bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

28
BAB 2 STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

Upload: rafidah-arshad

Post on 29-Jun-2015

1.458 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

biologi tingkatan 4 bab 2

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

BAB 2

STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL

Page 2: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas dikenali sebagai SEL

• Sel biasanya digambarkan sebagai 'unit hidup', atau binaan blok-blok dimana benda-benda hidup dihasilkan.

• Sel menjalankan fungsi-fungsi tertentu yang memberi kehidupan kepada organisma.

2.1 STRUKTUR DAN FUNGSI SEL2.1 STRUKTUR DAN FUNGSI SEL

Page 3: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Dengan menggunakan mikroskop berteknologi tinggi, saintis dapat memerhatikan komponen sel dengan lebih terperinci.

• ORGANEL: Struktur yang terdapat di dalam sitoplasma dan melakukan sesuatu fungsi khusus.

• Antara organel yang terdapat di dalam sel ialah nukleus, mitokondria, kloroplas, vakuol, ribosom, lisosom dan jasad golgi

• Sesetengah organel hanya dapat dilihat di bawah mikroskop elektron.

Page 4: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

STRUKTUR SEL HAIWANSTRUKTUR SEL HAIWAN

Page 5: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

STRUKTUR SEL TUMBUHANSTRUKTUR SEL TUMBUHAN

Page 6: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Organel yang besar, tumpat dan berbentuk sfera.

• Dilingkungi oleh membran nukleus yang mengandungi nukleoplasma dan struktur sfera gelap yang disebut nukleolus (nucleolus).

• Kromatin (chromatin) ialah keadaan kromosom semasa sel tidak membahagi dan terkandung didalam nukleoplasma. (membawa maklumat genetik)

• Sangat penting kepada sel dalam mengawal segala aktiviti sel.

NUKLEUSNUKLEUS NUKLEUSNUKLEUS

Page 7: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Mitokondrion (mitochondrion) adalah organel kecil berbentuk sfera atau silinder, dan terlibat dalam respirasi sel.

• Respirasi sel - membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion.

• Tenaga yang dibebaskan akan disimpan dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat) dan sedia digunakan oleh sel.

MITOKONDRIONMITOKONDRION MITOKONDRIONMITOKONDRION

Page 8: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Jaringan membran berlipat yang membentuk tubul yang saling berhubungan bersambung secara fizikal dengan membran nukleus.

• Terdapat 2 jenis jalinan endoplasma:

- Jalinan Endoplasma kasar ( Rough Endoplasmic Reticulum) - Jalinan Endoplasma licin (Smooth Endoplasmic Reticulum)

JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA

Page 9: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• JALINAN ENDOPLASMA KASAR (rough endoplasmic reticulum, RER)

• Mempunyai ribosom pada permukaannya, dan mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.

• Protein yang dirembes keluar daripada jalinan endoplasma kasar dibungkus dalam vesikel.

• Protein kemudiannya diangkut dari satu bahagian sel ke bahagian sel yang lain.

JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA

Page 10: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• JALINAN ENDOPLASMA LICIN (Smooth endoplasmic reticulum, RER)

• Jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom pada permukaannya.

• Merupakan tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksikan dadah dan racun.

JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA JALINAN ENDOPLASMAJALINAN ENDOPLASMA

Page 11: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Organel berbentuk sfera yang terdapat pada permukaan jalinan endoplasma kasar (rough endoplasmic reticulum) atau wujud sebagai ribosom bebas dalam sitoplasma (cytoplasm).

• Terdiri daripada asid ribonukleik (RNA) dan protein. Sintesis protein seperti enzim berlaku dalam ribosom.

• Ribosom menggunakan maklumat yang terkandung dalam krmosom untuk menghasilkan protein.

RIBOSOMRIBOSOM RIBOSOMRIBOSOM

Page 12: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Terdiri drpd 1 timbunan kantung pipih yg berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein.

• Vesikel angkutan yang membawa hasil seperti protein daripada jalinan endoplasma kasar bergabung dengan membran jasad Golgi dan protein masuk ke dalam ruang membran.

JASAD GOLGIJASAD GOLGI JASAD GOLGIJASAD GOLGI

Page 13: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Protein tersebut diubah suai disepanjang perjalanannya melalui jasad Golgi.

• Jasad Golgi kemudiannya akan mengasingkan hasil-hasil ini dan membungkusnya ke dalam vesikel rembesan.

• Vesikel rembesan yang mengandungi bahan ini menggenting daripada membran jasad Golgi dan menuju ke bahagian sel yang lain atau ke membran plasma.

• Vesikel rembesan kemudian bergabung dengan membran plasma sebelum merembes kandungannya keluar daripada sel.

JASAD GOLGIJASAD GOLGI JASAD GOLGIJASAD GOLGI

Page 14: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel
Page 15: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Kantung bermembran yang mengandungi enzim hidrolisis (hydrolylic enzymes).

• Enzim ini menguraikan bahan organik yang kompleks seperti protein, lipid, polisakarida, dan asid nukleik dan menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan.

