bab 11 syarikat berhad
TRANSCRIPT
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5Bab 11 Syarikat Berhad
1
11.1 Penubuhan Syarikat Berhad
Ciri-ciri HuraianLiabiliti Terhad Terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahajaEntiti Berasingan - Mempunyai taraf perundangan sendiri
- Syarikat dapat bertindak sebagai individu untuk memiliki asset, membuat kontrak aras namanya, mendakwa atau didakwa
Matlamat - Mendapatkan keuntungan- Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
Hayat yang berterusan Perjalanan tidak terjejas apabila pemegang sahamnya meninggal dunia atau saham dipindah milik
Dasar Syarikat - Ditentukan oleh ahli lembaga pengarah- Pengurusan dan pentadbiran harian dikendalikan oleh kumpulah pengurus
profesional yang dibayar gaji
Ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad Syarikar Awam BerhadBilangan ahli/ pemegang saham 2-50 2-tiada had maksimumPemilikan saham Hanya kepada orang persendirian Kepada orang aeam, entiti
perniagaan dan persatuanPindah milik saham Terkawal, dilakukan dengan
persetujuan pemegang saham lainDilakukan dengan mudah di Bursa Saham melalui broker
Status saham Tidak disenaraikan/diniagakan di Bursa Malaysia
Disenaraikan/diniagakan di Bursa Malaysia
Laporan kewangan Perlu dibentangkan kepada pemegang saham – tidak perlu kepada orang awam
Perlu dibentangkan kepada pemegang saham dan perlu disiarkan dalam akhbar tempatan untuk pengetahuan orang awam
Mesyuarat agung tahunan Perlu diadakan – notis tidak perlu diumumkan kepada orang awam
Perlu diadakan – notis perlu diumumkan kepada orang awam
Penubuhan Syarikat (Akta Syarikat 1965)
Langkah 1: Pilih nama syarikat
Langkah 2: Daftar nama di SSM
Langkah 3: Penyerahan Tatawujud dan Tataurus kepada SSM
Permohonan Lulus Sijil Penubuhan/Sijil Perakuan Pemerbadanan Syarikat
Butir dalam Tatawujud Syarikat:
Tatawujud Syarikat Tataurus Syarikat- Nama syarikat (diakhiri dengan ‘Berhad’)- Alamat berdaftar syarikat- Tujuan penubuhan syarikat- Modal berdaftar, bilangan saham, jenis saham- Penyataan tentang liabiliti pemegang saham- Jenis perniagaan yang dijalankan
- Pelantikan Lembaga Pengarah- Kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah- Cara pembayaran dividen- Atur cara pengendalian mesyuarat agung
tahunan- Ganjaran pengarah- Pengurusan dan pentadbiran
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5Bab 11 Syarikat Berhad
2
11.2 Bentuk Modal
Saham – syer dalam sesuatu syarikat perniagaan yang melayakkan pemiliknya menerima dividen, mengundi dan mempunyai hak milik yang berkadar dengan jumlah syer yang dimilikinya.
Ciri-ciri Saham Biasa Saham KeutamaanHak mengundi Berhak Tidak berhakKadar dividen Tidak tetap TetapKeutamaan bayaran dividen Menerima dividen selepas
pemegang saham keutamaanMenerima dividen terlebih dahulu
Tunggakan dividen Tidak menerima tunggakan dividen
Pemegang saham kumulatif akan menerima tunggakan dividen
Keutamaan tuntutan Setelah pemegang saham keutamaan
Sebelum pemegang saham biasa
Merekodkan Terbitan Saham
Saham Biasa/KeutamaanApabila saham diterbitkan Dt. Akaun Permohonan Saham Biasa/Keutamaan
Kt. Akaun Modal Saham Biasa/KeutamaanApabila wang diterima dan dibankkan Dt. Akaun Bank
Kt. Akaun Permohonan Saham Biasa/KeutamaanApabila wang lebihan dipulangkan kepada pemohon yang tidak berjaya
Dt. Akaun Permohonan Saham Biasa/KeutamaanKt. Akaun Bank
Pengertian Dividen
Dividen Interim – dibayar sebelum keuntungan sebenar syarikat diketahui
Dividen Akhir - diisytiharkan selepas keuntungan syarikat diketahui
Modal Dibenarkan [Modal Berdaftar] - Dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan didaftarkan dengan SSM
- jumlah modal maksimum yang boleh diterbitkan dan dijual kepada orang awam-jumlahnya tetap, tidak boleh diubah tanpa kebenaran daripada pemegang saham dan SSM
Modal Diterbitkan- jumlah modal yang ditawarkan untuk dijual kepada orang
awam- diterbitkan secara berperingkat mengikut keperluan syarikat
Modal Berbayar [Modal Terjelas]- Jumlah modal sebenar yang dibayar oleh pemegang saham
Modal Belum Diterbitkan- Baki modal dibenarkan yang belum diterbitkan untuk
dilanggan oleh orang awam