bab 2 hubungan di antara arus elektrik dan beza keupayaan

4
Hubungan di antara arus elektrik dan beza keupayaan Nyatakan hubungan di antara arus dan beza keupayaan Lebih besar beza keupayaan atau voltan, lebih besar aliran arus Apabila beza keupayaan di antara 2 titik dalam litar meningkat,arus mengalir melaluinya meningkat Apabila beza keupayaan (V) di antara titik berkurang, arus (I) berkurang Beza keupayaan berkadar langsung dengan arus yang mengalir

Upload: faris-zakaria

Post on 31-Dec-2015

672 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Hubungan Di Antara Arus Elektrik Dan Beza Keupayaan

Hubungan di antara arus elektrik dan beza keupayaan

Nyatakan hubungan di antara arus dan beza keupayaan

•Lebih besar beza keupayaan atau voltan, lebih besar aliran arus

•Apabila beza keupayaan di antara 2 titik dalam litar meningkat,arus mengalir melaluinya meningkat

•Apabila beza keupayaan (V) di antara titik berkurang, arus (I) berkurang

•Beza keupayaan berkadar langsung dengan arus yang mengalir

Page 2: Bab 2 Hubungan Di Antara Arus Elektrik Dan Beza Keupayaan

Nyatakan Hukum Ohm

Arus elektrik, I yang mengalir melalui konduktor adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasinya jika suhu dan keadaan fzikal lain adalah tetap

Graf V melawan I

Daripada Hukum Ohm, V ∞ I atau = malar = kecerunan

Graf V melawan I adalah garis lurus dari asalan. Kecerunan graf adalah malar

Konduktor Ohm dan konduktor bukan Ohm

•Konduktor yang mematuhi hukum Ohm dipanggil konduktor Ohm

•Konduktor yang tidak mematuhi hukum Ohm dipanggil konduktor bukan Ohm

I

V

Page 3: Bab 2 Hubungan Di Antara Arus Elektrik Dan Beza Keupayaan

Definisi rintangan •Ukuran berapa banyak konduktor menghalang aliran elektrik. Konduktor yang baik mempunyai rintangan yang rendah dan konduktor yang tidak baik mempunyai rintangan yang tinggi•Rintangan (R) konduktor didefinisikan sebagai nisbah beza keupayaan (V) merentasi konduktor kepada arus (I) yang mengalir melaluinya unit = = ohm, Ω

Kelemahan rintangan

Kelebihan rintangan

•Rintangan menyebabkan tenaga elektrik ditukarkan kepada haba, jadi tenaga elektrik hilang semasa memindahkan elektrik dari satu titik ke titik yang lain melalui konduktor

•Rintangan membenarkan kita menggunakan elektrik untuk pemanasan dan cahaya. Haba dijanakan daripada pemanas elektrik atau cahaya yang diperoleh daripada mentol adalah berkadar terhadap rintangan wayar. Dalam mentol, arus yang mengalir melalui filamen menyebabkan ia menjadi panas dan menyala

I

VR 1VA

Page 4: Bab 2 Hubungan Di Antara Arus Elektrik Dan Beza Keupayaan

Tujuan Untuk menentukan hubungan di antara beza keupayaan dan arus elektrik yang mengalir melalui konduktor ohm dan bukan ohm

Hipotesis •Konduktor ohm: Arus yang mengalir dalam konduktor ohm berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi konduktor itu•Konduktor bukan ohm: Arus yang mengalir dalam konduktor bukan ohm tidak berkadar langsung dengan beza keupayaan merentasi konduktor itu

Pemboleh ubah Konduktor ohm•Dimanipulasi: Arus, I•Bergerak balas: Beza keupayaan, V•Dimalarkan: Panjang dawai konstantan dan suhu

Konduktor bukan ohm•Dimanipulasi: Arus, I•Bergerak balas: beza keupayaan, V•Dimalarkan: Jenis bahan