ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif

4
Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang diikuti oleh frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya . Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam Ayat Aktif Transitif akan dijadikan sebagai subjek dalam Ayat Pasif. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Aktif Transitif Objek 1. Mekanik membaiki sebuah kereta yang rosak. 2. Peluh membasahi baju petani itu. 3. Cikgu Mahmud melantik Noridana sebagai ketua kelas. 4. Gejala sosial ini mengancam kesejahteraan negara kita. Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kepada kata kerjanya. Ayat Aktif Transitif seperti ini merupakan ayat majmuk. Contoh: Subjek Predikat Kata Kerja Aktif Transitif Objek (Klausa Komplemen) 1. Ibu memberitahu Ratna supaya menjaga rumah sempena ketiadaannya. 2. Pencadang itu menegaskan bahawa tinggal di bandar lebih baik daripada di kampung. 3. Pihak polis mengesahkan penjenayah itulah yang memecah masuk rumah orang kaya itu. 4. Kami menyedari bahawa sifat bekerjasama itu penting.

Upload: khairul-anuar

Post on 20-Dec-2015

192 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ayat Aktif Transitif Ialah Ayat Yang Mengandungi Kata Kerja Transitif

Ayat Aktif Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata kerja yang diikuti oleh

frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya.

         Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam Ayat Aktif Transitif

akan dijadikan sebagai subjek dalam Ayat Pasif.

Contoh: 

SubjekPredikat

Kata Kerja Aktif Transitif Objek

1. Mekanik membaiki sebuah kereta yang rosak.

2. Peluh membasahi baju petani itu.

3. Cikgu Mahmud melantik Noridana sebagai ketua

kelas.

4. Gejala sosial ini mengancam kesejahteraan negara kita.

         Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut kepada

kata kerjanya.

            Ayat Aktif Transitif seperti ini merupakan ayat majmuk.

Contoh: 

Subjek

Predikat

Kata Kerja Aktif Transitif Objek (Klausa Komplemen)

1. Ibu memberitahu Ratna supaya menjaga rumah

sempena ketiadaannya.

2. Pencadang itu menegaskan bahawa tinggal di bandar lebih

baik daripada di kampung.

3. Pihak polis mengesahkan penjenayah itulah yang

memecah masuk rumah orang

kaya itu.

4. Kami menyedari bahawa sifat bekerjasama itu

penting.

        Ayat Aktif Transitif boleh juga mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai

penyambutnya.

        Objek-objek itu dikenali sebagai objek tepat dan objek sipi.

        Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.

         Objek sipi pula ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Page 2: Ayat Aktif Transitif Ialah Ayat Yang Mengandungi Kata Kerja Transitif

Contoh:

Subjek

Predikat

Kata Kerja Transitif Objek Tepat Objek Sipi

1. Puan Aisyah menghadiahkan anaknya sepasang kerabu.

2. Ibu menjahitkan ayah sepasang seluar.

3. Redwan membelikan kekasihnya sebentuk cincin.

4. Kak Petom mengambilkan suaminya sepotong kuih.

        Ayat-ayat Aktif Transitif yang mempunyai dua objek itu boleh diubah binaannya.

         Dalam proses perubahan itu, objek tepat akan didahului oleh sendi nama.

        Objek tepat yang didahului oleh sendi nama itu akan menjadi frasa sendi nama yang bertugas

sebagai keterangan.

Contoh:

Subjek

Predikat

Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama

1. Puan Aisyah menghadiahkan sepasang kerabu kepada anak

perempuannya.

2. Ibu menjahit sepasang seluar untuk ayah.

3. Redwan menghadiahkan sebentuk cincin untuk kekasihnya.

4. Kak Petom mengambilkan sepotong kuih untuk suaminya.

        Ayat Aktif Transitif juga boleh digugurkan objeknya.

        Objek yang boleh digugurkan itu hanya kata nama ganti nama diri orang pertama.

        Ayat Aktif sedemikian mengandungi kata kerja transitif yang boleh menerima kata penguat dan

kata dasarnya adalah adjektif.

Contoh:

Subjek

Predikat

Kata Penguat Kata Kerja Transitif Objek Yang

Digugurkan

1. Keberaniannya sungguh menghairankan kami.

2. Kata-kata Alina amat mengharukan saya.

3. Pameran itu sungguh memuaskan kami.

4. Penampilannya amat memeranjatkan saya.

Page 3: Ayat Aktif Transitif Ialah Ayat Yang Mengandungi Kata Kerja Transitif

a)  )      Ayat Aktif Tak Transitif

        Ayat Aktif Tak Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang

tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.

          Oleh itu, Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan kerana ia tidak mempunyai objek.

  

        Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a)      Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan Yang Boleh Digugurkan

b)      Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan Yang Tidak Boleh Digugurkan

Jenis Ayat Aktif Tak Transitif Contoh Ayat

Keterangan Yang Boleh Digugurkan

1.      Ayat Aktif jenis ini boleh mengandungi frasa

keterangan ataupun tidak.

2.       Frasa keterangan dalam Ayat Aktif jenis ini

boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat

itu.

1a. Kumpulan remaja itu

sedang berbual    dengan rancaknya.

b. Kumpulan remaja itu sedang berbual.

2a. Mak Temah sedang bercucuk-tanam di

kebunnya.

b. Mak Temah sedang bercucuk-tanam.

3a. Lim berlari dengan pantas.

b.  Lim berlari.

Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan

Yang Tidak Boleh Digugurkan.

1.       Ayat Aktif jenis ini mesti mempunyai frasa

keterangan.

2.       Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah jika

ia tidak mempunyai frasa keterangan.

1a. Ayahnya berada di Malaysia.

b. *Ayahnya berada.

2a. Siti bercadang untuk melanjutkan

pelajarannya.

b. *Siti bercadang.

3a. Pemuda itu berniat jahat.

b. *Pemuda berniat.