azhar

Upload: azhar-ahmad

Post on 01-Nov-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

file

TRANSCRIPT

4KEBERKSANAN PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH RENDAH DI DAERAH SEREMBANABSTRAKKajian inibertujuan untuk meninjau

faktor-faktor yangmenghalang penglibatan

pelajar-pelajar SekolahMenengahSekolah

Menengah Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data kajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi

11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian. Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi

melihat perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian- t digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara faktor penghalang faktor struktur, interpersonal dan intrapersonalpenglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalamkegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data.5PENGENALANKokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.

Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar- pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulummerupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :

61) Faktorstrukturialahfaktor-faktorsepertikekurangankemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.

2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan badminton.

3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individu yang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan, persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkanseperti bola sepak, ragbi, renang, bola tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..

Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan penekanan kepada kokurikulum yang melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan olehCrawford dan Godbey (1997) digunakan untuk menjelaskan mengapakah pelajar-pelajarkurang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam aktiviti sukan.

Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

7PERNYATAAN MASALAHDalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diridalam kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru terlibat.Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih kurang difahami hingga ada yang masih lagimenganggap bahawa kokurikulum sebagai kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti matapelajaran akademik.

Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

8Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong olehLim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.

Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk melibatkandiridanmenimbapengetahuanmelaluikegiatankokurikulum.Walau bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini berdasarkan jantina.

Pelajar-pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang dari kawasan-kawasan penempatan yang berlainan. Ada yang tinggal di bandar Seremban, di taman-taman perumahan sekitar Seremban dandi kawasan luar bandar. Mereka ini menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai alasan dan sebab tersendiri menghalang mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Pengkaji mendapati belum ada kajian mengenal pasti faktor-faktor penghalang

9penglibatan pelajar ini dalam kegiatan kokurikulum sukan di lakukan oleh penyelidik terdahulu. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti faktor utama yang menghalang penglibatan kokurikulum pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa perlu dilakukan.

Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

1. Melihat apakah faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

2. Melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan pelajar mengikut pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

3. Melihat faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan pelbagai bangsa.

PERSOALAN KAJIANPersoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:

1. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

103. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulumantara pelajar pelbagai bangsa?

6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

7. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

8. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa?

KEPENTINGAN KAJIAN.Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua Sekolah, Jawatankuasa Kerja Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu mengalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan lebih perihatin terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.

DEFINISI ISTILAHDefinisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa tinjauan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang dan penglibatan dalam kokurikulum.

111. Faktor-faktor MenghalangFaktor menghalang termasuk program yang dirancang, terlampau ramai orang yang menggunakankemudahanataulokasikemudahanyangtidaksesuai.Seterusnya menggunakan model yang telah dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987) untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang guru pelatih ini melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan. McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang berminat untuk

melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2) interpersonal dan 3) intrapersonal.

2. Kegiatan KokurikulumKegiatankokurikulumdianggapsangatberkesanuntukmemupukkeseimbangan perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996). Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990).

Sukan juga

12didefinisikan dalam beberapa makna.Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989) mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undang- undang permainan atau acara tersebut.

TINJAUAN KEPUSTAKAAN1. Kajian kepentingan kokurikulumMenurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini iaitu 1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan kokurikulum; 2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut, dan 3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar. Dalam kajian ini

200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan membina daya kepimpinan seseorang pelajar.

Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti kokurikulum mampu membentuk peribadi positif pelajar. Namun begitu, tidak ramai individu yang tampil untuk benar-benar membuktikan keadaan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Antara objektif kajian ini dibuat adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang

13dan Selama, Perak dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kajian ini dibuat bagi melihat perbezaan yang wujud dalam peribadi pelajar kumpulan tidak aktif, kumpulan sangat aktif dan kumpulan aktif. Akhir sekali kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai subjek mewakili populasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan peribadi pelajar kumpulan tidak aktif dengan pelajar kumpulan sangat aktif dan aktif. Terbukti juga wujud perhubungan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan peribadi pelajar. Dengan itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan menerima hipotesis alternatif. Sebagai kesimpulannya, sememangnya aktiviti kokurikulum memberi kesan yang positif ke atas peribadi pelajar.

Menurut kajian yang di lakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan GERKO ke atas pembentukan personaliti pelajar. Kemudiannya, aktiviti tersebut akan dilihat dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa GERKO telah mendapat tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan juga di Sekolah Menengah Dato Undang Abdul Manap. Keadaan ini memang sudah dijangkakan kerana aktiviti tersebut ternyata mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi atau jasmani. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa GERKO memberikan sumbangan dan faedah kepada pembentukan personaliti mereka. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas sejumlah item yang telah dikemukakan kepada mereka. Daripada 10 item yang dikemukakan, 7 daripadanya mencatat peratusan bersetuju yang melebihi 70 peratus dan hanya 3 sahaja yang kurang daripada 70 peratus. Tiada perbezaan yang ketara antara pelajar PAT, PAS dan PAR dari segi faedah yang diperolehi oleh mereka melalui penyertaan mereka dalam GERKO. Begitu juga tidak ada jurang yang ketara antara pelajar yang aktif, sederhana aktif dan kurang aktif. Kebanyakan mereka juga bersetuju bahawa GERKO telah memberi kesan ke atas pembentukan personaliti mereka. Melalui penilaian yang dibuat menurut perspektif Islam

14pula, didapati bahawa GERKO mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip dan gagasan Islam.

Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas, seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.

Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anak- anak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guru- guruyang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit bilangannya.

2. Kajian mengenai perlaksanaan kokurikulumMenurut Mat Aris (1994) kegiatan kokurikulum sukan di sekolah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan harapan, agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akan tetapi, sekolah menengah

15vokasional adalah sekolah yang lebih cenderung kepada bidang praktikal/amali dan teknikal jika dibandingkan dengan sekolah akademik biasa. Sehubungan dengan itu, kegiatan kokurikulum didapati tidak dijalankan dengan sempurna. Hasil dapatan kajian ini, melibatkan pelajar dan guru sebagai responden, sebanyak 160 set soalselidik diedarkan kepada pelajar tingkatan empat dan 60 set kepada guru-guru yang mengendalikan kegiatan aktiviti sukan di sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kegiatan sukan di sekolah ini masih belum lagi dianggap memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti masa, kemudahan `region', kos, perbelanjaan tanggungan keluarga, respon ibubapa, pelajar, guru, insentif dan pentadbiran yang menjadi penghalang.

Kajian Kamariah (1986) telah memberi tumpuan kepada sebuah sekolah menengah di kawasan luar bandar. Kajian meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan gerak kerja termasuk sikap guru, pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling. Setelah dilakukan penganalisaan terhadap segala masalah yang timbul, beberapa cadangan dapat dikemukan bagi mencapai matlamat penubuhan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Di antara beberapa strategi pelaksanaan yang diingini dapatlah disarankan seperti berikut: 1) mengimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan kurikulum 2) mempelbagaikan jenis kelab atau persatuan yang ada 3)melibatkan pelajar dari semua kaum 4) melibatkan pelajar atau pihak sekolah dengan gerak kerja khidmat masyarakat 5) melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah, guru-guru dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum.

Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta penyertaan guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah-sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

16Menurut Adnan (1988), dewasa ini gejala sosial yang semakin hari semakin parah melanda remaja hari ini, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program melibatkan kokurikulum bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program tersebut perlu lebih perihatin dan berpandangan lebih agresit supaya aktiviti kokurikulum dapat memenuhi keperluan masa senggang pelajar akan mencapai objektif dan memberi keberkesanan yang paling maksimum untuk mengatasi kepincangan moral remaja masa kini.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru. Kadangkala terdapat guru yang malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama pelajar apatah lagi untuk merancang program-progam yang berfaedah. Pendapat ini disokong oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang yang ditugaskan.Yusof (1983) pernah mengkaji seramai 50 pelajar di tiga buah sekolah di Slim River, Perak melihat perkaitan antara penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulumdanprestasiakademik.Ternyatabahawapenglibatanmerekadalam kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik malah mereka mendapat keputusan yang lebih baik. Dengan bijak membuat pembahagian masa antara kokurikulum dengan kurikulum, mereka berjaya mengimbangi kedua-duanya dalam masa yang sama.

Menurut Snyder (dipetik dalam Phillip, 1993), penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah satu cara untuk mobiliti sosial sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui penanaman kualiti, pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan. Menurut Coleman (dipetik dalam Phillip, 1993) pula mendapati bahawa pelajar lebih mementingkan kokurikulum daripada akademik dalam konteks pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan berbanding kurikulum. Menurut Ahmad Badawi (1984) pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian sewajar di kalangan mereka. Sehubungan

17itu, kegiatan kokurikulum di sekolah akan diberi pengiktirafan penting dalam menilai pencapaian seseorang pelajar apabila dimasukkan ke dalam sijil peperiksaan persekolahan mereka. Pendapat ini disokong oleh Lim Yen Yun (1991) menyatakan kegiatan bersukan banyak membawa manafaat namun kurang diberi perhatian oleh para remaja. Antara faktor utama ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih mustahak. Akibatnya ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mempunyai kecergasan fizikal dan kemahiran untuk bersosial.

Satu kajian telah dilakukan oleh Zainun dan Aini (1993) mengenai penglibatan pelajar tingkatan empat dalam aktiviti rekreasi. Kajian dilakukanke atas 440 pelajar dibeberapa buah sekolah mengenai penggunaan masa lapang mereka. Didapati pelajar-pelajar memang mempunyai banyak masa lapang tetapi tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang memanfaatkan mereka dan masyarakat.

Azizah (1990) dalam kajiannya telah mengenalpasti masalah-masalah dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak. Sampel kajian yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang guru dan 270 orang pelajar dengan menggunakan perbincangan, temubual dan soal selidik untuk melihat kekerapan dan chi square. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian mendapati pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat mengikut ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor.Masalah yang dihadapi ialah seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada kemahiran dan juga tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankannya. Pelajar-pelajar juga tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan beruniform. Jika pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah didorong oleh diri sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa. Alasan yang diberikan oleh pelajar, guru hanya memberi perhatian kepada pelajar-pelajar yang berkebolehan sahaja dan terpaksa menolong ibu bapa di rumah pada waktu petang.

Satu lagi kajian yang dilakukan di Johor oleh Mohammad Haris (1999) tujuan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda

18Daerah Kota Tinggi. Antara tujuan kajian ialah melihat faktor yang melibatkan pengurusan, persekitaran dan komitmen diuji dalam kajian ini. Hasil daripada kajiannya, didapati aspek yang disenaraikan memberi kesan yang berbeza. Faktor persekitaran dan dalaman (intrinsik) telah membantu meningkatkan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kejayaan program memerlukan pengurusan yang teliti, khusus dan terancang. Kekurangan peruntukan menjadi faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi aspek pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Sekolah perlu menyelia dan menguatkuasakan peraturan untuk meningkatkan disiplin, sikap dan tanggungjawab.

Kajian oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan. Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru bertambah rencam dan terasa membebankan. Kajian mendapati faktor utama menghalang perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar ialah guru kurang berpengalaman dan kurang kursus diadakan untuk guru. Semasa pelaksanaan, penyeliaan kurang daripada pihak pentadbiran dengan keadaan diburukkan lagi jika seseorang guru itu aktif, ia kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah.

Menurut Mohamad Nor (1990) satu kajian untuk melihat pandangan para pelajar dan ibu bapa terhadap gerak kerja kokurikulum di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri dari

110 orang pelajar tingkatan IV dari dua buah sekolah di negeri Selangor Darul Ehsan, sebuah di Petaling Jaya dan sebuah lagi dari daerah Dengkil. Kajian ini mendapati lebih tinggi anggapan gerak kerja kokurikulum boleh mengganggu pelajar daripada ibu bapa di bandar dan golongan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi yang berpendapat demikian. Mereka lebih mementingkan kecemerlangan akademik daripada kecemerlangan dalam gerak kerja kokurikulum. Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa gerak kerja kokurikulum memberi faedah sebagai latihan kepimpinan dan perkembangan kognitif amnya. Sebaliknya pula lebih tinggi peratusan pelajar berpencapaian sederhana mengganggapgerakkerjakokurikulumtidakmengganggupelajarandanmereka mengganggap kokurikulum boleh memberi faedah dari segi perkembangan moral atau sosial. Lebih tinggi juga peratusan ibu bapa luar bandar dan sosio ekonomi rendah menganggap

19kokurikulum tidak mengganggu pelajaran tetapi sebahagian besar daripada mereka mendapati sukar untuk membiayai secukupnya penglibatan anak-anak mereka dalam gerak kerja kokurikulum. Kajian ini juga mendapati masalah kekurangan masa merupakan penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan ibu bapa sama ada di bandar, sosio ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta dalam beberapa aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Walau bagaimanapun keempat- empat golongan ibu bapa ini tidak menghalang penyertaan anak-anak mereka dalam gerak kerja kokurikulum.

Siti Hajar (2000) telah membuat penyelidikan

untukmengenalpastiamalan pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah dan melihat corakpenglibatanahlijawatankuasakokurikulumdanmuriddalamperlaksanaan kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 285 orang guru dari

15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Dapatan yang diperolehi ialah aspek pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal berada di tahap sederhana. Sistem pengurusan didapati mempunyai hubungan terhadap pencapaian dalam kokurikulum. Beberapa usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum ke tahap optimum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian kokurikulum.

3. Kajian faktor menghalang penglibatanKajian yang dibuat oleh Zulkifli (1997) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, ujian regresi berganda yang dijalankan menunjukkan hanya satu faktor yang benar-benar memberi sumbangan kepada angkubah bersandar iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan bilangankelasamatmempengaruhipenglibatanpelajardalammenyertaikegiatan kokurikulum, sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.

20Mohd. Suzli (1997) juga mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum kepada pelajar dan cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping penjadualan yang tidak bersistem. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan guru kokurikulumtidakmempunyaikemahirandalamaktivitikokurikulum.Seterusnya kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan ko- kurikulum di sekolah. Kajian ini juga mengenalpasti pendapat pengetua dan guru-guru besar dari 7 buah sekolah agama yang dikaji mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap penyuburan pelajar dan cadangan-cadangan mereka untuk melicinkan lagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah agama.

Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu banyak masa dan tenaga. Menurut Mc Guire (1984) menyatakan antara kriteria penghalang penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang disediakan seperti terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian langsung.

Menurut Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan.

Menurut Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat

21dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Muhammad Nor Che Noh (1980)menyatakan kurikulum lebih penting dari kokurikulum.

Faktor-faktor seperti budaya, kesihatan, kecergasan serta lain-lain pengalaman psikologi dan sosial adalah antara faktor-faktor yang mengalakkan individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan ( Coakley, 1998., Dunn, 1988.,& Salman, 1997). Meskipun begitu terdapat juga faktor-faktor yang menghadkan penglibatan aktiviti bersukan individu. Antara faktor penghalang penglibatan aktiviti bersukan yang paling popular adalah masalah kesuntukan masa. Kenyataan ini bagaimanapun telah dipertikaikan oleh Wankel (1998) kerana dia berpendapat tidak semestinyamereka yang melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan itu mempunyai masa yang lebih daripada mereka yang tidak melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan. Ini dianggap sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh kebanyakan individu kerana penglibatan seseorang di dalam aktiviti bersukan bergantung kepada keutamaan yang diberikan terhadap aktiviti fizikal. Satu lagi faktor penghalang yang sering membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan adalah masalah tekanan atau bebanan tugas. Perkara ini didapati benar berdasarkan satu laporan oleh Canada Fitness Survey (1983) yang mendapati bahawa faktor tekanan kerja merupakan penghalang utama penglibatandi dalam aktiviti bersukan bagi individu yang berumur 20 tahun ke atas. Masalah kurang minat juga telah dilaporkan oleh Biddle (1995) sebagai faktor penghalang penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan. Dalam satu temubual yang dikendalikan oleh Boothby (1981) terhadap 254 individu dewasa di bahagian Timur-Laut England mendapati bahawa masalah-masalah seperti kurang minat, kekurangan kemudahan dan lain- lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan.

Mohd Sufi (1999) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti sikap pelajar tentang aktiviti kokurikulum sukan di tiga buah sekolah di Kelantan. Tujuan kajian beliau adalah khusus untuk meninjau sikap pelajar tingkatan empat kejuruteraan awam. Sejumlah 83 sampel dipilih secara rawak untuk mengetahui faktor-faktor utama mendorong pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap sukan. Keputusan kajian mendapati sikap pelajar adalah positif terhadap sukan berdasarkan

22beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar terhadap sukan. Mat Aris (1994) juga telah melakukan kajian ke atas pelajar dan guru di sekolah vokasional di Lembah Kelang untuk mengetahui tanggapan mereka terhadap kegiatan sukan. Sejumlah 160 set soalan telah diedarkan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan 60 set soalan kepada guru-guru. Keputusan kajian mendapati tidak memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti masa, kemudahan region, kos, pebelanjaan, guru, intensif dan pentadbiran menjadi penghalang.

Seterusnya dalam kajian lain, Mustafa Kamal (2000) mendapatai kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan diburukkan lagi apabila peralatan, kelengkapan dan kemudahan kurang diberi perhatian oleh pihak sekolah. Hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.

Kajian mengenai penglibatan kokurikulum juga telah dijalankan oleh Ramli (1999) dimana beliau mendapati pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap kegiatan kokurikulum tetapi keputusannya adalah pada tahap sederhana dan lemah dari segi peratus puratanya. Penyertaan mereka turut didorong oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa serta kemudahan-kemudahan pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut.

Menurut Raymore, Godbey dan Crawford (1992) telah melakukan kajian berdasarkan model kajian yang telah dilakukan oleh Crawford dan Godbey (1987). Tujuan kajian ialah 1) mengkaji adakah ketiga-tiga faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal merupakan penghalang kepada penglibatan. 2) mengukur persepsi penghalang berkaitan wujud. 3) mengukur samada wujud perbezaan persepsi antara jantina terhadap tiga faktor penghalang

4) menilai taraf sosioekonomi mempunyai perkaitan dengan faktor penghalang. Data dikumpul dari 363 pelajar gred 12 di Toronto, Canada. Data yang dikumpul menggunakan alat kajian yang mengandungi 1) faktor penghalang diukur menggunakan persepsi dari tiga jenis faktor penghalang berkaitan dengan kegiatan rekreasi. 2) menggunakan Rosenberg (1965,1989) skala kendiri dan 3) soalan demografi.

23Dapatan kajian menunjukkan 1) tiga faktor penghalang menurut Crawford et al.(1991)wujud 2) nilai kendiri berkait secara negatif dengan persepsi penghalang intrapersonal dan interpersonal 3) perempuan mempunyai faktor intrapersonal yang lebih tinggi dan 4) taraf sosioekonomi berkait secara negatif dengan faktor penghalang intrapersonal.Keputusankajianmencadangkanpelajarperempuandandaritaraf sosioekonomi yang rendah lebih mempunyai faktor penghalang dari intrapersonal berbanding pelajar lelaki dan berada dalam sosio ekonomi yang lebih tinggi.

REKA BENTUK KAJIANReka bentuk kajian dalam kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian yang bertujuan untuk memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang dikaji secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dapatan kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji saja dan tidak boleh digeneralisasikan ke dalam populasi.

BATASAN KAJIAN1. Lokasi KajianKajian ini dijalankan di Sekolah-sekolah Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2. Populasi

Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Seremban yang berlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah pelajar-pelajar dari Tingkatan Empat. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah harian biasa. Purata pencapaian kokurikulum terutamanya sukan agak menurun prestasi pencapaiannya jika dibandingkan lima tahun sebelumnya.

24Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapat meminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan mengurangkan ralat persampelan.

Subjek kajian adalah terdiri daripada 160 orang di kalangan pelajar lelaki dan perempuan yang belajar di sekolah-sekolah menengah dalam DaerahSeremban. Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di tingkatan 4. Pemilihan sampel adalah menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).

INSTRUMEN KAJIANPenyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan dengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripadapemerhatian terhadap tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir samaiaitusoalselidikdigunakanuntukmemperolehimaklumatmengenaifakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya

Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yang telah dibentuk oleh Raymore, Godbey., Crawford & Von Eye (1993). Borang soal selidik ini telah dialih bahasa dan diubahsuai oleh Aminuddin Yusof (2002) melihat faktor-faktor yang

25menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Soal selidik ini tidak banyak diubahsuai untuk digunakan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah keesahan.

KAJIAN RINTISDalam kajian ini ujian rintis telah dibuat terhadap pelajar-pelajar tingakatan 4 di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi.

Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai internal consistency correlation coefficient mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah = .81. Mengikut Kubiszyn dan Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai = .80 - .90 adalah nilai

alpha reliability coefficients yang diterima seperti juga pendapat Walter R Borg &

Meredith Damien Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90 adalah

customary coefficients. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas menunjukkan bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

ANALISIS DATAData-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang digunakan ialah Stastistical Package

ofSocialScience(SPSS/PC)(Norusis&SPSSIns.1993). Penganalisisan databerstatistik menggunakanperisisan pengaturcaraan SPSS dapat menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat(Majid Konting,

1990). Sub-program yang digunakan ialah Ujian t, Anova sehala dan Post Hoc Test Scheffe. Selain daripada itu statistik deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan. Aras signifikan ialah p < 0.05.

