bab 12 bahasa melayu penggal 2 tingkatan 6 (thanushah)

10
Bab 12 Frasa Kerja Disediakan oleh: Thanushah Tingkatan : 6 AK1

Upload: thanushah-soniyasee-96

Post on 07-Aug-2015

130 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

Bab 12Frasa Kerja

Disediakan oleh: Thanushah

Tingkatan : 6 AK1

Page 2: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

12.0 Pengenalan

- Frasa kerja ialah frasa yang intinya terdiri daripada kata kerja.Huraian tentang frasa kerja dalam bab ini berdasarkan kedudukan dan penggunaannya dalam ayat.

12.1 Pengertian Frasa Kerja

-Frasa kerja (FK) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih dan kata intinya ialah kata kerja.Kata kerja yang membina frasa kerja boleh merupakan kata kerja tak transitif atay kata kerja transitif.Contohnya :

- Frasa kerja dalam ayat di atas terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengisi konstituen predikat.Kata kerja yang membina frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif,seperti dalam ayat (1), atau kata kerja transitif,seperti dalam ayat (2).

- Kata kerja yang menjadi inti bagi frasa kerja boleh terdiri daripada kata tunggal,kata terbitan,kata majmuk atau kata ganda.Contohnya :

Subjek Predikat

1. Lelaki itu bertambah kaya.

2. Pelajar-pelajar mempelajari tatabahasa.

Page 3: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

12.2 Fungsi Frasa Kerja dal Ayat

1. Sebagai predikat.Contohnya :

2. Sebagai subjek.Contohnya :- Frasa kerja dapat menjadi subjek ayat apabila frasa kerja itu berfungsi sebagai frasa

nama.Hal ini selaras dengan rumus yang menetapkan bahawa subjek ayat mesti terdiri daripada frasa nama.Contohnya :

Subjek Predikat Frasa Kerja

1. Gadis itu bertudung.

2. Kapal terbang dari Tokyo belum mendarat lagi.

Subjek Predikat Frasa Kerja

1. Bersedekah amalan yang mulia.

2. Bercakap memang mudah.

Page 4: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

3. Sebagai penerang

- Frasa kerja juga boleh berfungsi sebagai penernag apabila frasa kerja itu mengikuti frasa nama.Frasa ini boleh hadir dalam bahagian subjek atau predikat.Contohnya :

12.3 Binaan Frasa Kerja

- Frasa kerja dibentuk dengan menjadikan kata kerja sebagai kata inti. Oleh sebab ada dua jenis kata kerja,maka terdapat dua jenis frasa kerja,iaitu :

(1)frasa kerja tak transitif

(2)frasa kerja transitif

Subjek Predikat

1. Emosi tidak terkawal merosakkan diri.

2. Kedudukan mereka dalam situasi berbahaya.

Frasa Kerja

tak transitif

tanpa pelengkap

berpelengkap

berpenerangtransitif

Page 5: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

12.3.1 Binaan Frasa Kerja Tak Transitif

- Frasa kerja tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif sebagai intinya.Frasa kerja tak transitif tidak memerlukan frasa nama sebagai objek.Contohnya :

- Dalam ayat di atas,kata kerja tak transitif ialah tidur dan bekerja.Kata kerja tak transitif juga dapat hadir bersama-sama kata bantu dan unsur keterangan.

- Frasa kerja tak transitif terbahagi kepada tiga,iaitu :

1.Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap

2.Frasa kerja tak transitif berpelengkap

3.Frasa kerja tak transitif berpenerang

12.3.1.1 Frasa Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

- Dalam ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa kerja jenis ini,jenis kata kerjanya ialah kata kerja tak transitif.Kata kerja tersebut dapat berdiri sendiri dalam ayat dan tidak memerlukan pelengkap atau objek bagi menyempurnakan maksud ayat.Contohnya :

Subjek Predikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

1. Komala tidur.

2. Petani sedang bekerja di sawah.

Subjek Predikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

1. Bayi itu menangis.

2. Bapa sedang bekerja.

Page 6: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

-Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap yang bertugas sebagai predikat dapat diperluas dengan menambahkan frasa sendi nama,frasa nama,atau frasa adjektif paadanya.Tugas frasa yang lain itu adalah sebagai keterangan.Misalnya,dalam ayat (21)-(22),yang bertugas sebagai keterangan ialah frasa sendi nama.Dalam ayat (23),yang bertugas sebagai keterangan ialah frasa sendi nama,manakala dalam ayat (24),frasa adjektif bertugas sebagai keterangan.

