bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/swd bab 1-5.pdfduduk kampung balik. nama dia...

49
Sweetnya Dia... 1 “EHEM...” Deheman seseorang dari arah belakang membuatkan Laily terperanjat. Hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi. Mujur tangannya sempat menangkap kisi tingkap kayu. Dia menjeling sekilas. Sakit hatinya melihat lelaki di belakangnya ini tersenyum-senyum memandang dia. Sudahlah main sergah aje. Ini nak senyum- senyum pula. “Tak boleh bagi salam ke?” “Eh, saya salah ke? Yang cik adik dok terhendap-hendap kat tingkap rumah orang ni kenapa? Bukan ke elok bagi salam? Ini siap berdiri atas kerusi lagi. Dah macam pencuri bersiri.” Lelaki itu sudah tersenyum-senyum. Senyum sinis melihat perempuan bernama Laily yang terhendap di kisi jendela. Yalah, Laily kan perempuan. Mana pula Bab 1

Upload: hacong

Post on 20-May-2019

251 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

1

“EHEM...” Deheman seseorang dari arah belakang membuatkan Laily terperanjat. Hampir sahaja dia terjatuh dari kerusi. Mujur tangannya sempat menangkap kisi tingkap kayu. Dia menjeling sekilas. Sakit hatinya melihat lelaki di belakangnya ini tersenyum-senyum memandang dia.

Sudahlah main sergah aje. Ini nak senyum-senyum pula.

“Tak boleh bagi salam ke?”“Eh, saya salah ke? Yang cik adik dok

terhendap-hendap kat tingkap rumah orang ni kenapa? Bukan ke elok bagi salam? Ini siap berdiri atas kerusi lagi. Dah macam pencuri bersiri.”

Lelaki itu sudah tersenyum-senyum. Senyum sinis melihat perempuan bernama Laily yang terhendap di kisi jendela.

Yalah, Laily kan perempuan. Mana pula

Bab 1

Page 2: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

2

perempuan panjat kat tepi rumah orang macam itu.Sekali dia yang terkena balik. Yalah datang

rumah orang tak reti nak bagi salam. Dah tu siap panjat kerusi menjenguk ke dalam rumah. Em... Apa punya anak daralah dia ni. Wajah Laily sudah merah menahan malu.

Cover, Laily...“Eh, suka hati sayalah. Awak ingat saya nak

menghendap ke? Eh, saya... saya...” Hilang akal dia seketika. Apalah alasan yang nak dicipta? Ini tertangkap basah namanya.

“Em... Saya tahu sebab apa. Ni mesti nak tolong betulkan tingkap ni kan? Tapi tingkap ni dah elok dah. Tak payah nak baiki lagi.”

Laily tahu dia tertangkap kali ini.“Malaslah nak layan.” Laily sudah mahu

mengangkat kaki dari situ. Tiba-tiba kedengaran ketawa daripada lelaki itu.

Laily pandang lelaki yang sedang ketawa itu.“Ataupun nak menghendap anak teruna

handsome kat sini tak?” Matanya dikenyitkan kepada Laily.

“Eh, minta maaf sikit ya. Jangan nak perasan boleh tak?”

Serkap jarang pemuda itu mengena sebenarnya. Sejak semalam dia tertanya-tanya siapa pemuda yang menjadi tetamu rumah Mak Long Kamsiah ini. Dari semalam lagi dia hanya melihat lelaki itu duduk bersembang di bawah pokok rambutan dengan mak long dan pak long.

Page 3: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

3

“Ya Allah, budak ni. Buat apa berdiri atas kerusi macam tu?”

Mak Long Kamsiah sudah bercekak pinggang.Laily garu kepalanya. Sekali lagi apa alasan

yang nak diciptanya. Mak Long Kamsiah sudah berdiri di pintu dapur dengan kedua-dua belah tangannya dicekakkan ke pinggang. Ala-ala Siti Tanjung Perak dalam filem hitam putih, Bawang Putih Bawang Merah tu. Tapi dia memang suka gelarkan Mak Long Kamsiah dengan nama Mak Long Siti Tanjung Perak. Yalah, Mak Long Kamsiah kan badannya ala-ala pelakon legenda itu.

“Exercise...” Laily tersengih-sengih memandang Mak Long Kamsiah.

“Subhanallah... exercise apa bendanya? Dah, turun. Ada anak dara dok panjat kerusi macam tu. Isy, kamu ni buat malu aje.”

Laily turun dari kerusi. Lelaki itu tetap memandangnya dengan tersenyum.

Tu mesti kutuk aku dalam hati tu.Laily berjalan mendapatkan Mak Long

Kamsiah di pintu dapur. Lelaki itu turut berjalan di belakangnya.

Isy, dia ini apa ikut-ikut aku pula?“Mak suruh tanya, mak long pergi tak

merewang kat rumah Haji Ahmad petang ni?”Dia bersandar di kisi pintu. Lelaki itu sudah

selesa di pangkin bawah pokok rambutan. Tapi mata nakal lelaki itu tetap memandang Laily.

“Pergi... Kan dia orang buat kenduri gotong-

Page 4: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

4

royong. Bukan pakai katering. Cakap dekat mak kamu, pukul tiga setengah, mak long pergi. Berjalan aje, tak payah nak naik motor segala. Bukannya jauh pun. Sepelaung aje, haaa.”

“Okey, bos.”Mak Long Kamsiah menggeleng melihat

keletah Laily.“Ha, tunggu apa lagi? Pergilah balik.”Aduh mak long ni, menghalau nampak?Laily memuncungkan bibirnya ke arah lelaki di

atas pangkin.“Apanya lagi?”“Tu... tak nak kenalkan kat orang ke?”“La... kamu tak kenal ke?” Laily mengerutkan

keningnya. Cuba mengingati manalah tahu kot-kot pernah berjumpa.

Rasanya mereka tidak pernah berjumpa. Nak kata saudara-mara sejak kecil, tak pernah pun. Laily tengok muka mamat handsome ini.

“Mana kenal.”“Isy, mak long pun dah lupa yang kamu dulu

tak duduk sini. Mana pula nak jumpa dengan Zarif ni. Itu anak angkat mak long. Zarif, meh sini.” Mak long memanggil lelaki di atas pangkin.

“Ya, mak.”Eh, sejak bila pula mak long ada anak muka

macam ni? Tak sama langsung dengan mak long... Iras pak long yang macam ada. Siap panggil mak bagai. Isy, Laily, kan tadi Mak Long Kamsiah bagi tahu, Zarif ini

Page 5: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

5

anak angkat dia.“Ni, mak nak kenalkan. Ini anak saudara mak.

Duduk sebelah rumah ni ha aje. Tapi dulu dia tak ada kat sini. Sebab tu setiap kali Zarif datang ke sini, Zarif tak pernah jumpa dia. Semenjak dua menjak ni aje dia duduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis. Jenuh berubat tak mahunya juga. Entah macam mana, abang dia panggil, Laily senyap terus tak menangis. Itu yang lekat panggilan Laily sampai sekarang tu...” Panjang lebar Mak Long Kamsiah bercerita asal usul nama Laily.

Alahai mak long, tak payahlah itu pun nak cerita. Habis tu tak nak cerita segala salasilah keturunan aku ke? Hobi aku, aku suka makan apa, dan apa-apa aje?

“Kejap... kejap... bila mak long ada anak lain ni? Orang tak tahu pun?”

“Isy, kamu ni. Ini Zarif, kawan baik arwah Abang Iskandar kamu. Dulu rajin dia ke mari masa arwah ada.”

Ada nada sebak dalam suara Mak Long Kamsiah apabila nama Iskandar meniti di bibirnya. Laily tahu itulah anak kesayangan mak long. Yalah, Abang Iskandar tu seorang aje permata hati pak long dan mak long. Kasihan. Laily masih ingat betapa sedihnya mak long apabila Abang Iskandar terlibat dalam kemalangan dua tahun dulu. Tapi ajal maut kan di tangan Tuhan. Siapalah kita nak menidakkan takdir yang tersurat?

“Hai, Laily.”

Page 6: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

6

Laily sedikit tersentak apabila Zarif menyebut namanya.