• Pada sesetengah organisma, lisosom bergabung dengan vakuol makanan untuk merembeskan enzim ke dalam vakuol bagi mencernakan kandungan dalam vakuol.

• Hidrolisis makanan oleh enzim menghasilkan nutrien untuk kegunaan sel. Lisosom juga mencernakan bakteria dengan menguraikan dinding sel bakteria.

LISOSOMLISOSOM LISOSOMLISOSOM

Page 16: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel
Page 17: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Kantung berisi cecair yang dikelilingi oleh membaran separa telap yang disebut tonoplas (tonoplast).

• Cecair yang terkandung di dalam vakuol disebut sap sel (cell sap).

• Sel tumbuhan yang tipikal mempunyai vakuol bersaiz besar manakala sel tumbuhan muda mempunyai banyak vakuol bersaiz kecil.

VAKUOLVAKUOL VAKUOLVAKUOL

Page 18: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Mikroorganisma air tawar seperti paramecium sp. mengandungi vakuol mengecut dan vakuol makanan. Vakuol mengecut terlibat dalam pengawal-aturan keseimbangan air dalam organisma ini.

• Sap sel (cell sap) dalam vakuol mengandungi air, asid organik, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan, dan hasil sampingan metabolisme. Sap sel juga menyokong tumbuhan herba supaya tidak mudah layu.

Page 19: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Sentriol (centrioles) ialah sepasang struktur silinder kecil yang terletak di luar nukleus.

• Sentriol terdiri daripada susunan mikrotiub yang kompleks. Sentriol membentuk gentian gelendong semasa pembagian sel dalam sel haiwan.

• Sentriol tidak terdapat dalam sel tumbuhan.

SENTRIOLSENTRIOL SENTRIOLSENTRIOL

Page 20: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Kloroplas (chloroplast) berbentuk bujur.

• Struktur membran dalam kloroplas mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil (chlorophyll). Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga kimia semasa fotosintesis (photosynthesis).

• Klorofil memberikan warna hijau kepada tumbuhan.

KLOROPLASKLOROPLAS KLOROPLASKLOROPLAS

Page 21: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Sitoplasma (cytoplasm) ialah bahagian antara nukleus dan membran plasma yang terdiri daripada bahan seperti jeli, tempat organel sel terbenam.

• Sitoplasma mengandungi sebatian organik serta sebatian tak organik yang bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dam sel.

• Sitoplasma turut membekalkan organel dengan bahan keperluan yang diperoleh daripada luar sel.

SITOPLASMASITOPLASMA SITOPLASMASITOPLASMA

Page 22: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Membran yang terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel dikenali sebagai membran plasma (plasma membrane).

• Membran plasma membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar. Membran plasma adalah separa telap dan bersifat telap memilih.

• Membran ini mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel.

MEMBRAN PLASMAMEMBRAN PLASMA MEMBRAN PLASMAMEMBRAN PLASMA

Page 23: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma tumbuhan.

• Terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar.

• Telap terhadap semua jenis bendalir kerana mempunyai liang-liang seni yang membolehkan pergerakan bebas bahan antara bahagian luar dan dalam sel.

• Memberikan bentuk yang tetap serta sokongan dan perlindungan kepada sel tumbuhan juga melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak.

DINDING SELDINDING SEL DINDING SELDINDING SEL

Page 24: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel
Page 25: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

Membandingkan struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Membandingkan struktur sel haiwan dan sel tumbuhan

Sel haiwan Sel haiwan Sel tumbuhan Sel tumbuhan

Persamaan Persamaan

Kedua-dua sel haiwan dan tumbuhan mempunyai membran

plasma, sitoplasma, nukleus, jalinan endoplasma, jasad golgi, ribosom

dan mitokondrion

Page 26: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

Perbezaan Perbezaan

Sel haiwan Sel tumbuhan

Tidak tetap Bentuk Tetap

Tiada Dinding sel Ada

Tiada Kloroplas Ada

Jika wujud ia adalah besaiz kecil dan bertabur secara rawak di dalam sel

Vakuol Ada 1 atau beberapa vakuol yang besar diisi dengan sap sel

Ada Lisosom Biasanya tiada

Ada Sentriol Tiada

Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen

Penyimpanan makanan

Karbohidrat disimpan dalam bentuk kanji

Page 27: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel

• Haiwan dan tumbuhan terdiri daripada pelbagai jenis sel yang menjalankan pelbagai jenis fungsi.

• Kepadatan sesuatu organel di dalam sesuatu sel berkait dengan fungsi khusus sel tersebut.

• Cth: Sel pankreas berfungsi mensintesis dan merembes hormon mempunyai kepadatan jalinan endoplasma kasar berbanding sel lain.

KEPADATAN ORGANEL DALAM SEL KHUSUSKEPADATAN ORGANEL DALAM SEL KHUSUS KEPADATAN ORGANEL DALAM SEL KHUSUSKEPADATAN ORGANEL DALAM SEL KHUSUS

Page 28: Bab 2 biologi struktur dan organisasi sel