bab 10 dasar british dan kesannya terhadap ekonomi · pdf file- sistem pengangkutan dan...

3
M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2 ©CikguYatiZain 1 | T4B10-10.4Kesan-KesanDasarEkonomi BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA 10.4 KESAN-KESAN DASAR EKONOMI - Perbandaran - Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 7 (a) Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu membawa kepada kemunculan bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Nyatakan faktor yang mendorong kemunculan bandar tersebut. [8 markah] (b) Jelaskan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu semasa penjajahan British. [6 markah] (c) Berikan cadangan anda untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan sistem pengangkutan dan perhubungan di negara kita. [6 markah] KERTAS SOALAN TAMAT

Upload: doankhue

Post on 07-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI · PDF file- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 7 (a) ... F15 Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan ... H7 Peruntukan

M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2

©CikguYatiZain

1 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI

NEGARA

10.4 KESAN-KESAN DASAR EKONOMI

- Perbandaran

- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

7 (a) Dasar pentadbiran British di Tanah Melayu membawa kepada kemunculan

bandar baru seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.

Nyatakan faktor yang mendorong kemunculan bandar tersebut. [8 markah]

(b) Jelaskan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah

Melayu semasa penjajahan British. [6 markah]

(c) Berikan cadangan anda untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan

sistem pengangkutan dan perhubungan di negara kita. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Page 2: BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI · PDF file- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 7 (a) ... F15 Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan ... H7 Peruntukan

M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2

©CikguYatiZain

2 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i

S U L I T

PERATURAN PERMARKAHAN

Soalan Butiran Markah

7(a) F1 Perkembangan pesat ekonomi di kawasan yang kaya dengan

sumber semula jadi

1

F2 Kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah 1

F3 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan 1

F4 Mengalami pertambahan penduduk 1

F5 Berfungsi sebagai tempat mengumpul hasil lombong 1

F6 Kawasan tersebut menjadi pusat untuk mendapatkan keperluan

harian

1

F7 Perkembangan perusahaan perlombongan menambah fungsi bandar 1

F8 Pekan berkembang menjadi bandar 1

F9 Bandar akan menjadi pusat pentadbiran/perbankan 1

F10 Bandar yang wujud hasil daripada kegiatan perlombongan bijih

timah ialah Kuala Lumpur/Taiping/Seremban

1

F11 Perkembangan sistem pengangkutan 1

F12 Perkembangan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial 1

F13 Kuala Lumpur berkembang menjadi bandar besar kerana

kedudukan strategik

1

F14 Lokasinya menjadi penghubung kepada beberapa buah

bandar/kawasan lain

1

F15 Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan

infrastuktur terutamanya jalan raya dan jalan kereta api

1

F16 Pengeluaran produk industri bijih timah dan getah 1

F17 Menjadikan pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang sebagai

bandar pelabuhan yang penting

1

F18 Bandar Kuching muncul sebagai pusat pemgumpulan/

pengeksportan gambir/ lada hitam

1

F19 Pembinaan infrastruktur kerajaan penjajah British ditumpukan di

kawasan yang memberi keuntungan ekonomi kepada mereka

1

F20 Kawasan pantai barat Tanah Melayu lebih dibangunkan berbanding

kawasan pantai timur

1

[mana-mana 1 x 8m] [8 M]

7(b) F1 Perkembangan pesat kegiatan perlombongan/ pertanian

menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan

perhubungan.

1

F2 Jalan kereta api dibina untuk mempercepat pengangkutan bijih

timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

1

F3 Jalan kereta api pertama di bina pada tahun 1885 menghubungkan

Taiping dengan Port Weld.

1

F4 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di Kuala

Lumpur dengan Port Swettenham (1889)

1

F5 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di

Seremban dengan Port Dickson (1891)

1

F6 Jalan kereta api menghubungkan kawasan perlombongan di Ipoh 1

Page 3: BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI · PDF file- Sistem Pengangkutan dan Perhubungan 7 (a) ... F15 Perkembangan Kuala Lumpur membabitkan pembangunan ... H7 Peruntukan

M O D U L S E J A R A H T I N G K A T A N 4 1 2 4 9 / 2

©CikguYatiZain

3 | T 4 B 1 0 - 1 0 . 4 K e s a n - K e s a n D a s a r E k o n o m i

Soalan Butiran Markah

dan Tapah Road dengan Teluk Anson (1895)

F7 1904, semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor

dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.

1

F8 Jalan kereta api menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan

Siam disiapkan pada tahun 1918.

1

F9 1931, jalan kereta api di bahagian timur menghubungkan Gemas,

Pahang, dan Kelantan ke sempadan Siam siap dibina.

1

F10 1923, jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke

Singapura.

1

F11 Jalan denai dan kereta lembu digantikan dengan jalan raya dalam

bentuk berturap dan tanah merah

1

F12 Pembinaan jalan raya semakin berkembang di kawasan

perlombongan bijih timah dan ladang getah.

1

F13 Menjelang 1895, Selangor dan Perak mempunyai rangkaian jalan

raya sepanjang 2400 km.

1

F14 Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan

kenderaan bermotor (pada tahun 1902)

1

F15 1911, jalan raya dari Seberang Prai ke Melaka siap dibina. 1

F16 Antara tahun 1911 hinga 1928, jalan raya menghubungkan Perlis

dan Singapura siap dibina.

1

F17 Jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi

memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Barat

dengan negeri-negeri di Pantai Timur.

1

F18 Sistem perhubungan seperti telegraf/ telefon/ perkhidmatan pos/

radio/ perkhidmatan udara turut disediakan.

1

[mana-mana 1 x 6m] [6 M]

7(c) H1 Pembesaran rangkaian jalan raya utama 1

H2 Menaiktaraf/Penambaihbaikkan sistem pengangkutan dan

perhubungan

1

H3 Kerja penyelenggaraan kerap dijalankan 1

H4 Memperbanyakkan pengangkutan transit aliran ringan 1

H5 menguatkuasakan undang-undang jalan raya 1

H6 Memperhebatkan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan

kesesakan lalu lintas

1

H7 Peruntukan dana kewangan 1

- Mana-mana jawapan yang munasabah

[mana-mana 1 x 6m] [6 M]

Rujuk Buku Teks m.s. 263-164 / 267-269

PERATURAN PERMARKAHAN TAMAT