Untuk mengukur tahap, menurut Chan Yuen Fook (1999) skala lima Likert diukur melalui sistem tiga kuartil (quartiles) mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam, 2003)

26Jadual 1 Interpretasi Tindak balas Responden Berdasarkan Skor Mintahaptahap

tahap

(Sederhana)

tahap(Tinggi)(rendah)

1.66 3.333.33 5.00

0 1.66Jadual 1 menunjukkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min berdasarkan Likert lima skala (5.0), tahap rendah (0 1.66), tahap sederhana (1.67 3.33), tahap tinggi (3.34 5.00).

Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum perbandingan min- min digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian t digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan.

Untuk menjawab persoalan kajian kelima, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antarafaktor

penghalang iaitufaktorstrukturpenglibatan pelajardalamkegiatan kokurikulumantara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian keenam, adakah terdapat perbezaan yang

27signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

Untuk menjawab persoalan kajian ketujuh, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulumantara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

Seterusnya, untuk menjawab persoalan kajian kelapan, adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatanpelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova sehala digunakan.

LAPORAN KAJIAN PENDAHULUANTujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan. Bab ini meliputi keputusan analisis statistik untuk menguji dan menjawab soalan-soalan kajian. Data yang telah dikumpul melalui soal selidik diproses menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian ini dihuraikan kepada dua bahagian iaitu dapatan awal dan dapatan persoalan kajian.

Sejumlah 160 soal selidik telah diedarkan dan kesemua soal selidik tersebut telah diterima semula. Ini kerana soal selidik diedar dan dikumpul sendiri oleh penyelidik.

DAPATAN AWALSeramai 160 pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Seremban diambil bagi tujuan kajian. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingakatan sekolah menengah harian biasa.

28Jadual 2 : Profil sample mengikut jantina

Jantina Kekerapan (f)Peratus (%)Lelaki8050

Perempuan8050

JUMLAH160100

Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan dari segi jantina pelajar lelaki adalah seramai 80 orang atau 50%. Sementara pelajar perempuan pula seramai 50 orang atau

50%. Keseluruhan subjek kajian adalah seramai 160 orang.

Jadual 3 : Profil sample mengikut bangsa.

Bangsa Kekerapan (f)Peratus (%)Melayu Cina India

JUMLAH

109

28

23

160

68.1

17.3

14.4

100Bagi kategori bangsa , pelajar yang berbangsa Melayu merupakan kumpulan bangsa yang teramai iaitu 109 orang atau 68.1% dari keseluruhan sampel. Diikuti pelajar berbangsa Cina seramai 28 orang atau 17.3% dan pelajar berbangsa India adalah kumpulan yang terkecil sekali dari keseluruhan pelajar tingkatan empat seramai 23 atau 14.4% sahaja.

Jadual 4 : Profil sample mengikut tempat tinggal.

Tempat Tinggal Kekerapan (f)Peratus (%)Rumah Asrama JUMLAH

1600100

1000100Daripada jadual 4 menunjukkan kesemua subjek yang dikaji tinggal di rumah samada ibubapa atau rumah sewa.

29Jadual 5 : Profil sample mengikut tempat tinggal megikut kawasan

Lokasi sekolah Kekerapan (f)Peratus (%)Bandar

Luar bandar

JUMLAH

72

88

100

45

55

100Daripada jadual 5 didapati seramai 72 orang sample (45%) tinggal di Bandar dan 88 orang sample (55%) tinggal di luar Bandar.

Jadual 6 : Profil sample mengikut pencapaian PMR.

Pencapaian PMR Kekerapan (f)Peratus (%)Kurang 1A

2A hingga 4A

5A hingga 7A

8A ke atas

JUMLAH

9141199100

56.9

25.6

11.9

5.9

100Daripada jadual 6, didapati 91 orang sample (56.9%) mendapat 1A dalam PMR, 41 orang (25.6%) mendapat 2A hingga 4 A, 19 orang sample (11.9%) mendapat 5A hingga 7A dan 9 orang sample (5.6%) mendapat 8A ke atas dalam PMR.

Jadual 7 : Profil kekerapan bersukan.Kekerapan bersukanKekerapan (f)Peratus (%)

Kurang 1 jam7446.3

1 hingga 5 jam6440.0

5 hingga 9 jam116.9

10 jam ke atas116.9

JUMLAH100100

Daripada jadual 7 didapati 74 orang sample (46.3%) bersukan kurang 1 jam sehari,

64 orang (40%) bersukan 1 hingga 5 jam sehari, 11 orang sample (6.9%) bersukan 5 hingga 9 jam sehari dan 11 orang sample (6.9%) bersukan melebihi 10 jam sehari.

30Jadual 8 : Faktor strukturmengikut pangkatan dan min.

PangkatanSoalanMin

1Soalan 6Alatan sukan boleh digunakan waktu tertentu sahaja3.82

2Soalan 11Peralatan sukan tidak mencukupi3.533Soalan 4Kemudahan sukan tidak dapat menampung pelajar yang ramai

3.23

4Soalan 7Masalah pengangkutan ke sekolah3.195Soalan 14Sekolahtidakmenyediakanjadualpenggunaan kemudahan sukan.

6Soalan 15Stor sukan tidak dibuka setiap hari dan menyukarkan mendapat alatan

3.11

3.10

7Soalan 10Sukar menggunakan peralatan sukan di sekolah2.75

8Soalan 2Kemudahan sukan di sekolah tidak mencukupi2.74

9Soalan 1Kedudukan rumah yang jauh2.74

10Soalan 5Kemudahan sukan di sekolah tidak dijaga2.66

11Soalan 8Peralatan sukan yang mahal.2.60

12Soalan 15Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan uzur2.5413Soalan 13Sekolah tidak menyediakan papan kenyataan aktiviti sukan

2.43

14Soalan 3Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat2.30

15Soalan 12Pakaian sukan mendedahkan aurat2.04Berdasarkan jadual 8perbezaan min bagi setiap pelajar berdasarkan item soalan- soalan yang dikemukakan mengikut faktor. Bagi faktor struktur, dapatan kajian menunjukkan item soalan yang berkaitan dengan kemudahan penggunaan peralatan sukan menunjukkan min yang tinggi iaitu soalan 6 (M =3.82), dan soalan 11 (M=3.53) berkaitan peralatan yang tidak mencukupi dan soalan 4 (M=3.23) masalah kekurangan alatan yang tidak mencukupi adalah antara faktor halangan yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Kemudian diikuti dengan masalah pengangkutan iaitu soalan 7 (M=3.19). Faktor yang berkaitan dengan kemudahan dalam penggunaan alatan dan jadual pengunaan alatan merupakan faktor yang seterusnya merupakan halangan kepada pelajar iaitu soalan 14 (M= 3.11) iaitu jadual pengunaan alatan yang tidak disediakan oleh pihak sekolah , soalan 15 (M=3.10) masalah menggunakan alatan kerana stor tidak dibuka setiap hari dansoalan 10 (M=2.75) kesukaran menggunakan peralatan dan soalan 2 (M=2.74) kemudahan sukan yang tidak lengkap.Faktor kedudukan rumah yang jauh merupakan faktor penghalang yang seterusnya iaitu soalan 1 (M=2.74). Sementara soalan 5 (M=2.66) mengenai kemudahan sukan yang tidak dijaga dengan baik. Manakala soalan 8

