bab 2 dari mana budaya melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · selain melanggar pantang larang, yang...

29
Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu Sebenarnya apabila kita memperkatakan tentang budaya bagi sesuatu bangsa, kita juga ingin tahu bagaimanakah budaya itu terjadi, dan apakah amalan-amalan dalam budaya itu. Persoalan disini ialah, apakah budaya bangsa Melayu? Dari manakah asalnya budaya Melayu ini? Sejarah Nusantara telah dapat memaparkan budaya penduduk pribumi yang meliputi seluruh kepulauan Melayu (Indonesia dan Filipina), Tanah Besar (Thailand, Burma, Indocina termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu. Kepercayaan dan budaya di seluruh Tenggara Asia ini atau Nusantara ini dapat dilihat telah melalui tiga peringkat perkembangan mengikut zaman-zaman yang telah dilalui oleh bangsa pribumi di Nusantara ini. Ia bermula dari zaman Neolitik iaitu 2000-1500 tahun sebelum masihi dengan amalan animismanya, kemudian diikuti oleh kedatangan pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan kedatangan Islam dan pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani. Animisma Penduduk di Nusantara termasuk di Semenanjung Tanah Melayu, budaya dan agama asal mereka adalah “animisma”. Hidup mereka cukup primitif. Mereka yang tinggal di persisiran pantai, hidup mereka agak tersusun dengan pertanian dan ternakan. Mereka juga pandai belayar. Kepercayaan mereka kepada makhluk-makhluk halus dan roh-roh orang mati merupakan suatu yang meluas. Ini diikuti dengan kepercayaan kepada roh-roh nenek moyang dan kemudian berkembang kepada pemujaan dan penyembahan nenek moyang. 1 Dalam the History of South East Asia, D.G.E.Hall menjelaskan; Sejarah lampau Tanah Melayu menunjukkan bahwa penghuni Semenanjung Tanah Melayu ini tinggal di persisiran pantai dan juga di pendalaman. Ada yang mengerjakan sawah padi, menternak dan menggunakan logam (walaupun sangat asas) dan mereka juga mahir dalam pelayaran. Dari segi kemasyarakatan, mereka sangat memberi kepentingan kepada wanita dan keturunan. Agama mereka adalah animisma”; iaitu menyembah tok nenek, dan tuhan bumi. Tempat-tempat sembahan mereka terletak di tanah-tanah tinggi. Apabila mati mereka dikuburkan di dalam pasu-pasu. Mereka juga mempercayai kuasa-kuasa kosmologi; gunung dan laut; makhluk bersayap dengan makhluk laut dan manusia bukit dengan manusia pantai. 2 Kemudiannya mereka terbahgi kepada bangsa-bangsa seperti Batak di Sumatra, Dyaks di Borneo, Alfus di Silibis dan Moluku dan Melayu di persisiran pantai seperti di Sumatra, Java, Madura dan Bali. Di sebelah Utara terdapat bangsa Champ di Annam, Khmer di Lembah Mekong dan Kambodia dan Melayu di Semenanjung. 3 1 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm. 27. 2 D.G.E.Hall, History of South East Asia, jlm.9. 3 Ibid, hlm.10 Ikan Busuk Dari Kepala | 1 www.rajaebookgratis.com

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu

Sebenarnya apabila kita memperkatakan tentang budaya bagi sesuatu bangsa, kita juga ingin tahu bagaimanakah budaya itu

terjadi, dan apakah amalan-amalan dalam budaya itu. Persoalan disini ialah, apakah budaya bangsa Melayu? Dari

manakah asalnya budaya Melayu ini? Sejarah Nusantara telah dapat memaparkan budaya penduduk pribumi yang meliputi

seluruh kepulauan Melayu (Indonesia dan Filipina), Tanah Besar (Thailand, Burma, Indocina

termasuk Kamboja) dan Semenanjung Tanah Melayu. Kepercayaan dan budaya di seluruh

Tenggara Asia ini atau Nusantara ini dapat dilihat telah melalui tiga peringkat perkembangan

mengikut zaman-zaman yang telah dilalui oleh bangsa pribumi di Nusantara ini. Ia bermula

dari zaman Neolitik iaitu 2000-1500 tahun sebelum masihi dengan amalan animismanya,

kemudian diikuti oleh kedatangan pengaruh Hindu-Budha dan kemudian diikuti dengan

kedatangan Islam dan pengaruh penjajahan Barat yang beragama Nasrani.

Animisma Penduduk di Nusantara termasuk di Semenanjung Tanah Melayu, budaya dan agama asal

mereka adalah “animisma”. Hidup mereka cukup primitif. Mereka yang tinggal di persisiran

pantai, hidup mereka agak tersusun dengan pertanian dan ternakan. Mereka juga pandai

belayar. Kepercayaan mereka kepada makhluk-makhluk halus dan roh-roh orang mati

merupakan suatu yang meluas. Ini diikuti dengan kepercayaan kepada roh-roh nenek moyang

dan kemudian berkembang kepada pemujaan dan penyembahan nenek moyang.1 Dalam the

History of South East Asia, D.G.E.Hall menjelaskan; Sejarah lampau Tanah Melayu

menunjukkan bahwa penghuni Semenanjung Tanah Melayu ini tinggal di persisiran pantai dan

juga di pendalaman. Ada yang mengerjakan sawah padi, menternak dan menggunakan logam

(walaupun sangat asas) dan mereka juga mahir dalam pelayaran. Dari segi kemasyarakatan,

mereka sangat memberi kepentingan kepada wanita dan keturunan. Agama mereka adalah

“animisma”; iaitu menyembah tok nenek, dan tuhan bumi. Tempat-tempat sembahan mereka

terletak di tanah-tanah tinggi. Apabila mati mereka dikuburkan di dalam pasu-pasu. Mereka

juga mempercayai kuasa-kuasa kosmologi; gunung dan laut; makhluk bersayap dengan

makhluk laut dan manusia bukit dengan manusia pantai.2 Kemudiannya mereka terbahgi

kepada bangsa-bangsa seperti Batak di Sumatra, Dyaks di Borneo, Alfus di Silibis dan Moluku

dan Melayu di persisiran pantai seperti di Sumatra, Java, Madura dan Bali. Di sebelah Utara

terdapat bangsa Champ di Annam, Khmer di Lembah Mekong dan Kambodia dan Melayu di

Semenanjung.3

1 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah

Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm. 27. 2 D.G.E.Hall, History of South East Asia, jlm.9. 3 Ibid, hlm.10

Ikan Busuk Dari Kepala | 1

www.rajaebookgratis.com

Page 2: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Kepercayaan kepada nenek moyang ini juga melibatkan kepercayaan kepada kuasa nenek

moyang dalam menghukum mereka yang telah melakukan kesalahan. Dipercayai pemujaan

nenek moyang ini bermula semenjak zaman Paleolitik lagi. Ini diketahui melalui penemuan

akiologi. Kepercayaan ini berkembang sampai kepada zaman Mesolitik, khususnya di

kalangan mereka yang mengerjakan pertanian. Roh orang mati dianggap sebagai pelindung

yang kuat dan dapat memberikan pertolongan dalam setiap perkara kepada keluarganya.

Mereka mencipta upacara-upacara memanggil roh4 nenek moyang pada waktu malam dan

yang menjalankan upacara ini adalah ketua-ketua keluarga. Lama kelamaan tugas ini

kemudiannya diberi kepada seseorang yang bertindak sebagai perantara, yang kononnya

memiliki sifat dan kebolehan yang khusus, yang digelar sebagai “dalang”. Dari amalan ini juga

timbulnya “dalang” di dalam pertunjukan wayang bagi masyarakat tradisional. Dikatakan ia

telahpun wujud semenjak zaman Neolitik lagi (iaitu antara 2000-1500 sebelum masihi).5

Juga sebagai warisan asli dari zaman yang awal ini, ialah peranan “bomoh” yang

merupakan suatu amalan yang terpenting di Asia Tenggara atau di Nusantara ini. Ia sering

dikenali dengan nama “bomoh”, “dukun” atau “pawang”. Ia juga merupa satu sistem perubatan

Melayu Asli yang berkait rapat dengan alam “supernatural” atau alam roh. Sistem ini

melibatkan penjelasan tentang sesuatu musibah atau penyakit termasuk cara mengubatinya

yang berkait rapat dengan alam roh atau “supernatural”. Ini termasuklah sebab-sebab

berlakunya penyakit; “pantang larang” yang umum atau yang khusus bagi setiap jantina (lelaki

dan perempuan); juga pantang larang bagi kanak-kanak. Antara pantang-larang ini adalah

menegur benda-benda yang ganjil, buang air besar atau kecil ditempat-tempat tertentu dan

sebagainya. Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit

juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua ini akan melibatkan peranan bomoh, dukun atau

pawang.

Peranan bomoh ini kemudiannya berkembang sehingga merupakan tokoh terpenting

dalam masyarakat Melayu tradisional, dan ia sentiasa dirujuk untuk menyelesaikan berbagai

masalah manusia. Kedudukannya bukan sahaja sebagai pemimpin yang disegani, tetapi dia

juga memainkan peranan sebagai pemimpin politik dan juga agama (kepercayaan), khususnya

kerana ilmu pengetahuannya mengenai alam roh. Tetapi ada juga bomoh yang mengamalkan

“ilmu hitam” atau “sihir”, seperti mengamalkan amalan “santau” atau “memukau”. Tugas bomoh

ini juga merupakan warisan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Tetapi

ada juga yang memperolehinya melalui ilham atau mimpi dan ada kalanya melalui pertapaan.

4 Di sini saya ingin menjelaskan sedikit tentang perkataan “roh”, kerana umat Melayu-Islam

hari ini telah tersalah erti perkataan ini. “Roh” adalah perkataan Arab ( ٌَرْوٌح ); ( madhi = راح dan jama’ = أَْرَواٌح ). Perkataan asalnya “Roh” apabila banyak dikatakan “arwah” ( أرواح ), iaitu “roh-roh” atau “banyak roh”. Jadi apabila kita mengatakan “Majlis Kenduri Arwah” atau “Tahlil Arwah” bererti “Majlis Kenduri Roh-roh” atau “Tahlil Roh-roh”. Ini adalah amalan orang Melayu pada zaman animisma yang diteruskan sehingga hari ini. Tetapi ia ditambah dengan bacaan “Yaasin” dan selawat maka dikatakan ia ajaran Islam. Padahal Nabi (saw) tidak pernah melakukannya dan juga tiada seorang pun diantara para sahabat (rah) yang melakukannya. Amalan ini berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an dan juga sunnah Nabi (saw). Ia adalah kesinambungan kepercayaan “animisma” pada zaman Neolitik.

5 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.28

Ikan Busuk Dari Kepala | 2

www.rajaebookgratis.com

Page 3: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Semua ini berkait rapat dengan agama primitif.6

Satu lagi aspek dalam kepercayaan Melayu Tradisional ini adalah cerita-cerita “dogeng”

atau “mitos”. Terdapat banyak kisah-kisah pendewaan terhadap benda-benda yang luar biasa

dan menakjubkan. Di Nusantara ini, mitos-mitos yang tersebar dan berkembang adalah

mengenai asal usul alam semesta, seperti asal usul manusia, binatang, tumbuhan dan

sebagainya. Antara cerita yang terkenal seperti kenapa ular sawa tidak berbisa; kenapa

harimau mempunyai belang; juga kenapa itik pandai berenang; buaya yang pada asalnya

dikatakan seorang nakhoda kapal tetapi telah ditusuk oleh isterinya dan berbagai kisah lagi.

Dalam kisah mengenai tumbuh-tumbuhan pula terdapat bagaimana puncanya tanaman padi

dan semangat padi. Dan dalam kejadian alam pula terdapat kisah-kisah berlakunya gempa

bumi; gerhana bulan dan gerhana matahari dan lain-lain.

Apabila diselidiki mitos-mitos ini semua, akan terdapat pula padanya peranan raksasa

seperti “gedembai” atau “kelembai” yang dapat meyumpah sesuatu sehingga menjadi batu,

penjelmaan atau perubahan rupa daripada manusia kepada binatang dan lain-lain. Walaupun

pada zaman kita ini, cerita-cerita ini semua kelihatan tidak saintifik dan dikira sebagai cerita

dogeng, tetapi pada masa dahulu ia merupakan kebenaran dan keyakinan masyarakat Melayu

Tradisional.7 Kisah-kisah seperti ini sebenarnya telah kekal di kalangan masyarakat Melayu -

walaupun kini masyarakat Melayu telah memasuki kurun ke-21, tetapi kita masih lagi

mendapati kisah-kisah ganjil yang masih mendapat perhatian di akhbar-akhbar Melayu hari ini.

Walaupun orang Melayu hari ini telah menerima agama Islam, tetapi kepercayaan kepada

alam roh dan terhadap kisah-kisah ganjil masih kuat pengaruhnya. Cuba kita lihat antara jampi

mentera yang diamalkan dalam kepercayaan “animisma” Melayu kuno dahulu;8

Hai hantu, hantu jembalang datang di bukit balik ke bukit datang di pusu balik ke pusu datang di pohon balik ke pohon datang di gunung balik ke gunung sekarang kau pulang ke tempat asalmu

Begitulah kuatnya sesuatu budaya yang telah berakar-umbi dalam sesuatu masyarakat

sehingga ia sangat sukar dihapuskan, walaupun ia telah menerima suatu agama seperti Islam

yang sangat menentang “syirik”.

Pengaruh Hindu-Budha Agama Hindu dipengaruhi oleh kefahaman Brahmanisma (Brahman) bersamaan dengan

bahasa Sanskritnya. Ia dibawa oleh bangsa Aryan disekitar 200 sebelum masihi di Lembah

Indus. Mereka inilah yang memperkenalkan ajaran Veda dengan karya-karya sasteranya. Ini

diikuti dengan zaman lepasan-Veda dengan kayra sasteranya seperti, Vedanga, Darshana,

6 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah

Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm. 30-32 7 Ibid, hlm. 35. 8 Ibid, 370

Ikan Busuk Dari Kepala | 3

www.rajaebookgratis.com

Page 4: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Purana, Upaveda, Agama, dan Itihasa.9 Kitab Itihasa ini mengandungi dua buah epik yang

terkenal, iaitu Ramayana dan Mahabharata. Juga terdapat kitab Bhagavad Gita. Ritual dalam

agama Hindu ini bercorak syirik (politisma) dan dikatakan dewa-dewa dalam agama Hindu

mencecah 330,000,000 dewa.10 Dan dewa-dewa ini disembah dalam bentuk patung. Selain

dari itu, monotisma dalam agama Hindu pula berasal dari Brahman.

Agama Budha pula terbahgi kepada dua aliran; Aliran Theravada dan Aliran Mahayana. Ia

bermula dengan Siddharta Guatama (dari kasta Ksyatriya) yang kemudiannya menjadi Budha.

Ia sebenarnya wujud dari golongan elit Brahmin dan ia juga mengikuti beberapa konsep

Brahminisma dengan beberapa pengubahsuaian. Ajaran asasnya ialah Dhamma.11 Agama ini

berkembang ke Burma dan Siam (Thailand). Tetapi agama Budha yang sampai ke Siam

datangnya dari negeri Cina melalui Laos, Khmer dan Cempa.

Walaupun di Utara Tanah Besar ini, agama Budha lebih berpengaruh tetapi lain pula di

bahgian selatan iaitu di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa; agama Hindu yang

lebih berpengaruh. Mereka menyembah tiga dewa, iaitu Brahma, Vishnu dan Siva.12

Kemudian mereka berjaya mewujudkan kerajaan-kerajaan yang bersistem. seperti

Langkasuka, Sri Vijaya dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan ini mula bertapak semenjak 600M

sehinggalah kebangkitan Kerajaan Melaka pada tahun 1400M. Pengaruh Hindu ini

berkembang ke Sumatera termasuk Padang, Jambi dan Palembang.

Pembinaan Candi dalam agama Hindu, berkait rapat dengan kematian dan boleh dikatakan

ia adalah makam atau kubur. Candi Borobodur yang dibina oleh raja-raja Sailendra

sebenarnya beragama Budha Mahayana. Pembinaan candi itu sendiri merupakan

kepercayaan yang berkaitan dengan kosmologi. Ada kisah menceritakan kononnya Pulau

Jawa itu tidak “stabil”, maka atas arahan Batara Guru dipotong bahgian atas Gunung Kosmos

(Mahameru) dari Jambu-dvipa (India) dan dibawa ke Jawa, barulah Pulau Jawa menjadi

stabil.13

Dalam agama Hindu, dikenali satu konsep yang dikatakan Dewaraja. Dewaraja adalah

gabungan agama Hindu dengan Budha. Dewa terdapat dalam ajaran Hindu tetapi tiada dalam

agama Budha. Dalam agama Budha wujud satu konsep yang dikatakan “avatar” (kelahiran

semula). Oleh itu orang yang baik bila mati akan dilahirkan sebagai raja yang suci dan

berkuasa. Dengan itu di Asia Tenggara, raja akan dipandang sebagai “avatar” (dewa) Siva

atau Vishnu. Begitulah Raja Jayavarman II (memerintah 770-834 Masihi) di Kemboja,

dianggap sebagai jelmaan Dewa Siva. Begitulah juga dengan Raja Airlangga dimakamkan

sebagai Batara Guru dan jelmaan Dewa Vishnu di atas Garuda. Dengan cara ini, rakyat

menjadi yakin bahwa raja mempunyai kesaktian yang luarbiasa dan dengan itu mempu

mempertahankan rakyatnya. Seterusnya akan wujudlah satu taat setia membuta tuli terhadap

raja yang kemudiannya mereka dianggap sebagai penaungan ke atas rakyat dan sesiapa yang

9 Ibid, hlm. 149 10 Ibid, hlm. 149 11 Ibid, hlm. 153-154. 12 Ibid, hlm. 166-167. 13 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah

Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.173.

Ikan Busuk Dari Kepala | 4

www.rajaebookgratis.com

Page 5: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

menentang raja (penaung) adalah durhaka dan boleh membawa mudharat kepada rakyat.14

Sistem sosial dalam ajaran Hindu-Budha ini berdasarkan “kasta”. Pada asasnya manusia

dibahagikan kepada empat kasta: “Brahmin”, “Ksyatriya”, “Vaisya” dan “Sudra”. Dan Sudra

yang paling rendah ini ada lagi pembahgianya. Walaupun sistem kasta ini tidak wujud di Asia

Tenggara, tetapi semangatnya tetap ada. Antaranya ruang yang luas antara golongan

bawahan dengan elit/raja atau golongan istana. Di Bali pengamalan kasta ini lebih nyata

walaupun tidak sampai ke tahap seperti di India. Sistem ini mewujudkan diskriminasi dalam

menghukum pesalah-pesalah. Mereka yang dari kasta rendah akan dihukum lebih berat dan

boleh sampai ke tahap bunuh walaupun kesalahannya sangat kecil berbanding dengan

mereka yang kasta tinggi.

Nampaknya agama Hindu-Budha ini terbatas kepada kawasan istana sahaja. Ini kerana

kepercayaan penduduk tempatan yang merupakan golongan petani, mereka terus-menerus

dengan kepercayaan animisma mereka seperti yang telah disebut di atas. Dalam perdagangan

antara negeri-negeri seperti India, Arab dan Cina terdapat juga dagangan dalam bentuk

patung-patung dan kayu gaharu. Ini dapat dilihat dari hasil-hasil seni membuat patung dari

Bali.15 Walaupun demikian, apa yang telah dipegang dengan kuatnya oleh pihak istana, juga

turun kepada rakyat jelata. Hanya rakyat yang masih berkepercayaan animisma, mencampur-

adukkan kepercayaan dan amalan ritual Hindu-Budha dengan animisma mereka. Lalu

berlakulah penggabungan dan penyatuan kepercayaan dan berkembanglah amalan animisma

bersama agama Hindu-Budha.

Dalam penulisan sejarah oleh seorang pengembara Cina kurun ke-7, Liang-shu ada

menyebut “Lang-ya-hsiu” yang kononnya tertubuh pada kurun ke-2 di Semenanjung. Ini

dikenali sebagai “Langkasuka” dalam catatan Sejarah Melayu-Java.16 Hasil kajian ekskavasi di

dapati di Ceruk Tokun dekat Pulau Pinang, kesan-kesan tulisan sanskrit yang dijangkakan

pada kurun ke-4. Kemudian didapati pula di daerah Bukit Meriam di Kedah. Dijangka tempat

itu adalah tempat tinggal sami buddha. Dan di Kuala Selingsing di Perak pula terdapat sebuah

cokmar dengan nama “Sri Vishnuvarman”. Di Utara Seberang Perai, Pulau Pinang, terdapat

satu lagi sekeping slab terletak di atas stupa dengan tulisan ayat-ayat dari agama Buddha

yang digunakan sebagai doa untuk keluar belayar. Juga terdapat kesan-kesan dalam tulisan

“Pallava” yang menunjukkan bahwa “Mahayana-Buddha” telahpun wujud di Malaya pada masa

itu yang sudah pasti telah dibawa ke situ dari selatan India.17

Dalam Sejarah Liang, pada 515M, di catatkan bahwa Raja Langkasuka adalah bernama

Bhagadatta. Rakyatnya pula membiarkan rambut mererka terurai, pakaian tanpa lengan yang

dibuat dari benang kapas. Rajanya menunggang gajah dengan dipayung dan diiringi dengan

bunyi gendang dan bendera. Pengawalnya kelihatan sangat bengis.18 Catatan-catatan sejarah

ini menunjukkan keadaan pendudukan Tanah Melayu sebelum dan selepas didatangi oleh

agama Hindu dan kemudian Buddha. Mereka telah membentuk Kerajaan Langkasuka dan

14 hlm. 180. 15 hlm. 186. 16 Ibid, hlm.30 17 Ibid, hlm.36-37 18 Ibid, hlm.37.

Ikan Busuk Dari Kepala | 5

www.rajaebookgratis.com

Page 6: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

bertapak selama lebih 500 tahun.

Selain kesan Hindu-Buddha, catatan-catatan sejarah juga menunjukkan terdapat kesan-

kesan pengaruh Parsi dalam kerajaan awal Khmer. Ini dibuktikan apabila Khmer menakluki

Funan, ia telah menukar namanya kepada Kamboja (nama ini seakan-akan nama sebuah

kapal Parsi bernama Kambojas). Sebuah patung kaum Sassanide19 yang dijumpai di Oc Eo

menunjukkan bahwa perhubungannya dengan Parsi sangat jelas. Walaupun kerajaan Khmer

ini jauh di Utara, tetapi pada zaman itu pengaruh sesuatu daerah akan sampai juga ke daerah

lain dengan mudah melalui perdagangan.

Kajian tentang negara-negara Islam sebelum kedatangan Islam sangat perlu dalam

Pengajian Islam supaya kita akan dapat memahami perkembangan dan “pengamalan” Islam di

negara-negara tersebut dengan lebih holistik. Dengan itu juga dapat membantu kita

memisahkan mana amalan yang berpunca dari Islam yang sebenar dan mana yang terhasil

dari campuran dan gabungan dengan budaya setempat yang bukan Islamik.

Kedatangan sesuatu “pengaruh baru” (seperti Hindu-Budha) tidak semestinya

menghapuskan amalan dan pengaruh yang sedia ada (amalan animisma). Kedatangan

pengaruh Hindu-Budha ini telah bercampur dengan kepercayaan animisma lalu terbentuklah

amalan yang baru. Ini dapatlah kita lihat kata-kata dalam jampi-mentera yang menggambarkan

pengaruh tersebut;20

Hai Om Kon Hai Panah Arjuna Panah di bumi, bumi tembus Panah di langit, langit tembus Panah di gunung, gunung runtuh Panah di padang, padang terbakar Panah di laut, laut kering Panah hati perut (si anu) Bawa mari kepada aku

Hampir seribu tahun penduduk Nusantara beragama Hindu-Buddha disamping berbagai

agama lain yang juga diamalkan oleh penduduk tempatan. Sebelum itu, mereka berpegang

kepada kepercayaan animisma. Maka dengan kedatangan agama Hindu-Budha lalu

bercampur dan diserapkan satu lagi pengaruh dalam budaya Melayu. Maka terdapatlah

amalan-amalan “animisma” bercampur dengan kepercayaan Hindu-Budha.

Perkembangan Islam Di Nusantara Perhubungan antara negara Arab-Parsi dengan Kepulauan Melayu bermula semenjak

sebelum kelahiran Nabi Muhammad (saw) lagi. Khususnya wilayah selatan tanah Arab, iaitu

Yaman, Hadramaut dan Parsi. Mereka merupakan pedagang-pedagang yang belayar ke India

dan kepulauan Melayu. Perhubungan ini bermula semenjak 2000 tahun sbelum Masihi. Dan

19 Kerajaan Sassanid (Parsi) diwujudkan oleh Ardashir (226-241M). Beliau dipercayai adalah

keturunan dari Dewa Anahita. Empair Sassanid ini wujud antara 225-651M. Empair Sassanid ini juga mempengaruhi Penduduk Nusantara dalam perdagangan mereka dengan daerah ini.

20 Abdul Rahman Abdullah, Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam, Utusan Publication, 2000, hlm.372

Ikan Busuk Dari Kepala | 6

www.rajaebookgratis.com

Page 7: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

hasil dagangan ini dibawa oleh pedagang-pedagang Arab-Parsi ini sampai ke Rom. Dikatakan

bahan wangi-wangian dan kulit kayu manis dari Timur melalui Kepulauan Melayu ini digunakan

oleh Julius Ceaser dan Cleopetra. Boleh dikatakan Arab-Parsilah yang menguasai

perdagangan laut ini. Malah ada antara mereka yang sampai ke negeri Cina. Apabila Kerajaan

Yaman jatuh ke tangan Hasbsyah, tinggal hanya Parsi menguasai perdagangan ke India,

Nusantara dan Cina. Perhubungan Parsi dengan Nusantara dan Cina ini terus berkembang

kerana kedudukan Parsi yang berdekatan dengan Pakistan dan India. Dan perhubungan India

dengan Nusantara merupakan kesinambungan pengaruh Hindu-Budha yang telah berlalu

berkurun-kurun lamanya. Perdagangan mereka bukan sahaja melalui jalan laut tetapi juga

jalan darat – antaranya laluan sutera. Perhubungan Arab-Parsi dengan Nusantara dan Cina

bermula dengan mewujudkan perkampungan dan penempatan-penempatan di Gujerat India,

dan dari situ mereka teruskan ke Sumatera dan ke Kepulauan Melayu.

Pada ketika itu, orang Arab telahpun berjaya mewujudkan pertempatan-pertempatan di

sepanjang perjalanan perdagangan di antara Laut Merah dengan Cina. Setelah perkembangan

Islam, perdagangan ini masih berterusan dan masih dikuasai oleh Arab-Parsi. Jika dahulu

Arab-Parsi bukan Islam membawa bersama agama mereka, tetapi setelah kedatangan Islam,

mereka membawa bersama-sama mereka ajaran Islam pula. Semangat jihad juga telah

memberi dorongan yang baru kepada perlayaran mereka. Kedatangan Islam ke Nusantara ini

bermula dari peringkat persinggahan yang merupakan kesinambungan zaman sebelum Islam

diteruskan semasa Nabi Muhammad (saw) dan zaman Khalifah Ar-Rashidin.

Pada masa pemerintahan Muawiyyah, Kerajaan yang berkuasa di Nusantara ialah

Kerajaan Srivijaya dengan rajanya bernama Lokitavarman, sementara pada masa Umar bin

Abdul Aziz rajanya ialah Sri Indravarman yang kemudiannya dikhabarnya telah memeluk Islam

seperti yang tercatat pada suratnya kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 717M.21

Seperti sebelum ini, dalam persinggahan mereka, mereka juga bercampur-gaul dengan

penduduk-penduduk tempatan. Dari peringkat persinggahaan, ia kemudian diikuti dengan

peringkat mewujudkan penempatan-penempatan. Interaksi dengan penduduk tempatan telah

menyebabkan ada di antara pedagang-pedagang Arab-Islam yang berkahwin dengan rakyat

tempatan dan seterusnya mendidrikan penempatan tetap.

