ayat tunggal dan ayat majmuk

Upload: umadevi-balakrishnan

Post on 02-Nov-2015

169 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

spm

TRANSCRIPT

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUKAyattunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja.1 subjek1 predikat

Sayasakit

Rumah Alicantik

Ahmadtidak pergi ke sekolah hari ini.

Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat yang digabungkan dengan kata hubung.Ayat majmukKata hubungAyat tunggal

Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup.dan(a)Suhailisuka makan nasi lemak.(b)Suhaili suka makan mi sup.

Rumah yang besar itu rumah Fazli.Yang(a)Rumah itu besar.(b)Rumah itu rumah Fazli.

Dia memberitahu bahawa kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.bahawa(a)Dia memberitahu.(b)Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Dia akan balik ke kampong apabila ada masa lapang.Apabila(a)Dia akan balik ke kampung.(b)Dia ada masa lapang.

Latihan :(A)Nyatakan sama ada ayat-ayat di bawah ayat tunggal atau ayat majmuk.1.Peserta yang pengsan itu bernama Sulaiman.___________2.Adik saya suka menonton rancangan kartun.____________3.Wanita yang berambut panjang itu ialah Cikgu Soon _____________4.Sakinah akan berasa kecewa jika dia gagal dalampertandingan itu._____________5.Encim Rahman sedang menyapu daun-daun kering. ______________6.Kucing itu mengiau kerana lapar.______________7.Cikgu Anita memakai baju batik hari.______________8.Mereka bertiga pergi ke kantin.______________9.Gopal masih mempunyai datuk dan nenek.______________10.Hartawan itu sangat kedekut._______________

(B)Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah dengan kata hubung yang diberi supaya menjadi ayat majmuk.1.Ayah membaca surat khabar.Ayah menonton televisyen.sambil________________________________________2.Hanita tinggal di Taman Aman.Suresh tinggal di Taman Amandan_________________________________________3.Amran melayari internet.Amran mencari maklumat terbaru.untuk_________________________________________4.Kasut itu berwarna biru.Kasut itu sangat mahal.yang_________________________________________5.Kami terkejut.Kami terdengar bunyi letupan.apabila_________________________________________6.Halim kaya.Halim kedekut.tetapi_________________________________________7.Murid itu mengetuk pintu.Murid itu masuk ke dalam bilik darjah.sebelum__________________________________________8.Ibu memarahi adik.Adik bermain di tepi longkang.kerana__________________________________________9.Asward tetap pergi ke kelas tuisyen.Asward tidak sihat.Walaupun__________________________________________

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadisatuayat majmuk.

Latihan 1

1. Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukaroleh sesetengah pelajar. Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.

2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu. Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah. Zubaidah menjalani latihan bola jaring.

4. Buku cerita itu sangat tebal. Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah. Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.

6. Sharifah selalu ponteng sekolah. Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu. Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini. Dia memberitahu rakannya. Dia sakit perut.

9. Hujan sangat lebat pada hari ini. Razali tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas. Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.

Latihan 2

1. Di negeri Johor telah diumumkan hari Jumaat bukan hari persekolahan. Di negeri Johor telah diumumkan hari Sabtu bukan hari persekolahan.

2. Ramesh membaca buku. Diana membaca buku. Buku itu kepunyaan Syahirah.

3. Bapa akan pergi ke Indonesia hujung bulan ini. Bapa akan pergi ke Indonesia awal bulan hadapan.

4. Kami ada masa pada hujung minggu ini. Kami akan menziarahi rakan kami di hospital.

5. Rafi rajin mengulang kaji pelajaran. Rafi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PT3.

6. Kereta itu baru dibelinya. Kereta itu baharu.

7. Pekerja-pekerja kilang itu penat bekerja. Pekerja-pekerja kilang itu berehat.

8. Jalan di situ licin. Penunggang-penunggang motosikal itu masih menunggang motosikal dengan lajunya.

9. Beberapa orang pemuda duduk berbual-bual di perhentian bas. Mereka menunggu bas tiba.

10. Nelayan-nelayan itu harus pulang dengan segera. Ribut akan melanda kawasan perairan itu.

Latihan 3

1. Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku ini. Murid-murid diberi kebebasan untuk meminjam buku itu.

2. Perabot-perabot itu bermutu rendah. Harga perabot-perabot itu mahal.

3. Ramlah berhijrah ke rumah baharunya. Ramlah memohon maaf atas segala kesilapannya kepada jiran-jiran lamanya.

4. Sapuan menghidap demam panas. Sapuan memohon cuti daripada majikannya.

5. Adik masuk ke bilik tidurnya. Adik mengemas bilik tidurnya.

6. Razali didenda oleh guru Bahasa Melayunya. Razali tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan semalam.

7. Para remaja sekarang gemar bermain permainan video pada masa lapang. Para remaja suka membaca buku. Para remaja suka melayari Internet.

