assignment.doc

21
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL Kandungan 1. Sekapur Sireh 2. Pengenalan 3. Wau Pengenalan dan Sejarah 4. Penentuan Tema 5 Thumbnail-print ( Lakaran Idea ) 6. Pemilihan Lakaran 7. Alatan Yang Digunakan 8. Faktor-faktor Pemilihan Wau 9. Proses Wau Dihasilkan 10. Rujukan 11. Lampiran Mohd. Khaldon Bin Talib 711217015117002

Upload: perodua1962

Post on 27-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Kandungan

HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL

Kandungan

1.Sekapur Sireh

2.Pengenalan

3.Wau Pengenalan dan Sejarah

4.Penentuan Tema

5Thumbnail-print ( Lakaran Idea )

6.Pemilihan Lakaran

7.Alatan Yang Digunakan

8.Faktor-faktor Pemilihan Wau9.Proses Wau Dihasilkan10.Rujukan

11.Lampiran

Sekapur Sireh

Dengan nama Allah SWT, Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menyumbangkan masa dan buah fikiran dalam menyelesaikan tugasan ini.

Kepada tutor yang dihormati, Tn. Hj. Mohd. Taslim bin Abdul Rahim yang sudi menjadi tutor kami serta menyumbang banyak input-input berguna dan bersungguh-sungguh memahamkan kami berkaitan topik yang diajar terutama cabaran berhadapan dengan pelajar emas seperti kami ini. Segala jasa baik Tuan akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih Tuan. Segala ilmu yang dicurahkan akan kami pergunakan sebaik mungkin untuk memantapkan lagi pengajaran kami di sekolah. Insya Allah.

Terima kasih juga ditujukan kepada para sahabat seperjuangan yang turut membantu dan memberi pandangan yang bernas dan logik serta kepada semua individu dan orang perseorangan sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha memastikan tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Terima kasih atas segalanya

Amin.1.0 PENGENALANKurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Menjurus kepada tajuk kajian berkenaan kraf tradisional, Wau telah dipilih sebagai hasilan tugasan kali ini. Seperti yang diketahui umum, wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pendalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya. Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

2.0 WAUPENGENALAN DAN SEJARAH

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari Negara China.BAHAGIAN WAU

ALAT DAN BAHAN UNTUK MENGHASILKAN WAU1. Buluh2. Kertas jagung (kertas wau)3. Kertas warna4. Kertas kilat

5. Tali

6. Daun Ibus / daun tai

7. Gam

8. Pisau ( NT Cutter )

9. Pisau tebuk ( mata halus)

10. Alas pemotong

Alatan dan bahan menghasilkan wau3.0MOTIF ATAU CORAK WAU

Motif dalam reka corak wau dimaksudkan sebagai suatu perhiasan yang diukir dengan menggunakan kertas warna dalam bentuk dua dimensi, kemudian disusun dan digubah menjadikan pola atau corak hias. Reka corak ini tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi juga mengandungi makna yang tertentu. Jestru itu setiap motif adalah menurut aturan tertentu yang disesuaikan dan bersangkutan dengan adat resam, agama, kepercayaan, norma hidup dan nilai-nilai tradisi.

Motif tumbuh-tumbuhan ialah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat tersendiri dalam seni rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Semua jenis wau menggunakan motif tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan reka corak hiasan. Motif yang digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat dan sulur kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini diangggap bentuk yang indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah wau.

Antaranya pokok peria, bunga ketumbit, pokok timun tikus dan pokok letup. Tambahnya lagi, corak-corak ini semuanya dihasilkan berpusat daripada dada (bahagian tengah) wau dan menjalar keluar. Semua tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar atau melata. Motif ini bersesuaian pada wau kerana ia ditumpukan kepada susun semukur tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar (Siti Zainon Ismail: 1989). Tiap bentuk motif disusun seimbang, umpamanya sekuntum bunga diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun yang meliut ke atas dan ke bawah. Susunan ini akan diulang dengan cara yang sama hingga ke bahagian tepi wau.4.0 THUMBNAI-PRINT ( Lakaran Idea )

a. Lakaran pertama

b. Lakaran ke 2

c. Lakaran ke 3

d. Lakaran ke 4

e. Lakaran ke 5

f. Lakaran ke 6

g. Lakaran ke 7

h. Lakaran ke 8

5.0 Pemilihan Lakaran

Daripada 8 lakaran yang telah dilukiskan, saya telah memilih gabungan lakaran yang ke 3, ke 4, ke 5, ke 7 dan ke 8 untuk dijadikan MOTIF WAU yang akan saya hasilkan. 6.0 Alatan Yang Digunakan

