azizah othman

9
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 142 PRINSIP SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN PRODUK AL-RAHNU DI MALAYSIA Azizah Othman Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia Email: [email protected] Tel:+6019-4328336, Fax: 04-9286653 Abstrak Pajak gadai Islam (al-rahnu) adalah satu instrumen yang menyediakan perkhidmatan yang pantas dan cepat. Ia merupakan kontrak kebajikan dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Antara tujuan pelaksanaan skim ini ialah untuk melindungi masyarakat terutamanya masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba dan gharar. Al- rahnu dijalankan dengan memberi kemudahan pinjaman tunai yang telus, adil dan berasaskan prinsip-prinsip syariah. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan skim pajak gadai Islam sebagai skim pajak gadai utama di negara ini bagi menggantikan skim pajak gadai konvensional yang mengenakan riba kepada pinjaman yang diberikan. Kertas kerja ini akan membincangkan konsep al-rahnu berdasarkan Fiqh Muamalat dan tiga prinsip utama dalam pelaksanaan al-rahnu iaitu al-Qardal-Hasan, al-Wadiah dan al- Ujrah. Seterusnya perbincangan difokuskan kepada kepatuhan syariah institusi al-rahnu dalam menawarkan produk ini kepada masyarakat Muslim. Metodologi kualitatif digunakan dalam kajian ini merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada maklumat primer yang diperolehi daripada temubual bersama pihak institusi al-rahnu dan maklumat sekunder daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan al-rahnu. Hasil kajian mendapati kesemua institusi al-rahnu yang dikaji mematuhi syariah dan penambahbaikan perlu dilaksanakan terutamanya dalam mengkaji semula kadar Ujrah yang dikenakan kepada pelanggan. Katakunci: Al-rahnu, Prinsip syariah, Fiqh Muamalah, al-Qardal-Hasan, al-Wadiah, al-Ujrah.

Upload: idmac2015

Post on 13-Jan-2017

285 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 142

PRINSIP SYARIAH DALAM PEMBANGUNAN PRODUK AL-RAHNU DI

MALAYSIA

Azizah Othman

Pusat Pengajian Perniagaan Islam,

Kolej Perniagaan,

Universiti Utara Malaysia,

06010 Sintok, Kedah, Malaysia

Email: [email protected]

Tel:+6019-4328336, Fax: 04-9286653

Abstrak

Pajak gadai Islam (al-rahnu) adalah satu instrumen yang menyediakan perkhidmatan

yang pantas dan cepat. Ia merupakan kontrak kebajikan dan telah mendapat sambutan

yang menggalakkan di kalangan masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan

rendah. Antara tujuan pelaksanaan skim ini ialah untuk melindungi masyarakat

terutamanya masyarakat Islam daripada transaksi yang berunsurkan riba dan gharar. Al-

rahnu dijalankan dengan memberi kemudahan pinjaman tunai yang telus, adil dan

berasaskan prinsip-prinsip syariah. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan skim pajak

gadai Islam sebagai skim pajak gadai utama di negara ini bagi menggantikan skim pajak

gadai konvensional yang mengenakan riba kepada pinjaman yang diberikan. Kertas

kerja ini akan membincangkan konsep al-rahnu berdasarkan Fiqh Muamalat dan tiga

prinsip utama dalam pelaksanaan al-rahnu iaitu al-Qardal-Hasan, al-Wadiah dan al-

Ujrah. Seterusnya perbincangan difokuskan kepada kepatuhan syariah institusi al-rahnu

dalam menawarkan produk ini kepada masyarakat Muslim. Metodologi kualitatif

digunakan dalam kajian ini merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada

maklumat primer yang diperolehi daripada temubual bersama pihak institusi al-rahnu

dan maklumat sekunder daripada dokumen-dokumen yang berkaitan dengan al-rahnu.

Hasil kajian mendapati kesemua institusi al-rahnu yang dikaji mematuhi syariah dan

penambahbaikan perlu dilaksanakan terutamanya dalam mengkaji semula kadar Ujrah

yang dikenakan kepada pelanggan.

Katakunci: Al-rahnu, Prinsip syariah, Fiqh Muamalah, al-Qardal-Hasan, al-Wadiah,

al-Ujrah.

