ciri-ciri syarikat awam berhad

6
ciri-ciri syarikat awam berhad • Milikan – Syarikat awam dimiliki oleh orang awam dengan membeli syer dalam syarikat itu. – Akta Syarikat 1965 – bilangan pemegang saham sekurang-kurangnya dua orang dan maksimumnya tidak terhad. – Pemegang syer tidak melibatkan diri dalam pengurusan syarikat. – Pengurusan syarikat diterajui oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik pemegang syer.

Upload: kawiomni

Post on 28-Jun-2015

1.894 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ciri-ciri syarikat awam berhad

ciri-ciri syarikat awam berhad

• Milikan– Syarikat awam dimiliki oleh orang awam

dengan membeli syer dalam syarikat itu.– Akta Syarikat 1965 – bilangan pemegang

saham sekurang-kurangnya dua orang dan maksimumnya tidak terhad.

– Pemegang syer tidak melibatkan diri dalam pengurusan syarikat.

– Pengurusan syarikat diterajui oleh Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik pemegang syer.

Page 2: ciri-ciri syarikat awam berhad

• Modal–Modal diperoleh dengan cara menjual syer

kepada orang awam melalui media massa secara terbuka.

–Modal dikumpulkan daripada pemegang syer tanpa dihadkan bilangannya.

– Syernya boleh diurusniaga secara bebas dan ia mempunyai sifat kecairan.

• Pembentukan – Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.– Proses penubuhan rumit dan mahal –

banyak peraturan, syarat, dan dokumentasi.

Page 3: ciri-ciri syarikat awam berhad

• Liabiliti– Liabiliti setiap pemegang syer terhad

kepada modal yang dilaburkan.– Harta peribadinya tidak boleh dituntut

oleh pemiutang syarikat.

• Pengurusan– Pengurusan syarikat diserahkan kepada

Lembaga Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer dalam mesyuarat agung tahunan untuk menguruskan syarikat secara proksi.

Page 4: ciri-ciri syarikat awam berhad

• Badan korporat yang sah–Mempunyai taraf perundangan yang sah ,

terpisah daripada ahli-ahlinya.– Ia boleh mendakwa dan didakwa, memiliki

harta serta membuat perjanjian atas namanya sendiri.

• Agihan untung rugi– Keuntungan yang diperoleh, selepas ditolak

ganjaran kepada para lembaga, dan rizab, akan diagihkan sebagai dividen.

– Bonus – tambahan syer yang diberi secara percuma, jika rizab syarikat kukuh dan banyak.

Page 5: ciri-ciri syarikat awam berhad

• Syarat dan dokumentasi– Pendaftar syarikat mengenakan syarat

ketat ke atas syarikat berhad untuk melindungi kepentingan orang ramai yang melabur ke dalamnya.

– Syarat itu termasuk:• Akaunnya mestilah diaudit oleh akauntan

bertauliah dan dihantar kepada Pendaftar Syarikat setiap tahun.• Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira mesti

diumumkan untuk pengetahuan orang ramai melalui media massa.• Sebarang perubahan struktur syarikat

termasuk pengambilalihan dan percantuman mesti mendapat kelulusan daripada pendaftar syarikat.• Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan

setiap tahun.

Page 6: ciri-ciri syarikat awam berhad

• Cukai– Keuntungan syarikat dikenakan cukai

yang tinggi, iaitu 27% atas keuntungan.