bab 2- falsafah estetika

6
Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali 1 Topik 2: Teori-teori pendidikan seni Oleh: Hassan Mohd Ghazali Fakulti Seni dan Muzik Falsafah Estetika Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan ‘seni’ dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’. Estetika juga boleh diertikan sebagi persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu. Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan. George T. Dickie dalam bukunya ‘Aesthetic’ telah mengajukan tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah: 1. persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau menilai karya-karya seni yang khusus. 2. Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik. 3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain. Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu:

Upload: hassan-mohd-ghazali

Post on 11-Jun-2015

8.688 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Falsafah estetika membicarakan tentang falsafah keindahan

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

1

Topik 2:

Teori-teori pendidikan seni

Oleh: Hassan Mohd Ghazali

Fakulti Seni dan Muzik

Falsafah Estetika

Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang

kesenian. Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan

dibicarakan hal-hal yang berkaitan dengan ‘seni’ dan kesenian. Persoalan

estetika banyak dibincangkan oleh ahli-ahli falsafah kuno dan ahli falsafah

sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan maka secara langsung

persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai estetika itu

sendiri adalah seni. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah

aisthesis membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh

pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’. Estetika juga boleh

diertikan sebagi persepsi pancaindera (sense of perception). Ahli Filsafah

Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang

pertama yang memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’. Namun demikian

Cottfried Leibniz (1646-1716) telah meneruskan pendapatnya mengenai

estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai suatu

bentuk ilmu.

Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi

ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata

menjadi permasalahan falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan

ilmiah berkaitan dengan karya seni, sehingga menangkapi bidang ilmiah,

antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam seni atau

pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan

sebagainya. Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan

dalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain

yang bersangkutan.

George T. Dickie dalam bukunya ‘Aesthetic’ telah mengajukan

tiga permasalah yang sering dikemukakan dalam estetika antaranya ialah:

1. persoalan kritis yang menggambarkan, menafsirkan atau

menilai karya-karya seni yang khusus.

2. Penyataan yang bersifat umum oleh pada ahli sastera, muzik

dan seni halus untuk memberikan ciri-ciri khas genre artistik.

3. Persoalan tentang keindahan, seni imitasi dan lain-lain.

Menurut Dharsono Dalam bukunya pengantar estetika mengatakan cabang

estetika dipecahkan kepada empat bidang utama iaitu:

Page 2: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

2

1. Nilai estetika (esthetic value)

2. Pengalaman estetika (esthetic experience)

3. Pengkarya atau seniman

4. seni.

Secara umumnya persoalan-persoalan perbincangan persoalan

estetika adalah membincangkan persoalannya apakah itu seni. Apakah

teori-teori seni. Apakah keindahan dan teori tentang keindahan dan apakah

keindahan itu objektif atau subjektif dan apakah keindahan itu berperanan

dalam kehidupan manusia seharian. Persoalan ini akan terjawab dalam

topik-topik selanjutnya.

Estetika dan seni

Tokoh-tokoh ahli falsafah barat klasik seperti Plato, Aristotle,

Hegel dan ramai lagi berbahan tentang persoalan keindahan melalui

pembicaraan dalam bentuk estetika. Misalnya Plato dalam bukunya

Symposium telah menghuraikan panjang lebar mengenai persoalan objek

cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu beliau menyampaikan dalam

bentuk dialog-dialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus,

Aristophanes, Agathon dan Socrates. Terang-terang dalam dialog watak

ini menyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu

diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi.

Sebenarnya bangsa Yunani kuno telah pun menghayati

pengalaman keindahan sebagai mewarisi bangsa mereka. Bangsa Yunani

juga mengenal kata keindahan dalam erti estetik yang disebutnya sebagai

‘symmetria’ untuk keindahan visual. Sementara perkataan ‘harmonia’

adalah keindahan pendengaran. Lantaran itu pengertian keindahan adalah

meliputi persoalan keindahan seni, alam, moral dan intelektual.

Sejak zaman ahli falsafah Socrates lagi telah membincangkan

persoalan nilai keindahan dan terlibat dalam pemikiran tentang apakah

yang berada dalam objek yang menyebabkan ia indah. Mereka yang

menikmati karya-karya seni mengalami penghayatan estetika. Pengalaman

itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang ketika memandang

sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Apabila membincangkan

berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal ialah “Apakah benda

itu indah atau cantik?”. Secara langsung ia telah memperkatakan tentang

estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau pun keindahan dan

kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya tentang

kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai

keindahan. Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan

indah. Tidak manusia yang mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya

fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan.