Page 2: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 143

PENGENALAN

Al-rahnu iaitu konsep dan pelaksanaan gadaian menurut Islam. Sistem gadaian

merupakan satu perkara yang memang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat kita

dan berkembang subur sejak dulu hingga kini (Mohd. Nasir, 2008). Umum telah

mengetahui bahawa kegiatan tersebut sangat popular tetapi terdedah dengan amalan riba

yang dilarang oleh syariat Islam. Kebanyakan umat Islam terpaksa berurusan dengan

sistem ekonomi konvensional yang bercirikan riba (Ab. Mu’min, 1999). Pelaksanaan

skim al-rahnu merupakan satu alternatif kepada sistem pajak gadai konvensional yang

kebanyakannya dipelopori oleh kaum Cina. Pajak gadai merupakan institusi yang

popular bagi masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam. Menyedari hakikat

ini beberapa institusi kewangan di Malaysia telah berusaha dengan gigih untuk

melaksanakan sistem al-rahnu di Malaysia sebagai alternatif kepada sistem gadaian

konvensional yang telah lama bertapak di negara kita.

Al-rahnu seperti yang diamalkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia merupakan

produk muamalat Islam yang hibrid (gabungan beberapa mekanisme kontrak)

melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu qardhul hasan (pinjaman tanpa

faedah), al-rahn (cagaran), al-wadiah (simpanan) dan al-ujrah (upah simpan). Kertas

kerja ini akan membincangkan kontrak-kontrak syariah tersebut dengan lebih terperinci.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menekankan pembinaan makna,

pemahaman konsep atau simbol dan istilah atau penerangan terperinci tentang sesuatu

kejadian, objek atau proses (Tuckman, 1999). Menurut Strauss & Corbin (1998), kajian

kualitatif ialah sebarang kajian yang menghasilkan keputusan bukan dengan cara

prosedur statistik atau cara kuantitatif yang lain. Ia boleh merujuk kepada kajian

berkenaan dengan kehidupan seseorang, cerita, tingkahlaku dan juga tentang fungsi

organisasi atau perhubungan interaksi. Sesuai dengan metode yang digunakan, kajian ini

mengaplikasikan dua teknik pengumpulan data iaitu metode perpustakaan dan juga

penyelidikan lapangan yang berdasarkan metode temubual. Metode perpustakaan

digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul sebanyak mungkin data dan maklumat

dalam bentuk tesis, buku, artikel, jurnal, majalah dan kajian ilmiah yang lain berkaitan

dengan bidang kajian. Metode temubual digunakan oleh penyelidik untuk menemubual

pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan al-rahnu dan pakar-pakar kewangan

dan perbankan Islam.

KONSEP AL-RAHNU DALAM MUAMALAT

Abdul Rahman (2007) pula mendefinisikan al-rahnu sebagai bukti atau sesuatu yang

dipegang sebagai gadai janji. Menurut al-Misri (1986) pula rahnu dari segi syarak pula

bermaksud menyekat sesuatu harta dengan kebenaran dimana nilai harta tersebut

menyamai jumlah keseluruhan hutang. al- Syarbini (1933) telah menta’rifkan cagaran ini

Page 3: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 144

menjadikan sesuatu harta itu sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang di mana

hutang tersebut boleh diambil daripadanya apabila ia tidak mampu dijelaskan. Dalil

pensyariatan al-rahnu ialah firman Allah SWT yang bermaksud.

“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan

memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati

jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh

orang yang memberi hutang...” (al-Baqarah, 2:283)

Dalil dari hadis pula sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Dari Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah membeli

makanan daripada seorang Yahudi secara bayaran bertangguh dan

baginda mengadaikan baju besinya” (Riwayat al-Bukhari)

KONTRAK-KONTRAK YANG DIAPLIKASI

Islam amat mengambil berat tentang akad atau majlis kontrak kerana ia menjadi simbol

atau tanda terdapatnya kerelaan antara pihak-pihak yang terlibat. Kerelaan itulah

akhirnya yang menjadi faktor pengikat di antara kedua pihak yang terlibat. Kalimah

sighah merupakan setiap apa yang menunjukkan ke atas keredaan di antara dua pihak

yang berurusan.(al-Jaziri, 994) al-Rahnu adalah produk kewangan Islam yang hibrid

yang melibatkan beberapa mekanisme kontrak Islam iaitu al-qard al-hasan (pinjaman

kebajikan), al-wadi‘ah yad dhamanah (simpanan), al-ujrah (upah simpan) dan al-rahnu

(gadaian).