“Hai juga. Okeylah mak long, orang balik dulu. Tiga setengah kan, mak long? Nanti orang cakap dengan mak, ya.” Laily cepat-cepat berlaku.

Em, kenapa ya dia rasa macam baru lepas masuk maraton aje apabila Zarif tegur dia? Jangan nak perasanlah, Laily. Tengok kereta Zarif kat depan laman rumah tu pun dah tahu kerjanya apa. Lagi mahu berangan ke, Laily? Dah tak ingat peristiwa lampau? Benda tu la yang Laily dah tak mahu ingat lagi sampai sekarang. Dah dibuang terus ke tujuh lautan. Biar bersemadi jadi khazanah yang tak ada harga.

ZARIF berteleku di pusara Iskandar. Rumput-rumput yang sedikit memanjang dicabut. Biar pusara Iskandar bersih. Ada sepohon bunga yang sedang berkembang di hujung pusara. Di tepi pusara Iskandar, tersergam pohon langsat yang sudah tidak berbuah. Redup dan mendamaikan.

Bacaan surah Yasin dialun perlahan. Ada sebak bermukim dalam hati. Sakit dan rindu. Rasa-rasanya masih jelas di telinga Ahmad Zarif gurau senda Iskandar suatu masa lalu. Bagai masih baru dia rasakan semua ini berlaku.

“Iskandar, aku tahu kau sudah damai di sisi Pencipta Yang Satu. Dan aku masih terus di sini menjadi perindu kepada memori kita. Kasihan Darieka, Iskandar. Sampai saat ini dia masih mengingati kau.

Page 7: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

7

Seperti aku, Darieka juga pasti merindui segala kenangan yang kita coretkan bersama suatu masa lalu.”

Zarif tahu sukar untuk dia menerima kehilangan Iskandar suatu masa lalu. Iskandar bukan sahaja sahabat tapi bagai saudara kandung kepadanya.Malah lebih memeritkan apabila Iskandar menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya. Masih jelas dalam minda Zarif, kemalangan yang meragut nyawa Iskandar. Waktu itu, Iskandar menunggang motosikal di hadapannya, manakala Zarif mengekori. dari belakang. Tiba-tiba sebuah lori hilang kawalan dan merempuh Iskandar. Iskandar meninggal dunia di situ juga.

Selesai bacaan surah Yasin, Zarif bangun perlahan-lahan. Matanya merah menahan sebak yang menggunung di dada.

“Aku tinggalkan kau seketika. Insya-Allah, ada masa diizinkan Tuhan, aku ke mari lagi. Tapi percayalah persahabatan kita tak akan pernah renggang biar pun kau tak lagi bernafas.”

Zarif meninggalkan kawasan perkuburan Kampung Pauh dengan sebak yang sarat di dalam dada.

Page 8: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

8

Di antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi ada Tujuh Petala Cinta.

SIMBOLIK gila ayat tu. Masih terbayang-bayang wajah Hamka apabila menuturkan kata-kata itu kepada Attar dan Saidatul Nafisa saat Hamka melepaskan Saidatul Nafisa kepada Ahmad Fakrudin Attar.

Baik betul Hamka tu kan? Lepas kan tunang yang dia sayang kepada lelaki lain. Tapi, Attar pun baik juga. Dia berubah daripada jahat kepada orang baik. Sweet sangat apabila Attar cuba berbual dengan Saidatul Nafisa. Nak memikat cara bertertib.

Itukan filem aje, Laily. Mana ada lelaki baik macam Hamka dan Attar tu lagi. Dalam seribu lelaki, belum tentu satu pun macam dia orang.

Kuat betul pengaruh filem Tujuh Petala Cinta tu kepada Laily. Sampai siap berangan, konon-kononnya dialah Saidatul Nafisa. Sudah tu, siap bagi

Bab 2

Page 9: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

9

tahu kat emak yang dia nak pergi belajar di sekolah pondok. Terkejut Hajah Kalsom tatkala mendengar permintaan anak daranya itu.

“Nak buat apa pergi sana?”“Orang nak cari suami macam Ahmad

Fakrudin Attar.” Hajah Kalsom yang juga sedang menonton filem Tujuh Petala Cinta di rangkaian Astro Citra terus ketawa.

“Apa hal mak ketawa pula ni? Orang seriuslah.”

“Anak dara berangan tak sudah. Sembahyang pun tak sempurna mana lagi nak cari lelaki al-hafiz,” kata Hajah Kalsom lagi.

“Butalah budak tahfiz tu kalau nak memperisterikan perempuan macam Laily ni.”

“Belum cuba belum tahu. Mana tahu kot-kot esok lusa mak dengan ayah dapat menantu macam imam muda Asyraf tu.”

Hajah Kalsom tersenyum mengejek mendengar angan-angan anak perempuannya ini.

“Kut Imam Mat tu nak kat kamu tak tahulah mak.”

Laily muncung. Ada ke Imam Mat yang dah kahwin dua tu mak nak jadikan menantu.

“Assalamualaikum...”Hampir tercekik biji rambutan di kerongkong

Laily. Dia berpaling. Zarif sudah berdiri dengan senyuman panjang. Hilang terus ingatan dia kepada Ahmad Fakruddin Attar apabila David Beckham ada di hadapan mata. Zarif ini ada iras-iras David Beckham.

Page 10: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

10

“Boleh saya join?”Tanpa jawapan daripada Laily, dia terus duduk

di pangkin.“Makanlah.” Bakul berisi buah rambutan yang

merah ranum ditolak ke sisi Zarif.“Thanks tapi saya sakit kerongkong. Semalam

banyak dah makan.”Laily mengangguk.“Dah tu buat apa kat sini?” Amboi Laily, tak

boleh tanya elok-elok ke?Zarif tersenyum.Isy, dia ni asyik senyum aje.Laily sedikit kekok. Bukan dia tak biasa

dengan lelaki tapi yang ini lain sikitlah. Cewah, lain apanya? Laily... kenal dia ni pun tak sampai 24 jam. Jangan cakap pula ada bunga-bunga dalam hati macam lagu Misha Omar tu.

“Dengarnya, dulu setiausaha?”Laily angkat kepala. Pandang wajah Zarif yang

bersahaja.Em... Ni mesti Siti Tanjung Perak yang bagi

information ni.“Bekas...” Laily membetulkan. Yalah memang

dia ialah bekas setiausaha, selepas dia hantar surat peletakan jawatan sebulan yang lepas. Dan sekarang dia penganggur terhormat yang dapat biasiswa Pa & Ma. Kejap ya... Tak betul tu. Dia sedang menghabiskan duit simpanannya yang tak banyak mana pun.

“Resign. Kenapa?”

Page 11: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

11

“Saja aje.” Dia jawab ringkas. Sudah tentu itu bukan alasannya. Yalah dalam keadaan banyaknya pengangguran dalam kalangan lepasan ijazah sebegini, boleh pula Laily suka-suka hati berhenti kerja. Memang tak masuk akal langsung.

Lainlah kalau dia anak Tan Sri, yang tak payah kerja, duduk di rumah pun ada elaun masuk tiap-tiap bulan. Jangan mimpilah, Laily... Haji Nordin yang pencen guru besar itu nak buka business berjuta-juta, lepas tu derma sana sini. Kemudian dapat pingat jasa negara ke... ahli mangku negara ke... Barulah boleh dapat gelaran Dato atau Tan Sri. Lepas tu barulah Laily boleh goyang kaki aje kat rumah dan tak payah kerja.

Jauhnya berangan, Laily...“Ada pula macam tu. Boleh pula nak resign

saja-saja.”Laily pandang Zarif.Ramah juga mamat ni.“Orang dah cakap saja tu, maknanya sajalah.

Suka hati oranglah nak bagi alasan apapun nak resign...” Tidak akan dibuka rahsia punca dia berhenti. Tapi Laily amat yakin yang Cik Puan Siti Tanjung Perak dah buka cerita pasal dia. Kalau tak, takkanlah Zarif ni boleh tahu yang dia dulu seorang setiausaha. Em... Mak long ni memang tak boleh simpan rahsia betullah.

“Habis tu, seronok ke tak buat apa-apa sekarang ni?”

Laily pandang Zarif sekejap.“Em... seronok sangat. Sampai tak tahu nak

cakap macam mana seronoknya. Makan tidur lepas tu

Page 12: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

12

tengok TV. Bahagia dunia...”Mulutnya terus disua buah rambutan.Sekarang ni semua cerita dalam TV tu Laily

tahu. Hari jumaat pukul sembilan malam wajib tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia... Lepas tu pukul tujuh petang, setiap hari ada Teduhan Kasih... Kalau Astro pula, cerita Dahlia. Siap dia boleh hafal waktu tayangan semua cerita itu. Bukan itu sahaja, Oh My English pun dia tak pernah tertinggal, apatah lagi Upin & Ipin setiap hari jam 6.40 petang. Yang paling penting dia dapat menonton semula cerita kegemaran dia dulu, Pangako Sa Yo setiap hari pukul 11 pagi. Itulah rutin harian dia setiap pagi, mengadap Jericho Rosales dan Christine Hermosa.

“Tengok apa?”Zarif sedikit tersentak. Rupanya Laily perasan

yang Zarif asyik melihat ke arahnya.“Tak ada apa. Cuma tengok awak macam tak

ada masalah aje.”“Alah masalah sentiasa ada dengan kita. Lagi

kita fikir, lagi tambah masalah. Silap hari bulan nanti kita yang bermasalah.”

Zarif ketawa. Dengan Laily, hilang protokolnya sewaktu bertemu perempuan. Tak pernah dia seramah ini dengan mana-mana perempuan.

Sebenarnya hati dia pun berdebar-debar masa nak tegur Laily tadi. Dari mana dia dapat keberanian, dia pun tidak tahu.

Dia dikenali sebagai lelaki yang tidak suka dengan perempuan. Tapi tidak sampai ke tahap anti.

Page 13: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

13

Kawan perempuannya yang rapat cuma Michele dan Darieka, temannya sewaktu belajar dahulu. Michele pula pembantu peribadinya sekarang ini.

Tapi kenapa ya dia seberani ini menegur anak saudara ibu angkatnya ini? Sepupu arwah Iskandar yang tidak pernah dilihatnya walaupun dia sering ke mari dahulu.

“Lama ke kenal dengan arwah?”Zarif mengangguk.“Kenal masa belajar dulu.”“Dekat Kentucky?”Zarif angguk lagi. Arwah Iskandar teman

sebilik dan serumahnya dari hari pertama dia sampai ke negara yang dibangunkan oleh George Washington itu. Memang dia akrab dengan arwah Iskandar. Malah Iskandar sudah dianggap sebagai saudara sendiri.

“Room-mate dan house-mate.”Laily terangguk-angguk. Dulu masa kecil dia

rapat jugalah dengan Iskandar. Tapi lepas Iskandar ke Amerika dan dia ke Universiti Teknologi Mara, kedua-duanya sudah jarang berhubung. Sesekali bertemu apabila Iskandar berpeluang bercuti di tanah air.

“Buat apa datang sini?”“Saja. Melawat mak dengan abah.”Cewah... Dia ni tak ada mak bapa kandung

ke? Siap panggil mak long dan pak long sebagai mak dan abah.

“Mak bapak sendiri tak ada ke?” Huh, direct aje Laily tanya. Yalah, dia bukannya jenis yang suka simpan pertanyaan dalam hati. Buat menyemak kepala

Page 14: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

14

aje.“Eh, dah tentulah ada. Kenapa, tak boleh ke

saya panggil dia orang mak dengan abah?”Laily sengih sampai ke telinga.“Boleh... Boleh aje. At least lepas jugalah

rindu mak long dengan pak long pada arwah Abang Iskandar.”

“Seronok duduk sini. Tenang, aman. Tak serabut macam KL.”

Oh... Orang Kuala Lumpur rupanya.“Sini dah sah-sah kampung. Kampung pula

tepi sungai. Memang bestlah.” Laily menambah. Kat belakang rumah ni aje ada jeram. Tapi memandangkan sekarang musim hujan, Laily tak berani nak ke situ.

“Sebelum jadi penganggur ni kerja kat mana?”Zarif senyum nipis.Wah, sedapnya kata orang penganggur. Tapi

memang betul pun. Laily dah sebulan tanam anggur. Bukan kata berbuah, anak pokok pun tak nampak hasilnya.

“Bumi Emas kat Johor.”“Jauh tu.”Laily angguk. Nak buat macam mana, dah kat

situ yang terima dia kerja lepas ijazah dulu.“Tak nak cari kerja lain?”Laily diam sekejap.Bukan dia tak pernah cuba cari kerja dalam

sebulan ni, tapi tak ada kekosongan jawatan.“Cari juga. Tapi susah nak cari kerja sekarang

Page 15: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

15

ni. Banyak yang ambil pekerja, semuanya kroni. Anaklah, anak saudaralah, sepupu sepapat. Semuanya nak mengayakan kroni aje.”

“Tapi mesti ada juga company yang tengok kelayakan, kan?”

“Nak cari syarikat yang macam tu la yang susahnya. Banyak syarikat yang dia temu duga semuanya tiada kekosongan jawatan. Kalau nak ikutkan pengalaman, dia ada bertahun-tahun pengalaman masa di Bumi Emas. Malah dia pernah jadi setiausaha sulit walaupun sementara. Banyak juga pengalaman yang dia ada.

“Kan best kalau ada adik-beradik ke, saudara-mara ke yang ada syarikat besar. Boleh juga tumpang tuah kerja kat situ.”

Zarif ketawa kecil. Entah kenapa hatinya senang berbual dengan Laily.

“Tapi kalau kerja dengan saudara-mara pun susah juga. Silap-silap hari bulan boleh putus saudara kalau tak sekepala.”

Laily angguk, mengiakan kata-kata Zarif. Kenapa ya dia boleh seramah ini dengan lelaki yang baru sahaja dia kenal ini?

“Betul juga tu.”“Rancaknya berbual.” Mak Long Kamsiah dan

Hajah Kalsom sudah sampai ke pangkin. Baru balik daripada merewang untuk kenduri esok.

“Apa yang rancaknya? Sembang kosong aje la, mak long.”

“Kenapa tak buat air kat Zarif ni, Laily?”

Page 16: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

16

Ibunya mencuit anak dara yang sedang duduk bersila ini. Sebenarnya lebih kepada amaran.

“Anak dara duduklah baik-baik sikit. Ini tak, bersila depan orang.”

“Eh, tak payah mak cik. Saja ambil angin kat sini aje.”

“Ha, mak dengar tu. Dia nak ambil angin sajalah. Bukannya nak minum. Dah banyak dah angin dia makan tadi.”

“Isy, ada aje menjawabnya. Macam ni nak kahwin dengan ustaz? Mimpi ajelah, Laily oi...”

Wah, mak pecah lubang.“Ustaz mana pula ni?” Mak Long Kamsiah

bertanya.“Ini ha... Lepas tengok cerita dalam TV

semalam, berangan nak cari ustaz. Siap minta nak pergi sekolah pondok lagi.”

“Dia tengok cerita apa sampai nak kahwin dengan ustaz?”

“Tujuh Petala Cinta. Best tau, mak long. Hero dia sweet sangat. Nak mengurat pun bertertib.” Belum sempat Hajah Kalsom menjawab, Laily terlebih dahulu bersuara.

Pecah ketawa Mak Long Kamsiah.“Itulah cakap kat dia... Berangan sangat. Ustaz

manalah yang nak kat dia ni.”“Alah, kalau dapat menantu ustaz mak juga

bangga nanti.”“Ada aje menjawabnya.”

Page 17: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

17

“La orang cakap benda betullah.”Sekali lagi pipi Laily menjadi mangsa cubitan

Hajah Kalsom.“Jadi nak balik esok, Zarif?” Mak Long

Kamsiah bertanya.“Insya-Allah, mak. Lagipun kerja Rif banyak

lagi kat ofis. Nanti senang-senang, Rif datang jumpa mak lagi.”

Mak Long Kamsiah mengangguk. Senang dengan keramahan dan kebaikan Zarif. Zarif selalu mengingatkannya kepada arwah Iskandar.

Semoga dia sentiasa tenang bersama Pencipta-Nya. Itulah sahaja doa daripada seorang ibu.

Malam itu, Hajah Kalsom menjemput anak angkat Mak Long Kamsiah makan malam di rumah. Laily perasan sesekali mata nakal Ahmad Zarif mencuri pandang ke arahnya walaupun sedang berbual dengan Haji Nordin. Tapi yang sebenarnya, Laily pun suka juga pandang Ahmad Zarif itu.

“Tambah lagi nasi, Zarif.”Hajah Kalsom berikan mangkuk nasi tambah

kepada Ahmad Zarif. Tapi sebab Laily yang dekat, Laily la yang ambil mangkuk nasi tu dan beri kepada Ahmad Zarif.

“Terima kasih.” Zarif senyum sambil tangannya mengambil mangkuk nasi dari tangan Laily.

Kasih diterima. Laily jawab dalam nada yang gatal dalam hati.

“Senang-senang datang lagi, Zarif. Ini, bulan depan dah musim buah. Kalau nak rasa makan durian

Page 18: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

18

kampung, datang aje. Tu pokok-pokok manggis kat belakang tu pun dah berbunga. Sikit lagi keluarlah buahnya tu.”

Haji Nordin berbahasa. Dia kenal dengan anak angkat iparnya ini.

“Insya-Allah, pak cik. Kalau ada masa lapang, saya singgah nanti. Pak cik dengan mak cik pun kalau datang Kuala Lumpur, bagi tahulah saya.”

Laily senyum-senyum. Ada harapan jadi menantu mithali ini. Berangan aje Laily ini. Macamlah Zarif tu berkenan dekat awak yang kasar itu.

Eh, belum cuba belum tahu ya.“Amboi anak dara ini, dok senyum seorang

dari tadi dah kenapa?”Laily telan air liur apabila kena sergah dengan

Hajah Kalsom. Semua mata sedang memandang Laily termasuklah klon David Beckham yang duduk bersila di depan Laily ini.

Mak ini pun buat malu Laily sajalah.“Mana ada. Orang senyum teringat kat durian

kampung yang ayah cakapkan tadi tu. Dah teringin dah ini.”

Alahai tak logiknya alasan, Laily. Ada ke pula teringat kat durian sampai senyum-senyum. Sekali lagi Laily perasan mamat handsome itu pandang ke arahnya. Hati Laily pula asyik dup dap aje kerjanya.

Page 19: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

19

SELEPAS makan malam, Zarif tak terus balik. Masih rancak bercerita dengan Haji Nordin di anjung rumah.

“Nah, pergi hantar kopi kat atas.”Laily betulkan sedikit baju dan tudung yang

dipakainya.“Mak okey tak?”Hajah Kalsom berkerut kening.“Apa yang okeynya?”“Orang okey tak ni?”Baru Hajah kalsom faham maksud Laily.“Hai, dah tak jadi pula nak kahwin dengan

ustaz, nak mengurat anak angkat mak long pula?”Kan dah kena, Laily.“Mak ni slow-slow la sikit.”Laily angkat kopi dan biskut di dalam dulang

naik ke atas.“Kamu buat ke?” Terkejut juga Haji Nordin

apabila Laily pula yang hidangkan air kopi malam ini.“Alah ayah ini. Ingat orang tak pandai buat

kopi ke?”Haji Nordin ketawa.“Buat kopi? Kopi pun entah kamu kenal ke

tidak.”Aduh malunya, Laily. Zarif sudah tersenyum-

senyum. Laily cepat-cepat kembali ke dapur.Masa Zarif nak balik ke rumah mak long kat

sebelah, Laily intai ikut pintu dapur. Tak malunya Laily, mengintai anak teruna orang. Tapi kenapa ya, dia rasa

Page 20: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

20

lain macam saja apabila bertemu dengan anak angkat mak long ini?

Page 21: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

21

“TAK takut ke duduk seorang kat sini?”

Laily pandang Zarif. Seluar jeannya sudah dilipat separas betis.

Tadi sebenarnya dia takut juga. Tapi memandangkan sudah dua hari hujan tidak turun, pasti aras sungai tak berubah. Tiba-tiba teringin nak ke jeram di belakang rumah ini. Tapi mana pula mamat skema ini tahu dia di sini?

“Takut juga tadi, tapi sekarang ni dah ada peneman. Kot-kot jadi apa-apa, ada juga hero kat sebelah ni.”

Zarif ketawa. Dia duduk di bongkah batu berhampiran Laily.

“Teringatkan apa?”“Ingat apa? Tak ingat apa-apa pun.”Zarif pandang wajah Laily.

Bab 3

Page 22: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

22

“Ehem... Jaga mata sikit. Anak dara orang ni.”Zarif cepat-cepat alihkan matanya ke arah

lain. Ralit sangat perhati anak dara orang, sampai Laily tegur.

“Kat KL kerja apa?” Dia mula ramah bertanya perihal Zarif. Alang-alang nak berkenalan biarlah kenal betul-betul. Mana tahu kot-kot ada jodoh antara kita. Isy, berangan aje Laily ni. Semalam kata nak cari ustaz, hari ini dah berubah hati pula.

“Saya bawa lori aje.”Laily memuncungkan bibirnya.“Kut ya nak jadi penipu bersiri pun agak-

agaklah. Bawa lori pakai BMW, lori apa?”Zarif sudah ketawa.“Adalah kerja sikit-sikit. Itu kereta bos. Pinjam

aje.”“Ya ke?” Laily melirikkan matanya kepada

Zarif.“Betullah. Manalah mampu nak pakai BMW.”Laily senyum.Dari tempat mereka duduk, jelas kelihatan

Hajah Kalsom dan Mak Long Kamsiah sedang bersembang dekat perdu pisang. Ada dua tandan pisang tanduk di sisi Hajah Kalsom. Pisang yang ditanam oleh ayah Laily.

“Masih ingatkan dia?”Kali ini Laily pandang Zarif tepat-tepat.

Terkejut sebenarnya dengan soalan Zarif.“Dia siapa?”

Page 23: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

23

Hati Laily sedikit berdebar.Zarif diam. Mungkin mula tersedar dia terlajak

kata. Itulah Zarif, nak tanya main sedap mulut saja.“Sorry...” Zarif mula sedar keterlanjurannya

berbicara.Laily mengecilkan matanya memandang Zarif.“Ni mesti Mak Long Siti Tanjung Perak tu

cerita, kan?” Jari telunjuknya dihalakan ke arah Zarif.“Siti Tanjung Perak?” Keningnya berkerut.

Siapa pula?“Mak angkat awak tu la. Dia kan ala-ala Siti

Tanjung Perak?”Kali ini ketawa Zarif lebih kuat. Laily turut

sama ketawa.“Tak baik... Dia kan mak long awak.”Laily sengih. Memang pun emaknya selalu

sahaja marah apabila dia gelarkan kakak Hajah Kalsom itu seperti pelakon legenda Siti Tanjung Perak.

“Em... Mak long cerita apa kat awak?”Laily nak tahu juga apalah yang mak long

ceritakan sangat kepada anak angkatnya ini pasal dirinya.

“Emak tak sengaja terbuka kisah awak.”“Okey.”“Itu aje?” Fikir Zarif, Laily akan sedih atau

marah-marah. Tapi riak wajahnya langsung tak menunjukkan sedemikian.

“Apa maksud awak dengan itu aje?”“Okey. Tak sedih? Tak marah?”

Page 24: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

24

“Buat apa saya nak sedih-sedih? Tak ada maknanya. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Tuhan. Bukan kat tangan kita. So senang aje, tak ada jodoh.”

“Tak marah sikit pun?”Laily diam. Siapa yang tak marah diperlakukan

macam tu. Cuma seminggu sahaja dia bakal bergelar pengantin, kemudian semuanya musnah. Mak dan ayah malu. Mujur orang kampung faham. Ada yang suruh Laily ambil tindakan mahkamah, saman, repot polis, tapi Laily tak mahu.

“Marah memanglah marah. Tapi lagi banyak kita marah, lagi bertepuk tangan syaitan.”