1. Buluh2. Kertas jagung (kertas wau)3. Kertas warna

4. Kertas kilat

5. Tali

6. Daun Ibus / daun tai

7. Gam

8. Pisau ( NT Cutter )

9. Pisau tebuk ( mata halus)

10. Alas pemotong7.0 Faktor-faktor pemilihan WauBerikut adalah beberapa faktor pemilihan kraf tradisional tersebut.7.1 Bentuk Wau menepati kehendak tugasan.7.2 Bahan binaan Wau sesuai dengan tujuan hasilan.7.3 Walaubagimanapun bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan wau

ini mempunyai ciri-ciri berikut: Mempunyai jangka hayat yang panjang

Kukuh binaannya

Boleh digunakan sentiasa.

Selamat kepada pengguna dan pemerhati terutamanya apabila ada kemungkinan ianya digunakan atau disentuh.

Mempunyai keunikan dengan menggabungkan pelbagai warna yang menarik sebagai bahan penghasilan seni.

Boleh digunakan untuk bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Kepelbagaian bahan yang di adun dan dipasang dapat memberikan dan membentuk komposisi gubahan yang aritistik. Karya ini mempunyai penampilan yang simple dan menarik. Pemilihan Wau ini menepati prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,warna,harmoni dan mempunyai imbangan serta mempunyai kesatuan yang menarik.

Hasilan Wau yang dipilih ini juga mempunyai unsur-unsur keaslian, keunikan dan ketrampilan.8.0 Proses Wau Dihasilkan.

LAKARAN RANGKA WAU

LANGKAH 1:Kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka perlu diberi perhatian supaya dapat mengimbang dan menstabilkan kedua-dua kepak/sayap wau. Rangka buluh tulang belakang wau dibuat lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

LANGKAH 2: Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan kertas latar yang dikenali dengan kertas jagung (kertas wau) yang bewarna putih atau warna kuning pinang masak. Kertas ini akan direnyuk terlebih dahulu bagi mengelakkan ia mudah terkoyak. Ini disebabkan kertas latar ini bertindak sebagai kertas dasar, yang mana beberapa kertas warna lain akan ditampal di atasnya.

LANGKAH 3: Seterusnya kertas warna untuk hiasan corak akan ditampal di atasnya. Untuk menghasilkan reka corak, kertas warna akan di lipat dua kemudian dilakar disebelahnya. Ini bagi mendapatkan reka corak yang simetri (seimbang) bila proses menebuk dilakukan. Motif reka corak akan dilakar pada kertas warna yang telah ditentukan warnanya terlebih dahulu. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat dan lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza. Kertas warna ini akan ditebuk mengikut corak yang telah dilakar. Kemudiannya ianya akan ditampal mengikut susunan warna secara berlapis-lapis seperti yang dikehendaki.

LANGKAH 4: Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna-warni bagi menambah kecantikan rupanya. Busul (dengung) akan direnggangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi apabila diterbangkan di udara. Busul diregang dengan helaian daun ibus atau daun tai yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Busul ini kemudiannya akan dipasangkan pada buluh yang membentuk seperti alat memanah. Fungsi busul ini selain daripada untuk mencantikkan wau ia menghasilkan bunyi apabila ditiup angin di udara. Bunyi dengungan dan ketinggian sesebuah wau adalah merupakan sebahagian daripada kepuasan dalam permainan wau.10. RUJUKAN

1.Kathleen Chee (2004). Pendidikan Seni Visual. Selangor : Pelangi. Sdn. Bhd.

2..Raja Baharuddin Raja Hussin ( 2001). Pendidikan Seni. Selangor : Pan Asia Publications Sdn. Bhd.

3. Mohd Zairi Husain (2009 ). HBAE Membentuk dan Membuat Binaan. Selangor : Open Universiti Malaysia.

4.Jurulatih Utama Negeri Johor ( 2008 ) Buku Panduan Guru PSV. Johor : JU PSV Negeri Johor.5.http://www.discover_indo.tierranet.com/mobailpag.html6.http://www.expat.or.id/info/mobail.htmlLAMPIRAN

Mohd. Khaldon Bin Talib

711217015117002