31(M=2.60) pelajar tidak mampu membeli alatan sukan yang mahal yang menyebabkan sukar mengikuti aktiviti sukan. Soalan 9 (M=2.54) merupakan faktor struktur ke empat terendah mengenai peralatan yang telah uzur dan rosak. Masalahtiada papan kenyataan yang disediakan oleh pihak sekolah merupakan faktor ke tiga terendah iaitu soalan 14 (M=2.43). Soalan 3 (M=2.30) mengenai kemudahan sukan yang tidak selamat adalah item soalan kedua terendah manakala soalan 12 iaitu mengenai pakaian yang mendedahkan aurat merupakan faktor yang paling rendah. Ini adalah kerana segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan di sekolah adalah mengikut kehendak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan sentiasa diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seremban/Port Dickson agar tidak bercanggah dan melanggar kepercayaan agama.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa soalan 6 dan soalan 11 menunjukkan tahap yang tinggi. Soalan ini adalah berkaitan dengan kemudahanperalatan. Sementara soalan lain menunjukkan tahap serderhana.

Jadual 9 :Faktor Interpersonal mengikut pangkatan dan min. PangkatanSoalanMin

1Soalan 10Pengetahuan tentang aktiviti sukan tidak mencukupi2.832Soalan 9Tidak memahami matlamat dalam melibatkan diri dalam sukan

2.69

3Soalan 1Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan diri2.644Soalan 14Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan

5Soalan 6Kelas tuisyen menghalang dalam melibatkan diri dalam sukan

6Soalan 5Tidak mempunyai masa dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan

7Soalan 15Sering gagal apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan

8Soalan 2Tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri dalam sukan

2.64

2.63

2.53

2.46

2.36

9Soalan 12Takut cedera apabila melibatkan diri dalam sukan2.42

10Soalan 3Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan2.32

11Soalan 10Tidak berminat dalam melibatkan diri dalam sukan2.27

12Soalan 13Sering menghadapi masalah kesihatan2.25

13Soalan 11Aktiviti sukan membosankan2.24

14Soalan 8Malu melibatkan diri dalam aktiviti sukan2.24

15Soalan 7Aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama1.62

32Bagi faktor interpersonal pula, mengikut Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan item soalan 10 (M=2.83) iaitu pengetahuan tentang aktiviti tidak mencukupi adalah faktor halangan yang paling tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum sukan. Diikuti oleh soalan 9 (M = 2.69) iaitu tidak memahami sepenuhnya matlamat melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sementara itu item soalan 1 (M =

2.64) iaitu masalah kewangan untukmengikuti aktiviti sukan kerana kebanyakan pelajar tinggal jauh dari kawasan sekolah dan menyebabkan mereka memerlukan belanja tambahan bagi menghadiri aktiviti kokurikulum pada waktu petang dan item soalan 14 (M= 2.64) iaitu takut menghadapi kegagalan dalam peperiksaanadalah pangkatan ke tiga dalam faktor interpersonal. Item soalan 6 ( M = 2.63) kesibukan pelajar mengikuti kelas tuisyen adalah pangkatan keempat dalam faktor interpersonal dan diikuti soalan 5 (M=2.63) tidak ada masa untuk bersukan dan menduduki pangkatan kelima dalam faktor interpersonal. Pangkatan keenam pula ialah item soalan 15 (M=2.46) sering gagal apabila melibatkan diri dalam sukan. Pangkatan ketujuh pula ialah item soalan 2 (M=2.36) tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri dalm aktiviti sukan. Soalan 12 (M= 2.42) menduduki pangkatan seterusnya iaitu takut cedera apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kedudukan dalam pangkatan yang seterusnya ialah soalan 3 (M=2.32) iaitu merasa tidak selesa untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 10 (M=2.27) tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan yang seterusnya ialah soalan 13 (M=2.25) masalah kesihatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan 11 (M=2.24) aktiviti sukan sangat membosankan menduduki pangkatan ketiga terendah. Manakala item soalan 8 (M=2.24)malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan menduduki pangkat kedua terendah dan item soalan 7 (M=1.62) iaitu aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama. Ini adalah disebabkan kesemua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah tidak bertentangan dengan agama.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa semua soalan interpersonal menunjukkan tahap yang serderhana melainkan soalan 7 yang berkaitan kepercayaan agama menunjukkan tahap yang rendah. Di sini didapati bahawa faktor kepercayaan kepada agama bukan merupakan faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

33Jadual 10 : Faktor Intrapersonal mengikut pangkatan dan min. PangkatanSoalanMin

1Soalan 10Dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak3.372Soalan 9Gurumemberiperhatiankepadapelajaryang berkebolehan sahaja

3.28

3Soalan 6Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi2.914Soalan 5Bilangan guru yang melibatkan diri dalam sukan tidak mencukupi

2.70

5Soalan 8Guru tidak memilih walaupun berminat dalam sukan2.67

6Soalan 14Sekolah sentiasa mengutamakan program akademik2.55

7Soalan 2Tidak mempunyai rakan yang berminat untuk bersukan2.48

8Soalan 1Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan2.35

9Soalan 3Keluarga tidak memberi galakan2.2510Soalan 15Sekolah tidak memberi peluang untuk melibatkan diri dalam sukan

2.22

11Soalan 11Tertarik untuk melepak bersama kawan-kawan2.22

12Soalan 7Guru sentiasa membuat tanggapan negetif2.2213Soalan 13Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam sukan

2.07

14Soalan 12Sekolah tidak memberi galakan2.06

15Soalan 4Guru tidak memberi galakan1.96Berdasarkan jadual 10 bagi faktor intrapersonal pula item soalan 10 (M = 3.37) iaitu beban kerja sekolah yang terlalu banyak adalah soalan yang tertinggi pangkatannya dalam kumpulan faktor intrapersonal. Ini kerana kebanyakan sekolah terlalu mementing pencapaian akedamik daripada kegiatan kokurikulum sukan dan untuk memastikan pelajar cermerlang dalam bidang akedamik pihak sekolah memperbanyakkan kerja sekolah atau latihan kepada pelajar. Item soalan 9 (M = 3.28) iaitu guru hanya memberi perhatian kepada kepada pelajar yang berkebolehan dalam sukan berada pada pangkatan ke 2 .Item soalan 6 ( M = 2.91) jurulatih yang berminat dalam aktiviti sukan tidak mencukupi dan soalan 5 (M=2.70) menyokong penyataan di atas kerana kebanyakan guru kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukan menyebabkan jurulatih dalam aktiviti kokurikulum sukan kurang di sekolah di daerah Seremban.