Perhubungan dengan Cina pula dikatakan telah sampai semenjak zaman Khalifah Uthman

bin Affan (644-656M). Contohnya terdapat bukti perhubungan diplomatik antara Kerajaan Tang

dengan Khalifah Uthman dalam tahun-tahun 651M(30H) dan 655M. Pada zaman Dinasti Tang

inilah dikatakan terbina sebuah masjid di Kanton (Guangzhou) yang diberi nama Masjid

Huaishengsi (bererti kerinduan kepada Nabi). Kononnya masjid ini dibina oleh seorang

sahabat yang telah sampai ke situ, iaitu Saad bin Abi Waqqas r.a.22

21 Keadaan ini berlansung sejak zaman Bani Umayyah (661-750M/41-132H) sehingga zaman

Bani Abbasiyyah (750-1258M/132-656H). Perkembangan Islam pada peringkat ini mewujudkan penempatan para pedagang Arab-Islam di Nusantara khususnya di Sumatera pada 674M/54H (iaitu semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan - 661-680M/41-60H) dan juga semasa Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720M/98-101H). Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000, hlm.221

22 Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000, hlm.220

Ikan Busuk Dari Kepala | 7

www.rajaebookgratis.com

Page 8: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Sehingga pada abad ke-8M, bilangan Arab-Islam telah cukup ramai khususnya di selatan

Cina hingga membolehkan mereka melanggar Kanton (758M/141H). Pada abad ke-9M,

terdapat kumpulan-kumpulan kecil kaum pedagang Islam tinggal di beberapa pelabuhan di

sepanjang perjalanan ke China. Pada abad ke-11, mereka dikatakan sudah beberapa lama

tinggal di Campa. Mereka mengahwini perempuan tempatan tapi mereka mengasingkan diri

dari orang-orang bukan Islam. Tapi di kepulauan Indonesia tidak ada didapati yang mereka itu

ada mendirikan penempatan-penempatan yang penting. Ini ialah kerana kebanyakan pulau-

pulau Indonesia termasuklah Jawa dan Pulau-pulau Rempah terletak jauh dari perjalanan

perdagangan, ke China.23

Pada tahun 1292M/691H keluarga Marco Polo dalam perjalanan mereka pulang dari China

telah melawat Sumatera. Ferlec, pelabuhan pertama yang mereka singgahi, adalah dikenali

sebagai Perlak. Mengikut cerita Marco begitu ramai pedagang-pedagang Islam datang ke

Perlak sehingga mereka telah mengislamkan penduduk-penduduk tempatan. Laporannya

adalah bukti yang tertua berkenaan aktiviti-aktiviti pengislaman di Asia Tenggara.

Ibn Batuta, yang singgah dua kali di Samudera semada dalam perjalanannya pergi dan

pulang dari China di antara tahun-tahun 1345M dan 1346M/747H, menceritakan yang Sultan

Samudera mengikut Mazhab Shafii, iaitu mazhab yang dipegang oleh semua penganut-

penganut Islam di Indonesia dan Malaysia sekarang ini. Mengikutnya juga negeri-negeri di

sekeliling Samudera masih belum lagi memeluk agama Islam. Di seberang sungai bandar

Samudera difikirkan terletaknya bandar Pase yang disebut di dalam Sejarah Melayu sebagai

Pasai. Bandar ini dilawati oleh Diogo Lopes de Sequiera pada tahun 1509M.

Syiah Di Nusantara Harus diingat bahwa walaupun Islam di Nusantara kini bermazhab Syafiyyah, tetapi pada

awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. Kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula

semasa gabenor Bani Umayyah yang kejam, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (695-705M/76-86H)

berkuasa. Masa itu ramai golongan Syiah Alawiyyin ini telah melarikan diri dan ada yang

datang ke Nusantara dan mereka menuju ke Campa,24 kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi

dan Kalimantan.

Penghijrahan seterusnya pada tahun 744M/126H apabila tercetusnya pemberontakan

Syiah Alawiyyah di Parsi yang dipimpin oleh Abdullah bin Muawiyyah. Setelah dikalahkan oleh

tentera Marwan bin Muhammad (744-750M) mereka melarikan diri hingga ke Timur Jauh di

samping menetap di pinggir Laut Cina, iaitu Campa. Maka sebenarnya asal usul Islam di

Campa adalah dari pelarian golongan Syiah yang berlaku pada abad ke-8M.

Pada zaman Khalifah al-Makmum (813-833M/197-217H), sekali lagi berlakunya

pemberontakan Syiah yang dipimpin oleh Muhammad bin Jaafar al-Siddiq. Apabila tewas

dalam pemberontakan tersebut, mereka melarikan diri ke Timur menuju Sumatera. Hasilnya

mereka berjaya menubuhkan kerajaan Syiah di Perlak pada tahun 840M/225H.25

23 Ibid, hlm. 252 24 Yang merupakan penempatan awal orang-orang Parsi. Lihat hlm.6. 25 Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000,

Ikan Busuk Dari Kepala | 8

www.rajaebookgratis.com

Page 9: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Pada sekitar abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur

Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik.

lalu Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya di Nusantara. Fahaman

Syiah yang diperkenalkan adalah Syiah Ismailiyyah yang memerintah Kerajaan Fatimiyyah di

Mesir antara 909-1171M/296-566H. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum

Muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa

Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan

keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahwa sepanjang abad ke-11M dan

ke-12M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum

kedatangan mazhab Sunnah, yang dominan di Nusantara ini adalah mazhab Syi'ah dan ia

telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.26

---

Pada tahun 878M/264H, berlakunya pemberontakan oleh Hwang Chao di Canton yang

menyebabkan hampir 100,000 orang asing (kebanyakannya Arab-Islam) terbunuh. Ramai

yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah. Dan pada akhir zaman Dinasti

Tang, sekali lagi berlakunya pemberontakan yang dipimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah

Yang Chow, dan lebih 5000 rakyat asing terbunuh. Mereka yang terselamat meninggalkan

Cina dan berhijrah ke Nusantara. Selain dari Cina terdapat juga penghijrahan golongan Syiah

Alawiyyah dari Cempa ke Pulauan Melayu termasuk Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua

ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam.27

Budaya Penyerapan Berterusan Budaya penduduk setempat yang seringkali menyerap dan menggabungkan amalan-

amalan mereka yang dahulu dengan yang terkemudian, diteruskan pula dengan menyerap

Islam mazhab Syiah dalam budaya dan adat mereka. Amalan Syi'ah yang penuh dengan ritual

(khususnya yang berkaitan dengan kematian), sangat rapat dan sesuai dengan budaya dan

adat penduduk setempat dalam ritual-ritual memuja tok-tok nenek dahulu. Maka kita dapati

amalan mendirikan kuburan, membesarkan orang alim dan wali-wali yang sudah mati serta

memperingati hari kematian atau “hari haul” diterima dan diamalkan dengan penuh ketaatan

sebagai ajaran Islam. Begitulah juga dengan bacaan-bacaan seperti Berzanji merupakan

kesinambungan jampi-mentera atau nyanyian-nyanyian yang pernah diamalkan oleh tok-tok

nenek mereka dahulu; tetapi kini ia berubah wajah dengan memasukkan “Bissmillah. . . “ dan

“selawat kepada Nabi (saw)” dengan bahasa Arab/Parsinya.

Dalam jampi mentera juga dapat kesan-kesan Syiah ini;

Poo kanan, Poo kiri

hlm.222 26 Abdur Rahman Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Utusan Publication, 2000,

hlm.222. 27 Ibid, hlm.224

Ikan Busuk Dari Kepala | 9

www.rajaebookgratis.com

Page 10: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Berkat doa Saidina Ali.

Atau campuran amalan animisma, Hindu-Budha dan Islam, seperti;28

Bismillahirramannirrahim Hai panah Ranjuna aku panah gunung, gunung runtuh aku panah laut, laut kering aku panah batu, batu tembus aku panah matahari, matahari tembus bukan aku yang panah Sang Betara Guru yang panah sah sidi pengajaran guruku sidi kepada aku dengan berkat doa Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah

Jampi-jampi seperti ini masih di amalkan di kalangan umat Melayu-Islam hari ini dan

mereka mengatakan ia agama kerana terdapat ucapan Bismillah . . . dan sebutan Sahahadah.

Apabila kemudiannya mazhab Syafiyyah menjadi dominan di Nusantara ini, amalan-amalan

Syi'ah ini tetap diteruskan sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali

ditentang.

Perkembangan Islam di Semenanjung Berkenaan Semenanjung Tanah Melayu pula dokumen Islam yang paling awal ialah

sebuah prasasti di Trengganu yang tarikhnya amat kabur. Tarikh itu diagakkan di antara tahun

1303M/702H dengan tahun 1387M/789H. Blagden, seorang sarjana yang dihormati,

berpendapat tarikh prasasti itu ialah tahun 1303. Batu itu boleh jadi menandakan sempadan di

antara daerah Islam dengan daerah yang bukan Islam dan kata-katanya menunjukkan yang

ugama baru itu belum diterima oleh orang tempatan. Mengikut Nagarakertagama yang ditulis

pada tahun 1365M itu mengatakan daerah ini adalah sebuah jajahan Majapahit. Sebenarnya

tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Islam telah merebak ke Semenanjung Tanah

Melayu sebelum abad kelima belas Masihi.

Kebangkitan Melakalah yang memberi dorongan kepada pengislaman Semenanjung

Tanah Melayu. Ahli-ahli Sejarah tidak sependapat tentang tarikh pembukaan bandar itu

(Melaka). Setengahnya berpendapat bahwa Melaka dibuka sebelum tahun 1400M/802H,

Marco Polo yang belayar melalui Selat Melaka pada tahun 1292M/691H tidak ada menyebut

tentangnya; begitu juga Odoric dari Pordenone yang melalui jalan yang sama pada tahun

1323M/723H; Ibn Batuta pada tahun 1345-6; dan Prapanca yang mengarang

Nagarakertagama pada tahun 1365M/766H.29

Pembuka bandar Melaka itu yang namanya bermakna “Suami Permaisuri” adalah suami

kepada seorang putri Majapahit. Mengikut sejarah lisan Sumatera, dia adalah seorang putra

28 Ibid, hlm.372 29 D.G.E.Hall, Sejarah Asia Tenggara, hlm. 253-255

Ikan Busuk Dari Kepala | 10

www.rajaebookgratis.com

Page 11: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

raja Sailendra dari Palembang. Semasa berlakunya peperangan pemisahan di antara Virabumi

dari Jawa Timur dengan Raja Vikramavarddhana dari Majapahit pada tahun 1401 dia

melarikan diri ke Tumasik (Singapura) yang pada masa itu di bawah seorang pembesar yang

mempunyai taat setia kepada Siam. Parameswara membunuh pembesar itu dan merampas

bandar Tumasik. Pada tahun 1402 dia dihalau keluar oleh Raja Pahang atau Petani yang juga

taat setia kepada Siam dan mengikut satu catatan adalah adik beradik dengan pembesar yang

dibunuh oleh Parameswara itu. Selepas mengembara beberapa lama dia menetap di Melaka

yang pada masa itu adalah sebuah kampung yang kecil dan didiami oleh lanun-lanun dan

nelayan-nelayan. Nama yang serupa terdapat dalam satu sumber Siam kira-kira pada tahun

1360. Tome Pires yang berada di Melaka dari tahun 1512 hingga 1515 dalam bukunya Suma

Oriental yang baru dijumpai pada tahun 1937 menceritakan dengan panjang lebarnya

mengenai Melaka yang tidak terdapat dalam sumber-sumber lain. Dia mengatakan

Parameswara sampai ke Melaka kira-kira pada tahun 1400. Anak lelaki D'Albuquerque yang

menulis Commentarisnya pada tahun 1557 juga menceritakan cerita yang sama. Begitu juga

halnya de Barros dalam bukunya Decada II, tapi mengikutnya pembukaan Melaka berlaku 250

tahun sebelum kedatangan Portugis.30

Dengan dibantu oleh lanun-lanun dan dengan pertolongan orang Melayu yang datang dari

Palembang untuk menyertainya, Parameswara dapat dengan cepatnya mendirikan

penempatan yang besar. Pada mulanya ia menjadi pasar barang-barang rampasan, iaitu

sebagai pusat lanun. Selepas itu dengan memaksa semua kapal-kapal yang melalui Selat

Melaka supaya singgah berlabuh untuk mendapatkan surat-surat kebenaran. Melaka

berkembang dengan merugikan Samudera dan Singapura. Siam dan Majapahit kedua-duanya

mendakwa mempunyai kuasa ke atas Semenanjung Tanah Melayu tetapi cuma Siam sahaja

yang dapat memaksakan kuasanya. Oleh itu apabila pada tahun 1403 Melaka dilawati oleh

seorang utusan dari China, seorang sida yang bernama Yin-King, Parameswara mengambil

peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Maharaja Ming dan pertolongan untuk

menentang Siam.

Pada tahun 1405 dia menghantar satu utusan ke China dan dengan ini dia mendapat

pengiktirafan dengan segera. Dasar dinasti Ming sebagaimana yang kita ketahui ialah

bertujuan untuk memulihkan kembali kuasa China ke atas negeri-negeri di Asia Tenggara.

Duta-duta China dihantar ke tiap-tiap pelabuhan untuk menerangkan dasar China dan mereka

ini dituruti oleh satu angkatan laut untuk memaksa negeri-negeri yang menentang dasar itu.

Utusan yang sampai di Melaka pada tahun 1403 itu dihantar oleh Maharaja Ming yang ketiga

bernama Cheng-tsu (Yung-lo). Utusan inilah yang dihantar ke Jawa dan mendapati dua orang

raja memerintah di sana. Utusan ini diikuti oleh sebuah angkatan perang tentera laut di bawah

pimpinan Cheng Ho yang perlayarannya bermula pada tahun 1405. Parameswara memelihara

perhubungan serapat yang baik dengan China. Pada tahun 1409 Cheng Ho melawat Melaka

dan pada tahun 1411 Parameswara membalas lawatan ini dengan dia sendiri pergi ke China

untuk memberi penghormatan kepada Maharaja China.

