bab 1 kepentingan autocad

2
i.Pengenalan Perisian AutoCAD Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskanDOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2014 meneruskan aliran ini dengan persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan kompunen-komponennya. Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES,dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa penggun amengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri. ii.Kelebihan AutoCAD Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dancepat. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak.Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jikaberlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter). Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-perintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD

Upload: ericoh5665

Post on 13-Sep-2015

311 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

i.Pengenalan Perisian AutoCAD

Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskanDOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2014 meneruskan aliran ini dengan persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan kompunen-komponennya.

Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES,dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa penggun amengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.

ii.Kelebihan AutoCAD

Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dancepat. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak.Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jikaberlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter).Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-perintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan yang ada dalam perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukanlukisan kerja secara manual. Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc) dansebagainya.Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan berwarna.Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas yang dikehendaki.Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperti cakera keras, cakeraliut atau cakera padat (CD), pen-drive atau thumb-drive dan sebagainya. Lukisan kerja yang dibuat dalam perisian AutoCAD membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan.