bab-2-ting-4.ppt

Upload: geetha

Post on 29-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENINGKATAN TAMADUN

  • Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran

  • (a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens,Yunani?Terdapat Dewan Perhimpunan dan MajlisWarganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan PerhimpunanTempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahunDewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulanAhli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaanKeputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh MajlisDewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis,Majistret dan Ju

  • (b) Berikan perbezaan penglibatan rakyat dalam pentadbiran antara sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia.Di Yunani

    Berbentuk penyertaan langsungWarganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaanWarganegara lelaki berpeluang menganggotai Dewan PerhimpunanDi Malaysia

    Berbentuk penyertaan tidak langsungRakyat memilih wakil melalui pilihan rayaWakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat

  • (c) Nyatakan amalan sistem republik dalam tamadun RomTiada pemerintah berkuasa mutlakKuasa tertinggi terletak pada dua orang konsulKonsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan SenatSebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotorKonsul dibantu oleh Dewan SenatDewan Senat membincangkan pentadbiran negara dan merangka perundanganDewan Perhimpunan meluluskan keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat

  • Senaraikan ciri-ciri sistem birokrasi awam pada zaman Dinasti Chin di ChinaPegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharajaPegawai dilantik daripada kalangan rakyatPerlantikan dijalankan oleh jawatankuasa perkhidmatan awamPerlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

  • Sebutkan perubahan-perubahan yang dilakukan oleh Julius Caesar terhadap sistem pemerintahan Rom?Menjalankan pemerintahan bercorak empayarMembentuk pemerintahan berpusatMenyatukan wilayah kecil yang ditaklukinyaMenamatkan pemerintahan republikMenguasai angkatan tentera dan SenatMengisytiharkan dirinya sebagai diktatorMenggunakan gelaran maharaja

  • Mengapakah zaman pemerintahan Augustus Caesar dianggap sebagai Pax-Romana (Keagungan Rom) ?Membawa keagungan kepada empayar RomEmpayarnya meliputi tiga benua- Asia, Afrika dan EropahKeamanan Rom berkekalan selama 200 tahunMewujudkan keamanan Rom empayar yang terdiri daripada pelbagai bangsa

  • Nyatakan amalan sistem pemerintahan beraja dalam tamadun IndiaRaja mengamalkan kuasa mutlakKedudukan raja diperkukuhkan dengan pelbagai upacara ritualRaja dianggap suciGolongan Brahmin merupakan penasihatGolongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi

  • Berikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Asoka untuk memantapkan kerajaan Maurya di IndiaMenamatkan perang saudara selepas kematian ayahnyaMenakluki negeri KalingaMenekankan kedamaian dan kemajuan sosialMeninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraanMenjalankan penaklukan melalui penyebaran agama BuddhaMenjalankan pentadbiran secara birokrasi

  • ASPEK PENINGKATAN TAMADUNPerundangan

  • Sebutkan jenis undang-undang RomUndang-undang sivilUndang-undang jenayahUndang-undang natural

  • Senaraikan prinsip undang-undang RomSemua manusia sama di sisi undang-undangSeseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalahKeadilan terhadap setiap individuHukuman berasaskan bukti yang cukup

  • Nyatakan perlaksanaan undang-undang pada zaman Dinasti Maurya semasa pemerintahan Asoka Titah dan perintah raja adalah undang-undangTitah perintah diukir pada tiang kayuDikenali sebagai Tiang AsokaTiang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca oleh rakyatUndang-undang berteraskan konsep kesejahteraan rakyatRaja diumpamakan bapa oleh masyarakatPenyembelihan haiwan untuk upacara korban dilarang

  • Nyatakan prinsip undang-undang berteraskan falsafah legalisme dalam tamadun ChinaUndang-undang yang tegasBercorak hukuman beratTiada belas kasihan dalam menjalankan undang-undangDikuatkuasakan dalam apa jua keadaanRaja mesti memiliki kuasa yang utuh

