award_13545 pihak menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) mencuri dokumen (b) membuat tuduhan...

16
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 2(29)(16)/4-2056/04 DI ANTARA ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABD. MAJID DAN KOKO BUDI SDN. BHD. NO. AWARD: 462 TAHUN 2010 Di Hadapan : Y.A. PUAN MARIAH @ MALIAH BT AHMAD - Pengerusi Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia di Johor Bahru Tarikh Rujukan : 12.7.2004 Tarikh Sebutan : 9.11.2004, 30.12.2004, 21.2.2005, 14.2.2006, 21.3.2007, 5.6.2007, 21.8.2007. 19.9.2007, 26.10.2007, 29.1.2008 dan 3.9.2008. Tarikh Bicara : 31.3.2008 dan 17.6.2008. Perwakilan : Encik Amrik Singh Harcharan Singh Peguambela & Peguamcara Tetuan Amrik Singh & Co. (Peguam Pihak Yang Menuntut) : Encik Syamsul Rijal Jamil Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) (Wakil Pihak Syarikat) 1

Upload: salam-salam-solidarity-fauzi-ibrahim

Post on 01-Dec-2015

436 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut :(a) Mencuri dokumen(b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadapPihak Syarikat(c) Provokasi keagamaan dan perkauman

TRANSCRIPT

Page 1: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 2(29)(16)/4-2056/04

DI ANTARA

ENCIK ABDUL RAZAK BIN ABD. MAJID

DAN

KOKO BUDI SDN. BHD.

NO. AWARD: 462 TAHUN 2010

Di Hadapan : Y.A. PUAN MARIAH @ MALIAH BT AHMAD - Pengerusi

Tempat : Mahkamah Perusahaan Malaysia di Johor Bahru

Tarikh Rujukan : 12.7.2004 Tarikh Sebutan : 9.11.2004, 30.12.2004, 21.2.2005, 14.2.2006,

21.3.2007, 5.6.2007, 21.8.2007. 19.9.2007,26.10.2007, 29.1.2008 dan 3.9.2008.

Tarikh Bicara : 31.3.2008 dan 17.6.2008.

Perwakilan : Encik Amrik Singh Harcharan SinghPeguambela & PeguamcaraTetuan Amrik Singh & Co.(Peguam Pihak Yang Menuntut)

: Encik Syamsul Rijal JamilPersekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)(Wakil Pihak Syarikat)

1

Page 2: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Rujukan :

Ini adalah suatu rujukan di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan

Perusahaan 1967 mengenai pembuangan kerja Encik Abdul Razak bin

Abd. Majid (selepas ini disebut sebagai “Pihak Menuntut”) di alamat No. 32,

Jalan 8/19, Lorong 4, Perjiranan 8, 81700 Pasir Gudang, Johor dengan Koko

Budi Sdn. Bhd. (selepas ini disebut sebagai “Pihak Syarikat") di alamat

PLO 207, Jalan Tembaga Satu, 81700 Pasir Gudang, Johor pada 20.5.2003.

AWARD

Pertikaian dalam kes ini ialah di antara Encik Abdul Razak bin Abd.

Majid (selepas ini dirujuk sebagai "Pihak Menuntut") dengan Koko Budi Sdn.

Bhd. (selepas ini dirujuk sebagai "Pihak Syarikat") berhubung pembuangan

kerja Pihak Menuntut oleh Pihak Syarikat pada 20.5.2003.

Rujukan

Pertikaian dalam kes ini adalah mengenai pembuangan kerja Abdul

Razak bin Abd. Majid (Pihak Menuntut) pada 20.3.2003 oleh Koko Budi Sdn.

2

Page 3: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Bhd. (Pihak Syarikat) melalui surat YB Menteri Sumber Manusia telah

merujuk perkara ini kepada Mahkamah Perusahaan di bawah s.20(3) Akta

Perhubungan Perusahaan 1967 untuk suatu keputusan.

