audit kewangan sekolah

19
Audit Kewangan Sekolah Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Setiap organisasi tidak akan terlepas daripada pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan melibatkan akauntabiliti yang amat diperlukan. Justeru itu audit dan pengauditan amat penting dalam mengekalkan akauntabiliti.Laporan audit yang berkualiti dapat meningkatkan akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan. Di peringkat sekolah , pengauditan menjurus kepada kewangan yang melibatkan sumber kewangan kerajaan. Sumber Wang Kerajaan lebih dititikberatkan berbanding dengan sumber kewangan yang lain. Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru diaudit oleh juruaudit dalaman yang dilantik oleh PIBG. Sementara kewangan Koperasi Sekolah diaudit oleh pegawai daripada Jabatan Koperasi. Pengauditan kewangan di sekolah terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu : Audit Dalaman Audit Luaran Isi kandungan [sorokkan ] 1 Audit Dalaman 2 Audit Luaran 3 Definasi 4 Fungsi 5 Apa yang hendak diaudit 6 Salah urus kewangan sekolah o 6.1 Wang Belum diBank o 6.2 Akaun Belum Bayar o 6.3 Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit o 6.4 Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan o 6.5 Perbelanjaan Tanpa Kebenaran o 6.6 Pembelian Melebihi Had o 6.7 Peruntukan Tidak dibelanjakan o 6.8 Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini o 6.9 Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun 7 Kelemahan Juruaudit

Upload: indra-maniam

Post on 30-Dec-2014

112 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Audit Kewangan Sekolah

Audit Kewangan SekolahDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah organisasi. Setiap organisasi

tidak akan terlepas daripada pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan melibatkan akauntabiliti yang

amat diperlukan. Justeru itu audit dan pengauditan amat penting dalam mengekalkan akauntabiliti.Laporan

audit yang berkualiti dapat meningkatkan akauntabiliti awam bagi mencapai kecemerlangan pengurusan

kewangan.

Di peringkat sekolah , pengauditan menjurus kepada kewangan yang melibatkan sumber kewangan

kerajaan. Sumber Wang Kerajaan lebih dititikberatkan berbanding dengan sumber kewangan yang lain.

Kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru diaudit oleh juruaudit dalaman yang dilantik oleh PIBG.

Sementara kewangan Koperasi Sekolah diaudit oleh pegawai daripada Jabatan Koperasi.

Pengauditan kewangan di sekolah terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu  :

Audit Dalaman

Audit Luaran

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Audit Dalaman

2 Audit Luaran

3 Definasi

4 Fungsi

5 Apa yang hendak diaudit

6 Salah urus kewangan sekolah

o 6.1 Wang Belum diBank

o 6.2 Akaun Belum Bayar

o 6.3 Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit

o 6.4 Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan

o 6.5 Perbelanjaan Tanpa Kebenaran

o 6.6 Pembelian Melebihi Had

o 6.7 Peruntukan Tidak dibelanjakan

o 6.8 Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini

o 6.9 Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

7 Kelemahan Juruaudit

o 7.1 Kuasa Juruaudit

o 7.2 Bilangan Kakitangan tidak mencukupi

Page 2: Audit Kewangan Sekolah

o 7.3 Masa Tidak Mencukupi

o 7.4 Masih Teknik Tradisional

o 7.5 Hanya melihat dokumen atau rekod yang disediakan

o 7.6 Pemeriksaan tidak menyeluruh

o 7.7 Tiada Kepakaran

o 7.8 Kewangan Setahun diaudit dalam tempoh singkat

o 7.9 Pemeriksaan Mengejut

o 7.10 Tidak Peka Dengan Aduan

o 7.11 Meminta Bantuan Biro Pencegahan Rasuah

o 7.12 Elak Daripada disiar dalam Akhbar

8 Cara Mengatasi

o 8.1 Tindakan Pengetua / Guru Besar

o 8.2 Kelewatan Penyerahan Penyata Tahunan.

o 8.3 Baki Akaun Tidak Bergerak

o 8.4 Kelemahan Kawalan Terimaan

o 8.5 Kumpulan Wang Kerajaan

o 8.6 Kumpulan Wang Suwa

o 8.7 Kumpulan Wang Asrama

9 Bilibliografi

[sunting]Audit Dalaman

Pengauditan Dalaman biasanya dilakukan oleh guru-guru yang dilantik oleh pengetua. Biasanya guru-guru

ini mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pelajaran Prinsip Akaun atau pelajaran Perdagangan.

[sunting]Audit Luaran

Pengauditan Luaran dilakukan oleh pegawai yang dating dari Jabatan Pendidikan Negeri. Pegawai-

pegawai ini akan memastikan pengurusan kewangan berjalan dengan lancar.

Pada peringkat Kementerian Pendidikan, Unit Audit Dalam ditubuhkan pada tahun 1982 setelah keluar

arahan melalui pekeling :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 1979

Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1982.

Unit Audit Dalaman ini akan membantu Ketua Setiausaha Kementerian dalam membuat pemeriksaan audit.

1995, dibentuk Bahagian Audit Sekolah. Bahagian Audit Sekolah ini merupakan cantuman Unit Audit

Dalaman dan Cawangan Audit Sekolah.

Kerja-kerja pengauditan ini tertakluk kepada banyak pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan . Antaranya

ialah  :

Page 3: Audit Kewangan Sekolah

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/ 1979 mengenai Audit Dalaman di agensi-agensi Kerajaan

Pusat

Semua arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

Pengauditan mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh International Organisation of Supreme

Audit Instition.

