aykt

Upload: kelabk

Post on 07-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 AYKT

    1/185

    Alina Haizar

    1

    NIA menggigil kesejukan, lantas

    menyarungkan jaketnya.

    Walaupun sekarang ini masih

    lagi dalam bulan Oktober, tetapi suhu sekitar telah turun

    dengan mendadak, membuatkan musim luruh kali ini terasa

    begitu dingin. Ini belum lagi dalam musim sejuk. Entah-

    entah mungkin berganda-ganda lagi kedinginan yang akan

    melanda mereka bila tiba bulan Disember dan Januari nanti.

    Nia mengeluh sambil memandang sekeliling

    apartmennya yang kecil itu. Mesti kos tenaga untukmengekalkan tempat tinggal mereka supaya cukup panas

    akan melambung naik. Sekarang ini pun dia ada masalah

    untuk melangsaikan semua bil hariannya.

    Nia keluar dari apartmennya di tingkat yang paling

    atas dan menuruni tangga sempit yang diterangi oleh lampu

    yang malap. Di sini, lagi tinggi sesebuah apartmen, lagi

    murah sewanya. Sampai tingkat dua, Nia terus menuju keapartmen jirannya yang terletak di sebelah kiri tangga -

    apartmen Hajer. Nia kemudiannya mengetuk pintu apartmen

    Hajer.

    Bab1

  • 8/6/2019 AYKT

    2/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    2

    Hajer, wanita berbangsa Tunisia tinggal bersama

    suaminya, Brother Fouzidan anak bongsu mereka yang

    belum mencecah setahun umurnya, Alesya. Mereka sudah

    lama tinggal di Turin.Brother Fouzimenjalankan perniagaan

    makanan selang dua blok dari bangunan apartmen mereka.

    Assalamualaikum, Hajer.

    Waalaikumussalam.

    Kedengaran Hajer menjawab salam Nia, sambil dia

    membuka pintu apartmennya. Buongornio,Nia.

    Buongiornio,Hajer.

    Hajer tersenyum gembira menjawab ucapan

    selamat pagi daripada Nia, lantas dia mengambil bebanan

    yang didukung oleh Nia.

    Ciou....Hajer, this is my key.

    Nia menghulurkan kunci rumahnya. Hajer mencuci

    rumah Nia dua kali seminggu. Nasib baik ada Hajer. Upah

    yang Hajer ambil lebih murah berbanding dengan servis yang

    disediakan di tempatnya. Nia cuma membayar Hajer tujuh

    puluh Euro seminggu.

    Wow Nia! You look so ashionable today. So

    beautiul and smart.

    You think so? Thank you, Hajer. I have an

    important assignment today.

    Si, si. Ciou.

    Ciou a dopo. Assalamualaikum.

    Pagi ini sememangnya Nia berpakaian kemas dan

    bergaya. Enrica, majikannya telah berpesan agar Niamenunjukkan penampilan yang proesional untuk tugasan

    pada hari ini. Nia akan bertugas menjadi jurubahasa kepada

    sekumpulan delegasi pelawat dari Malaysia.

  • 8/6/2019 AYKT

    3/185

    Alina Haizar

    3

    I you put up a good impression today, they might

    want you to be their interpreter or the rest o their trip in

    Italy. That means good money or us, capire?

    Nia menganggukkan kepalanya tanda aham. Dia

    sedar sejak akhir-akhir ini mereka kurang mendapat

    tempahan untuk khidmat jurubahasa. Ini menjadikan

    pendapatan sampingan Enrica dan Nia kurang. Bila ada tugas

    sebagai jurubahasa, baru Nia akan dapat lebih elaun. Bolehlah

    Nia membeli barang-barang lain selain daripada barang-barang keperluan harian. Kalau tidak, dia kena berjimat

    cermat dan berbelanja hanya untuk barangan yang perlu

    sahaja.

    Nia sedar masalah ekonomi yang melanda dunia

    sekarang ini menjadikan peluang kerja bagi mereka semakin

    kurang. Oleh yang demikian apa juga kerja yang ada, mesti

    direbut sepenuhnya. Enrica berharap pelawat dari Malaysia

    itu akan menggunakan khidmat mereka sepanjang lawatan

    mereka di Itali dan bukan cuma hari ini sahaja.

    Tanggapan pertama para pelanggan sangat penting

    dan ini akan menentukan sama ada mereka akan berpuas hati

    dengan kerja Nia selanjutnya. Dengan yang demikian Nia

    memilih untuk memakai pakaiannya yang terbaik pada hariini. Dia memakai satu-satunya sut Armani kepunyaannya,

    berwarna coklat muda. Oleh kerana hari ini agak dingin, dia

    juga mengenakan sepasang but paras buku lali berwarna

    coklat tua dan memakai jaket Prada dengan warna yang

    hampir sama. Jaket ini ialah pemberian daripada Enrica

    sempena menyambut hari Krismas tahun lepas. Skar Gucci

    disemat kemas di kepalanya. Hari ini dia tampak sungguhbergaya dengan esyen terkini. Dia sudah bersedia untuk

    menjalankan tugasnya dan berpuas hati kerana dia kelihatan

    seperti seorang proesional yang berjaya.

  • 8/6/2019 AYKT

    4/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    4

    Penduduk Itali sinonim dengan esyen, stail yang

    bergaya dan terkini. Bumi ini telah melahirkan pereka-pereka

    esyen dan pengeluar baju-baju dan juga barangan berjenama

    yang terkenal di seluruh dunia dengan jenama-jenama seperti

    Salvatore Ferragamo, Trussardi, Prada, Giorgio Armani,

    Versace, Bvlgari, Dolce & Gabbana, Furla dan bermacam-

    macam lagi.

    Sejak mula bekerja dengan Enrica, majikannya itu

    juga bertindak sebagai kawan, banyak memberi tunjuk ajarkepada Nia. Enrica selalu memberi tip-tip cara berpakaian

    mengikuti esyen terkini tanpa menggadaikan maruahnya

    sebagai seorang wanita Muslim. Enrica juga memperkenalkan

    Nia tempat-tempat membeli-belah barangan berjenama tanpa

    mengeluarkan belanja yang terlalu mahal seperti membeli-

    belah di designer outlet yang banyak terdapat di sesetengah

    kawasan di Itali. Di Serravalle yang terletak paling dekatdengan bandar Turin, umpamanya.

    It is important that you look ashionable and

    proessional, so that people have condence in you. Anyway

    we are in Italy, and Italians are ashionable people, seru

    Enrica bersungguh-sungguh.

    Memang Nia perhatikan kebanyakan orang Itali,tidak kira tara pendapatan mereka, mesti bergaya bila

    berpakaian.

    Mula-mula dulu, Nia agak kekok berpakaian seperti

    sekarang ini. Dia, Nia Atirah, berasal dari Tambun Tulang,

    Perlis yang tidak pernah mendengar nama-nama pereka

    seperti Valentino, Versace, Armani, Salvatore Ferragamo,

    Gucci dan lain-lain lagi. Kini dia memakai pakaian rekaan

    mereka. Tidak termimpi yang dia akan berada di sini ketika

    ini dan bekerja di bandar Turin dengan berpakaian penuh

    bergaya seperti sekarang ini. Arwah emak dan Ani pun

  • 8/6/2019 AYKT

    5/185

    Alina Haizar

    5

    mungkin tidak percaya yang Nia sudah pandai bergaya dan

    mungkin tidak mengenalinya lagi jika mereka bertemu

    dengannya.

    Nia memeriksa solekan di mukanya buat kali

    terakhir sebelum dia keluar dari bangunan apartmennya.

    Hari ini dia juga mengenakan solekan yang rapi. Setelah

    disolek, wajahnya kelihatan licin dan segar, matanya pula

    kelihatan lebih besar daripada biasa dan bibirnya nampak

    mungil dan menawan sekali. Semuanya hasil daripadadidikan dan tunjuk ajar Enrica.

    Setelah lebih empat tahun tinggal di negara Eropah

    ini, warna kulitnya juga telah menjadi lebih cerah. Bukan

    seperti semasa dia bekerja di kebun emak di Tambun Tulang,

    bahagian utara tanah air yang memang dikenali dengan panas

    teriknya. Ketika itu gelap kulitnya dibakar cahaya matahari.

    Setelah berpuas hati menilik penampilan diri, Nia

    menolak pintu bangunan apartmen itu. Terdapat dua lapis

    pintu untuk mengelakkan kehilangan haba daripada

    bangunan itu terutama dalam keadaan yang semakin sejuk

    sekarang ini.

    Nia meneruskan perjalanannya. Di luar bangunan,

    kedinginan menerpa tubuh. Terasa kesegaran pagi itu.Keadaan bandar Turin tampak indah sekali. Matahari baru

    menunjukkan sinarnya di celah-celah daun mapelberwarna

    perang yang penuh ditanam di sekitar bandar Turin.

    Boungiorno,Nia. Penjual bistro menyapa Nia.

    Boungiorno,Felipe.

    No cae? No, grazie. Devo andare. Ciou. Nia menolak

    pelawaan Felipe untuk minum kopi dan meminta diri. Dia

    harus cepat ke pejabat pada hari ini.

  • 8/6/2019 AYKT

    6/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    6

    Nia mempercepatkan langkahnya menuju ke

    hentian trem. Di situ kelihatan beberapa orang sedang

    menunggu trem untuk ke tempat kerja. Mereka semuanya

    berpakaian seperti Nia, bergaya dengan esyen terkini. Apabila

    ternampak Nia, mereka semua mengucapkan selamat pagi

    kepada Nia.

    Boungiorno.

    Satu-satunya perkara yang memikat Nia tentang

    orang Itali ialah keramahan mereka menegur dan menyapasesiapa juga yang mereka temui walaupun dengan bangsa

    asing sepertinya.

    Trem tiba tepat pada masanya dan Nia segera

    menaikinya. Trem itu akan membawanya ke pejabat dan dari

    sana Enrica akan membawanya ke Orbassano.

    Delegasi lawatan dari Malaysia akan mengadakanlawatan di salah sebuah makmal penyelidikan yang

    terkemuka di situ. Di wilayah Piedmont sebenarnya terdapat

    hampir dua ratus buah pusat penyelidikan awam dan swasta

    yang mengkhusus dalam teknologi automobil, teknologi

    inormasi dan komunikasi, tidak kurang juga terdapat sektor-

    sektor lain seperti bio dan nanoteknologi yang menawarkan

    satu rangkaian penyelidik dengan skil dan kemudahanpenyelidikan berkualiti tinggi.

    Enrica dan Nia akan menjadi jurubahasa kepada

    delegasi itu untuk memahami proses-proses di dalam makmal

    dan juga menterjemahkan dokumen-dokumen yang

    kebanyakannya dalam bahasa Itali kepada para delegasi jika

    diminta nanti.

    Selalunya hanya seorang jurubahasa yang

    digunakan, sama ada Enrica atau Nia yang akan bertugas.

    Tetapi kali ini delegasi meminta khidmat dua

  • 8/6/2019 AYKT

    7/185

    Alina Haizar

    7

    jurubahasa kerana kumpulan mereka besar dan juga apabila

    mendengar syarikat Enrica ada jurubahasa yang boleh

    bertutur dalam bahasa Melayu.

    They bring along their amilies and spouses who

    are not understand much on technical English terms. So

    they want your service.

    Okay, this is good or our business. Jawab Nia

    dengan riang.

    Tugasan bererti dia akan dapat lebih elaun. Waktu-

    waktu begini, dia memang memerlukan lebih wang untuk

    menampung hidup mereka di sini.

  • 8/6/2019 AYKT

    8/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    8

    MAXIMO sudah menanti

    Enrica dan Nia di lobi pusat

    penyelidikan itu sejak awal-

    awal tadi. Dia seorang penyelidik muda yang perkenalkan

    Enrica kepada ketuanya sejak dua tahun yang lalu. Semenjak

    itu pusat penyelidikan ini selalu menggunakan khidmat

    Enrica jika mereka memerlukan seorang jurubahasa.

    Pusat penyelidikan ini adalah salah satu daripada

    pusat penyelidikan yang begitu akti dalam reka cipta

    teknologi-teknologi tinggi dan mempunyai tenaga kerjaproesional yang sangat terlatih. Pada tahun lepas sahaja,

    pusat ini telah berjaya mempatenkan lebih kurang empat

    puluh reka cipta baharu. Pusat penyelidikan ini telah

    mendapat lebih daripada lima puluh kontrak projek

    penyelidikan dalam Program Rangka Kerja Ketujuh Eropah,

    membuktikan pusat penyelidikan ini sebagai penyumbang

    terbesar dalam bidang penyelidikan di Eropah. Pusat ini jugatelah mempunyai MOU dan kerjasama dalam bidang

    penyelidikan hampir seribu pusat penyelidikan lain di

    seluruh dunia.

    Bab 2

  • 8/6/2019 AYKT

    9/185

    Alina Haizar

    9

    Oleh yang demikian pusat penyelidikan ini

    menerima banyak lawatan daripada berbagai-bagai syarikat

    dan agensi dari seluruh dunia yang ingin mempelajari teknik-

    teknik penyelidikan dan juga ingin mendapat khidmat

    perundingan daripada pakar-pakar penyelidik dari pusat ini.

    Selalunya tujuan kerjasama mereka ialah dalam usaha untuk

    mendirikan pusat penyelidikan yang sama di negara masing-

    masing. Oleh yang demikian, pusat penyelidikan ini

    merasakan mereka perlu mendapatkan khidmat jurubahasa yang boleh menyampaikan maklumat yang jelas bagi

    meyakinkan para pelawat tentang kepakaran mereka. Ini

    merupakan satu pelaburan kecil bagi pihak pusat penyelidikan

    yang akan mendatangkan hasil lumayan kepada mereka juga

    jika mereka mendapat kontrak perkhidmatan perundingan.

    Maximo jelas tampak gembira dengan kehadiran

    Nia hari ini. Maximo dua tahun lebih muda daripada Nia,dengan itu mudah sahaja mereka menjadi kawan baik.

    Wajahnya pagi ini begitu berseri. Dia juga tampak sangat

    bergaya pagi ini. Maximo, seorang pemuda Itali yang sangat

    kacak, malahan lebih tinggi daripada kebanyakan lelaki Itali

    biasa. Purata saiz dan ketinggian lelaki Itali lebih kurang

    sama dengan saiz dan ketinggian lelaki Malaysia. Maximo

    berambut perang dan mempunyai sepasang mata berwarna

    biru yang sangat-sangat menawan. Hari ini dia juga

    berpakaian berjenama daripada rekaan Versace, khas untuk

    menyambut pelawat penting dari Malaysia.

    Maximo kemudiannya membawa Nia dan Enrica

    terus ke dalam bilik persidangan untuk menanti kedatangan

    para pelawat dari Malaysia. Delegasi lawatan ini terdiridaripada beberapa orang ketua pegawai eksekuti syarikat

    swasta serta kakitangan mereka. Ada juga antara delegasi

    yang membawa pasangan mereka dalam rombongan ini. Nia

  • 8/6/2019 AYKT

    10/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    10

    memerhatikan dengan teruja akan kumpulan delegasi yang

    memasuki ruang bilik persidangan. Mereka kemudiannya

    berdiri di sekeliling meja yang terdapat di bilik itu. Nia rasa

    begitu bertenaga dan bersemangat untuk memulakan

    tugasnya hari ini. Seperti Enrica, dia juga sangat berharap

    akan dapat lebih banyak tugas seperti ini supaya mereka

    dapat lebih elaun.

    Ada lebih kurang tujuh belas orang pelawat yang

    datang dalam sesi lawatan ini, sepuluh orang lelaki dan tujuhorang perempuan semuanya. Mereka tampak begitu gembira

    berada di situ dan kelihatan tidak sabar-sabar lagi untuk

    memulakan sesi lawatan ini. Mereka bercakap-cakap sesama

    sendiri dalam bahasa Melayu. Sudah lama juga Nia tidak

    mendengar bahasa ibundanya dituturkan orang di sini.

    Tersirap rasa rindu kepada kampung halamannya. Terkenang

    wajah arwah emak kesayangannya. Cepat-cepat Nia padamkanrindu itu. Dia di sini kerana bertugas, bukan masanya untuk

    dia melayan perasaan sentimentalnya terhadap kampung

    halaman, arwah emak dan adik-adik.

    Okey, Datuk, Datin dan semua pengurus besar dan

    yang lain-lain. Sila duduk semua. Sekejap lagi kita akan

    mulakan sesi pengenalan dan sedikit taklimat akan diberikanoleh wakil dari pusat penyelidikan ini, Doktor Compolucci.

    Tiba-tiba kedengaran satu suara yang mengarahkan

    semua orang supaya mengambil tempat duduk masing-

    masing.

    Nia tergamam apabila mendengar suara itu, tetapi

    dia tidak nampak lagi siapa yang empunya suara itu. Suara

    itu seperti pernah didengarnya. Dia tercari-cari siapa

    empunya suara di dalam kumpulan delegasi itu. Jantungnya

    tiba-tiba sahaja menjadi berdebar-debar.

  • 8/6/2019 AYKT

    11/185

    Alina Haizar

    11

    Datuk, silakan duduk.

    Seluruh darah yang mengalir di dalam tubuh Niadirasakan turun ke kakinya. Nia terus menjadi sejuk tatkala

    terpandangkan si empunya suara itu.

    Nia yakin dia mengenali suara itu. Pada mulanya

    Nia tidak cam wajahnya tetapi dia kenal sangat dengan suara

    itu. Dia memandang betul-betul lelaki yang empunya suara

    itu, tinggi lampai dan segak betul orangnya. Wajahnya begitu

    kacak, berkulit cerah, hidungnya mancung bak seludang.Matanya besar dan dalam. Nia rasa hendak pitam di situ juga

    kerana terlalu terkejut. Dia segera meneguk air daripada

    botol mineral yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Nia

    cuba menenangkan hatinya. Mungkin dia tersalah orang

    agaknya. Mungkin suaranya sahaja yang sama.

    First o all let me introduce mysel. My name is Zaril Ikhwan Zahari. I am the head o the engineering

    division o our research centre pro tem team. The rest are

    members o our team, Datuk Mohamad and his wie Datin

    Arni, Datuk William, Encik Wahab, Encik Anthony and Encik

    Jalil.

    Nia sudah tidak dengar kata-kata Zaril Ikhwan

    selanjutnya. Hanya nama Zaril Ikhwan yang terngiang-ngiangdi telinganya. Tidak Nia sangka yang dia akan bertemu

    dengan lelaki itu di sini. Ketika dan saat itu Nia hanya dapat

    berkata di dalam hatinya, alangkah bagusnya jika aku tak

    berada di sini hari ni.

    Nia mula menyesali kehadirannya di situ. Dia rasa

    dia tidak boleh teruskan tugasan ini. Nia mahu pergi sahaja

    dari situ. Tetapi dia tahu dia tidak boleh berbuat demikian.

    Dia kena teruskan juga tugasnya itu kerana Enrica sangat

    mengharapkan wang daripada tugasan ini. Lagipun jika Nia

  • 8/6/2019 AYKT

    12/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    12

    buat pasal pada hari ini, pihak pusat penyelidikan ini tentunya

    tidak memerlukan khidmat syarikat Enrica lagi selepas ini.

    Nia tidak boleh menyusahkan Enrica. Nia memandang Enrica

    yang duduk di sebelahnya.

    Enrica kelihatan begitu teruja dan bersedia untuk

    menjalankan tugasnya.

    Zaril Ikhwan terus memperkenalkan pelawat-

    pelawat yang lain. Dia bercakap dengan penuh yakin dan

    bergaya. Nia memandang wajahnya, cuba memastikan betul-betul. Senyumannya, pandangan matanya dan suaranya. Nia

    tidak tersalah orang. Lelaki itu memang Zaril Ikhwan.

    Ketua pusat penyelidikan, Doktor Campolucci

    kemudiannya memperkenalkan dirinya. Seterusnya dia

    memperkenalkan Enrica supaya Enrica boleh membantu

    memperkenalkan mereka yang lain.Here is our Miss Enrica, she and her assistant

    will help us to explain in English so you can understand

    better.

    Enrica terus sahaja menyahut saranan Doktor

    Campolucci dan mula membantu ahli-ahli di dalam

    kumpulan penyelidik memperkenalkan nama, tugas dan

    jabatan masing-masing dalam bahasa Inggeris. Setelah semua

    selesai memperkenalkan diri masing-masing, sesi taklimat

    pula dimulakan dengan bantuan Enrica.

    Selepas itu mereka dibawa ke dalam pusat

    penyelidikan untuk melawat makmal-makmal bagi proses-

    proses yang dikendalikan oleh pusat penyelidikan itu.

    Oh ya, beore I orget, we are lucky today becausewe have Nia here. She can speak in your language and help

    you understand some o the Italian terms better, kata Enrica

    sebelum mereka semua memulakan lawatan makmal.

  • 8/6/2019 AYKT

    13/185

    Alina Haizar

    13

    Semua mata tertumpu kepadanya.

    Oh, baguih kalu macam tu, kata Datin Arnidengan loghat utara. Senang kami nak aham sikitespecially

    technical terms tu. Saya ni manalah aham sangat.

    Mereka semua tergelak mendengar kata-kata Datin

    Arni.

    Nia rasa terubat rindu di hatinya. Sudah lama dia

    tidak mendengar orang bercakap dalam loghat utara.

    Siapa nama yang Enrica cakap tadi? Nia? soal

    Datin Arni.

    Iya Datin.

    Orang Melayu ka ni? Nama apa tadi? Tak berapa

    nak tangkap sangat tadi.

    Nia.Nia terpandang wajah Zaril Ikhwan, tetapi tiada

    reaksi di wajahnya. Malahan Zaril Ikhwan tidak pun

    memandang ke arah Nia. Dia tidak mendengar perbualan

    Datin Arni dengan Nia. Dia sibuk melayan seorang gadis jelita

    yang sedang bertanya sesuatu kepadanya. Sememangnya itu

    yang Nia sudah jangkakan. Zaril Ikhwan tidak mengenalinya

    lagi. Zaril Ikhwan pun tidak tahu siapa namanya. ZarilIkhwan kelihatan sedang bangun dan hendak keluar dari bilik

    konerensi itu bersama pelawat-pelawat lelaki yang lain. Gadis

    jelita itu berjalan bersamanya.

    Oh, orang Melayu kita ka ni? Saya ingat orang

    Indon ka. Datin Arni yang peramah itu terus

    menyarungkan tangannya ke lengan Nia dan mereka

    bersama-sama berjalan seiringan keluar dari situ. Nia, Nia ni

    asaidari mana?

    Saya berasal dari Perlis.

  • 8/6/2019 AYKT

    14/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    14

    Iya ka!!! Saya pun! Perlis kat mana? tanya Datin

    Arni lagi, begitu seronok dapat berjumpa orang satu negeri

    dengannya di tempat yang begitu jauh begini.

    Tambun Tulang.

    Laaa dekatlah tu. Saya dari Arau. Jom, jom kita

    pi ikut depan, nanti tertinggai pulak kita ni.

    Lantas mereka segara mengekori pelawat-pelawat

    lelaki yang sudah terlebih dahulu bergerak.

    Enrica berada bersama mereka, menjadi jurubahasa

    kepada Doktor Campolucci dan pegawai-pegawai penyelidik

    yang lain. Manakala Maximo tinggal bersama Nia dan Datin

    Arni serta isteri-isteri pegawai-pegawai lain. Gadis jelita yang

    bersama Zaril Ikhwan tidak ada dalam kumpulan mereka. Dia

    bersama mereka yang berada di hadapan, berjalan rapat

    dengan Zaril Ikhwan. Nia tidak dapat tangkap siapa namanyabila diperkenalkan tadi. Yang Nia tahu nama seorang

    eksekuti muda yang juga bersama mereka, iaitu Nizam.

    Nizam nampaknya hampir sebaya dengan Nia.

    Nizam juga kelihatan begitu peramah orangnya. Beberapa

    kali dia cuba hendak mencari peluang berbual dengan Nia

    dan Enrica. Tetapi dia tidak dapat berbual lama kerana

    nampaknya dia yang menjadi runner di dalam lawatan ini.

    Sekejap dia melayan Datuk Mohamad, sekejap lagi dia

    terpaksa mendapatkan maklumat daripada Doktor

    Campolucci dan macam-macam lagi yang dia kena lakukan.

    Zaril Ikhwan nampaknya asyik mengarah Nizam buat itu dan

    ini sehingga Nizam tidak sempat memerhati sendiri makmal

    penyelidikan yang mereka lawati.

    Mereka melawat dari satu makmal ke makmal yang

    lain. Tujuan lawatan ini ialah untuk mereka mengetahui apa

    jenis penyelidikan yang ada di dalam pusat penyelidikan ini

  • 8/6/2019 AYKT

    15/185

    Alina Haizar

    15

    untuk mereka buat penilaian lanjut. Pengetahuan yang

    dipelajari di sini akan mereka gunakan untuk membuat

    kertas cadangan bagi mendirikan satu pusat penyelidikan

    yang setara dengan makmal-makmal ini. Khidmat pusat

    penyelidikan Itali ini mungkin diperlukan sebagai

    jururunding dalam pembangunan pusat penyelidikan itu

    nanti.

