ayat tunggal dan ayat majmuk

3
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. 1 subjek 1 predikat Saya sakit Rumah Ali cantik Ahmad tidak pergi ke sekolah hari ini. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung. Ayat majmuk Kata hubun g Ayat tunggal Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup. dan(a) Suhaili suka makan nasi lemak. (b) Suhaili suka makan mi sup. Rumah yang besar itu rumah Fazli. Yang(a) Rumah itu besar. (b) Rumah itu rumah Fazli. Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. bahaw a (a) Dia memberitahu. (b) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang. Apabi la (a) Dia akan balik ke kampung. (b) Dia ada masa lapang.

Upload: mathanapriya-manogharan

Post on 22-Dec-2015

245 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ayat tunggal dan ayat majmuk

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUKAyat  tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.

1 subjek 1 predikatSaya sakitRumah Ali cantikAhmad tidak pergi ke sekolah hari 

ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.

Ayat majmuk Kata hubung

Ayat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.

dan(a)   Suhaili  suka makan nasi lemak.

(b)   Suhaili suka makan mi sup.Rumah yang besar itu rumah Fazli.

Yang(a)      Rumah itu besar.

(b)      Rumah itu rumah Fazli.Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

bahawa(a)      Dia memberitahu.

(b)      Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.

Apabila(a)      Dia akan balik ke kampung.

(b)      Dia ada masa lapang.

Page 2: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Latihan :

(A) Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.

1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman. ___________

2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________

3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________

4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalam pertandingan itu.  _____________

5. Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________

6.Kucing itu mengiau kerana lapar.    ______________

7.Cikgu Anita memakai baju batik hari. ______________

8.Mereka bertiga pergi ke kantin. ______________

9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________

10. Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)         Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi

ayat majmuk.

1.     Ayah membaca surat khabar.

Ayah menonton televisyen.                                   sambil

________________________________________

2.    Hanita tinggal di Taman Aman.

Suresh tinggal di Taman Aman                             dan

_________________________________________

3.    Amran melayari internet.

Amran mencari maklumat terbaru.                       untuk

_________________________________________

4.    Kasut itu berwarna biru.

Kasut itu sangat mahal.                                       yang

_________________________________________

5.    Kami terkejut.

Kami terdengar bunyi letupan.                            apabila

_________________________________________

6.    Halim kaya.

Halim kedekut.                                                  tetapi

_________________________________________

7.  Murid itu mengetuk pintu.

Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.                  sebelum

__________________________________________

8.  Ibu memarahi adik.

Adik bermain di tepi longkang.                              kerana

Page 3: Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

__________________________________________