assngmnt bmk2

14
TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS PENDEK (KKP) Pemahaman tentang fungsi bahasa melayu,akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa melayu. Hal ini akan mendorong anda untuk mempelajari,menghayati,menguasai,dan menggunakannya dengan berkesan. Selain itu,anda sebagi rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap fungsi bahasa melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian. Berdasarkan pemahaman anda terhadap perkara tersebut,anda dikehendaki: 1. Menghuraikan konsep-konsep berikut: I. Bahasa Kebangsaan II. Bahasa Rasmi III. Bahasa Perpaduan 2. Menghuraikan tentang kemampuan dan masa depan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi. 1

Upload: rav-bany

Post on 14-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bmk

TRANSCRIPT

TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS PENDEK (KKP)

TUGASAN PROJEK KERJA KURSUS PENDEK (KKP)Pemahaman tentang fungsi bahasa melayu,akan melahirkan rasa cinta terhadap bahasa melayu. Hal ini akan mendorong anda untuk mempelajari,menghayati,menguasai,dan menggunakannya dengan berkesan.

Selain itu,anda sebagi rakyat Malaysia akan berasa bangga terhadap fungsi bahasa melayu ini dapat mewujudkan persefahaman pemikiran dan tindak tanduk kita dalam kehidupan seharian.

Berdasarkan pemahaman anda terhadap perkara tersebut,anda dikehendaki:

1. Menghuraikan konsep-konsep berikut:

I. Bahasa Kebangsaan

II. Bahasa Rasmi

III. Bahasa Perpaduan

2. Menghuraikan tentang kemampuan dan masa depan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

1.1 Bahasa Kebangsaan.

Dalam sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam Mukaddimah menyatakan bahawa sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia.

Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai bahasa pasar kerana sifatnya sebagai lingua franca ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu.

Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673 Sebelum Masihi di mana Pendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha telah menuntut di Sriwijaya dan perlu mempelajari Bahasa Melayu untuk tujuan itu.

Itu semua sejarah. Masa-masa lalu yang pernah dibangga-banggakan sebelum ini. Kini, Bahasa Melayu seakan melayu di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang tersilap langkah seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai lingua franca dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai bahasa kampungan yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.

Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar Inggerisofili yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya pelacuran bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.

Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).

Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.

Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Namun, dengan pengecualian ini, wujudlah idea pembelajaran ilmu sains dan metametik dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kononnya bagi mempersiapkan generasi pelapis negara dengan ilmu kemajuan; menerusi bahasa yang dipanggil bahasa kemajuan.

Terbaru, tiga langkah utama yang dirangkum daripada 13 syor telah ditetapkan bagi memperkasakan bahasa Melayu iaitu meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mengiktiraf peranan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK) dan usaha merancakkan industri buku kebangsaan.

Enam jawatankuasa dibentuk bagi melaksanakan program dan tindakan daripada 13 syor tersebut yang terdiri daripada Jawatankuasa Dasar Buku Negara, Jawatankuasa Dasar Bahasa dan Garis Panduan Pelaksanaan, Jawatankuasa Kerja Media Massa dan Jawatankuasa Penggalakkan /Pemupukan dan Kegiatan, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam dan Jawatankuasa Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai berkata Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen yang akan menyambung persidangan selepas Hari Raya ini. Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam.

Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan (penulis lebih setuju jika dirujuk sebagai bahasa Melayu) terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang digunapakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa.

Langkah-langkah ini diambil mungkin kerana sudah timbul kesedaran akibat daripada pengamatan sejarah lampau ataupun pengamatan ke arah hemisfera yang tidak luntur kecintaan pada bahasa natifnya, namun masih lagi mampu bergelar negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman mungkin. Kerana ini kita benar-benar bersyukur.

Perlu diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah, maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan ditetapkan sebagai kerajaan negara tersebut.

Sesetengah negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan, seperti Kanada, yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris. Bahasa kebangsaan boleh jadi sama dengan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat negara tersebut.

