b05-02-05-le2-is1b

16
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 ( SEMESTER 2) No. DAN TAJUK MODUL M05 HYDRAULIC SYSTEM No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE 1 PRODUCE HYDRAULIC DRAWING LE 2 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM LE 3 MAINTAIN HYDRAULIC SYSTEM AND PERFORMANCE OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE CHECK HYDRAULIC PERFORMANCE USING HYDRAULIC TEST SET, HYDRAULIC GAUGE, HYDRAULIC FILTERS SO THAT OIL, LEVEL TEMPERATURE AND HYDRAULIC PRESSURE ARE CHECKED, HYDRAULIC FLUID REFILLED AND PRESSURE FLOWING SYSTEM ARE IDENTIFIED ACCORDING TO OPERATION MANUAL. 77 INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (B05-02-05-LE2-IS1b)

Upload: raxief-zhi

Post on 02-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ie

TRANSCRIPT

Page 1: B05-02-05-LE2-IS1b

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 2 ( SEMESTER 2)

No. DAN TAJUK MODUL M05 HYDRAULIC SYSTEM

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 1 PRODUCE HYDRAULIC DRAWINGLE 2 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEMLE 3 MAINTAIN HYDRAULIC SYSTEM AND PERFORMANCE

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

CHECK HYDRAULIC PERFORMANCE USING HYDRAULIC TEST SET, HYDRAULIC GAUGE, HYDRAULIC FILTERS SO THAT OIL, LEVEL TEMPERATURE AND HYDRAULIC PRESSURE ARE CHECKED, HYDRAULIC FLUID REFILLED AND PRESSURE FLOWING SYSTEM ARE IDENTIFIED ACCORDING TO OPERATION MANUAL.

77

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIAKEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

(B05-02-05-LE2-IS1b)

Page 2: B05-02-05-LE2-IS1b

ISI KANDUNGAN

LE1 - CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM

TASK 06.05 – CHECK HYDRAULIC SYSTEM

78

Page 3: B05-02-05-LE2-IS1b

No. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 CHECK FUNCTION OF HYDRAULIC SYSTEM

No. & TAJUK TUGASAN

TASK 06.05 – Check hydraulic system

Code No. : B05-02-05-LE2-IS1bMuka : 1 drp.

11

TAJUK : Pengenalan Kepada Injap Hydraulik

TUJUAN :

Injap hydraulik merupakan peranti yang digunakan untuk mengawal arah, tekanan dan halaju minyak yang mengalir menerusi sistem hydraulik di samping melindungi pekerja, peralatan dan juga harta benda. Injap hydraulik yang diguna dalam industri dikilangkan serta direka bentuk untuk kegunaan dalam beberapa julat tekanan tertentu termasuklah 0 hingga 1500 psi, 1500 hingga 2500 psi dan 1000 hingga 5000 psi. Sebahagian besar penggunaan adalah dalam julat 0 hingga 1500 psi. Injap yang diguna dalam sistem kuasa hydraulik termasuk injap kawalan arah, pelega tekanan, pengurang tekanan, kawalan aliran dan sehala.

PENERANGAN :

Injap Kawalan Arah

Terdapat beberapa reka bentuk berbeza digunakan dalam pembuatan injap kawalan arah. Kebanyakkannya melibatkan satu liang masukan, satu liang keluaran dan satu atau lebih liang kawalan. Injap kili adalah jenis injap kawalan arah yang biasa digunakan. Satu atau lebih omboh boleh gerak, dikenal sebagai kili dipasang pada suatu batang bagi menentukan arah aliran minyak. Apabila kili digerakkan, kebuk dalaman berada dalam keadaan tertutup ataupun terbuka, dengan demikian ia dapat menghalakan minyak ke arah yang diperlukan. Peranti ini boleh dikelompok ke dalam beberapa kategori seperti di bawah.

79

Page 4: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 2 drp. 9

Injap dua hala :- Injap kawalan arah dua hala diguna untuk membuka atau menutup talian hydraulik terhadap aliran minyak. Ia diguna untuk mengalihkan motor hydraulik dan silinder kepada keadaan buka – tutup. Oleh itu, kadangkala ia juga dikenal sebagai injap buka – tutup. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 1(a), pada kedudukan terbuka, minyak mengalir masuk menerusi liang masukan, melewati kebuk dan keluar melalui liang keluaran. Pada kedudukan tetutup, kili atas terletak antara liang masukan dan keluaran, lalu menghalang minyak daripada mengalir menerusi liang keluaran sebagaimana dalam Rajah 1(b).

Injap tiga hala :- Injap ini mempunyai tiga liang dan boleh diguna bagi tujuan pemilihan lencongan dan kawalan arah. Apabila injap diguna sebagai pemilih, dua punca bendalir berbeza disambung pada dua liang, manakal liang ketiga bertindak sebagai bahagian keluaran. Bergantung pada kedudukan batang injap, bendalir yang keluar menerusi liang keluaran mengalir melalui mana – mana liang masukan sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 2(a).