Fakta Ringkas Kes

Pihak Menuntut mula bekerja dengan Pihak Syarikat pada 15.1.2001

sebagai 'Lab Assistant' dan telah disahkan dalam jawatannya pada

15.4.2001. Melalui surat bertarikh 12.3.2003, Pihak Syarikat telah

mengeluarkan Kertas Pertuduhan dan Notis Siasatan Dalaman terhadap

Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut :

(a) Mencuri dokumen

(b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap

Pihak Syarikat

(c) Provokasi keagamaan dan perkauman.

Pada siasatan dalaman, Pihak Syarikat telah mendapati Pihak

Menuntut bersalah atas pertuduhan pertama dan kedua dan tidak bersalah

bagi pertuduhan ketiga.

3

Page 4: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Pihak Syarikat selanjutnya membuang kerja Pihak Menuntut pada

20.5.2003 atas dua-dua kesalahan tersebut di atas melalui surat bertarikh

20.5.2003 (lihat mukasurat 43 dalam 'COB');

KOKO BUDI Sdn. Bhd. (Co. No. 198093-M)P.O. Box 207, Jalan Tembaga Satu, 81700 Pasir Gudang, Johor Malaysia.Tel: (607)-2760130 (Hunting Line) /2513962 Fax: (607)-2513961E-Mail : [email protected] Webpage: kokobudi.com.my

Date : 20 May 2003

To : Encik Abdul Razak bin Abdul MajidEmployee No: 006021Department : Laboratory

Dear Sir

Subject : LETTER OF DISMISSAL

We refer to the Inquiry on 16 May 2003 whereby you were called before an Inquiry Panel on the charges against you.

At the inquiry you were given every opportunity to defend yourself, the Inquiry Panel has nonetheless found your explanations to be unreasonable and unacceptable. The Company finds you guilty on the following misconducts:-

1. Stealing of documentDuty roster dated 1 April 2003 was found missing in laboratory one or two

days after issuance date. It was found and reported that the said document was kept in your pocket on 7 May 2003 without the knowledge or consent from your immediate superior.

2. Unfounded and false accusations about the company to discredit the companyValid and strong evidence have proven that you have committed the above mentioned on 25 November 2002.

3. Provoking religious and racial sensitivityIt has been proved that you have committed on the provoking religious

sensitivity on 12 September 2002. You also have been found repeatedly committed

4

Page 5: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

racial sensitivity to your immediate superior.

In view of the seriousness of the misconducts you have committed, the Company has no alternative but to DISMISS YOU WITH IMMEDIATE EFFECT.

You will be paid up to the last day work i.e. less all lawful deductions and other payment which you owe the Company. You are advised to return all items belonging to the Company.

Yours faithfully

For KOKO BUDI Sdn. Bhd.

signedMr. Chum You HengGeneral Manager

Semasa dibuang kerja Pihak Menuntut adalah seorang pekerja yang

telah disahkan dalam jawatannya dan gaji terakhir beliau ialah sebanyak

RM1,270.00 sebulan.

ISU

Peranan Mahkamah Perusahaan dalam mengendalikan perbicaraan

kes pembuangan kerja adalah seperti yang diputuskan dalam kes Milan

Auto Sdn. Bhd. v. Wong Seh Yen [1995] 4 CLJ 449 di mana Mohd Azmi

FCJ menyatakan seperti berikut:

"As pointed out by this Court recently in Wong Yuen Hock v

5

Page 6: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Hong Leong Assurance [1995] 3 CLJ 344, the function of the

Industrial Court in dismissal cases on a reference under s.20 is

twofold, firstly to determine whether the misconduct complained

of by the employer has been established and secondly whether

the proven misconduct constitutes just cause or excuse for the

dismissal".

Oleh yang demikian isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah

adalah seperti berikut:

(a) Adakah Pihak Syarikat telah membuktikan pertuduhan-

pertuduhan terhadap Pihak Menuntut.

(b) Adakah pertuduhan-pertuduhan yang telah dibuktikan itu

merupakan salahlaku-salahlaku yang wajar dihukum dengan

pembuangan kerja.