Laily memang tak pandai sangat nak marah orang lama-lama. Dari dulu dia seorang pemaaf. Cepat aje hati dia sejuk kalau lepas marah orang.

“Macam mana kenal dia?”Eh, Zarif ini sampai hal peribadi Laily pun nak

tahu. Kenal pun tak sampai dua hari lagi. Tapi Zarif cuma ikut kata hati. Dia tak tahu kenapa dia boleh seramah ini dengan sepupu arwah Iskandar ini.

Laily diam. Sebenarnya dia sendiri sudah malas mahu mengungkit cerita itu.

“Keluarga kenalkan. Kebetulan satu ofis.”Zarif mengangguk. Mengikut cerita Hajah

Kamsiah, tunang Laily memutuskan pertunangan seminggu sebelum mereka bernikah. Lantaran itu majlis kahwin terpaksa bertukar kepada kenduri arwah. Mujur sahaja orang-orang kampung memahami mereka. Malah ramai yang bagi kata-kata semangat.

Page 25: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

25

Keluarga tunang Laily datang juga. Datang untuk memohon maaf atas kekhilafan anak mereka.

“Sebab itu berhenti kerja?”Laily angguk. Dia sebenarnya malu dengan

teman-teman sepejabat walaupun mereka tak pernah membicarakan soal dia tak jadi kahwin itu. Berbulan dia berfikir, akhirnya dia melepaskan jawatan sebagai setiausaha di Bumi Emas. Apatah lagi kerjanya selalu berurusan dengan bekas tunang. Yang terbaru dia dengar yang bekas tunangnya juga sudah berhenti kerja dan bekerja di tempat lain.

Akhirnya Laily tahu kenapa pertunangan mereka diputuskan. Alasan Hakim, dia sudah bertemu dengan wanita lain sebulan sebelum tarikh pernikahan mereka. Kenal dan terus jatuh cinta. Mudahnya kan bagi seorang lelaki mengalihkan cintanya sekelip mata kepada perempuan lain?

Laily rasa dia tidak perlu bersedih lama-lama. Buat apa nak buang air mata pada lelaki macam itu. Hidupnya diteruskan seperti biasa. Bagai tiada apa-apa yang pernah terjadi.

“Jadi balik petang ni?”Zarif angguk. Berat sebenarnya dia nak tinggalkan kampung

ini. Apatah lagi hatinya terasa dekat dengan Laily. Dalam diam dia akui dia menyukai wanita di hadapannya ini.

Coup de fodre?Jatuh cinta pandang pertama?Zarif takut untuk mengiakan kata hatinya.

Page 26: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

26

Love at the first sight. Sungguh dia tiada jawapan.

Page 27: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

27

“RIF ni dari mana? Tak boleh balik terus ke rumah dari ofis? Ni ada aje kerja kat luar tu.”

Zarif mengerling seketika ke arah wanita yang sedang duduk di sofa sebelum mengambil tempat di hadapan wanita yang berusia hampir 50 tahun itu.Dengan bersahaja dia mengambil sepotong mangga dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Pertanyaan wanita tersebut langsung tidak diendahkan.

“I’m talking to you, Zarif.”Berang apabila kata-katanya tidak diendahkan

oleh Zarif. Zarif tersenyum sedikit memandang ke arah wanita tersebut.

“Alah, sorrylah. Umi ni risau sangat. Rif dah 30 tahun, umi... Tahulah Rif jaga diri.”

Puan Sri Rohani menggeleng melihat sikap anak lelakinya itu. Perlahan-lahan majalah di tangan diletakkan ke atas meja di hadapannya.

Bab 4

Page 28: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

28

“Umi bukan nak membebel. Selagi Rif tiada kehidupan sendiri, selagi itulah kamu bawah tanggungjawab umi. Rif ingat, Rif dah 30 tahun, I’m not worried about you? If anything happens to you, umi tak akan maafkan diri umi.Walaupun dah besar tapi umi tetap risaukan Rif, tahu tak?”

Zarif melihat titisan jernih di pipi Puan Sri Rohani. Dia segera bangun dan duduk di sisinya.Hatinya dibelenggu rasa bersalah. Tak patut dia bagi uminya menangis begini sekali.

“I’m sorry, umi... Rif tak bermaksud nak sakitkan hati umi...”

Zarif tidak menghabiskan ayatnya. Dia cuba mencari ayat yang terbaik untuk berbicara. Bimbang hati uminya terluka lagi.

“Dahlah. Umi tak salahkan Rif. Tapi umi nak Rif tahu, everytime Rif berada kat luar even dekat ofis pun, hati umi tetap risau. Umi sendiri tak ada sesiapa selain Rif dan ayah.”

“Okey, Rif janji after this... where ever I go... I will tell you. Dahlah umi, jangan menangis lagi...buruklah...”

Zarif cuba menggembirakan hati uminya. Puan Sri Rohani tersenyum sedikit memandang anak muda di hadapannya ini. Kepala Zarif diusap perlahan.

“Dah, pergi naik mandi,” arahnya.Zarif akur lantas melangkah ke tingkat atas.

Sempat dihadiahkan sebuah ciuman di pipi Puan Sri Rohani. Mata Puan Sri Rohani masih memandang langkah anak tunggalnya itu menghilang ke tingkat atas rumah banglo dua setengah tingkat miliknya ini.

Page 29: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

29

“Selagi umi bernafas, umi mahu anak umi hidup bahagia,” bisiknya sendiri.

SEBULAN BERLALU.“Mak... Mak...” Laily sudah menjerit dari atas rumah. Hajah

Kalsom yang sedang memasak di dapur terkejut.“Apa kena kamu ni, Laily? Terjerit macam kena

sampuk!”“Bukan kena sampuk. Orang kena histerialah,

mak.”Hajah Kalsom mengurut dadanya. Laily ni walaupun sudah 27 tahun tapi

perangai tetap macam budak-budak. Macam tak pernah fikir masalah langsung.

“Ni, orang dapat surat tawaran kerja.” Laily menunjukkan surat bersampul putih

kepada Hajah Kalsom.“Kerja apa? Kat mana?”“Isy, mak ni takkan cef kut? Dah tentulah

secretary juga. Kat KL.”“Alhamdulillah. Apa nama syarikat itu?”“Metro Group. Tapi orang rasa tak pernah

apply pun.”Terkejut juga apabila dia ditawarkan sebagai

setiausaha di jabatan kejuruteraan syarikat besar ini. Dia tahu Metro Group ialah sebuah syarikat yang

Page 30: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

30

menjalankan perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia.

“Rezeki kamulah tu. Dah, kerja baik-baik. Jangan nak buat perangai lagi. Kerja sekejap berhenti.”

Hajah Kalsom sudah mula berleter.“Alah dulu tu bersebab. Bukan orang saja-saja

nak resign.”“Banyaklah alasan kamu tu.”Laily senyum.“Bila nak pergi?”Laily tengok sekali lagi surat putih di

tangannya.“Melapor diri Isnin. Sabtu pergilah.”“Nak duduk mana?”Dia diam sejenak. Betul juga. Dia mana ada saudara-mara di

Kuala Lumpur. Kawan-kawan adalah. Tapi dia orang pun tinggal dengan keluarga. Ada yang dah kahwin dah tentulah tinggal dengan suami.

“Kejap lagi orang cari rumah sewa dalam Internet. Mak...”

Panjangnya apabila sebutan mak keluar dari mulut Laily.

Hajah Kalsom berhenti memasak.“Nak apa pula?”“Sementara orang nak dapat gaji kan... boleh

tak dahulukan duit deposit rumah sewa, bil api air, makan minum... dengan duit minyak pergi kerja?”

Page 31: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

31

Hajah Kalsom menjeling. Sudah diagak permintaan anak perempuannya ini. Tapi yalah kalau Hajah Kalsom atau Haji Nordin tak bagi, mana pula anak perempuannya nak ambil duit sementara nak dapat gaji. Itulah, duit simpanan tak banyak tapi Laily boros sangat. Sekarang tengok siapa yang susah. Tak pasal-pasal Haji Nordin kena keluarkan duit poket.

“Aku dah agak dah.”Laily sengih sampai telinga. Yalah, kalau

dihitung duitnya di dalam bank, memang tak makan minumlah dia kat sana sementara nak dapat gaji.

