bab 10 masyarakat majmuk

17
BACHELOR BAB 10 MASYARAKAT MAJMUK

Upload: abu-zuhaily

Post on 04-Jul-2015

4.270 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bab 10

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

BAB 10MASYARAKAT MAJMUK

Page 2: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Masyarakat

1. Masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.

2. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.

Masyarakat Majmuk Satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai

rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu-padu.

Page 3: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Konsep Masyarakat MajmukMula dipelopori oleh J.S. Furnivall dalam kajian yang dibuat di Indonesia dan Burma.

Menurut Furnivall : - masyarakat majmuk merujuk kpd masyarakat

yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan-kumpulan manusia yang berada di bawah satu sistem politik.

- Ia muncul akibat drpd dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi penjajah yang mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik.

Page 4: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Ciri-ciri Masyarakat Majmuk Masyarakat Majmuk : J.S Furnivall (1956) dalam bukunya

bertajuk Colonial Policy and Practice : A Comparative Study of Burma and Netherlands India telah memberikan beberapa ciri masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa iaitu :a) terdapat pelbagai jenis manusia spt Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera)b) mereka bercampur tetapi tidak bersatuc) mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang sama

d) masing-masing berpegang kpd kpd kebudayaan , agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.e) mereka bertemu di pasar ketika membeli-belah kemudiannya masing-masing balik ke tempat kelompok sendirif) terdapat pemisahan dalam bidang pekerjaan di mana tenaga buruh terbahagi mengikut garis perkauman.

Page 5: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Perkembangan Masyarakat MajmukSejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur tangan British secara langsung dalam hal-ehwal politik negeri-negeri Melayu pada pertengahan kedua abad ke-19.

Faktor British Membawa masuk imigran Asingi) Org Melayu telah diketepikan atas dasar tidak mahu menggugat struktur tradisional yg sedia ada maka British telah membawa masuk buruh-buruh dari luar untuk menampung keperluan sumber tenaga mereka dan mencapai matlamat ekonomi.ii) British tidak merlihat orang Cina dan India sebagai ancaman kpd mereka malahan dapat memperkukuhkan kuasa penjajahan mereka di Tanah Melayu.iii) Org Melayu disisihkan drpd sumber hasil negeri oleh British tetapi melihat orang imigran asing sbg buruh yang murah, kuat bekerja, berdaya tahan dan berpotensi untuk membangunkan sumber ekonomi Tanah Melayu.

Page 6: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Latarbelakang Kaum Utama dan Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

1. Tiga kaum terbesar di Tanah Melayu – orang Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak lombong bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun 1848, keseluruhan masyarakat adalah orang Melayu.

2. Pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan beramai-ramai orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Berlaku akibat dasar kolonial British.

3. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yg berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan

4. Pemajmukan masyarakat di Tanah Melayu telah menyebabkan British menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule)

Page 7: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Kaum Melayu Org Melayu ditafsirkan sbg penduduk asal Tanah Melayu. Sejak abad ke-9, berlaku penghijrahan beramai-ramai

masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Masyarakat Indonesia datang dari pelbagai pulau spt Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau.

Sebelum zaman penjajahan, kegiatan utama ekonomi msyrkt Melayu pesisir ialah perdagangan. Lokasi di sungai-sungai dan tepi pantai. Kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi dan muara sungai. Contoh Melaka.

Terdapat ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, mengerjakan sawah padi, penternakan dan mengutip hasil hutan.

Penguasaan ekonomi org Melayu merosot dan berubah setelah campurtangan British dalam pentadbiran politik tempatan serta kemasukan buruh asing.

Page 8: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

6. Dalam bidang pertanian, British memegang dasar agar org Melayu kekal sebagi petani sara diri dan mengusahakan hasil untuk sara-diri sahaja.

Kaum Cina1. Penghijrahan beramai-ramai org Cina ke Tanah Melayu

berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu mempunyai dialek yang berlainan iaitu Canton, Hokkien, Hakka, Hailam, Kwangsai dan Teowchew.

2. Kebanyakan orang Cina datang ke Tanah Melayu berasal dari selatan Tanah Besar China spt Kwantung, Fuchien dan Kwangsai, Canton.

3. Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 di mana hampir separuh penduduk Perak, Selangor dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara 1895 – 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu.

Page 9: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

4. Orang Cina bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong. Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor melalui Sistem Kangchu.