Apabila injap diguna sebagai pelencong, satu liang bertindak sebagai masukan manakala dua yang lain sebagai keluaran seperti digambarkan dalam Rajah 2(b). Bendalir boleh keluar melalui mana – mana keluaran bergantung pada kedudukan batang injap. Injap tiga hala boleh diguna untuk mengawal pergerakkan silinder tindakan sehala.

80

Rajah 1

Injap dua hala

Rajah 2

Injap tiga hala

Page 5: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 3 drp. 9

Injap empat hala :- Injap empat hala mempunyai empat liang. Injap ini biasanya diguna untuk mengawal arah putaran motor hydraulik atau pergerakkan silinder tindakan dua hala. Seperti ditunjukkan dalam Rajah 3, injap ini mempunyai tiga kili dan lima bukaan kebuk. Dua bukaan disambungkan secara bersama bagi membentuk sejumlah empat liang. Ini boleh disusun dengan beberapa cara yang berbeza. Bagi injap dalam Rajah 3, dua liang bertindak sebagai masukan manakala dua lagi sebagai keluaran.

Injap Pelega Tekanan

Kadangkala ia dinamakan sebagai injap pelega atau injap keselamatan. Peranti ini diguna bagi memastikan agar tekanan dalam sistem tidak meningkat sehingga melampaui paras yang ditentukan. Ia direka bentuk untuk bekerja dalam julat tekanan tertentu dan mestilah cukup besar bagi mengendalikan tekanan keluaran pam maksimum.

Terdapat beberapa jenis reka bentuk dalam pengeluaran injap pelega ini. Salah satu daripadanya adalah jenis berbeban pegas seperti dalam Rajah 4. Tindakan pegas ke atas bebola atau popet menyekat aliran bendalir melalui injap. Jika tekanan talian meningkat ke takat melampaui tindakan pegas, sebahagian kecil bendalir mengalir menerusi injap dan kemudian kembali semula ke takungan sebagai tenaga upaya atau tekanan ditukarkan kepada tenaga kinetik ataupun pengaliran bendalir. Tekanan boleh dilaraskan melalui skrew pelaras.

81

Rajah 3

Injap empat hala

Page 6: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 4 drp. 9

Injap Pengurang Tekanan

Injap ini diguna untuk mengurangkan tekanan talian. Walaupun injap pengurang tekanan boleh diguna untuk mengurangkan tekan talian utama, tetapi ia lebih kerap digunabagi membekalkan bendalir ke bahagian talian tekanan rendah atau bahagian tambah (sekunder) talian tekanan tinggi. Dalam penggunaan biasa, talian utama tekanan tinggi membolehkan minyak memacu motor hydraulik dan silinder, manakala talian sekunder membekalkan minyak ke peranti seperti pengapit hydraulik dan injap penggerak tekanan rendah. Injap pengurang tekanan ditunjukkan dalam Rajah 5. Tekanan maksimum talian sekunder disetkan melalui skrew pelaras yang mengawal ketegangan pegas. Apabila tekanan di dlam talian sekunder melebihi tekanan yang disetkan oleh oleh skrew pelaras, kili dipaksa naik ke atas dengan demikian mengurangkan isipadu dan tekanan minyak yang dibekalkan ke talian sekunder.

82

Rajah 4

Injap pelega tekanan

Rajah 5Injap pengurang tekanan

Page 7: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 5 drp. 9

Injap Kawalan Aliran

Injap kawalan aliran mengawal isipadu minyak yang mengalir dalam talian penghantaran. Injap kawalan aliran ditunjukkan dalam Rajah 6. Minyak memasuki injap melalui liang masukan, mengalir melalui orifis dan keluar melalui liang keluaran. Isipadu bendalir yang keluar dari injap tertakluk pada saiz orifis. Saiz orifis dan kawalan aliran boleh diubah dengan mengubah skrew pelaras. Injap kawalan aliran diguna untuk mengubah kelajuan motor dan silinder kuasa bendalir. Ia dikenal juga sebagai injap kawalan kelajuan.

Injap Sehala

Ia merupakan injap satu hala yang membolehkan minyak mengalir pada satu arah sahaja. Dalam suatu pemasangan, umpanya di tingkat bawah tanah, di sini unit kuasa terletak di bawah komponen sistem lain. Injap sehala diguna bagi mengelakkan minyak daripada mengalir semula ke dalam takungan setiap kali pam dimatikan. Terdapat beberapa reka bentuk berlainan dalam pembuatan injap sehala. Injap pelega tekanan yang ditunjukkan dalam Rajah 4 boleh digunakan untuk tujuan diatas. Satu lagi reka bentuk tipikal digambarkan dalam Rajah 7. Tekanan dari liang masukan memaksa batang injap naik ke atas, dengan itu membenarkan minyak untuk mengalir menerusi kebuk dan seterusnya keluar melalui liang keluaran. Jika minyak cuba memasuki injap melalui liang keluaran, batang dipaksa begerak menghala ke bawah, menyebabkan injap tertutup.

83

Rajah 6

Injap kawalan aliran

Page 8: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 6 drp. 9

Kaedah Kendalian Injap

Terdapat beberapa teknik berbeza diguna untuk mengendalikan injap kawalan arah dan aliran. Teknik yang diguna bergantung pada kekerapan pergerakkan injap, kadar alir bendalir, tekanan dan darjah pengautomatan yang diperlukan. Injap boleh dikendalikan secara manual:- kaedah mekanik melalui bendalir tekanan rendah yang dikenal sebagai tekanan padu; atau kaedah elektrik yang menggunakan solenoid dan motor daya kilas.

Kendalian manual

Injap kendalian manual dikawal sama ada dengan tangan atau kaki sebagaimana ditunjukkan dalam Rajah 8. Injap yang ditunjukkan dalam Rajah 8(a) dikendali dengan menggunakan tuil, manakala Rajah 8(b) menunjukkan injap yang menggunakan tombol yang dipasang pada penghujung batang injap. Ini dikenal sebagai kawalan butang tapak. Kedua – duanya dikendalikan dengan tangan. Kawalan injak kaki ditunjukkan dalam Rajah 8(c). Injap sebegini dikendalikan dengan ibu jari kaki pengendali. Sama ada ibu jari kaki atau tumit boleh diguna untuk mengendalikan kawalan pijakan kaki sepertidalam Rajah 8(d). Injap kendalian kaki biasanya kurang memenatkan berbanding jenis kendalian tangan. Selain dari itu, ia dapat membebaskan tangan pengendali. Keadaan ini penting terutama sekali bagi pengendali yang memerlukan penggunaan kedua – dua tangannya untuk memegang dan mengendali bahan kerja.

84

Rajah 7

Injap sehala

Page 9: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 7 drp. 9

Kendalian mekanik

Terdapat berbagai - bagai teknik yang diguna untuk mengendalikan injap secara mekanik. Dua kaedah yang biasa digunakan ditunjukkan dalam Rajah 9. Dalam Rajah 9(a), injap digerakkan dengan menggunakan sesondol. Sebuah pengguling sesondol dipasang pada batang injap. Apabila cuping injap bersentuh dengan penggiling, injap digerakkan. Kaedah ini kerap digunakan apabila dikendalikan secara jujukan atau kitaran. Penyambung bercabang dipasang pada batang injap seperti dalam Rajah 9(b). Penghujung mekanik seperti rod dipasang antara penyambung bercabang dan daya pengendalian.

85

Rajah 8

Kaedah mengendali injap secara manual

Rajah 9

Kaedah kendalian secara mekanik

Page 10: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 8 drp. 9

Kendalian pandu

Minyak bertekanan rendah yang dikenal sebagai tekanan pandu diguna untuk mengendalikan injap. Teknik ini berfaedah apabila injap terletak agak jauh dari tempat pengendali bekerja kerana ia menghindarkan keperluan menjalankan talian penghantaran tekanan tinggi dalam tempoh yang lama. Keadaan ini membolehkan penggunaan talian tekanan rendah dan mempunyai garis pusat yang lebih kecil. Minyak tekanan rendah dikawal oleh injap yang lebih kecil dikenal sebagai injap pandu, yang boleh dikendalikan secara manual mekanik atau elektrik.

Terdapat beberapa jenis peranti pandu lain yang dinamakan sebagai litar bendaliran. Peranti ini terdiri daripada sebuah blok logam yang mempunyai beberapa siri kebuk dalaman. Litar bendaliran menjalankan fungsi get logik DAN, ATAU, TAK ATAU dan TAK DAN di samping flip – flop dengan pembilang.

Kendalian elektrik

Motor daya kilas dan solenoid diguna untuk mengendalikan injap. Kedua – duanya cepat bertindak dan boleh diguna bersama pengawal elektronik. Solenoid lebih kerap diguna dan ia boleh dihubungkan terus kepada batang injap. Bergantung pada reka bentuk, sama ada jenis tarik atau tolak boleh digunakan.

RUJUKAN:BUKU TEKS FESTO

86

Page 11: B05-02-05-LE2-IS1b

Code No. B05-02-05-LE2-IS1b Muka : 9 drp. 9

SOALAN

1. Apakah kegunaan injap dalam sistem hydraulik?

________________________________________________________________________

2. Berikan 2 (dua) cara mengendalikan injap.

i. ____________________________________

ii. ____________________________________

87