ave $ 1778 jurusan idaman ntu asa dan tetap seperti tidak … · 2018-07-25 · ta bahawa doa ibu...

1
SEJAK kecil beliau sudah ter- dedah kepada beberapa bahasa. “Dari kecil, ibu saya akan ber- cakap dengan saya dalam bahasa Me- layu manakala bapa saya pula akan bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris. “Daripada situ, saya mula ter- tarik dengan kebolehan saya bertu- tur dalam beberapa bahasa dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai- nya,” cerita Cik Siti Nur Atiqah Ab- dul Hadi, 25 tahun. Ia kemudian mendorong anak su- lung tiga beradik itu bukan sahaja mempelajari bahasa umum di sekolah seperti bahasa Inggeris dan Melayu, malah beliau turut berusaha mempelari bahasa Mandarin dan ju- ga Jerman. Berbekalkan kecenderungannya dalam mempelajari bahasa, awal dari ini, Cik Atiqah pernah mengam- bil jurusan Bahasa Inggeris dan Sas- tera di Universiti Nasional Singapu- ra (NUS). “Saya menuntut di NUS selama dua tahun sebelum menyedari baha- wa terdapat lebih banyak elemen dalam pembelajaran bahasa. “Oleh itu, saya membuat keputu- san untuk mengambil jurusan berkenaan di NTU (Universiti Teknologi Nanyang),” kata Cik Atiqah yang baru sahaja menamat- kan Pengajian Linguistik dan Berbi- lang Bahasa di NTU. Pencapaian Cik Atiqah di NTU cukup memberangsangkan. Beliau berjaya meraih ijazah Sar- jana Muda Pengajian Linguistik dan Berbilang Bahasa dengan Kepujian Kecemerlangan Tertinggi. Tidak hanya cenderung dalam bidang akademik, Cik Atiqah turut aktif dalam beberapa kegiatan di dalam dan luar sekolah. Sejajar dengan minatnya dalam bahasa, Cik Atiqah juga merupakan anggota Persatuan Persuratan Pemu- da Pemudi Melayu (4PM) dan per- nah menjadi pengerusi acara tahunan, Bahas 4PM. “Di 4PM, saya juga mengadakan beberapa bengkel bahas buat pelajar sekolah menengah serta pelajar Pra-U,” katanya. Di NTU, beliau pernah menjadi Pegawai Khidmat Masyarakat dalam Persatuan Muslim. Dalam persatuan tersebut, Cik Atiqah pernah menjadi ketua peng- aturcara dalam Ekspedisi Kemanu- siaan Luar Negara ke Kemboja. “Sukarelawan yang mengikuti ekspedisi ini membantu mengajar kanak-kanak di sana mengenai ke- bersihan dan bahasa Inggeris. “Selain itu, kami juga membantu mengubah suai bilik darjah mere- ka,” singkap Cik Atiqah mengenai ekspedisi yang disertai 20 sukarela- wan. Melahirkan kesyukuran berjaya tamat pengajian di universiti, beliau menambah: “Saya berasa gembira kerana ker- ja keras saya akhirnya berbaloi. Di samping itu, saya juga dapat menggembirakan ibu dan bapa saya.” Selain itu, Cik Atiqah juga berka- ta bahawa doa ibu bapa amat pen- ting dalam kehidupan seseorang. Kini, beliau dijadual memulakan tugas selaku Timbalan Pengarah di salah satu seksyen dalam Jabatan Peguam Negara. Menyentuh rancangan masa depan pula, Cik Atiqah berhasrat menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di luar negara. “Jika berkesempatan, saya ingin belajar di Universiti Melbourne dalam jurusan Linguistik Gunaan,” ujar beliau. Raih kepujian Sains Biologi Atiqah cemerlang asah bahasa MINATI BAHASA SEJAK KECIL: Minat Cik Atiqah dalam bahasa mula berputik sejak beliau berinteraksi dengan keluarga dalam dua bahasa, Inggeris dan Melayu. – Foto BH oleh ZHANG XUAN 9 SETEMPAT BERITA HARIAN, WEDNESDAY, 25 JULY 2018, PAGE 9

Upload: hoangxuyen

Post on 19-Jul-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AVE $ 1778 jurusan idaman NTU asa dan tetap seperti tidak … · 2018-07-25 · ta bahawa doa ibu bapa amat pen-ting dalam kehidupan seseorang. ... cik Farouq untuk mengambil jurusan

Copyright 2016 Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction.