8. Budak itu sedang menonton televisyen. Budak itu tekun. Budak itu anak saudara saya.

9. Kedai Runcit Sabena dibuka dari hari Sabtu hingga hari Khamis. Kedai Runcit Sabena tidak dibuka pada hari Jumaat.

10. Abang seorang yang sangat pendiam. Adik pula seorang yang sangat peramah.

Latihan 4

1. Mak Cik Siti jiran saya itu, gemar membuat kuih pada masa lapangnya. Mak Cik Siti gemar menonton filem arahan P. Ramlee.

2. Peserta itu memenangi hadiah pertama dalam pertandingan mendeklamasi sajak. Peserta itu ialah adik saya.

3. Murid-murid Tahun 6 Perdana berbual-bual. Murid-murid Tahun 6 Perdana menyalin nota yang diberikan oleh guru mereka.

4. Persatuan pengakap sekolah itu akan mengadakan perkhemahan. Perkhemahan itu diadakan di Hutan Lipur Gunung Pulai pada hujung minggu ini.

5. Pertandingan badminton peringkat kebangsaan akan diadakan padabulan Ogos nanti. Pertandingan itu disertai oleh wakil daripada setiap negeri.

6. Budak lelaki yang berbaju merah itu suka makan nasi goreng kampung. Budak perempuan yang berambut panjang itu suka makan mi rebus.

7. Peragut itu berjaya ditangkap oleh orang ramai. Peragut itu dihantar ke balai polis yang berhampiran.

8. Cuaca pada hari ini sangat panas. Petani-petani itu terus membanting tulang empat kerat mereka di ladang.

9. Makanan yang berminyak harus dikurangkan. Makanan yang berminyak boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

10. Adik berbadan kurus. Adik terangkat beg yang berat itu. Banyak orang memuji kehebatannya.

Latihan 5

1. Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Rohana? Pertandingan syarahan itu diwakili oleh Lee Kiat?

2. Pelajar itu memang aktif dalam kokurikulum. Pelajar itu cemerlang dalam pelajaran.

3. Penggubah lagu itu yang sangat kreatif. Penggubah lagu itu memenangi anugerah Seniman Negara.

4. Suresh datang lewat ke sekolah. Bas yang dinaiki Suresh rosak di tengah jalan.

5. Encik Maniam tidak akan pulang. Kerja-kerja Encik Maniam belum selesai.

6. Para nelayan telah turun ke laut. Para nelayan mencari rezeki.

7. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis. Ubat ini sesuai untuk pesakit darah tinggi.

8. Setiausaha Encik Zamani masuk ke bilik mesyuarat. Setiausaha Encik Zamani mengedarkan minit mesyuarat.

9. Pasukan pembahas itu telah dua tahun menjadi juara. Pasukan pembahas itu begitu petah menyampaikan hujah-hujahnya.

10. Mereka hadir dalam perjumpaan itu. Mereka membincangkan masalah keselamatan kampung.

Latihan 6

1. Filem itu sedang ditayangkan. Filem itu diarahkan oleh seorang pengarah muda.

2. Pengadil itu meniup wisel. Pemain itu melakukan kesalahan.

3. Motosikal itu rosak. Motosikal itu kepunyaan Pak Halim.

4. Puan Aishah terjelepok. Puan Aishah mendapat berita. Anak Puan Aishah ditangkap polis.

5. Doktor-doktor kerajaan berhijrah ke sektor swasta. Doktor-doktor kerajaan berkhidmat dipusat-pusat perubatan.

6. Rumah Pak Amin terletak di atas bukit. Rumah Puan Halimah terletak di tepi sungai.

7. Abang saya baru sahaja menerima berita itu. Abang saya telah dinaikkan pangkat oleh majikannya.

8. Bayi itu comel. Bayi itu cucu Mak Jah. Bayi itu sedang menyusu.

9. Novel itu baru sahaja saya siapkan. Novel itu bakal mendapat sambutan pembaca terutamanya golongan remaja.

10. Wartawan itu melaporkan berita penangkapan pengemis di Bandaraya Johor Bahru. Penangkapan pengemis yang dilakukan oleh pihak berkuasa di sekitarBandaraya Johor Bahru adalah untuk membanteras kegiatan mereka yangboleh menjejaskan imej negara.

Latihan 7

1. Pemuda itu memberi keterangan kepada pihak polis. Pemuda itu tidak terlibat langsung dalam kes perlumbaan haram yangdiadakan pada malam itu.

2. Kawasan hutan berbukit di belakang rumah saya itu kelihatan menggondol. Kawasan itu telah dibersihkan oleh sebuah syarikat pemaju perumahan.