Samada Pihak Syarikat telah berjaya membuktikan pertuduhan-

pertuduhan terhadap Pihak menuntut

Berkaitan pertuduhan pertama iaitu mencuri dokumen jadual kerja,

Syarikat telah memanggil seorang sahaja saksi, Puan Wong Yet Chew

(COW1) juga telah bertindak sebagai Pegawai Pendakwa semasa siasatan

6

Page 7: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

dalaman yang telah diadakan oleh Pihak Syarikat.

Merujuk kepada keterangan saksi Syarikat (COW1) dan (COW-WS1)

(Pemeriksaan Utama), COW1 menyatakan bahawa beliau adalah Head of

Department dan juga terlibat sebagai pendakwa dalam siasatan dalaman

Syarikat. Menurut COW1, tuduhan pertama Syarikat ke atas Yang Menuntut

adalah mencuri 'duty roster' atau jadual kerja bagi bulan April 2003. COW1

telah bergantung kepada pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh seorang

bernama Liw Wan Nee dan siasatan dalaman Syarikat semasa memberi

keterangannya bagi pihak Syarikat. COW1 juga menyatakan bahawa

seorang bernama Ahmad Su telah menyaksikan kejadian yang melibatkan

kecurian yang didakwa tersebut.

Adalah ditekankan di sini bahawa tiada mana-mana pihak yang disebut

dalam keterangan yang diberi oleh COW1 telah dipanggil untuk membuktikan

atas imbangan kebarangkalian tentang tuduhan pertama tersebut. Soalan-

soalan yang telah ditanya kepada COW1 adalah seperti berikut:

Pada Soalan No. 8 COW-WS1:

Q : When was the missing document being noticed?

A : According to the person who prepared the document, i.e. Miss

7

Page 8: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Liw Wan Nee, the document was found missing one (1) or 2

days maximum before 7 May 2003.

Kindly refer page 15 of the Domestic Inquiry Notes at the last paragraph of

the Company's bundle of document.

Pada soalan 9 COW-WS1

Q : Did he admit taking and stealing it?

A : Yes, please refer to page 10 on the Domestic Inquiry Minutes

from Company's bundle of Document, I quote "ada tak you

memulangkan duty rooster yang hilang di laboratory pada

Madam Wong pada 7 Mei 2003" he replied, ada, he did admit

taking that document.

COW1 tidak memberi keterangan dari pengetahuan peribadinya berkaitan

tuduhan pertama tetapi memberi keterangan berdasarkan kepada soalan dan

jawapan dalam siasatan dalaman. Oleh itu, COW1 bukanlah orang yang

mempunyai pengetahuan peribadi tentang fakta-fakta berkaitan dakwaan

kecurian tersebut. Harus ditekankan di sini bahawa, COW1 juga adalah

pihak yang mendakwa ke atas Yang Menuntut bagi pihak Syarikat dalam

siasatan dalaman itu. Apa yang memburukkan keadaan kes Syarikat ini

terutamanya adalah COW1 mengaku bahawa dia tidak mempunyai

8

Page 9: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

pengetahuan peribadi tentang dakwaan kecurian tersebut. COW1 mengaku

bahawa dia hanya diberitahu oleh Liw Wan Nee tentang dakwaan kecurian

tersebut.

Merujuk kepada soalan 16 dalam Pernyataan Saksinya, COW1

menyatakan seperti berikut:

“Q : How did Liw Wan Nee knew or suspect that the Claimant

took the document?

A : Because both Liw Wan Nee and the Claimant had a

discussion on the issue of changing new duty roster and

the document in question was brought to Miss Liw Wan

Nee's attention by Razak who then pulled out the

document from his pocket. This was witnessed by Ahmad

Su."

Dalam keterangan COW1, nama dua orang iaitu Liw Wan Nee

dan Ahmad Su telah disebut sebagai menyokong kes Syarikat.

Kedua-dua ini dapat disimpulkan sebagai saksi-saksi penting

bagi kes syarikat dan yang berkait dengan tuduhan pertama

tersebut. Malangnya dua orang ini tidakpun dipanggil sebagai

saksi. Pihak Syarikat tidak membuktikan kenapa mereka tidak

9

Page 10: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

dapat dikemukakan untuk memberi keterangan,

Jadi jelas bahawa keterangan COW1 adalah keterangan jenis "dengar

cakap" yang beliau dengar dan petik daripada pihak ketiga yang telah

memberi keterangan semasa siasatan dalaman.