Pada tahun 1414 anak Parameswara bernama Mohammed Iskandar Shah pergi ke China

30 Ibid, hlm. 256

Ikan Busuk Dari Kepala | 11

www.rajaebookgratis.com

Page 12: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

untuk memberitahu tentang kematian bapanya. Ini kelihatan seolah-olah seperti satu

kesilapan, yang mengikut Sir Richard Winstedt adalah disebabkan orang China tidak

mengetahui bahwa Parameswara sudah memeluk agama Islam dan menukar namanya

kepada Megat Iskandar Shah. Pengislamannya adalah hasil daripada perkahwinannya dengan

seorang anak perempuan Sultan Pasai, yang baru sahaja memeluk Islam. Parameswara

melawat China sekali lagi pada tahun 1419 untuk meminta pertolongan melawan Siam.31

Angkatan tentera Melaka terdiri dari orang Jawa, dan kebanyakan tukang-tukang kapalnya

juga dari orang Jawa. Terdapat keluarga-keluarga bangsawan Jawa yang terkenal yang

menjalankan perdagangan antara Indonesia Timur dengan Melaka dengan wakil mereka di

Melaka. Seorang putra pedagang Jawa dikatakan mempunyai angkatan tentera sendiri yang

terdiri daripada 6,000 orang hamba abdi. Dengan jalan inilah Islam diperkenalkan di kawasan-

kawasan pantai Jawa. Jawa pada masa itu sedang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan

dari empayar Majapahit yang sedang merosot itu. Mereka membina kekuatan untuk

menentang kekuasaan pusat yang beragama Hindu—Budha itu. Mengikut Tome Pires putra-

putra pedagang itu bukanlah orang Jawa jati tapi adalah berketurunan daripada orang China,

Parsi dan Tamil yang telah menetap di Jawa lebih kurang tujuh puluh tahun dahulu.

Ahli-ahli sosioloji menganggap unsur-unsur kebudayaan Jawa hari ini sebagai hasil proses

evolusi yang terus-menerus. Berg menggulungkan pendapat ahli-ahli sosioloji ini dengan

menafikan bahawa Jawa pernah diIslamkan: apa yang sebenarnya berlaku ialah kebudayaan

Jawa menyerap unsur-unsur kebudayaan Islam sebagaimana dahulunya ia telah menyerap

unsur-unsur kebudayaan Hindu dan Budha dan kemudiannya pula unsur-unsur tamaddun

Eropah. Ini bererti orang Melayu telah menerima Islam dan menyerapnya dengan budaya

mereka yang sedia ada (iaitu kepercayaan animisma, agama Hindu dan Buddha). Perkara ini

bukanlah suatu yang luar biasa kerana keadaan yang serupa juga berlaku di Timur Tengah

apabila Islam berkembang dan meliputi daerah-daerah luar Mekkah dan Madinah seperti Turki,

Mesir, India, Parsi dan lain-lain. Penduduk-penduduk setempat telahpun mempunyai budaya

dan adat mereka tersendiri lalu dengan kedatangan Islam, mereka hanya menyerap amalan

Islam dengan budaya dan adat setempat. Dengan cara inilah banyak berlakunya amalan

bid’ah dan kurafat dari kalangan umat Islam.

Perkembangan Islam dari segi politik adalah sangat perlahan. Dr. H. J. de Graaf

menggambarkan empayar Majapahit beransur-ansur pecah kerana negeri-negeri takluknya

telah memeluk agama Islam dan mengistiharkan kemerdekaan mereka. Raja Demak, dengan

mengepalai satu perikatan ketua-ketua Islam di kawasan-kawasan pesisir Jawa - boleh jadi

pada tahun 1514 telah musnahkan empair Majapahit.

Pada tahun 1597 kebanyakan kawasan-kawasan perdalaman masih lagi “kafir”. Di Jawa

Timur negeri yang beragama Hindu-Budha mengekalkan kemerdekaannya hingga tahun 1614.

Balambangan yang terletak di bahagian paling timur Pulau Jawa dengan jayanya dapat

menentang peperangan jihad yang dilancarkan terhadapnya oleh Sultan Agung dari Mataram

31 Ibid, hlm. 257-8

Ikan Busuk Dari Kepala | 12

www.rajaebookgratis.com

Page 13: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

pada tahun 1639, dan, akhirnya hanya memeluk agama Islam lewat pada abad ke-18. Negeri

kafir Pajajaran di Jawa Barat dengan ibukotanya di Pakuan dekat Bogor sekarang tetap kekal

sehingga tahun-tahun 1570an, walaupun jalan lautnya telah terpotong dengan tertawannya

pelabuhan Sunda Kalapa oleh Bantam yang beragama Islam, setengah abad terdahulu

daripada ini. la jatuh bila Penambahan Yusup, Sultan Bantam Kedua, menawan Pakuan. Apa

yang kita lihat pada masa itu ialah pada hakikatnya beberapa perubahan politik yang berlaku

dalam jangka waktu yang panjang; dan seperti yang ditekankan oleh Van Leur, apa yang

berlaku adalah terutamanya peristiwa-peristiwa mengenai raja-raja dan kaum aristokrat.

Pengislaman secara besar-besaran tidak mungkin berlaku kerana pada waktu itu usaha

mubaligh-mubaligh Islam tidak ditujukan kepada rakyat jelata.32

Seperti yang telah dijelaskan di atas, orang-orang Arab yang datang ke Pulauan Melayu ini

untuk berdagang walaupun pada awalnya tidak beragama Islam. Tetapi setelah kedatangan

Islam, terdapat pedagang-pedagang Arab Islam yang datang pada tahun 9H. Ini bererti

semasa Nabi Muhammad salallahu alaihi wassallam masih hidup, orang Arab-Islam telahpun

sampai ke Pulauan Melayu dalam perjalanan perdagangan mereka ke Cina. Sebenarnya Cina

menerima Islam lebih dahulu dari Tanah Melayu yang pada ketika itu masih berada dalam

amalan animisma dan Hindu-Budha.

Berikut ini ringkasan sejarah tersebut;

Ada tanda-tanda penduduk setempat telah menerima Islam seperti yang dilaporkan oleh Ibn Batuta, yang singgah dua kali di Samudera dalam perjalanannya pergi dan pulang dari Cina di antara tahun-tahun 1345 dan 1346, menceritakan yang Sultan Samudera mengikut Mazhab Shafii. Tetapi perkembangan Islam secara besar-besaran hanya berlaku setelah Parameswara, Sultan Melaka memeluk Islam pada tahun 1411M.

Walaupun Melaka merupakan pusat penyebaran Islam, tetapi Islam yang diamalkan itu masih lemah. Antaranya dicerita bahwa “Sultan Mahmud sendiri hanya boneka saja. Mengikut sumber Portugis, dia adalah seorang penghisap candu. Minatnya yang utama adalah terhadap agama dan mistik”. Ini menunjukkan bahwa Islam yang sampai ke Tanah Melayu ini telah bercampur-aduk. Ia bukan lagi agama yang suci dari kurafat dan bid’ah.

Satu perubahan besar dalam kebudayaan Jawa melalui penggantian kebudayaan Hindu-Jawa dengan kebudayaan Islam. Tetapi terdapat pembesar-pembesar yang menentang perkembangan Islam ini di seluruh Indonesia – antaranya Pulau Bali sehingga hari ini masih beragama Hindu.

Pada umumnya sarjana-sarjana sejarah bersetuju bahawa pedagang-pedaganglah yang merupakan mubaligh-mubaligh Islam yang terpenting. Dan setelah negeri-negeri itu memeluk Islam, pedagang-pedagang inilah yang memengang jawatan-jawatan penting seperti Syahbandar. Golongan ini memperkenalkan intelek dan

32 ibid, hlm. 264-5

Ikan Busuk Dari Kepala | 13

www.rajaebookgratis.com

Page 14: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

ulama-ulama Islam untuk memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran agama Islam.

Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini.

Pusat-pusat tempatan bagi wali-wali ditubuhkan guna menentang pengaruh pertapaan yang sejak beberapa abad merupakan guru dan kawan kepada rakyat jelata. Amalan ini jelas merupakan amalan Budha. Tetapi nampaknya dengan penubuhan tempat-tempat untuk wali-wali ini adalah merupakan kesinambungan dari ajaran Buddha. Iaitu dari pertapaan oleh sami-sami Buddha kepada pertapaan oleh wali-wali Islam. Pemerintah Islam pada ketika ini tidak memberi penegasan kepada larangan-larangan Nabi (saw), khususnya terhadap menyerupai kaum kafir dalam bentuk beribadah. Kepentingan terhadap Tawhid tidak diberi penekanan. Dan budaya ini diteruskan sebagai budaya Melayu.

Asimilasi Amalan Seperti yang tercatat di atas, sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, penduduk

Tanah Melayu beragama “Animisma”. Kedatangan Hindu dan Buddha ini sangat mudah

diterima oleh penduduk setempat yang mengamalkan animisma, kerana ajaran Hindu dan

Buddha ini tidak begitu jauh dari apa yang mereka sedang amalkan dalam ritual-ritual

animisma. Oleh itu berlakulah asimilasi amalan penduduk setempat dengan agama baru itu

Ritual-ritual dalam agama Hindu dan Buddha yang lebih sistematik dari animisma akhirnya

dapat mempengaruhi budaya hidup penduduk setempat. Ini tidak bererti amalan animisma

yang mereka telah amalkan begitu lama, dibuang atau ditinggalkan. Kerapkali kedua-dua ritual

ini berjalan seiringan dan kadang-kadang ia bergabung dalam satu amalan. Begitu juaglah

apabila Islam datang. Amalan-amalan syirik dan kurafat (dalam agama Hindu-Budha dan

animisma) ini tidak terus dihapuskan, tetapi diadoptasikan dengan diberi roh keislaman seperti

memasukkan doa-doa dalam bahasa Arab yang kadang-kadang merupakan seruan-seruan

yang berunsur “syirik”.

Pada masa yang sama, rakyat jelata bukan kesemuanya memeluk agama Islam, dan

mereka yang beragama Islam pula, masih mengamalkan budaya tok-tok nenek mereka yang

masih terikat kuat dengan “animisma” dan “penyembahan berhala”; Inilah apa yang dikatakan

berlakunya “asimilasi budaya”. Amalan seperti inilah apabila dibiarkan berterusan,

kemudiannya menjadi “amalan tok-tok nenek” - yang ulama kita pada hari ini sangat bangga

dengan kata-kata “Islam Nusantara” dalam mengamalkan “budaya kita?”. Semasa Marco Polo

sampai di sebuah negara di Pantai Barat Sumatera bernama Fansur iaitu Baros

sekarang. Catatannya menyebut ada raja dan penduduknya menyembah berhala. Dari

Fansur ini ia terus belayar menuju ke India menerusi Kepulauan Nicobar.

Patut diingati bahawa Marco Polo tidak bermaksud membuat kajian tentang agama

Islam di kawasan-kawasan itu, ia hanya memberikan keterangan dari -pandangan

sepintas lalunya. Apa yang dianggap oleh Marco Polo sebagai penyembah-penyembah

berhala itu, sebahagiannya mungkin orang-orang Islam yang masih berada dalam zaman

Ikan Busuk Dari Kepala | 14

www.rajaebookgratis.com

Page 15: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

transisi kebudayaan. Meskipun mereka telah memeluk Islam, warisan kebudayaan asal

mereka masih wujud dengan banyaknya Mereka masih membuat patung-patung, tetapi

telah berubah fungsinya. Patung-patung itu tidak disembah atau dipuja, malah dijadikan

lambang-lambang untuk memahami ilmu ketuhanan. Barangkali melihatkan wujudnya

patung-patung ini, Marco Polo menggambarkan mereka sebagai penyembah-penyembah

berhala. Pada tempat yang tiada begitu ketara patung-patung itu dan secara kebetulan

dilihatnya orang-orang bersembahyang menurut cara Islam umpamanya, Marco Polo

menggambarkan mereka sebagai pemeluk-pemeluk Islam seperti yang dilihatnya di Parlak.33

Islam Di Pulau Sulu Sejak permulaan abad ini, Islam mulai sampai di Kepulauan Filipina. Di Pulau Sulu

terdapat makam seorang Islam bernama Tuhan Maqbalu (Tuan Maqbalu) yang meninggal

dalam tahun 1310M/710H. Kira-kira dalam tahun 1380M seorang yang datang dari

Semenanjung bernama Sharif Karim Al-Makhdum telah berjaya mengislamkan ramai

penduduk Bwansa, ibukota pulau Sulu. Sepuluh tahun kemudian, kira-kira dalam tahun 1390M

datang seorang yang berasal dari Minangkabau bergelar Raja Baginda di ibukota Sulu itu,

kemudian ia diangkat menjadi raja. Seperti yang telah dicatatkan di atas, kepulauan Sulu,

Sulawesi dan Kalimantan juga telah dibanjiri oleh Islam Syiah.

Dalam abad ke-15M ini, datang pula suatu gelombang penyiar Islam ke Filipina. Pada

tahun 1450M tiba di Pulau Sulu seorang penyiar Islam bernama Syarif Abu Bakar. la telah

menyebarkan Islam di Melaka, Palembang dan Brunei sebelum sampai di Sulu. Di Bwansa,

ibu kota Sulu ia mendirikan masjid dan sekolah untuk melatih pendakwah-pendakwah Islam

yang akan membantunya meneruskan penyebaran Islam ke pulau-pulau lain. Kerana jasanya

ini dia dikahwinkan oleh Raja Baginda dengan puterinya. Setelah Raja Baginda mangkat, ia

diangkat menjadi Raja Sulu. la meninggal dalam tahun 1480M.34

Bahasa Parsi Satu aspek yang umat Islam di Malaysia tidak sedar adalah kesan bahasa dan budaya

Parsi ke atas amalan dan budaya Melayu-Islam. Bahasa Parsi merupakan bahasa kedua

selepas Arab yang berkembang dan mempengaruhi kawasan seluruh Iraq, Syria, Pakistan,

Afghanistan, Tajikistan. Malah buat selama seribu tahun ia merupakan bahasa rasmi di Asia.

