ayat

9
yat ialah perkataan –perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan akna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat. Ayat Subjek + Predikat ayat yang diterangkan menerangkan subjek

Upload: indah-suria

Post on 23-Jun-2015

12.895 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat

Ayat ialah perkataan –perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat.

Ayat Subjek + Predikat

ayat yang diterangkan menerangkan subjek

Page 2: Ayat

Contoh :

di Ang Mo Kio.

Subjek + Predikat

Kedai itu

Ayat Lengkap

Kedai itu di Ang Mo Kio.

Contoh-contoh lain :

Subjek Predikat

• Singapura memang terkenal sebagai pusat pelancongan antarabangsa.

• Mereka berenang di kolam renang.

• Doktor merawat kaki adik.

Page 3: Ayat

Ayat boleh terbentuk dalam dua keadaan iaitu:

(a) Ayat biasa- mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang.

Contoh :

(1) Semua jemputan sudah hadir.

(2) Kereta itu meluncur laju.

(b) Ayat songsang- mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.

Contoh :

(1) Sudah tiba semua jemputan. (2) Meluncur laju kereta itu.

Page 4: Ayat

Bagi sesetengah ayat, partikel penegas “–kah”, “-lah” perlu digunakan supaya ayat songsang tersebut menjadi jelas. Contohnya :

Ayat biasa – Ayahnya guru? Dia pegawai polis?

Ayat songsang – Gurukah ayahnya? Pegawai poliskah dia?

Page 5: Ayat

Ayat inti ialah ayat yang paling sederhana bentuknya. Ayat inti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini menjadi dasar bagipembentukan ayat-ayat lain.

Pola Ayat Dasar

Pola 1 Frasa Nama (FN) + Frasa Nama (FN)

Pola 2 Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK)

Pola 3 Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA)

Pola 4 Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi Nama (FS)

Empat Pola Ayat Dasar

FN + FN

FN + FK

FN + FA

FN + FS

Page 6: Ayat

Pola Ayat Dasar Subjek Predikat

FN + FN Kamarul (FN) kemalangan. (FN)

FN + FK Abang (FN) gemar membaca. (FK)

FN + FA Bangunan itu (FN) sangat tinggi. (FA)

FN + FS Bapa (FN) ke pejabat. (FS)

Ayat Lengkap

• Kamarul kemalangan.

• Abang gemar membaca.

• Bangunan itu tinggi.

• Bapa ke pejabat.

Page 7: Ayat

JENIS-JENIS AYATTerdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat tersebut ialah

(1) Ayat Penyata

(2) Ayat Tanya• Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya (Cth : Encik Wong berkereta ke pejabat?)• Ayat Tanya Dengan Kata Tanya (Cth : Ibu kamu siapa? / Siapakah ibu kamu?)

(3) Ayat Perintah• Ayat Suruhan (Cth : Pergi dari sini. Awak tunggu di sini.)• Ayat Silaan (Cth: Sila makan kuih itu. Jemput duduk. Sila hubungi saya.)• Ayat Permintaan (Cth : Harap jangan merokok. Tolong diam. Minta tuan-tuan bersabar.)• Ayat Larangan (Cth : Usah pergi dari sini. Jangan usik dia. Tak usah menangis lagi.)

(4) Ayat Seruan• Ayat Seru Tanpa Kata Seru (Cth : Comelnya bayi ini!• Ayat Seru Dengan Kata Seru (Cth : Wah, comelnya bayi ini!)• kata seru – aduh, oh, wah, cis, eh, wahai dan sebagainya.

Partikel “-kah”

Page 8: Ayat

BENTUK-BENTUK AYATAyat-ayat bahasa Melayu dibahagikan kepada

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

• Ayat Tunggal mengandungi satu subjek dan satu predikat.

• Ayat Tunggal dikenali juga sebagai ayat selapis.

Ayat Tunggal

Page 9: Ayat

• Ayat Majmuk dikenali sebagai ayat berlapis.

• Ayat ini mengandungi dua atau lebih ayat ayat tunggal.

• Ayat majmuk terbahagi kepada tiga golongan iaitu :• Ayat Majmuk Gabungan• Ayat Majmuk Campuran• Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Majmuk