Page 3: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

3

Ramai lagi tokoh-tokoh falsafah kuno dan falsafah moden

membicarakan persoalan kesenian dalam kehidupan manusia. Seni tidak

dapat lari dalam kehidupan harian, justeru seni adalah sebagai fitrah dalam

diri manusia. Seperti definisi seni oleh Herbert Read (1959) yang

menyatakan kesenian adalah penciptaan bentuk-bentuk yang

menyenangkan, yang membawa maksud bahawa seni itu adalah

penjelmaan rasa estetika yang mengarah kepada kebenaran melalui

penjelmaan fitrah manusia.

Menurut Jakob Sumardjo (2000), dalam buku bertajuk ‘Filsafat

Seni’ memperjelaskan perbezaan antara falsafah estetika dan falsafah seni.

Antara lain beliau menerangkan bahawa estetika mempersoalkan hakikat

keindahan alam dan karya seni, sedangkan falsafah seni mempersoalkan

hanya karya seni atau benda seni atau artifak yang disebut seni. Beberapa

hujah mendorongkan perbincangan tentang falsafah seni antara lain:

1. Karya seni mengekspresikan gagasan dan perasaan, sedangkan

alam tidak mengandungi makna ekspresi semacam itu.

2. Dalam karya seni, orang akan bertanya, apakah yang ingin

dikatakan karya ini atau apa maksud karya itu?, tetapi tidak

pernah bertanya serupa ketika menyaksikan keindahan

matahari terbenam di pantai, atau menyaksikan bentuk awam

senja, desasnya air terjun, jadi karya seni selalu membawa

makna tertentu dalam dirinya, yakni ada komunikasi seni

dengan orang lain. Sebagai contoh kecantikan seorang wanita

apabila dilihat pada mata kasar adalah sesuatu yang indah.

Sebaliknya dalam sebuah karya seni lukisan wanita yang muda

atau yang tua tetap akan kelihatan indah dalam makna karya

seni.

3. Seni dapat meniru alam, tetapi alam tidak mungkin meniru

artifak seni.

4. Melalui alam kita melihat keindahan yang azali dan melihat

kebesaran tuhan yang mencipta alam ini. Sebaliknya karya seni

tetap mempunyai makna dan dapat menyalami makna-makna

tersirat yang boleh dinilai.

Melihat karya seni melalui perbincangan falsafah kesenian, maka

persoalan falsafah moden dalam falsafah estetika yang mempersoalkan

tentang hasil seni dan produk seni. Di samping itu juga membicarakan

tentang pengkarya dan penaja sebagai pelengkap kepada mengkaji

mengenai nilai karya seni tersebut. Perbincangan mengenai hasil seni dan

produk seni disebut sebagai estetika morfologi, sementara perbincangan

mengenai karyawan seni dan kepentingan seni itu disebut sebagai estetika

psikologi. Persoalan pokoknya yang terlibat dalam kesenian ini ialah

penghasil seni (seniman), karya seni (Produk seni) dan kumpulan

penerima seni (penggemar seni).

Page 4: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

4

Enam perkara yang penting dalam membincangkan tentang seni

iaitu:

1. benda seni (karya seni)

2. pencipta seni (seniman)

3. publik seni

4. konteks seni

5. nilai-nilai seni

6. pengalaman seni

Benda Seni

Benda seni secara langsung berkisar kepada karya seni itu sendiri.

Apakah medium atau material karya seni yang menghasilkan suatu bentuk

seni yang indah. Seni wujud melalui media pendengar untuk audio, media

penglihatan untuk visual (tampak). Media ini memberi peranan kepada

kategori kepada seni misalnya seni halus lebih kepada media visual, seni

teater lebih kepada media dengar dan visual, seni muzik lebih kepada

media audio dan lain-lain.

Persoalan yang diperdebatkan sejak zaman Plato dan Aristotle

mengenai benda seni ialah persoalan ekspresi seni, unsur peniruan

(mimesis), persoalan siapakah seniman sebenarnya dan pengamatan seni

itu sendiri.

Pencipta seni

Persoalan pengkarya seni adalah persoalan asas dalam konteks

kreativiti dan ekspresi seniman. Yang sering diperbincangkan ialah soal

gaya (style) karyanya, peribadinya misalnya pengaruhnya, persekitaran

dan jantinanya menjadi persoalan dalam penghasilan karyanya. Di

samping itu perbincangan juga menyentuh mengenai zaman dan

bermulanya karya seni dihasilkan.

Publik seni

Publik seni menyentuh persoalan komunikasi karya seni terhadap

orang awam atau masyarakat. Seni itu adalah publik, tanpa orang lain

menghayati karya seni maka karya seni itu tidak dapat berdiri dengan

sendiri. Maka komunikasi dalam karya seni membuahkan sesebuah karya

seni akan berjaya dan menjadi milik masyarakat.

Nilai seni

Nilai seni selalunya berhubungan dengan normal-normal yang

esensial di samping sesuatu kepentingan yang sangat peribadi.