[sunting]Definasi

“ Official examination of accounts to see that they are in order” (Oxford 2001)

Audit adalah suatu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara objektif mengenai

pernyataan tentang kegiatan kewangan, dengan tujuan untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan-

pernyataan tersebut dengan kriteria yang telah ditetapkan, serta penyampaian hasil-hasilnya kepada

pemakai yang berkepentingan.

“ Internal auditing is an independent, objective assurance ang consulting activity designed to add value and

improve an organization’s operations. It helps an organization accomplish its objectives by bringing a

systematic, disciplined approach to evaluate and improve the effectiveness of risk management, control,

and governance process” (Jlamber 1999)

[sunting]Fungsi

Fungsi utama pengauditan dalam pengurusan kewangan sekolah ialah  :

Mengkaji dan menilai operasi pengurusan kewangan sekolah diuruskan dengan teratur bagi

memastikan dasar, peraturan dan undang-undang yanh digubal oleh Kementerian Pendidikan dipatuhi

oleh pihak pengetua atau guru besar.

Mengkaji dan menilai operasi-operasi pengurusan dari segi kesempurnaan, kemampuan, kecekapan,

keberkesanan dan ekonominya..

Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kemampuan rekod-rekod dan sistem perakaunan, sistem

maklumat pengurusan serta sistem kawalan dalaman.

Membuat laporan hasil pengauditan dan mengesyorkan langkah-langkah yang sistematik kepada

Pusat Tanggungjawab.

Menyiasat secarsa khusus sekiranya berlaku sebarang penyelewengan menurut arahan Ketua

Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Membantu Perbendaharaan Negara bagi memantapkan lagi dasar , prosedur, sistem dan skop Audit

Dalam.

Page 4: Audit Kewangan Sekolah

[sunting]Apa yang hendak diaudit

Di dalam proses pengauditan, pihak audit akan menghantar surat kepada pihak sekolah melalui Pejabat

Audit Sekolah Negeri, Bahagian Audit Sekolah Dan Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Malaysia

memberitahu jadual atau masa pegawai Bahagian Audit akan membuat pengauditan di sekolah-sekolah

yang berkaitan. Misalnya Sekolah Menengah Kebangasaan Ghafar Baba dijadualkan pada 01.6.2000

hingga 19.6.2000. (Lihat Lampiran )

Di samping itu pihak audit juga menyatakan bahan atau rekod perakaunan yang perlu disediakan. Di

antaranya ialah :-

Buku Tunai bagi semua Kumpul Wang yang dikendalikan

Buku Kedatangan murid dan penyata bulanan termasuk tahun sebelum dan tahun semasa

Buku Stok dan Buku Daftar Harta Sekolah

Buku Resit Terimaan

Buku Kegunaan Telefon

Buku Perbelanjaan Pos

Buku Panjar Wang Runcit

Buku rekod penghuni asrama (Jika ada)

Penyata Bank, slip masuk bank, pangkal cek termasuk bulan Januari

Sijil Simpanan Tetap, Sijil Baki akhir bank, sijil Pelaburan lain.

Satu salinan fotostat PCG

Satu salinan Carta Organisasi/ Carta Aliran Pembayaran

Yuran

Satu salinan perjanjian kantin dan kedai buku

Baucer penerimaan bantuan pelajaran dan lain-lain peruntukan kerajaan

Dokumen-dokumen penyokong setiap pembayaran (bil / invois)

Dokumen-dokumen berhubung dengan semua jenis biasiswa

Dokumen-dokumen berhubung dengan perjanjian

Surat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri / Bahagian Teknik dan Vokasional termasuk viremen

hapuskira dan sebagainya.

Buku rekod jualan, belian bagi projek yang dikendalikan

Penyata kira-kira seperti pada 31 Disember dari syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan sekolah

Dokumen-dokumen berkaitan dengan projek bantuan modal/ gotong royong

Majalah Sekolah (Jika diterbitkan)

Buku rekod penghuni asrama

Lain-lain dokumen yang diperlukan ialah:

Page 5: Audit Kewangan Sekolah

Jadual pecahan akaun belum terima dan akaun belum bayar seperti pada 31 Disember

Senarai stok

Surat Pengakuan

Borang Serahan Guru/Daftar kutipan harian

Sijil Baki Bank pada 31 Disember 1999 dari pihak bank

Selain daripada itu terdapat juga kertas-kertas kerja yang dikehendaki iaitu:-

Penerimaan dan Pendapatan

Pembayaran dan Perbelanjaan

Sebarang bil /invois dan dokumen berkaitan yang ditulis dalam bahasa selain dari Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan disahkan oleh pengetua.

Di samping itu juga terdapat pesanan dari bahagian audit bagi memudahkan dan melancarkan lagi

pengauditan dibuat. Turut disertakan juga nama pegawai yang menjalankan tugas sebagai pengauditan di

sekolah berkenaan.

[sunting]Salah urus kewangan sekolah

Ada pelbagai kelemahan dan kesilapan yang ditemui oleh Juruaudit Sekolah . Hasil penemuan ketika

pengauditan ini diedarkan kepada semua pengetua dan guru besar .

Kesalahan ketika Penyediaan dan Penyerahan Penyata Kewangan

Juruaudit mendapati penyediaan Penyata Kewangan setiap tahun bagi sekolah-sekolah tidak memuaskan.

Punca utama kesalahan dalam Penyata Kewangan ialah :

Jumlah pendapatan terkurang atau terlebih dinyatakan kerana kesilapan dalam memperakaunkan

terimaan tahun lalu dan terimaan tahun semasa yang tidak di ambil kira dalam pendapatan semasa.