Di Cina tafsir al-Quran ditulis dalam bahasa Parsi. Di Albania sebelum kemasukan pengaruh

komunis, buku-buku dalam bahasa Parsi masih dicetak. Ilmu bahasa Parsi telah membantu

mengembangkan budaya dan sejarah Hindu dan Islam di sebelah Asia dan kemudian diikuti

dengan perkembangan pemikiran Islam.35

Catatan tersebut menunjukkan bahwa pengaruh Parsi di Nusantara sememangnya

33 Buku Cenderamata Pamiran Hasil Sumbangan Islam, hlm.21, Kementerian Kebudayaan,

Belia dan Sukan, 1980, hlm.24. 34 Ibid, hlm.25. 35 Muslims and Islamization in North America: Problems & Prospects, Amana Publications and

A.S. Noordeen, Kuala Lumpur, 1999. p.262.

Ikan Busuk Dari Kepala | 15

www.rajaebookgratis.com

Page 16: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

berkesan sehingga hari ini. Kemungkinan besarnya pegaruh ini telah meresap ke dalam

budaya Melayu sebelum kedatangan Islam lagi. Setelah kedatangan Islam yang juga datang

dari India dan Hadramaut, yang juga menerima pengaruh Parsi, maka tidak hairanlah ia akan

mengukuhkan amalan Syiah sebelum kedatangan aliran Sunni yang bermazhab Syafii. Pada

peringkat awalnya penduduk setempat menerima Islam bersamaan dengan pengaruh

pembawanya. Penduduk setempat yang pernah menerima agama Hindu-Budha tanpa

persoalan, tidaklah merasai pelik menerima pula Islam (Syiah) sebagai Islam yang tulin tanpa

persoalan.

Perkembangan Di Timur Tengah Kita tidak dapat menafikan fakta sejarah yang mencatatkan perkembangan-perkembangan

dalam kerajaan-kerajaan yang telah wujud setelah kewafatan Nabi Muhammad (saw) dan

setelah tamatnya zaman Khulafa Ar-Rashidin. Ia bermula dengan Kerajaan Umaiyyah diikuti

dengan Kerajaan Abbasiyah dan diakhiri dengan Kerajaan Othmaniyah. Termasuk banyak lagi

kerajaan dalam kerajaan yang wujud seperti – Kerajaan Rustamid, Kerajaan Fatimiyyah

(Mesir), Kerajaan Seljuk, Kerajaan Ayubid, Sassanid dan lain-lain. Kemudian diikuti dengan

penjajahan Eropah - British, Perancis dan Rusia melalui tipu helah mereka (seperti yang

berlaku dalam perjanjian Hussein-McMahon [1915-16] dan Perjanjian Syke-Picot [1915])36

telah memecahkan wilayah Islam kepada wilayah-wilayah kecil dengan penguasa masing-

masing. Seterusnya apabila Perhimpunan Agong Kebangsaan Turki membubarkan Kerajaan

Othmaniyyah pada 3 Mac 1924, Sharif Hussein, yang menguasai Mekkah, mengistiharkan

dirinya sebagai Khalifah (Jawatan yang dia cita-cita begitu lama). Tidak lama selepas itu

Mekkah telah jatuh ke tangan Ibnu Saud. Akhirnya wujudlah negeri-negeri Jordan, Syria, Iraq,

Arab Saudi, Palestine dan lain-lain.

Budaya Setempat Perkembangan Islam ke seluruh wilayah Timur Tengah, Afrika Utara, Parsi, India dan

Daerah Balkan, sehinggalah ke Pulauan Melayu dan Cina, sudah pasti akan menerima

pengaruh dan akibat dari apa yang berlakunya di Timur Tengah. Perkembangan dan

perluasan daerah Islam sehingga meliputi kaum-kaum yang bukan Arab menyebabkan

berlakunya asimilasi budaya setempat sebelum kedatangan Islam dengan Islam yang baru

datang. Ketulinan Islam semasa (300 tahun pertama) wujudnya di tanah Arab, diterima oleh

orang-orang Arab dalam bahasa mereka sendiri, kemudiannya berkembang ke daerah-daerah

bukan Arab. Islam yang diterima oleh penduduk-penduduk dari luar tanah Arab, sudah pasti

36 Perutusan Hussein-McMahon merupakan rangkaian surat-menyurat antara Syariff

Hussein bin Ali Penguasa Mekkah dengan Komisioner British di Mesir yang bernama Sir Henry McMahon. Persetujuan ini terkandung dalam surat-surat yang diutus antara mereka berdua di antara 14 Julai 1915 sehingga 30 Januari 1916. Gambaran yang diberikan melalui perutusan itu kepada Syarif Hussein adalah beliau akan berkuasa ke atas wilayah Arab sekiranya beliau membantu menjatuhan Kerajaan Othmaniyah.

Perjanjian Syke-Picot (16 Mei 1916) adalah satu perjanjian sulit antara British dengan Perancis dan juga Rusia dalam menentukan kawasan yang mereka akan kuasai setelah kejatuhan Kerajaan Othmaniyah. Perjanjian Syke-Picot (Sir Mark Syke dari Britain dan Francios Georges-Picot dari Perancis) ini bertentangan dengan apa yang telah dipersetujui dalam perutusan Hussein-McMahon. Syarif Hussein telah ditipu oleh British.

Perjanjian Balfour 1917 juga merupakan pengkianatan British terhadap Arab.

Ikan Busuk Dari Kepala | 16

www.rajaebookgratis.com

Page 17: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

akan berlaku asimilasi budaya-budaya hidup setempat dengan Islam.. Walaupun ahli-ahlinya

memeluk Islam, tetapi pengaruh dan budaya “tok-tok nenek” tetap kekal. Hanya bentuk-bentuk

penyembahan yang sangat ketara seperti penyembahan berhala ditinggalkan tetapi amalan-

amalan lain yang diubahsuai dalam bentuk-bentuk penyembahan wali-wali, tok-tok nenek

masih di teruskan. Budaya-budaya dalam perkahwinan, perayaan-perayaan asli mereka tetap

mereka teruskan tetapi dengan pengubahsuaian supaya memasukan unsur-unsur Islam tetapi

masih ada yang amalan-amalan dan ritual-ritual lama yang dikekalkan dalam bentuk

keasliannya.

Politik Kerajaan-kerajaan yang wujud pula bukannya atas dasar Islam tetapi atas dasar

perkauman dan kepuakan. Maka dengan itu kita dapati wujud pula kerajaan dalam kerajaan.

Walaupun pada umumnya terdapat tiga kerajaan besar, Kerajaan Umaiyyah, kerajaan

Abbasiyyah dan Kerajaan Othmaniyyah, tetapi dalam kerajaan-kerajaan itu terdapat banyak

lagi kerajaan-kerajaan kecil, yang wujud atas dasar perkauman. Contohnya semasa Kerajaan

Abbasiyyah, terdapat Kerajaan Umaiyyah (di Andalusia/Spanyol), Kerajaan Seljuk, Kerajaan

Fatimiyyah (Syiah/Bataniyah di Mesir), Kerajaan Ghaznawiyah (di Afghanistan), Kerajaan

Hamdaniyyah (di Syam), Kerajaan Sassanid (Syiah), Kerajaan Buwayhid (Baghdad).

Perpecahan yang berlaku ini bukan sahaja dalam konteks politik, tetapi sebenarnya ia

berasal dari kewujudan golongan-golongan yang taksub kepada sesuatu ketua atau tokoh.

Akhirnya wujud berbagai fahaman yang kita kenali sebagai Jahmiyah, Khawarij, Mu’tazilah,

Syiah dan lain-lain. Antaranya golongan Syiah inilah yang paling berpegaruh dan ia juga

berpecah lagi kepada beberapa firqah seperti Fatimiyyah, Ismailiyyah, Zaidiyyah dan lain-lain.

Perkembangan Fiqh Pada kurun ke-2H dan ke-3H, masih terdapat perkembangan ilmiyah dalam bidang fiqh

dengan tokoh-tokoh terkenal seperti Imam al-Zuhri (w.124H), Imam Abu Yusuf (w.182H), Imam

Abu Hanifah (w.190H), Imam Malik bin Anas (w.197H), Imam Asy-Syafii (w. 204H), Imam

Ahmad bin Hanbal (w.241H), Imam Muzani (w.264H), Abu Hasan Asya’ari (w.324H) dan lain-

lain.

Ini diikuti dengan imam-imam Hadits seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu

Dawud, an-Nasai, At-Tirmidhi.

Orang-orang Arab yang menerima al-Qur'an tidak pernah meragui kesahihannya dan juga

pemahaman bahasa al-Qur'an. Mereka mendengar ayat-ayat al-Qur'an dan mereka terus

faham apakah yang dimaksud dengan ayat-ayat tersebut. Sebab al-Qur'an diturunkan dalam

bahasa mereka sendiri, maka bangsa Quraisy tahu dan faham setiap kali Nabi (saw) membaca

ayat-ayat al-Qur'an kepada mereka tanpa perlu diperjelaskan. Sebab itu mereka sangat kagum

dengan keindahan al-Qur'an walaupun mereka engkar dengan kandungannya.

Tetapi apabila Islam berkembang dan meliputi bangsa-bangsa yang bukan Arab, maka

ayat-ayat al-Qur'an perlu diterjemahkan supaya kandungannya difahami. Maka dalam peroses

memahamkan kandungan al-Qur'an kepada mereka yang bukan Arab, banyak amalan

dimasukkan untuk menjelaskan maksud dan erti ayat-ayat al-Qur'an. Lama-kelamaan,

Ikan Busuk Dari Kepala | 17

www.rajaebookgratis.com

Page 18: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

penerangan yang digunakan untuk menjelaskan al-Qur'an itu menjadi pokok dalam ajaran al-

Qur'an, lalu ayat-ayatnya mendapat makna yang lain dari yang asalnya. Keadaan ini boleh

berlaku kepada mereka yang bukan berbahasa Arab. Akibatnya pemahaman kandungan al-

Qur'an boleh terpesong dari maksud yang sebenar. Ini ditambahkan pula dengan kekurangan

kitab-kitab hadis untuk menjelaskan amalan Sunnah Nabi (saw) pada peringkat perkembangan

awal Islam. Maka dalam keadaan sebegitu, tok-tok guru merupakan tonggak kebenaran. Dan

lama-kelamaan kitab-kitab karangan tok-tok guru menjadi rujukan bukan lagi al-Qur'an dan

Sunnah Nabi (saw). Ini kerana kitab-kitab tok-tok guru ini ditulis dalam bahasa mereka sendiri.

Seterusnya ilmu itu diturunkan kepada anak murid dan anak murid kepada anak muridnya pula

dan seterusnya tanpa sebarang semakan oleh mereka yang datang kemudian.

Ada juga anak-anak murid ini yang menghuraikan kitab-kitab tok-tok guru mereka, lalu

terdapatlah kitab yang baru dengan huraian anak-muridnya yang baru. Dan kitab anak-murid

ini pula kemudiannya menjadi bahan rujukan. Keadaaan sebegini terus berlaku sehingga

terdapat ajaran asal tok-tok guru telah hilang dan timbullah ajaran-ajaran yang baru yang tidak

pernah terdapat pada ajaran-ajaran dari al-Qur'an dan Sunnah mahupun dari tok-tok guru yang

pertama. Begitulah bagaimana amalan-amalan dalam agama boleh berubah sehingga boleh

hilang ajaran yang asal dan berlakunya amalan bid'ah dan kurafat.

Ilmu Dari Luar Islam Pada masa yang sama, perkembangan dalam bidang keilmuan turut berkembang dengan

pesatnya. Tetapi dalam keghairahan mencari ilmu, kemasukan ilmu-ilmu dari luar Islam telah

membuka pintu-pintu asimilasi budaya setempat dengan Islam. Semangat persaingan dalam

dunia ilmiyah berlakunya diluar wilayah Madinah dan Mekkah. Dari falsafah Greek masuknya

aliran pemikiran falsafah dan “ilmu kalam”. Dari pengaruh Kristian masuknya pemikiran

“Batiniyyah/Sufisme”. Dari Parsi pula kesan dari tinggalan agama Marjusi masih dirasai. Pada

zaman yang dikatakan “Kegemilangan Islam”, kita melihat perkembangan dalam bidang sains,

matematik dan kedoktoran sangat menonjol. Tetapi di samping itu, berlaku juga kemasukan

pemikiran mantiq Greek dan falsafah Yunani yang kemudiannya melahirnya “Ilmu Kalam” dan

“Ilmu Mantiq” dikalangan ulama-ulama Islam. ‘Akal dan logik mula diberi tempat dalam ilmu

tafsir dan kemudiannya hukum-hukum ditafsirkan mengikut ‘akal dan logik. Kaedah ini

mendapat tempat dan berkembang sehingga berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam.

Bandar-bandar seperti Baghdad, Kufah dan Mesir dibanjiri oleh tokoh-tokoh pemikir dari

berbagai aliran dan fahaman. Ajaran Islam yang pada asasnya bersumber dari al-Quran dan

Sunnah Nabi (saw) telah mula menampakkan kemasukan sumber-sumber lain seperti ‘akal

serta amalan budaya setempat. Qias yang ulama meletakkan pada peringkat yang paling akhir

sekali dalam penentuan hukum, kerana kesukaran dalam aplikasinya, kemudian menjadi

utama apabila digabungkan dengan ilmu mantiq. Hasil dari itu banyak amalan yang tidak

pernah terdapat dalam sunnah Nabi (saw) menjadi amalan yang mutawattir, hasil dari qiasan

akal. Ini kemudiannya mempengaruhi amalan-amalan dalam ibadah. Islam yang pada asalnya

“mudah”, kemudiannya telah diperkenalkan oleh golongan ini dalam bentuk yang “sukar” dan

“mistik”. Tauhid sifat dua-puluh adalah antara yang terhasil dari perkembangan ini. Semua ini

dapat kita fahami apabila kita meneliti golongan-golongan Mu’tazillah, Syiah, Asy’ariyah,

Sufiyah dan tarikat batiniyyah yang wujud dan berkembang. Perkembangan ini juga

Ikan Busuk Dari Kepala | 18

www.rajaebookgratis.com

Page 19: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

merupakan permulaan kelemahan umat Islam dalam menghadapi hidup yang semakin

mencabar. Amalan-amalan bidah dan kurafat telah sedikit demi sedikit mengambalikan umat

Islam ke zaman jahilliyyah.

