bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - maruwiah ahmat · pdf filefatimah hamrie ctu 261...

23
CTU261 5/18/2014 Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR Fatimah Hamrie PENGENALAN Menjelaskan teras dan prinsip-prinsip pengurusan alam sekitar menurut syariat Islam. Menjelaskan etika pengurusan alam sekitar menurut syariat Islam. 2. Pengurusan Alam Sekitar dalam Islam 2.1 Teras pengurusan alam sekitar dalam Islam 2.2 Prinsip pengurusan alam sekitar dalam Islam 2.3 Etika pengurusan alam sekitar HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN

Upload: trantruc

Post on 04-Feb-2018

299 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 1

CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR Fatimah Hamrie

PENGENALAN

Menjelaskan teras dan

prinsip-prinsip

pengurusan alam sekitar

menurut syariat Islam.

Menjelaskan etika

pengurusan alam sekitar

menurut syariat Islam.

2. Pengurusan Alam Sekitar dalam Islam

2.1 Teras pengurusan alam sekitar dalam Islam

2.2 Prinsip pengurusan alam sekitar dalam Islam

2.3 Etika pengurusan alam sekitar

HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN

Page 2: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 2

TERAS PENGURUSAN ALAM

SEKITAR DALAM ISLAM

Definisi TERAS:

“Teras merupakan sesuatu yang terpenting yang

menjadi dasar atau asas bagi sesuatu” (Kamus

Dewan, 1998: 1429).

Teras menjadi tunggak bagi setiap pengurusan

termasuklah pengurusan alam sekitar.

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Dalil ayat berkaitan teras, firman Allah SWT dalam

Surah at-Taubah, 9: 109 yang bermaksud:

“Maka adakah orang yang membangunkan

binaan (masjid) atas asas taqwa kepada Allah

dan keredaanNya itu lebih baik , atau orang

membangunkan binaan (masjid) di tepi jurang

yang hampir runtuh, lalu ia runtuh dengan apa

yang membangunkannya ke dalam api

neraka……”

Page 3: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 3

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

AKIDAH

SYARIAT

IBADAT

AKHLAK

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud: Ikatan kepercayaan dan keyakinan

kepada Allah sebagai pemilik mutlak alam.

Apabila akidah dijadi kan asas dalam pengurusan

alam maka seseorang itu akan sentiasa berwaspada

kerana menyedari bahawa alam ini adalah hak

mutlak Allah. Dirinya hanyalah sebagai hamba Allah

dan pengurus alam (khalifah).

A

K

I

D

A

H

Page 4: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 4

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Syariah ialah hukum hakam yang ditetapkan Allah

melalui perantaraan RasulNya. Oleh itu segala

tindakan manusia di dunia ini, termasuk pengurusan

alam sekitar perlu tunduk kepada hukum hakam

yang telah ditetapkan. Semua aktiviti tersebut tidak

terkecuali daripada salah satu daripada hukum

berikut samaada wajib, sunat, harus, haram atau

makruh.

Manusia yang memahami dirinya sebagai khalifah

Allah akan mematuhi syariah samada dalam konteks

hubungannya dengan Allah, sesama manusia dan

dengan makhluk lain.

S

Y

A

R

I

A

H

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud merendah diri, patuh dan taat pada

perintah Allah.

Setiap perbuatan termasuklah perbuatan

memelihara dan memulihara alam sekitar dikira

sebagai ibadat, asalkan menepati syarat berikut:

1. Niat yang ikhlas kerana Allah

2. Tidak melanggar syariat Islam

3. Tidak mengabaikan ibadah fardhu

4. Dilaksanakan dengan penuh itqan

(bersungguh-sungguh).

I

B

A

D

A

H

Page 5: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 5

TERAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Akhlak adalah sifat dalaman diri manusia yang

mendorong dirinya melakukan sesuatu samaada

baik atau buruk.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud

“Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk

menyempurnakan akhlak mulia.”

