ayat tunggal
TRANSCRIPT
AYAT TUNGGALDisediakan oleh : Fhenyius D.
Ayat dasar dan ayat tunggal berbeza. Ayat dasar ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa sahaja atau mempunyai satu bahagian subjek dan satu bahagian predikat. Ayat dasar tidak mempunyai keterangan
Pengenalan
Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sahaja. Lihat
contoh ayat dasar yang di bawah ini:
1. Dia ke sekolah. [FN+FS]
2. Beliau guru. [FN+FN]
3. Ayah gembira. [FN+FA]
4. Adik sedang tidur. [FN+FK]
Ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada satu klausa atau satu bahagian subjek dan satu bahagian predikat. Namun demikian, ayat ini berbeza dengan ayat dasar kerana ayat tunggal terdiri semua jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat Tanya, ayat seruan atau ayat perintah. Selain itu, ayat tunggal
boleh disertai oleh unsur keterangan.
Lihat contoh ayat tunggal yang di bawah ini:
5. Dia membaca buku pagi tadi. [Keterangan: Pagi tadi]
6. Lelaki itu siapa? [Ayat Tanya]
7. Saya akan bertemu dengan beliau esok. [Keterangan: esok]
8. Pada petang semalam, ayah ke Ipoh. [Keterangan: Pada petang
semalam]
Ayat Tunggal
Ayat Tunggal merupakan ayat yang mengandungi 1 subjek dan satu predikat.
AYAT
Ayat ialah sekumpulan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna
yang lengkap.
1. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat biasanya diakhiri dengan tanda noktah.
Subjek Predikat
Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya
Ayat lengkap : Pemuda itu bekerja keras untuk menyara keluarganya.
Ayat boleh wujud dalam dua keadaan:
1. Ayat biasa - mempunyai subjek di hadapan dan predikat di belakang.
2. Ayat songsang -mempunyai predikat di hadapan dan subjek di belakang.
Ayat Biasa Ayat Songsang.
Subjek Predikat Predikat Subjek
1. Harun adik tirinya. 1. Adik tirinya Harun.
2. Suaranya agak nyaring 2. Agak nyaring suaranya.
3. Pintu itu berkunci. 3. Berkunci pintu itu.
4. Suraya menangis? 4. Menangiskah Suraya
5. Pakaian itu sudah
dibasuh.
5. Sudah
dibasuh
pakaian itu.
Sekian