bab 1pengenalan kepada komputer - smjk.edu.my 01 pengenalan k…  · web viewbab 1 pengenalan...

8
Bab 1 Pengenalan kepada Komputer dan Teknologi Maklumat BAHAGIAN A SISTEM KOMPUTER Bab 1 Pengenalan Kepada Komputer dan Teknologi Maklumat 1.1 Pengenalan Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup. 1.2 Literasi Komputer dan Maklumat (Computer and Information Literacy) Ramai orang percaya bahawa kebolehan mengguna komputer atau literasi komputer, terutamanya komputer peribadi, merupakan satu kemahiran asas yang perlukan supaya dapat berjaya dalam perniagaan atau berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat. Selain daripada celik komputer, ramai juga berpendapat bahawa kecelikan literasi maklumat juga adalah wajib. Literasi maklumat ditakrif sebagai kebolehan untuk mencari, menganalisis a dan mengguna maklumat. Ia merupakan kebolehan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, memilih bahan yang sesuai serta menyusunnya ke dalam bentuk yang membolehkan satu keputusan bijak dibuat atau satu tindakan diambil. Dengan bantuan peranti komunikasi, komputer dapat berhubung dalam talian dengan pembekal perkhidmatan maklumat (online information service provider), dan Internet. Melalui komputer, maklumat terkini dapat diperoleh dengan cepat, dan cekap. 1.3 Apakah Dia Komputer? Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan meng hantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet. Pembelajaran dan 1 Disediakan oleh pctor torpc /smjkjitsin07/30/22

Upload: dangdat

Post on 16-Mar-2018

222 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Bab 1Pengenalan kepada Komputer

Bab 1 Pengenalan kepada Komputer dan Teknologi Maklumat

BAHAGIAN A

SISTEM KOMPUTER

Bab 1 Pengenalan Kepada Komputer dan Teknologi Maklumat

1.1 Pengenalan

Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, mengguna komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Komputer mempunyai kesan yang meluas ke atas setiap individu tanpa disedarinya. Pembelian barangan di pasaraya, penggunaan juruwang berautomat (Automatic Teller Machine) atau membuat panggilan telefon jauh kesemuanya memerlukan komputer. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.1.2 Literasi Komputer dan Maklumat (Computer and Information Literacy)

Ramai orang percaya bahawa kebolehan mengguna komputer atau literasi komputer, terutamanya komputer peribadi, merupakan satu kemahiran asas yang perlukan supaya dapat berjaya dalam perniagaan atau berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat.

Selain daripada celik komputer, ramai juga berpendapat bahawa literasi maklumat juga adalah wajib. Literasi maklumat ditakrif sebagai kebolehan untuk mencari, menganalisis dan mengguna maklumat. Ia merupakan kebolehan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, memilih bahan yang sesuai serta menyusunnya ke dalam bentuk yang membolehkan satu keputusan bijak dibuat atau satu tindakan diambil.

Dengan bantuan peranti komunikasi, komputer dapat berhubung dalam talian dengan pembekal perkhidmatan maklumat (online information service provider), dan Internet. Melalui komputer, maklumat terkini dapat diperoleh dengan cepat, dan cekap.

1.3 Apakah Dia Komputer?

Komputer adalah satu peranti elektronik yang dapat menerima data input, memproses data secara aritmetik dan logik, mengeluarkan hasil output, dan menyimpan hasil untuk kegunaan masa depan. Kesemua aktiviti ini dilakukan di bawah kawalan suruhan (instructions) yang disimpan di dalam unit ingatannya (memory unit). Kebanyakan komputer juga berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan menghantar dan menerima data kepada komputer lain dan ke Internet. Pembelajaran dan penggunaan tentang komputer dan alat telekomunikasi untuk mencapai, memproses, mengurus, menyimpan, menghantar dan mengguna maklumat dipanggil teknologi maklumat.

1.4 Kelebihan Komputer

Kelebihan komputer bergantung kepada keupayaannya untuk melakukan operasi input, proses, output dan storan dengan cepat, tepat, dengan kebolehpercayaan (reliability) yang tinggi dan menyimpan kuantiti data/maklumat yang besar. Keupayaannya untuk berhubung dengan komputer yang lain meningkatkan kelebihan ini.

Kelajuan

Operasi dalam komputer berlaku melalui litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Oleh itu pemprosesan berlaku dengan sangat laju.

Kebolehpercayaan

Komponen-komponen dalam litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.

Ketepatan

Komputer dapat memproses data kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan oleh kesilapan input manusia. (GIGO).Storan yang besar

Komputer masa kini mempunyai storan yang sangat besar. Data dan maklumat dapat dicapai dan diproses dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.

Komunikasi

Sekiranya komputer dapat disambung dengan komputer lain dalam rangkaian setempat (LAN) atau melalui Internet, ia dapat berkongsi maklumat dan peranti dan seterusnya menjimat kos dan masa.

1.5 Implikasi Penggunaan Komputer dan Teknologi Maklumat dalam Kehidupan.

a. Sains dan teknologi

b. Industri dan perkilangan

c. Perniagaand. Pendidikane. Perubatanf. Telekomunikasig. Hiburanh. Pejabat1.6 Sejarah dan Perkembangan Komputer

PerkembanganTarikhPeristiwa

Abacus atau Cepoa

Napiers bones

Pascaline

Arithmometer

Difference engine

Analytical engine

Census tabulator

Analog computer

Mark I computer

ABC

ENIAC

EDSAC dan EDVAC

IAS

UNIVAC I dan IBM 701

Core memory

FORTRAN

Transistor

COBOL

Integrated Circuit (IC)

BASIC

Minikomputer

Pascal

ARPANET

Large-scale integration (LSI)EthernetApple computer

Microsoft dan MS-DOS

IBM PC

Machine of the Year

Lotus 123

PC AT - 80286

Komputer Macintosh

Intel 80386

Intel 80486

Windows 3.0

World Wide Web (WWW)

Pentium chip

Windows 95

Pentium Pro

Office 97

Windows 98

Pentium IIIMicrosoft Office 2000Isu Y2KIntel Pentium 4

Windows 2000 dan Windows MEOffice XPKomponen tanpa wayar

2000 3000 B.C.

1610

1645

1820

1823 1834

1834 - 1871

1887 - 1896

1927 sekarang

1937 - 1943

1937 - 1939

1943 - 1946

1945 - 1952

1946 - 1950

1951 - 1954

1953

1957

1958

1960

1964

1965

1965

1967

1969

1970

19751976

1980

1981

1983

1983

1984

1984

1987

1989

1990

1991

1993

1995

1995

1997

1998

1999199919992000

200020012002Peranti pengiraan yang terawal diketahui

Alat mekanikal untuk pengiraan

Kalkulator mekanikal yang pertama (tolak sahaja)

Kalkulator pertama untuk melakukan 4 operasi arithmetik

Kalkulator berautomat oleh Charles Babbage

Direka oleh Charles Babbage sebagai komputer serbaguna pertama. Tidak sempat siap.

Direka oleh Herman Hollerith. Tebukkan data ke dalam kad untuk menjadualkan data.

Kalkulator analog separuh automatik direka

Howard H. Aiken membina kalkulator elektromekanikal yang terbesar

Direka oleh Atanasoff dan Berry. Peranti pertama untuk melakukan pengiraan dengan tiub vakum. Bermula komputer generasi pertama.

Direka oleh Eckert dan Mauchly. Komputer digital elektronik yang pertama. Berjisim 30 tons, mengandungi 18,000 tiub vakum, dan memenuhi ruang 30 x 50 kaki persegi.

Komputer pertama berupaya menyimpan data dan suruhan dalam ingatan

Komputer yang memperkenalkan konsep pemprosesan selari

Komputer digital pertama dipasarkan secara besar-besaran

Ingatan teras direka untuk menyimpan storan yang tinggi

Bahasa pengaturcara FORTRAN (FORmula TRANslator) diperkenalkan. Masih diguna sekarang.

Komputer dibina dengan transistor. Menandakan permulaan komputer generasi kedua.

Bahasa penggunaan peringkat tinggi untuk perniagaan dimaju oleh Dr. Grace Hopper.

Komputer generasi ketiga diperkenalkan. Litar kawalan disimpan pada cips.

Bahasa pengaturcara BASIC dibangunkan oleh Dr John Kemeny di Dartmouth

Minikomputer pertama diperkenalkan oleh Digital Equipment Corporation (DEC)

Bahasa pengaturcara berstruktur dibangunkan.

Rangkaian APARNET diwujudkan. Pendahulu kepada Internet.

Komputer generasi keempat mengandungi penyepaduan skala besar.Rangkaian kawasan setempat yang pertama dibina di Xerox PARC oleh Robert Metcalf.Steve Wozniak dan Steve Jobs membina komputer Apple yang pertama

IBM menawarkan Bill Gates untuk membangunkan sistem pengoperasian untuk komputer peribadinya.

Komputer peribadi IBM diperkenalkan dan menjadi sangat popular

Majalah TIME memilih komputer sebagai calon tahunannya.

Pakej perisian bersepadu Lotus 123 dibangunkan oleh Mitch Kapor. IBM memperkenalkan komputer peribadi dengan pemproses mikro Intel 80286.

Apple memperkenalkan komputer Macintosh yang mengguna antara muka (interface) grafik

Komputer mengguna pemproses mikro Intel 80386

Pemproses mikro ini mengandungi 1 juta transistor dan melaksanakan suruhan pada 15 MIPS.

Microsoft memasarkan sistem pengoperasian Windows 3.0

Piawai WWW untuk memaut (link) dokumen dari pelbagai komputer

Pemproses mikro yang mengadungi 3.1 juta transistor dan melaksanakan 112 MIPS.

Sistem pengoperasian Windows 95 dengan banyak perubahan baru

Mengandungi 5.5 juta transistor dan berupaya melakukan 250 MIPS.