Bagi manusia yang menjadikan akhlak sebagai

teras ia akan mengasihani makhluk yang lemah

samada dari kalangan manusia atau haiwan.

Memiliki akhlak mulia dalam pengurusan alam

seperti bertanggungjawab, berhemah, merendah

diri dan sebagainya.

A

K

H

L

A

K

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Maksud PRINSIP:

“Kebenaran asas yang sama sekali tidak boleh

berubah kerana di atasnya bergantung lain-lain

kebenaran. Ia merupakan landasan bagi

melaksanakan segala kegiatan termasuk

pengurusan alam sekitar.”

Page 6: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 6

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Matlamat hidup manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Zariyyat, 51: 56 yang bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu..”

AL-UBUDIYYAH

Page 7: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 7

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Pengabdian kepada Allah bukan sekadar kepatuhan

melakukan ibadah khusus, malahan mencakupi

kepatuhan terhadap pengurusan alam sekitar. Jika

semasa solat seseorang itu akur dan patuh kepada

syarat sah solat, maka dalam pengurusan alam

sekitar juga maka ia perlu akur dan patuh

terhadap asas dan prinsip yang telah ditetapkan

oleh Al-Quran dan Sunnah.

AL-UBUDIYYAH

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Prinsip ini adalah merujuk kepada sifat keta’atan dan ianya melibatkan antara pengikut dan pemimpin. Keta’atan merupakan lambang disiplin tinggi dalam sesebuah organisasi.

Keta’atan kepada pemimpin adalah merangkumi seluruh bidang termasuk arahan dan larangan berkaitan pengurusan alam sekitar. Namun begitu ketaatan tersebut diikuti selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah SWT.

Melalui prinsip ketaatan ini, seseorang pemimpin mampu menerajui organisasi ke arah kecemerlangan.

AT-TA’AH

Page 8: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 8

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud keadilan - meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalil firman Allah dalam Surah an-Nahl: 90 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah memerintah kamu agar berlaku adil dan bersifat kebaikan….”

Dalam konteks pengurusan alam sekitar, keadilan itu adalah luas mencakupi terhadap manusia seperti adil dalam pemberian atau menjatuhkan hukuman tanpa mengira pangkat, bangsa dan warna kulit.

Al-’ADALAH

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Adil terhadap terhadap fauna seperti memelihara

dan tidak mencerobohi habitat mereka (kawasan

hutan - habitat binatang liar). Terhadap flora

umpamanya penanaman pokok perlu mengikut

kesesuaian tempat – tanaman padi di kawasan

pamah, pokok kurma di kawasan iklim panas tinggi

dan lain-lain.

Al-’ADALAH

Page 9: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 9

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Al-Mas’uliyah bermaksud bertanggungjawab terhadap apa

yang diurus. Ia mencakupi pengurusan diri, keluarga, negara

dan alam. Firman Allah dalam surah al-Takathur: 8 yang

bermaksud:

“Sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang

segala nikmat yang telah kamu menikmatinya……”

Dalam konteks pengurusan alam sekitar, konsep

bertanggungjawab itu adalah luas mencakupi terhadap

manusia seperti penyedian tempat untuk beribadah, tempat

tinggal, hospital dan lain-lain.

AL-MAS’ULIYYAH

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Manakala bertanggungjawab terhadap terhadap

alam sekitar seperti penjagaan habitat fauna dan

flora daripada mengalami kepupusan. Menjaga

udara, tanah, air dan sebagainya daripada tercemar.

AL-MAS’ULIYYAH

Page 10: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 10

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud persamaan yakni kedudukan manusia adalah sama

dari segi undang-undang, hak asasi dan status kemanusiaan.

Dalil firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat: 13 yang

bermaksud:

“Wahai manusia, Sesungguhnya kami ciptakan kamu dari lelaki

dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbilang bangsa dan

bersuku puak supaya kamu saling kenal mengenal… ”

AL-MUSAWAH

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Dalam konteks pengurusan alam sekitar, konsep al musawah

sesama manusia perlu diterapkan tanpa melihat kepada status,

bangsa, agama dan warna kulit.