Kebiasaannya nilai seni adalah bersangkutan mengenai kualiti, bersifat

kontekstual dan esensial-universal.

Page 5: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

5

Pengalaman seni

Pengalaman seni adalah terlibat dalam penghayatan seni itu secara

langsung. Pengalaman bersangkutan tentang ruang waktu dan penglibatan

seni. Seni sebagai komunikasi adalah pengalaman yang melibatkan

kegiatan pancaindera, nalar, emosi dan intuisi seniman. Oleh sebab itu

pengalaman seni terlibat dalam ruang waktu ‘sebelum’, ‘semasa’ dan

‘sesudah’.

Konteks seni

Bagi membincangkan konteks seni, secara langsung akan

membincangkan keperluan masyarakat terhadap seni. Seni secara

langsung menyangkut nilai-nilai setempat atau sezaman. Oleh yang

demikian pemahaman seni amat erat dengan konteks zaman tersebut.

Misalnya seni zaman sebelum merdeka di negara ini konteksnya adalah

bentuk seni zaman tersebut. Begitu juga dalam konteks masyarakat yang

Islam tidak menerima patung sebagai karya seni kerana bertentangan

dengan syariah Islam.

Dalam membincangkan enam persoalan tentang seni ia saling

berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Sebenarnya persoalan seni

selalunya sangat subjektif sifatnya. Di bawah ini adalah hubungan

persoalan yang dibincangkan di atas dan hubungannya antara satu dengan

yang lain.

Gambar rajah 1: Perbincangan persoalan seni (Petikan Buku Filsafat

seni)

Walau bagaimana pun menghayati falsafah tentang kesenian perlu

mendapat suntikan kebenaran melalui agama. Sidi Gazalba (1977)

Benda seni

Nilai-nilai seni

Pengalaman seni

KONTEKS SENI

Publik seni Seniman

Page 6: Bab 2- Falsafah Estetika

Nota Kuliah SSP2233 dan SRP2233 Teori Pendidikan Seni @ Hassan Mohd Ghazali

6

menyatakan bahawa hubungan agama dalam kehidupan harian berhubung

rapat dengan bidang-bidang kebudayaan lain antaranya ialah:

• Sistem sosial yang bersangkutan hubungan manusia dengan

manusia

• Sistem ekonomi yang berhubungan antara manusia dengan benda

• Pengetahuan dan teknik yang berhubungan manusia dengan alam

dan kerja

• Seni yang berhubungan antara manusia dengan bentuk-

bentuk yang menyenangkan.

• Falsafah yang mempunyai hubungan manusia dengan kebenaran

dan kemuliaan.

Sejak awal sejarah kehidupan manusia, kebudayaan menjadi faktor

utama dalam kehidupan manusia. Agama menjadi pelindung kepada

pembentukan kebudayaan dan adat resam sesesuatu kaum. Oleh itu agama

menjadi pelindung dalam hubungan seni dan manusia. Dalam kebudayaan

di mana agama menduduki tempat yang dominan, etika (akhlak)

mengawal kesenian (Sidi Gazalba, 1977). Namun demikian manusia mulai

lupa bahawa hubungan antara seni dan agama menjadi faktor penentu

persoalan akhlak. Selalunya materialistik telah menjadi faktor utama dan

mulalah seniman pengabaian nilai-nilai normal dalam penghasilan sesuatu

karya seni.

Penutup

Falsafah Estetika ada hubungannya dengan nilai keindahan dan

nilai keindahan adalah berpaksi kepada kesenian. Sejak zaman Yunani

Kuno lagi ahli-ahli falsafah telah membicarakan tentang kesenian dan

hubungannya dengan seniman. Sebagai contoh Plato dengan tegasnya

tidak menerima para seniman dan menyatakan bahawa para seniman

sepatutnya dibuang dari republik (negeri). Alasan beliau bahawa seniman

adalah seorang yang suka meniru objek fizikal dan menipu dalam

penghasilan karya. Karya seniman bukanlah sesuatu sumber sebenar untuk

dijadikan sumber pengetahuan. Sebagai contoh dalam dialognya berkata,

kalau manusia ingin mengkaji kerusi mesti melihat kerusi sebenar

bukannya lukisan atau karya kerusi. Beliau juga menyatakan bahawa

karya lukisan boleh menghalang manusia daripada pengetahuan sebenar.

Oleh yang demikian beliau telah pun membicarakan persoalan kesenian

dalam falsafah kehidupan manusia. Sementara itu Aristotle telah

mempertahankan mengenai mimesis dan menyatakan bahawa peniruan itu

adalah satu unsur yang perlu ada dalam fitrah manusia. Manusia sering

meniru alam ciptaan Tuhan.