Peguam Pihak Syarikat berhujah bahawa Pihak Menuntut telah

didapati bersalah mencuri dokumen semasa siasatan dalaman.

Mahkamah berpendapat, dapatan-dapatan dalam siasatan dalaman

tidak mengikat ke atas Mahkamah Perusahaan yang mendengar kes secara

'afresh'. (Sila rujuk kepada kes Hong Leong Equipment Sdn. Bhd. v. Liew

Fook Cuan [1997] 1 CLJ di mana Gopal Sri Ram JCA di muka surat 216

menyatakan:

“The finding of the domestic inquiry is not binding upon the

Industrial Court which hears the case afresh.....”

Setelah meneliti dan menimbang segala keterangan yang

dikemukakan di Mahkamah ini, Mahkamah mendapati bahawa tiada terdapat

bukti kukuh untuk menyabitkan Pihak Menuntut dengan kesalahan dalam

pertuduhan pertama. Oleh yang demikian, Pihak Syarikat telah gagal

10

Page 11: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

membuktikan pertuduhan pertama.

Pertuduhan Kedua - Membuat aduan palsu kepada JKKP terhadap

Syarikat bagi menjatuhkan nama Syarikat.

Menurut pertuduhan kedua ini, Pihak Menuntut didakwa membuat

aduan kepada pihak JKKP tentang keadaan di Syarikat. Pihak Menuntut

telah pada setiap masa memegang kepada pendirian bahawa beliau tidak

membuat aduan tersebut. Keterangan COW1 pula yang diberi melalui COW-

WS1, akan dilihat bahawa COW1 telah sekali lagi memberi keterangan

dengan merujuk kepada nota siasatan dalaman. Soalan-soalan yang

berkaitan dengan tuduhan kedua ini pada COW-WS1 adalah dari no. 24

hingga 26.

Di sini diulangi bagi rujukan:

"Q. Moving to the next charge, that is on making accusation in order

to discredit the Company, did the Claimant admit it?

A. No, he did not.

Q. What was the decision made by the panel on this issue?

A. The panel had in their report that the Claimant had failed to

prove or to produce any evidence against the evidence tendered

by the Management during the Domestic Inquiry.

11

Page 12: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

Q: What was the panel's conclusion?

A: The panel as they concluded their finding as in page 40 of the

Company's bundle of document states that the Claimant had

committed the act of:

1. Stealing the document; and

2. Making false accusation to JKKP in order to discredit the

Company."

Semasa pemeriksaan utama COW1 (COW-WS1) dan pemeriksaan

balas COW1 yang dijalankan oleh Encik Amrik Singh, peguamcara Pihak

Menuntut, keterangan dari COW1 gagal menunjukkan bahawa Pihak

Menuntut mempunyai kaitan dengan aduan yang didakwa dilaporkan oleh

Pihak Menuntut. COW1 dalam pemeriksaan balasnya mengaku beliau tidak

diberitahu oleh JKKP tentang pengadu yang membuat aduan pada laporan

JKKP. Keterangan bersangkutan dengan tuduhan kedua adalah tanpa

sebarang bukti yang menyakinkan. Pihak Syarikat hanya membuat

anggapan berdasarkan kepada cuti yang diambil oleh Pihak Menuntut pada

25.11.2002.

Bagi pertuduhan kedua, Pihak Syarikat juga telah gagal untuk

mengemukakan bukti yang kukuh bahawa Pihak Menuntut telah melakukan

salahlaku yang dipertuduhkan. Keterangan yang dikemukakan hanya

12

Page 13: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

merupakan keterangan COW1 yang bersifat 'dengar cakap' dan syak

wasangka yang tidak berasas.

Pertuduhan ketiga - Menimbulkan isu sensitif perkauman dan

keagamaan.