Al-Qard al-Hassan

Dalam Islam, kontrak al-qard al-hasan sememangnya diperkenalkan sebagai saranan

kebajikan bagi membantu golongan yang mengalami kesempitan wang. al-Qard

menurut pandangan syarak adalah sesuatu yang dipinjamkan atau hutang yang diberikan.

Menurut istilah para fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada

orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang

tambahan (Mustofa al-Khin & Mustofa al-Bugha, 2004). Dengan lain perkataan, al-qard

merupakan suatu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela

(tabarru‘) dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan. Kepentingannya dapat

difahami berdasarkan galakan dan penghargaan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.

kepada pihak yang bermurah hati memberikan pinjaman kepada orang yang

memerlukan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud.

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang

baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), Maka Allah akan

melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang

Page 4: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 145

banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan

kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”(al-Hadid, 57:11)

Menurut istilah syarak ia bermaksud perjanjian antara dua pihak yang memberi

pinjaman dengan pihak yang meminjam. Dalam hal ini, pihak yang memberi pinjaman

bersetuju meminjamkan sejumlah wang yang tertentu kepada pihak peminjam bagi

tempoh yang dinyatakan dan dengan syarat dibayar balik. Pihak yang meminjam

diwajibkan membayar balik sejumlah wang pokok yang dipinjamnya sahaja mengikut

syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam fiqh klasik, al-qard diklasifikasikan sebagai akad

tatawwu‘ (akad sunat) atau akad saling membantu dan bukan untuk dikomersialkan atau

mendapat keuntungan (Al-Syarbasyi, 1987)

Al-Wadiah

Al-Wadi‘ah merupakan akad perjanjian antara pihak yang memiliki barang untuk

menyimpan barangnya dengan pihak lain seperti bank untuk disimpan dan dijaga

keselamatannya. al-Wadi‘ah adalah sebagai amanah yang perlu ada pada orang yang

menerima cagaran, dan ia berkewajipan mengembalikan cagaran itu ketika diminta

pemiliknya (Sayyid Sabiq, 1987).

Konsep asal al-wadi‘ah yad amanah iaitu pemilik barang meminta pemegang barangnya

disimpan sebagai barang amanah. Oleh itu, penerima atau penyimpan barang hanya

berperanan sebagai penerima amanah yang berkewajipan menjaga barangyang

dicagarkan sahaja. Dalam keadaan ini, pihak yang menyimpan tidak bertanggungjawab

ke atas kerosakan dan kehilangan barang tersebut yang bukan disebabkan perbuatannya

atau kecuaiannya, dan ia juga tidak boleh menggunakan atau memanfaatkannya (Al-

Zuhaili, 2004). Segala pembiayaan barang yang disimpan adalah tanggungan pihak

pemilik barang.

Menurut Abdullah Alwi (2005), dari sudut bahasa al-wadi‘ah bermaksud meninggalkan

sesuatu barang kepada bukan pemiliknya untuk dipelihara. Dari sudut istilah bermaksud

memberi kuasa kepada orang lain untuk menjaga harta sendiri sama ada secara jelas atau

secara tersirat. Barang atau harta yang ditinggalkan itu menjadi amanah kepada pihak

yang diberi amanah untuk menjaga barang itu, ia bukan suatu jaminan. Sekiranya

berlaku kerosakan kepada barang atau harta tersebut, ia tidak menjadi tanggungjawab

kepada orang yang menjaganya kecuali kerosakan itu berlaku secara sengaja atau

disebabkan kelalaian orang yang diamanahkan itu.

Namun begitu dalam al-rahnu, mencagar barang yang berharga kepada pemberi

pinjaman adalah merupakan syarat sah gadaian. Sedangkan dalam konsep al-wadi‘ah,

pemilik barang meminta pihak lain menyimpan barang tersebut untuk dirinya. Orang

yang menerima cagaran pula tidak berkewajipan menjamin kecuali jika ia tidak

menunaikan kewajipannya dengan betul atau melakukan jenayah terhadap barang

cagaran (Sayyid Sabiq, 1987).

Page 5: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 146

Atas dasar al-wadi‘ah inilah, skim ini mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe

custody fee) ke atas barang gadaian tadi. Skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada

pinjaman sebaliknya hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas

barang gadaian (Shamsiah Mohamad, 2008)

Walaupun fuqaha Hanafi berpendapat pemegang gadaian bertanggungjawab

menanggung perbelanjaan untuk penjagaan barang gadaian seperti kos tempat simpanan

dan upah pengawal tetapi tidak sepatutnya kos tersebut ditanggung boleh pemegang

gadaian. Ia akan memudaratkannya apatah lagi dalam realiti hari ini di mana pemegang

gadaian adalah sebuah institusi dan bukannya individu. Ini kerana institusi ini memberi

khidmat kepada ribuan orang dan ini menuntut pihak berkenaan agar menyediakan

tempat dan kemudahan yang sewajarnya di samping mengambil pekerja bagi

menguruskan kemudahan yang mereka sediakan kepada orang ramai. (Shamsiah

Mohamad,2008)

Al-Ujrah

Upah atau imbalan bukan manfaat atau jasa yang sama dengan apa yang disewakan.

Misalnya imbalan sewa rumah dengan sewa rumah, upah mengerjakan sawah dan kerja-

kerja yang lain ( al-Kasani, 1997). Menurut Ibn Rusyd pula sesuatu yang berharga atau

dapat dihargai dengan wang yang sesuai dengan kelaziman setempat( Ibn Rusyd, 1994)

Simpanan barang cagaran tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk perkhidmatan

kerana barang tersebut adalah jaminan kepada satu kontrak hutang. Bahkan dalam

kontrak pajak gadai konvensional simpanan barang gadaian tidak dikenakan sebarang

bayaran (Mahmood Zuhdi Ab. Majid,1997). Bayaran yang dikenakan tersebut adalah

menyalahi hukum syariah walaupun sesetengah pihak mempertahankan bayaran

perkhidmatan tersebut sebagai berpatutan kerana kadar bayarannya rendah. Namun

persoalan di sini bukan kecil atau banyak jumlah yang dikenakan tetapi wujudnya

bayaran upah dalam suatu akad yang bersifat pertolongan atau kebajikan.

Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian

adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang

“meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang

menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah

penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (al-San’ani, 1960 ).

Hal ini kerana dalam sebuah Hadith menyebut bahawa penerima gadaian disaran

meminum susu dengan kadar yang munasabah sebagai ganti kepada perbelanjaan yang

dikeluarkan (Ibn Qudhamah, 1994).

Maksudnya:“Daripada Abi Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w

telah bersabda: Binatang ternakan yang digadai boleh ditunggangi

dan diperah susunya (sekadar) nafkah yang telah dibelanjakan

Page 6: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 147

untuknya. Dan orang yang menunggang dan memerah susunya mesti

memberi nafkah ke atas binatang tersebut.”(Riwayat al-Bukhari)

PERBINCANGAN

Islam menitikberatkan aspek-aspek kebajikan dan menjauhi penindasan dengan

menggalakkan pemberian pinjaman tanpa riba melalui konsep al-qard al-hasan.

Penangguhan pembayaran diberikan sekiranya peminjam berada dalam kesempitan. Hal

inilah yang dikatakan bahawa sistem al-rahnu merupakan satu sistem kebajikan.

Konsep al-qard al-hasan dalam Islam bukan untuk keuntungan dan tidak perlu adanya

upah simpan tetapi peminjam digalakkan membayar lebih daripada jumlah pinjaman

sebenar sebagai hadiah untuk menghargai pertolongan yang diberikan. Syarak

mensyariatkan al-qard bagi menghalang manusia mengambil kesempatan daripada

kesusahan dan hajat orang lain. Biasanya manusia tidak akan berhutang kecuali apabila

perlu. Jika tidak disyariatkan al-qard al-hasan sudah tentu ia akan diambil alih oleh

sistem riba dan penindasan.

Al-Rahnu di semua organisasi telah mengubah konsep al-wadi‘ah yad amanah kepada

al-wadi‘ah yad dhamanah iaitu daripada konsep asal amanah kepada dhamanah atau

jaminan. Dengan kata lain apabila seseorang menyimpan barangnya, si penyimpan

memberi jaminan barangan itu akan selamat. Apabila berlaku sebarang kerosakan atau

kehilangan barang, penyimpan memberi jaminan untuk membayar balik ganti ruginya.