Jumlah perbelanjaan kurang tepat kerana terdapat bil-bil tahun lalu diambilkira sebagai perbelanjaan

semasa.

Kesilapan dalam penyediaan penyata untung rugi bagi akaun Kedai Buku.

Pada umumnya, Pengurusan Penyata Kewangan Sekolah masih mempunyai kelemahan dari segi

penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata tersebut. Penyata kewangan kerapkali

perlu dibetulkan kerana kesilapan atau ketinggalan yang material dan fundamental yang menjejaskan

ketepatan angka-angka yang ditujukan dalam Penyata Kewangan Sekolah. Kesalahan ini adalah mengenai

isu yang sama dan telah beberapa kali dilaporkan. Oleh itu pihak sekolah hendaklah memandang serius

perkara ini, supaya kesalahan dan ketinggalan yang sama tidak akan berulang lagi

Dokumen terpenting ialah Buku Tunai. Jika Buku Tunai gagal dikemaskini, pengetua tidak akan dapat

mengetahui kedudukan kewangan semasa, kedudukan kewangan sekolah, kutipan yang diterima ,

penerimaan dan pembayaran dan sistem kawalan.Penyalahgunaan wang mudah berlaku jika Buku Tunai

Page 6: Audit Kewangan Sekolah

tidak dikemaskini setiap masa. Pengetua mestilah memastikan wang di dalam bank sama dengan baki

wang di buku tunai. Sebaik-baiknya pengetua menyemak dan menandatangani akaun di Buku Tunai

dengan baki di bank adalah seimbang.

Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi mengatasi kesalahan dalam Penyata Kewangan :

Pengetua dan Guru Besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat

mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah.

Pengetua / Guru Besar perlu membuat penyelidikan yang rapi terhadap pegawai-pegawai di bawah

jagaan bagi memastikan mereka memahami undang-undang, peraturan kewangan,pekeliling-pekeliling

dan arahan-arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan

lebih cekap.

Sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada perlu dipertingkatkan supaya lebih

berkesan dan cekap. Pengetua / Guru Besar perlu memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi

mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya

Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang

dibangkitkan.

[sunting]Wang Belum diBank

Mengikut peraturan kewangan, Pengetua / Guru Besar hendaklah memastikan semua pungutan wang tunai

diakaunkan ke dalam buku tunai dan dimasukkan ke bank. Peraturan ini penting dari segi kawalan dalaman

untuk memastikan semua pungutan telah diakaunkan dengan betul dan sempurna. Berdasarkan

pengauditan yang dibuat, wang belum bank ini terbahagi kepada dua kategori .

Kategori pertama merupakan kutipan yang sudah diterima dan dikeluarkan resit murid tetapi tidak

diserahkan ke pejabat untuk direkodkan dalam Buku Tunai dan dimasukkan ke bank.

Kategori kedua pula adalah kutipan yang telah diserahkan ke pejabat dan dikeluarkan resit pejabat

serta direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum dimasukkan ke bank.

Perkara ini berlaku kerana kurang penyeliaan oleh Pengetua / Guru Besar yang bertanggungjawab.

Keadaan ini boleh memberi ruang kepada penyalahgunaan wang pungutan sekolah. Oleh itu, Pengetua /

Guru Besar hendaklah membuat penyeliaan yang rapi bagi memastikan segala pungutan diakaunkan dan

dibankkan tepat pada masanya.

[sunting]Akaun Belum Bayar

Akaun Belum Bayar merupakan tanggungan sekolah yang belum dijelaskan sehingga akhir tahun

kewangan 1996 walaupun bekalan atau perkhidmatan telah diterima dalam tahun kewangan tersebut.

Punca utama masalah ini ialah daripada penyelenggaraan Daftar Bil yang tidak lengkap dan kemaskini.

Tindakan lewat atau tidak menjelaskan bil-bil bukan sahaja menyalahi peraturan A.P 103 malah memberi

gambaran yang pengurusan kewangan adalah tidak cekap. Akaun belum bayar ini biasanya melibatkan :

Page 7: Audit Kewangan Sekolah

Bil-bil daripada pembekal

Bayaran balik gaji

Bayaran kepada KWSP

Lain-lain kepada pihak ketiga.

Contohnya sebuah sekolah di Melaka gagal membayar kepada syarikat pembekal dari tahun 1991 hingga

1998. Kes ini tentu menjejaskan reputasi baik Kementerian Pendidikan . Selain itu ia menganiayai syarikat

pembekal tersebut. Sedangkan syarikat itu perlukan pusingan modal.

[sunting]Pungutan Tanpa Mengeluarkan Resit

Arahan Perbendaharaan 60 menyatakan semua terimaan hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi

mengakuterima wang yang dibayar kepada pihak sekolah. Pemeriksaan audit menunjukkan peraturan ini

tidak dipatuhi sepenuhnya terutama sekolah tidak mengeluarkan resit semasa pungutan dibuat. Perkara ini

berulang setiap tahun dan pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bahawa peraturan

kewangan dipatuhi setiap masa. Kes-kes yang dimaksudkan ini antaranya adalah terimaan seperti bantuan

per kapita dan wang kedai buku.

[sunting]Baucer Bayaran Tanpa Dokumen Sokongan

Mengikut Arahan Perbendaharaan 99a dan Arahan Perbendaharaan 107 setiap bayaran mestilah disokong

dengan :

baucer bayaran

Bil

Invois

Resit

Borang pesanan bagi mengelakkan bayaran palsu.

Semua perkara di atas amat penting bagi menjaga akauntabiti. Dokumen tersebut menjadi bukti sahih

pembayaran telah dilakukan secara sah dan dalam pengetahuan pengetua sendiri . Selain itu dokumen ini

penting untuk urusan stok dan semakan pengurusan kewangan.