Pakej bersepadu Word, Excel, PowerPoint dan Access dipasarkan.

50 juta pengguna Internet.

Intel memasarkan Pentium II.

Upgrade kepada Windows 95

Pemproses dari Intel ini memperkukuhkan keupayaan multimedia Pakej terbaru dari Microsoft

Usaha seluruh dunia untuk mengatasi ralat Y2K pada sistem komputer lamaIntel mengeluarkan cip terbarunya dengan kelajuan jam 1.4GHz

2 sistem pengendalian dari Microsoft untuk pengguna industri dan rumahPakej perisian termasuk fitur pertuturan, tag pintar dan task panesKomponen komputer tanpa wayar seperti papan kekunci, tetikus semakin popular

1.7 Generasi Komputer

GenerasiTarikhCiri Utama

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

1942 1959

1959 1965

1965 - 1970

1970 -

????

Pengunaan tiub vakum dan teras magnet.

Masalah saiz dan kepanasan.

Input dengan kad tebuk (punched card).

Pengaturcaraan dengan bahasa mesin.

Mengguna transistor dan diod.

Lebih kecil dan cepat.

Storan ingatan lebih besar dan masa capaian lebih pantas.

Mengguna pita magnet untuk storan sekunder.

Pengaturcara dalam bahasa mesin atau bahasa bersimbol.

Mengguna litar bersepadu mikro.

Keupayaan input/output, proses dan storan meningkat.

Pengongsian masa (time sharing)dan pengaturcaraan berbilang (multiprogramming).

Bahasa berorientasikan masalah dan prosedur.

Ingatan semikonduktor dan laser.

Keupayaan pemprosesan berbilang (multi processing) dan pemprosesan teragih. Storan maya (virtual storage).

Mengguna litar LSI, VLSI dan ULSI

Penggunaan besaran minikomputer dan mikrokomputer.

Komputer dengan keupayaan menaakul (reasoning), belajar sendiri, dan membuat inference seperti manusia.

Mempunyai storan primer yang besar dan laju yang sangat pantas.

Perisian lebih banyak dan murah.

Saiz lebih kecil tetapi keupayaan meningkat.

Sistem pengecaman suara (voice recognition)dan sistem pakar (expert system).

1.8 Kategori Komputer

Secara am terdapat 5 kategori komputer: komputer peribadi, server, minikomputer, komputer kerangka utama (mainframe), dan superkomputer. Komputer-komputer diklasifikasi berdasarkan saiz, kelajuan, keupayaan pemprosesan, dan harga. Namun, perubahan teknologi yang cepat menjadikan takrifan ini cepat usang.

Kategori

Saiz Fizikal

Kelajuan

Bil pengguna dalam talian

Harga

Komputer peribadi

Hand-held, desktop, tower

1 - 300 MIPS

Seorang pengguna

Ratusan hingga beberapa ribu

Komputer Pelayan (Server Computer)

Tower atau kabinet

100 800 MIPS

2 1000 pengguna

$5000 - $150000

Minikomputer

Kabinet kecil hingga kabinet besar

Ratusan hingga beberapa ribu MIPS

2 4000 pengguna

$15000 beberapa ratus ribu

Kerangka Utama

Saiz bilik

Ratusan hingga beberapa ribu MIPS

Beberapa ratus ribu pengguna

$300000 - juta

Superkomputer

Saiz bilik

Beberapa MIPS

Beberapa ratus ribu pengguna

Beberapa juta

Komputer Peribadi (PC)

Juga dikenali sebagai mikrokomputer. Direkabentuk untuk kegunaan seorang pada satu masa. Ia termasuk: hand-held, palmtop, pen, notebook, laptop, desktop, tower, workstation dan network.

Komputer Pelayan (Server computer)

Direkabentuk untuk menyokong rangkaian komputer. Ia membolehkan pengongsian fail, perisian aplikasi, perkakasan seperti pencetak dan surmber rangkaian lain.

Ciri-cirinya:

disambung kepada satu atau lebih rangkaian

mempunyai CPU dengan kuasa tinggi

berbilang CPU

storan ingatan sangat besar

storan cakera sangat besar

keupayaan komunikasi dengan kelajuan tinggi

Minikomputer

Boleh menyokong sebilangan pengguna melakukan tugasan yang berlainan. Diguna dalam bidang perniagaan dan organisasi untuk menyokong keperluan pemprosesan maklumat.

Komputer Kerangka Utama

Sistem komputer besar yang mengendalikan ratusan pengguna yang dihubungkan pada masa yang sama, memproses urusniaga pada kadar yang tinggi, dan menyimpan data yang banyak.

Superkomputer

Komputer dengan keupayaan paling tinggi dan paling mahal. Diguna khas untuk ramalan cuaca, rekabentuk kejuruteraan, penerokaan ruang angkasa lepas, dan tugas lain yang memerlukan pengiraan yang kompleks.

6Disediakan oleh torpc/smjkjitsin02/21/05