Oleh itu, ia telah bertukar dari konsep amanah semata-mata kepada konsep amanah

dengan jaminan. (Mahmood Zuhdi Ab. Majid, 1997 )

Dalam konsep al-wadi‘ah, ulama berpendapat bahawa penyimpan tidak mempunyai

sebarang liabiliti kerana ia cuma bertindak sebagai menjalankan amanah (Sayyid Sabiq,

1987) . Sekiranya ia menjaga barang cagaran dengan cermat, dan masih juga berlaku

kerosakan diluar kawalannya, dia tidak mempunyai liabiliti. Bagaimana pun keadaan ini

telah diubah suai kerana mengikut ‘uruf sekarang pihak penyimpan akan memberi

jaminan terhadap barang gadaian yang disimpan maka muncullah konsep al-wadi‘ah

yad dhamanah (simpanan dan jaminan).

Jika dikatakan bayaran yang dibuat oleh pemegang gadai merupakan upah simpan

barang iaitu berasaskan konsep al-wadi‘ah, maka ia sudah terkeluar dari hakikat al-

rahnu itu sendiri. Ini kerana dalam Islam, berasaskan kepada akad al-rahnu penggadai

hanya perlu menjelaskan jumlah hutangnya sahaja untuk mendapatkan kembali barang

cagaran yang disimpan oleh pemegang gadai tersebut.

Berkaitan upah simpan pula, terdapat pandangan-pandangan yang berbeza terhadap

kadar upah yang dikenakan. Sesetengah pihak mungkin mempersoalkan mengapa pihak

bank memberikan pinjaman al-qard al-hasan tetapi mengenakan upah seolah-olah

tersembunyi keuntungan dalam transaksi tersebut.

Page 7: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 148

Pandangan jumhur ulama berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang gadaian

adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa sesuatu yang

“meneruskan kewujudannya” sesuatu yang digadaikannya atau sesuatu perkara lain yang

menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk faedah

penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai (Al-San’ani, 1960).

Mazhab Hanafi berpandangan bahawa perbelanjaan untuk “meneruskan kewujudan”

barang gadaian adalah tanggungan penggadai. Manakala perbelanjaan untuk menjaganya

adalah tanggungjawab pemegang gadaian. Ia berdasarkan pandangan bahawa pemegang

gadaian memegang barang tersebut untuk faedah dirinya iaitu sandaran ke atas pinjaman

atau hutang yang diberikan. Oleh itu penerima gadaian tidak berhak untuk meminta

perbelanjaan tersebut daripada penggadai.

KESIMPULAN

Keharusan kontrak al-rahnu dalam mua‘malah Islam sangat jelas untuk menjaga

kepentingan semua pihak. Peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan begitu terperinci

dan dapat mengelakkan riba, gharar dan penipuan dalam kontrak tersebut. Oleh itu hak-

hak mereka yang terlibat dengan kontrak ini sentiasa terpelihara dan transaksi berlaku

berdasarkan keadilan dan kesejahteraan.

Peraturan, hukum dan perjalanan kegiatan mua‘malah adalah berlandaskan syariah

manakala rujukan asas hukum syariah adalah al-Quran dan al-Hadith. Pelaksanaan al-

rahnu juga merupakan alternatif kepada masyarakat Islam dan bukan Islam untuk terus

berurusan dengan pajak gadai konvensional yang jelas menindas golongan yang tidak

berkemampuan. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memberi pendedahan dan

kefahaman kepada masyarakat tentang kebaikan al-rahnu sebagai satu instrumen yang

adil, telus dan bermanfaat untuk pembangunan ekonomi Islam.

RUJUKAN

Abdullah Alwi Hj. Hasssan. (2005). Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem ekonomi

Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem Kewangan Islam: Pelaksanaannya di Malaysia.

Kuala Lumpur: JAKIM.