5. Pendudukan British di Pulau Pinang, Melaka dan Pembentukan Negeri-negeri Selat memberi kesan kepada kemasukan Orang Cina.

Faktor Penghijrahan Orang Cina ke Tanah Melayu Kesengsaraan hidup di negara China Bencana alam yang berleluasa- banjir dan kemarau Ketidakstabilan politik dan ekonomi di Negara China Pertumbuhan perusahaan getah dan bijih timah di

Tanah Melayu Kestabilan politik di Tanah Melayu.

Page 10: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Kaum India1. Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke

Tanah Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras)

2. Hubungan terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama Hindu di Nusantara. Cth di Lembah bujang, Kedah.

3. Golongan penghijrah ialah orang Tamil berasal dari Chennai, Telegu dan Malayalam

4. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kerajaan British telah membawa masuk buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa ke Tanah Melayu untuk membina bangunan, jalan keretapi, jalanraya dan sebagainya.

5. Peringkat kedua, org India dibawa masuk untuk mengusahakan ladang-ladang milik British spt ladang tebu di Seberang Perai dan utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah apabila Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880-an.

Page 11: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

6. Sistem popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem Kontrak untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu.

Faktor Orang India Berhijrah Ke Tanah Melayu Kesukaran hidup di India - kemiskinan dan kebuluran Peluang pekerjaan yang luas dan pertumbuhan

ekonomi yang pesat di Tanah Melayu. Contoh bekerja di ladang getah

Mendapat galakkan dari British

Page 12: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Asas-asas Kebudayaan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Agama dan

Kepercayaan

MELAYU-Agama Islam

-Kitab Al-Quran

CINA- Agama Taoisme/Confusianisme

-Konsep Yin dan Yang

INDIA- Agama Hindu dan Kitab Veda-Hukum karma dan kelahiran

semula

Iban – Kristian, AnimismeKadazan – Animisme, Kristian

dan Islam Bajau - Islam

Page 13: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Kebudayaan dan ResamPerayaan

Etnik Jenis Perayaan

Melayu Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji

Awal Muharram

Cina Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei,

Perayaan Kuih Bulan

India Deevapali, Thaipusam,

Thai Ponggal

Kadazan Pesta Menuai

Iban Hari Gawai

Page 14: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Pakaian

Etnik Jenis Pakaian

Melayu Baju kurung, Kebaya

Baju Melayu

Cina Samfoo

Cheongsam

India Sari (perempuan)

Dhotis, Kurta (lelaki)

Kadazan Sinuangga (perempuan)

Gaung (lelaki)

Iban Baju Burung

Page 15: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Adat resam/Adat Istiadat

Etnik Adat resam/ Adat istiadat

Melayu Duduk bersila (lelaki)bersimpuh (perempuan)

Adat Melenggang perut

Adat bersanding

Cina Angpau

Penggunaan warna merah

Kalender orang Cina (tahun ikut 12 nama binatang)

India Sistem kasta (Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra)

Kadazan Adat mintuhun- adat menjejakkan kaki bayi ke tanah

Iban ‘Ngetup Garam’ bayi baru lahir dimasukkan garam ke dalam mulut

Page 16: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Kesenian – Muzik/TarianEtnik Muzik/Tarian

Melayu Wayang kulit

Kuda Kepang/Zapin

Rebana/seruling/Rebab

Cina Tarian Kipas Cina

Tarian Singa

Sona dan Pan ku (alat muzik),dram

India Tabla, baya,sitar

Tarian klasik India –

Bharata Natyam Mahari

Kadazan Tarian sumazau

Sumpoton

Iban Tarian ngajat

Engkerurai, Sape

Page 17: Bab 10 Masyarakat Majmuk

BACHELOR

Penutup Secara keseluruhan, setiap kaum utama sama ada di

Tanah Melayu serta di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kumpulan masing dalam kumpulan masyarakat majmuk.

Selain daripada tiga kaum utama juga terdapat masyarakat Kadasan-Dusun, Bajau di Sabah dan org Iban, org Melanau, Penan di Sarawak.

Pada peringkat awal, percampuran antara kaum amat sukar kerana perbezaan agama, budaya dan adat resam.

Wujudnya masyarakat majmuk yang harmoni di Malaysia memberi kesan yg positif kepada politik, ekonomi dan sosial serta mewujudkan negara berteraskan perpaduan kaum ke arah pembinaan negara bangsa.