Pangkatan ke lima intrapersonal ialah soalan 2.67 (M = 2.67) iaitu guru tidak memilih pelajar walaupun berminat mengikuti aktiviti sukan dan seterusnya soalan item 14 (M=2.55)

34pihak sekolah mementing program akademik menyokong soalan yang mendapat pangkatan tertinggi.

Item soalan 2 (M = 2.48) iaitu tidak mempunyai kawan yang berminat untuk bersukan dan Item soalan 1 (M = 2.35) menyokong pernyataan item soalan 2 . Item soalan yang menduduki pangkatan ke sembilan ialah item soalan 3 (M=2.25) iaitu tidak mendapat galakkan keluarga. Item soalan 15 (M=2.22) iaitu pihak sekolah tidak memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 11 (M= 2.22) tertarik melepak bersama kawan daripada mengikuti aktiviti sukan dan soalan 7 (M= 2.22) guru membuat tanggapan negatif menduduki pangkatan ke sebelas. Pangkatan yang seterusnya ialah soalan

13 (M=2.07) pihak sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam aktiviti sukan. Soalan 12 (M=2.06) pihak sekolah tidak memberi galakkan dalam aktiviti sukan. Soalan 4 (M=1.96) guru tidak memberi galakkan melibatkan pelajar dalam aktiviti sukan merupakan faktor intra personal yang terendah sekali.

Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui skor julat min didapati bahawa soalan 10 menunjukkan tahap yang tinggi di mana bebanan kerja sekolah merupakan masalah besar kepada pelajar bagi menghadiri kegiatan kokurikulum sukan. Manakala lain-lain soalan menunjukkan tahap serderhana.

Keseluruhan dapatan dari Jadual 4.2, 4.3 dan 4.4 di atas, dapat dirumuskan bahawa faktor struktur adalah faktor utama penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diikuti dengan faktor intrapersonal dan faktor interpersonal.

Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan.

35Jadual 11 : Ujian t faktor penghalang dengan jantinaFaktorJantinaMinSDtDf

strukturL = 802.920.6741.405158

P =802.790.540

InterpersonalL =802.360.692-.731158

P =802.440.663

IntrapersonalL =802.590.7501.834158

P =802.400.551

* Aras signifikan p < 0.05

Jadual 11 di atas menunjukkan analisis ujian t antara faktor menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina.

Dari segi faktor struktur terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M= 2.92, sd = 0.674) dengan pelajar perempuan (M=2.79, sd = 0.540). Didapati min pelajar lelakilebih tinggi daripada min pelajar perempuan sebanyak 0.13. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158)= 1.405, p < 0.05) antara faktor struktur dengan jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.5 dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M = 2.36, sd = 0.692) dengan pelajar perempuan (M = 2.44, sd = 0.663). Ianya menunjukkan min pelajar perempuan lebih tinggi daripada min pelajar lelaki sebanyak 0.08. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158) = -.731, p < 0.05) antara faktor interpersonal dengan jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.10 dapatan kajian menunjukkan minpelajar lelaki (M = 2.59, sd = 0.750) dengan min pelajar perempuan (M = 2.40, sd = 0.551) telah menunjukkan min pelajar lelaki lebih tinggi berbanding min

36pelajar perempuan sebanyak 0.19. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (t (158) = 1.834, p < 0.05).

Antara ketiga-tiga faktor tersebut hanya faktor interpersonal, min pelajar perempuan melebihi min pelajar lelaki. Kesimpulan ujian t yang telah dilakukan untuk melihat faktor penghalang dengan jantina, tiada satu faktor pun yang menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian ini membuktikan pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai alasan yang sama untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Pada pandangan pengkaji, kebanyakan pelajar ini hanya memberikan tumpuan khusus kepada kejayaan akademik mereka. Pelajar mempunyai cita-cita tinggi untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi selepas tamat pelajaran. Tumpuan mereka lebih kepada bidang akademik berbanding dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan samada dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukanantara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah digunakan.

Jadual 12 : Analisis ujian Anova antara faktor penghalang dengan bangsa.Faktorss ant.kump.ss dlm kump.Fp

Struktur.15859.687.207.813

Interpersonal5.27067.5466.125.003*

intrapersonal4.87465.0455.882.003*

Keseluruhan1.81243.6653.258.041*

*Aras signifikan p< 0.05

37Jadual 13 : Ujian Post-Hoc Scheffe bagi faktor struktur, intrapersonal dan keseluruhan.

FaktorBangsa (Min) Bangsa ( Min) Perbezaan Min PinterpersonalMelayu 2.29

Cina2.76

India2.48

Cina2.76

India2.48

Melayu 2.29

- 0.470.280.19

.003*

.297

.454intrapersonalMelayu 2.48

Cina2.79

India2.17

Cina2.79

India2.17

Melayu 2.48

-0.31

0.62

-0.31

.087

.004*

.104KeseluruhanMelayu 2.55

Cina2.81

India2.47

*Aras signifikan p< 0.05

Cina2.81

India2.47

Melayu 2.55

-0.26

0.34

0.08

.070

.085

.837

Hasil dapatan kajian merujuk kepada Jadual 12 mendapati tidak terdapat perbezaan yangsignifikan (F=0.207, p>0.05) antara faktor struktur dengan bangsa dalam faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

Seterusnya bagi menjawab persoalan keenam iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan.

Berdasarkan Jadual 13 dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal, terdapat perbezaan yang signifikan [F = 0.207, p < 0.05] antara bangsa iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.

Untuk melihat perbezaan faktor penghalang interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan yang signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Keputusan yang diperolehi adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 13.

38Daripada jadual 13 di atas dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal, min bangsa Cina ( M = 2.76 ) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29). Perbezaan min antara bangsa Cina ( M = 2.76 ) dengan bangsa Melayu (M = 2.29) adalah sebanyak - 0.47. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p =

0.003). Sementara itu dapatan kajian juga mendapati min bangsa Cina ( M = 2.76) adalah lebih tinggi daripada min bangsa India(M = 2.48). dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0.297). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min bangsa India (M =

2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29) dan tidak signifikan (p =

0.454).

Dapatan kajian menunjukkan dari segi faktor interpersonal terdapat perbezaan antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina . Kebanyakan pelajar Cina amat mementing akademik berbanding pelajar Melayu. Ini menyebabkan mereka kurang tertarik untuk menghadiri aktiviti kokurikulum pada waktu sebelah petang. Kebanyakan daripada pelajar Cina adalah di kalangan keluarga yang berpendapatan kukuh. Ibu bapa merekamempunyai sumber kewangan yang agak kukuh kerana kebanyakan daripadanya adalah peniaga. Justeru itu kebanyakan daripada mereka terlibat kelas tuisyen pada waktu sebelah petang dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa bagi mengikuti aktiviti kokurikulum sukan. Selain itu daripada dapatan kajian menunjukkan min bagi pengetahuan dan memahami matlamat mereka dalam melibatkan diri dalam sukan menunjukkan min yang tertinggi. Ini mungkin disebabkan pelajar bangsa Cina tidak mengetahui bahawa aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian daripada aspek penting bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Bagi menjawab persoalan kajian ketujuh iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah digunakan.

