b6d1e2 petempatan lestari

Upload: anonymous-fg9nu5

Post on 14-Apr-2018

339 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 B6D1E2 Petempatan Lestari

    1/3

    B6D1E2Mencadangkan usaha-usaha untuk mewujudkan petempatan lestari ataulangkah-langkah untuk mewujudkan sistem petempatan lestari

    PETEMPATAN LESTARI

    1.0 DEFINISI

    Definisi petempatan lestari, merujuk kepada gagasan untuk

    meningkatkan kualiti hidup bandar, merangkumi komponen ekologi, budaya,

    politik, institusi, sosial dan ekonomi tanpa membebankan generasi akan

    datang. Dengan kata lain, petempatan lestari merangkumi pemantapan nilai,

    sifat, dinamisme,kemudahan dan prasarana lestari dari segi penggunaan

    sumber tenaga, bekalan air dan pelupusan sisa efisien, sistem pengangkutan

    canggih, rekabentuk bangunan dan prasarana mesra alam dengan dikelilingi

    kehijauan pelbagai flora dan fauna. Petempatan lestari juga seharusnya

    ditunjangi pelbagai aktiviti martabat tinggi dari segi keilmuan, penyegaran

    minda, penyuburan rohaniah, hubungan sosial dan kegiatan perdagangan.

    2.0 CADANGAN USAHA USAHA UNTUK MEWUJUDKAN PETEMPATAN

    LESTARI

    Petempatan lestari merupakan satu kombinasi yang bersepadu dengan

    pelbagai unsur seperti Faktor fizikal, faktur ekonomi dan juga faktur sosial. Ia

    juga meliputi segala proses aktiviti manusia seperti tinggal di sesuatu tempat,

    bekerja, belajar, mendapatkan perkhidmatan kesihatan, budaya atau

    berekreasi di samping struktur fizikal sistem yang membantu kehidupan

    seperti :-.

    2.1 Kegiatan ekonomi.

    Petempatan lesteri perlu mempunyai kegiatan ekonomi yang baik yang

    boleh menjana pendapatan penduduk secara berterusan dan kemajuan

    mereka meningkat dari tahun ke tahun.

  • 7/29/2019 B6D1E2 Petempatan Lestari

    2/3

    2.2 Perkhidmatan bekalan elektrik,

    Bagi mewujudkan petempatan lestari, bekalan elektrik perlu diadakan

    untuk kemudahan dan kegunaan penduduk dalam menjalani kehidupan

    seharian. Boleh dikatakan segala peralatan yang digunakan di rumah

    memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi.

    2.3 Perkhidmatan bekalan air

    Selain itu, kemudahan air bersih juga sangat diperlukan untuk

    menjalani kehidupan seharian seperti mandi, memasak , membasuh, dan

    sebagainya.

    2.4 Kemudahan ICT dan multimedia

    Kemudahan telekomunikasi dan multimedia penting pada zaman

    sekarang untuk perhubungan dan mendapatkan maklumat serta bahan

    rujukan dalam proses pembelajaran.

    2.5 Kemudahan Pendidikan

    Petempatan lestari perlu mempunyai kemudahan pendidikan seperti

    sekolah rendah dan menengah. Bagi menyediakan pendidikan awal kepada

    penduduk.

    2.6 Kemudahan Jalan Raya Dan Pengangkutan Awam

    Kemudahan jalan raya dan pengankutan awam menjadi sangat penting

    dalam memastikan petempatan lestari. Hal ini kerana, ianya menjadi asas

    kepada mobilisasi penduduk untuk menjalankan kegiatan ekonomi, sosial,

    dan pembelanjaran.

    2.7 Kemudahan kesihatan

    Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat kesihatan kecil

    perlu diwujudkan dikawasan petempatan lestari kerana dewasa ini penjagaan

    kesihatan telah menjadi satu keutamaan penduduk.

  • 7/29/2019 B6D1E2 Petempatan Lestari

    3/3

    2.8. Keselamatan

    Kawasan petempatan yang berkekalan biasanya mempunyai ciri-ciri

    keselamatan dan kesejahteraan kepada penduduk. Oleh itu, kemudahan

    keselamatan seperti balai polis perlu diwujudkan.

    2.9 Tempat beribadat

    Kemudahan tempat beribadat seperti masjid adalah merupakan satu

    keperluan di kawasan petempatan lestari untuk menjalankan ibadat, tempat

    pembelajaran ilmu agama, dan tempat untuk mengeratkan silaturrahim

    diantara penduduk.

    2.10 Kawasan perniagaan/pusat komersial untuk menjalankan pelbagai jenisperniagaan.

    Kemudahan kemudahan seperti pasar, kedai runcit, dan sebagainya

    amat diperlukan untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain

    selain daripada ianya menjadi tempat kegiatan ekonomi.

    2.11 Kawasan rekreasi/taman permainan

    Dalam memastikan kelastarian sesuatu petempatan, padang permain

    kanak-kanak dan taman rekriasi harus diadakan untuk kegiatan sosial dan

    riadah agar kesihatan dan kesejahteraan penduduk dapat dipupuk.

    2.12 Bentuk Muka Bumi

    Petempatan lestari yang berkembang biasanya berada dikawasan

    yang mempunyai muka bumi yang rata sehingga ke kawasan yang

    mempunyai kecerunan kurang dari 30 darjah. Hal ini kerana, ianya senang

    untuk membina kawasan penempatan dan menjalankan aktikiti harian.

    Nama : ________________________________

    Tingkatan 2

    Tarikh serahan :___________