    Semua ketua pegawai operasi yang datang bersama

    sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan satukonsortium bagi mendirikan satu pusat penyelidikan

    bersama. Ini merupakan satu sumbangan syarikat-syarikat ini

    untuk meningkatkan tara penyelidikan dan pembangunan di

    Malaysia. Ini adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk

    memperbanyakkan kerja-kerja penyelidikan dan

    pembangunan, dalam menyediakan landasan bagi Malaysia

    mencapai tara negara maju dalam tahun 2020 nanti. Pusatpenyelidikan yang mereka lawati hari ini ialah pusat

    penyelidikan teknologi automobil yang berdaya saing tinggi.

    Mereka juga akan melawat beberapa pusat penyelidikan

    tenaga yang terdapat di Milan dan juga Naples.

    Menurut Datin Arni, selain Itali mereka juga akan

    mengadakan lawatan ke negara Eropah yang lain dalam sirilawatan ini. Datin Arni nampaknya lebih berminat dengan

    Nia daripada makmal-makmal yang mereka lawati itu.

    Nia sudah lamaka tinggal di sini?

    Lebih kurang empat tahun, Datin.

    Lama juga. Sorangka di sini atau adaamily?

    Saya sorang saja di sini, Datin.Mai belajaq ka dulu?

    Lebih kurang macam tu la, Datin. Nia tidak mahu

    memanjangkan cerita hidupnya dan bagaimana dia boleh

  • 8/6/2019 AYKT

    16/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    16

    berada di situ dengan Datin Arni, seorang yang baru dia

    kenali tidak sampai tiga puluh minit yang lalu. Kalau dia

    mula menceritakan kisah hidupnya, mungkin esok pun

    belum tentu selesai lagi.

    Pakwe Itali yanghandsome tu, boyriendNiaka?

    tanya salah seorang pelawat wanita yang ikut bersama-sama

    Nia dan Datin Arni, yang juga bercakap dalam loghat utara.

    Tergelak Nia dibuatnya. Ke situ pula soalan yang

    ditujukan. Dia di sini untuk membantu menerangkan istilah-istilah teknikal mengenai makmal dan aktivitinya. Bukan

    hendak bercakap tentang Maximo, yang memang tidak

    dinafkan amat kacak.

    Maximo memandang wajah Nia dengan penuh

    kehairanan. Wajahnya yang kacak itu berkerut melihat Nia

    ketawa.What is that so unny? Are you laughing

    about me? katanya, buat-buat macam dia tersinggung.

    Maximo boleh berbahasa Inggeris tetapi tidak secekap Enrica.

    No, no. We are not laughing at you, jawab

    Datin Arni. She asks whether you are Nias boyriend.

    Oh, si, si. Yes

    ! She... my ragazza what do youcall... my girlriend. I am going to marry her, jawab Maximo,

    tersenyum ke arah wanita yang bertanya soalan itu sambil

    menjeling ke arah Nia. Satu jelingan yang penuh makna.

    Lantas dia mendepakan tangannya dan memeluk bahu Nia,

    mengambil tangan Nia lalu diciumnya, cuba mengiakan lagi

    kenyataannya itu.

    Nia terkejut dengan tindakan Maximo lantasmenarik tangannya dengan pantas.

    Wanita-wanita yang lain termasuk Datin Arni

    tersenyum gembira melihat telatah spontan Maximo.

  • 8/6/2019 AYKT

    17/185

    Alina Haizar

    17

    Manakala Nia malu bila Maximo mencium

    tangannya. Muka Nia merah padam. Nia tahu Maximo cuma

    mengusik Nia. Memang lelaki berbangsa Itali sangat romantik

    dan pandai memikat wanita.

    Hmmm... hmmm... Datin, Datin boleh ikut

    Datuk sekarang?

    Tiba-tiba Zaril Ikhwan sudah berada di belakang

    mereka. Matanya tepat memandang wajah Nia tetapi dia tidak

    berkata apa-apa. Adakah dia dengar dan sempat melihatMaximo berseloroh tadi?

    Berdebar-debar jantung Nia menerima panahan

    mata Zaril Ikhwan yang begitu tajam. Tetapi untuk sekejap

    waktu sahaja, Zaril Ikhwan terus mengalihkan pandangannya

    ke arah Datin Arni.

    Kita akan naik buggy ke makmal yang lain.Keadaan cuaca sangat sejuk untuk kita pergi dengan berjalan

    kaki. Mari kita pergi sekarang. Datuk sedang tunggu Datin.

    Zaril Ikhwan menjemput Datin Arni supaya mengikutnya.

    Nia terdiam memerhatikan Zaril Ikhwan dan Datin

    Arni pergi meninggalkannya.

    Zaril Ikhwan tidak mengenalinya! Kenapa Nia mesti

    rasa hairan? Dia sepatutnya sudah menduga sejak awal lagi.

    Walaupun Nia sudah menyangka Zaril Ikhwan tidak akan

    mengenalinya, tetapi bila benar-benar terbukti Zaril Ikhwan

    tidak mengenali, sedikit sebanyak memberi kesan yang

    mendalam ke atas dirinya. Luka yang lama tiba-tiba terasa

    berdarah kembali. Terasa hatinya disayat-sayat sembilu yang

    amat tajam. Nia rasa dia tidak sanggup meneruskan tugasnyapada hari ini. Terlalu berat bebanan perasaan yang

    ditanggungnya. Tetapi dia harus teruskan juga. Mereka

    dibayar untuk khidmat mereka hari ini.

  • 8/6/2019 AYKT

    18/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    18

    Nia menarik naas panjang dan cuba menenangkan

    dirinya. Nasib baik semua orang tidak perasan kerana sedang

    bergerak menuju ke kenderaan yang menanti untuk

    membawa mereka ke makmal lain. Nia berjalan di belakang

    sekali, cuba mendapat kembali ketenteraman dirinya.

    Maximo menegur Nia.

    Nia, are you okay? soal Maximo. Terhenti seketika

    perjalanannya, menunggu Nia berjalan mendekatinya.

    Okay Maxi, I am okay.

    Hurry up, seru Maximo, berjalan ke hadapan

    semula untuk menunjukkan arah kepada pelawat-pelawat

    yang di bawah jagaannya.

    Ke mana kita nak pergi sekarang ni? soal salah

    seorang daripada pelawat wanita yang berjalan di hadapan

    Nia.

    Oh, kita akan pergi ke makmal R&D. Di sini

    mereka menguji kualiti dan ketahanan produk.

    Maximo kemudiannya menghampiri Nia kembali

    dan berbisik sesuatu kepadanya. Nia mengangguk tanda

    aham.

    Minta maa, dalam makmal ini kita tidakdibenarkan mengambil sebarang gambar. Ini ialah makmal

    penyelidikan dan pembangunan, jadi banyak kerja

    penyelidikan yang dijalankan masih lagi dalam asa

    pembangunan. Masih condential. Harap maklum, terang

    Nia dengan sopan.

    Para pelawat memahaminya dan akur dengan

    peraturan yang ditetapkan oleh pihak makmal.

    Setelah melawat hampir keseluruhan makmal yang

    ada di dalam pusat penyelidikan ini, para pelawat dijemput

  • 8/6/2019 AYKT

    19/185

    Alina Haizar

    19

    untuk menikmati makan tengah hari dengan pegawai-

    pegawai penyelidik pusat penyelidikan tersebut. Mereka

    semua dijemput ke bilik makan yang terletak berhampiran

    dengan kaeteria. Beberapa pelawat wanita terutama yang

    bertudung mula kelihatan agak risau melihat makanan-

    makanan yang disediakan.

    Jangan risau Datin-datin, puan-puan.... Mereka

    tahu keperluan kita dan mereka tidak menyediakan makanan

    daripada daging atau ayam. Hari ini semua hidangan terdiridaripada makanan laut dan juga sayur-sayuran. Che untuk

    makanan ini pun mereka bawa khas dari Maghribi, beritahu

    Nia kepada pelawat yang di bawah jagaannya.

    Enrica juga mempunyai inormasi sama yang

    disampaikan kepada kumpulan yang mengikutinya.

    Maximo sudah berhubung dengan Nia mengenaimenu makanan untuk para jemputan sejak seminggu yang

    lalu.

    Datin Arni minta Nia duduk di sebelahnya. Banyak

    perkara lagi yang dia hendak tanyakan dengan Nia. Nia, di

    sini kat mana kita nak pergishopping?

    Dekat bandar Turin banyak kedai yang menjual

    barangan berjenama, Datin. Datin nak beli banyak barang

    ke?

    Sudah sampai sini, kan... takkan tak nak beli sikit-

    sikit.

    Kalau ada masa Datin boleh pergi ke designer

    outlet. Yang paling dekat, di Seravalle. Lebih kurang satu jam

    perjalanan dari Turin. Kedai-kedai di situ menjual jenama-jenama yang berprestij dari Itali dan antarabangsa yang lain.

    Banyak kedai yang menjual pakaian, kasut, aksesori, hiasan

    rumah, hasil daripada koleksi tahun lepas atau yang over

  • 8/6/2019 AYKT

    20/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    20

    production untuk koleksi tahun ini. Jadi harga barangannya

    kurang sehingga tiga puluh ke tujuh puluh peratus untuk

    sepanjang tahun.

    Macam tu kena pergi sanalah, celah salah seorang

    pelawat wanita yang turut mendengar perbualan mereka.

    Nia, macam mana nak cakap, berapa harga ni?

    dalam bahasa Itali? soal wanita yang duduk di hadapan Nia.

    Tampak benar mereka sudah tidak sabar-sabar

    hendak membeli-belah selepas ini.

    Oh, mudah saja, puan cakapquanto costa questo,

    jawab Nia.

    Oh... okey, macam mana kalau nak tanya boleh tak

    bayar dengan credit card?

    Posso pagare con la carta di credito? Nia melayan

    pertanyaan mereka dengan sabar.

    Alamak, macam mana nak ingat tu?

    Tapi puan, saya rasa kebanyakan penjaga kedai

    boleh memahami bahasa Inggeris. Puan tak perlu risau.

    Iye ke?

    Saya cakap orang putih loghat utara. Boleh aham

    jugak? tanya Datin Arni.

    Nia tersenyum mendengar kata-kata Datin Arni,

    begitu merendah diri orangnya.

    Iye, Datin. Kalau Datin dan puan-puan pergi

    shopping nanti, puan tengoklah nanti.

    Kalau Nia ada sama, kan seronok. Boleh tolong

    minta tawar harga sikit.

    Datin nak beli apa?

    Macam-macam... baju, kasut, beg. Saya suka

  • 8/6/2019 AYKT

    21/185

    Alina Haizar

    21

    tengok cara Nia berpakaian, kemas bergaya, masih menutup

    aurat.

    Itu tak ada masalah, Datin. Di Itali semua esyen

    ada. Datin cuma perlumix and match.

    Betul sungguh kata Nia... kata Datin Arni.

    Kemudian dia menyambung lagi. Saya memang nak beli

    barang sikit-sikit. Anak saudara saya tu, Suzzana, lagi banyak

    nak beli barang.

    Datin Arni menunjukkan ke arah gadis jelita yang

    asyik bersama dengan Zaril Ikhwan di mana-mana jua. Gadis

    itu tidak mahu langsung menegur Nia. Dia buat Nia macam

    tidak wujud di situ dan membuat Nia rasa dia tidak layak

    berbual dengan Suzzana. Nizam berada di belakang mereka

    yang sedang sibuk melayan kerenah ketua-ketuanya. Nia

    perhatikan Nizam belum sempat duduk makan pun lagi.Mereka tu nakkawin tak lama lagi... terang Datin

    Arni.

    Huh! Apa dia Datin cakap? tanya Nia, tidak pasti

    dengan apa yang didengarinya.

    Dia orang tu akan berkahwin tak lama lagi. Datin

    Arni memuncungkan bibirnya ke arah Suzzana yang duduk

    di sebelah Zaril Ikhwan.

    Nia hanya mampu menganggukkan kepalanya.

    Hatinya semakin didera dengan perkembangan hari ini.

    Tahap stres yang dialaminya semakin meningkat. Nia rasa dia

    sudah tidak boleh mengawalnya lagi. Nasib baik hari ini akan

    berakhir dan khidmatnya cuma diperlukan hari ini sahaja.

    Esok Nia boleh melupakan peristiwa hitam yang berlaku padahari ini. Tetapi hari ini dia kena layan para tetamunya ini

    dengan sebaik mungkin.

    Nia duduk di mana? Datin Arni tidak perasan

  • 8/6/2019 AYKT

    22/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    22

    perasaan yang sedang Nia tanggung ketika itu. Dia terus

    berbual dengan Nia.

    Saya tinggal dekat bandar Turin, saya sewa

    apartmen kecil di sana.

    Nia duduk sorangka? Ada orang Malaysia duduk di

    sanaka?

