman,Tentera Jihad, Tentera Pembebasan Arab

  • LATAR BELAKANG PERANGPerang Arab-Israel 1948 , dikenali juga sebagai Perang Kemerdekaan Israel, adalah merupakan perang yang pertama di dalam satu siri peperangan antara negara Israel dan negara jiran Arabnya dalam konflik Arab-Israel. Bagi orang-orang Yahudi Israel, peperangan ini menandakan kejayaan penubuhan negara Israel, tetapi bagi orang-orang Arab Palestin,

  • ia menandakan permulaan bagi peristiwa-peristiwa yang dirujuk sebagai "Al-Nakba" (bahasa Arab: , "Malapetaka"), perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pengusiran keluar beratus-ratus ribu penduduk Palestin tempatan dari negara Israel yang baru dibentuk, dan kemudiannya pelarangan pihak Israel kembali ke kampung halaman mereka

  • 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestine kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

  • Pada akhir Mei 1948, 6000 tentera Syria, 4500 Iraq, 6000 Transjordan, 1000 Lubnan dan 5000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Jalur Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah Mandat British terhadap Palestin dahulu yang lain menjadi Israel.