Dalam usaha meningkatkan semangat keilmuan, Kerajaan Abbasiyyah telah

memperkenalkan majlis perdebatan agama dengan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang

menang. Usaha ini telah menimbulkan kesan buruk bagi generasi terkemudian apabila mereka

yang terlibat dalam debat ini sangat bersungguh untuk berjaya. Debat ini kemudiannya

melibatkan berbagai mazhab. Dalam debat sebegini, pengaruh dan maruah mazhab menjadi

pertaruhan dan merupakan sesuatu yang sangat dipelihara oleh pengikutnya. Mereka

bersungguh dalam mempertahankan fahaman mazhab mereka kerana maruah dan pengaruh

juga menjadi pertaruhan.37 Inilah bermulanya taksub mazhab. Oleh kerana kekalahan boleh

menjatuhkan maruah sesuatu mazhab, maka mempertahan mazhab merupakan sesuatu yang

“mesti”, tidak kira apa cara sekalipun. Dalam usaha ke arah itu tidak hairanlah sekiranya wujud

hadits-hadits maudhu’ dan mungkar serta juga yang tidak diketahui asalnya. Ini boleh berlaku

kerana yang mereka mencari adalah “kemenangan” bukan kebenaran.

Pengaruh Syiah dalam Amalan Ahlus-Sunnah Muttaakhirin Seperti yang tersebut di atas, Kerajaan Fatimiyyah di Mesir (909M-1171M) juga tidak

ketinggalan dalam usaha meningkatkan keilmuan. Masjid Jami’ al-Azhar yang dibangunkan

pada tahun 361H, telah menjadi pusat aktiviti kaum Batiniyyah di bawah guru mazhab Syiah

dan kaum falsafah. Dari sini lahir para sarjana dan daii yang kemudian menyebarkan fahaman

Syiah dalam masyarakat Mesir dan sekitarnya yang bermazhab Ahlus-Sunnah. Perkembangan

aliran Fatimiyyah (Ismailiyah) ini sangat dibimbangi oleh Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad.

Antara ulama Ahlus-Sunnah yang berusaha menentang fahaman Syiah ini, adalah Abu Bakr

Al-Baqillani (w.403H). Beliau berusaha mendedahkan kerosakan yang mereka lakukan

terhadap dasar-dasar Islam yang dibawa oleh Nabi (saw) dan para sahabat baginda. Syiah

Fatimiyyah juga bergiat menerbitkan tulisan-tulisan dan menubuhkan perpustakaan-

perpustakaan. Para pendakwah mereka dikerahkan untuk menyebarluaskan ajaran-ajaran

kebatinan Syiah ke masjid-masjid, tempat-tempat perkumpulan dan rumah-rumah. Mereka

juga mendesak para penulis buku-buku guna mendukung dan memperkuatkan kedudukan

mereka.38 Mereka juga telah memperkenalkan amalan Maulid. Pada mulanya mereka

memperkenalkan enam maulid; iaitu Maulidur Rasul, Maulid Ali, Maulid Fatimah, Maulid

Hasan, Maulid Husin dan Maulid Raja yang memerintah. Mereka berjaya menyebarkan

perayaan ini. Pada hari ini perayaan Maulidur Rasul bukan sahaja disambut oleh golongan

Syiah tetapi ia rayakan oleh golongan Ahlus-Sunnah, malah mereka dari golongan Ahlus-

Sunnah yang mengamalkan Maulid ini, tolong mempertahankan dan memperomosikan amalan

Syiah ini. Sebagai contoh bagaimana perayaan maulidur rasul ini dirayakan di Mesir, dalam

menyambut Maulidur-Rasul dicatatkan seperti berikut;

Ketua pemerintah (Commander-in-Chief) merayakan Malidur Rasul di Sheikh E-

37 Dr Abu Ameena Bilal Philips, The Evolution of Fiqh, Islamic Law & the Mazhab, hlm.58. 38 Abdullah Mustofa Al-Maraghi, Pakar-pakar Fiqh, Sepanjang Sejarah, hlm.140.

Ikan Busuk Dari Kepala | 19

www.rajaebookgratis.com

Page 20: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Bekir. la bermula dengan bacaan (berzanji) riwayat hidup Nabi dari kelahirannya sehingga Baginda wafat. Seratus orang Sheikh duduk bersila dalam bulatan atas karpet, membaca kesemua ayat-ayat sambil menggoyang-goyangkan badan dengan kuat kehadapan dan kebelakang, kesemuanya dalam satu nada.39

Di jalan-jalan raya pula, mereka semua berdiri dalam barisan dua puluh hingga seratus orang dan serentak mereka membaca doa dan (berzanji) riwayat hidup Nabi dengan pergerakan yang perlahan-lahan kemudan menjadi lebih kuat sehingga mereka kelihatan lupa diri dan ada yang pengsan. kerana kepenatan.40

Dalam buku Napoleon and Islam41, terdapat catatan seperti berikut;

Agama Muhammad (Muhammadan) mempunyai banyak perayaan keagamaan dan begitu banyaknya bilangan masjid di mana orang-orang yang beriman pergi bersembahyang beberapa kali sehari. Perayaan (Festivals) disambut dengan penuh bercahaya di tempat ibadah (temple) dan di jalan-jalan dan kadang-kadang dengan tembakan bunga api.

Mereka juga ada perayaan (festivals) untuk kelahiran, perkahwinan dan berkhatan anak-anak mereka; yang terakhir ini mereka sambut dengan penuh bersemangat. Kesemua perayaan ini disambut dengan manifestasi luaran yang lebih hebat dari kita (orang-orang Kristian),

Upacara kematian cukup “majestik” dan kubur-kubur mereka adalah satu hasil seni bina yang indah dan mengkagumkan.

Seorang lagi orientalis Philip Hitti mencatatkan amalan-amalan orang-orang Islam pada

ketika itu.42

Selain memperkenalkan biara dengan cara amalan dalamnya, golongan sufi juga telah membuat lain-lain “sumbangan” ke dalam Islam. Mereka terbukti bertanggungjawab kemasukan subhah (biji tasbih) di kalangan orang-orang Islam. Hari ini hanya golongan Wahhabi yang tulin menolak subhah dan menganggapnya bid’ah. Ia (subhah) adalah berasal dari Hindu. Kemungkinan ia dipinjam oleh golongan Sufi dari orang-orang Gereja Kristian Timur dan bukan secara terus dari India. Semasa Perang Salib, subhah ini telah masuk ke golongan Roman Katolik di Barat. Lagi pula golongan Sufilah yang mengasas dan mempopularkan keagungan orang-orang alim (wali). Penghormatan ke atas orang-orang alim tidak dibenarkan dalam al-Quran. Ia mula wujud setelah mengikuti amalan orang-orang Kristian. Amalan ini bertujuan menyambut

39 Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari

Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999. hlm 280.

40 Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm 281.

41 Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm 279

42 Contoh yang dikemukakan oleh Hitti berkaitan dengan bid’ah dan amalan-amalan syirik yang berkembang pesat di kalangan orang-orang Islam disebabkan ajaran mistik. Petikan dari Muhammad ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hlm. 22

Ikan Busuk Dari Kepala | 20

www.rajaebookgratis.com

Page 21: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

panggilan mistik dan memenuhi keperluan menyambung hubungan antara manusia dengan Tuhan. Akhirnya, ajaran asal dikalangan golongan Sunni dan Syiah bahwa memuja orang-orang alim adalah syirik, menjadi cair.

Antara amalan Syiah yang lain yang juga dilakukan oleh golongan Ahlus-Sunnah adalah

amalan “membangunkan kubur”. Golongan Syiah berkeyakinan bahwa sesiapa saja yang

menziarahi atau ikut bersama membangunkan kubur imam, maka dia akan mendapat pahala

yang tidak berhenti-henti sepanjang masa dan mereka juga akan mendapatkan syafaat

Rasulullah (saw). Para penziarah tersebut mendapat pahala bagaikan pahala mengerjakan

tujuh puluh haji yang menghapuskan semua dosa. Ayatullah Khomeini mengungkapkan hal itu

dalam kitabnya “Kasyful Asraar”, yang menurut pendapat-pendapatnya itu bersumber daripada

Jafar Ash-Shadiq” (Kasyful Asrar).43 Sehubungan dengan itu Khomeini juga mempunyai

pandangan tersendiri mengenai Karbala, di mana terdapat kuburan Husain bin Ali bin Abi

Talib. Dia mengatakan, “Sesungguhnya tanah ini dapat membakar tujuh lapis tabir lebih tinggi

daripada tujuh lapis bumi, yang mempunyai kekhususan melebihi kubur Rasulullah” (Tahrir Al-Wasillah, Juz.1, hlm.141).44 Penganut Syiah mempunyai tradisi yang cukup terkenal, iaitu

menyelenggarakan hari perkabungan pada bulan Muharram setiap tahun, yang kemudian

disebut “haul”. Khomeini menjadikan adat kebiasaan itu sebagai ajaran pokok yang tidak boleh

ditinggalkan. Dalam hal ini Khomeini berkata, “Tradisi mengadakan perayaan “haul”

dilaksanakan Syiah di mana-mana. Tidak ada kekurangan apa pun dalam pelaksanaan

tersebarnya ajaran dan akhlak, memuliakan teladan keutamaan dan keluhuran budi pekerti

serta Dinullah”. Seterusnya Khomeini terus mengutarakan tentang keutamaan melaksanakan

“haul” tersebut, sambil menyebut bahwa Ahlus-Sunnah adalah Mazhab batil. “Kalau bukan

kerana “haul” tentu Syiah lenyap daripada peredaran. Dan kalau bukan kerana upacara yang

agung itu, pastilah tidak ada lagi dibumi ini ajaran agama yang benar seperti yang dipraktikkan

dalam mazhab Syiah”. Seterusnya Khomeini berkata berhubung dengan menziarah kubur,

“Sesungguhnya pahala yang akan diperolehi adalah pahala seribu nabi dan syahid”.45

Parayaan hari “haul” ini turut diamalkan di Malaysia oleh mereka yang mengaku Ahli Sunnah

wal-Jamaah.

Pengaruh Mu’tazillah Golongan Mu’tazilah ini bermula dari fahaman “takwilan” dalam bidang agama. Mereka

tidak wujud atas perjuangan politik seperti Syiah dan Khawarij. Mereka terpengaruh dengan

falsafah Yunani dan dapat diperhatikan dalam perdebatan-perdebatan mereka. Mereka

menggunakan ‘akal fikiran seratus peratus. Tetapi dengan perkembangan masa, mereka juga

akhirnya terjerumus dalam pergolakan politik. Mereka berjaya mempengaruhi dua orang

Khalifah Abbassiyyah, Al-Ma’mum (w.833M) dan Al-Mu’tashim (m. 833-42M). Fahaman ini

dimulai oleh Washil bin Atho Al-Ghozzal (w.131H), seorang murid Hasan al-Basri. Dia

meninggalkan gurunya dan terus membuka pengajiannya sendiri. Fahaman ini berkembang

sehingga sampai ke kurun ke-4H, terdapat seorang tokoh yang terkenal, Abu Al-Hassan Al-

43 Dr Mustofa Muhammad Asy-Syak’ah, Islam Tidak Bermazhab, hlm.209. 44 Ibid, hlm. 210 45 Ibid, hlm.211.

Ikan Busuk Dari Kepala | 21

www.rajaebookgratis.com

Page 22: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Asy’ari (w.324H). Beliau pada mulanya seorang yang berfahaman Mu’tazilah selama 40 tahun

tetapi akhirnya beliau keluar dari fahaman tersebut untuk kembali berpegang kepada fahaman

Ahlus-Sunnah Salafiyah.

Fahaman Mu’tazilah berkembang sehingga berjaya mempengaruhi Khalifah Umaiyyah

yang terakhir. Mereka cuba mempengaruhi Khalifah Harun Ar-Rashid tetapi tidak berjaya.

Akhirnya mereka berjaya mempengaruhi Khalifah Al-Ma’mun dan Khalifah Al-Mu’tashim untuk

menganut fahaman dan aqidah mereka. Antara fahaman mereka, yang menjadi pokok

pegangan dan melibatkan orang-orang awam, adalah bahwa “Al-Quran itu Makhluk”. Aqidah

ini dipegang dan diamalkan oleh Kerajaan Abbassiyyah pada ketika itu. Pihak pemerintah telah

memaksa semua rakyatnya supaya mengamalkan aqidah ini. Imam Ahmad bin Hanbal pada

ketika itu merupakan antara penentang fahaman ini. Fahaman ini berterusan semasa Khalifah

Mu’tashim dan anaknya Al-Watsiq. Hanya setelah Khalifah Al-Mutawakkil, barulah beliau

hapuskan fahaman ini dan menyinkirkan golongan Mu’tazilah dari istana Khalifah.46

Fahaman Mu’tazilah ini kemudiannya di tentang oleh pengikutnya sendiri, iaitu Abu Hasan

Asya’ari (w. 324H). Beliau yang bermula sebagai seorang yang berfahaman Mu’tazilah dan

berguru dengan Abu Hashim Al-Jubai Al-Mu’tazili, selama 40 tahun, akhirnya meninggalkan

fahaman tersebut dan berguru pula dengan Abdullah bin Sa’id bin Kullab al-Qaththan (w.340H)

dan dikenali dengan fahaman “Kullabiyyah”. Bersama dengan Ibnu Kullab, Abu Hasan

Asy’ariyyah memperkenalkan beberapa sifat Allah dalam tawhidnya yang kemudiannya

dikembangkan oleh pengikutnya menjadi “dua puluh”. Sehingga hari ini tawhid “sifat dua-

puluh” ini dipegang oleh golongan Asy’ariyyah termasuk yang di Malaysia.