1.2 BAHASA RASMI.Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.

Bahasa rasmi tidak perlu merupakan bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

1.3 BAHASA PERPADUAN.

Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa kebangsaan.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, Bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu, dan bukan bahasa lain, digunakan sebagai bahasa rasmi kerana beberapa sebab, Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi Bahasa Inggeris, maka layaklah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga dapat difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan Bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Untuk itu, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan Bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah ke peringkat universiti. Penggunakan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, sistem pendidikan nasional dapat dicapai.2.0 KEMAMPUAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU DAN BAHASA KOMINIKASI.Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Bahasa Melayu tidak sahaja memberi fungsi kepada pembangunan sosial dan ekonomi, malah terhadap pembangunan agama. Fungsi bahasa terhadap pembangunan agama ialah pada peranannya dalam penyebaran dakwah di mana bahasa menjadi alat dalam perhubungan dan komunikasi.

Sebenarnya, apabila Allah mengiktiraf kedudukan bangsa-bangsa di dalam kehidupan manusia sebagai satu fenomena dalam kejadian alam, ia secara langsung adalah perakuan terhadap segala ciri yang menjadi asas dan identiti bangsa tersebut termasuklah bahasanya. Oleh kerana itu, `bahasa ialah jiwa bangsasebagaimana terungkap dalam pepatah berfikir masyarakat Melayu.

Peranan bahasa dalam penyebaran dan pengukuhan agama juga diperteguhkan oleh Nabi Muhamad di mana baginda menganjurkan kepada para ilmuwan dan agamawan supaya dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam kepada masyarakat, maka pengungkapannya hendaklah setimpal dengan kadar kemampuan berfikir masyarakat setempat. Tentulah, kadar kemampuan tersebut meliputi juga tahap dan keupayaan berbahasa masyarakat.

Dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu -Islam, bahasa Melayu berfungsi sebagai tonggak dalam proses pembudayaan semula masyarakat. Walaupun telah diketahui bahawa sumber ajaran agama Islam adalah bahasa Arab (memandangkan al-Quran dan hadis-hadis Nabi adalah diungkap dan dicatatkan dalam bahasa Arab), namun, proses penyebaran ajaran Islam kepada masyarakat Melayu bukan menggunakan bahasa Arab. Dakwah Islamiyyah ke rantau alam Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pengantara penyebaran ajaran Islam.

Pandangan hidup Islam yang unik, abstrak dan tinggi telah berjaya tercerna dalam minda dan sanubari masyarakat Melayu -Islam sehingga telah berjaya merubah watak serta keperibadian mereka disumbangkan oleh pengukuhan bahasa Melayu sebagai alat penyebaran dakwah.

Sekiranya tidak kerana peranan dan fungsi bahasa Melayu, adalah terlalu sukar bagi masyarakat Melayu-Islam pada waktu itu menghayati teori kewujudan Tuhan, kekuasaanNya terhadap sekelian makhluk dan memahami realiti alam metafizik sebagaimana terkandung dalam perbahasan yang disebut dalam istilah ilmiah sebagai persoalan ontologi dalam pemikiran Islam.

Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang dikenal sebagai aksiologi iaitu perbahasan tentang nilai baik dan buruk serta implikasinya sebagai satu bentuk kod amalan kehidupan dan perbincangan tentang epistemologi yang berhubung dengan hal ehwal sumber hukum dan kaedah pembentukan ilmu pengentahuan dalam ajaran Islam.

Namun, peranan bahasa Melayu yang difungsikan dengan penuh kreatif, indah dan mudah telah membolehkan persoalan ilmu tinggi dan abstrak dalam tamadun pemikiran Islam telah dibahaskan sempurna sekali oleh para ilmuwan dan agamawan bagi memperbaharui pandangan hidup dan watak umat Melayu-Islam terdahulu yang memang diketahui terpengaruh dengan amalan tradisi yang mundur. Menerusi bahasa Melayu teras pemikiran dan kebudayaan umat Melayu-Islam menjadi utuh dan kukuh sekali sehingga ke hari ini walaupun terpaksa melalui proses jatuh bangun sejarahnya yang pelbagai terutama akibat penjajahan.

Tentu kita semua pernah mendengar tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan Melayu tersohor seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkel, Abdul Samad al-Falambani, Sheikh Daud al-Fatani, Arshad a-Banjari., Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Abdullah Munshi serta lain-lain lagi yang telah mengarang dan menyebarkan pemikiran agama dengan menggunakan bahasa Melayu.

Kitab-kitab karangan mereka ini kini telah menjadi sumber khazanah pemikiran umat Melayu-Islam yang jelas membuktikan betapa tahap dan kualiti pemikiran yang telah berjaya dicapai dalam bidang pemikiran Islam dan menjadikan bahasa Melayu sebagai alat penyebarannya. Peranan mereka dalam usaha pengungkapan pemikiran dan ajaran Islam menggunakan wahana bahasa Melayu merupakan sumbangan teragung dalam pembentukan tamadun umat Melayu yang unik dan utuh kini.

Hal ini harus menjadi iktibar oleh para pendakwah masa kini dalam ikhtiar mereka memacu kecemerlangan umat Melayu-Islam di era globalisasi yang serba mencabar. Pengajaran yang jelas ialah betapa fungsi dan peranan bahasa setempat begitu penting dan mustahak sekali dalam memastikan ketahanan agama dan kecemerlangan umat.

Untuk itu, bahasa Melayu harus diberi tumpuan penguasaannya serta keutamaan yang tersendiri oleh para ilmuwan dan agamawan tanahair dalam usaha kita meningkatkan keberkesanan penyebaran ajaran Islam dalam masyarakat.

Dalam hubungan ini, adalah amat mustahak untuk kita meningkatkan bahan dakwah dalam bentuk penerbitan yang bersifat tradisional seperti buku-buku dan majalah atau menerusi bahan-bahan elektronik yang menjadi sebahagian dari teknologi masyarakat moden kini. Ini termasuklah bahan-bahan audio-vidual, cekera padat, perisian, komik, filem, drama, dokumentari atau seumpama dengannya.

Menerusi usaha ini, ia boleh membantu di dalam menjana daya kreatif baru terhadap ajaran Islam dan pemikirannya agar sentiasa segar dan releven dengan perkembangan semasa masyarakat yang berubah.Hal ini boleh dijayakan memandangkan kualiti dan kepakaran dibidang penerbitan, percetakan, teknologi maklumat dan pefileman dari kalangan masyarakat Islam semakin kian bertambah yang terlatih.Kesemua sumber daya manusia ini adalah eset terpenting umat yang harus digembeleng bagi tujuan peningkatan kegiatan dan daya usaha dakwah di negara ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara perhubungan.

Cita-cita ini boleh kita lakukan sekiranya semua pihak memberi keutamaan semula terhadap bahasa Melayu dengan menyakini akan kepentingannya dalam proses penyebaran dakwah dan pembangunan agama.

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat pelaburan sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai pelabur utama.

Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.

BIBLIOGRAFI.Awang Sariyan, (2001). Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia: Pemenuhan Suatu Idelisma. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. (2002).Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. ( 2004 ). Strategi Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas edaran dalam Mesyuarat Memartabatkan Bahasa Melayu, Kementerian Pelajaran, 21 Disember 2004.

Nik Safiah Karim. ( 1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majalah Pelita bahasa Mac 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka

Majalah Dewan Budaya November 1999. Dewan Bahasa dan Pustaka.Zalina Yahya . Petikan Akhbar.Bahasa Baku Pastikan Keseragaman Penyampaian Ilmu. 5 Januari 2000.Zalina Yahya. Petikan Akhbar Berita Harian.Memasyarakatkan dan Menghayati Sastera Kita.3 Jun 2000

PAGE 1