  • ASPEK PENINGKATAN TAMADUNPerluasan Kuasa

  • Apakah sumbangan Alexander The Great terhadap perluasan empayar Yunani?Meneruskan usaha penyatuan kerajaan Macedonia dan YunaniMeluaskan lagi jajahan takluk YunaniMenakluki empayar ParsiMenguasai seluruh kawasan Laut MediterraneanMenyebarkan kebudayaan Hellenistik

  • Sebutkan kejayaan Augustus Caesar semasa memerintah RomMenjalankan dasar perluasan kuasaMewajibkan pemerintahan secara warisanMengasaskan empayar RomMemiliki empayar yang luasMemerintah seperti diktatorMengalahkan tentera di bawah pimpinan Anthony

  • Nyatakan peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar MauryaMenyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India

    Mengubah status raja kepada maharaja

    Empayarnya meliputi Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush

    Menjadikan Pataliputra sebagai ibu negara

  • Sebutkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya pada xaman pemerintahannya Menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnyaMenakluki negeri KalingaMenekankan kedamaian dan kemajuan sosialMeninggalkan dasar penaklukan melalui ketenteraanMenjalankan penaklukan melalui penyebaran agama BuddhaMembentuk pentadbiran bercorak birokrasi untuk menjalankan pemerintahannya

  • Senaraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Shih Huang Ti dalam pembentukan empayar Dinasti ChinMenyatukan kerajaan kecil di ChinaMemerintah secara autokratikMenghapuskan kuasa golongan bangsawanMelantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbirMembina Tembok Besar China

  • ASPEK PENINGKATAN TAMADUNPeningkatan Ekonomi

  • Mengapakah negara-negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan?Keadaan muka bumi Yunani bergunung-ganangMuka bumi tidak sesuai untuk pertanianPerdagangan dengan luar semakin meningkatTerdapat jalan lautTerpaksa mendapatkan bahan makanan dari luarAthens menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur

  • Senaraikan faktor-faktor yang mendorong kerajaan Maurya di India mencapai kemajuan dalam bidang perdaganganMelibatkan perdagangan dengan luarTerdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luarPenubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin)Penggubalan undang-undang untuk mengawal persatuanPerlaksanaan undang-undang diawasi oleh rajaPenggunaan mata wang sebagai medium jual beliSokongan perusahaan tekstil,kain kapas dan suteraPerkembangan perusahaan berasaskan barangan emas,mutiara dan batu permataPerlaksanaan sistem cukai

  • Sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanianPengenalan teknik tenggalaPenggunaan kolar kudaPenciptaan alat kegunaan pertanianPenanaman secara bergilirPeneresan kawasan bukit untuk pertanian Pembinaan terusan

  • ASPEK PENINGKATANTAMADUN

    Pendidikan

  • a) Apakah falsafah pendidikan Athens?Bertujuan menghasilkan manusia seimbang dari segi rohani dan jasmani

    Manusia cemerlang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat

    Menitikberatkan kemahiran semua aspek

  • b) Berikan dua kesan daripada perkembangan pendidikan pada zaman peningkatan tamadun YunaniBerkembangnya sekolah-sekolah falsafah

    Athens menjadi pusat cendiakiawan

    Lahirnya ramai sejarawan

    Lahirnya pemikir-pemikir dalam bidang sains dan teknologi

  • c) Senaraikan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India pada Zaman VedikMementingkan ilmu keagamaanPendidikan berteraskan agama HinduPendidikan didominasikan oleh kaum lelakiTidak memberi ruang kepada kaum wanitaMenumpukan kepada kitab-kitab VedaBahasa Sanskrit menjadi medium pengajaranKaedah pembelajaran ialah kaedah hafalan

  • d) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di ChinaPeringkat rendahMengenal dan menghafal tulisan ideogramMenghafal sembilan buah buku suciPeringkat menengahMenulis karanganMempelajari sasteraPeringkat tinggiMenterjemah buku suci

  • e) Huraikan perkembangan bidang pendidikan pada zaman peningkatan tamadun di IndiaVedikPeningkatan bidang pendidikan bermula pada zaman VedikHinduAgama hindu menjadi teras pendidikanLelakiPendidikan didominasikan oleh kaum lelaki sahajaWanitaGolongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikanVedaPerhatian diberikan kepada pembelajaran kitab VedaSanskritBahasa Sanskrit menjadi medium pengajaranHafalanKaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran

  • BuddhaPendidikan kemudiannya berkembang kepada pembelajaran yang berteraskan agama Hindu dan BuddhaSempurnaBertujuan supaya mereka dapat hidup sempurna dan bersedia menghadapi hari selepas mati RumahPendidikan dijalankan di rumah dan di istana KolejPendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman UniversitiPada abad ke-4 Masihi lahirnya Universiti Nalanda untuk mendalami agama Buddha Brahmin Pendidikan tinggi bertujuan melahirkan Brahmin berpendidikan Sains Disamping menghafal buku-buku agama, mereka mempelajari karya sains dan falsafah

  • f)Bagaimanakah peperiksaan awam kerajaan dilaksanakan pada zaman peningkatan tamadun China?TempatPeperiksaan awam mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama(Hsiu Tai), tahap kedua(Chun Jen), dan tahap ketiga(Chin Shih)PertamaTahap pertama setaraf dengan ijazah pertamaKeduaTahap kedua setaraf dengan ijazah sarjanaKetigaTahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafahDaerah Peperiksaan tahap pertama dijalankan di peringkat daerahKotaPeperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerahIstanaPeperiksaan tahap ketiga dijalankan di hadapan maharaja

  • ASPEK PENINGKATAN TAMADUN

    Falsafah

  • a)Apakah yang dimaksudkan dengan ahli falsafah?Manusia yang menggunakan akal untuk berfikir

    Untuk mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar

  • Senaraikan ahli-ahli falsafah yang lahir dalam tamadun YunaniHerodotusSocratesAristotlePlato

  • Nyatakan pemikiran yang terdapat dalam falsafah stoisme yang diasaskan oleh Zeno pada zaman tamadun RomKebahagiaan hidup dan nasib seseorang manusia bergantung kepada hubungannya dengan alamMenekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaanMengajar manusia berfikir secara rasionalMengamalkan sikap ingin tahu

  • Apakah persoalan penting yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah Yunani?Nilai individualismeMengajar manusia berfikir secara rasionalMengamalkan sikap ingin tahuCara berfikir yang teraturKehidupan manusiaDemokrasiSesebuah negara perlu diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah

  • Sebutkan pemikiran falsafah China yang dikemukakan oleh Mo TzuMenolak beberapa ajaran dalam ConfucianismeMengemukakan cara melahirkan masyarakat dan politik yang baikAkhlak manusia dipengaruhi oleh alam sekitar

  • ASPEK PENINGKATAN TAMADUNSistem Sosial

  • Nyatakan organisasi sosial masyarakat di Athens, YunaniKumpulanTerbahagi kepada tiga kumpulanPertamaKumpulan pertama ialahwarganegaraHakKumpulan pertama mempunyai hak dalam politikKeduaKumpulan kedua ialah bukan warganegaraKetigaKumpulan ketiga ialah hambaTiadaKumpulan kedua dan ketiga tiada hak dalam politik

  • Terangkan tentang sistem kasta dalam tamadun IndiaKastaMempunyai kasta Brahmin,Ksyatria,Vaisya dan SudraT/JawabKeempat-empat kasta mempunyai t/jawabyang berbezaSebatiSistem kasta sangat sebati dalam sistem sosial IndiaKetat Sistem ini diamalkan dengan ketatKahwinTidak boleh mengahwini wanita daripada kasta berbezaCampurDilarang bercampur gaul dengan ahli kasta lain

  • Huraikan sistem sosial masyarakat China pada zaman peningkatan tamadunTigaTerbahagi kepada tiga golonganAtasan Golongan atasan ialah pentadbir yang terdiri daripada maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sidaBawahanKumpulan bawahan terdiri daripada petani dan artisanHambaKumpulan ketiga ialah golongan hambaSokongKumpulan bawahan dan hamba merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertamaConficiusConficius membahagikan masyarakat China kepada empat kelas

  • Disediakan oleh:Nur Farahin binti Mat Jusoh5 Ummu SalamahSMKA Naim Lilbanat

    [email protected]