bab 1 nota sains tingkatan 1

12
Nota Sains Tingkatan 1: BAB 1: PENGENALAN KEPADA SAINS 1.1 Apa Itu Sains? Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Contohnya seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa. Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik. Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains. Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita. Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita. Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut: Biologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.

Upload: mohdhafizfaiz-mdali

Post on 10-Apr-2016

96 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pt3

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Nota Sains Tingkatan 1: BAB 1: PENGENALAN KEPADA SAINS

1.1 Apa Itu Sains?Sains ialah kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi tentang bagaimana ianya memberi kesan kepada kita dan juga persekitaran kita. 

Fenomena alam semulajadi yang berlaku di sekeliling kita boleh dijelaskan melalui sains. Contohnya seekor berudu yang bertukar menjadi seekor katak dewasa.

Semua ini boleh difahami melalui kajian sains. Pengetahuan saintifik sentiasa berkembang. Pengetahuan ini boleh diperolehi melalui pemerhatian yang teliti, kajian yang mendalam dan juga melalui penyelidikan secara saintifik.

Sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Makanan, pakaian serta peralatan yang kita gunakan juga mempunyai dengan sains.

Sains juga banyak membantu kita dalam menghasilkan lebih banyak makanan, bahan-bahan baru serta peralatan-peralatan yang berguna bagi kita.

Melalui kajian sains juga, banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi. Ini dapat meningkatkan taraf hidup serta kualiti alam sekitar kita.

Sains meliputi bidang kajian yang sangat meluas. Antaranya adalah seperti berikut:

  Biologi - Kajian mengenai benda-benda hidup.

         Fizik - Kajian interaksi antara bahan dan tenaga.     Kimia - Kajian mengenai komposisi dan sifat-sifat bahan kimia serta tindak balas mereka,

dan penggunaannya.     Geologi – Kajian mengenai batuan dan mineral.

Page 2: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

         Astronomi – Kajian mengenai bintang-bintang dan planet-planet.

         Meteorologi – Kajian mengenai cuaca dan iklim.

2.1 Makmal SainsKita juga boleh mempelajari sains di makmal sains.

Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan.

Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen. 

Makmal mempunyai peraturan dan langkah keselamatan semasa di makmal. Antaranya:

Page 3: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan

1. 1Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal

2. bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga- jaga di dalam makmal

1. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja.

2. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains.

3. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.

4. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.

5. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru

sahaja.

6. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang

diarahkan oleh guru anda sahaja.

7. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

8. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat

demikian.

9. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa anda menggunakan

bahan kimia yang betul.

10. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam mulut, anda

hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut anda dengan air bersih berulang kali.

11. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda, basuh dengan menggunakan air.

12. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan (contoh: seperti luka

atau terbakar) kepada guru anda dengan segera.

13. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.

14. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

Page 4: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

3.1 Alat-Alat Radas yang biasa terdapat didalam Makmal

Mangkuk pijar (Crucible)Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish)Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe)Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Page 5: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Slaid kaca (Glass slide)Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch)Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Page 6: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana

proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel)Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Page 7: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Rod kaca (Glass rod)Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar)Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Page 8: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Thermometer)Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Page 9: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

4.1 Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya

Menghakis (Corrosive)Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive)Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Page 10: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

Radioaktif (Radioactive)Contoh: Uranium, torium, radium.

5.1 Langkah-langkah Dalam Penyelidikan Saintifik

1. Menentu serta memastikan apa yang ingin kita ketahui.2. Membuat andaian yang bijak bagi menceritakan permasalahan.3. Rancang penyelidikan yang bersistematik untuk mengetahui samada andaian kita

adalah benar.4. Tentukan apa yang perlu diubah semasa melakukan penyelidikan.5. Catat segala apa yang diperhatikan.6. Dapatkan maksud atau pengertian atas pemerhatian yang dilakukan.7. Tentukan samada andaian yang kita buat adalah benar.8. Tulis sebuah laporan penyelidikan saintifik

6.1 Kuantiti Fizik Dan Unit-unitnya1. Panjang (Length)2. Jisim (Mass)3. Masa (Time)4. Suhu (Temperature)5. Arus Elektrik (Electric current)

Kuantiti fizik dan unit SIKuantiti fizik Unit SI Simbol unit

Panjang meter mJisim kilogram kgMasa saat sSuhu kelvin K

Arus elektrik ampere A

Page 11: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1

7.1 Berat dan Jisam

Berat (weight) sesuatu objek boleh diukur dengan menimbang (weighing). Kaedah ini juga digunakan untuk mengukur jisim (mass) sesuatu objek

Unit sukatan berat dan jisim ialah;

Berat - Newton / N Jisim - kilogram / kg

Menyukat berat  

neraca spring

neraca mampatan

Menyukat jisim

neraca tiga palang

neraca tuas

Page 12: Bab 1 Nota Sains Tingkatan 1