    Tak ada, di sini pun tak berapa ramai orang

    Malaysia. Cuma ada beberapa orang yang bekerja di syarikat-

    syarikat minyak dan automobil. Kebanyakan mereka tinggal

    di luar bandar Turin. Dekat Villastelone.

    Habis tu tak takutka sorang-sorang di sini?

    Oh, tidak! Saya ada ramai kawan dari Tunisia,

    Pakistan, Bangladesh dan Arika Utara yang tinggal di situ.

    Ada komuniti Muslim yang agak besar di situ. Ada surau dan

    kedai menjual makanan halal.

    Oh, ya ka? Macam bawak diri sorang-sorang aja

    gayanya.

    Tak ada la Datin, di sini pun kami sudah macam

    amili.

    Seronoknya. Kalau boleh saya nak tengok di mana

    tempat Nia tinggal.

    Kecik saja apartmen saya, Datin. Mungkin lain kali

    kalau Datin ada masa bolehlah Datin melawat tempat saya,

    pelawa Nia. Dia tahu jadual lawatan mereka agak ketat.

    Selepas hari ini mereka akan pergi ke beberapa tempat lain di

    Itali dan akan melawat bandar-bandar Eropah yang lain.

    Pada Nia ketika itu, dia cuma mahu hari iniberakhir dengan segera. Hari ini dirasakan begitu sukar

    untuk dia lalui. Terlalu banyak yang dia terpaksa terima pada

    hari ini.

  • 8/6/2019 AYKT

    23/185

    Alina Haizar

    23

    Terkenang kembali cerita sedihnya. Kesedihan

    itulah yang menyebabkan dia terus menetap di bandar Turin.

    Kesedihan itulah membuatkan sehingga sekarang dia tidak

    pulang-pulang ke Malaysia. Dia terlalu terluka. Peristiwa yang

    menimpa diri membuat dia menjauhkan dirinya dari

    kampung halaman.

    Tetapi rupa-rupanya mimpi buruknya mengikuti

    dia hingga ke Turin, sebuah bandar tua di utara Itali. Nia

    sangka dia sudah begitu jauh bersembunyi dari ceritasedihnya itu. Dia tidak menyangka untuk bertemu dengan

    Zaril Ikhwan lagi. Lelaki terakhir di dunia ini yang ingin dia

    temui. Lelaki yang pernah dia cintai sepenuh jiwa raganya

    pada suatu masa dahulu. Lelaki yang mengakui sangat

    menyayangi dirinya. Lelaki yang saban hari memanggilnya

    Sayang. Berjanji akan menyayangi dirinya buat selama-

    lamanya dan kemudian telah meninggalkan dirinya begitusahaja.

  • 8/6/2019 AYKT

    24/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    24

    NIA sedang duduk di kerusi,

    memerhatikan sekeliling

    pejabat. Ruang pejabat tempat

    mereka bekerja ini agak kecil. Enrica telah menjadikan

    sebahagian daripada rumah yang dia duduki sebagai pejabat

    mereka. Di dalam pejabat mereka terdapat dua bilik terapi,

    satu untuk Enrica dan satu lagi untuk Nia, sebuah ruang

    menunggu, pantri dan ruang makan yang kecil dan sebuah

    lagi bilik yang boleh digunakan jika mereka ingin menambah

    seorang lagi pelatih. Tetapi sekarang ini bilik tersebut

    digunakan sebagai stor, tempat rehat dan juga tempat Nia

    menunaikan kewajipan kepada-Nya.

    Hari ini dia mempunyai beberapa tugas yang perlu

    diselesaikan. Nia sedang mengemas kini rekod-rekod klien

    mereka sementara menunggu Enrica yang masih belum

    datang ke pejabat mereka. Terdengar lagu Itali sedang

    berkumandang, yang datang dari bahagian dapur Enrica,menandakan dia masih lagi berada di rumahnya. Mungkin

    sedang menikmati sarapan pagi. Enrica menggunakan

    bahagian belakang bangunan itu sebagai tempat tinggalnya,

    Bab3

  • 8/6/2019 AYKT

    25/185

    Alina Haizar

    25

    sebuahfatlet dua bilik yang agak selesa bagi seorang wanita

    bujang.

    Enrica menjalankan beberapa perniagaan kecil-

    kecilan, yang utamanya ialah mengendalikan sebuah pusat

    pendidikan khas. Program pendidikan ini menggunakan teori

    pengubahan struktur kogniti yang mengadaptasikan

    pendekatan oleh Doktor Feuerstein untuk pelajar-pelajar

    yang berada di kedua-dua belah hujung spektrum

    pembangunan minda dari autisme, Down syndrome, kanak-kanak hiperakti, dan kurang penumpuan sehinggalah yang

    mempunyai IQ yang terlalu tinggi. Selalunya kanak-kanak ini

    sukar untuk menyesuaikan diri mereka dengan kanak-kanak

    normal yang lain.

    Mereka telah membantu ramai orang yang sudah

    tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Dengan

    menggunakan pendekatan ini, ada pelajar mereka yang tidak

    pernah bercakap, tidak boleh membaca, kini mula bercakap,

    sudah boleh membaca dan juga sudah dapat hidup dalam

    kalangan masyarakat normal. Ada juga kalangan klien yang

    bertemu mereka kerana mengalami kerosakan otak akibat

    kemalangan atau akibat strok.

    Nia mula mengenali Enrica semasa dia menghadiribengkel bagi melatih pengajar-pengajar dalam bidang yang

    sama. Selepas mengenali Nia dengan lebih rapat semasa

    mereka menjalani bengkel tersebut, Enrica menawarkan Nia

    untuk bekerja dengannya. Kini telah lebih empat tahun dia

    berkhidmat bersama Enrica, Nia merasakan satu kepuasan

    dapat membantu mereka yang bermasalah ini. Dia begitu

    seronok bila dapat melihat pelajar-pelajar mereka sedikitdemi sedikit pulih daripada masalah yang mereka alami. Apa

    pun masalah mereka, jika mereka cuba mencari penyelesaian,

    insya-Allah ada harapan untuk pulih. Nia berpegang pada

  • 8/6/2019 AYKT

    26/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    26

    moto yang Doktor Feuerstein sendiri gunakan dalam

    programnya: Have aith, because there is hope.

    Tetapi bukan semua pelajar yang datang kepada

    mereka dapat membayar khidmat mereka dengan wang.

    Tetapi kerana niat ikhlas mereka untuk membantu orang

    yang sudah putus harapan, mereka teruskan juga usaha

    murni tersebut.

    Untuk menampung kekurangan yang ada, Enrica

    telah mencari jalan untuk mendapatkan duit lebih supayamereka mendapat wang dalam keadaan ekonomi meruncing

    sekarang ini. Kerana kemahiran berbahasa yang mereka ada,

    mereka melakukan kerja-kerja sambilan sebagai jurubahasa

    dan juga penterjemah kepada syarikat-syarikat yang

    memerlukannya. Enrica boleh berbahasa Itali, Perancis,

    Inggeris dan juga Jerman. Manakala Nia boleh berbahasa

    Inggeris, Melayu, Itali dan sekarang ini sedang cuba

    meningkatkan dirinya untuk mahir dalam bahasa Perancis.

    Boungiorno, Nia. Enrica masuk ke pejabat dengan

    wajah yang begitu ceria pada pagi ini.

    Malangnya Nia tidak rasa ceria seperti Enrica. Apa

    agaknya yang membuatkan Enrica sangat ceria hari ini?

    Selalunya dia begitu risaukan tentang perbelanjaan merekasemua.

    Boungiorno, Enrica. Come stai, jawab Nia, cuba

    menunjukkan wajah ceria seperti Enrica, sedang dalam

    hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Semalaman dia tidak dapat

    tidur lena. Dia berharap kegusaran itu akan pergi hari ini.

    Zaril Ikhwan telah berlalu dari hidupnya. Diasekadar singgah sebentar di dalam hidup Nia, mungkin

    sekadar hendak memberitahu Nia bahawa Zaril Ikhwan sudah

    menjalani hidupnya tanpa Nia. Zaril Ikhwan sudah bahagia.

  • 8/6/2019 AYKT

    27/185

    Alina Haizar

    27

    Nia tidak perlu mengenangkan nasib Zaril Ikhwan lagi. Nia

    tidak perlu susah hati memikirkan tentang Zaril Ikhwan lagi.

    Zaril Ikhwan sudah sihat dan kembali ke hidupnya yang asal.

    Dia kini jauh dari kehidupannya sebelum ini. Dia sudah

    memulakan hidup baharu dan akan berkahwin tidak lama

    lagi. Nia sudah lama Zaril Ikhwan tinggalkan.

    Bene, grazie, jawab Enrica. Dia nampak baik-baik

    sahaja dan ceria.

    Okey, jawab Nia ringkas.

    Nia, what is our schedule today? soal Enrica lagi.

    Maurios appointment is at ten thirty. Maurio

    ialah pelajar mereka yang mengalami autisme. Sejak kecil

    lagi Maurio tidak boleh bertutur. Setelah menghadiri kelas

    dengan Nia selama enam bulan, Maurio sudah mula boleh

    bercakap.Okay. Anyone else?

    Im araid, not or now. Maureen called me

    yesterday to remind her to call her daugthers class today,

    jawab Nia.

    Enrica nampak kecewa sedikit. Sejak akhir-akhir ini

    tidak ramai pesakit mereka yang datang untuk meneruskanterapi. Ini petanda tidak baik bagi perniagaan mereka dalam

    keadaan ekonomi meruncing sekarang ini. Enrica terdiam

    seketika, memandang Nia. Dia mula nampak risau.

    Nia tidak tahu apa yang dia harus katakan untuk

    menyenangkan kerisauan Enrica.

    Tiba-tiba teleon berbunyi dan Enrica segera

    menjawabnya. Pronto. Si si Enrica.

    Nia keluar dari bilik pejabat dan masuk ke dalam

    pantri untuk membuat kopi mereka berdua. Mungkin setelah

  • 8/6/2019 AYKT

    28/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    28

    minum kopi pagi ini mereka akan lebih bersedia menghadapi

    dugaan yang mendatang.

    Nia mengeluh sendirian. Hidup mencari rezeki di

    negara orang bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin

    nampak begitu menyeronokkan dapat tinggal di sini tetapi

    kenyataannya pahit. Tepat sekali pepatah Melayu yang

    berbunyi: Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara

    sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Kalau diberi pilihan,

    Nia ingin balik ke negaranya sendiri. Barangan di sini agakmahal harganya. Cukai pendapatan di negara Itali pula adalah

    yang paling tinggi di kalangan negara-negara Eropah yang

    lain. Kos penggunaan tenaga juga agak tinggi kerana di sini

    mereka terpaksa mengharungi keadaan sejuk semasa musim

    luruh dan dingin.

    Kadangkala Nia merindui keadaan di Malaysia yang

    nyaman, tidak perlu risau akan kedatangan musim sejuk.

    Sepanjang tahun, panas dan hujan menimpa bumi tanah

    airnya yang tercinta. Tidak perlu mendapatkan pakaian

    baharu setiap kali musim bertukar. Kadangkala Nia rasa dia

    sepatutnya pulang sahaja ke Malaysia. Sampai bila dia harus

    hidup sendirian begini. Nia juga ingin ditemani saudara-mara

    dan adik-beradiknya. Tetapi dia belum boleh pulang. Satuhari nanti keadaan akan membenarkan dia pulang. Ada

    keutamaan lain yang dia harus dahulukan daripada

    keutamaan dirinya sendiri.

    Tetapi hari itu bukan masa kini. Satu hari nanti.

    Nia akan kumpulkan semua kekuatan yang ada pada dirinya

    dan dia akan pulang juga ke Malaysia. Dia sudah mula

    mengumpulkan kekuatan itu sejak semalam. Semalam sudahrasmi dia tidak perlu pedulikan tentang Zaril Ikhwan lagi.

    Zaril Ikhwan secara rasminya sudah tiada lagi di dalam

    hidupnya. Nia tidak perlu lari lagi. Zaril Ikhwan sudah lama

  • 8/6/2019 AYKT

    29/185

    Alina Haizar

    29

    meninggalkan Nia dan melupakan Nia. Kini Nia harus

    berbuat yang sama juga. Lupakan Zaril Ikhwan.

    Nia, Nia!

    Tiba-tiba Enrica memanggil namanya berkali-kali.

    Nia bergegas ke hadapan pejabatnya sambil membawa dua

    cawan kopi. What happened?

    I told you. We might get the next job! teriak

    Enrica gembira.

    What! What happened? tanya Nia, agak terpinga-

    pinga melihat perubahan mood Enrica. Tadi dia agak

    murung, sekarang dia kelihatan begitu gembira.

    They want you to accompany them or their next

    visit. In act they want you to accompany them to Milan and

    also to Naples.

    What?

    Isnt it great? This is a lot o money, Nia. At least

    we can survive until end o this month. We can give Angelo a

    ree class i we want, kata Enrica, teruja.