“Yalah... nanti mak minta dengan ayah.”Hajah Kalsom pun memang harapkan pencen

Haji Nordin sebagai guru besar dengan kedai runcit yang dia dan suaminya buka di kampung ini.

“Sayang mak...”Pipi Hajah Kalsom dicium sebelum berlari ke

atas.“Bertuah punya anak... bukan nak menolong

kita kat dapur.”Bibir Hajah Kalsom terus membebel dengan

kerenah anak perempuannya yang seorang itu.

Page 32: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

32

“CIK ALISYA?”Laily angguk.“Saya Alisya. Selamat berkenalan...”

Tangannya dihulurkan kepada Salmi, ketua setiausaha jabatan kejuruteraan di sini.

“Okey. Alisya akan bekerja di bawah Encik Hakim. Tapi sekarang dia tak ada. Dia di site. Cik Alisya boleh duduk di meja dahulu...” Dengan ramah, Salmi membawa Laily ke satu ruangan yang menempatkan meja Laily.

Kenapa ya nama Hakim membuatkan darah Laily naik sedikit?

“Bukan dia seorang yang nama Hakim kat Malaysia ni.” Laily menyedapkan hatinya.

“Siapa big boss kat sini, Puan Salmi?”“Oh. Syarikat ini milik Tan Sri Ahmad Zakuan.

Tapi sekarang anak dia yang take over. Alisya jangan

Bab 5

Page 33: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

33

risau sebab bos kita tu jarang jumpa pekerja. Apa-apa urusan kita berhubung dengan Michele, pembantu peribadi bos. Lagipun nak masuk bilik bos tu bukan senang. Kena tapisan dulu daripada secretary dia dan Michele. Orang-orang tertentu sahaja yang boleh jumpa dia. Akak ni dah bertahun kat sini pun jarang jumpa bos. Masa annual dinner barulah dapat beramah mesra dengan bos... Bos ni low profile sikit. Tapi akak dengar dia ramai peminat. Maklumlah orang handsome. Kat pejabat ni aje ramai yang suka kat dia. Selalu jugalah ada perempuan yang datang cari dia kat ofis ni.”

Salmi ini kata jarang jumpa dengan bos tapi semua perihal bos dia tahu. Salmi ini macam kaki gosip aje.

Laily angguk kepala. Mula memahami sifat majikan barunya ini.

LAILY mula bekerja seperti biasa. Hari ketiga barulah dia bertemu dengan ketuanya. Memang dia terkejut yang amat sangat. Kecil betul dunia ini. Kenapalah dia tak boleh lari dari manusia yang namanya Hakim ini.

Laily buat-buat tidak kenal apabila dia diperkenalkan dengan Hakim.

Dunia ni memang kecil. Tapi Laily tidak peduli kerana dia dan Hakim tiada apa-apa lagi hubungan.

“Laily sihat?”Laily angkat muka pandang Hakim yang

Page 34: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

34

sedang berdiri di kisi mejanya.“Nampak saya macam orang sakit ke? Okey,

saya sihat aje. Berat badan pun makin bertambah. Baru ni pergi cek doktor, okey, tak ada apa-apa masalah pun. Nak kata ada kencing manis ke darah tinggi ke sakit jantung ke memang tak ada...”

Perhatiannya kembali kepada kerja di atas meja. Dia perlu siapkan dokumen ini secepatnya untuk Salmi hantar kepada Michele sebelum disemak semula oleh CEO.

“Hakim minta maaf.” Hakim masih tidak mahu berganjak.

“Raya lagi dua bulan kan. Masa raya esok kita saling maaf bermaafan ya.” Dia malas mahu melayan Hakim sebenarnya. Kalau ikutkan, mahu aje dia berhenti 24 jam. Tapi mengenangkan amaran Hajah Kalsom, dibatalkan niatnya itu. Lagipun cerita dia dengan Hakim dah basi pun.

Cuma yang dia terkejut, macam manalah Hakim pun bekerja kat sini juga. Tapi Laily kena ingat, perancangan Allah itu lebih hebat daripada perancangan manusia. Lari sejauh mana pun, kalau Allah kata masih ada pertemuan, mereka mesti jumpa juga. Sungguh perasaannya sudah kosong terhadap Hakim.

“Laily masih marahkan Hakim?”Laily tarik nafas panjang. Betullah mamat ni

tak faham bahasa.“Encik Hakim, saya ni nak buat kerja. Kalau

dok melayan Encik Hakim bersembang sampai bila kerja saya nak habis? Encik Hakim tak ada kerja ke?”

Page 35: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

35

Hakim pandang sekeliling. Redzuan dan Jessica sudah pandang-pandang. Mana tidaknya, suara Laily memang kuat pun. Hakim jadi malu dengan pekerja bawahannya. Lagipun, Laily tayang muka selamba sahaja.

“Saya pergi dulu.” Hakim terus berpaling dan melangkah ke pejabatnya.

“Apa hal tu? Nak try you ke, Alisya?”Laily sengih pandang Redzuan.“Aku tengah banyak kerja, dia ajak aku

bersembang. Karang orang cakap aku makan gaji buta pula.”

Seboleh mungkin dia tak mahu orang mengaitkannya lagi dengan Hakim. Dia bosan apabila orang sebut nama Hakim di hadapannya. Baginya, dia tidak pernah kenal Hakim.

Hakim pernah membuat dia kecewa. Bukan kecewa kerana tidak jadi isteri Hakim tapi kecewa apabila Hakim palitkan arang ke muka kedua-dua ibu bapanya. Mujur sahaja Allah bagi kekuatan kepada mereka sekeluarga untuk menghadapi peristiwa itu. Sudahlah. Laily tidak mahu lagi mengingati peristiwa lama.

“Dia syok sama youlah, Alisya...”“Ah, tak ada maknanya, Jessica oi.” Dia

kembali duduk. Jessica dan Redzuan tersenyum-senyum meneruskan kerja masing-masing. Dua orang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Malaysia sudah senyum-senyum pandang Laily.

Berbalik kepada Hakim. Tak akan kut. Entah-

Page 36: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

36

entah Hakim pun dah kahwin dengan pilihan hati yang dia kenal sebelum majlis mereka dahulu. Malas dia mahu fikirkan soal Hakim lagi.

Laily kembali meneruskan kerjanya yang tergendala dengan kedatangan Hakim tadi.

Cuma yang Laily tak tahu ada mata yang sedang melihat adegan itu di sebalik cermin gelap. Cermin yang memisahkan ruangan pejabat dan bilik mesyuarat di tingkat tujuh ini.

LAILY makan tengah hari di KFC berhampiran pejabat. Seorang diri apabila Jessica terpaksa turun site bersama Redzuan.

“Boleh saya join?”Laily angkat wajah. Pandang lelaki berkaca

mata hitam ini.Rasa macam kenal aje. Em... siapa lagi kalau

bukan anak angkat Siti Tanjung Perak.“La... Jumpa kat sini. Kecik betul KL ni.”Zarif tersenyum sambil tangannya menarik

kerusi di hadapan Laily.“Kerja kat mana?”“Mana tahu orang kerja?”Suapan Colonel Burger terhenti seketika

dengan pertanyaan Zarif.“Emak Siti Tanjung Perak bagi tahu.”Pecah ketawa Laily apabila Zarif juga terikut-

ikut menggelarkan Mak Long Kamsiah dengan nama

Page 37: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

37

Siti Tanjung Perak.Zarif senyum lebar. Suka agaknya tengok Laily

ketawa macam tu.“Dekat Metro Group,” jawab Laily ringkas. Suapan Colonel Burger yang terhenti seketika

tadi disambung semula.“Seronok?”Laily angkat bahu. Baru seminggu di situ

manalah Laily tahu seronok ke tidak. Tapi yang lain-lain okey, cuma pasal jumpa semula dengan Hakim saja yang tak berapa nak okey.