Terlebih dahulu perlu dinyatakan di sini bahawa Pihak Syarikat telah

memutuskan bahawa hasil dari siasatan dalamannya, Pihak Syarikat

mendapati Pihak Menuntut tidak bersalah terhadap tuduhan ketiga. Ini dapat

dilihat pada muka surat 37 COB dan diulangi di sini untuk rujukan:

“3rd Accusation (provoking religious and racial sensitivity)

The Management has produced insufficient company exhibits to

support the accusation against the accused where they failed to

produce two other witnesses. Encik Zaharuddin and Encik Rosli

Jusoh who are considered as very important witnesses in the

third accusation.”

Dalam Pernyataan Jawapan Syarikat (Statement in Reply), Syarikat

telah memplidkan dengan khususnya di perenggan 4 seperti berikut:

“The Company admits Paragraphs 5 and 6 of the Statement of

Case and avers that based on the evidence presented during

13

Page 14: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

the domestic inquiry, the Panel of domestic inquiry has

unanimously decided that the Claimant was GUILTY on the first

and second charges and NOT GUILTY on the third charge. In

view of the seriousness of the misconducts committed by the

Claimant in the first and second charges, the Company has

decided to terminate him with immediate effect.”

Dengan demikian, pertuduhan ketiga terhadap Pihak Menuntut bukan lagi

menjadi suatu isu yang relevan untuk diputuskan dalam Mahkamah ini.

Jikapun ianya suatu isu yang relevan, Pihak Syarikat juga telah gagal

membukti pertuduhan ketiga atas imbangan kebarangkalian dan Mahkamah

pula menerima dan percaya keterangan Pihak Menuntut bahawa beliau tidak

mengetahui inti karipap tersebut adalah daging lembu.

Keputusan

Mahkamah mendapati bahawa Pihak Syarikat dengan hanya

bersandarkan kepada COW1 dan nota kertas siasatan dalaman telah gagal

membuktikan kesemua salahlaku yang dituduh terhadap Pihak Menuntut di

atas imbangan kebarangkalian. Oleh kerana Pihak Syarikat telah gagal

14

Page 15: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

membuktikan salahlaku-salahlaku yang dipertuduhkan, sudah semestinya

Mahkamah ini harus mendapati bahawa Pihak Menuntut telah dibuang kerja

tanpa alasan atau sebab yang adil.

Atas alasan-alasan yang dibentangkan di atas, tuntutan Pihak

Menuntut dibenarkan.

Remedi

Mengenai permohonan untuk perintah "reinstatement" Mahkamah

berpendirian bahawa "reinstatement" bukan suatu remedi yang boleh

membawa keadaan perhubungan perusahaan yang harmoni dalam kes ini

memandangkan sebab-sebab yang menyebabkan pembuangan kerja Pihak

menuntut di mana rasa tidak percaya kepada Pihak Menuntut tentu masih

wujud lagi. Mahkamah berpendirian award pampasan sebagai gantirugi dan

gaji-gaji kebelakangan adalah sangat sesuai.

Oleh yang demikian, Mahkamah memerintahkan seperti berikut:

Pihak Syarikat hendaklah membayar kepada Pihak Menuntut seperti

berikut:

15

Page 16: AWARD_13545 Pihak Menuntut di atas tiga pertuduhan berikut : (a) Mencuri dokumen (b) Membuat tuduhan yang palsu dan tidak berasas terhadap Pihak Syarikat (c) Provokasi keagamaan dan

(1) Gaji kebelakang RM1,270.00 x 24 bulan = RM30,480.00

(2) Pampasan sebagai gantirugi sebulan gaji bagi setiap tahun

perkhidmatan (15.1.2001 ke 20.5.2003 iaitu RM1,270.00 x 2

bulan = RM2,540.00.

Adalah seterusnya, diperintahkan bahawa jumlah RM33,020.00

(tertakluk kepada potongan statutori jika ada) hendaklah dibayar kepada

Pihak Menuntut melalui peguamnya dalam tempoh tiga puluh (30) hari mulai

tarikh award ini.

DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 9hb. APRIL 2010

(MARIAH @ MALIAH BT. AHMAD)PENGERUSI

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIADI KUALA LUMPUR

16