Abd al-Sami’ al-Misri. (1986). Al-Tijarah fi al-Islam. Kaherah: Maktabah Wahbah

Abdul Ghafar, I dan Nur Zakiah, A. (1997). Pawnshop as an instrument of

microenterprise credit in Malaysia. International of Journal of Social Economics,

Vol. 24, No.11

Abd Malek Awang Kechil. (2005). Konvensyen al-Rahnu Serantau 2004. Kuala

Lumpur: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia

Abdul Rahman Haji Abdullah. (2007). Sejarah dan Tamadun Islam. Alor Setar: Pustaka

Darussalam

Page 8: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 149

Al-Bukhari, Abu Abdullah Muhammad Ismail bin Ibrahim. (1994). Sahih al-

Bukhari,Kitab al-Buyu’, j.2. Beirut, Maktabah al-As’ariyyah

Al-Jaziri, ‘Abd al-Rahman. (1994). Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-Arba‘ah. Juz. 2.

Al-Qahirah: Dar al-Hadith.

Al-Kasani, ‘Ala’al-Din Abu Bakr bin Mas‘ud. (1997). Bada’i‘ al-Sana’i‘ fi Tartib al-

Syara’i‘, j. 6, Beirut Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Al-San‘ani, Muhammad bin Isma‘il al-Amir al-Yamni al-San‘ani, (1960). Subul al-

Salam. J.3 C. 4. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi

Al-Syarbasyi, Ahmad. (1987). Al-Mu‘jam al-Iqtisad al-Islami. Beirut:Dar ‘Alami al-

Kutub.

Al-Syarbini al-Khatib, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad. (1933). Mughni al-Muhtaj

ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj, j.2. al-Qahirah: Matba’ah Mustafa al-

Halabi wa auladuh

Al-Zuhayli, Wahbah. (2004). al-Fiqh al-Islami wa al-Adillatuhu. C.4. Beirut: Dar al-

Fikr al-Mu’asir

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2008). Al-rahnu Sistem Gadaian Islam Terengganu.

Terengganu: Yayasan Islam

Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Ahmad b. Muhammad. (1994). al-

Mughni, Beirut: Dar al-Fikr.

Ibn Rusyd, Abu al-Walid Muhammad b. Ahmad. (1994), Bidayah al-Mujtahid wa

Nihayah al-Muqtasid, 2 juz. Kaherah: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa

al-Babi al-Halabi wa Awladih.

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. (1997). Dinamisme Pengajian Syariah. Kuala Lumpur:

Berita Publishing.

Mohd. Nasir Mohd. Yatim. (2008).The Principles and Practice of Islamic Banking &

Finance. Selangor: Prentice Hall

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugha & ‘Ali Asy-Syarbaji. (2004). Fiqh Mazhab Syafie.

(terj.) Solehan bin Ayub. Shah Alam: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nor Mohamed Yakcop. (1996) . Sistem Kewangan Islam Di Malaysia: Teori Amalan

Dan Prospek. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Nur Azura Sanusi. (2004). Pajakgadai konvensional dan Al-rahn:Terjaminkah hak

Pengguna?. Proceeding of Seminar Kebangsaan Fakulti Ekonomi Universiti

Kebangsaan Malaysia.Selangor:Universiti Kebangsaan Malaysia

Payal Bhatt and Jothee Sinnakkannu. (2008). Al-rahnu (Islamic Pawning Broking)

Opportunities and Challenges in Malaysia. The 6th

International Islamic Finance

Conference.Kuala Lumpur:Universiti Monash.

Rugayah Mohamed. (1986). The rate of Pawnbrokers as non-institutional creditors in

Malaysia. Kajian Ekonomi Malaysia. Vol. 22. No. 2.

Sayyid Sabiq. (1987). Fiqh al-Sunnah. juz 3. Kaherah: al-Fath al-‘Ilmi al-‘Arabi.

Shamsiah Mohamad dan Safinar Salleh. (2008). Upah Simpan Barang Dalam Skim al-

Rahnu: Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh No.5. Universiti Malaya.

Strauss, A and Corbin, J. (1998). Basic of Qualitative Research Grounded Theory

Procedure and Techniques, California: SAGE Publications Inc.

Sudin Haron. (1996). Prinsip dan operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur:Berita

Page 9: Azizah Othman

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 150

Publishing Sdn. Bhd.

Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa. (2005). Pengantar Perniagaan

Islam.Kuala Lumpur: Prentice Hall

Tuckman, B.W. (1999). Conducting Educational Research. USA: Harcout

Zaharuddin Abd. Rahman. (2008). Wang, Anda dan Islam:Halal dan Haram dalam

Kewangan dan Perbankan. Kuala Lumpur:Truewealth Sdn. Bhd.