Tanpa dokumen yang lengkap, pengetua akan dianggap membuat pembayaran tanpa prosedur, tidak

menjaga reputasi Kementerian Pendidikan , membuat keuntungan sendiri dan menyeleweng daripada

tugas seorang pengetua.

[sunting]Perbelanjaan Tanpa Kebenaran

Pemberian bantuan pelajaran ke sekolah-sekolah dan pungutan yang dibuat oleh sekolah adalah untuk

tujuan tertentu bagi kepentingan murid-murid sahaja. Peruntukan yang telah disediakan untuk sesuatu

tujuan hendaklah digunakan untuk maksud yang telah ditetapkan. Perbelanjaan selain daripada yang

diluluskan adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pusat Tanggungjawab

atau pihak berwajib.

Page 8: Audit Kewangan Sekolah

Seringkali juga pengetua membuat perbelanjaan tanpa mengikut peruntukan yang ditetapkan. Pengetua

dan guru besar dianggap gagal merancang dalam kewangan.

Sekiranya peruntukan tidak mencukupi, maka permohonan pindah peruntukan mestilah dikemukakan.

[sunting]Pembelian Melebihi Had

Barangan yang dibeli hendaklah tidak membazir dan mestilah mendapat kebenaran daripada Pusat

Tanggungjawab. Selalunya barangan ini mahal seperti pembelian komputer dan mesin cetak. Sekiranya

sekolah masih ada peruntukan, kelulusan pembelian akan diberi.

[sunting]Peruntukan Tidak dibelanjakan

Kesan daripada peuntukan yang tidak dibelanjakan akan menyebabkan sekolah mempunyai lebihan wang

yang banyak. Jimat cermat tidak timbul jika kelulusan untuk pembelian telah diberikan oleh Pusat

Tanggungjawab Pelajar yang terlibat mungkin kekurangan bahan jika peruntukan tidak dibelanjakan.

Selalunya melibatkan peruntukan bagi mata pelajaran :

Sains

Kemahiran Hidup

Pendidikan Seni.

Pengetua atau Ketua bidang merasakan semua bahan telah mencukupi dan tidak perlu sebarang

pembelian lagi. Ketua Panitia tidak peka dengan keperluan guru-guru dan para pelajar. Perubahan

mendadak dalam pengajaran dan pembelajaran tidak diterima.

[sunting]Buku Daftar Kedatangan Murid Tidak Kemaskini

Bilangan pelajar mestilah yang dilaporkan mestilah sama dengan di dalam Buku Daftar Pelajar. Buku Daftar

Murid dapat membantu pengetua membuat tuntutan perkapita.

[sunting]Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun

Melalui pekeliling dari Kementerian Pendidikan ( Rujukan KP(S) 1583/29 / Jld.9(71) bertarikh 1 Julai 1999 )

mendapati sekolah kerap terlebih bayar gaji dan elaun kepada pegawai perkhidmatan pendidikan . Pada

tahun 1999, diadapati 441 kes lebihan bayaran gaji dan elaun yang melibatkan RM1.02 juta. Kes ini

melibatkan 308 sekolah yang telah disiasat.

Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit 1997 amat memandang berat kes-kes sedemikian dan tentunya

menjejaskan nama baik keseluruhan Kementerian Pendidikan. Punca utama lebihan bayaran gaji dan elain

ini ialah :

cuti tanpa gaji

cuti separuh gaji

meletak jawatan

Page 9: Audit Kewangan Sekolah

tindakan tatatertib ( buang kerja )

elaun memangku / tanggungkerja

imbuhan tetap perumahan

cuti bersalin ( anak keenam dan seterusnya )

bertukar

lain-lain

Strategi bagi mengatasi masalah lebihan bayaran gaji dan elaun ini pada masa depan ialah :

Kenalpasti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terlibat dalam lebihan bayaran gaji

Kutip semula amaun yang terlebih bayar

Adakan Daftar Khas Maklumat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diberi kelulusan cuti tanpa /

separuh gaji dan lain-lain.

Mengeluarkan nama pegawai / kakitangan daripada Lembaran Gaji dengan serta merta dan sediakan

Borang SG20 dan Kew 8.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memohon cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji hendalah

menandatangani Surat Akujanji.

Hukuman dikenakan kepada pengetua, guru besar atau pembantu tadbir kewangan . Antaranya ialah

tindakan tatatertib dan surcaj kerana kecuaian dan kegagalan mematuhi semua Arahan

Perbendaharaan.

[sunting]Kelemahan Juruaudit

Melalui Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa , hanya

membuat pemeriksaan terhadap penyata kira-kira sekolah kerajaan sahaja. Juruaudit hanya memeriksa

sekolah yang menerima bantuan kerajaan sahaja.

Sekolah swasta tidak termasuk dalam senarai juruaudit. Seringkali kerajaan dipersalahkan jika berlaku

kelemahan di :

Sekolah di bawah agensi MARA Dan lain-lain agensi.

Sekolah agama di bawah Jabatan Pendidikan Negeri

Sekolah swasta

[sunting]Kuasa Juruaudit

Juruaudit Sekolah berhak melihat :

Segala rekod

Buku

Baucer

Dokumen

Page 10: Audit Kewangan Sekolah

Wang Tunai

Setem

Cagaran

Barang-barang

Harta benda lain yang tertakluk kepada pengauditan.

Apa yang berlaku , semua perkara di atas tidak terletak di satu tempat. Ada kalanya sistem pengurusan

tidak teratur dan ada pihak pentadbiran di sekolah tidak ambil peduli. Hal ini berlaku kepada pengetua atau

guru besar yang telah berumur dan hendak pencen.

[sunting]Bilangan Kakitangan tidak mencukupi

Tidak ramai yang berminat dengan kerja-kerja pengauditan ini. Tidak semua mampu meneliti dan

menyemak perkara-perkara yang kecil-kecil. Tidak semua orang mampu melihat angka-angka di dalam

penyata kewangan, resit dan sebagainya. Akhirnya perkara-perkara besar dan penting sahaja yang diselia .

Ada juga yang mengatakan hanya kaum perempuan yang mampu menyemak perkara yang remeh-temeh .

Orang perempuan dikatakan lebih tekun dan teliti. Mereka lebih cekap menjalankan proses pengauditan di

sekolah-sekolah. Lagipun mereka lebih mematuhi peraturan dan tidak menggunakan budi bicara lansung.

[sunting]Masa Tidak Mencukupi

Biasanya pegawai audit yang datang ke sekolah datang dari Jabatan Pendidikan Negeri. Pegawai ini akan

berulang-alik ke sekolah mengikut waktu pejabat. Bilangan pegawai yang datang biasanya 2 orang.

Sekolah yang besar, masa yang lama akan diambil untuk membuat pengauditan. Jarak yang jauh seperti

dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di Shah Alam ke Sabak Bernam memakan masa yang lama untuk

berulang-alik. Ia juga melibatkan kos penginapan , pengangkutan dan sebagainya.

Contohnya mereka terpaksa memeriksa buku resit yuran pelajar. Kalau ada 3000 pelajar di sekolah itu,

maka 3000 helai salinan yuran diperiksa. Jadi tidak mungkin juruaudit dapat memeriksa perkara-perkara

sebegini.

[sunting]Masih Teknik Tradisional

Belum ada proses pengauditan secara :

berkomputer dan seragam di seluruh negara

pengauditan secara on line

penggunaan kamera digital atau kamera video.

Rakaman suara.

[sunting]Hanya melihat dokumen atau rekod yang disediakan

Penyata Kewangan yang disemak oleh Juruaudit sebenarnya masih mempunyai kelemahan yang ketara.

Sekiranya semua resit ada dan mencukupi, maka pengurusan kewangan dikira bersih. Malangnya masih

ada segelintir pentadbir memanipulasikan penyata kewangan ini.

Page 11: Audit Kewangan Sekolah

[sunting]Pemeriksaan tidak menyeluruh

Pemeriksaan hanya melihat dari beberapa contoh yang tertentu sahaja. Juruaudit tidak mampu memeriksa

semua perkara. Perkara-perkara yang kecil mungkin dilepaskan begitu sahaja.

[sunting]Tiada Kepakaran

Proses pengauditan memerlukan kemahiran dan kepakaran yang tertentu . Kekurangan kepakaran ini

berlaku pada :

Pengetua atau guru besar

Kerani dan kakitangan sekolah yang lain

Guru Juruaudit dalaman yang dilantik

Pegawai audit yang datang.

Biasanya kerani di sekolah lebih mengetahui tentang pengurusan kewangan jika dibanding dengan

pengetua atau guru besar. Dalam hal ini, pengetua atau guru besar akan mendengar sahaja apa yang

diputuskan oleh kerani kewangan.

[sunting]Kewangan Setahun diaudit dalam tempoh singkat

Pengetua / Guru besar wajib menjawab sebarang pertanyaan daripada Juruaudit dalam tempoh 30 hari dari

tarikh pertanyaan. Ini mengikut Pekeliling Perbendaharaan 14/ 80. Di sini berlaku kelemahan manusia

seperti :

Tidak berekod

Sistem fail tidak kemaskini

[sunting]Pemeriksaan Mengejut

Pengetua / Guru Besar dikehendaki menjalankan pemeriksaan mengejut wang tunai dan barang-barang

berharga dari semasa ke semasa.

Tetapi kemampuan manusia terhad, tidak semua pengetua dan guru besar mampu melakukannya.

Selalunya Pengetua / Guru Besar percaya bulat-bulat ( 100 % ) kakitangan bawahan. Ketika membuat

pemeriksaan mengejut, perkara berikut mestilah dilalukan , iaitu :

tarikh dan masa pemeriksaan

nama pegawai yang diperiksa kerana wang tunai dan bnarang-barang lain yang berada di bawah

jagaaannya

amaun wang dan setem yang diamanahkan kepadanya.

Hasil pemeriksaan

Tandatangan dan jawatan pegawai pemeriksa.

[sunting]Tidak Peka Dengan Aduan

Page 12: Audit Kewangan Sekolah

Seringkali aduan daripada pihak -pihak tertentu terhadap pengurusan kewangan sekolah tidak dihiraukan

oleh Jabatan Audit. Di peringkat sekolah , kedengaran berita-berita liar tentang pengurusan kewangan yang

lemah. Contohnya pembelian penyapu sehingga RM 18.00 sebatang .

Aduan ini tidak sampai ke Jabatan Audit . Tidak ada saluran yang kemas berhubung dengan aduan

penyelewengan . Jika sampai sekalipun tindakan tidak tegas , senyap , pengap dan lepas begitu sahaja.

Antara alasan yang sering diberikan ialah ada resit pembayaran.

Pada akhirnya guru atau ibu bapa yang mengadu akan berasa bosan dan kecewa. Mereka tidak ambil

peduli lagi. Perasaan marah kepada pengurusan kewangan sekolah yang lemah ditujukan kepada kerajaan

. Kerajaan akan menjadi ‘mangsa’ ketika pilihanraya.

Sepatutnya segala aduan direkodkan , tidak dicampakkan ke dalam tong sampah. Mungkin aduan tidak

lengkap dengan maklumat yang sepatutnya.

Jabatan audit sepatutnya tidak menunggu aduan dari sesiapa. Jika ada surat layang , gossip atau berita

yang tersiar di dalam surat khabar , Jabatan Audit atau BPR boleh terus membuat penyiasatan.

[sunting]Meminta Bantuan Biro Pencegahan Rasuah

Ada beberapa kes pengurusan sekolah yang melibatkan BPR . Ada pengetua / guru besar yang didakwa

dan disiarkan dalam suratkhabar. Masyarakat guru akan melenting apabila surat khabar menyiarkan

keburukan yang berlaku di sekolah.

Alasan yang diberikan ialah penyelewengan kewangan di sekolah amat kecil. Kesalahan ini dianggap

kesalahan ikan-ikan bilis sahaja. Mengapa pihak BPR enggan menyiasat jerung-jerung di jabatan lain

terutama sekali yang membabitkan ahli-ahli politik. Inilah andaian atau gossip yang biasa kita dengar.

Keupayaan BPR juga amat terhad. Banyak perkara yang perlu disiasat. BPR menghadapi masalah :

Aduan yang tidak lengkap.

Aduan lebih berbentuk gossip dan menganiaya . Pengadu hanya mendengar dari pihak ketiga.

Pembuat aduan enggan menjadi saksi. Enggan menjadi saksi telah menjadi budaya di dalam

masyarakat Malaysia. Pihak polis sukar mendakwa seseorang kerana ramai yang enggan menjadi

saksi.

[sunting]Elak Daripada disiar dalam Akhbar

Di Malaysia menjadi satu kecenderungan untuk menutup sesuatu kes bagi mengelakkan Kementerian

mendapat malu.

Wartawan yang menyiasat penyelewengan di sekolah atau di jabatan-jabatan pendidikan sukar sukar

mendapatkan maklumat daripada pengetua atau guru besar.

Malaysia ada Akta Mesin Cetak, Akta Keselamatan Dalam Negeri , Akta Hasutan yang melarang penyiaran

berita sewenang-wenangnya. Akta-akta ini memang ada kebaikan.

Page 13: Audit Kewangan Sekolah

Tetapi penyiaran berita ‘penyelewengan ‘ juga ada kebaikan , iaitu supaya orang lain akan tampil memberi

maklumat tambahan dan pihak yang hendak membuat salah akan berasa takut. Bagaimanapun perkara ini

ada pro dan kontranya.

Ramai pihak takut kena saman. Saman-menyaman telah menjadi menjadi budaya di kalangan kita. Saman

malu ini melibatkan tuntutan wang berjuta-juta ringgit.

Biasanya orang luar tidak akan dapat maklumat yang lengkap tentang pengurusan kewangan sekolah.

Orang luar tidak dibenarkan mencapai segala maklumat kewangan sekolah. Hanya pihak-pihak yang

bertanggungjawab sahaja boleh mencapai maklumat ini. Jadi dalam hal ini mungkin ada perkara-perkara

yang tidak telus. Orang luar mungkin melihat sekolah / Jabatan / Kementerian cuba menyembunyikan

sesuatu. Contoh terkini ialah :

Pembinaan kelas komputer.

Pemasangan Astro di sekolah-sekolah.

Pembinaan tembok sekolah

Projek mengecat sekolah

[sunting]Cara Mengatasi

Ada beberapa strategi yang telah diambil bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan kewangan di sekolah .

Antaranya ialah  :

Memperkemaskan sistem pengauditan di Pejabat Audit Sekolah

Mengadakan program latihan bagi meningkatkan prestasi kerja

Meningkatkan pengunaan komputer dan sistem perisian yang lebih mantap dan canggih

Kemaskini peraturan dan prosedur dan memastikan ia dipatuhi.I

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan audit, dapat dibuat kesimpulan bahawa:-

Pengetua / Guru Besar kurang melibatkan diri dalam pengurusan kewangan sekolah dan menyerahkan

tugas-tugas urusan kewangan kepada pegawai-pegawai bawahan tanpa sebarang panduan dan

pengawasan.

Pengetua / Guru Besar kurang arif tentang prosedur perbelanjaan / bayaran dan ini menyebabkan

perbelanjaan tanpa dokumen sokongan dibuat.

Penyeliaan terhadap pungutan sekolah tidak dilaksanakan sepenuhnya dan ini menyebabkan

berlakunya akaun belum terima setiap tahun.

Penyemakan dan pemeriksaan terhadap rekod-rekod sekolah seperti buku tunai, daftar bil dan daftar

stok buku resit tidak dijalankan secara regular oleh Pengetua / Guru Besar.

Pematuhan kepada prosedur dan arahan kewangan juga tidak diberi penekanan oleh Pengetua / Guru

Besar.

Page 14: Audit Kewangan Sekolah

Kakitangan kewangan kurang mendapat latihan dan ini menyebabkan banyak peraturan dan arahan

kewangan tidak difahami sepenuhnya.

[sunting]Tindakan Pengetua / Guru Besar

Bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang disebutkan, adalah dicadangkan Pengetua / Guru Besar

mengambil langkah-langkah seperti berikut :-

Pengetua / Guru besar perlu memupuk kesedaran tentang pentingnya penglibatan mereka dalam

pengurusan kewangan supaya tahap akauntabiliti dapat dipertingkatkan.

Pengetua / Guru Besar hendaklah merancang dan melakukan perbelanjaan dengan teratur selaras

dengan peruntukan yang telah disediakan.

Pengetua / Guru Besar yang bertanggungjawab hendaklah menyelia tugas-tugas pungutan sekolah

dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah.

Rekod-rekod sekolah hendaklah diperiksa secara regular oleh Pegawai-pegawai yang diberi kuasa.

Pusat Tanggungjawab perlu menekankan tentang pentingnya pegawai-pegawai memahami dan

mematuhi prosedur dan peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pendidikan dan Pusat

Tanggungjawab dari semasa ke semasa. Selain itu latihan dan kursus yang berkaitan dengan

kewangan perlu diberikan kepada pegawai-pegawai untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran.

Pusat Tanggungjawab hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang gagal

mematuhi peraturan kewangan.

[sunting]Kelewatan Penyerahan Penyata Tahunan.

Menurut arahan Perbendaharaan Malaysia Kementerian/Jabatan yang mengendalikan Kumpulan Wang

Amanah/Akaun Amanah hendaklah mengemukakan penyata tahunan untuk diaudit tidak lewat dari 31 Mac

tahun berikutnya.

[sunting]Baki Akaun Tidak Bergerak

Bagi akaun Amanah yang tidak lagi aktif dan mempunyai baki di dalam akaun. Jadi akaun-akaun ini

hendaklah ditentukan sama ada masih diperlukan atau sebaliknya dan pengawai yang bertanggungjawab

hendaklah menutup akaun-akaun itu sekiranya tujuannya telah dicapai ataupun tidak dikehendaki lagi.

[sunting]Kelemahan Kawalan Terimaan

Terdapat kelemahan di dalam mengakaunkan kutipan royalti daripada penerbit-penerbit buku telah tidak

diselenggarakan ataupun direkodkan dengan lengkap dan kemas kini. Ada juga akaun yang tidak dikawal

dengan sempurna di samping kelemahan memungut balik daripada peminjam-peminjam seperti Tabung

Pinjaman Pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan akan menyebabkan wang tidak dapat dipusingkan

semula untuk membantu orang lain untuk mendapat bantuan kewangan seperti Tabung Pinjaman Pelajar.

Page 15: Audit Kewangan Sekolah

Bagi mengelakkan kelemahan di dalam pengurusan kewangan di semua peringkat khasnya di peringkat

sekolah maka peraturan ataupun akta perlu dipatuhi dan diikuti agar dapat mengatasi beberapa kelemahan

yang terdapat di dalam pengurusan kewangan.

Oleh sebab itu pihak sekolah hendaklah mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah kepada

Audit Sekolah selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya, tetapi pihak sekolah dikehendaki

menyerahkan Penyata Tahunan Kewangan Sekolah pada atau sebelum 28/29 Februari kepada Pusat

Tanggung Jawab/Audit Sekolah supaya sekolah mempunyai tempoh untuk membetulkan penyata-penyata

yang bermasalah.

Pengetua hendaklah memastikan segala dokumen lengkap yang mempunyai rekod perakaunan yang

berkaitan dengan pengurusan kewangan sekolah diserahkan kepada juruaudit yang dilantik oleh

Kementerian Pendidikan.

Terdapat dua bahagian dokuman disediakan di dalam laporan audit berkenaan iaitu:-

Dokumen Pertama

Laporan Audit, Surat Pemerhatian Audit dan Surat Pengakuan Pengetua

Dokumen Kedua

[sunting]Kumpulan Wang Kerajaan

Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan. Penyata Penerimaan

dan Pembayaran dan Nota-nota Akaun.

Beberapa perkara yang berkaitan di dalam Lembaran Imbangan untuk diaudit ialah harta, tanggungan dan

Kumpulan Wang Terkumpul. Bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan pula perkara yang diaudit ialah

sumber pendapatan sekolah seperti LBPT/LPK, Perpustakaan dan penerimaan wang untuk mata pelajaran

serta pelbagai. Semuanya merupakan jumlah pendapatan. Manakala bagi perbelanjaan yang diaudit pula

ialah jumlah perbelanjaan termasuk LPBT/LPK , perpustakaan, penggunaan untuk mata pelajaran dan

pelbagai.

Seterusnya bagi Penyata Penerimaan dan Pembayaran pula perkara yang diaudit ialah jumlah penerimaan

termasuk gaji/elaun, LPBT/LPK, perpustakaan, mata pelajaran, faedah bank, yuran peperiksaan awam dan

pelbagai. Manakala bagi jumlah pembayaran yang diaudit ialah perkara yang berkaitan gaji/elaun,

LPBT/LPK , perpustakaan, mata pelajaran, biasiswa, faedah bank, yuran peperiksaan dan pelbagai.

Bagi memudahkan juruaudit memeriksa akaun Lembaran Imbangan ia akan diberi nombor dan diistilahkan

sebagai nota. Di dalam hal ini nota yang dinomborkan di bahagian hadapan perkara. Misalnya Pelbagai 5.

Bagi menjelaskan lagi berkaitan nota dan perkara di dalam Lembaran Imbagan kita lihat jadual di bawah:-

Dasar Perakaunan (Syarat-syarat yang telah ditetapkan)

Page 16: Audit Kewangan Sekolah

Wang Pertaruhan

Kumpulan Wang Terkumpul

LPBT/LPK (Pendapatan)

Pelbagai (Pendapatan)

LPBT/LPK (Perbelanjaan)

Faedah Bank (Perbelanjaan)

Pelbagai (Perbelanjaan)

Di samping itu enrolman murid bagi tahun semasa dan jumlah bantuan pelajaran mengikut pecahan mata

pelajaran turut disertakan sekali. Akhir sekali bagi perkara yang diaudit di dalam Kumpulan Wang Kerajaan

ialah Penyata Penyesuaian Bank. Semua perkara di atas dikira pada 31 Disember bagi tahun berkenaan

misalnya 31 Disember 1999.

[sunting]Kumpulan Wang Suwa

Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan

Nota-nota Akaun.

Bagi Kumpulan Wang Suwa (Kumpulan Sumber Wang Awam) perkara yang diaudit di dalam Lembaran

Imbangan ialah harta, tanggungan dan Kumpulang Wang Terkumpul.

Manakala bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, ia berkaitan dengan jumlah pendapatan yang

diterima daripada yuran-yuran Khas, majalah, faedah bank, kantin dan pelbagai. Bagi jumlah perbelanjaan

pula ialah digunakan juga untuk membayar yuran-yuran khas, majalah, faedah bank dan pelbagai.

Penolakan di antara pendapatan dan perbelanjaan akan menghasilkan kelebihan ataupun kekurangan

pendapatan atas perbelanjaan. Penyata Penerimaan dan Pembayaran juga diaudit bagi memastikan

jumlah wang terdapat di dalam bank pada 31 Disember tahun semasa audit.

Di dalam pengauditan bagi Kumpulan Wang SUWA juga nota diberikan nombor bagi perkara-perkara yang

hendak diaudit.

Dasar Perakauan . Syarat-syarat yang ditetapkan

Baki Wang Di Tangan (Panjar Wang Runcit)

Wang Pertaruhan

Kumpulan Wang Terkumpul

Pendapatan Yang Diterima (Pelbagai)

Perbelanjaan Faedah Bank

Perbelanjaan Wang Kantin

Pelbagai Perbelanjaan

Selain daripada itu Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember tahun pengauditan juga disertakan

bersama untuk tujuan rujukan kepada penyata-penyata yang telah ditunjukkan.( Sila lihat lampiran )

Page 17: Audit Kewangan Sekolah

[sunting]Kumpulan Wang Asrama

. Lembaran Imbangan, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan

nota-nota Akaun. Jika ada asrama.

Perkara-perkara yang dirujuk di dalam kumpulan wang ini ialah Lembaran Imbangan ialah harta,

tanggungan dan Kumpulan Wang Terkumpul. Bagi Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan ia berkaitan

dengan pendapatan-pendapatan yang diterima dari pelbagai sumber untuk asrama dan wang itu juga

dibelanjakan untuk kegunaan berkaitan dengan asrama sahaja. Begitu juga dengan Penyata Penerimaan

dan Pembayaran ia berkaitan dengan wang yang diterima sebagai sumber pendapatan asrama misalnya

yuran asrama dan pembayaran dibuat tentang perkara yang berkaitan dengan asrama juga misalnya

pembayaran yuran makanan.

Kumpulan Wang Asrama juga seperti kumpulan wang yang disebutkan di atas ia juga mempunyai nota dan

perkara yang dapat membantu pengurusan kewangan dan pengauditan. Nota dan perkara tersebut boleh

dirujuk di bawah ini:-

Dasar Perakuanan. Syarat-syarat yang telah ditetapkan

Akaun Belum Terima

Simpanan Tetap

Akaun Belum Bayar

Kumpulan Wang Terkumpul

Pendapatan LPBT/LPK

Pendapatan Faedah Bank

Pelbagai pendapatan termasuk derma

Perbelanjaan LPBT/LPK

Perbelanjaan Faedah Bank

Bagi Kumpulan Wang Asrama ini enrolmen murid bagi tahun pengauditan diperlukan dan dinilai pada 1

Oktober tahun sebelumnya di samping jumlah bantuan pelajaran juga ditunjukkan bagi memudahkan

proses pengauditan. Akhir sekali Penyata Penyesuaian Bank juga mesti ditunjukkan.

[sunting]Bilibliografi

* Bahagian Kewangan KPM (2000 ) . Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah , Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Brian Knight ( 1993 ) Financial Management For Schools – The Thingking Manager’s Guide ,

Newcastle Upon Tyne, Athenaeum Pree Ltd.

Harold Koontz & Heinz Weihrich , Pengurusan , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur ,1997

Page 18: Audit Kewangan Sekolah

Hasnah Hj Haron, Yuserrie Zainuddin & Ishak Ismail, “Peranan Pengauditan” , Pusat Pengajian

Pengurusan , USM

Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala Lumpur , Dewan

Bahasa dan Pustaka

Ibrahim Hashim (1983), PrinciplesOf Auditing Cooperative Audit , Petaling Jaya , Syarikat Benaan Haji

Idris Sdn. Bhd

Penerbit Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia Cawangan

Selangor, (1996 ) Panduan Tugas Staf Sekolah, Kuala Lumpur, Alpha Sogma Sdn. Bhd.

Roald F. Campbell, John E. Corbally & Raphael O. Nystrand, 1888, Pengenalan Pentadbiran

Pendidikan , Serdang, Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Takiah Iskandar, (1995) , Asas Pengauditan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka ,

Philip E. Meyer, “Audit” , Microsoft Encarta Encyclopedia 2001, 1993-2002 Microsoft Corporation

Philip E. Meyer, “Accounting and Bookkeeping “ , Microsoft Encarta Encyclopedia 2001, 1993-2002

Microsoft Corporation

Richard P.Brief , “Audit “, Worldbook 2001 Premium Edition

Harvey Glickman , “Audit , Bookkeeping , Spreadsheet “, Worldbook 2001 Premium Edition

Audit , Encyclopaedia Britannica Inc, 1994- 2001