- Frasa kerja tak transitif jenis ini dapat diperluas dengan menambah frasa sendi nama.Ini bermakna bahawa frasa kerja itu perlu diikuti oleh kata sendi nama.Ketidakhadiran frasa sendi nama akan menjadikan frasa kerja tersebut tidak gramatis.Contohnya :

Subjek Predikat

Frasa Kerja Tak Transitif Keterangan

21. Pelajar itu bangun dari kerusi.

22. Manusia mesti sujud kepada Allah.

23. Majalah wanita itu akan terbit bulan depan.

24. Abang saya hendak pergi agak jauh.

1. Zahid lupa akan janji-janjinya.1.a. *Zahid lupa janji-janjinya.2. Wong akan tidur di sini.2.a. *Wong akan tidur sini.

Page 7: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

12.3.1.2 Frasa Kerja Tak Transitif Berpelengkap

- Ada kata kerja tak transitif yang memerlukan pelengkap bagii membentuk frasa kerja tak transitif.Sekiranya unsur pelengkap tiada,kata kerja itu tidak mempunyai makna yang lengkap.Dalam contoh ayat (29)-(30),kata kerja tak transitif tidak mempunyai makna yang sempurna,kecuali diikuti oleh unsur pelengkap,seperti ayat-ayat (29a)-(30a).

- Dalam ayat (29a) dan (30a),kata nama wang dan guru bukanlah objek kerana ayat itu tidak dapat dipasifkan.

- Unsur yang boleh menjadi pelengkap terdiri daripada kata atau frasa nama,kata atau frasa adjektif,dan frasa sendi nama.

a. Kata atau frasa nama sebagai pelengkap.

SubjekPredikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap

29. *Saya ada

29a. Saya ada wang.

30. *Maisara menjadi.

30a. Maisara menjadi guru.

Page 8: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

- Kata kerja tak transitif boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap untuk membentuk frasa kerja tak transitif yang berfungsi sebagai predikat.Contohnya :

- Kata kerja menyerupai (ayat 1) dan memeningkan (ayat 40) ialah kata kerja tak transitif walaupun menggunakan imbuhan kata kerja transitif.Hal ini demikian kerana ayat yang mengandungi kedua-dua kata kerja tersebut tidak boleh dipasifkan.

b. Kata atau frasa adjektif sebagai pelengkap

- Kata atau frasa adjektif boleh menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif bagi menyempurnakan maknanya.Contohnya :

SubjekPredikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap (Kata atau Frasa Nama)

1. Wajah Sarah menyerupai wajah Anis.

2. Perangainya memeningkan kepala ibunya.

Subjek Predikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap (Kata atau Frasa Adjektif)

1. Lelaki itu bertubuh sasa sekali.

Page 9: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

c. Frasa sendi nama sebagai pelengkap

- Frasa sendi nama sebagai pelengkap yang mengikuti kata kerja tak transitif mendukung makna “tempat”.Kata sendi yang digunakan ialah, di,ke,dan pada.Contohnya :

12.3.1.3 Frasa Kerja Tak Transitif Berpenerang

- Frasa kerja tak transitif berpenerang terdiri daripada binaan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata nama.Kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif itu bukanlah pelengkap kerana unsur penerang tersebut boleh ditiadakan dan ayat yang terhasil tetap sempurna.Kata nama tersebut juga bukanlah objek kerana ayat yang mengandunginya tidak dapat dipasifkan.Contohnya :

SubjekPredikat (Frasa Kerja Tak Transitif)

Kata Kerja Tak Transitif

Pelengkap (Frasa Sendi Nama)

1. Cikgu Kamal menetap di rumah itu.

2. Kejayaan bergantung pada usaha.

SubjekPredikat (Frasa kerja tak transitif)

Kata kerja tak transitif

Penerang

1. Lelaki itu bersawah padi.

1.a. Lelaki itu bersawah.

Page 10: Bab 12 Bahasa Melayu Penggal 2 Tingkatan 6 (thanushah)

12.3.2 Binaan Frasa Kerja Transitif

Frasa kerja transitif terdiri daripada kata kerja transitif sebagai intinya dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek.Ayat yang mengandungi frasa nama sebagai objek boleh dipasifkan.Contohnya :

- Ada kalanya frasa kerja transitif tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek.Contohnya,kata kerja makan,membaca dan mengandung dalam ayat yang berikut tergolong dalam golongan kata kerja transitif dan sepatutnya berobjek.Namun demikian,apabila objeknya tidak disebut,maka dikatakan berlaku proses transformasi,iaitu kata kerja transitif itu telah mengalami pengguguran objek.Sesetengah ahli bahasa menganggap kata kerja jenis ini sebagai kata kerja semitransitif.

Subjek Predikat Frasa Kerja

1. Buku itu dibaca oleh Sunjiv.

2. Ibu menggoreng ikan.