awan.pdf

1
Keajaiban ﺍﻠﻤﻨ ﻜﺭAhli kaji cuaca baru mengetahui mengenai pembentukan awan, struktur dan fungsinya dengan bantuan peralatan moden. Salah satu jenis awan ialah awan ‘cumulonimbus’. Ahli kajicuaca telah mengkaji bagaimana awan-awan ini dibentuk dan menghasilkan: A) HUJAN, (1) Awan-awan ditolak oleh angin: Awan ‘cumulonimbus’ mula terbentuk apabila angin menolak beberapa awan ‘cumulus’ yang kecil ke satu kawasan dimana awan- awan kecil itu bercantum. (2) Percantuman: Kemudian awan-awan kecil bercantum membentuk awan yang lebih besar. (3) Pertindanan: Apabila awan-awan kecil bercantum, proses pergerakan-keatas (‘updrafts’) di dalam awan yang lebih besar bertambah kerap. Pergerakan ini lebih kuat di kawasan pusat berbanding ditepi awan. Ianya menyebabkan awan membesar keatas, menyebabkan awan itu bertindan-tindan. Proses perkembangan ke arah atas ini menyebabkan awan memasuki kawasan yang lebih sejuk di dalam atmosfera di mana titis-titis air dan hujan batu terbentuk dan mula berkembang menjadi lebih besar. Apabila butir-butir air dan hujan batu menjadi terlalu berat untuk awan menanggungnya, mereka mula berguguran daripada awan sebagai hujan, hujan batu, dan lain-lain. “Tidakkah engkau melihat bahawasanya ALLAH mengarahkan (1) awan bergerak perlahan- lahan, kemudian Dia (2) mengumpulkan kelompoknya, kemudian Dia (3) menjadikannya tebal berlapis-lapis Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah- celahnya...” [Surah An-Nur (24):ayat 43] Abdullah M. Al-Rehaili. (1995). This Is The Truth. Riyadh. B) HUJAN BATU: Ahli kaji-cuaca telah mendapati awan ‘cumulonimbus’ yang menurunkan hujan batu mencapai ketinggian 25000 hingga 30000 kaki, iaitu seperti sebuah gunung, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur’an: “Dan ALLAH pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang yang ada padanya (awan)...” [Surah An-Nur, 24: ayat 43] B) KILAT: “...lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.” [Surah An-Nur, 24: ayat 43] Mengikut buku ‘Meteorology Today’, awan mendapat tenaga seperti elektrik apabila hujan batu melalui kawasan di dalam awan yang dipenuhi titis air terlampau-sejuk dan kristal ais. Apabila titis air bertembung dengan hujan batu, ia terus membeku dan mengeluarkan haba yang amat tinggi. Ini menyebabkan permukaan hujan batu lebih berhaba dari kristal ais. Apabila hujan batu bertembung dengan kristal ais, suatu fenomena penting terjadi. Elektron bergerak daripada benda lebih sejuk ke arah benda lebih panas. Justeru, hujan batu menjadi bercas negatif. Kesan yang sama berlaku apabila titis air terlampau-sejuk bertemu dengan ketulan hujan batu dan secebis daripada ais bercas positif terkopak daripada ketulan itu. Cebisan bercas positif yang lebih ringan ini kemudiannya dibawa ke bahagian atas awan oleh pergerakan-keatas (‘updrafts’). Setelah dibiarkan bercas negatif, hujan batu jatuh ke bahagian bawah awan, menyebabkan bahagian bawah awan menjadi bercas negatif. Cas-cas negatif ini dilontarkan ke tanah sebagai kilat.

Upload: percaya

Post on 16-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Awan

TRANSCRIPT

  • Keajaiban

    Ahli kaji cuaca baru mengetahui mengenai pembentukan awan, struktur dan

    fungsinya dengan bantuan peralatan moden. Salah satu jenis awan ialah

    awan cumulonimbus. Ahli kajicuaca telah mengkaji bagaimana awan-awan

    ini dibentuk dan menghasilkan: A) HUJAN,

    (1) Awan-awan ditolak oleh angin: Awan

    cumulonimbus mula terbentuk apabila

    angin menolak beberapa awan cumulus

    yang kecil ke satu kawasan dimana awan-

    awan kecil itu bercantum.

    (2) Percantuman: Kemudian awan-awan

    kecil bercantum membentuk awan yang

    lebih besar.

    (3) Pertindanan: Apabila awan-awan kecil

    bercantum, proses pergerakan-keatas

    (updrafts) di dalam awan yang lebih besar

    bertambah kerap. Pergerakan ini lebih kuat

    di kawasan pusat berbanding ditepi awan.

    Ianya menyebabkan awan membesar keatas,

    menyebabkan awan itu bertindan-tindan.

    Proses perkembangan ke arah atas ini

    menyebabkan awan memasuki kawasan

    yang lebih sejuk di dalam atmosfera di

    mana titis-titis air dan hujan batu terbentuk

    dan mula berkembang menjadi lebih besar.

    Apabila butir-butir air dan hujan batu

    menjadi terlalu berat untuk awan

    menanggungnya, mereka mula berguguran

    daripada awan sebagai hujan, hujan batu,

    dan lain-lain.

    Tidakkah engkau melihat

    bahawasanya ALLAH

    mengarahkan

    (1) awan bergerak perlahan-

    lahan, kemudian Dia

    (2) mengumpulkan

    kelompoknya, kemudian

    Dia

    (3) menjadikannya tebal

    berlapis-lapis

    Selepas itu engkau melihat

    hujan turun dari celah-

    celahnya...

    [Surah An-Nur (24):ayat 43]

    Abdullah M. Al-Rehaili. (1995). This Is The Truth. Riyadh.

    B) HUJAN BATU:

    Ahli kaji-cuaca telah mendapati awan

    cumulonimbus yang menurunkan hujan batu

    mencapai ketinggian 25000 hingga 30000 kaki,

    iaitu seperti sebuah gunung, sebagaimana

    yang dijelaskan oleh Al-Quran:

    Dan ALLAH pula menurunkan hujan batu

    dari langit, dari gunung-ganang yang ada

    padanya (awan)...

    [Surah An-Nur, 24: ayat 43]

    B) KILAT:

    ...lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa

    yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa

    yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari

    awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir

    menyambar dan menghilangkan pandangan. [Surah An-Nur, 24: ayat 43]

    Mengikut buku Meteorology Today, awan mendapat tenaga seperti elektrik

    apabila hujan batu melalui kawasan di dalam awan yang dipenuhi titis air

    terlampau-sejuk dan kristal ais. Apabila titis air bertembung dengan hujan

    batu, ia terus membeku dan mengeluarkan haba yang amat tinggi. Ini

    menyebabkan permukaan hujan batu lebih berhaba dari kristal ais.

    Apabila hujan batu bertembung dengan kristal ais, suatu fenomena

    penting terjadi. Elektron bergerak daripada benda lebih sejuk ke arah benda

    lebih panas. Justeru, hujan batu menjadi bercas negatif. Kesan yang sama

    berlaku apabila titis air terlampau-sejuk bertemu dengan ketulan hujan batu

    dan secebis daripada ais bercas positif terkopak daripada ketulan itu. Cebisan

    bercas positif yang lebih ringan ini kemudiannya dibawa ke bahagian atas

    awan oleh pergerakan-keatas (updrafts). Setelah dibiarkan bercas negatif,

    hujan batu jatuh ke bahagian bawah awan, menyebabkan bahagian bawah

    awan menjadi bercas negatif. Cas-cas negatif ini dilontarkan ke tanah sebagai

    kilat.