Abu Hasan Asy’ariyyah akhirnya meninggalkan fahaman “Kullabiyyah” ini dan kembali

kepada fahaman Salafiyyah. Beliau telah meninggalkan semua ajaran-ajarannya yang

terdahulu. Abu Hasan Asy’ari telah merakamkan fahaman salafiyahnya dalam Kitab al-Ibanah, Risalah ila Ahli Tsaghar dan Maqalat Islamiyyi. Tetapi golongan Asy’ariyyah enggan

menerima bahwa buku-buku tersebut ditulis oleh Abu Hassan Asy’ariyyah sebaliknya menuduh

golongan Salafiyyah yang mengarangnya dan meletakkan atas nama Abu Hasan Asy’ari.

Malangnya, mereka yang berpegang kepada fahaman Asy’ariyyah ini masih kekal dalam

fahaman fasa keduanya. Ini dapat dilihat dari kalangan Asy’ariyyah dan golongan tua yang

masih mempelajari sifat dua puluh sebagai pelajaran utama dalam aqidah tawhid mereka

walaupun disekolah-sekolah dan di Universiti-universiti dalam dan luar negeri, mereka telah

mempelajari Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma was-Sifat.

Golongan Asy’ariyyah ini berpegang dengan kata-kata; “Fiqh kami fiqh Syafi'i, aqidah kami

aqidah Asy'ariyah, tarekat kami tarekat Naqsyabandiyah”. Di Malaysia fahaman ini masih kuat

dan diterajui oleh mereka yang memengang tumpuk kepimpinan dalam agama. Mereka sangat

memusuhi golongan sunnah/salafi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang

perkembangan aliran sunnah/salafi ini dengan memberi label-label seperti “Wahhabi” dan

dikaitkan pula dengan kesesatan dan keganasan.

Budaya Melayu dan Islam

46 Dr Mustofa Muhammad Asy-Syak’ah, Islam Tidak Bermazhab, hlm.407-422.

Ikan Busuk Dari Kepala | 22

www.rajaebookgratis.com

Page 23: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Sejak sekian lama, (amalan-amalan) umat Islam di Malaysia ini mengatakan mereka

bermazhab Syafiiyah. Dan pegangan kepada mazhab ini sangat kuat sehingga ada kata-kata

bahwa seseorang yang berpegang kepada sesuatu mazhab tidak boleh menukar mazhab

dengan berbagai tafsiran diberi berhubungan perkara ini. Ada yang mengharamkan tukar

mazhab, ada yang membolehkan dalam hal-hal tertentu seperti semasa mengerjakan ibadah

haji di Mekkah. Tetapi pada umumnya umat Islam di Malaysia dan di Nusantara adalah

bermazhab Syafiiyah.

Mazhab Syafiiyah di Malaysia juga dikaitkan dengan beberapa amalan yang telah menjadi

amalan turun-temurun umat Islam di Malaysia, antaranya adalah amalan-amalan yang

berhubungan dengan kematian, solat dan puasa, amalan-amalan haji, amalan-amalan dalam

perkahwinan dan kelahiran dan lain-lain yang telah menjadi kepercayaan dan dikatakan

budaya umat Melayu-Islam di Malaysia. Begitulah juga dalam amalan-amalan yang berkaitan

dengan mencari nafkah hidup. Apabila hendak pergi kelaut untuk menangkap ikan, ada

amalannya dan seruannya. Apabila hendak memulakan sawah bendang, ada amalan dan

seruannya. Lalu budaya Melayu kuno (animisma) yang telah bercampur dengan pengaruh

Hindu-Budha dan kemudian bercampur dengan Islam Syiah dan Islam Sunni maka jadilah ia

Islam Nusantara yang mereka pada hari ini sangat banggakan dan mempertahankan

bersungguh-sungguh.

Dalam budaya makan, umat Islam di Malaysia sangat sensitif dengan budaya selain

Melayu. Jadi memakan dengan chopstick (sepit) merupakan memakan cara “kafir”, tetapi

memakan dengan sudu dan garfu pula diterima dan tidak dikatakan cara kafir. Dalam

berpakaian pula, mesti memakai pakaian Melayu bila menghadiri majlis-majlis berkaitan

dengan agama Islam sehingga apabila seseorang yang bukan Islam memeluk Islam, dia

dikatakan telah “masuk Melayu”. Kemudian dia dikehendaki memakai baju Melayu dan

meninggalkan semua budayanya yang dahulu termasuk pakaiannya dan perhubungannya

dengan ahli keluarganya yang bukan Islam sehingga ia menjadi renggang. Mereka yang

memeluk Islam pula diberi gelaran “mat aloh” dan kini sebagai “saudara baru”. Keadaan

sebegini berterusan cukup lama sehingga ia merupakan amalan-amalan dan kepercayaan

agama yang tidak boleh ditinggalkan.

Apabila Islam di kaitkan dengan bangsa Melayu, maka segala budaya dan amalan orang-

orang Melayu sebelum Islam menjadi amalan dalam Islam. Tetapi amalan-amalan tersebut

telah melalui asimilasi budaya setempat (yang bukan Islamik) dengan Islam. Inilah yang

dikatakan “Islamisasi” yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melaka dahulu. Islam yang

datang ke Nusantara bukan mengubah orang Melayu dari amalan-amalan Melayu kepada

amalan-amalan Islam, tetapi ia hanya mengambil wajah-wajah Islam secara luaran sahaja.

Tetapi roh dan semangat Melayu masih kekal. Itulah pada masa pemerintahan Islam di

Melaka, undang-undang Islam hanya pada namanya sahaja. Pelaksanaannya sangat jauh dari

praktikalnya. Yang praktikalnya masih budaya dan adat-adat Melayu kuno. Jadi apa yang

berlaku adalah Melayu telah menguasai Islam bukan Islam yang menguasa Melayu. Ini dapat

kita lihat sehingga hari ini, apabila undang-undang Islam diletakkan di bawah “Agama Islam

dan Adat Istiadat Melayu”.

Bila kita memperkatakan adat-istiadat Melayu atau budaya Melayu, apakah budaya dan

Ikan Busuk Dari Kepala | 23

www.rajaebookgratis.com

Page 24: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

adat Melayu itu? Pernahkah kita merenung kembali sejarah Semenanjung Tanah Melayu dan

Nusantara kita ini? Islam mula berkembang di Tanah Melayu hanya pada sekitar tahun 1400M.

Ini bererti Islam di Tanah Melayu baru berumur 600 tahun. Sebelum itu, orang Melayu

beragama Hindu dan Buddha dan sebelum itu pula beragama animisma dengan berbagai

kepercayaan hantu-jembalang termasuklah memuja “pohon-pohon” serta berbagai

kepercayaan yang berkaitan dengan mencari nafkah hidup seperti semangat padi, penunggu

gua-gua dan hutan-hutan, puja pantai dan sebagainya. Kepercayaan ini masih kekal sehingga

hari ini dalam bentuk “hantu”, “toyol”. Sudah pasti kepercayaan animisma ini adalah syirik. Jika

ini merupakan budaya Melayu, maka ini adalah budaya syirik. Kemudian datang pula agama

Hindu dan Buddha. Kedua-dua agama ini juga agama syirik. Orang Melayu kemudian

menyerap agama Hindu-Budha dengan kepercayaan animisma mereka. Kedua-dua agama ini

telah bergabung dengan agama animisma dan mempengaruhi corak hidup orang-orang

Melayu di “Semenanjung Tanah Melayu” sehingga terbentuk sebuah budaya Melayu yang

merangkumi amalan-amalan agama Hindu, Buddha dan animisma. Selepas hampir 500 tahun

kemudian barulah datangnya agama Islam, iaitu agama yang terkemudian sekali sampai ke

Tanah Melayu.

Jika amalan Melayu dahulu menyeru kepada roh-roh yang ghaib dengan bacaan-bacaan

Melayunya, kini masih terdapat amalan yang sama tetapi diberi wajah Islam dengan menyeru

kepada wali-wali, penghuni-penghuni kubur-kubur orang alim dengan bacaannya dalam

bahasa Arab. Kitab-kitab Arab menjadi bacaan umat Islam walaupun mereka tidak memahami

bahasa Arab, asalkan bunyinya Arab ia sudah Islam. Maka kitab-kitab seperti kitab “Barzanji”,

kisah-kisah “Nur Muhammad” menjadi kitab yang wajib dalam mana-mana majlis keramaian

seperti perkahwinan, kelahiran, berkhatan dan sebagainya. Oleh kerana amalan-amalan ini

dibawa oleh tok-tok guru, maka orang awam hanya menerimanya sebagai amalan dalam

Islam. Apa yang tok-tok guru kata, mestinya benar dan ia merupakan ajaran yang benar.

Lebih-lebih lagi jika dikatakan tok-tok guru tertentu telah menetap di Mekkah atau Madinah

berpuluh tahun. Oleh itu orang awam yang tidak tahu apa-apa menerima semua itu sebagai

ajaran Islam yang benar.

Kita harus ingat bahwa yang membawa agama Islam ke Tanah Melayu bukan sahaja terdiri

dari peniaga-peniaga Arab (mereka tidak mempunyai budaya Melayu, mahupun budaya Hindu

dan lain-lain), tetapi peniaga-peniaga dari Gujerat India dan China. Peniaga-peniaga ini juga

telah memeluk Islam setelah Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Ini bererti

pedagang-pedagang dari India yang beragama Islam, sebenarnya Islam mereka juga telah

melalui asimilasi dengan budaya setempat mereka. Kemudian Islam yang telah diasimilasikan

dengan budaya setempat inilah yang sampai pula ke Tanah Melayu dan bergabung dan

bercampur pula dengan budaya setempat. Kita boleh bayangkan berapa banyaknya peringkat

asimilasi yang telah dilalui oleh Islam untuk sampai ke Nusantara ini.

Di Semenanjung Tanah Melayu pula orang-orang Melayu memasukkan budaya setempat

ke dalam agama Islam setelah mereka memeluk Islam tetapi mereka masih mengekalkan

budaya setempat mereka. Kita hanya boleh merumuskan bahwa budaya itulah yang

mempengaruhi Melayu pada ketika kedatangan Islam. Iaitu berlakunya asimilasi antara

amalan animisma, budaya Hindu dan budaya Budha dengan Islam lalu terhasillah “Islam

Nusantara” yang sangat dibanggakan oleh golongan Syafiiyah, Asya’iyyah dan Tariqat di

Ikan Busuk Dari Kepala | 24

www.rajaebookgratis.com

Page 25: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

Malaysia.

Rumusan Kebanyakan umat Islam di Nusantara ini tidak pernah memberi perhatian terhadap sejarah

bangsa dan agamanya. Dia tidak pernah mempersoalkan dari manakah amalan-amalan yang

dia amalkan sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam. Dan adakah Islam

yang dia amalkan itu benar-benar Islam yang telah disampaikan oleh Nabi (saw) dan seperti

mana diikuti pula oleh para sahabat baginda. Sebaliknya ramai umat Melayu-Islam menerima

Islam dengan bertaklid secara keseluruhannya, lalu apa yang disampaikan oleh tok-tok

gurunya akan diterimanya sebagai benar. Malah tok-tok gurunya juga telah menerima ilmu

Islam itu dari tok-tok gurunya pula. Maka Islam sedemikian inilah yang di turunkan dari satu

generasi ke satu generasi dan diikuti secara taklid buta. Itulah Islam yang telah diwarisi oleh

umat Melayu. Amalan sedemikian juga sedang diteruskan oleh generasi hari ini.

Sebenarnya, penerimaan Islam secara taklid dari tok-tok guru semasa Islam baru

berkembang di Tanah Melayu tidak dapat dielakkan. Pada ketika itu, itulah sahaja ilmu Islam

yang sampai kepada orang Melayu yang rata-rata tidak begitu pandai membaca dan menulis.

Segelintir yang boleh membaca dan menulis akan menjadi guru kepada masyarakat yang

umumnya buta huruf. Oleh itu apa yang mereka terima dan sampaikan pula kepada generasi

seterusnya itulah yang benar dan mereka lakukan dengan penuh keikhlasan. Dengan itu kita

percaya bahwa Allah yang MahaAdil akan menilai amalan mereka itu dengan penuh keadilan.

Pada hari ini keadaan telah berubah. Ramai golongan Melayu-Islam yang telah pergi ke

luar negara untuk menerima Islam. Mereka mampu meneliti kitab-kitab asal yang ditulis

semenjak zaman para sahabat lagi dan zaman tabiin dan tabiut-tabiiin. Mereka telah mampu

menilai semula semua yang sedang di amalkan oleh generasi hari ini yang telah mewarisi dari

generasi terdahulu. Bukan itu sahaja, malah kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama yang

terdahulu juga telah ditahqiq semula oleh ulama-ulama yang terkemudian. Mereka telah

melakukan penapisan dan membuat catatan-catatan khususnya tentang hadits-hadits yang

dimuatkan di dalam kitab-kitab yang terhadulu. Usaha mereka ini sangat baik dan harus

disanjung.

Sebenarnya meneliti dan mengkaji amalan-amalan, khususnya yang berkait dengan tawhid

dan ibadah perlu dilakukan dari masa ke semasa. Itulah sebabnya Nabi (saw) pernah

bersabda yang bermaksud bahwa setiap seratus tahun Allah akan utuskan seorang hamba-

Nya yang akan membantu membaharui atau membetulkan amalan agama Islam ini47 dari

sebarang penyelewengan, bid’ah dan kurafat yang boleh membawa kepada syirik. Kerana

Allah lebih mengetahui bahwa manusia akan melakukan perkara tersebut; secara sedar

mahupun tidak sedar. Itulah sebabnya pada zaman sebelum Nabi Muhammad (saw), Allah

mengutuskan para nabi dan rasul seorang demi seorang. Semata-mata untuk membetulkan

akidah manusia yang telah terseleweng dari ajaran para nabi dan rasul yang terdahulu. Maka

47 “Pada setiap akhir seratus tahun, Allah akan mengutus seorang bagi ummah-Nya yang akan

membaharui (atau reformasi) bagi perkara-perkara berkenaan agama-Nya.” Hadits riwayat Abu Dawud (3740). Hadis ini disahkan oleh al-Albani dalam Silsilat al-Albani as-Sahihah (599)

Ikan Busuk Dari Kepala | 25

www.rajaebookgratis.com

Page 26: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

setelah sampai kepada Nabi Muhammad (saw) yang merupakan Nabi yang terakhir dan tiada

lagi nabi atau pun rasul selepasnya, bagaimanakah penyelewengan dalam agama akan

diperbetulkan? Maka disinilah Allah mengutuskan orang-orang tertentu setiap seratus tahun

sebagai mujaddid, yang akan membetul dan mengembalikan agama Islam kepada landasan

asalnya dari mana ia telah diselewengkan; iaitu dengan kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah

sepertimana difahami oleh para sahabat (rah).