Berdasarkan Jadual 12 di atas, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan [ F = 5.882,p < 0.05] antara faktor intrapersonal dengan bangsa dalam faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

39Untuk melihat perbezaan faktor penghalang intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan yang signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Berdasarkan jadual 4.11, dapatan kajian menunjukkan bagi faktor intrapersonal, min bangsa Cina ( M = 2.79 ) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa India ( M = 2.17 ). Perbezaan min antara bangsa Cina ( M = 2.79 ) dengan bangsa India ( M = 2.17 ) adalah sebanyak 0.62. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.004 ). Sementara itu dapatan kajian juga mendapati min Cina ( M = 2.79 ) adalah lebih tinggi daripada min bangsa Melayu (M =

2.48). Perbezaan min adalah sebanyak 0.31 dan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.087). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min bangsa Melayu (M = 2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa India India ( M = 2.17

) dan tidak signifikan ( p = 0.104 ).

Berdasarkan dapatan kajian di atas didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Cina dengan pelajar India dari segi faktor intrapersonal. Bagi pandangan pengkaji, perbezaan ini wujud kerana kebanyakan pelajar Cina amat mementingkan pencapaian akademik. Pelajar kebanyakannya menyatakan terlalu banyak kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti sukan. Bagi memastikan mereka dapat menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah mereka tidak akan menghadiri aktiviti sukan kerana masa tersebut digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah. Selain tu masalah kekurangan jurulatih dan bilangan guru melibatkan diri juga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam sukan. Kebanyakan pelajar ini menganggap sia-sia mereka menghadiri aktiviti sukan jika tiada guru atau jurulatih yang dapat membimbing mereka bagi mendapatkankemahiran dalam permainan yang mereka ceburi.

Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelapan adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan. Berdasarkan Jadual 4.10 di atas, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan[F =

403.258 , p > 0.05]faktor keseluruhan bagi faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan bangsa.

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN PENDAHULUANTujuan utama kajian ini ialah untuk melihat faktor utama yang menghalang penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum. Dalam bab ini perbincangan dibuat berdasarkan kajian- kajian terdahulu samada ianya menyokong atau bercanggah dengan dapatan kajian terdahulu.

Faktor penghalang dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal

Pada mulanya perbandingan menggunakan pangkatan dari min digunakan untuk menentukan faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Hasil kajian menunjukkan faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah dapatan kajian yang menyatakan masalah penggunaan alatan yang boleh digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Selain dari itu bilangan peralatan yang tidak mencukupi berbanding pelajar yang ramai juga satu faktor yang membataskan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan. Masalah pengangkutan juga adalah satu lagi masalah yang mengekang penglibatan pelajar. Seramai 55% pelajar yang di kaji tinggal di luar bandar dan

45% tinggal di bandar. Walaupun pelajar yang tinggal di bandar, mereka masih menyatakan masalah pengangkutan menjadi masalah bagi mereka kerana kedudukan rumah mereka yang agak jauh dari kawasan sekolah. Kekurangan maklumat mengenai kegiatan dan kemudahan juga menjadi faktorhingga menyebabkan pelajar tidak mengetahui kemudahan yang disediakan.Faktor struktur adalah faktor utama menjadi penghalang penglibatan pelajar. Dapatan ini disokong olehkajian yang telah dilakukan oleh Mat Aris (1994) yang menyatakan antara faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum adalah faktor luaran iaitu kemudahan. Kajian oleh Roslan (1994), Mohammad Haris (1999), Mustafa Kamal (2000) dan Ramli (1999) telah menyokong kajian iaitu salah satu faktor

41utama menghalang penglibatan pelajar ialah kemudahan. Dapatan kajian tersebut sama dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zulkifli (1997) yang menyatakan faktor struktur seperti saiz sekolah, bilangan pelajar yang ramai amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai kegiatan kokurikulum, sementara faktor-faktor lain hanyalah sebagai penyokong. Kajian Boothby (1981) juga mendapati masalah seperti kurang minat, kekurangan kemudahan dan lain-lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan.

Faktor struktur yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor kekurangan maklumat maklumat mengenai kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Hasil kajian memperlihatkan kebanyakan pelajar tidak tahu perkembanganaktivitikokurikulum.Inimungkindisebabkanpihaksekolahtidak menyediakan papan kenyataan bagi menghebahkan aktiviti kokurikulum sukan dan lokasi papan kenyataan yang tidak strategik Faktor kekurangan masa untuk membaca maklumat yang ditampal juga menyebabkan pelajar tidak mendapat maklumat sepatutnya.Adalah dicadangkan satu papan maklumat atau lebih mengenai kegiatan kokurikulum perlu ditempatkan di tempat tumpuan pelajar agar mereka mendapat maklumat jelas mengenai kemudahan dan kegiatan yang dijalankan. Siaran dan surat makluman kepada pelajar boleh diedarkan dan ditampal bilik-bilik darjah untuk makluman semua pelajar.

Dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengelolaan aktiviti bertentangan dengan agama adalah yang paling sedikit. Ini menunjukkan pelajar tidak menganggap kegiatan kokurikulum sukan yang dijalankan di sekolah ini bertentangan dengan kepercayaan agama pelbagai bangsa yang belajar di sekolah ini. Ini kerana setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah mengikut kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pemantauan dan penyeliaan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah dapat memastikan aktiviti dikendali mengikut kehendak kementerian.Langkah ini perlu diteruskan bagi menjamin penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat ditingkatkan. Dapatan ini bercanggah dengan kajian yang dilakukan oleh Hamidah (1999) mendapati pada penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum kurang terserlah kerana di kalangan ibu bapa menganggap penglibatan

42anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Mohd Zuki (1994) sebaliknya menyokong dapatan kajian ini iaitu melalui penilaian yang telah dibuat menurut perspektif Islam, didapati bahawa GERKO atau kegiatan kokurikulum mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip dan gagasan Islam.

Keputusan menunjukkan faktor penghalang penglibatan antara pelajar lelaki mengatasi pelajar perempuan dari segi faktor struktur dan intrapersonal. Ini menunjukkan pelajar lelaki lebih menghadapi masalah untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Ini adalah disebabkan kurangnya sokongan keluarga dalam menyertai aktiviti kokurikulum dan ada antara pelajar lelaki yang membuat kerja sampingan bagi mendapatkan wang saku mereka sementara pelajar perempuan pula terpaksa menolong ibu bapa mereka membuat kerja di rumah. Dapatan ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan olah Mustafa Kamal (2000) mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Azizah Nordin (1990) dalam kajiannya juga mendapati kebanyakan pelajar di waktu petang ketika kegiatan kokurikulum dijalankan, pelajar terpaksa menolong ibu bapa di rumah.