SEJAK kecil beliau sudah ter-dedah kepada beberapa bahasa.

“Dari kecil, ibu saya akan ber-cakap dengan saya dalam bahasa Me-layu manakala bapa saya pula akan bercakap dengan saya dalam bahasa Inggeris.

“Daripada situ, saya mula ter-tarik dengan kebolehan saya bertu-tur dalam beberapa bahasa dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai-nya,” cerita Cik Siti Nur Atiqah Ab-dul Hadi, 25 tahun.

Ia kemudian mendorong anak su-lung tiga beradik itu bukan sahaja mempelajari bahasa umum disekolah seperti bahasa Inggeris dan Melayu, malah beliau turut berusaha mempelari bahasa Mandarin dan ju-ga Jerman.

Berbekalkan kecenderungannya dalam mempelajari bahasa, awal dari ini, Cik Atiqah pernah mengam-bil jurusan Bahasa Inggeris dan Sas-tera di Universiti Nasional Singapu-ra (NUS).

“Saya menuntut di NUS selama dua tahun sebelum menyedari baha-wa terdapat lebih banyak elemen dalam pembelajaran bahasa.

“Oleh itu, saya membuat keputu-san untuk mengambil jurusanberkenaan di NTU (UniversitiTeknologi Nanyang),” kata Cik Atiqah yang baru sahaja menamat-kan Pengajian Linguistik dan Berbi-lang Bahasa di NTU.

Pencapaian Cik Atiqah di NTU cukup memberangsangkan.

Beliau berjaya meraih ijazah Sar-jana Muda Pengajian Linguistik dan Berbilang Bahasa dengan Kepujian Kecemerlangan Tertinggi.

Tidak hanya cenderung dalam bidang akademik, Cik Atiqah turut aktif dalam beberapa kegiatan di dalam dan luar sekolah.

Sejajar dengan minatnya dalam

bahasa, Cik Atiqah juga merupakan anggota Persatuan Persuratan Pemu-da Pemudi Melayu (4PM) dan per-nah menjadi pengerusi acaratahunan, Bahas 4PM.

“Di 4PM, saya juga mengadakan beberapa bengkel bahas buat pelajar sekolah menengah serta pelajar Pra-U,” katanya.

Di NTU, beliau pernah menjadi Pegawai Khidmat Masyarakatdalam Persatuan Muslim.

Dalam persatuan tersebut, Cik Atiqah pernah menjadi ketua peng-aturcara dalam Ekspedisi Kemanu-siaan Luar Negara ke Kemboja.

“Sukarelawan yang mengikuti ekspedisi ini membantu mengajar kanak-kanak di sana mengenai ke-bersihan dan bahasa Inggeris.

“Selain itu, kami juga membantu mengubah suai bilik darjah mere-ka,” singkap Cik Atiqah mengenai ekspedisi yang disertai 20 sukarela-wan.

Melahirkan kesyukuran berjaya tamat pengajian di universiti, beliau menambah:

“Saya berasa gembira kerana ker-ja keras saya akhirnya berbaloi. Di samping itu, saya juga dapatmenggembirakan ibu dan bapasaya.”

Selain itu, Cik Atiqah juga berka-ta bahawa doa ibu bapa amat pen-ting dalam kehidupan seseorang.

Kini, beliau dijadual memulakan tugas selaku Timbalan Pengarah di salah satu seksyen dalam Jabatan Peguam Negara.

Menyentuh rancangan masadepan pula, Cik Atiqah berhasrat menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di luar negara.

“Jika berkesempatan, saya ingin belajar di Universiti Melbourne dalam jurusan Linguistik Gunaan,” ujar beliau.

MIKROSKOP yang diberi ibunya ketika kecil telah mendorong minat beliau dalam pembelajaran Sains.

Malah, sebagai seorangkanak-kanak, Encik MuhammadFarouq Azizan, sering mula bertan-ya dan mahu mengetahui bagaimana sesuatu perkara terjadi.

Kini, pada usia 26 tahun, beliau bukan sekadar selesai menamatkan pengajian dalam Sains Biologi di Uni-versiti Teknologi Nanyang (NTU), bahkan berjaya meraih Kepujian Kecemerlangan Tertinggi.

Meski sudah mengetahui cita-ci-tanya sejak kecil lagi, perjalanan En-cik Farouq untuk mengambil jurusan itu di NTU berhadapan pelbagai onak dan duri.