“Kenapa?”“Tahu tak saya jumpa siapa?” Zarif

mengerutkan keningnya tanda dia tidak tahu.“Siapa?”“Bekas tunang...” Riak wajahnya biasa-biasa sahaja. Tidak teruja

sedikit pun.“Ya? Dia kerja kat situ juga?”Laily angguk.“Tak sangka pula lepas dia resign, dia minta

kerja kat situ. Jangan-jangan dia yang bagi orang kerja kat situ. Sajalah tu senang nak tayang girlfriend dia agaknya. Padahal orang tak kisah sikit pun.”

“Bukan dia kut yang offer Laily kerja kat situ.”Laily jongket bahu. Malas mahu fikir siapa

yang menawarkan dia bekerja di Metro Group.“Ketua orang pula tu. Rasa nak berhenti kerja

aje. Boring betul...” Tanpa sedar, Laily merungut

Page 38: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

38

sendirian.“Isy, takkan sampai nak berhenti kerja?”Zarif sudah berdebar-debar. Dia tidak mahu

Laily berhenti kerja. Dia mahu dekat dengan gadis itu.“Tak adalah. Mula-mula jumpa tu memang

rasa nak berhenti tapi bila fikir balik, buat apa. Bukannya saya ada apa-apa lagi dengan mamat tu. Lantak dialah. Saya buat kerja saya, dia buat kerja dia. Sudah!”

Zarif senyum. Senyum lega sebenarnya.Isy, dia ni asyik senyum aje. Dahlah senyuman

dia menggoda. Macam lagu kumpulan Elite tu.Manisnya senyumanmu...“Awak kerja kat mana?”Laily juga terkejut bertemu Zarif di tengah ibu

kota ini.“Kat bengkel lori. Sayakan bawa lori.”Laily menjeling.“Orang lupa awak bawa lori. Habis tu tak

hantar barang ke hari ini? Oh... sekarang ini driver lori semuanya diwajibkan pakai long sleeve dengan tali leher ya?”

Zarif ketawa kecil.“Hari ini kerja sekerat hari.”Kali ini Laily pula ketawa.“Awak ni betullah, Zarif. Orang tanya elok-

elok, main-main pula dijawabnya.”“Kita tak payah cerita pasal kerja saya boleh

tak? Saya kerja biasa-biasa aje. Company pun kecil aje.”

Page 39: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

39

Laily pandang Zarif yang turut sama memandang ke arahnya.

“Awak ni pengedar dadah ke? Nampak macam tak ada kerja tapi pakai kereta besar.”

“Subhanallah... Muka saya ni ada macam orang jahat ke? Kan dah cakap, kereta tu company punya.”

“Alah sekarang ni susah nak bezakan orang baik dengan jahat. Ada setengah tu, muka innocent aje, tapi perompak bersiri. Ada pula muka brutal gila tapi orang baik. Tak boleh nak judge orang melalui muka aje.”

“Habis tu, Laily rasa saya macam mana?”Laily pandang tepat-tepat wajah Zarif. Konon-

konon sedang menganalisislah.“Orang baik kut.”“La... Kenapa ada kut kat belakang tu?”Laily sengih.Dia baru sangat kenal dengan Zarif. Walaupun

Mak Long Kamsiah bagi jaminan yang Zarif ini pemuda yang boleh dipercayai, tapi Laily tetap tak percaya. Dulu pun Hakim nampak macam baik saja tapi rupa-rupanya lagi teruk daripada orang jahat.

“Dah lambat dah ni. Nak solat lagi. Saya pergi dulu, ya.”

Zarif angguk. Berat sebenarnya nak lepaskan Laily. Tadi dia mengekori Laily sejak dari ofis. Rasa bersalah sebenarnya kerana menyembunyikan identitinya daripada Laily. Dia yang menghantar surat tawaran daripada Metro Group kepada Laily. Sejak

Page 40: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

40

pertemuan dengan Laily di kampung dahulu, dia selalu jadi teringat kepada gadis itu. Walaupun Laily kelihatan agak kasar di pandangan mata orang, tapi dia tahu hati Laily selembut namanya.

Love at first sight? Dia ketawa sendirian.“Coup de foudre.” Tiba-tiba suara nyaring

Darieka menerjah telinganya.Teringat temannya berbangsa Perancis sewaktu

di Kentucky dahulu. Darieka selalu menuturkan kata-kata itu apabila ada sahaja wanita yang menaruh perasaan kepada Zarif.

Fou. Selalu Zarif membalas kembali dengan mengatakan Darieka gila.

“Son amour sur vous.” Darieka membalas kembali.

Zarif dan Iskandar hanya ketawa. Darieka ialah satu-satu teman kuliah dari kalangan perempuan yang bersahabat dengan kedua-duanya. Darieka tidak macam perempuan lain yang mahu lebih daripada sahabat. Tapi Zarif tahu kalau Darieka sebenarnya sukakan Iskandar. Cuma sayang, cinta mereka tidak kesampaian.

Daripada Darieka, mereka banyak belajar bahasa Perancis.

“Tout de Dieu.”Ya, semuanya ketentuan daripada Tuhan.

Page 41: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

41

“HAI Rif.”Zarif menarik nafas panjang tatkala melihat

Alisa yang sedang merapatinya. Lantas dia terus bangun menuju ke pintu keluar.

“Rif...” Panggilan Alisa tidak diendahkannya. Dia terus berjalan laju menuju ke parkir.

“Siap you, Rif. You memang nak kena dengan I.”

Memang Alisa marah. Beberapa pengunjung menoleh-noleh ke arah dirinya yang terjerit memanggil Zarif sedangkan lelaki itu langsung tidak mempedulikan dirinya. Malu sebenarnya apabila dia ditolak daripada hidup lelaki itu.

“HELO...” jawab Laily lembut. Kedengaran suara garau lelaki di sebelah sana. Laily tergamam sebentar.

“Macam pernah dengar aje suara ni...” Tiba-tiba kata-kata itu terkeluar dari bibirnya.

Kedengaran ketawa kecil daripada si pemanggil. Dengar ketawa pun Laily dah tahu siapa gerangan pemanggilnya. Klon David Beckham la tu.

“Encik Zarif?” teka Laily sambil tergelak. Dia yakin dia tak salah. Memang Zarif yang telefon nya malam-malam ini.

“Memang saya pun... Saya mengganggu ke?” Laily menarik nafas panjang.Macam mana mamat ni tahu nombor telefon

Page 42: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

42

aku ni? bisiknya. Tak lain tak bukan, mesti mak long la punya kerja ini.

“Er... tak... Er... macam mana dapat nombor telefon orang ni?”

Ketawa Zarif masih bersisa. “FBI...” jawabnya ringkas.

Laily mengetapkan bibirnya geram dengan tingkah Zarif. Tapi kenapa ya, hatinya senang sangat apabila Zarif bergurau macam tu.

“Sorry... I was just kidding. Actually, Mak Long Siti Tanjung Perak awak tu yang bagi your number.”

Angau punya pasal sampai minta nombor telefon ya, Zarif?

“What can I do for you, boss?”Lebih baik Laily tanya cepat-cepat apa yang

dia nak sebelum dia melalut.“Sorry... but I need to see you now. Kalau

awak tak boleh keluar, boleh saya datang rumah awak sekarang ni?” Pertanyaan daripada Zarif membuatkan Laily hampir terjatuh katil.

“Nak jumpa saya? Nak datang sini? Awak gila? Ni rumah sewa perempuan la.”

Ketawa Zarif berpanjangan. Laily semakin geram.

“Nak masuk meminang awak...”“Em... Saya nak meminang awak, boleh?”

tambah Zarif.“Zarif...” Laily terjerit kecil.

Page 43: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

43

“Sorry. Tapi saya lapar sangat sekarang ini. Nak ajak makan malam, boleh? Atau awak nak masakkan untuk saya?”

Laily ketawa kecil.“Tapi dah malam ni. Saya dah makan Maggi

tadi.” Memang itu pun makan malam dia tadi.

Semuanya gara-gara malas nak memasak. Letak Maggi ke dalam bekas, tuang air panas, dah siap. Malasnya Laily ini.

“Makan Maggi? Cik adik, Maggi tu tak ada khasiat langsung, tahu tak? Ada pula makan Maggi malam-malam ini. Sekarang ni saya tak kira, awak kena makan nasi juga dengan saya. Tak boleh tidak.”

Zarif dah macam mengugut.“Okeylah. Tapi awak belanja ya.”Zarif ketawa.“Of course. Siap cepat. Kejap lagi saya

sampai.”Laily mematikan talian. Dia pandang telefon

bimbitnya yang diletakkan di atas tilam.Sekali lagi macam tak percaya, bagaimana dia

boleh serapat ini dengan Ahmad Zarif. Bukan ke Laily pernah berjanji kepada diri sendiri yang Laily tak mahu jatuh cinta lagi? Tapi dengan Ahmad Zarif? Kenapa mudah sangat Laily biarkan perasaannya terbuai-buai dengan Zarif?

Page 44: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

44

LAILY mengenakan t-shirt lengan panjang berwarna coklat dengan seluar jean berwarna hitam. Sedikit haruman Christian Dior disemburkan ke badan. Dia hanya mengenakan bedak nipis dan sedikit lipstik. Beg sandangnya dicapai dan dia melangkah keluar.

Di ruang tamu, teman-teman serumahnya sedang berbual ringan.

“Laily... nak keluar?”Hamna bertanya apabila Laily mencapai kunci

kereta di tepi dinding.“Aku kena jumpa kawan... ada hal sikit.”Hamna hanya mengangguk sebelum berpesan,

“Take care. Jangan balik lambat sangat. Bahaya sekarang ini kat luar tu.”

“Okey. Thanks ingatkan aku.” “Okey. Pergi dulu...” Terus dia mendapatkan

Vivanya. Tadi sempat dikirimkan mesej kepada Zarif agar tidak perlu menjemputnya. Dia pergi sendiri ke tempat yang dijanjikan. Malas dia, nanti pasti ada gosip pula di sini.

LAILY tiba di Restoran Sri Melayu lima minit lebih awal. Sewaktu kakinya melangkah masuk, kelihatan Zarif sedang duduk sambil menikmati segelas teh tarik.

“Assalamualaikum, bos. Dah lama tunggu?” Zarif berpaling apabila ada yang menyapanya

dari arah belakang. Tersenyum seketika apabila melihat Laily sedang tersenyum di belakangnya. Laily tetap

Page 45: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

45

cantik walaupun berpakaian ringkas. Kecantikannya makin terserlah dengan tudung yang menutupi rambutnya. Sepantas dikerlingnya jam Rolex di pergelangan tangan.

“Awak tak lambat pun, Miss Laily... Please, have a seat. You don't mind kan saya oder untuk awak Milo? Saya rasa you like this drink sebab tengok dua kali minum Milo kat kampung dulu.”

Zarif senyum-senyum. “Biar betul, sampai minuman favourite aku

pun dia tahu...” kata Laily perlahan.“Awak memang selalu macam ni ke?” Pertanyaan Zarif membuatkan Laily terkedu

seketika.“What do you mean by ‘macam ni’?” tanya

Laily pelik.Zarif ketawa kecil.“Yalah, selalu cakap seorang diri...”Laily pantas menekup mulutnya.Alamak, dia dengar ke?Ketawa Zarif masih bersisa. “Sorry... dah terbiasa,” ujar Laily cuba

menutup malunya. Malulah apabila Zarif tegur dia bercakap sendiri. Orang yang selalu bercakap seorang diri ini selalunya kuat barangan. Mana Laily tahu? Pak Cik Google la yang bagi tahu.

“Never mind. Everyone ada habit masing-masing, kan?”

Laily duduk berhadapan dengan Ahmad Zarif.

Page 46: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

46

Hatinya gelisah apabila mata Zarif seolah-olah melekap di wajahnya.

“Apa tengok saya macam tu?”Lamunan Zarif tersentak dengan sergahan

Laily. Sengaja dikuatkan suaranya untuk menarik perhatian David Beckham ini yang seakan-akan berkhayal. Jauh dari itu, dia cuba meredakan gelodak perasaannya.

Zarif cuba menyembunyikan senyumannya. Malu apabila Laily menegurnya sebegitu. Sudah dua kali dia kena tegur dengan Laily sebab asyik tengok wajah Laily. Dulu pernah sekali, semasa di sungai.

Laily buat-buat baca surat khabar di atas meja.Kisah usahawan Malaysia, Dato Firdaus yang banyak membantu golongan miskin di negara ini.

“Tak ramai usahawan Islam yang macam Dato Firdaus tu sekarang ni. Yang banyak cuma cari keuntungan tanpa mengira halal dan haram. Sebab tu la banyak business yang lingkup. Yalah, apabila dah kaya sikit, mulalah lupa diri... bukannya ingat nak bantu golongan yang susah. Entah-entah sembahyang pun entah ke mana. Lepas tu, apabila business lingkup, masa tu la baru nak mengadap Allah. Barulah nak menyesal.”

Laily menganalisis apa yang dibacanya seketika tadi di hadapan Zarif.

Zarif senyum-senyum. Dia tahu Laily bercakap pasal Dato Firdaus. Dia kenal sangat dengan Dato Firdaus ini. Memang terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati. Malah dia bangunkan yayasan insan bagi membantu anak Melayu yang pandai untuk ke luar

Page 47: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

47

negara.Ahmad Zarif tersenyum sedikit mendengar

bebelan Laily. “Tak semua orang macam yang you katakan

tu, Miss Laily...”“Sorry... Saya cuma bercakap dari sudut

global. Awak sendiri tahu ramai orang dari golongan business ni yang mudah lupa diri. Masa mula-mula nak bangkit bukan main bagusnya. Bila dah senang sikit mulalah tak ingat dunia. Tapi saya tak nafikan masih ada yang masih kenal asal usul dan tak mudah lupa diri. Dato Firdaus mungkin salah seorang daripadanya.”

Zarif menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangannya. Dia merenung Laily. Mendengar dengan teliti pendapat gadis di hadapannya ini.

Laily ketawa kecil. Makin menyerlahkan kecantikannya.

Zarif menahan debaran di dalam dada.“Awak sudi tak jadi kawan saya?”Daripada topik Dato Firdaus, tiba-tiba Zarif

ubah topik ke arah lain pula.Laily angkat kening.“Kan kita dah jadi kawan? Apa la awak ni.”Zarif ketawa.“Dahlah, finish up your drink. Saya dah nak

balik ni.”Laily cuba menutup resah dalam hatinya.

Entah kenapa debaran di dalam dada seakan-akan

Page 48: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Maznie Darnisya

48

tidak mahu hilang. Melihat renungan tajam Zarif seakan-akan menembusi jantungnya.

“So, awak tak sudilah nak jadi kawan saya?” Mahu tidak mahu, huluran tangan Zarif

disambut juga. Sekadar mengikut rentak Zarif. Sejuk tapak tangan Laily dalam genggaman Zarif.

“So, Miss Laily... nice to meet you.” Tangan mereka terlerai.

Fuh! Lega...“Laily...”Tangan Zarif diawang-awangkan ke wajah

Laily. Laily tersentak sedikit.“Awak dengar tak apa saya cakap tadi?”“Er... sorry... saya... saya...” Entah kenapa lidahnya seakan-akan kelu.

Kelulah sebab Zarif ini berterus terang sangat.Kedengaran ketawa Zarif.”Awak ni selalu mengelamunlah... ingat kat

seseorang ke?”Zarif membuat andaian walaupun dalam

hatinya amat berharap andaiannya silap.“Tak adalah...”Laily cepat-cepat habiskan nasi di pinggan.

Gementar sebenarnya dengan Ahmad Zarif ini.Habis sesi makan malam, Laily meminta diri.

Walaupun sedikit berat, Zarif terpaksa melepaskan Laily pulang. Yalah, Laily tu bukan siapa-siapa pun dengan Ahmad Zarif. Mana boleh pula kalau Zarif nak tahan-tahan Laily duduk dengan dia.

Page 49: Bab 1 - ideakreatif.netideakreatif.net/uploads/books/SWD bab 1-5.pdfduduk kampung balik. Nama dia Alisya. Tapi kami semua panggil dia Laily sebab dulu kecik-kecik dia kuat menangis

Sweetnya Dia...

49

Mata Zarif masih memandang Laily menghilang bersama Vivanya.