IMPLIKASIBerdasarkan kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan implikasi kepada pihak-pihak berkenaan. Implikasi kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu:

Implikasi Praktikal

Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah serta khasnya guru- guru untuk merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan lebih berkesan. Kajian ini boleh menambah pengetahuan guru serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum sukan agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih bermakna. Kegiatan kokurikulum sukan yang menarik dan memberi manafaat kepada pelajar akan dapat menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Nordin (1991) menyatakan

43bahawa penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

Implikasi Teoretikal

Dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh Kementerian Pelajaran khususnya Unit Kokurikulum yang dapat merancang program kokurikulum dengan lebih berkesan. Masalah yang sering dihadapi ialah ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Pelbagaiperuntukanberupakewangandanbaranganuntukmenjadikanprogram kokurikulum lebih bermakna dan tidak akan disia-siakan jika faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ini dapat di atasi. Kementerian melalui Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri dapat merancang dan melaksanakan dasar yang lebih efektif setelah mengenalpasti faktor penghalang yang utama penglibatan diri pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

CADANGAN UNTUK MENGATASI HALANGANSecara keseluruhan kajian telah menghasilkan maklumat-maklumat penting mengenai faktor menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Oleh kerana faktor struktur adalah faktor utama menghalang penglibatan pelajar Pengunaan alatan pada waktu tertentu merupakan satu faktor yang menyumbang min tertinggi dalam faktor struktur (3.82). Min bagi faktor ini menunjukkan tahap tinggi menggunakan skor julat min berdasarkan sistem tiga kuartil (tahap rendah, sederhana dan tinggi). Bagi mengatasi halangan ini dicadangkan pihak sekolah menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana pelajar boleh menggunakan pada masa lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar pada waktu agar mereka dapat menggunakan kemudahan alatan bagi mereka bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya menyediakan alatan pada waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan alatan tiada. Selain daripada menggalakan pelajar bersukan ia juga dapat menghindar pelajar-pelajar

44melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfeadah seperti melepak, berbual kosong, mengacau pelajar lain dan lain-lain.

Kebanyakan sekolah mempunyai peralatan yang tidak mencukupi berbanding jumlah pelajar yang ramai. Ini menyebabkan pelajar-pelajar terpaksa berkongsi alatan dengan rakan mereka semasa menjalankan aktiviti sukan. Bagi pelajar yang berkemampuan mereka mungkin tidak menghadapi masalah untuk membeli peralatan sukan. Masalah ini biasanya akan dihadapi oleh pelajar yang tinggal di luar bandar yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan dan juga pelajar di bandardari keluarga yang miskin atau tidak berkemampuan. Bagi mengatasi masalah ini pihak Kementerian Pendidikan hendaklah menambah peruntukan pembelian alatan sukan mengikut jumlah pelajar dalam sesebuah sekolah. Selain itu pihak sekolah juga hendaklah berusaha mencari sumber lain dalam membeli peralatan sukan seperti memohon bantuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah. Selain itu pihak sekolah juga boleh memohon bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri, orang perseorangan dan lain badan dalam membantu menambah peralatan sekolah. Dengan adanya usaha-usaha ini pihak sekolah akan dapat menambah peralatan sukan dan seterusnya menarik pelajar menyertai aktiviti sukan di sekolah.

Masalah pengangkutan juga merupakan satu lagi masalah kepada pelajar bagi mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Masalah ini biasanya wujud bila pelajar hendak pulang ke rumah kerana perkhidmatan bas telah tamat semasa mereka hendak pulang ke rumah..Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dijalankan pada hari-hari persekolahan dan waktu perlaksanaan ialah pada pukul pukul 5.00 petang hingga 6.30 petang. Waktu perlaksanaan dicadangkan bermula pada pukul 3.30 petang hingga 5.00 petang. Walaupun cuaca pada pukul 3.30 petang agak panas tetapi waktu balik bagi pelajar pada pukul 5.00 petang lebih sesuai berbanding balik pada pukul 6.30 petang kerana kemudahan pengangkutan awam hampir tamat pada waktu tersebut dan pelajar tidak menghadapi masalah kenderaan semasa hendak pulang ke rumah.Kekurangan maklumat mengenai kemudahan adalah antara faktor struktur yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

45Masalahsepertikekurangankemudahankhususuntukpelajarperempuan menyebabkan mereka tidak menyertai kegiatan kokurikulum. Kemudahan sukan seperti gelanggang bola keranjang dan gelanggang bola tampar yang hanya satu sahaja terdapat di sekolah menyebabkan pelajar perempuan tidak mahu berkongsi menggunakannya dengan pelajar lelaki. Masalah ini lebih nyata terhadap pelajar-pelajar perempuan yang beragama Islam. Adalah dicadangkan agar penggunaan kemudahan-kemudahan tersebut dijadualkan pengunaannya mengikut jantina atau ditambah gelanggang kepada dua (jika mempunyai kawasan) dan ditetapkan pengunaannya di mana satu gelanggang digunakan oleh pelajar perempuan dan satu lagi untuk pelajar lelaki. Ini boleh meningkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

Antaralimitasi kajian ini ialah sampel yang digunakan hanyalah dari kumpulan pelajar sekolah Daerah Serembansahaja, maka adalah dicadangkan di masa hadapan pengkaji akan menggunakan populasi yang lebih besar melibatkan Sekolah di Negeri Seremban dengan melibatkan semua daerah. Sampel kajian juga boleh dikategorikan kepada sekolah bandar dan luar bandar, sekolah di tanah rancangan Felda, sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Pemasalahan sebenar boleh diketahui dan dikenalpasti dalam menentukan faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum. Kajian tersebut boleh dijadikan panduan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum sekolah di seluruh negara.

Berdasarkan perbincangan dan rumusan kajian, penyelidik ingin menyarankan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan iaitu:

1.Kajian ini dilakukan dengan hanya menggunakan soal selidik dan subjek hanya terikat kepada jawapan yang disediakan. Reka bentuk kajian ini lebihsempurnasekiranyapenyelidikanyangberbentuktemuduga dijalankan di samping soal selidik.

2.Kajian selanjutnya dicadangkan agar melibatkan subjek dari pelbagai peringkat umur dan meliputi kawasan geografi yang lebih luas. Ia boleh

46memberi maklumat yang lebih menyeluruh dan diterima umum tentang faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

PENUTUPDapatan kajian menunjukkan faktor penghalang utama penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah faktor struktur. Dalam analisis diskritif ini ternyata masalah berkaitan kemudahan merupakan faktor utama dalam menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Pihak Kementerian Pelajaran hendaklah memberi peruntukan yang lebih besar kepada sekolah agar pihak sekolah merancang dan seterusnya memperlengkapkan kemudahan dan peralatan di sekolah-sekolah dalam strategi menarik minat pelajar menyertai aktiviti sukan.

Selain daripada itu faktor-faktor intrapersonal dan faktor interpersonal juga harus diambilkira kerana ia juga merupakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan. Pihak-pihak Jabatan Pendidikan, sekolah, ibubapa, guru dan individu yang terlibat seharusnya juga harus melibatkan diri dalam mengatasi masalah ini. Dengan adamya penglibatan yang sepenuhnya daripada pihak terbabit sudah tentu akan dapat menggalakan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan khususnya sukan.

Akhir kata, semoga dapatan kajian ini akan mengalakkan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan juga boleh dijadikan sebagai garis panduan bagi penyelidik- penyelidik lain yang ingin melakukan kajian lanjutan ke atas faktor-faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan di sekolah-sekolah.

47RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. (1991). Kurikulum perspektif dan perlaksanaan . Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka.

Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikul