azizah t1a3 (1)

3
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2013/SMP ambilan MAC 2011 HBEF 3503 T1A3 PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : AZIZAH BINTI ABD. AZIZ NO. MATRIK : 780612086256001 NO. KAD PENGENALAN : 780612086256 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM

Upload: nasir32933039

Post on 01-Oct-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

jurnal

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MAY 2013/SMP ambilan MAC 2011

HBEF 3503T1A3

PENDIDIKAN INKLUSIF

NAMA : AZIZAH BINTI ABD. AZIZNO. MATRIK : 780612086256001NO. KAD PENGENALAN : 780612086256E-MAIL : [email protected] PEMBELAJARAN : OUM SHAH ALAM

Saya andaikan seorang kanak-kanak yang medapat bantuan daripada seorang guru pemulihan sudah pun dapat memenuhi semua keperluan adik Nur Amira Binti Mahzan, namun begitu sokongan dari guru kelas, ibu bapa terutamanya sangat-sangat diperlukan oleh adik ini. Berpeluang untuk mengkaji secara mendalam mengenai pendidikan inklusif ini sangat memberikan pengalaman yang tiada tolak bandingnya. Walaupun selama ini sekolah saya mempunyai beberapa orang murid berkeperluan khas, namun kekangan masa serta murid yag terlampau ramai kadangkala saya meninggalkan mereka dengan murid lain atau kerja lain membataskan saya untuk mendekati mereka dengan lebih dekat. Berbalik kepada aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti pertama di mana saya perlu menyediakan satu kertas kerja yang lengkap berkenaan dengan pelaksanaan pendidikan inklusif supaya ia dijalankan dengan lebih meluas. Tugasan ini agak rumit kerana saya bukan dalam bidang ini namun berkat perkongsian ilmu dengan rakan-rakan ilmu yang lain semua ini dapat ditempuhi. Namun saya beterima kasih kepada guru pemulihan khas di sekolah saya yang banyak membantu, Puan Faizah binti Saad. Jasa mu tetap dikenang Semasa proses T1A1 saya banyak mengunjungi perpustakaan antaranya Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Taiping, perak. Rujukan yang diperolehi amat berguna dan sebagai panduan kepada saya dalam mengenali adik Nur Amira Syakirin dengan lebih dekat lagi. Anak kecil ini kelihatan sangat sensitif dan agak keberatan didampingi oleh saya. Namun begitu tidak lah susah bagi saya untuk mengmbil hati nya.Sya beri minuman kesukaannya iaitu susu 1 Malaysia Jika ada susu itu di samping saya pasti semua kerja yang diberi dibuat hingga habis walaupun tidak diketahui apa yang ditulis olehnya.Tulisannya terbalik dan banyak huruf w, v dan m.Di dapati juga adik Nur Amira Syakirin juga mempunyai perasaan rendah diri yang amat menebal dalam dirinya. Saya juga banyak membuat rujukan melalui internet mengenai pendidikan inklusif ini. Melalui capaian internet pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan mudahnya walaupun kadang-kadang capaian internet agak perlahan.Bagi aktiviti 2 tugasan sedikit rumit kerana saya perlu menyediakan atau memikirkan satu program bagi murid-murid istimewa ini. Saya katakan agak rumit kerana tugasan ini merangkumi banyak aspek iaitu sebelum, semasa dan selepas program itu dijalankan. Pelbagai peringkat kajian saya perlu buat dan realisasikan. Mujurlah dalam masa kajian ini dijalankan sekolah mewujudkan Program Mentor-Menti, bermula dengan inilah perhubungan kami makin rapat dan adik Amira memberi kerjasama yang diperlukan. Pada pendapat saya sekolah saya belum lagi bersedia untuk melaksanakan Pendidikan Inklusif ini secara meluas. Terdapat pelabagai masalah serta peralatan yang perlu disediakan bagi memastikan ia berjaya sepenuhnya. Ini kerana tanpa guru yang berpengetahuan, alatan yang bersesuaian pasti menyukarkan kejayaan pendidikan inklusif ini. Sesuatu program yang hendak atau akan dijalankan perlulah dibuat kajian yang terperinci supaya ia tidak membebankan banyak pihak. Ia juga perlu dilakukan secara serius supaya kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sememangnya menjadi hak mereka. Pelbagai pihak termasuk guru,pentadbir, PIBG, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu berganding bahu bagi memastikan Pendidikan inklusif yang dijalankan di sekolah berjalan dengan lancar dan seiring dengan kemajuan yang dikecapi.Pengalaman yang berguna ini, insyaallah dapat membantu saya dalam mengendalikan murid-murid yang seperti ini di masa akan datang.