    Angelo ialah salah seorang daripada pelajar mereka.

    Ibu bapanya mempunyai masalah kewangan dan ini

    menyukarkan Angelo untuk menghadiri kelas.

    Enrica dan Nia kesal tidak dapat menolong Angelo

    kerana dia seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ yang

    tinggi. Angelo sangat bijak tetapi mengalami masalah untuk

    bertutur dan menyesuaikan dirinya dengan pelajar lain di

    kelasnya. Guru dan rakan-rakan sekelas tidak memahami

    masalah Angelo dan oleh yang demikian Angelo selalu dibuli

    dan ditertawakan oleh rakan-rakannya. Ini membuat Angelo

    memberontak dan sering menimbulkan kekacauan di dalam

    kelas.

  • 8/6/2019 AYKT

    30/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    30

    Semua orang tidak memahami apa yang sedang dia

    fkirkan. Gurunya sudah beberapa kali mengugut untuk

    membuang Angelo dari sekolah.

    Setelah beberapa kali menghadiri kelas dengan

    Enrica dan Nia, Angelo sudah boleh meluahkan apa yang

    terbuku di dalam hatinya. Kini sedikit sebanyak dia sudah

    boleh bergaul dengan rakan sekelasnya. Kalau Angelo dapat

    menjalani beberapa kelas lagi dengan mereka, tentu keadaan

    Angelo akan menjadi bertambah baik dan boleh hidup sebagaikanak-kanak normal yang lain.

    Nia rasa gembira jika mereka dapat menolong

    Angelo. Tetapi jika ini bermakna dia kena berhadapan dengan

    Zaril Ikhwan lagi, Nia rasa agak keberatan. Enrica dilihatnya

    begitu teruja dengan kerja yang mereka baru dapat itu. Dia

    tidak perasaan wajah Nia yang berubah menjadi pucat lesi.

    Nia terasa macam darah dari tubuhnya surut turun

    ke kaki. Terasa sejuk seluruh tubuh Nia. Nia ingat dia sudah

    terlepas daripada menghadapi Zaril Ikhwan lagi. Tetapi

    sangkaannya salah. Mereka telah meminta khidmatnya lagi.

    Nia sebenarnya tidak sanggup melakukan tugas itu tetapi dia

    tahu, Enrica sangat memerlukan tugas ini. Syarikat mereka

    yang kecil ini memerlukan wang untuk menentukankemandirian perniagaan mereka di sini. Tidak sanggup Nia

    mengatakan tidak kepada Enrica.

    Tomorrow, you will accompany them to

    Serravalle, the next day to Turin. On Monday, you will go

    with them to Milan or three days. On Wednesday, you will

    go to Naples. Then, they will come back to Turin. They are

    going to have some discussion with Doctor Campolucci and

    then they will go to France. We can say good bye to them.

    I dont know Enrica. I dont think I can be away

  • 8/6/2019 AYKT

    31/185

    Alina Haizar

    31

    or that long. I might not be going to Naples. I think its

    better i you could replace me.

    There are two reasons. First, they specically

    asked or you and second, I have to go and meet up with

    Dons parent next weekend, Nia. You know how important is

    this meeting or me. I am sure you can make another

    arrangment. You have done this beore, when the delegation

    om Brunei came or a visit last year. Why not do the same

    thing. We need this job, Nia. Please Nia, say yes! Please sayyou will do it.

    Cant you deer the meeting?

    No. I cant. Please Nia please Nia, rayu Enrica.

    I dont want say this to you I dont want to make you

    worry but we really need this job.

    Nia mengeluh. Dia memang boleh aturkan supayadia boleh menjalankan tugas itu sepanjang minggu ini,

    termasuklah semasa cuti hujung minggu tetapi dia tidak

    mahu jalankan tugas itu. Itu sahaja. Tetapi macam mana dia

    hendak kecewakan Enrica. Enrica bukan sahaja majikannya

    tetapi rakan baiknya yang telah banyak membantunya ketika

    susah. Terutamanya semasa Nia mula-mula datang ke Turin

    lebih empat tahun yang lalu. Sekarang Enrica memerlukantugasan ini supaya mereka boleh mendapat wang untuk

    syarikat mereka. Nia tidak boleh menghampakan Enrica.

    Okay, Enrica. You owe me or this, putusnya.

    Okay, wonderul. I love you, kata Enrica sambil

    memegang bahu Nia. Dia tampak begitu gembira. Nampaknya

    kali ini Don, teman lelakinya yang terbaharu, begitu pentingkepada Enrica. Perhubungan mereka semakin serius kerana

    Enrica akan dibawa bertemu dengan kedua-dua ibu bapa Don.

    Budaya orang Itali masih mengekalkan institusi kekeluargaan

  • 8/6/2019 AYKT

    32/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    32

    yang kukuh dan ibu bapa masih lagi menjadi elemen penting

    di dalam keluarga mereka. Dengan itu pertemuan minggu

    depan begitu penting bagi Enrica.

    Okay Enrica, Ill do it. Ill arrange with Hajer as

    soon as possible.

    Thanks Nia. I know I can depend on you. Enrica

    menghampirinya lalu memeluk dan mencium pipinya.

    Wow, the meeting with Dons parent must be very

    important then? Nia menyerkap jarang.

    Nia, you know how I eel about Don. I want to

    make a really good impressions with Dons parent. I am so

    anxious, you know.

    Okay, okay, I understand. Dont worry, dear, janji

    Nia.

    Thank you Nia, Ill get the proposed schedule or

    you now. Ill call Nizam, he will conrm where and when you

    can meet him.

    Where will they be going tomorrow?

    Tomorrow is a weekend. They are ree rom any

    ocial duties. Most o the gentlemen are going or gol. What

    else? You know, there are ew amous and exclusive golresorts in Turin and Piedmont. I am sure they dont want to

    miss this chance. And the ladies want to visit Serravalle,

    Turin and maybe to Porto Fino next week. Thats why they

    want you to go with them. They want to have massive

    shopping!

    Oh! kata Nia. Lega sedikit hatinya. Ini bermakna

    dia tidak perlu bersua muka dengan Zaril Ikhwan. Tugasnya

    esok hanya menemani pelawat-pelawat perempuan membeli-

    belah dan melawat Serravalle serta bandar Turin.

  • 8/6/2019 AYKT

    33/185

    Alina Haizar

    33

    The research centre has arranged a gol

    tournament. I think they will go up to Milky Way, where the

    the last winter Olimpics was held. It will be an amazing

    experience or them. Im sure they wouldnt want to miss it.

    Nia mengangguk. Itu satu cabaran yang tidak akan

    dilepaskan oleh peminat-peminat gol, iaitu untuk bermain di

    Milky Way. Okay, I will just handle the ladies. That shouldnt

    be any problem. How about Porto Fino? That is quite ar

    rom here. When do they want to go there? Maybe the next weekend, ater their visit to

    Naples.

    Okay, I get it. I will call Nizam.

    Ive given your number to them. Im sure they will

    call you or arrangement.

    Okay, jawab Nia. Walaupun tampak tenang sahaja,tetapi di dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu.

    Terima kasih Nia, ucap Enrica.

    Nia hanya tersenyum mendengar kata-kata Enrica.

    Sebagai seorang yang multilingual, Enrica sudah

    boleh bertutur beberapa patah perkataan bahasa Melayu sejak

    Nia bekerja dengannya selama ini. Enrica mempunyai ijazahsebagai guru bahasa Inggeris dan sarjana dalam bidang

    psikologi.

    Manakala Nia pula memegang ijazah pendidikan

    dalam bahasa Inggeris. Semasa belajar di Universiti Utara

    Malaysia dulu, Nia ingat dia akan menjadi seorang guru

    bahasa Inggeris di kampungnya. Tetapi rupa-rupanya bukan

    itu yang ditakdirkan untuknya. Dia ditakdirkan bersama

    Enrica berada di Turin untuk membantu pelajar-pelajar yang

    istimewa dengan cara mereka sendiri.

  • 8/6/2019 AYKT

    34/185

  • 8/6/2019 AYKT

    35/185

    Alina Haizar

    35

    Brother Fouziyang menjawab panggilannya.

    Menurutnya, mereka melawat salah seorang rakan senegara

    mereka yang baru selamat melahirkan anak di hospital yang

    terletak di Moncalieri. Seperti Brother Fouzi, rakannya juga

    membuka perniagaan kebab di Moncalieri. Komuniti Muslim

    di Itali semakin bertambah sekarang ini dan bilangannya di

    Turin sahaja hampir mencecah 40,000 orang. Oleh yang

    demikian permintaan untuk makanan halal kian bertambah

    di sini. Malahan gerai-gerai menjual daging halal kianbercambah sejak akhir-akhir ini.

    Keadaan kawan Hajer yang sudah bersalin di

    Moncalieri tidak berapa baik. Dia terpaksa menjalani

    pembedahan Caesarean di hospital. Bayinya masih ditahan di

    hospital. Oleh yang demikian Brother Fouzidan Hajer cuba

    sedaya mungkin untuk membantu meringankan bebanan

    rakan mereka di sana. Mereka akan balik malam nanti.

    Nia merasa hampa. Dia ingin berteman sekarang.

    Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Ada orang yang lebih

    memerlukan pertolongan Hajer pada masa ini.

    Nia menaiki tangga apartmennya dengan langkah

    yang longlai. Tidak sanggup rasanya dia duduk keseorangan

    di apartmennya. Nia rasa kesunyian. Dia begitu memerlukanseseorang untuk menemaninya.

    Nia masuk ke dalam apartmennya. Nampaknya

    sebelum Hajer bertolak ke Moncalieri, Hajer sempat

    mengemas apartmennya. Nia bersyukur mendapat teman

    seperti Hajer, rajin dan sering membantu ketika dia dalam

    kesulitan. Senang rasa hati Nia melihat keadaan apartmennya

    yang bersih, segar dan kemas. Nia menghenyakkan tubuhnya

    di soa yang terletak di ruang tamunya yang sempit itu,

    menghilangkan kepenatannya. Tangannya mengambil alat

    kawalan lantas menekan butang televisyen. Dia cuba hendak

  • 8/6/2019 AYKT

    36/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    36

    menonton seketika tetapi tidak dapat memberi tumpuan

    sepenuhnya. Nia kemudiannya masuk ke dalam biliknya. Dia

    teringat yang dia masih belum menunaikan solat zuhur. Dia

    terus mengambil wuduk lalu segera bersolat.

    Usai solat, Nia kembali ke ruang tamu, duduk dan

    cuba untuk menonton televisyen semula. Dia berharap

    dengan berbuat demikian, kesunyiannya hilang seketika. Nia

    juga belum makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Tetapi dia

    tidak berselera untuk makan. Dia tidak merasa lapar. Dalamkeadaan bersendirian sekarang ini, dia rasa malas untuk

    menyediakan apa-apa makanan untuk dirinya.

    Sebenarnya Nia tahu dia tidak mahu bersendirian

    kerana tidak mahu mengenangkan tentang Zaril Ikhwan.

    Sejak semalam, beberapa kali kenangan itu datang

    menjenguk jendela mindanya, tetapi Nia menolak kenangan

    itu sehingga tidak dapat tidur. Sepanjang hari ini Nia cuba

    mengelak dari berfkir tentang Zaril Ikhwan dengan

    menyibukkan dirinya. Tetapi kali ini dia rasa sudah tidak

    dapat mengelak lagi. Nia kena menghadapi kenyataan.

    Mungkin dengan mengenang semula apa yang berlaku akan

    membuat dia kuat, berdaya untuk membuangkan kisah

    sedihnya itu dan maju ke hadapan.Ingatan Nia menerpa ke kampungnya yang terletak

    di utara tanah airnya yang tercinta. Wajah arwah emak, ayah,

    adik-adik yang tersayang jelas bermain di fkirannya.

    Walaupun peristiwa pahit itu telah berlalu lebih lima tahun

    yang lalu tetapi Nia dapati peristiwa itu masih jelas di dalam

    ingatannya seolah-olah seperti baru semalam terjadi.

  • 8/6/2019 AYKT

    37/185

    Alina Haizar

    37

    A

    NI tak dapat lakukannya,

    tolonglah Kak Nia...

    tolonglah.... Ani tak boleh

    lakukan semua ni. Ani sayangkan Sazali sorang ja. Ani tak

    nak nikah dengan orang lain.

    Petang ini terasa panas sekali. Musim kemarau

    sedang melanda bahagian utara Malaysia. Matahari

    memancar dengan terik sepanjang hari dan sudah

    berminggu-minggu kawasan ini tidak ditimpa hujan. Mereka

    yang duduk di sini sudah biasa dengan keadaan panasmelampau ini.

    Tetapi panas petang kali ini bagaikan naik ke kepala

    Nia. Tiba-tiba sahaja Nia rasa kepalanya pening. Terkebil-

    kebil mata Nia memandang Ani.

    Ani apa Ani cakap ni? soal Nia perlahan.

    Kepalanya rasa berdenyut-denyut.

    Ani tak sangguplah, Kak Nia. Ani ingat Ani boleh

    lakukan, Ani ingat Ani sanggup kahwin dengan Zaril Ikhwan.

    Tapi sekarang Ani tau, Ani sebenarnya tak sanggup, tak

    Bab4

  • 8/6/2019 AYKT

    38/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    38

    bolehlah Kak Nia. Ani sayangkan Sazali. Ani nak nikah

    dengan dia... rayu Ani sambil memegang kedua-dua belah

    bahu Nia dan menggoncang-goncangnya dengan cemas.

    Nia seperti tidak percaya dengan apa yang

    didengarinya. Selama ini Nia ingat Ani gembira apabila

    dipinang orang. Bila Nia balik semasa cuti hujung minggu

    dua bulan yang lalu, Ani kelihatan tenang sahaja melihat

    emak dan jiran-jiran membuat persiapan untuk hari

    perkahwinannya itu. Tidak dia sangka sebenarnya Animenyimpan perasaan sebegini dalam menghadapi hari-hari di

    mana dia akan dinikahkan dengan Zaril Ikhwan. Lebih

    mengejutkan lagi, bila Ani mengaku yang dia menyayangi

    orang lain, Sazali! Dia hendak mengahwini Sazali!

    Sazali? Nia menyebut nama Sazali perlahan-

    perlahan. Dia terbayang wajah pemuda berkulit sawo matang,

    berambut kerinting yang bekerja sebagai peraih hasil-hasil

    tanaman penduduk kampung. Sazali selalu singgah di kebun

    mereka dengan lorinya untuk membeli hasil tanaman seperti

    pisang, ubi kayu, nanas dan juga buah-buahan. Ani yang

    selalunya menguruskan penjualan hasil-hasil tanaman kebun

    mereka. Nia tidak sangka pertemuan-pertemuan itu telah

    menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka. Apa yang akan terjadi kali ini? Hanya tinggal

    sebulan sahaja lagi sebelum hari pernikahan Ani. Sekarang

    baru Ani memprotes tentang perkahwinannya dengan Zaril

    Ikhwan, cucu Puan Zainun. Semua persiapan sudah siap,

    cuma menunggu harinya sahaja. Nia baru sahaja pulang dari

    kampus, setelah selesai peperiksaan akhirnya. Seronok betul

    rasa hatinya bila mengetahui Ani akan berkahwin. Legarasanya bila mengetahui ada orang yang akan menjaga

    adiknya itu. Selama ini Nia risaukan tentang apa akan berlaku

    ke atas adiknya itu nanti. Ani satu-satunya adik perempuan

  • 8/6/2019 AYKT

    39/185

    Alina Haizar

    39

    Nia. Ani sebenarnya tidak habis belajar. Dia menamatkan

    pengajiannya sehingga tingkatan tiga sahaja. Sebaik sahaja

    tamat tingkatan tiga, dia minta untuk berhenti sekolah. Dia

    tidak mahu sambung belajar ke tingkatan empat lagi.

    Menurutnya dia tidak dapat memahami apa yang

    dipelajarinya. Betul pun kata Ani, bila keluar keputusan

    PMRnya, nyata dia memang gagal teruk.

    Biarlah kakak, abang dan adik yang belajar. Ani

    boleh tolong emak di rumah.Itulah kata-kata Ani bila dia minta untuk berhenti

    sekolah. Ani memang agak lembap sedikit dalam bidang

    akademik, bukan seperti adik-beradiknya yang lain. Sehingga

    darjah tiga pun dia masih belum dapat membaca dan menulis

    dengan baik. Nia teringat bagaimana dia bertungkus lumus

    mengajar Ani untuk membaca. Nia menggunakan pelbagai

    cara untuk memujuk Ani agar dapat menumpukan

    perhatiannya kepada membaca. Nia terpaksa banyak bersabar

    dalam mengajar Ani ketika itu.

    Berkat usaha Nia, sekarang ini Ani boleh membaca

    dan menulis dalam bahasa Melayu. Dia juga telah mengambil

    masa yang lebih lama untuk khatam Quran berbanding

    adiknya. Tetapi untuk Ani menguasai pelajaran lain sepertimatematik, sains dan bahasa Inggeris seperti budak-budak

    yang sebaya dengannya nampaknya sesuatu yang amat sukar.

    Mungkin kerana dia tidak ada minat dalam bidang akademik.

    Akhirnya mereka terpaksa akur dengan kehendak

    Ani untuk berhenti belajar. Sehingga sekarang setelah empat

    tahun berlalu, Ani duduk sahaja di rumah, menolong emak

    dengan kerja rumah dan di kebun. Dia juga bekerja dengan

    Nyonya Tan, mengutip telur ayam di ladang ternakan ayam

    yang terletak di hujung kampung. Walaupun Ani ada

    kekurangan daripada segi akademik, tetapi dia diberi

  • 8/6/2019 AYKT

    40/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    40

    kelebihan daripada segi kemahiran tangan. Dia cekap

    membuat kerja rumah, menjahit dan memasak. Memang

    tidak disangkal, Ani banyak meringankan beban emak di

    rumah.

    Nia sebenarnya agak terkejut bila emaknya

    memberitahu bahawa Ani akan dikahwinkan dengan cucu

    Puan Zainun dari bandar. Setahu Nia, Ani tidak kenal pun

    cucu Puan Zainun itu. Mereka duduk di kampung, macam

    mana cucu Puan Zainun dari bandar boleh memilih Anisebagai calon isterinya? Puan Zainun seorang janda kaya di

    kampung mereka. Dia mempunyai berelung-relung tanah

    sawah dan kebun di kampung ini. Di samping itu anak-

    anaknya merupakan ahli-ahli perniagaan yang berjaya dan

    pegawai-pegawai berjawatan besar di bandar.

    Beruntung betul Ani. Itulah apa yang Nia rasakan

    bila emak memberitahunya bahawa Ani telah dipinang oleh

    Puan Zainun. Walaupun Ani duduk terperap di hujung

    kampung, ada juga orang bandar yang berkenankan dia.

    Sesungguhnya kalau jodoh sememangnya tidak ke mana. Nia

    rasa sungguh bersyukur dengan apa yang berlaku. Ada orang

    yang sudi mengambil adiknya yang tidak berpelajaran itu

    sebagai isteri. Orang berada dari bandar pula tu!Tidak menghairankan ada orang yang terpikat

    dengan Ani. Ani dikurniakan Ilahi dengan wajah yang cantik

    dan susuk tubuh yang menawan. Ani banyak mewarisi iras

    wajah emak.

    Kadangkala Nia rasa iri hati dengan kecantikan

    yang Ani miliki. Kenapa dia tidak lebih mirip dengan wajah

    emak dan Ani? Tubuh Nia terlalu kurus, tidak mempunyai

    susuk yang menawan seperti Ani. Dia ingin miliki hidung

    mancung dan meruncing di hujung macam Ani dan emak.

    Wajah mereka yang bujur sirih, mata yang besar dan galak,

  • 8/6/2019 AYKT

    41/185

    Alina Haizar

    41

    rambut yang hitam menawan. Semua ciri-ciri yang tidak ada

    pada Nia. Pada Nia, wajahnya tidak ada yang istimewa seperti

    wajah Ani. Wajahnya biasa sahaja.

    Bagaimanapun Nia tetap bersyukur kerana

    walaupun tidak dikurniakan segala kecantikan yang dimiliki

    Ani, Nia dikurniakan dengan otak yang pintar dan kini dia

    telah berjaya memegang segulung ijazah. Selepas ini dia

    boleh mendapatkan kerja, berdikari dan juga boleh

    membantu emak dan adik-adiknya. Allah tetap adil dengansemua hamba-Nya, mesti ada rahmat di sebalik semua yang

    terjadi.

    Bagi nasib diri Ani, Nia tetap gembira ada orang

    yang berkenan dengan Ani dan akan mengahwininya. Semoga

    masa depannya akan lebih terjamin selepas ini. Tetapi rasa

    gembira itu rupanya tidak kekal lama. Sebaik sahaja Nia

    sampai ke kampung, Ani mengajak dia masuk ke dalam bilik

    tidur mereka dan terus merayu-rayu dengan Nia, minta dia

    dilepaskan dari ikatan ini. Dia tidak sanggup membuat

    pengorbanan untuk mereka semua.

    Ani tak boleh buat pengorbanan ni demi untuk

    semua orang. Ani tak sanggup.

    Bingung Nia dibuatnya.

    Apa maksud Ani? Pengorbanan apa yang Ani

    sebutkan ni? Kak Nia tak aham. Bukankah Ani suka bila Zaril

    Ikhwan meminang Ani? Emak kata Ani suka betul dipinang

    oleh anak orang kaya. Emak pun suka. Kak Nia tak aham

    kenapa jadi begini? Ani berubah hati ke?

    Kak Nia memang tak aham. Ani memang takmahu terima pinangan Zaril Ikhwan tapi emak yang paksa

    Ani. Ani kena korbankan diri untuk Kak Nia, abang dan adik.

    Kak Nia tak aham, pengorbanan apa yang Ani

  • 8/6/2019 AYKT

    42/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    42

    cakapkan ni? Bukankah ini semua untuk Ani? Nasib baik

    dipinang oleh anak orang kaya adalah untuk Ani, bukan

    untuk kami. Kami cuma tumpang gembira.

    Kak Nia, abang dan adik tak tahu! Hidup kami di

    sini makin susah. Emak tak bagi Ani beritahu semua orang

    apa yang berlaku. Emak tak mahu ganggu Kak Nia belajar.

    Begitu juga dengan Abang Shahid dan Shafq.

    Shahid, adik Nia masih lagi belajar dalam tahun

    dua Jurusan Ukur Bahan di Universiti Teknologi Malaysia,manakala Shafq pula dalam tingkatan lima. Seperti Nia,

    mereka berada di kampung kerana cuti semester.

    Ani kena korban diri untuk kami semua? Akak tak

    ahamlah, Ani. Cuba terangkan apa semua ni?

    Kak tak tahu ayah banyak hutang. Dia masih lagi

    buat perangai lama dia masa kita duduk di bandar.Berjudi?

    Apa lagi! Bila duduk di kampung ni dia jadi lagi

    teruk... berjudi, perempuan dan berhutang.

    Nia menggeleng kepala. Jika bukan kerana emak,

    hidup mereka mesti lagi susah. Selama ini emak yang bekerja

    keras di kebun dan menoreh getah. Akhir-akhir ini diadibantu oleh Ani. Ani banyak meringankan bebanan emak.

    Tetapi ayah pula, bukan hendak membantu emak, malah

    lebih banyak mendatangkan masalah kepada mereka

    sekeluarga.

    Semasa Nia kecil, hidup mereka tidak susah begini.

    Ayah kerja di salah sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

    Ketika itu mereka hidup senang, mempunyai kereta dan

    duduk menyewa di sebuah rumah yang selesa. Hidup mereka

    sekeluarga bahagia sehinggalah emak mengandungkan adik

    Nia yang bongsu, Syafq. Ayah tiba-tiba berubah bila dia

  • 8/6/2019 AYKT

    43/185

    Alina Haizar

    43

    terpikat dengan seorang janda yang bekerja di kelab malam.

    Ayah mula menghabiskan wang untuk wanita tersebut.

    Kemudian dia mula berhutang. Apabila hutangnya sudah

    terlampau banyak, dia berjudi pula. Ayah ingin mendapatkan

    wang segera tetapi nyata dia banyak hilang wang dan lebih

    banyak beban hutang. Akhirnya perempuan yang digilainya

    meninggalkannya kerana dia sudah tidak berwang dan

    berhutang keliling pinggang.

    Ketika itu baru ayah ingatkan keluarganya. Emakmasih bersabar menunggu ayah berubah. Tetapi malangnya

    abah dibuang kerja kerana selalu ponteng. Kereta mereka

    ditarik dan mereka telah diarah untuk keluar dari rumah

    sewaan kerana sudah berbulan-bulan tidak membayar sewa.

    Oleh kerana sudah tidak ada jalan lain, emak cadangkan

    mereka semua balik kampung. Mengajak ayah mulakan hidup

    baharu di kampung, kerana di kampung ayah, masih adatanah kebun dan rumah tinggalan nenek. Emak hendak

    usahakan tanah kebun.

    Tetapi malangnya ayah tidak berubah. Dia masih

    lagi dengan perangai buruknya. Menurutnya, dia tidak biasa

    kerja kampung. Dia hanya tahu kerja di pejabat. Emak juga

    terpaksa mengambil upah mengerjakan bendang danmengusahakan tanah kebun hasil peninggalan nenek. Semua

    emak lakukan supaya dapat wang untuk menyekolahkan

    anak-anaknya. Nasib baik mereka semua kecuali Ani, dapat

    bantuan penuh kerajaan dan bersekolah di sekolah berasrama.