3. Pak Leman berjaya menyeberangi sungai itu. Pak Leman menggunakan sebuah perahu kecil.

4. Encik Chua banyak menghabiskan waktu lapangnya di rumah. Encik Chua membaca buku-buku tentang rawatan tradisional.

5. Pemandu kereta itu tidak sedar. Pemandu kereta itu telah melanggar peraturan jalan raya.

6. Ramli layak menjadi ketua darjah. Rahimi layak menjadi ketua darjah.

7. Jani sudah dewasa. Perangainya masih kebudak-budakan.

8. Mak Siti hendak membeli gula di Pasaraya Giant. Mak Siti hendak membeli beras di Pasaraya Giant.

9. Farah Hilda mengambil kunci. Farah Hilda menghidupkan enjin keretanya.

10. Encik Zakaria membeli sebuah rumah baru. Rumah itu terletak di atas bukit.

Latihan 8

1. Salmah baring di atas sofa. Salmah tertidur di atas sofa.

2. Encik Jamaluddin dan keluarganya tinggal di Johor Bahru? Encik Jamaluddin dan keluarganya tinggal di Melaka?

3. Motosikal itu telah hilang. Motosikal itu baru dibeli oleh Encik Ramu.

4. Ibu saya tidak akan menghadiri majlis itu. Ibu saya diundang.

5. Buku cerita itu tebal. Buku cerita itu dihadiahkan oleh nenek. Buku cerita itu telah hilang.

6. Puan Halimah pergi ke Kedai Runcit Ah Chong. Puan Halimah pergi ke Kedai Roti Armugam.

7. Cikgu Saodah akan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji. Cikgu Saodah tidak mendapat kebenaran daripada suaminya.

8. Gadis ayu yang berambut panjang itu menangis teresak- esak. Gadis ayu yang berambut panjang itu ditinggalkan tunangnya.

9. Kucing yang bernama Kembang itu kepunyaan Hilda? Kucing yang bernama Kembang itu kepunyaan Fatimah?

10. Ridzwan yakin. Senapang mainan yang diciptanya itu mendapat permintaan yangmenggalakkan daripada kanak-kanak.

Latihan 9

1. Baju-baju Amin ini kelihatan lusuh. Baju-baju Amin ini masih boleh dipakai lagi.

2. Wajah Aiman menjadi pucat. Aiman terlihat suatu lembaga hitam menghampirinya.

3. Pemuda yang berbaju biru itu kekasih Keerthiga Shini? Pemuda yang berbaju biru itu kekasih Santhiya?

4. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains menunjukkan penurunan. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menunjukkanpeningkatan.

5. Komputer riba adik saya telah rosak. Komputer riba adik saya tidak dapat dibaiki.

6. Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru sedang mengumpulkan sampahsarap. Para pekerja Majlis Bandaraya Johor Bahru memasukkan sampah sarap itu kedalam lori sampah.

7. Nenek saya kurang menggemari masakan yang manis- manis. Nenek saya kurang menggemari masakan yang berlemak.

8. Kakak saya akan membeli kereta itu. Kakak saya mendapat pinjaman daripada bank.

9. Kakak mengambil rotan. kakak memukul adik yang tidak mendengar nasihatnya itu.

10. Suzana lambat tiba di sekolah. Suzana ketinggalan bas.

Latihan 10

1. Adik tertawa riang. Adik mendapat tempat pertama dalam ujian bulanan.

2. Bapa Zali minum secawan kopi. Bapa zali menonton televisyen.

3. Mak Cik Timah kepenatan. Dia tetap meneruskan kerjanya di dapur.

4. Zulkarnaen berharap. Zulkarnaen mencapai keputusan yang cemerlang dalam PT3.

5. Keluarga Rahimah berkelah di pantai Desaru. Keluarga Jamilah berkelah di pantai Desaru.

6. Kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Kita akan berjaya dalam pelajaran.

7. Burung itu terbang. Burung itu hinggap pada bumbung rumah Mak Gayah.

8. Param gemar akan makanan Barat. Sanjana gemar akan makanan Timur.

9. Pokok durian itu tumbang. Pokok durian itu menimpa bumbung sekolah.

10. Sakirah sakit perut. Junainah sakit perut. Mereka makan mi goreng di gerai itu.

Latihan 11

1. Rahimah berjanji. Dia akan menunaikan permintaan adiknya.

2. Puan Siti membeli sepasang baju kurung di Butik Ani. Puan Siti membeli sepasang baju kebaya di Butik Ani.

3. Encik Arif mengambil kunci. Encik Arif mengunci pintu pagar rumahnya.

4. Puan Chan membeli sepasang baju kurung. Baju kurung itu berwarna merah muda.

5. Razali akan dilantik sebagai ketua murid? Magat Junid akan dilantik sebagai ketua murid?

Memisahkan ayat majmuk kepada dua ayat tunggal.

Pisahkan ayat majmuk di bawah ini kepada dua ayat tunggal.

1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut.

2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.

3. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu dengan penduduk setempat.

4. Golongan belia di kawasan Felda ini amat rajin berusaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

5. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah.

6. Ubat ini sesuai untuk pesakit kencing manis dan pesakit darah tinggi.

7. Setiausaha Encik Khalid masuk ke bilik mesyuarat lalu mengedarkan minit mesyuarat kepada semua pengarah.

8. Pasukan pembahas yang telah dua tahun menjadi juara itu, begitu petah menyampaikan hujah-hujah.

9. Ramli datang lewat ke sekolah kerana bas yang dinaikinya kehabisan minyak di tengah jalan.

10. Puan Faridah tidak akan pulang ke rumahnya selagi kerja-kerjanya belum selesai.