Pada mulanya, beliau mendapat keputusan E8 bagi subjek Biologi dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’.

“Saya ingin memasuki maktab rendah kerana bagi saya, mudah un-tuk saya ke universiti setelah itu.

“Namun, saya hanya berjaya me-masuki politeknik dan mengambil ju-rusan Sains Bioperubatan,” cerita-nya yang memperolehi diploma den-gan merit dari Politeknik Republik (RP).

Setelah itu, permohonannya bagi ke NTU pula ditolak.

Enggan berputus asa, beliau mem-buat rayuan bagi mengambil jurusan yang diingini.

Usahanya itu akhirnya berjaya. “Perjalanan saya di NTU juga

tidak mudah. “Jurusan yang saya ambil ini me-

merlukan masa dan tenaga yang ban-yak.

“Kadangkala saya perlu berada di sekolah sehingga larut malam atau ke sana pada hujung minggu bagi melakukan beberapa eksperimen,” kata beliau.

Walaupun telah melalui pelbagai cabaran, Encik Farouq tidak menye-sali perjalanan yang dilalui.

Sepanjang laluan memburuijazah, beliau menerima banyak sokongan daripada orang sekeliling.

“Ibu serta tunang saya banyak membantu dari segi moral dan lain-lain.

“Ibu saya akan bertanya hidang-an apa yang saya ingini pada hari itu.

“Selepas seharian di sekolah, mendapat makanan ibu amat ber-makna bagi saya,” ujar Encik Farouq.

“Tunang saya pula membantu mengajar saya dalam pelajaran me-mandangkan beliau juga mengambil bidang yang sama,” tambah beliau.

Semasa pengajiannya di NTU, En-cik Farouq turut berpeluang menye-lesaikan projek tahun akhirnya den-gan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star).

Selama empat bulan, beliau ber-peluang menjalankan beberapa eks-perimen di sana.

Kini, Encik Farouq sedang memo-hon biasiswa bagi ijazah Doktor Fal-safah (PhD) di NTU dan berhasrat menjadi seorang penyelidik atau pen-syarah dalam bidang Sains.

“Adalah penting untuk tidak ber-putus asa dan tetap berusaha.

“Jika anda menghadapi cabaran seperti tidak mendapat markah yang diingini, sentiasa ingat bahawa ke-gagalan itu akan menjadi batu loncat-an buat anda menuju kejayaan,” ujar beliau buat mereka yang pernah melalui kegagalan sepertinya.

Raih kepujian Sains Biologi walau pernah gagal masuk

jurusan idaman NTU

Atiqah cemerlang

asah bahasa

MINATI BAHASA SEJAK KECIL: Minat Cik Atiqah dalam bahasa mula berputik sejak beliau berinteraksi dengan keluarga dalam dua bahasa, Inggeris dan Melayu. – Foto BH oleh ZHANG XUAN

ENGGAN SERAH KALAH: Meski pernah berhadapan kegagalan dalam memburu impian, Encik Farouq menyifatkan ia sebagai satu laluan kehidupan yang memberinya peluang untuk berjaya dalam bidang lain di masa hadapan. – Foto ihsan MUHAMMAD FAROUQ AZIZAN

Brand Your AssetsCall 6289 8822 or e-mail

[email protected] to publiciseyour Financial Statements

NOTICES

Discover Greener PasturesCall 6289 8822 or e-mail

[email protected] to place yourChange of Address Notices

NOTICES

Show Off Your Prize BullCall 6289 8822 or e-mail

[email protected] to place yourNew CEO Announcement Notices

NOTICES

“Adalah penting untuk tidak berputus asa dan tetap berusaha. Jika anda menghadapi cabaran seperti tidak mendapat markah yang diingini, sentiasa ingat bahawa kegagalan itu akan menjadi batu loncatan buat anda menuju kejayaan.”

– Encik Muhammad Farouq Azizan, yang pernah memperolehi E8 dalam Biologi bagi GCE peringkat ‘O’ dan permohonan awal memasuki NTU pernah ditolak.

9

SETEMPAT

Headline Atiqah cemerlang asah bahasaPublication BERITA HARIANDate 2018-07-25Section BHSPage Number 9Article Size 623.755 cm2Journalist -AVE $ 1778

BERITA HARIAN, WEDNESDAY, 25 JULY 2018, PAGE 9