    Nia juga dapat masuk universiti dengan mendapat bantuan

    biasiswa penuh, begitu juga dengan Shahid. Bila Nia tanyakan

    emak tentang duit, emak selalu kata yang dia ada duitsimpanan, Nia tidak perlu risau. Nia, Shahid dan Shafq hanya

    perlu tumpukan perhatian terhadap pelajaran dan jangan

    risau tentang duit.

  • 8/6/2019 AYKT

    44/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    44

    Sekarang baru Ani beritahu Nia yang selama ini

    mereka ada masalah kewangan yang teruk.

    Tanah tapak rumah dan tanah kebun, ayah dah

    gadaikan, Kak Nia.

    Ya Allah! Bila? Kenapa Ani tak cakap?

    Emak tak bagi cakap. Emak kata jangan ganggu

    Kak Nia, Kak Nia dalam semester akhir. Emak suruh Ani

    sabar. Nanti bila Kak Nia habis belajar, Kak Nia akan kerja

    dan tanggung kami semua. Kak Nia akan kurangkan beban

    yang emak dan Ani tanggung sekarang ni.

    Sepatutnya Ani cakap juga dengan Kak Nia. Emak

    tak boleh rahsiakan semua ni.

    Semuanya emak lakukan untuk Kak Nia, Abang

    Shahid dan adik. Ani kena berkorban untukkorang.

    Apa yang Ani kena korbankan ni? Bukankah baik

    Ani dapat kahwin dengan cucu Puan Zainun? Dapat duduk di

    rumah besar dan mewah. Seingat Kak Nia, anak-anak Puan

    Zainun, segak-segak orangnya. Kak Nia rasa cucu-cucu

    mereka pun rupanya elok-elok belaka.

    Ini bukan soal kemewahan, cantik atau buruknya

    orang itu. Ini soal masa depan dan soal hati. Ani tak cintakanZaril Ikhwan. Ani dan Sazali dah berjanji akan sehidup

    semati.

    Sazali bukan ada pekerjaan tetap, Ani. Lori yang

    dibawa tu pun bapa dia yang punya. Ani boleh senang ke

    hidup dengan Sazali? Kalau Ani kahwin dengan Zaril Ikhwan,

    kemewahan sudah menanti Ani. Ani juga boleh tolong emak

    nanti, pujuk Nia.

    Ani tak sanggup, Kak Nia. Ani ingat Ani boleh

    lakukan... tapi Ani tak sanggup.

  • 8/6/2019 AYKT

    45/185

    Alina Haizar

    45

    Hmmm kalau macam tu kenapa Ani tak cakap

    saja dengan emak? Emak takkan paksa Ani. Emak buat ini

    semua untuk kebaikan Ani, untuk masa depan Ani, bukan

    nak menyusahkan Ani. Bayangkan anak orang kaya berkenan

    dengan Ani. Mesti emak suka anaknya akan hidup senang,

    ujar Nia, cuba berbincang dengan Ani.

    Kak Nia tak tahu, Kak Nia tak tahu. Bicara Ani

    penuh sedu-sedan. Zaril Ikhwan bukannya berkenan dengan

    Ani. Ini semua permintaan Puan Zainun. Dia nak carikansorang perempuan yang boleh menjaga cucunya tu.

    Hah? Apa maksud Ani?

    Emak paksa Ani kahwin dengan Zaril Ikhwan sebab

    nak dapat duit. Puan Zainun minta emak kahwinkan dengan

    Ani. Jika emak setuju, Puan Zainun akan beri duit pada emak.

    Emak nak tebus balik tanah kita yang ayah gadaikan. Kalauemak tak dapat duit tu, kita kena pindah dari sini cukup

    bulan ni. Mana kita nak pergi?

    Hah! Nia terkejut besar.

    Bukan Zaril Ikhwan berkenan dengan Ani, Puan

    Zainun yang pilih Ani. Dia kata Ani ada semua ciri yang dia

    nak untuk Zaril Ikhwan.

    Betullah tu. Ani cantik, rajin, pandai mengurus

    rumah tangga, pandai memasak, rajin berkebun dan bercucuk

    tanam. Suami mana yang tak beruntung dapat Ani.

    Bukan itu yang dia cari.... Dia cari gadis yang tak

    berpelajaran, tak bekerja, tak ada cita-cita tinggi. Dia mahu

    carikan seorang isteri semata-mata untuk menjaga Zaril

    Ikhwan.

    Hah? Kenapa dia nak isteri untuk jaga Zaril

    Ikhwan? Cari orang gaji ajelah macam tu. Kak Nia peliklah

    apa yang sebenarnya berlaku di sini? Belum sempat Nia

  • 8/6/2019 AYKT

    46/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    46

    bertanya lagi, kedengaran emak memanggil mereka dari luar

    bilik.

    Nia, Ani... mari kita makan. Apa buat dalam bilik

    tu? Duduk berkurung dalam bilik pulak dua anak dara ni!

    Garang pula bunyi suara emak.

    Kak Nia... mari kita keluar. Kak Nia jangan cakap

    apa-apa dengan emak, pesan Ani dengan suara perlahan.

    Takut emak yang di luar bilik dapat mendengarnya.

    Ani, Kak Nia rasa, baik kita bincang baik-baik dulu.

    Semua persiapan dah dibuat. Nanti susah emak. Ani cuba

    fkir baik-baik apa yang Ani katakan tadi. Mungkin Ani rasa

    gemuruh sebab nak jadi pengantin... pujuk Nia lalu

    membuka pintu bilik dan keluar dari situ.

    Ani memandang sahaja kakaknya yang keluar dari

    situ. Harapannya ialah untuk mendapat sokongan daripadaNia, tetapi mereka tidak sempat berbual panjang. Wajahnya

    tampak sugul. Tetapi dia menyusul juga Nia dari belakang.

    Takut dimarahi emak jika dia lambat ke dapur.

    Nia segera menyertai emak di dapur. Dia tidak

    mahu emak berleter panjang-panjang nanti.

    Emak menjadi begitu kerana terpaksa. Hidupnya

    bersama ayah begitu susah. Dia yang terpaksa memikul

    semua tanggungjawab dalam rumah ini. Tetapi emak bercita-

    cita tinggi. Dalam susah payahnya itu, dia berjaya

    menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat yang

    paling tinggi. Oleh itu emak memang sentiasa bersikap tegas

    dengan anak-anaknya demi kebaikan mereka semua. Emak

    hendak mereka semua berjaya dalam hidup. Hidup emakbegitu susah selama ini. Dia tidak mahu anak-anaknya

    mengalami nasib yang sama.

    Walaupun hidupnya susah, emak begitu cekal

  • 8/6/2019 AYKT

    47/185

    Alina Haizar

    47

    menghadapi semuanya. Dia tidak pernah kenal penat lelah

    membanting tulang setiap hari untuk membesarkan anak-

    anaknya.

    Tetapi lain pula keadaan yang sebenarnya. Rupa-

    rupanya segala jerih-perih emak selama ini langsung tidak

    dihargai oleh ayah. Bukannya hendak membantu emak, ayah

    cuma tahu menghabiskan duit yang emak cari selama ini.

    Tidak cukup dengan itu, tanah tapak rumah dan kebun juga

    telah ayah gadaikan untuk mendapat wang supaya dia bolehberjudi dan beroya-oya dengan wanita di pekan.

    Geram betul Nia bila dapat tahu tentang apa yang

    ayah telah lakukan. Sia-sia sahaja usaha emak selama ini.

    Kini mereka hampir kehilangan tempat tinggal dan sumber

    mata pencarian mereka kerana perbuatan ayah yang tidak

    bertanggung jawab.

    Mereka duduk mengelilingi meja makan. Ani sibuk

    menghidangkan makanan. Emak masak masakan kesukaan

    anak-anaknya, bagi menyambut Nia dan adik-adiknya balik.

    Bukan selalu mereka boleh berkumpul bersama begini. Cuma

    ayah yang tidak ada bersama. Mungkin lebih baik begitu.

    Kehadiran ayah akan menyuramkan suasana gembira mereka.

    Shahid dan Syafq nampak tidak sabar hendak menjamahmakanan yang terhidang. Masakan di hostel mana boleh

    menandingi masakan emak.

    Nia memandang wajah adik-adik yang ceria

    menikmati makanan tengah hari. Emak juga tampak gembira

    sekali dapat melihat mereka berkumpul bersama. Cuma Ani

    sahaja yang tampak sugul. Nia akan cuba memujuknya lagi

    nanti. Banyak lagi perkara yang Nia ingin tanyakan pada Ani.

    Kalau boleh Nia ingin mendapat penjelasan emak sekali.

    Tetapi Ani melarang Nia bercakap apa-apa dengan emak lagi.

    Nia akan bertanya dengan emak juga, dia akan tunggu

  • 8/6/2019 AYKT

    48/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    48

    beberapa hari lagi. Lagipun dia baru sahaja pulang dari

    kampus. Dia ada banyak masa lagi untuk berbincang dengan

    emak.

    Ani, lepas ni pergi ke kebun. Emak dah janji

    dengan Pak Deris, dia akan datang nak ambil pisang. Pagi tadi

    emak dan Shahid dah tebang pisang dan kumpul di tepi

    kebun, kata emak sebaik sahaja mereka semua selesai

    makan.

    Baiklah emak, jawab Ani dengan suara yangperlahan.

    Boleh beli barang untuk kenduri tu sikit dengan

    duit tu nanti. Emak cadang nak buat jugak kenduri sikit,

    walaupun Puan Zainun kata tak perlu buat, kata emak lagi.

    Keruh muka Ani bila emak menyebut tentang

    kendurinya itu.Kasihan Nia melihat wajah yang sugul itu.

    Biar Kak Nia teman Ani pergi kebun nantiye. Nia

    pelawa diri untuk menemani Ani ke kebun.

    Takpelah Kak Nia. Kak Nia baru saja balik sini.

    Mesti penat, kan? Kakak rehatlah dulu.

    Iyelah Nia, rehat dulu. Sudahlah penat belajar,balik-balik ni nak pergi kebun pulak. Biarlah Ani pergi

    sorang. Bukan nak buat apa, nak ambil duit dari Pak Deris

    saja. Besok-besoklah Nia pergi, sampuk emak.

    Nia lihat muka Ani agak berubah. Ani terkilan

    agaknya, emak macam lebihkan Nia. Takpelah emak, kesian

    Ani. Penat dia kerja seharian.

    Apa nak penat, duduk di rumah aje. Kalau tak pun

    dia nak buat apa? jawab emak, suaranya kian meninggi.

    Takpe Kak Nia, takpe. Bukan Ani nak buat apa pun,

  • 8/6/2019 AYKT

    49/185

    Alina Haizar

    49

    nak ambil duit aje dari Saza ops... Pak Deris, kata Ani

    dengan cepat sekali. Ani nak sembahyang zuhur dulu. Kejap

    lagi Ani pergi.

    Ani terus menghilangkan dirinya ke atas rumah.

    Tinggal Nia dan emaknya di dalam dapur.

    Mak Cik Rosnah sedang mengupas pisang abu dan

    dipotong-potongnya pisang itu lantas dimasukkan ke dalam

    periuk.

    Emak nak buat apa dengan pisang tu? soal Nia.

    Emak nak buat pengat pisang. Niakan suka makan

    pengat pisang, jawab Mak Cik Rosnah.

    Suka, emak. Nia rindu dengan pengat pisang

    emak, balas Nia sambil tersenyum.

    Emak tahu Nia suka. Itu sebab emak buat ni. MakCik Rosnah tersenyum memandang Nia.

    Emak, ceritalah sikit pasal bakal menantu emak

    ni.... Nia teruja untuk mendengar cerita emaknya.

    Apa yang nak diceritakan. Puan Zainun tu merisik

    Ani untuk cucunya, Zaril Ikhwan. Emak terimalah. Terjamin

    masa depan Ani tu nanti. Ani bukan macam Nia, berpelajaran

    tinggi. Boleh dapat pekerjaan yang baik-baik. Boleh uruskan

    diri sendiri. Entah-entah di universiti tu pun Nia dah ada

    kawan, tak? Mak Cik Rosnah cuba mengorek rahsia daripada

    Nia pula.

    Nia hanya tersenyum. Terbayang wajah Farid, rakan

    sepengajiannya di kampus yang beria-ia hendak menjadikan

    Nia teman hidupnya. Memang betul tekaan emak. Tetapibukan masanya lagi untuk Nia memberitahu emak tentang

    Farid. Lagipun mereka masih dalam peringkat berkawan.