Penyelewengan ini biasanya berlaku akibat dari adaptasi (hasil dari qiasan) dan asimilasi

budaya setempat dengan ajaran Islam. Dalam bab ini, ulama berbeza pendapat sejauh

manakah budaya dan adat setempat ini,48 boleh diterima sebagai sumber tambahan dalam

hukum Islam. Ada yang menolaknya terus dan ada yang menerimanya tetapi dengan bersyarat

yang antaranya ia tidak bertentangan dengan dalil syarak, tidak menghalalkan yang haram dan

tidak membatalkan yang wajib. Oleh itu boleh dikatakan Islam telah menetapkan bahwa ada

perkara-perkara yang qat’i iaitu tetap dan tidak boleh berubah, khususnya hal-hal yang

berkaitan dengan Aqidah, Ibadah dan Akhlak dan ada perkara-perkara yang zanni, iaitu yang

boleh berubah seperti ekonomi dan politik tetapi masih tetap tertakluk kepada syarat bahwa ia

tidak bertentangan dengan apa yang telah dihalalkan atau yang telah diharamkan oleh Allah.

Dengan itu bolehlah kita meneliti apa yang kita sebut sebagai “budaya Melayu” yang kita telah

warisi dari generasi terdahulu itu.

Umat Melayu-Islam hari ini juga harus menerima hakikat bahwa agama Islam hari ini lebih

luas penjelasannya berbanding zaman awal kurun ke-19 dan ke-20 yang lepas. Pada ketika itu

Islam yang sampai ke Tanah Melayu masih lagi berdasarkan ajaran-ajaran tok-tok guru yang

balik dari Timur Tengah dan mendirikan pondok-pondok dengan membawa balik ajaran yang

mereka terima semasa mereka berada di Mekkah mahupun di Tanah Arab.

Harus diketahui bahwa pada ketika itu pemahaman mazhab sangat kuat. Sehingga tahun

1920an, Masjidil Haram masih solat fardhu dilakukan dengan menggunakan empat imam. Iaitu

setiap mazhab tidak akan solat di belakang imam mazhab lain. Ia akan hanya solat dibelakang

imam mazhabnya sahaja.49 Keadaan ini berlaku di Masjidil Haram, Mekkah. Taksub mazhab

ini menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam yang berterusan sehingga hari ini.

Hanya pada tahun 1924 barulah kerajaan Arab Saudi (hari ini)50 yang berkuasa membatalkan

amalan tersebut dan semua jemaah solat hanya dibelakang satu imam. Walaupun demikian

masih terdapat sebahgian umat Melayu-Islam hari ini yang mengerjakan umrah atau haji yang

tidak solat di Masjidil Haram kerana perbezaan mazhab dengan mereka. Begitulah apabila

berlakunya taksub mazhab. Perpaduan dan persuadara di dalam Islam boleh diketepikan.

Walaupun kini di Arab Saudi telah terdapat pusat-pusat pengajian rasmi seperti Universiti

Madinah, Universiti Ibnu Saud, Universiti Umul Qura, Universiti Riyadh dan lain-lain tetapi

48 Begitulah juga ia berlaku kepada semua masyarakat di dalam dunia ini; iaitu penggabungan

pengaruh baru dengan amalan sedia ada – samada dalam bidang agama atau sosialisma. 49 Dr Ameena Bilal Philip, The Evolution of Fiqh, hlm. 50 Harus diingat sebelum 1924, Mekkah dikuasai oleh Syarif Hussein, iaitu keturunan raja

Jordan sekarang, bukan dikuasai oleh keluarga Saud. Faisal hanya menakluk Mekkah pada tahun 1924 setelah Syarif Hussein memberontak terhadap kerajaan Othmaniyyah dan kemudian beliau mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah setelah kejatuhan Kerajaan Othmaniyyah.

Ikan Busuk Dari Kepala | 26

www.rajaebookgratis.com

Page 27: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

masih terdapat lagi tempat-tempat ajaran “tarikat” yang tidak rasmi di sekitar Mekkah dan ada

juga umat Islam yang belajar dari guru-guru tarikat tersebut. Mereka kembali dengan ijazah

bahwa mereka telah tinggal di Mekkah beberapa tahun dan belajar dengan tok-tok guru secara

talaqqi. Orang Melayu-Islam apabila mendengar bahwa orang ini pernah tinggal di Mekkah,

sudah cukup itu sebagai ijazah untuk digelar sebagai ustaz atau sheikh yang hebat. Apa yang

diajar oleh ustaz atau sheikh tersebut tidak akan di soal atau disemak samada bertepatan

dengan nas al-Qur'an dan Sunnah Nabi (saw), sebaliknya akan diterima bulat-bulat sebagai

ajaran yang benar.

Pemikiran sebegini harus dibuang. Ia bukanlah kaedah yang baik dalam mencari ilmu

agama. Mencari ilmu hendaklah secara berinteraksi. Mesti berlaku soaljawab antara guru dan

murid. Di samping itu, seorang murid hendaklah menuntut supaya apa yang dia dengar itu

disertai dengan nas atau bukti dari al-Quran dan hadits yang sahih dan dari amalan para

sahabat. Membaca kitab-kitab yang ditulis oleh ulama sangat baik tetapi kandungan kitab itu

sendiri hendaklah disahkan betul berdasarkan nas yang sahih. Hanya dengan cara sebegini

baru umat Islam dapat membersihkan ajaran Islam dari sebarang campuran atau asimilasi dari

“budaya Melayu” yang bertentangan dengan Syarak.

Mungkin ada yang akan mengatakan untuk melakukan sebegitu adalah sesuatu yang

sukar bagi kita orang awam. Tetapi adakah orang yang mampu memperolehi ijazah dalam

bidang sains, ekonomi, kedoktoran, undang-undang tidak mempu mempelajari agamanya

yang akan menyelamatkannya di dunia dan di akhirat? Apakah orang awam yang berkelulusan

SPM juga tidak mampu mempelajari agamanya? Sudah semestinya bagi setiap manusia yang

sudah akhir-baligh, yang mampu untuk berdikari dan mendirikan rumah tangga, sudah pasti

dia mampu mengetahui agamanya. Dia mampu bertanya dan mencari yang benar dan yang

sahih. Sekiranya usahanya itu dilakukan dengan penuh keikhlasan mencari kebenaran dalam

agama, lalu dia meninggal dunia, maka Allah akan menilainya sekadar kemampuannya itu.

Sebaliknya jika dia mempunyai masa untuk mencari nafkah hidup dan ada yang

mempunyai banyak masa untuk berhibur, bererti dia sememangnya mempunyai masa untuk

mempelajari agamanya. Tetapi dalam hal agamanya dia hanya bertaqlid buta kepada amalan

orang ramai atau kepada tok-tok guru tertentu tanpa mahu bersungguh dalam mencari

kebenaran dalam agamanya. Dia melihat dirinya sudahpun Islam dan setahunya ibu-bapanya

juga Islam. Jadi apa yang dilakukan dan diamalakan oleh ibu-bapanya itulah yang benar. Maka

dengan itu tidak perlulah mencari atau mempelajari lagi kerana yang ada pada dia itu adalah

yang benar.

Jika dalam kes-kes tertentu seseorang itu akan bertanya perkara-perkara yang dia tidak

tahu, kenapa pula dalam hal-hal agama dia tidak mahu bertanya? Kononnya kita orang awam,

turut sahaja tok-tok guru atau ustaz-ustaz kerana kononnya kita tidak mampu memahami hal-

hal agama. Kenyataan seperti ini sangat lemah dan menggambarkan sikap tidak kisah dalam

hal agama. Padahal di Universiti kita di ajar supaya mengkaji dan menganalisa sesuatu

kenyataan secara ilmiah supaya kita menjadi orang yang benar-benar mengetahui apa yang

kita lakukan nanti. Di universiti kita dilatih supaya menjadi kritikal tetapi dalam hal agama dia

menjadi seorang yang cukup pasif dan penakut. Islam yang Allah sampaikan kepada manusia

bukanlah sesuatu yang di luar kemampuan manusia untuk berfikir, memahami dan

Ikan Busuk Dari Kepala | 27

www.rajaebookgratis.com

Page 28: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

mengamalkan. Allah tidak akan membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu

pikul (al-Baqarah 2:286; 23:62). Hanya manusialah yang membebankan dirinya apabila

mengikuti sesuatu ajaran yang menyusahkan secara bertaqlid, walaupun dia sedar bahwa ada

yang tidak kena dengan ajaran gurunya itu tetapi dia tetap bertaqlid. Sebenarnya apa-apa

yang meragukan ‘akal, ia mesti dipersoalkan dan berhati-hati dengannya. Kerapkali ia bukan

dari ajaran agama Islam.

Jika manusia hari ini mempunyai piawaian dalam kerja harian mereka, tetapi Islam telah

lama mempunyai piawaiannya. Allah telah sebut piawaian-Nya dalam banyak ayat-ayat-Nya

yang antaranya: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya),

dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,

Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-

benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama (bagimu)

dan lebih baik akibatnya”. (surah an-Nisa 4:59); juga dalam ayat “. . . yang akan membaca

ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (al-Qur'an) dan al-Hikmah

(sunnah) serta mensucikan mereka. . .” (al-Baqarah 2:129); “. . . Marilah mengikuti apa yang

diturunkan Allah dan mengikuti Rasul”. . .” (al-Maidah, 5:104). Dan di dalam beberapa hadis

yang antaranya Nabi (saw) telah telah meletakkan piawaiannya:

“Inilah jalan Allah yang lurus, lalu beliau membuat garis-garis di samping kanan dan kirinya kemudian bersabda, “Inilah jalan-jalan yang sesat, tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya, kemudian beliau membaca firman Allah: ‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa”. (surah al-An’am:153) – Hadis sahih riwayat Ahmad dan an-Nasai.51

Dan di dalam hadis lain;

Dari Hudzaifah bin Al Yaman, beliau berkata: orang-orang bertanya kepaada Rasulullah (saw) tentang kebaikan sedangkan aku bertanya kepadanya tentang keburukan kerana takut jangan-jangan menimpaku, Maka aku bertanya wahai Rasulullah kami dahulu berada di zaman jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah memberikan kami kebaikan ini, apakah setelah kebaikan ini ada keburukan? Beliau menjawab; Ya. Aku bertanya dan apakah setelah keburukan itu ada kebaikan? Beliau menjawab; Ya. Dan ada padanya kabut (dakhon), aku bertanya lagi, apa kabut (dakhon)nya tersebut, beliau menjawab: satu kaum yang mengikuti contoh teladan selain sunnahku, dan mengambil petunjuk selain petunjukku, kamu menganggap baik dari mereka dan kamu pun mengengkarinya, aku bertanya lagi; apakah setelah kebaikan itu ada keburukan lagi, beliau menjawab; Ya. Para dai yng mengajak ke pintu-pintu neraka (jahannam), barangsiapa yang menerima ajakan mereka, nescaya mereka terjerumus ke dalam neraka. Aku bertanya lagi; wahai Rasulullah berilah tahu kami sift-sifat mereka? Beliau menjawab: Mereka dari kaum kita dan berbicara dengan bahasa kita, aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah apa yang engkau

51 Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka al-

Kautsar, 1415H. hlm.vii. hlm.35.

Ikan Busuk Dari Kepala | 28

www.rajaebookgratis.com

Page 29: Bab 2 Dari Mana Budaya Melayu - sim.smpn1lamongan.sch.id · Selain melanggar pantang larang, yang boleh menyebabkan penyakit, penyakit juga disebabkan oleh “buatan orang”. Semua

Bab 2 - Dari Mana Budaya Kita

perintahkan kepadaku jika aku menemuinya? Beliau menjawab: Berpegang teguhlah pada jemaah Muslimin dan Imamnya. Aku bertanya lagi: bagaimana jika tidak ada jamaah maupun imam? Beliau menjawab : hindarilah semua kelompok-kelompok itu, walaupun dengan menggigit pohon pokok hingga kematian menjemputmu dalam keadaan seperti itu. - HR Bukhari.

Juga di dalam Hadis Abu Daud;

“Maka kewajipan kamu adalah memengang teguh sunnahku dan sunnah Khulafa’ Arrasyidin yang terbimbing. Peganglah erat-erat sunnah-sunnah itu dan hindarilah olehmu segala hal yang baru. Sebab setiap hal yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap yang sesat di dalam neraka”. - HR Abu Daud.52

Islam yang Allah sampaikan melalui Nabi-Nya adalah untuk membetulkan akhlaq manusia

berasaskan al-Quran dan Sunnah. Kemudian bagaimana pula al-Qur'an dan Sunnah itu

ditafsirkan mestilah mengikuti amalan para sahabat radhiallahu anhum. Oleh itu al-Quran dan

Sunnah dan amalan para sahabat seharusnya merupakan standard atau “benchmark” atau

kayu pengukur untuk menilai dan menentukan supaya setiap amalan yang diamalkan oleh

umat Islam sentiasa berada pada landasan yang betul (jalan yang lurus). Ia merupakan satu

“ISO” yang setiap umat Islam sentiasa merujuk.

;

52 Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bid’ah, Dr. Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka al-

Kautsar, 1415H. hlm.vii.

Ikan Busuk Dari Kepala | 29

www.rajaebookgratis.com