Contohnya pemberian hak yang sama dalam pembelajaran,

perekonomian, hukuman dan lain-lain. Begitu juga dengan fauna

dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk

Allah iaitu untuk hidup.

AL-MUSAWAH

Page 11: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 11

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud kebebasan yakni setiap individu mempunyai

hak, peluang dan pilihan untuk beragama, bersuara,

mencari harta dan sebagainya asalkan tidak mengganggu

hak orang lain.

Dalil firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 256 yang

bermaksud:

“Tidak ada paksaan dalam beragama…”

AL-HURRIYAH

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Dalam konteks pengurusan alam sekitar, konsep al-

Hurriyah bukan hanya terbatas kepada manusia tetapi

juga kepada makhluk lain.

Contohnya kebebasan kepada binatang untuk bebas

bergerak mencari makan dan mendapatkan pasangan.

AL-HURRIYAH

Page 12: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 12

PRINSIP PENGURUSAN ALAM SEKITAR

DALAM ISLAM

Bermaksud mesyuarat atau perbincangan. Islam mewajibkan

agar setiap keputusan yang diambil mestilah hasil daripada

permesyuaratan.

Dalil firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran: 159 yang

bermaksud:

“Dan bermesyuratlah dengan mereka dalam urusan

(urusan peperangan dan keduniaan), apabila telah tetap

keazaman maka bertawakkallah kepada Allah…”

Dalam konteks pengurusan alam sekitar, amalan as-Syura amat

penting bagi mencari kaedah atau mekanisme yang tepat

sebelum melaksanakan sesuatu projek. Dengan ini masalah-

masalah berbangkit dan sikap menunding jari atau salah

menyalah antara satu sama lain dapat diatasi.

AS-SYURA

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Definisi ETIKA:

Perkataan etika adalah satu perkataan yang amat lazim

digunakan merujuk kepada tingkah laku atau kelakuan

manusia. Perkataan ini adalah berasal daripada bahasa

Yunani iaitu ethikos. Ianya digunakan pertama kali oleh

Aristotle ( 384-322 SM) bagi memperjelaskan tentang

sifat dan pembawaan seseorang. Ia juga dapat

diertikan sebagai kelakuan, adat kebiasaan ataupun

sifat yang berkait dengan tindakan manusia.

Page 13: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 13

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Merujuk kepada etika alam sekitar dapat

ditakrifkan sebagai suatu disiplin pengajian yang

membahaskan tentang sistem nilai yang perlu wujud

bagi menjustifikasikan tindakan manusia, samada

tindakan yang diambil itu baik atau buruk ke atas

alam sekitar.

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

1. KETAQWAAN

3. KESEIMBANGAN

5. AL- ITQAN

4. QANAAH

2. KEBAJIKAN

6. KESEDERHANAAN

7. KASIH SAYANG 9. AMANAH 8. IHSAN

Page 14: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 14

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Taqwa merupakan sifat kehambaan manusia

terhadap penciptanya yakni Allah. Sebagai

hakikatnya seseorang hamba itu tidak mempunyai

apa-apa hak terhadap dirinya, tenaganya dan

apa yang dimilikinya. Sifat taqwa menjadikan

manusia sebagai pengurus alam melaksanakan

tugas pengurusan berlandaskan syariat Islam.

Sifat ini akan menjadikan sesorang itu hanya

takut dan gentar kepada Allah. Oleh itu segala

urusan dilakukan dengan kadar yang terbaik

semata-mata untuk mendapat keredaaan Allah

K

E

T

A

Q

W

A

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Dalil firman Allah SWT dalam surah al-Nahl: 7

yang bermaksud:

Dan binatang-binatang itu pula membawa

barang-barang kamu ke mana-mana negeri

yang kamu tidak sampai kepadanya

melainkan dengan menanggung susah payah.

Sesungguhnya Tuhan kamu amat

melimpah belas kasihan dan rahmatNya...

K

E

B

A

J

I

K

A

N

Page 15: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 15

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Berdasarkan penjelasan di atas jelaslah bahawa

tumbuhan dan haiwan sepanjang hayat berbuat

kebajikan untuk manusia, maka sewajarnya

manusia yang menerima kebajikan tersebut juga

melakukan kebajikan.

Hanya manusia yang pemurah sahaja mampu

melakukannya. Gesaan ini dinyatakan secara

jelas oleh Allah SWT dalam surah al-Qasas, 28:

77 yang bermaksud:

“Buatlah kebaikan sebagaimana Allah

berbuat baik kepada kamu….”

K

E

B

A

J

I

K

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Keseimbangan dalam tindakan adalah penting

contohnya seimbang antara aktiviti pembangunan

dengan pemuliharaan alam sekitar.

Isu pemanasan global berlaku akibat ketiadaan

keseimbangan. Untuk itu sewajarnya kawasan

pertanian/perladangan tidak diganti dengan

perumahan atau perindustrian.

Kawasan hutan/bukit bukau tidak diterokai untuk

projek pembangunan. Penggunaan peralatan

moden perlu dikurangkan bagi menurunkan kadar

pemanasan global. Contohnya negara maju

merupakan penyumbang besar pemanasan global.

K

E

S

E

I

M

B

A

N

G

A

N

Page 16: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 16

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Qanaah bermaksud merasa cukup dan

berpuashati terhadap apa yang dimilikinya.

Orang yang memiliki sifat ini akan reda dan

bersyukur. Sifat ini dipuji oleh Allah:

“Sekiranya kamu bersyukur nescaya Aku

akan tambah untuk kamu….”

Konsep tambah yang dijanjikan Allah melalui ayat

di atas adalah luas meliputi iman dan taqwa.

Q

A

N

A

’A

H

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Orang yang bersifat qanaah tidak akan tamak

dan rakus terhadap penggunaan sumber alam. Ia

tidak akan memonopoli kekayaan alam untuk diri

sendiri dan terhindar dari gejala rasuah. Dengan

ini alam sekitar akan terpelihara.

Q

A

N

A

’A

H

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Page 17: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 17

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Al-Itqan dapat diertikan sebagai melakukan

sesuatu dengan kesungguhan sehingga dapat

melahirkan sesuatu yang berkualiti yakni

memenuhi keperluan. Melakukan sesuatu sehingga

dapat memenuhi keperluan atau menepati

permintaan pelanggan adalah tuntutan syariat.

Dalil firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu

amalan itu apabila dilakukan dengan penuh

kesungguhan….”

A

L

-

I

T

Q

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Hanya insan yang berkualiti sahaja yang mampu

melahirkan produk yang berkualiti. Oleh itu kualiti

insan perlu diberi keutamaan dan ianya

melibatkan dua aspek penting iaitu pemimpin dan

pekerja.

A

L

-

I

T

Q

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Page 18: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 18

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa

bersederhana dalam melakukan setiap tindakan

dan amalan.

Dalil sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sederhanalah kamu dan jangan terlalu

berlebih-lebihan serta berusahalah melakukan

yang benar...

K

E

S

E

D

E

R

H

A

N

A

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Kesederhaan amat dituntut dalam segala tindakan

bagi mengekal keseimbangan dan pada masa yang

sama juga boleh mengelak kepupusan.

Contohnya jumlah pemeliharaan ternakan

sewajarnya bersesuaian dengan sumber makanan

untuknya.

Begitu juga dengan kegiatan pembalakan,

penangkapan ikan, carigali petrolium dan

sebagainya. Semuanya ini perlu ditangani secara

beretika yakni bersederhana .

K

E

S

E

D

E

R

H

A

N

A

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Page 19: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 19

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Kecintaan terhadap alam merupakan sifat yang

perlu ada dalam diri manusia sebagai pengurus

alam . Dengan adanya sifat ini maka perlindungan

dan penjagaan terhadap alam dapat dilakukan.

Perasaan cinta ini akan membuahkan rasa sayang,

prihatin dan kesihan belas terhadap alam sekitar.

Sebagai contohnya keperihatinan seseorang

terhadap binatang menjadikan dirinya bersifat

belas kasihan.

K

A

S

I

H

-

S

A

Y

A

N

G

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Kecintaan terhadap alam sekitar seperti yang

diajar oleh Islam bukan hanya terbatas kepada

makhluk yang bernyawa sahaja, tetap juga kepada

makhluk yang tidak bernyawa seperti gunung-

ganang.

K

A

S

I

H

-

S

A

Y

A

N

G

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Page 20: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 20

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Amanah adalah perkara yang amat penting dan

besar maknanya dalam kehidupan. Seluruh hidup

adalah amanah dan dituntut dalam setiap urusan

samada dalam pengurusan diri, keluarga,

masyarakat, negara dan seterusnya alam sekitar.

Amanah akan menjadikan seseorang itu

bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas: 26 yang

bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang paling baik

untuk dijadikan pekerja ialah orang yang

kuat lagi beramanah…”

A

M

A

N

A

H

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

2.3 ETIKA PENGURUSAN ALAM

SEKITAR

Kesan amanah menjadikan alam sekitar terjaga

kerana tiadanya gejala rasuah, pecah amanah dan

sebagainya.

A

M

A

N

A

H

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Page 21: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 21

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Ihsan bermaksud kamu beribadah kepada Allah

seolah-olah kamu melihatnya, jika itu kamu tidak

dapat rasai maka yakinlah bahawa Allah melihat

kamu.

Islam amat menuntut umatnya agar sentiasa bersifat

ihsan dalam setiap perkara, firman Allah dalam

surah al-Qasas: 77 yang bermaksud:

“Buatlah kebaikan sebagaimana Allah berbuat

kebaikan kepada kamu….”

I

H

S

A

N

ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Ihsan terhadap sesama manusia – buat baik dengan

ibubapa.

Ihsan terhadap binatang – menyembelih dengan

pisau tajam dan tidak diproses sebelum dipastikan

kematiannya, tidak mengurung dll.

Tidak mencemar alam kerana yakin Allah melihat

segala tindakannya.

I

H

S

A

N

Page 22: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 22

PENGURUSAN BERETIKA

Secara ringkasnya, pengurusan alam sekitar secara beretika

mengikut Islam ialah memelihara alam ini dan menghindari

dari melakukan kerosakan.

al-Qasas ayat 77:

وال تبغ الفساد فى األرض، إن اهلل ال يحب

المفسدين Tafsirnya:

"Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang

berbuat kerosakan."

PENGURUSAN BERETIKA

Sikap Manusia dalam

Pengurusan Alam

Muttaqin

Kafir

Fasik

Munafik

Page 23: Bab 2 pengurusan alam sekitar dalam islam - Maruwiah Ahmat · PDF fileFatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN ... dan flora kerana mereka juga mempunyai hak sebagai makhluk Allah iaitu untuk

CTU261 5/18/2014

Fatimah Hamrie 23

PENGURUSAN BERETIKA

Ciri-ciri Insan sebagai

Pengurus Alam

Salim al-aqidah akidah yang

sejahtera

Sahih al-Ibadah iibadah yang sahih

Matin al-khuluq akhlak yang mantap

Mujahid li nafsih sentiasa berjihad

terhadap diri sendiri.

AKTIVITI PENGUKUHAN

1. Etika alam sekitar merupakan komponen sistem nilai yang

menjustifikasikan setiap tindakan manusia sama ada tindakan

tersebut membawa kebaikan atau keburukan kepada alam

sekitar. Huraikan tiga (3) etika pemuliharaan alam sekitar dan

tiga (3) kesan pengabaian terhadap etika tersebut.