    Farid bukan mahu meminang Nia lagi. Mereka mahu

  • 8/6/2019 AYKT

    50/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    50

    mendapat kerja dahulu sebelum hendak buat apa-apa. Itu

    yang paling penting.

    Waktu ini ialah waktu Ani, biarlah Ani lepas dahulu.

    Setelah selesai pernikahan Ani nanti, Nia hendak mencari

    kerja. Setelah itu barulah boleh dia memberitahu tentang

    Farid.

    Sementara emak masih hidup ni takpelah. Kalau

    emak mati nanti, siapa nak jaga dia? Emak tak risau sangat

    pasal Nia, Shahid dan Shafq. Emak risau pasal dia. Apa nakjadi pada dia nanti? Ayah, bukan Nia tak tahu perangai dia.

    Kenapa cakap macam tu, emak? Tak ada apa-apa

    yang akan terjadi pada emak.

    Betul, apa yang emak cakap ni. Ini adalah yang

    terbaik untuk Ani.

    Iye ke mak?

    Bayangkan, cucu Puan Zainun tu orang berada.

    Ani akan hidup senang, tak perlu lagi dia membanting tulang

    berkebun sampai hitam legam, lepas tu teruk-teruk buat

    kerja rumah pulak. Senang hidup dia nanti, dia cuma jaga

    suami dia saja.

    Tapi hati dia macam mana, emak? Entah-entah diaada pilihan hati yang lain.

    Hah! Pilihan hati dia sendiri! bentak Mak Cik

    Rosnah.

    Iyelah, sekarang ini orang kahwin sebab cinta,

    mana ada orang kahwin kerana pilihan keluarga la ni.

    Cinta! Nia tengok emak ni! Cinta? Sebab cintalahemak kahwin dengan ayah Nia. Cintalah ni! Cinta saja tak

    cukup, Nia! Cinta konon tak boleh bagi makan anak-anak.

    Emak tak mahu anak-anak emak terima nasib yang sama. Nia

  • 8/6/2019 AYKT

    51/185

    Alina Haizar

    51

    tengok tak macam mana susahnya hidup kita semua! luah

    Mak Cik Rosnah.

    Nia terdiam.

    Ani ada cakap apa-apa ke dengan Nia? Dia tak

    mahu kahwin dengan Zaril Ikhwan ke? tanya Mak Cik

    Rosnah. Wajahnya tampak risau.

    Adalah sikit-sikit dia cakap. Mungkin dia rasa risau

    kut, maklumlah cuma tinggal sebulan saja lagi.

    Nia Nia kena pujuk dia. Jangan sampai tak jadi.

    Malu emak nanti. Kalau awal-awal dulu takpe. Ni dah

    terlambat. Semuanya dah siap. Di rumah Puan Zainun,

    persiapan perkahwinan pun dah dibuat. Kalau tak jadi, susah

    emak nanti.

    Tu la emak, emak tak tanya betul-betul dengan dia.

    Sekarang kalau dia betul-betul tak mahu macam mana?

    Mak Cik Rosnah memegang tangan Nia, wajahnya

    semakin cemas. Tak boleh, Nia. Nia kena pujuk dia. Susah

    kita nanti, Nia.

    Susah! Susah macam mana, emak? Takkanlah kita

    nak paksa Ani kalau dia tak mahu kahwin?

    Emak dah ambil duit Puan Zainun. Nia tak tahu,tanah kita semua ayah dah gadaikan. Kalau kita tak

    langsaikan gadaian tu, kita tak ada tempat tinggal lagi, Nia,

    kata Mak Cik Rosnah. Air mata mula bergenang di matanya.

    Kita pulangkan duit tu balik. Kita cari jalan lain,

    emak.

    Duit tu dah tak ada, emak dah tebus balik tanahkita ni... kata Mak Cik Rosnah sambil menangis tersedu-

    sedu. Nasibnya sentiasa dirundung malang. Sepanjang

    hidupnya, dia sudah penat membanting tulang, hendak

  • 8/6/2019 AYKT

    52/185

  • 8/6/2019 AYKT

    53/185

  • 8/6/2019 AYKT

    54/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    54

    terletak di bahagian bawah almari juga tiada. Nia perhatikan

    keliling bilik. Nia tidak perasaan semua ini semasa dia masuk

    ke dalam bilik mengerjakan solat zuhur dan asar tadi.

    Kemudian baru dia ternampak sekeping sampul surat

    diselitkan di cermin meja solek usang yang terletak di sudut

    bilik.

    Nia segera membuka surat itu dan membaca isi

    kandungannya. Tangannya menggeletar semasa membaca

    surat itu. Darah sejuk mengalir ke seluruh tubuh badannya.Apa yang dia syak rupanya benar-benar telah berlaku.

    Kak Nia,

    Ani terpaksa lakukan ini. Ani tidak sanggup

    dikahwinkan dengan Zaril Ikhwan. Jangan

    risau tentang Ani. Ani pergi bersama Sazali. Doakan agar kami bahagia. Ani minta maa

    kerana tidak dapat membuat pengorbanan ini

    untuk keluarga kita kali ini.

    Adik,

    Ani Ayuni

  • 8/6/2019 AYKT

    55/185

    Alina Haizar

    55

    M AK CIK ROSNAH menangis

    tidak henti-henti sejak

    semalam. Dia tidak sangka

    Ani tergamak melakukan perkara ini. Dia ingat Ani akan

    patuh dengan kehendaknya. Mak Cik Rosnah ingat Ani

    sanggup berkorban untuk keluarga mereka. Rupa-rupanya

    Ani tidak mahu berkahwin dengan Zaril Ikhwan, sehingga dia

    sanggup lari meninggalkan mereka. Ke mana agaknya anak

    perempuannya itu menghilangkan diri?

    Mak Cik Rosnah juga risau memikirkan apa yangakan berlaku selepas ini. Macam mana dia hendak membayar

    duit Puan Zainun? Di mana mereka akan tinggal selepas ini?

    Fikirannya benar-benar berkecamuk. Suaminya sudah

    beberapa hari tidak pulang ke rumah. Dia rasa begitu putus

    asa. Tiba-tiba pertama kali di dalam hidupnya dia rasa kalah.

    Dia sudah habis semua ikhtiar.

    Apa lagi yang boleh dia lakukan? Selama ini dia yang berusaha keras untuk menyelamatkan keluarganya.

    Suaminya hanya tahu menghabiskan duit sahaja, tidak

    pernah ambil berat tentang keluarganya langsung. Mak Cik

    Bab6

  • 8/6/2019 AYKT

    56/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    56

    Rosnah kini sudah jemu berusaha dan terus berusaha.

    Hidupnya masih sering dirundung malang.

    Dia dahulunya dilahirkan dalam keluarga yang

    senang. Pada suatu ketika dahulu, dia ialah seorang gadis

    bandar yang lincah dan pintar. Tetapi oleh kerana terlalu

    cintakan pemuda yang kacak berasal dari utara tanah air

    bernama Adnan, dia sanggup meninggalkan kesenangan

    hidupnya untuk bersama Adnan. Mereka akhirnya berkahwin

    dan mempunyai keluarga yang bahagia. Hidup merekawalaupun sederhana, tetapi cukup bahagia dan penuh dengan

    kasih sayang.

    Malangnya Mak Cik Rosnah hanya merasa

    kebahagiaan berkeluarga itu hanya buat seketika. Semasa dia

    mengandungkan anak bongsunya Shafq, Adnan mula

    berubah. Dia terpikat dengan seorang wanita yang telah

    mengikis habis duitnya. Akibatnya hidup Mak Cik Rosnah

    sekeluarga menjadi begitu sukar selepas itu. Adnan

    melupakan tanggungjawabnya dan terus hanyut dalam hidup

    yang penuh dengan kemaksiatan. Mak Cik Rosnah yang

    terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarganya.

    Adnan sudah hilang maruah dirinya. Dia malas

    untuk bekerja. Dia biarkan sahaja dirinya hanyut dengangodaan hidup ini. Dia bergelumang dengan masalah

    perempuan dan tabiat berjudinya, membuat rumah tangga

    mereka porak-peranda. Tetapi Mak Cik Rosnah masih

    bersabar kerana terlalu sayangkan anak-anaknya. Mak Cik

    Rosnah tidak mahu anak-anaknya hidup tanpa ayah mereka.

    Dia tidak pernah bersungut tentang suaminya kepada anak-

    anak dan tidak bergaduh dengan suami di hadapan anak-anak. Tetapi anak-anaknya sendiri tahu tentang keburukan

    perangai ayah mereka selama ini tetapi tidak berani

    memburukkan ayah mereka di hadapan Mak Cik Rosnah. Ini

  • 8/6/2019 AYKT

    57/185

    Alina Haizar

    57

    adalah kerana Mak Cik Rosnah tidak pernah berbuat perkara

    yang sama kepada anak-anaknya.

    Akibatnya Mak Cik Rosnah yang terpaksa bekerja

    keras untuk keluarga, demi untuk memastikan anak-anaknya

    ada tempat berlindung, ada makanan untuk mengalas perut,

    ada pelajaran untuk menjamin masa depan mereka.

    Pada awal tahun ini Mak Cik Rosnah rasa dia sudah

    hampir mencapai impian dan cita-citanya selama ini. Hasil

    upah kerja di bendang cukup untuk menampung merekasekeluarga, hasil kebun juga membolehkan Mak Cik Rosnah

    menabung sedikit demi sedikit. Hutang-hutangnya yang telah

    dilangsaikan sedikit demi sedikit. Nia pula akan tamat belajar

    dan akan mula bekerja. Dengan ini besarlah harapan Mak Cik

    Rosnah agar Nia pula akan membantu meringankan

    tanggungannya nanti. Mak Cik Rosnah merasa sangat

    bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Bebanan yang

    ditanggungnya selama ini akan berakhir juga.

    Tetapi belum sempat dia menggapai impiannya itu,

    tiba-tiba dia dikejutkan dengan berita yang sangat-sangat

    menyedihkan. Suaminya telah menggadaikan tanah tapak

    rumah dan kebun tanaman mereka untuk mendapatkan wang

    membayar hutang judinya dan untuk memikat perempuan.Mak Cik Rosnah sangat sedih bila mendengar berita itu. Itu

    pun dia mendapat tahu mengenainya bila tuan tanah di mana

    Adnan menggadaikan tanah mereka itu datang untuk

    memberitahunya. Jikalau Mak Cik Rosnah tidak tebus tanah

    itu juga, dia hanya akan beri mereka masa tiga bulan sahaja

    lagi untuk mereka anak-beranak berpindah dari situ. Mak Cik

    Rosnah benar-benar buntu. Mak Cik Rosnah benar-benarterkilan dengan perbuatan suaminya.

    Tiba-tiba sahaja jirannya, Mak Cik Siah telah datang

    mengunjunginya, mengusulkan cadangan yang boleh

  • 8/6/2019 AYKT

    58/185

    Aku Yang Kau Tinggalkan

    58

    menyelamatkan keadaan. Mak Cik Siah bekerja sebagai

    pembantu rumah Puan Zainun. Menurut Mak Cik Siah, Puan

    Zainun sedang mencari calon isteri untuk cucunya. Puan

    Zainun minta Mak Cik Siah cari-carikan kalau ada gadis yang

    sanggup berkahwin dengan cucunya. Gadis itu tidak perlulah

    berpelajaran tinggi, tidak bekerja, tidak bercita-cita tinggi

    dan berpuas hati dengan menjadi seorang isteri yang baik.

    Kriteria penting yang Puan Zainun kehendaki ialah seorang

    yang tahu menguruskan rumah tangga dan menjagasuaminya. Cakap sahaja berapa jumlah wang hantaran, Puan

    Zainun sanggup berikan.

    Mak Cik Rosnah agak pelik kenapa Puan Zainun

    bersusah payah hendak mencarikan calon isteri untuk

    cucunya. Tidak bolehkah cucunya mencari isterinya sendiri?

    Semestinya mereka yang berpelajaran tinggi dan berharta

    menjadi rebutan ramai gadis.

    Kemudian Mak Cik Siah berbisik dengan Mak Cik

    Rosnah. Puan Zainun nak cari orang yang boleh menjaga

    cucunya tu, Zaril Ikhwan.

    Peliknya. Kenapa dengan cucunya tu? Cacat ke?

    Setahu Nah, anak cucu Puan Zainun segak-segak belaka

    orangnya, pandai-pandai pulak tu? soal Mak Cik Rosnahagak kehairanan. Dia tidak pernah tahu pun ada cucu Puan

    Zainun yang cacat atau kurang upaya. Kadangkala bila

    mereka berkumpul semasa balik berhari raya, Mak Cik

    Rosnah melihat kanak-kanak yang sihat dan cantik-cantik

    belaka bermain-main di halaman rumah Puan Zainun yang

    luas.

    Syyy cakap pelan-pelan sikit, kata M